Upload
dinhhuong
View
237
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PENERIMAAN GURU PELATIH TERHADAP PENGGUNAAN PPBK:
KAJIAN KES TERHADAP GURU PELATIH,
FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SITI KHATIJAH BT NARAMAN
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
iii
Untuk keluarga tersayang dan ibu, Hasnah Bt Shafiee;
Untuk abang, Tahar Bin Hashim, yang dikasihi.
iv
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia saya Puan Noor Azean Bt Atan atas
segala jasa baik dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh penghasilan projek
sarjana muda ini. Saya amat berterima kasih kepada beliau atas segala masa dan tenaga
yang telah dicurahkan bagi membantu saya menyemak dan memberi komen-komen yang
membina bagi menyiapkan projek sarjana muda ini.
Rakaman terima kasih juga ditujukan kepada para responden yang rela
meluangkan masa untuk menjawab borang soal selidik dengan ikhlas. Mereka telah
memberi maklumat yang banyak dan berguna kepada penulis.
Tidak lupa juga penghargaan ini ditujukan kepada keluarga tersayang atas
sokongan dan dorongan yang telah diberikan untuk membantu saya menyiapkan projek
sarjana muda ini.
Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan atas
segala sokongan dan bantuan yang diterima untuk menyiapkan projek sarjana muda ini.
v
ABSTRAK
Pengetahuan dan kemahiran menggunakan komputer merupakan agenda penting
pada zaman era teknologi maklumat. Inisiatif untuk mengintegrasikan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah tepat pada masanya. Justeru, kajian ini dijalankan
bertujuan mengkaji aspek penerimaan guru pelatih terhadap penggunaan Pengajaran
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Aspek yang dikaji ialah kebergunaan (usefulness), rekabentuk perisian, kesenangan untuk
digunakan (ease to use) dan keseronokan mengguna. Borang soal selidik telah digunakan
untuk mengumpul data-data dan seramai 74 orang responden telah menjawab soal selidik
yang diedarkan. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Science
Social (SPSS 11.5). Analisis deskriptif dan analisis Oneway ANOVA telah digunakan
untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan aspek yang dikaji
mempunyai nilai min 4.25 (kebergunaan), 4.03 (rekabentuk perisian), 3.97 (kesenangan
untuk digunakan) dan 3.76 (keseronokan mengguna). Terdapat perbezaan yang
signifikan antara penerimaan penggunaan PPBK di kalangan responden daripada kursus
SPT dengan responden daripada kursus SPK tetapi tidak di kalangan responden daripada
kursus SPT dengan responden daripada kursus SPP dan antara responden daripada kursus
SPP dengan responden daripada kursus SPK. Oleh demikian, ini menunjukkan guru
pelatih dapat menerima penggunaan PPBK dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu di
peringkat sekolah mahupun di universiti.
vi
ABSTRACT
Knowledge and skills in technology especially in computing is one of the
important tools in the era of information technology. The initiative on integrating ICT in
teaching and learning is at the right time. This research has been organized to examine
the training teacher’s acceptance to PPBK at Universiti Teknologi Malaysia (UTM). The
aspects that being examined are usefulness, software design, ease of use and enjoyment.
The questionnaires were employed to gather related data and 74 respondents had
answered the questionnaires. The data was analyzed using Statistical Package For
Science Social (SPSS 11.5) software. Descriptive and Oneway ANOVA analysis have
been used to answer the questionnaires. The survey results shows that the aspect have the
mean value of 4.25 (usefulness), 4.03 (software design), 3.97 (ease of use) and 3.76
(enjoyment). There are significant different between the acceptance of PPBK among the
SPT respondents compared to SPK respondents, but there are no difference between SPT
and SPP respondents and also between SPP and SPK respondents. Therefore, it shows
that training teacher had accepted the usage of PPBK in teaching and learning at school
or university level.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
BORANG PENGESAHAN
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SIMBOL xii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
viii
1.6.1 Guru 9
1.6.2 Kementerian Pelajaran Malaysia 9
1.6.3 Guru Pelatih (Pelajar Jurusan Pendidikan) 10
1.7 Skop dan Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Istilah 11
1.8.1 Penerimaan 12
1.8.2 Penggunaan 12
1.8.3 Guru Pelatih 13
