31
BMW 3032 WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU TAJUK: KESAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) TERHADAP KECEMERLANGAN AKADEMIK DALAM KALANGAN PELAJAR SEJARAH (AT-32) 2014/2015, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS NAMA PELAJAR :MOHAMAD KAMARULZAMAN BIN MOHD NOR (D20141067580) MOHD NAZWAN BIN PUTRA (D20141067584) AL MESRA BIN MANOGA (D20141067586) NO MATRIK : KUMPULAN : I HARI/ MASA KULIAH : RABU. JAM 3.00PM-5.00PM NAMA PENGAJAR : SABARIAH BINTI SULAIMAN TARIKH PENGHANTARAN : 15 APRIL 2015

penggunaan alat bantu mengajar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

alat bantu mengajar dalam Universiti Pendidikan Sultan Idris

Citation preview

7

BMW 3032

WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU

TAJUK:

KESAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) TERHADAP KECEMERLANGAN AKADEMIK DALAM KALANGAN PELAJAR SEJARAH (AT-32) 2014/2015, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

NAMA PELAJAR:MOHAMAD KAMARULZAMAN BIN MOHD NOR (D20141067580)

MOHD NAZWAN BIN PUTRA (D20141067584)

AL MESRA BIN MANOGA (D20141067586)

NO MATRIK:

KUMPULAN: I

HARI/ MASA KULIAH: RABU. JAM 3.00PM-5.00PM

NAMA PENGAJAR: SABARIAH BINTI SULAIMAN

TARIKH PENGHANTARAN: 15 APRIL 2015

ABSTRAK

Kajian kes ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah di kalangan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Satu kelas telah diambil sebagai responden yang terdiri daripada semua pelajar di dalam kelas itu dan beberapa pensyarah untuk dikaji tentang tahap kepenggunaan ABM dan kesannya kepada pelajar. Analisis kajian menunjukkan bahawa ABM jenis bukan elektronik yang biasa digunakan dalam pengajaran Sejarah adalah tidak pelbagai manakala ABM jenis elektronik seperti LCD, OHP, video, dan CD interaktif tidak disediakan langsung dalam setiap bilik kuliah sama ada di Kampus Sultan Azlan Shah mahupun di Kampus Abdul Jalil Shah. Kekurangan penggunaan alat bantu mengajar ini (ABM) boleh memberi kesan kepada pretasi pelajar. Tetapi penerimaan pensyarah terhadap kepentingan penggunaan ABM dalam keberkesanan pengajaran Sejarah adalah positif. Namun begitu, terdapat faktor seperti tahap dan fungsi pengetahuan lepas pelajar, saiz ABM, penjagaan ABM dan kemudahan memperoleh mempengaruhi kekurangan penggunaan ABM dalam pengajaran pelajaran Sejarah. Diharap pihak berkaitan bekerjasama meningkatkan lagi penggunaan ABM elektronik dan juga mengadakan kursus untuk membolehkan penggunaan ABM yang lebih efisyen khususnya dalam kursus Sejarah.

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUANMUKA SURAT

1.0 LATAR BELAKANG

2.0 PERNYATAAN MASALAH

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.0 KEPENTINGAN KAJIAN

5.0 DEFINISI KONSEP

6.0 SOROTAN KAJIAN

7.0 METODOLOGI KAJIAN

8.0 HASIL DAN PERBINCANGAN

9.0 PENUTUP

10.0 RUJUKAN

11.0 LAMPIRAN

PENDAHULUAN

Buku Panduan Am KBSR Kementerian Pendidikan (1988 ) menyatakan dengan jelas tentang kepentingan penggunaan bahan-bahan atau media dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Buku tersebut menjelaskan tiga fungsi media iaitu:

1-Menolong guru mewujudkan kepelbagaian dan minat dalam satu waktu pelajaran di samping memberi peluang kepada guru mencuba pendekatan dan teknik pengajaran yang lain.

2-Membantu guru menimbulkan situasi yang lebih bermakna untuk menyampaikan butiran-butiran pelajaran.

