8
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH REKOD KOLABORASI/INTERAKSI/PERBINCANGAN Tarikh : 26 Mac 2015 Masa : 1.00 pm – 2.00 pm Nama Guru Yang Ditemui: Puan Asma Binti Musa Tajuk/Perkara : Isu-isu semasa yang berlaku di PAPN Bachok Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Pengambilan baru pada Januari yang lepas. Ibu bapa boleh mengisi borang kemasukan anak ke PERMATA Negara. Masalah timbul apabila ramai ibu bapa yang tidak memenuhi syarat- syarat yang telah ditetapkan oleh pihak PERMATA telah di terima masuk ke PERMATA. Ini adalah kerana maklumat yang mereka berikan kemungkinan adalah palsu kerana hasil dari pemeriksaan di dapati kebanyakan daripada mereka mempunyai pendapat yang tinggi sedangkan program PERMATA mensasarkan kepada Pihak PERMATA Negara sepatutnya memberi kuasa kepada pendidik di PAPN Bachok membuat sesi pemilihan untuk pengambilan baru. Ini adalah kerana pendidik di PAPN ini lebih mengetahui siapa yang layak sebenarnya untuk mengikuti program ini.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH.docx

Embed Size (px)

Citation preview

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAHREKOD KOLABORASI/INTERAKSI/PERBINCANGAN

Tarikh: 26 Mac 2015 Masa: 1.00 pm 2.00 pm

Nama Guru Yang Ditemui: Puan Asma Binti Musa

Tajuk/Perkara: Isu-isu semasa yang berlaku di PAPN Bachok

Isi Perbincangan

Cadangan Tindakan

1. Pengambilan baru pada Januari yang lepas.Ibu bapa boleh mengisi borang kemasukan anak ke PERMATA Negara. Masalah timbul apabila ramai ibu bapa yang tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak PERMATA telah di terima masuk ke PERMATA. Ini adalah kerana maklumat yang mereka berikan kemungkinan adalah palsu kerana hasil dari pemeriksaan di dapati kebanyakan daripada mereka mempunyai pendapat yang tinggi sedangkan program PERMATA mensasarkan kepada golongan yang berpendapatan sederhana. Hal ini telah mengakibatkan golongan yang berpendapatan sederhana tidak berpeluang untuk mengikuti program ini.

2. Infrastruktur di dalam dan di luar bangunanPAPN Bachok telah mula beroperasi pada Jun 2011. Walaupun bangunan PAPN Bachok ini merupakan bangunan baharu namun ia telah mengalami banyak kerosakan. Antara kerosakan di dalam bangunan ialah pili paip di sinki kanak-kanak bocor, tandas kanak-kanak tersumbat, air-cond rosak kerana tidak pernah di selenggara, pili paip di dapur tercabut dan ada beberapa kerosakan yang lain lagi. Manakala kerosakan di luar bangunan pula, saluran air untuk masuk ke dalam kolam kanak-kanak rosak, permainan luar kanak-kanak iaitu gelongsor telah pecah dan bermacam-macam kerosakan lain lagi. Hal ini telah menyulitkan tugas-tugas pendidik dan memberi kesan kepada proses pembelajaran kanak-kanak untuk mengurus diri mereka.

3. Selain itu, antara isu dan cabaran lain yang dihadapi oleh Puan Asma ialah masalah berkaitan dengan makanan yang dihantar oleh kontraktor makanan. Sebagai seorang ketua pendidik, Puan Asma harus bertanggungjawab ke atas setiap urusan yang berlaku di PAPN Bachok. Antara masalah yang dihadapi ialah makanan yang dihantar oleh kontraktor tidak mencukupi dengan bilangan kanak-kanak. Bilangan kanak-kanak di PAPN Bachok ialah seramai 40 orang namun makanan yang di hantar tidak mencukupi untuk kanak-kanak. Ini menyebabkan pendidik terpaksa membahagikan

makanan tersebut dengan kuantiti yang sedikit kepada kanak-kanak. Ada juga makanan yang dihantar oleh kontraktor ke PAPN tidak menekankan aspek kebesihan. Ini kerana pendidik pernah terjumpa rambut, semut dan sebagainya di dalam makanan yang dihantar.

