Upload
asrul-hisham-jasiman
View
248
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/28/2019 Pengertian Dan Fungsi Ekosistem
1/14
PENGERTIAN DAN FUNGSI EKOSISTEM
1.1 Definisi dan Pengertian Ekosistem
Pengertian ekosistem pertama kali dikemukakan oleh seorang ahli ekologi
Inggeris bernama A.G. Tansley pada tahun 1935, walaupun konsep itu bukan
merupakan konsep yang baru. Sebelum akhir tahun 1800-an, pernyataan-
pernyataan resmi tentang istilah dan konsep yang berkaitan dengan ekosistem
mulai terbit cukup menarik dalam literatur-literatur ekologi di Amerika, Eropah,
dan Rusia (Odum, 1993).
Beberapa definisi tentang ekosistem dapat diuraikan sebagai berikut :
(i) Ekosistem atau sistem ekologi adalah merupakan pertukaran bahan-bahan
antara benda hidup dan benda bukan hidup di dalam suatu sistem. Ekosistem dicirikan
dengan berlangsungnya pertukaran material dan transformasi tenaga yang sepenuhnya
berlangsung diantara berbagai komponen dalam sistem itu sendiri atau dengan sistem
lain di luarnya.
(ii). Ekosistem adalah hasil dari kesatuan unsur-unsur hidup dan bukan hidup (biotik
maupun abiotik) secara utuh dan menyeluruh, yang saling mempengaruhi dan saling
bergantung satu sama lain. Ekosistem mengandungi keanekaragaman jenis dalam
suatu komuniti dengan lingkungannya yang berfungsi sebagai suatu kesatuan interaksi
7/28/2019 Pengertian Dan Fungsi Ekosistem
2/14
kehidupan dalam alam (Dephut, 1997). (iii). Ekosistem, ialah hasil kesatuan secara
kompleks di dalamnya terdapat habitat, tumbuhan, dan binatang yang dipertimbangkan
sebagai unit kesatuan secara utuh, sehingga semuanya akan menjadi sebahagian mata
rantai kitar material dan aliran tenaga. (Woodbury, 1954 dalam Setiadi, 1983).
(iv). Ekosistem, iaitu unit fungsional dasar dalam ekologi yang di dalamnya meliputi
organisma dan lingkungannya (lingkungan biotik dan abiotik) dan di antara keduanya
saling mempengaruhi (Odum, 1993). Ekosistem dikatakan sebagai suatu unit fungsional
dasar dalam ekologi karena ia merupakan kesatuan terkecil yang memiliki komponen
secara lengkap, memiliki kawasan ekologi secara lengkap, serta terdapat proses
ekologi secara lengkap, sehingga di dalam unit ini kitaran material dan aliran tenaga
sesuai dengan keadaan ekosistemnya.
(v). Ekosistem adalah kesatuan secara menyeluruh antara setiap unsur kehidupan yang
saling mempengaruhi (UU Lingkungan Hidup Tahun 1997). Unsur-unsur hidup (biotik)
dan bukan hidup (abiotik) tersusun sebagai satu kesatuan dalam ekosistem yang saling
berhubungan, saling mempengaruhi, dan saling berinteraksi antara satu sama lain.