3-menolong memberi rangsangan kepada guru untuk menggerakkan daya fikiran hingga dapat melahirkan pertuturan dan pemikiran serta memberi peluang kepada mereka menggunakan satu atau lebih deria dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan sebagai pengarah, pembimbing,. pengurus dan pemudahcara dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet(1974) melalui perakuan ke 11S(C) menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan mengadakan kemudahan di setiap sekolah untuk kegiatan yang berkaitan dengan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu di dalam tahun-tahun 1980-an kita dapat melihat betapa pesatnya perkembangan bidang Teknologi Pendidikan. Sebagai contoh penubuhan pesat Pusat-pusat Sumber Teknologi yakni empat Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN), 350 Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan lebih 5,000 Pusat Sumber Sekolah (PSS); penawaran kursus Teknologi Pendidikan pada peringkat sijil, ijazah pertama atau lanjutan di beberapa buah institusi pengajian tinggi, penubuhan Persatuan Teknologi Pendidikan yang pertama iaitu Persatuan Media Pendidikan Wilayah Persekutuan; dan kewujudan Bahagian Teknologi Pendidikan (Ab.Rahman, 1993).

Matlamat Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) ialah membantu meningkatkan mutu pendidikan di negara kita dengan berteraskan falsafah 'bahawa penggunaan pelbagai jenis media pendidikan secara terancang dapat mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta memberi peluang kepada setiap murid menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu' (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992).

Kajian yang telah dijalankan oleh Perkhidmatan Pendidikan Media, Kementerian Pendidikan (1986) telah menunjukkan bahawa kejayaan pembelajaran banyak bergantung kepada usaha guru yang boleh menyesuaikan teknik dan bahan dalam aktiviti dan projek pembelajaran. Justeru itu Pusat Sumber Sekolah memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pusat Sumber Sekolah telah diperakukan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet . Kursus-kursus untuk kakitangan penting diadakan di beberapa institusi pengajian tinggi dan maktab-maktab, pembinaan sebanyak 350 buah Pusat Kegiatan Guru telah dirancang dan dibina.

Melalui kajian ini, skop pengkaji tertumpu kepada Pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar subjek sejarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Semua apa yang ditekankan dalam Kementerian Pelajaran ini juga digunakan dalam pengajian Institut Pengajian Tinggi Malaysia.

1.0 LATAR BELAKANG

Bahan Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh pensyarah/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa,hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid. Atan Long (1981) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar. Noraziah Hamid (1981) membahagikan ABM kepada dua multimedia iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. Manakala Hanapiah Sudin (1979) dan Khairiah Ahmad (1980-13 ) mengkelaskannyakepada dua iaitu " software dan hardware".

Ngui Kuen Sang (1981) mengenai ABM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang." Atan Long (1982) ABM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan ABM." Thcxnas, R. Murray, Swartout, Sherwin G (1963). Hanya alat bantu komunikatif tinggi mengajar yang mempunyai yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiahdan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan." Berdasarkan pendapat, alat bantu mengajar doleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:

A- Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran,filem jalur,slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita rakaman, piring hitam,CD,komputer,radio kaset, televisyen, intemet dan sebagainya

B- Bahan yang tidak menggunakan media bukan elektronik seperti suara, gambar,carta, model, surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel, papan magnet,kad kad,imbasan buku dan sebagainya.

C- Bahan bercorak pengalaman seperti lakonan, lawatan, projek, pameran, bahanmaujud (realia) dan sebagainya

Arus pendidikan negara pada hari ini turut berubah dengan perkembangan dunia teknologi maklumat. Dalam era teknologi maklumat masa kini penggunaan multimedia di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) memberikan satu perubahan yang besar berbanding dengan cara tradisi iaitu penggunaan kapur tulis dan buku teks. Sehubungan dengan itu pelbagai usaha dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memantapkan lagi proses pengajaran dengan mengadakan kursus penyediaan alat bantu mengajar (ABM).

Kita dapat lihat bahawa hari demi hari proses pengajaran dan pembelajaran menjadi suatu proses yang semakin kompleks dan penuh dengan cabaran. Ia menyebabkan kesukaran untuk menentukan kaedah dan pendekatan pengajaran yang terbaik untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menarik dan berkesan. Menurut Mok Soon Sang (2000), banyak faktor yang menentukan ciri-ciri pengajaran yang baik. Di antaranya ialah kecekapan pendidik mengawal kelas, strategi dan kaedah pengajaran serta penggunaan ABM.