1.8.4 Pengajaran Pembelajaran Berbantukan 13
Komputer (PPBK)
1.8.5 Kajian Kes 14
BAB II KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 15
2.2 Kebaikan Pengajaran Pembelajaran 16
Berbantukan Komputer (PPBK)
2.3 Projek Perintis Sekolah Bestari 19
2.4 Kajian Penerimaan Guru Terhadap 24
Penggunaan PPBK
2.5 Aspek Penerimaan Penggunaan PPBK 26
2.5.1 Technology Acceptance Model (TAM) 27
2.5.2 Kebergunaan (Usefulness) 28
2.5.3 Rekabentuk Perisian 29
2.5.4 Kesenangan Mengguna 29
(Ease of Use)
2.5.5 Keseronokan Mengguna 30
(Enjoyment)
2.6 Kajian Permasalahan Dalam Penggunaan PPBK 31
2.7 Kesimpulan 34
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 36
3.2 Rekabentuk Kajian 37
3.3 Tempat Kajian 37
3.4 Populasi Kajian 38
3.5 Instrumen Kajian 38
3.6 Prosedur Kajian 42
3.7 Kajian Rintis. 43
3.8 Kaedah Pengumpulan Data 44
3.9 Kaedah Penganalisisan Data 44
3.9.1 Kaedah Analisis Kuantitatif 45
3.9.2 Kaedah Analisis Kualitatif 47
3.10 Penutup 47
BAB IV ANALISIS HASIL KAJIAN
4.1 Pendahuluan 48
4.2 Persoalan Kajian 1 49
4.2.1 Aspek Kebergunaan 50
4.2.2 Aspek Rekabentuk Perisian 52
4.2.3 Aspek Kesenangan Untuk Digunakan 55
4.2.4 Aspek Keseronokan Mengguna 58
4.2.5 Min Keseluruhan Aspek-Aspek 60
Penerimaan Terhadap Penggunaan PPBK
4.3 Persoalan Kajian 2 61
4.4 Persoalan Kajian 3 63
4.4.1 Kelebihan Yang Wujud Dalam 64
Penggunaan (PPBK) Mengikut
Pandangan Guru Pelatih Daripada
x
Fakulti Pendidikan, UTM.
4.4.2 Kelemahan Yang Wujud Dalam 65
Penggunaan (PPBK) Mengikut
Pandangan Guru Pelatih Daripada
Fakulti Pendidikan, UTM.
4.5 Persoalan Kajian 4 66
4.6 Penutup 68
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 69
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 70
5.2.1 Pencapaian Objektif Pertama 70
5.2.2 Pencapaian Objektif Kedua 73
5.2.3 Pencapaian Objektif Ketiga 76
5.2.4 Pencapaian Objektif Keempat 77
5.3 Kesimpulan 78
5.4 Cadangan 80
5.4.1 Cadangan Kepada Kementerian 80
Pelajaran Malaysia
5.4.2 Cadangan Kepada Guru Pelatih/ 81
Bakal Guru
5.4.3 Cadangan Kepada Pengkaji-Pengkaji 82
Akan Datang
5.5 Penutup 84
RUJUKAN 85
LAMPIRAN 91
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Taburan Populasi Mengikut Kursus 38
3.2 Taburan Item-Item Soalan Soal Selidik 40
3.3 Taburan Bentuk Soalan Mengikut Bahagian 41
3.4 Taburan Skor Mengikut Skala Likert Lima Skor 42
3.5 Nilai Kebolehpercayaan (Alpha) Soal Selidik 44
3.6 Penentuan perbezaan signifikan 46
4.1 Analisis Mengenai Kebergunaan Sebagai Aspek 50
Penerimaan PPBK.
4.2 Analisis Mengenai Rekabentuk Perisian Sebagai 54
Aspek Penerimaan PPBK.
4.3 Analisis Mengenai Kesenangan Untuk Digunakan 56
Sebagai Aspek Penerimaan PPBK.
4.4 Analisis Mengenai Keseronokan Mengguna Sebagai 59
Aspek Penerimaan PPBK
4.5 Min Keseluruhan Aspek-Aspek Penerimaan Terhadap 61
Penggunaan PPBK.
4.6 Analisis Mengenai Masalah yang Dihadapi dalam 62
Penggunaan PPBK
4.7 Hasil Analisis Prosedur Oneway ANOVA 66
4.8 Hasil Analisis Oneway ANOVA (LSD) 67
xii
SENARAI SIMBOL
BBM Bahan Bantu Mengajar
BTP Bahagian Teknologi Pendidikan
CAI Computer Aided Instruction
CD-ROM Compact disc-read only memory
ICELS Sistem penilaian pembelajaran interaktif dalam darjah
ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi
IT Teknologi Maklumat
KDP Komputer dalam Pendidikan
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
LCD Pemapar kristal cecair
LM Latihan Mengajar
LSD Least Significant Different
MSC Multimedia Super Corridor
NCTM National Council of Teachers' of Mathematics
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
PIL Partners In Learning
PPBK Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer
PPMSI Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris
RMK-9 Rancangan Malaysia Ke-9
SK Sekolah Kebangsaan
SPK Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
SPP Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)
SPSS Statistical Package For Science Social
xiii
SPT Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)
TAM Technology Acceptance Model
TRA Theory of Reasoned Action
TSS Telekom Smart School
TVP Televisyen Pendidikan
UPM Universiti Putra Malaysia
UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris
USM Universiti Sains Malaysia
UTHM Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
UTM Universiti Teknologi Malaysia
WLAN Wireless Local Area Networks
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 91
B Jadual Keputusan Nilai Kebolehpercayaan Alpha 97
C Jadual Keputusan Prosedur Oneway Anova 98
D Jadual Min Item-Item Borang Soal Selidik 100
BAB I
PENGENALAN.