(vi). Ekosistem, iaitu suatu sistem ekologi yang terbentuk oleh hubungan timbal balik
antara makhluk hidup dengan lingkungannya (Soemarwoto, 1983). Tingkatan
organisasi ini dikatakan sebagai suatu sistem karena memiliki komponen-komponen
dengan fungsi berbeda yang terkoordinasi secara baik sehingga masing-masing
komponen terjadi hubungan timbal balik. Hubungan timbal balik terwujudkan dalam
7/28/2019 Pengertian Dan Fungsi Ekosistem
3/14
rantai makanan dan jaring makanan yang pada setiap proses ini terjadi aliran tenaga
dan kitar material
1.2 Fungsi Ekosistem
Ekosistem adalah saling hubungan antara organisma-organisma dan saling hubungan
dengan persekitaran mereka yang membentuk satu aliran tenaga melalui kitaran
bahan-bahan. Ekosistem adalah sistem yang terbuka dimana input-input, perpindahan
dalaman dan pengeluaran tenaga dan nutrien berlaku. Aliran tenaga setiap ekosistem
berlaku dalam satu arah sahaja. Paling biasa aliran tenaga bermula bila autotrof
fotosintetik menggunakan cahaya matahari untuk proses fotosintesis. Autotrof adalah
organisma pengeluar (producer) primer bagi sesuatu ekosistem. Sebatian organik yang
kaya menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang banyak dan merupakan asas kepada
jaringan makanan dalam ekosistem . Jaringan makanan terdiri daripada beberapa
rantai makanan yang bergabung. Setiap rantai dalam jaringan makanan adalah bermula
dari pengeluar, pengguna yang pelbagai dan penguraiKebanyakan tenaga yang
memasuki jaringan makanan akan hilang kepersekitaran terutamanya dalam bentuk
haba metabolisma. Majoriti nutrien dikitar semula dalam jaringan makanan tetapi
sebahagiannya hilang ke persekitaran. Air, karbon, nitrogen, fosforus and bahan-bahan
lain yang diperlukan semasa produktiviti permulaan bergerak melalui kitaran
biogeokemikal.
7/28/2019 Pengertian Dan Fungsi Ekosistem
4/14
JENIS DAN LOKASI EKOSISTEM
2.1 Sinopsis
Sesebuah negara menpunyai pelbagai jenis ekosistem bergantung kepada iklim
dan kedudukan dari segi latitud dan altitudnya masing-masing. Setiap ekosistem
mempunyai dua komponen iaitu biotik dan abiotik yang berbeza bergantung
kepada lokasi yang berbeza. Perbezaan ini merupakan faktor penentu kepada
tahap biodiversiti dalam sesuatu ekosistem. Ekosistem yang mempunyai tahap
biodiversiti yang tinggi akan menunjukkan tahap kerencaman dan kestabilan
yang tinggi.
2.2 Jenis-Jenis Ekosistem
Terdapat pelbagai jenis ekosistem yang utama diantaranya adalah ekosistem
akuatik, ekosistem hutan hujan tropika, ekosistem hutan paya bakau,
ekosistem hutan gambut, ekosistem kolam dan agro ekosistem seperti
ekosistem sawah padi dan ekosistem ladang kelapa sawit.
.
2.2.1 Ekosistem Akuatik
Ekosistem Akuatik adalahsejenis ekosistem yang terletak dalam jasad air.
Komuniti-komuniti organisma bergantung antara satu sama lain dan persekitaran
mereka. Ekosistem ini terdiri daripada dua ekosistem iaitu ekosistem air masin
dan ekosistem air tawar
7/28/2019 Pengertian Dan Fungsi Ekosistem
5/14
Ekosistem Akuatik
Ekosistem Marin
7/28/2019 Pengertian Dan Fungsi Ekosistem
6/14
2.2.2 Ekosistem Air Masin (Marin)
Ekosistem marin meliputi hampir 71% daripada permukaan bumi dan
mengandungi hampir 97% daripada air dunia. Ekosistem ini menjana 32% dari
pengeluaran bersih utama dunia. Hampir 85% daripada bahan terlarut dalam air
laut adalah natrium dan klorida. Air laut secara puratanya mengandungi
kandungan garam 35 bahagian perseribu (ppt) . Biasanya saliniti berbeza antara
ekosistem marin.
Ekosistem Marine boleh dibahagikan kepada beberapa zon iaitu :-
i. oceanic (bahagian cetek)
ii. profundal (dasar atau air dalam)
iii. benthic (dasar laut);
iv. intertidal (kawasan antara taid(tides) tinggi dan rendah )
v. estuaries
vi. salt marshes;
vii. coral reefs (terumbu karang)
ix. hydrothermal vents (dimana bakteria sulfur chemosynthetic membentuk
makanan asas).
Kelas-kelas organisma yang dijumpai dalam ekosistem marin termasuklah brown algae,
dinoflagellates, corals, cephalopods, echinoderms, and sharks. Ikkan dalam ekosistem
marin adalah sumber makanan komersial yang terbesar . Masalah alam sekitar yang
berlaku kepada ekosistem marin termasuklah ekploitasi sumber marin yang tidak
mampan, pencemaran air dan pembangunan kawasan pinggir pantai.