Melalui penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai, pembelajaran secara interaktif akan menarik minat, perhatian para pelajar, dan menimbulkan rasa ingin tahu yang mendalam. Oleh itu, adalah menjadi tugas pensyarah untuk menggunakan alat bantu mengajar untuk memberikan pemahaman yang jelas kepada pelajar tentang apa yang diajari. Ford (1982), menyatakan bahawa pengalaman secara terus yang dialami oleh seseorang membolehkan perkataan dan simbol memberi makna kepadanya. Sesuatu bahan dengan sendirinya tidak dapat menghasilkan sebarang perubahan terhadap pembelajaran, tetapi pensyarah yang mahir menggunakan bahan itu boleh memberikan kesan yang berkekalan.

Beliau juga menyatakan bahawa pensyarah yang mahir menggunakan bahan pengajaran bukan sahaja seorang pelukis yang dapat mereka bahan pengajaran tetapi juga adalah pelukis yang boleh memahami perbezaan individu. Pelajar juga dapat memahami sesuatu konsep itu dengan jelas dan tepat kerana mereka dapat melihat secara terus terutamanya yang melibatkan pekara yang abstrak. Rasional alat bantu mengajar digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk memperjelaskan lagi penyampaian maklumat agar tidak terlalu bersifat verbalistik, mengatasi keterbatasan ruang, mengatasi sifat pasif pelajar dan memberi rangsangan, mempersamakan pengalaman dan membangkitkan persepsi di kalangan pelajar.

Kaedah pengajaran yang memusatkan pelajar, bahan dan berasaskan aktiviti telah menjadi fokus utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum di universiti-universiti bukan sahaja mempunyai pengetahuan isi kandungan yang tinggi malah dapat menguasai berbagai kemahiran dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Pensyarah telah diberi latihan yang secukupnya semasa menuntut di universiti-universiti ataupun di mana-mana institut-institut. Mereka didedahkan dengan berbagai ilmu pendidikan di antaranya Pedagogi, Psikologi Pendidikan, Teknologi Pendidikan, Sosiologi dan Profesionalisme Dalam Pendidikan, Mikro Teaching dan sebagainya. Mereka didedahkan dengan pelbagai kaedah mengajar, sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran dan juga bagaimana menggunakan ABM dengan berkesan. Kaedah-kaedah yang dipelajari itu diharapkan dapat dicuba dan diterokai apabila mereka bertugas sebagai pensyarah di universiti kelak. Persoalannya, sejauhmanakah ilmu yang diperolehi sepanjang pengajian itu dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah terutamanya dalam penggunaan ABM.

Kebanyakan universiti di Malaysia telah banyak menggunakan alat bantu mengajar yang canggih dalam pembelajaran pelajar. Pensyarah-pensyarah harus menguasai kemahiran memilih dan mengoptimumkan penggunaanya untuk mencapai dengan jayanya objektif pelajaran yang telah dirancang. Dengan itu, pensyarah-pensyarah perlu bersedia menghadapi cabaran-cabaran dan perubahan-perubahan yang dijangkakan dari segi amalan pengurusan pembelajaran di bilik kuliah khususnya dalam menguasai kemahiran menggunakan ABM dengan berkesan dan juga perubahan 'mindset'nya tentang kepentingan dan peranan bahan-bahan dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.0 PENYATAAN MASALAH

Pada masa sekarang, teknologi dapat mebantu dalam memastikan tahap penyampaian pembelajaran dalam kelas mencapai tahap maksimum. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia mengubal Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang menekankan penggunaan pelbagai teknik pengajaran serta mengutamakan penggunaan alat bantu mengajar untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut berkesan. Pihak Kementerian Pelajaran telah menyediakan pelbagai alat bantu mengajar yang berteraskan teknologi disekolah-sekolah di negara untuk memudahkan pensyarah- pensyarah terutamanya pensyarah yang menggunakan kemudahan teknologi tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Melalui penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai, pembelajaran secara interaktif akan menarik minat, perhatian para pelajar, dan menimbulkan rasa ingin tahu yang mendalam. Oleh itu, adalah menjadi tugas guru untuk menggunakan alat bantu mengajar untuk memberikan pemahaman yang jelas kepada pelajar tentang apa yang diajari. Ford (1982), menyatakan bahawa pengalaman secara terus yang dialami oleh seseorang membolehkan perkataan dan simbol memberi makna kepadanya. Sesuatu bahan dengan sendirinya tidak dapat menghasilkan sebarang perubahan terhadap pembelajaran, tetapi guru yang mahir menggunakan bahan itu boleh memberikan kesan yang berkekalan. Beliau juga menyatakan bahawa guru yang mahir menggunakan bahan pengajaran bukan sahaja seorang pelukis yang dapat mereka bahan pengajaran tetapi juga adalah pelukis yang boleh memahami perbezaan individu.