1.1 Pendahuluan
Perkembangan dunia teknologi dan telekomunikasi serta projek Multimedia Super
Corridor (MSC) telah menempatkan Malaysia dalam hubungan global antara negara-
negara maju di dunia. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memaksimakan penggunaan
ICT dalam mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat bermaklumat
(knowledge based society). Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad
ke-21 dan perubahan ke arah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru
kepada institusi pendidikan. Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan
masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan
multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah perlu. (Rusmini, 2003).
Perubahan era globalisasi menerusi ledakan maklumat dan kemajuan teknologi
multimedia telah menukar wajah dunia pendidikan daripada ‘sage on stage’ (pendita atas
pentas) kepada ‘guide by the side’ (pembimbing di sisi). Pencetusan era globalisasi ini
juga telah menghasilkan satu pencetus idea baru bagi reformasi pendidikan dengan
menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information Communication
Technology (ICT) sebagai medium terkini dalam sistem pendidikan di negara kita (Nor
Azan. 2000).
Masyarakat yang terdiri dari guru, pelajar dan semuanya dapat berkumpul,
berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain dengan cepat dan mudah dalam
ruang siber yang bersifat global dan dinamik. E-mel, dunia web, teknologi digital,
internet, CD-ROM dan bahan multimedia interaktif yang lain telah menjadi alat atau
kemudahan baru dalam sistem pendidikan yang bersifat bestari. Masyarakat yang
bermaklumat ini dapat menyediakan generasi yang berketrampilan, kreatif dan inovatif
(Maizatul et al., 2004).
Berita Harian, Kuala Lipis, 28 Mei 2005 - Kementerian Pelajaran Malaysia akan
menggariskan lima perkara tambahan di dalam cadangan tokoh pendidikan, Tan Sri
Murad Mohd. Nor agar pendidikan negara dirombak dalam usaha memperkasakan
sekolah kebangsaan (SK) menjelang tahun 2020. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin
Hussein berkata, kementerian bersedia menilai cadangan Murad di samping
mengemukakan syor tambahan iaitu memajukan bidang teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) di semua sekolah termasuk sekolah luar bandar.
Imbangan prasarana itu membabitkan kelengkapan semua kemudahan
pembelajaran bestari di sekolah seperti kemudahan peralatan komputer, perisian dan
melatih ramai sumber manusia (guru) yang pakar di dalam bidang ICT di dalam tempoh
lima tahun.
Berita Harian, Putrajaya: Kementerian Pelajaran yakin berjaya melengkapkan
kemudahan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di 95 peratus
daripada 9,000 sekolah seluruh negara menjelang akhir Rancangan Malaysia Kesembilan
(RMK-9) pada 2010.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Kementerian Pelajaran
Malaysia membestarikan sekolah menerusi lima kriteria, iaitu Komputer dalam
Pendidikan (KDP), Projek Rintis Sekolah Bestasi, School-Net, Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan TV Pendidikan.
Katanya, Kementerian Pelajaran menyediakan 99,000 komputer, 4,600 server,
97,000 laptop, 70,000 pemapar kristal cecair (LCD) dan 14,000 televisyen bagi TV
Pendidikan di sekolah. Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi juga sudah
melengkapkan 8,120 sekolah dengan kemudahan sambungan internet jalur lebar menerusi
projek School-Net.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Kementerian Pelajaran Malaysia
menyegerakan pelaksanaan Sekolah Bestari bagi mengimbangkan kualiti pendidikan di
bandar dan luar bandar. Pendekatan itu juga diyakini dapat menentukan secara terperinci
mengenai bentuk kelas dan sekolah yang boleh dikatakan sudah mencapai tahap bestari
dari segi perkakasan, perisian, latihan guru, dan tahap penggunaan ICT selain pengurusan
guru, murid serta sekolah.
Teknologi pendidikan pula adalah satu pendekatan yang dipadukan secara
harmonis kepada masalah yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia
melibatkan penggunaan kemahiran dan teknik moden yang meliputi kemudahan belajar,
perkaedahan dan penyesuaian bahan dengan persekitaran agar ia dapat menimbulkan
ransangan, kefahaman dan membolehkan pelajar mendapat ilmu pengetahuan. (Abd
Rahman, 2001).
Justeru, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan berbantukan
kemudahan ICT ini akan dapat membantu mengoptimumkan pembelajaran.