4.

Pihak PERMATA Negara sepatutnya memberi kuasa kepada pendidik di PAPN Bachok membuat sesi pemilihan untuk pengambilan baru. Ini adalah kerana pendidik di PAPN ini lebih mengetahui siapa yang layak sebenarnya untuk mengikuti program ini.

Ketua Pendidik atau pun pendidik harus membuat laporan kepada pihak atasan PERMATA supaya menangani masalah infrastruktur ini kerana masalah ini boleh memberi kesan kepada kerja-kerja pendidik, pembantu kebersihan dan secara tidak langsung memberi kesan kepada proses pembelajaran kanak-kanak.

.

Sebagai Ketua Pendidik, Puan Asma seharusnya berbincang secara peribadi dengan pihak kontraktor makanan. Ketika perbincangan tersebut, Puan Asma harus berbincang mengenai masalah yang di hadapi dengan menunjukkan bukti contohnya seperti gambar dan buku rekod penghantaran makanan. Setelah melakukan perbincangan dan masalah yang sama masih berterusan,

Puan Asma harus membuat laporan kepada pihak atasan.

Tandatangan: _____________________________

Nama: ASMA BT MUSA

Jawatan: KETUA PENDIDIK PAPN BACHOK

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAHREKOD KOLABORASI/INTERAKSI/PERBINCANGAN

Tarikh: 29 Mac 2015 Masa: 9.00 am 10.00 am

Nama Guru Yang Ditemui: Perbincangan dengan guru-guru

Tajuk/Perkara: Isu-isu semasa yang berlaku di PAPN Bachok

Isu PerbincanganCadangan Tindakan

1. Isu Bahan Bantu Mengajar.Masalah yang dihadapi oleh pendidik apabila mereka kekurangan bahan bantu mengajar. Pihak atasan selalunya hanya akan menghantar barang-barang keperluan pendidik dan kanak-kanak secara tidak konsisten. Contohnya setahun sekali barulah barang-barang keperluan ini akan di hantar ke PAPN. Masalah bertambah rumit apabila jumlah barang yang dihantar dalam kuantiti yang sedikit. Ini telah menyebabkan pendidik terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membeli barang-barang keperluan mereka. Para pendidik berasa agak terbeban dengan masalah yang mereka hadapi ini.

2. Tempoh masa kerja pendidik yang agak panjang. Walaupun ke semua pendidik di PAPN Bachok mempunyai kelulusan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan bergred

DG41 namum pekerjaaan mereka tidak seperti guru di sekolah biasa. Malah pekerjaan mereka melebihi tempoh masa kakitangan awam kerana mereka bekerja lebih daripada 8 jam sehari. Ini kerana tempoh masa bekerja mereka bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 5.30 petang. Ia tidak termasuk dengan ibu bapa yang mengambil anak mereka lewat lebih daripada jam 5.30 petang. Hal agak membebankan pendidik kerana masa yang boleh diluangkan mereka bersama adalah amat terhad.

3. Para pendidik bahawa isu dan cabaran yang dihadapi oleh mereka ialah nisbah kanak-kanak dengan pendidik yang kurang bersesuaian iaitu seorang pendidik perlu menjaga 10 orang kanak-kanak yang berumur 4 tahun. Dengan nisbah 1:10 ini telah menyebabkan beliau merasa sangat terbeban. Ini adalah kerana setiap orang kanak-kanak perlu mempunyai perwatakan yang berbeza iaitu kanak-kanak yang pasif dan aktif. Seorang pendidik tidak

mampu untuk menjaga 10 orang kanak-kanak dalam satu-satu masa. Apa yang lebih menyulitkan apabila ada rakan sekerja yang mengambil cuti, maka seorang pendidik perlu menjaga 20 orang kanak-kanak dalam satu-satu masa. Hai ini boleh menyebabkan proses pembelajaran kanak-kanak akan terganggu kerana masalah kekurangan pendidik.