Pelajar juga dapat memahami sesuatu konsep itu dengan jelas dan tepat kerana mereka dapat melihat secara terus terutamanya yang melibatkan pekara yang abstrak. Rasional alat bantu mengajar digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk memperjelaskan lagi penyampaian maklumat agar tidak terlalu bersifat verbalistik, mengatasi keterbatasan ruang, mengatasi sifat pasif pelajar dan memberi rangsangan, mempersamakan pengalaman dan membangkitkan persepsi di kalangan pelajar.

Dalam pengajaran di universiti, pensyarah telah didedahkan pelbagai kaedah mengajar yang memusatkan pelajar , sumber-sumber pengajaran pembelajaran dan juga bagaimana menggunakan bahan bantu mengajar dengan berkesan. Kaedah-kaedah yang dipelajari itu diharapkan dapat dicuba dan diterokai apabila mereka bertugas sebagai pensyarah nanti. Seseorang pensyarah juga harus mahir mengenal pasti , membuat keputusan untuk memilih bahan bantu mengajar yang paling berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Kualiti sesuatu pelajaran yang memusatkan pelajar amat bergantung kepada keberkesanan pensyarah memilih dan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai.

Sesebuah universiti yang mempunyai pusat sumber yang dilengkapi bahan bantu mengajar tidak dapat membantu pelajar dalam pembelajarannya jika pensyarahnya tidak mahir menggunakan bahan itu dengan berkesan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian yang bakal dijalankan, pengkaji telah memilih tiga objektif kajian dalam kajian ini bagi memastikan perjalanan kajian dapat dijalankan dengan lancar. Antara objektif kajian yang dipilih adalah yang tertera di bawah:-

1)Menghuraikan keberkesanan pengajaran yang berlangsung menggunakan alat bantu mengajar.

2)Menghuraikan 3 kelebihan penggunaan alat bantu mengajar dalam kalangan responden.

3)Menjelaskan 3 kelemahan penggunaan alat bantu mengajar dalam pembelajaran di kalangan responden.

4.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu mengajar lebih membantu merangsangkan dunia pelajar untuk belajar. Penggunaan bahan bantu mengajar memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (Omardin Ashaari, 1999).

Antara rasionalnya penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah untuk mengetengahkan konsep. Ini bermaksud pelajar dapat menyaksikan sendiri tunjuk cara dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru semasa menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Pengajaran guru akan lebih mudah dengan penggunaan bahan bantu mengajar, lebihlebih lagi bahan yang digunakan itu bersesuaian dengan tajuk pelajaran yang disampaikan oleh guru.

Antara lain rasionalnya adalah untuk minat pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi pengalak dalam pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada pelajar. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar.

Hasil kajian ini dapt memberi penjelasan mengenai kebekesanan pengajaran yang berlangsung jika seorang guru atau pensyarah yang menggunakan alat bantu mengajar dalam pengajaranan mereka. Selain itu, hasil kajian ini akan menghuraikan mengenai kelebihan dan kelemahan yang dapat dipetik dengan menggunakan alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran.

5.0 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Kajian ini memfokuskan di dalam kelas pelajar sejarah (AT32) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mana melibatkan pensyarah dan pelajar dalam penggunaan alat bantu mengajar. Kajian ini mengkaji keberkesanan pengajaran,lebihan dan kelemahan alat bantu mengajar.