Dengan ini tidak dinafikan, penggunaan ICT seperti jaringan internet, mel
elektronik, faksimili, rangkaian pangkalan data, sistem maklumat berpusat, persidangan
video, rangkaian penyiaran satelit dan telefon mudah alih kini sudah mampu
mendekatkan golongan pendidik, guru dan pentadbir sekolah untuk menumpukan aspek
pengajaran dan pembelajaran secara meluas. Perkembangan ICT ini juga telah
menawarkan pelbagai perkakasan teknologi (hardware) dan perisian (software) baru
untuk menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar di semua peringkat bagi memastikan
pembelajaran berlaku sebaiknya (Nor Azan, 2000).
1.2 Latar Belakang Masalah
Pendidik yang berkompetensi teknologi memahami hubungan di antara fungsi
asas komputer dan pembelajaran pelajar. Mereka menggunakan kefahaman ini untuk
menggubal, membimbing, dan mengurus persekitaran pembelajaran multidimensi
berpusatkan pelajar yang mempunyai unsur penggunaan teknologi di dalam kurikulum.
Kompetensi teknologi memerlukan perubahan daripada menggunakan komputer sebagai
sistem penyampai pelajaran (computer-assisted instruction) kepada penggunaan
komputer sebagai alat pembelajaran (computer-supported instruction). (Hong, 2000).
Ellington et al. (1993) menjelaskan bahawa penggunaan komputer dalam
pendidikan mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan tersendiri yang mana lebih
berasaskan sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang menekankan peranan
individu. Kekuatan penggunaan komputer dalam pendidikan adalah objektif
pembelajarannya yang lebih luas; pembelajarannya yang boleh dilakukan sendiri serta
mendapat maklum balas segera melalui pendekatan interaktif; dan membolehkan simulasi
pengalaman pembelajaran dilakukan secara terus. Manakala kelemahan penggunaan
komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula ialah teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) memerlukan guru-guru celik komputer. Selain itu, terdapat di kalangan
guru merasakan sukar mendapatkan bahan berasaskan komputer yang sesuai dan tersedia,
dan usaha merekabentuk bahan pembelajaran berasaskan komputer memerlukan kemahiran
yang tinggi (Ellington et al. 1993).
Menurut Rosli et al. (2001) menyatakan bahawa sikap guru yang positif akan
lebih mendorong dan menggerakkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran. Guru perlu menjadi penggerak dan pencetus kepada perubahan
masyarakat ICT dan pembentukan masyarakat digital menjelang tahun 2020. Guru perlu
bersedia melaksanakan tugas baru bagi membangunkan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran. (Rosli et al., 2001)
Pihak sekolah yang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi
membiayai berbagai-bagai kos penggunaan teknologi maklumat akan kembali kepada
pembelajaran konvensional. Kelemahan kepimpinan sekolah yang kurang komited
terhadap penggunaan ICT juga boleh menyebabkan sekolah tertinggal dari arus
perubahan perdana yang berlaku. Sekolah juga gagal memainkan peranan positif bagi
membangunkan pelajar supaya celik komputer, terutama di kawasan luar bandar.
Perubahan ini akan memberikan cabaran besar terhadap tenaga pengajar. Mereka perlu
bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer
sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional
yang kurang berasaskan inovasi teknologi. (Ting dan Woo, 2005)
1.3 Penyataan Masalah
Pada masa kini, Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) yang
disediakan oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) masih kurang digunakan secara optimum oleh guru-guru di sekolah,
terutamanya di kalangan guru pelatih semasa menjalani Latihan Mengajar. Walaupun
pelbagai kemudahan dan prasarana diberikan kepada guru-guru, masih lagi terdapat
rungutan dan permasalahan dalam penggunaan PPBK dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) di bilik darjah. Justeru itu, penyelidik ingin mengkaji sejauh
manakah penerimaan guru pelatih terhadap penggunaan Pengajaran Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PPBK) bagi yang telah menjalani Latihan Mengajar (LM) dan
telah mengambil subjek Pengajaran Mikro dan menjalani kelas Kaedah Mengajar Sains
Komputer (SPM 4712) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Selain itu, penyelidik
ingin mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih terhadap
penggunaan PPBK dalam P&P.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan kajian yang dijalankan berasaskan
objektif kajian seperti berikut :
a. Mengenalpasti penerimaan guru pelatih terhadap penggunaan pengajaran
pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P).
b. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih terhadap
penggunaan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P).
c. Mengenalpasti kelebihan dan kelemahan yang wujud dalam penggunaan
pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P).
d. Mengenalpasti perbezaan yang signifikan antara guru pelatih daripada tiga kursus
berlainan iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Matematik) - SPT, Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Fizik) - SPP dan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Kimia) - SPK terhadap penerimaan penggunaan pengajaran pembelajaran
berbantukan komputer (PPBK).