4. Seterusnya para pendidik terpaksa menghadapi karenah ibubapa yang pelbagai dan tidak memahami tugas pendidik. Ibu bapa yang menghantar kanak-kanak ke PAPN Bachok merupakan ibu bapa yang bekerja dan ada yang tidak bekerja. Masalah yang dihadapi oleh pendidik berkaitan dengan ibu bapa ialah dari segi penglibatan ibu bapa. Seperti yang semua sedia maklum Program PERMATA telah menetapkan syarat bahawa setiap bulan ibu atau bapa setiap orang daripada kanak-kanak yang di hantar ke PAPN di seluruh Malaysia harus membuat penglibatan selama 4 jam untuk sebulan. Penglibatan ibu bapa ini dititikberatkan di dalam Program PERMATA adalah untuk memastikan ada kesinambungan apa yang kanak-kanak lakukan di PAPN bersama dengan pendidik dapat di aplikasikan juga di rumah. Contohnya semasa di PAPN kanak-kanak mengurus diri mereka sendiri dengan bimbingan daripada pendidik seperti memakai baju dan seluar sendiri. Oleh yang demikian, dengan adanya penglibatan ibu bapa, mereka

dapat menerapkan konsep urus diri di rumah. Namun begitu, apa yang menjadi masalah kepada pendidik ialah ibu bapa ingkar dengan syarat-syarat yang telah ditandatangani di mana mereka tidak hadir untuk membuat penglibatan 4 jam sebulan itu. Malah ada segelintir ibu bapa yang tidak hadir selama 3 bulan berturut-turut untuk membuat penglibatan tersebut. Selain itu, ada juga segelintir ibu bapa yang tidak menghormati pendidik dan tidak mahu bekerjasama di dalam sesuatu urusan. Ini adalah kerana mereka menganggap para pendidik ini adalah merupakan pengasuh kepada anak mereka. Ini menyebabkan semua bebanan tugas di rumah di serahkan kepada pendidik. Contohnya ada ibu bapa yang tidak memandikan anak mereka terlebih dahulu sebelum menghantar anak mereka ke PAPN, ada juga ibu bapa yang menghantar anak mereka ke PAPN lewat daripada masa yang telah ditetapkan dan ada juga yang mengambil anak lewat sehingga memberi bebanan kepada pendidik.

Pendidik seharusnya mengisi borang barang guna habis dan membuat laporan kepada pihak atasan bahawa mereka memerlukan barang-narang tersebut dengan segera. Mereka juga harus sentiasa membuat semakan dengan pihak atasan sekiranya barang tersebut belum di hantar.

Pendidik seharusnya bijak dalam merancang strategi supaya pendidik tidak terlalu terbeban dengan tempoh masa

berkerja yang panjang. Ini akan memberi tekanan kepada pendidik sendiri. Oleh yang demikian pendidik harus berbincang bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Antara cadangannya ialah dengan membuat sistem kerja secara syif. Contoh pendidik A, waktu bekerjanya ialah dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang manakala pendidik B waktu bekerjanya ialah pada jam 8.30 pagi sehingga 5.30 petang. Dengan adanya kerjasama daripada para pendidik, masalah ini dapat di atasi dengan bijaksana

Para pendidik harus bersepakat untuk menyuarakan pendapat mereka kepada pihak atasan. Mereka juga perlu mengemuka hujah-hujah yang bernas kenapa nisbah kanak-kanak yang terlalu ramai perlu dijaga oleh seseorang pendidik tidak begitu relevan. Di samping mereka juga perlu menunjukkan

bukti untuk setiap fakta yang mereka usulkan kepada pihak atasan.