Kajian ini merupakan kajian tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar AT32 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) yang berda di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Justeru itu dapatan kajian hanya digeneralisasikan kepada pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah tersebut. Pengkaji tidak megkaji perkara di luar skop kajian seperti pengkaji tidak akan melihat atau memasukkan pelajar daripada program lain seperti Bahasa Melayu atau Matematik. Selain itu, kajian ini mempunyai had dan batasan iaitu melingkungi pelajar yang berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kajian tidak akan mengkaji pelajar yang bukan berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris seperti dari Universiti lain. Hal ini kerana, fokus kajian hanya kepada pelaja UPSI sahaja. Seterusnya, kajian yang dijalankan hanya mencari data berhubung dengan alat bantu mengajar yang digunakan oleh pensyarah di UPSI. Misalnya alat bantu mengajar seperti Overhead Projector (OHP), penggunaan slaid, filem tayangan, carta, grafik dan sebagainya. Sebarang instrumen atau alatan di luar daripada lingkungan alat bantu mengajar tidak akan dimasukkan dalam kajian seperti yang dinyatakan dalam skop kajian.

6.0 DEFINISI KONSEP

Alat bantu mengajar merupakan salah satu instrumen untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada pelajar. Ini bermakna ABM membolehkan pensyarah menyampaikan pelajaran dengan lebih mudah, lebih menarik dan lebih berkesan. Manakala pelajar pula dapat memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran secara sendiri tanpa kehadiran pensyarah. ABM berperanan sebagai alat pengukuhan dan pengayaan ilmu pengetahuan kepada pelajar di mana ia membantu pelajar mengingati pelajaran yang diajar dan seterusnya meningkatkan lagi pengetahuan sedia ada (Abdul Malek Bilal Sidek, 1995).

Ini bermakna ABM adalah saling berkaitan dalam menentukan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan (Abdul Malek Bilal Sidek, 1995). Bagi pensyarah atau guru, penggunaan ABBM akan menjimatkan tenaga dan masa. Pensyarah atau guru yang biasa menggunakan kaedah kuliah atau 'chalk and talk' mungkin akan kehabisan suara dan masa. Ini boleh diatasi dengan pengajaran menggunakan ABM.

Secara umumnya, ABM boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. Media elektronik meliputi bahan seperti radio, televisyen, alat perakam kaset, video, projektor slaid, filem, projektor lutsinar, CD interaktif dan komputer. Manakala media bukan elektronik terdiri daripada buku , modul, majalah, jurnal, buku log, carta, papan gulung, kad imbasan dan model serta peralatan yang digunakan dalam sesuatu mata pelajaran untuk menyampaikan isi pengajaran mata pelajaran tersebut. Oleh itu dapat dilihat bahawa terdapat pelbagai peralatan bahan bantu mengajar yang boleh digunakan oleh golongan pendidik untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada pelajar. Sebagai seorang pensyarah, seseorang itu perlu peka dengan perkembangan dan perubahan teknologi yang berkaitan dengan pendidikan.

Pensyarah juga harus sedar, penggunaan ABM dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran merupakan sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang ingin disampaikan oleh pihak pensyarah kepada pelajar. Arus pendidikan kini mengalami perubahan besar dengan penggunaan peralatan bahan bantu mengajar berbantukan teknologi komputer dalam pengajaran sejarah. Fenomena ini kini dapat dilihat penggunaannya gambar-gambar dan rujukan yang mudah bagi membolehkan pelajar melihat sendiri secara lebih jelas bagi menerangkan setiap isi pelajarannya.

Bentuk pengajaran yang mengadakan pelbagai aktiviti yang membina kepada pelajar perlu dilakukan secara sistematik oleh para pendidik khususnya pensyarah-pensyarah di universiti. Menjadi tanggungjawab para pensyarah dalam melahirkan tenaga mahir yang profesional.

Justeru itu, penggunaan ABM dapat menolong pensyarah menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan dan dapat menarik minat pelajar untuk melibatkan diri mereka dalam proses pembelajaran tersebut. Penggunaan pelbagai bentuk ABM iaitu gabungan antara cara atau alat tradisional dan juga alat berbantukan teknologi komputer yang sesuai dapat memberi motivasi kepada pelajar untuk lebih cenderung dengan pengajaran pensyarah serta lebih memahami isi pelajaran secara teori dan praktik khususnya dalam mata pelajaran sejarah.