7/28/2019 Pengertian Dan Fungsi Ekosistem
7/14
2.3.3 Ekosistem Air Tawar
Ekosistem ini meliputi 0.8% daripada permukaan bumi dan mengandungi
0.009% dari jumlah air dunia. Ianya menjana hampir 3% dari pengeluaran bersih
dari air dunia. Ekosistem air tawar mengandungi 41% dari spesis ikan dunia.
Terdapat 3 jenis ekosistem air tawar iaitu;-
1. Lentic: air gerak perlahan termasuk kolam dan tasik.
2. Lotic: air bergerak laju seperti alur dan sungai.
3. Tanah Lembab (Wetlands), kawasan dimana tanah tepu dengan air
Asas makanan dari alur dan sungai terdiri dari hutan ripari yang mempunyai kanopi
yang tebal yang mengizinkan pertumbuhan alga di dalam sungai yang menjadi sumber
makanan kepada ikan anaromous. Ikan Anadromous juga merupakan sumber nutrien
penting kepada hidupan lain. Ancaman alam sekitar kepada sungai termasuklah
kehilangan air, empangan, pencemaran bahan kimia dan kepupusan spesis. Tanah
lembab didominasi oleh tumbuhan vaskular yang merupakan ekosistem semulajadi
yang produktif.
7/28/2019 Pengertian Dan Fungsi Ekosistem
8/14
Ekosistem Air Tawar
2.2.3.1 Ekosistem Kolam
Merupakan ekosistem air tawar yang khusus dimana alga merupakan aras trof
yang asas iaitu pengeluar. Pemangsa utama dalam ekosistem ini biasanya terdiri
daripada ikan. Terdapat juga ular, kumbang air dan kura-kura.
7/28/2019 Pengertian Dan Fungsi Ekosistem
9/14
Ekosistem Kolam
2.2.3.2 Fungsi Ekosistem Akuatik
Ekosistem akuatik sangat penting kepada alam sekitar. Sebagai contoh kitar
nutrien, air bersih, penampung banjir, saliran air bawah tanah dan menyediakan
habitat untuk kehidupan haiwan liar. Ekosistem akuatik juga penting untuk
rekreasi manusia dan sangat penting untuk industri pelancongan terutama
kawasan pesisir pantai. Tekanan terhadap ekosistem akuatik akan
mengakibatkan kerosakan alam sekitar termasuklah perubahan suhu air dan
penembusan cahaya ke dalam air. Pencemaran kimia pula mengakibatkan
kekurangan nutrien, oksigen terlarut berkurang dan menjadi toksin kepada
7/28/2019 Pengertian Dan Fungsi Ekosistem
10/14
hidupan . Pertumbuhan populasi manusia yang pesat juga merupakan satu lagi
tekanan kepada ekosistem akuatik.
2.2.4 Ekosistem Hutan Hujan Tropika
Hutan hujan tropika meliputi 6% daripada permukaan keseluruhan bumi dan
terletak di kawasan sekitar garisan Khatulistiwa. Di Malaysia kebanyakan kawasan
hutan tanah pamah seperti di Hutan hujan tropika ini , iklimnya adalah sangat panas,
dimana julat suhunya adalah diantara 20-26 C serta menerima lebih daripada 250
sm hujan setahun. Kawasan ini juga menunjukkan panjang hari yang hampir sama
sepanjang tahun. Factor Ini menjadikan kawasan ini sangat sesuai untuk pertumbuhan
tumbuh-tumbuhan yang pelbagai. Faktor latitud adalah kawalan iklim utama di hutan
hujan tropika.
7/28/2019 Pengertian Dan Fungsi Ekosistem
11/14
Ekosistem hutan hujan tropika
2.2.5 Ekosistem Paya Gambut
Hutan paya gambut adalah kawasan hutan yang di penuhi dengan air. Hutan ini
tumbuh di atas lapisan daun-daun yang telah mati dan lapisan bahan daripada
tumbuh-tumbuhan setebal 20 meter. Ia adalah ekosistem yang unik dengan ciri-
ciri terendam air, kandungan nutrient dan oksigen larut pada tahap yang rendah
serta kawasan air yang berasid. Hutan gambut adalah jenis tanah berair yang
terbesar iaitu meliputi 75% daripada keseluruhan kawasan tanah berair di negara
ini. Dianggarkan terdapat seluas 1.54 ribu hektar tanah berair jenis ini masih
7/28/2019 Pengertian Dan Fungsi Ekosistem
12/14
kekal di Malaysia, di mana 70% daripadanya terdapat di Sarawak, kurang
daripada 20% di Semenanjung Malaysia dan yang selebihnya terletak di Sabah.
