Pengajian Am 1

Embed Size (px)

Citation preview

Pengajian Am 1Bab 21-Badan Perundangan Persekutuan : Parlimen Zakisafutra Matosir Taseman 6 Atas Jujur 29-06-2011

Pengenalan i Parlimen biasanya bersidang 3 atau 4 kali dalam setahun. Setiap persidangan biasanya lebih kurang 14 hari dan bagi tujuan persidangan belanjawan negara, biasanya lebih kurang 40 hari. i Parlimen ialah badan perundangan Persekutuan.Ianya mempunyai bidang kuasa dalam perkara-perkara yang tersenarai dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. i Terdiri daripada 3 komponen utama: A] Yang DiPertuan Agong B] Dewan Rakyat C] Dewan Negara i Apabila kita mengatakan bahawa terdapat 3 komponen, ini bermaksud sesuatu rang undang-undang yang dibuat oleh Parlimen akan melalui ketiga-tiga komponen tersebut

Struktur dan komponen Parlimen

Perkara 63. Keistimewaan Parlimen.

Yang di-Pertuan Agong - Membuka, menutup atau membubarkan Parlimen - Memberi ucapan - Memberi persetujuan kepada rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara - Kedudukan baginda dlm parlimen bererti sesuatu rang undangundang yang diluluskan oleh Parlimen akan mendapat persetujuan daripada baginda. Baginda akan menitahkan Penyimpan Mohor Besar mengenakan cap Mohor Besar ke atas rang undang-undang berkenaan. - Jika sesuatu rang undang-undang tidak diperkenankan oleh YDPA , maka ahli-ahli Parlimen hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan dalam PERKARA 66. Dewan Rakyat akan membahaskan semula dan perlu diluluskan semula oleh Dewan rakyat tidak kurang drpd 2/3 undi untuk diperkenankan semula kepada YDPA. - YDPA mempunyai kuasa memanggil Parlimen bersidang dan baginda juga memastikan bahawa Parlimen tidak dibiarkan tanpa menjalankan persidangan selama 6 bulan.

Dewan Rakyat - Untuk dipilih menjadi ahli Dewan Rakyat, seseorang itu mesti memenangi pertandingan pilihanraya kawas Parlimen dan menang di kwasan tersebut. - Sehingga tahun 1999, terdapat 193 kerusi yang mewakili 193 kawasan Parlimen. Peruntukan kerusi untuk Dewan Rakyat adalah 182 kerusi dari negerinegeri dalam Malaysia dan selebihnya dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpu dan Labuan. - Tempoh jawatan selama 5 tahun, kelayakan adalah 21 tahun atau lebih. - Fungsi Dewan rakyat adalah membuat undang-undang, membahaskan dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa yang mustahak.

Keanggotaan Dewan RakyatTerdiri 222 orang ahli Dipilih dalam pilihan raya umum Dipanggil Parlimen atau Wakil Rakyat Terdiri dari ahli parti politik, ahli bebas atau bukan ahli politik Hanya ahli Dewan Rakyat boleh menjadi Perdana Menteri

Bidangkuasa Dewan Rakyat Membahas hal dan masalah rakyat Menyemak dan membahas dasar kerajaan Menggubal dan meluluskan Undang-Undang Persekutuan Mempunyai kuasa pemutus dalam rang UndangUndang Kewangan

Speaker (Yang di-Pertua) Dewan Rakyat

Setiausaha Dewan Rakyat Dilantik oleh YdPA (nasihat Perdana Menteri_ Mengurus pentadbiran Dewan Rakyat dan Menyediakan penyata rasmi parlimen @ Hansard Menguruskan notis dalam penggubalan rang undang-undang daripada seorang menteri.. Hanya boleh dipecat YdPA melalui tribunal Representasi pemecatan dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat kepada YdPA

Kuorum Dewan Rakyat Bersidang secara rasmi sebanyak 26 orang tidak termasuk Speaker

Dewan Negara

Dewan NegaraKEAHLIAN

Dewan Negara Bidang Kuasa : 1. Membahas hal rakyat 2. Membincangkan dasar-dasar kerajaan 3. Membahaskan dan menangguhkan atau meluluskan rang undang-undang, pindaan akta, pindaan perlembagaan 4. Memulakan rang undang-undang kecuali rang undang-undang kewangan.

Speaker (Yang Dipertua) Dewan Negara

Kuorum Dewan Rakyat 10 orang ahli tidak termasuk speaker

Ketua Pentadbiran Parlimen Ketua pentadbiran parlimen - jawatan baru diwujudkan oleh kabinet pada tahun 2005 - tugas meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan dan menerima arahan kabinet membabitkan urusan parlimen secara terus - ketua pentdbiran dilantik oleh YDA atas nasihat PM

Saraan Ahli Parlimen saraan ahli parlimen kumpulan wang yg disatukan Saraan ditetapkan oleh Parlimen (boleh ditambah, tidak boleh dikurangkan) Apabila Wakil Rakyat tamat satu tempoh (diberi pencen separuh), apabilan melebilhi 2 tempoh (diberi saraan penuh)

Hilang kelayakan Ahli Dewan Rakyat hilang kelayakan sebagai ahli DR dan DN - didapati tidak sempurna akal - bankrap/ belum dilepaskan - tak hantar penyata perbelanjaan pilihan raya - memegang jawatan berpendapatan - disabitkan dengan kesalahan penjara lebih satu tahun / denda lebih RM 2000 - sengaja mendapat kewarganegaraan asing

Berhenti menjadi Ahli Dewan Rakyat Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Negara mengutus surat yang ditandatanganinya kepada Speaker masing-masing. Bagi Dewan Rakyat, Speaker akan memaklumkan kekosongan kerusi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya supaya pilihan raya kecil boleh dilakukanAhli Dewan Rakyat Speaker Dewan Rakyat Surhanjaya Pilihan Raya

Pembubaran Parlimen Tempoh hayat 5 tahun (dari persidangan pertama) YdPA sahaja yang dapat membubarkan Parlimen (nasihat Perdana Menteri) Pembubaran autometik (genap 5 tahun) Pembubaran Parlimen melibatkan Dewan Rakyat, (Dewan Negara terus berfungsi) Persidangan Parlimen baru diadakan setelah 120 hari pembubaran.

Senarai Rujukan Internet Longman Teks Pra-U Pengajian Am 1

Erti hidup