7.0 SOROTAN KAJIAN

Tajuk: Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Di Kalangan Guru-Guru Ketua Panitia Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Daerah Kulim Bandar Baharu

Penulis: Fadzli bin Dahalan dan Ranjit Singh A/L Malkiat Singh

IPG Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

7.1 PENGENALAN

Sistem pendidikan adalah sentiasa bersifat dinamik. Oleh yang demikian ianya sentiasa menempuh banyak perubahan selaras dengan tuntutan semasa. Inovasi diperkenalkan untuk menyelesaikan masalah dan untuk memperbaiki amalan semasa serta mempertingkatkan kualiti pendidikan di sekolah. Di Malaysia, pengenalan dan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) 1982 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 1987 merupakan dua inovasi utama di dalam pendidikan negara. Perubahan-perubahan ini memberi implikasi yang pelbagai samada dari segi penyebaran, pembangunan dan proses pelaksanaannya sendiri.

Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1989, Mata pelajaran Kemahiran Hidup diperkenalkan sebagai menggantikan mata pelajaran elektif seperti mata pelajaran Sains Pertanian, Seni Perusahaan, Sains Rumah Tangga dan Perdagangan. Di dalam pendidikan komprehensif yang diamalkan sejak tahun 1965 hingga sekarang, murid-murid hanya perlu memilih salah satu daripada empat mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah rendah. Ini bermakna bahawa murid-murid hanya mengetahui isi kandungan mata pelajaran elektif yang berkenaan itu sahaja dan tidak akan mempelajari isi kandungan mata pelajaran lain yang juga berguna dalam kehidupan harian mereka. Ini bermakna murid-murid akan terarah lebih mahir dalam satu kemahiran sahaja. Tujuan utama mata pelajaran KH dibentuk ialah untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran asas praktik, membina sikap berdikari dan keyakinan dalam melaksanakan urusan hariannya serta pembentukan daya inisiatif dan peluang yang ada padanya dengan bijaksana. Ia juga memberi persediaan asas yang lebih luas kepada pelajar untuk pengkhususan di peringkat Menengah atas.

Penekanan kepada kaedah pengajaran yang melibatkan latihan amali menjadikan pengajaran KH memerlukan penggunaan BBM yang pelbagai dan bersesuaian. Oleh itu semua aparatus ini perlu dirancang penggunaannya dengan teliti serta tersusun semasa proses pengajaran berlaku. Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan disokong (dengan alat bantu mengajar) bagi meransang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum.

Lantaran itu guru-guru KH yang rata-ratanya berlatarbelakangkan kemahiran teknikal haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan memperbanyak dan mempelbagaikan penggunaan ABM dalam pengajaran mereka. ABM adalah penting dalam pengajaran dan pendidikan kerana ianya dapat meransang minat yang tinggi kepada pelajar untuk belajar. Penggunaan elemen teknologi multimedia dalam bilik darjah perlulah diaplikasikan sepenuhnya kerana kajian-kajian terkini menunjukkan faedah teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran. (Rohaya,2003: Kamarul Azmi dan Ab. Halim, 2007). Justeru guru-guru KH hendaklah sentiasa peka dan proaktif terhadap perkembangan semasa tentang kaedah pengajaran terkini serta kesannya ke atas proses pembelajaran pelajar. Mereka juga perlu sentiasa berusaha ke arah menghasilkan pengajaran yang dapat memberikan impak yang positif dan bermakna kepada pelajarnya. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah, malahan dapat melahirkan pelajar yang dapat menyumbang tenaga kepada pembangunan negara.

7.2 PERNYATAAN MASALAH

Isu penggunaan BBM dalam pengajaran bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan kini. Ianya seolah telah menjadi satu rutin yang perlu dipertimbangkan penggunaannya dalam kelas kerana sifatnya yang membantu dalam mencapai objektif pengajaran. Justeru, guru perlu bijak memilih kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk untuk diselaraskan dengan BBM yang digunakan. Walaupun pelbagai kaedah pengajaran terancang telah ditekankan kepada semua lepasan guru untuk diterapkan semasa pengajaran namun terdapat kajian-kajian yang menunjukkan bahawa unsur penting dalam aspek pengajaran KBSR tidak diikuti dan dilaksanakan sepenuhnya dalam bilik darjah. Menurut Abd Rahman (2000), pelbagai alat teknologi pendidikan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah di Malaysia.