Ekosistem Paya gambut
2.3 Biodiversiti, Kompleksiti dan Kestabilan
Biodiversiti adalah istilah yang digunakan untuk menerangkan bilangan
spesies, berapa banyak variasi genetik atau bilan gan jenis komuniti yang
terdapat di sesuatu ekosistem . Kompleksiti sesuatu ekosistem ber gantung
kepada biodiversiti sesuatu ekosistem . Kestabilan ekosistem pula dinyatakan
dengan beberapa cara yang berbeza. Satu cara adalah untuk
mendefinisikan sebagai sesuatu sistem untuk kembali kepada keadaan asal
selepas d iganggu, lebih cepat ia kembali kepada keadaan asal lebih stabil
sesuatu ekosistem itu.
7/28/2019 Pengertian Dan Fungsi Ekosistem
13/14
2.4.1 Biodiversiti, Kompleksiti dan Kestabilan Ekosistem hutan hujantropika
Hutan hujan tropika ini adalah biome yang terkaya dari segi biodiversiti dan
biojisim total. Haiwan-haiwan di hutan hujan tropika adalah sangat pelbagai dan
ini terhasil daripada adaptasi mereka terhadap persekitaran mereka. Satu
daripada adaptasi haiwan-haiwan di ekosistem ini adalah kebolehan melakukan
penyamaran yang berkesan. Haiwan-haiwan ini kadang kala kelihatan seperti
daun mati atau daun hidup. Lantai hutan hujan tropika yang dipenuhi dengan
daun-daun mati menyebabkan haiwan-haiwan sebati dengan persekitaran itu
serta sukar dilihat daripada atas .Haiwan seperti kupu-kupu dan katak pokok
menggunakan kaedah ini. Haiwan-haiwan di kawasan ini juga menggunakan
warna-warna untuk mem beri amaran kepada pemangsa mereka bahawa
mereka sangat beracun. Sebagai contoh katak beracun dari species
Dendrobates auratus yang berwarna putih dan hitam, D. leucomelas mempunyai
warna kuning terang dan hitam serta D. granuliferus yang berwarna merah di
bahagian atas serta sisi dan kaki pula berwarna hijau.
Lebih daripada separuh spesies daripada tumbuhan daratan hidup di dalam
biome ini. Kepelbagaian tumbuhan yang tinggi serta tiada banyak spesies yang
menunjukkan kedominan yang jelas di ekosistem ini. Tumbuh-tum buhan di
ekosistem hutan hujan tropika ini mempunyai pucuk atau daun muda yang
berwarna merah. Tumbuh-tumbuhan ini juga sering kelihatan berbunga. Ada
haiwan yang hidup dilantai hutan kebanyakan haiwan di hutan hujan tropika
hidup pada tumbuh-tumbuhan ini seperti di kanopi hutan ini. Serangga adalah
7/28/2019 Pengertian Dan Fungsi Ekosistem
14/14
antara haiwan yang sangat banyak di kawasan ini. Anai-anai adalah sangat
penting sebagai pengurai di kawasan ini. Kerana kompleksiti ecosystem ini ia
juga sangat komplek dan sangat stabil.
2.3.2 Biodiversiti, Kekompleksian dan Kestabilan di Ekosistem Hutan PayaGambut
Kawasan hutan gambut bukan sahaja satu ekosistem yang unik dan tempat tinggal
kepada banyak spesies endemik ia juga menyediakan pusat perlindunga n bagi
lebih daripada 60 spesies haiwan yang disenaraikan sebagai terancam seperti
Orang utan, Proboscis Monkey, Sumatran Rhinoceros, gajah asia, harimau, Civet
Otter, Storms Stork and Wrinkled Hornbill. Hutan lembab ini juga berfungsi sebagai
bank gen semula jadi tumbuhan. Kawasan ini juga mengandungi banyak spesies
yang belum diketahui dan diterokai.