Upload
others
View
29
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PENGENALAN
Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Tuanku Abdul Halim
Mu’adzam Shah, Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) merupakan
pemacu penyelidikan terintegrasi dan multidisplin untuk mencapai
pembangunan ekopelancongan yang lestari. PPL menyediakan
pakar untuk penyelidikan dan perundingan dalam pembangunan
lestari sumber tabii dan ekopelancongan di samping mengenalpasti
dan menciri sumber tabii bernilai tinggi serta mencadangkan
konsep pembangunannya untuk dijadikan lokaliti ekopelancongan
(K-tourism). Kompleks PPL mula dibina pada tahun 2009 dan telah
siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2011.
http://www.ukm.my/ppl
FASILITISEMINAR
1. Bilik mesyuarat (1-8pax) RM100 sehari
2. Bilik interaksi (1-14pax) RM200 sehari
3. Bilik seminar (1-50pax) RM300 sehari
4. Auditorium (1-80pax) RM1000 sehari
*Kadar sewaan tertakluk kepada perubahan semasa.
*Setiap bilik dilengkapi dengan LCD projektor, LCD skrin, papan
putih, PA sistem dan 1 komputer riba.
PENGINAPAN
1. Bilik berdua (5 unit) - RM100 sehari
2. Bilik berempat (5 unit) - RM160 sehari
3. Dormitori (2 unit) - RM35 seorang sehari *18 pax per dorm
4. Khemah (20 khemah) - RM20 per khemah sehari
MAKMAL
1. Geologi - Makmal Rokarium, Bengkel Persediaan Batuan,
Makmal Geologi
2. Biologi - Makmal Herbarium, Makmal Biologi, Makmal
Spesimen Basah
KEMUDAHAN
Surau, Bilik Sumber, Galeri Penyelidikan, Bilik Penyelidik, Wifi
Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah,
Pusat Penyelidikan Langkawi, UKM,
Lot PT35, Kg Kok, Jalan Teluk Yu, 07000 Langkawi Kedah.
No. telefon: +604-9591207 / 1248 / 1251
No. faks: +604-959 1254
Facebook : Pusat Penyelidikan Langkawi
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIAKAMPUS TUANKU ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAHPUSAT PENYELIDIKAN LANGKAWI (PPL) Langkawi Research Centre
PROGRAM GEOLOGI DAN LANSKAP
PROGRAM BIOLOGI DAN MARIN
PROGRAM BUDAYA & TRADISI SETEMPAT
1
2
3
Kepelbagaian geologi yang tinggi di Langkawi sangat penting
dalam menyokong kepelbagaian biologi fauna dan flora. Program
ini berteraskan sumber geologi dan lanskap yang sewajarnya
dipulihara. Objektif utama program ini adalah menciri, menilai
dan membangunkan Geopark dan membina kerangka bagi
sumber warisan geologi dan lanskap untuk pembangunan lestari
melalui geopelancongan.
Penyelidikan direka bentuk untuk menyokong pembangunan dan
pengurusan sumber alam di Langkawi UNESCO Global Geopark
dan membantu meningkatkan kesedaran dan pengetahuan
awam mengenai kepentingan menjaga sumber alam untuk
kesejahteraan hidup masyarakat setempat. Objektif utama adalah
menciri, menilai dan membangunkan kerangka sumber warisan
biologi dan marin untuk membantu pengurusan, pemuiharaan
dan pembangunan lestari melalui ekopelancongan.
Penyelidikan yang dijalankan tertumpu kepada isu sosial, budaya
dan persekitaran yang dihadapi oleh masyarakat kepulauan.
Inisiatif penyelidikan menyokong pendekatan bersepadu,
interdisiplin dan holistic bagi konsep kelestarian. Ahli kumpulan
program ini merangkumi latar belakang disiplin ilmu sosiologi
alam sekitar, ekonomi, antroplogi, seni dan sejarah. Objektif
utama adalah menciri, menilai dan membangunkan sumber
manusia, budaya dan tradisi setempat, penyertaan dan daya
tahan masyarakat yang berkait rapat dengan kemajuan pesat
Langkawi.
4PROGRAM KESIHATAN PERSEKITARANProgram ini telah dibangunkan dibawah PPL untuk
memastikan pembangunan di Langkawi tidak menjejaskan
usaha perlindungan kesihatan persekitaran dan seterusnya
menggalakkan pembangunan lestari. Objektif utama adalah
mengenalpasti status kesihatan dan punca penjejasan alam
sekitar, termasuk kualiti udara dan air serta pengurusan sisa bagi
membangunkan strategi dan pelan tindakan yang menjamin
perlindungan kesihatan persekitaran tempatan.
PROGRAM