Penggunaan multimedia moden seperti video klip, YouTube dan powerpoint beranimasi boleh meningkatkan kualiti pembelajaran disamping meningkatkanmotivasi pelajar. Namun pada hakikatnya,terdapat sungutan dari pelbagai pihak bahawa dalam perlaksanaan KBSR, terdapat tanda-tanda bahawa teknik pengajaran mulai berpatah balik kepada cara lama iaitu pengajaran secara kelas masih diamalkan sepanjang waktu (Omar Mohd. Hashim 1991). Ini diakui kemudiannya oleh Ketua Nazir sekolah, Jemaah Nazir Sekolah (JNS) Kementerian Pendidikan, Nik Faizah Mustapha, ...dapatan JNS mendapati guru kurang yakin serta kurang keupayaan untuk melaksanakan KBSR dan KBSM secara total.... Justeru, guru KH dan juga guru-guru mata pelajaran yang lain haruslah melakukan anjakan paradigma dalam pengajaran mereka dan tidak semata-mata menggunakan kaedah chalk and talk dalam pengajaran. Ini kerana kaedah ini membosankan dan menurunkan motivasi pelajar untuk belajar. Guru perlu mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka sejajar dengan cabaran pendidikan masa kini dengan mendedahkan kepada pelajarnya dengan ABM yang mampu membantu kefahaman dan menolong pelajar ke arah pembelajaran yang lebih bermakna. Persoalannya, sejauhmanakah penggunaan BBM dipraktikkan dengan sebaiknya di kalangan guru-guru KH khususnya Ketua-ketua Panitia Kemahiran Hidup di sekolah-sekolah daerah Kulim Bandar Baharu dalam proses pengajaran dan pembelajarannya dalam kelas?

7.3 OBJEKTIF KAJIAN

Berpandukan kepada persoalan kajian di atas, objektif kajian ini adalah untuk:

1. Mengenalpasti tahap penggunaan BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

kalangan guru-guru KH daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah Darulaman.

2. Mengetahui jenis-jenis BBM yang sering digunapakai oleh guru-guru KH dalam

pengajaran subjek berkenaan dalam kelas.

3. Melihat perbezaan tahap penggunaan BBM yang berasaskan bahan bercetak dengan

bahan berunsurkan komputer dan audio visual.

7.4 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian ini digunakan sebagai panduan untuk penyelidik mendapatkan data dan maklumat. Kaedah yang digunakan adalah berbentuk tinjauan deskriptif. Kajian deskriptif adalah kajian yang bertujuan untuk menerangkan suatu fenomena yang sedang berlaku dan ia digunakan di dalam penyelidikan pendidikan. Keadah ini adalah sesuai digunakan kerana ia bertujuan untuk mengumpulkan segala maklumat mengenai pembolehubah. Menurut Mohamad Najib (1999), kaedah tinjauan deskriptif sesuai digunakan untuk menerangkan keadaan atau perhubungan antara dua pemboleh ubah. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik di mana ia diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklum balas dan maklumat yang berkaitan dengan persoalan kajian. Tujuan penyelidik menggunakan soal selidik ini adalah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tahap penggunaan BBM di kalangan guru-guru Ketua Panitia KH daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah Darulaman.

Penyelidik telah memilih instrumen ini kerana ia sering digunakan dalam beberapa kajian mengenai penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru-guru di sekolah. Selain itu, instrumen ini juga mudah difahami dan dikelolakan. Beberapa perkara juga telah

dipertimbangkan untuk memilih instrumen ini iaitu :-

i. Instrumen jenis ini adalah menjimatkan waktu penyelidik dan guru-guru, cepat di samping

menjimatkan kos.

ii. Responden hanya perlu memilih jawapan yang sesuai sebagaimana yang telah disediakan.

Ini dapat memudahkan responden dalam memberikan maklumbalas memandangkan responden yang dipilih adalah terdiri daripada guru-guru Ketua Panitia KH yang sentiasa sibuk dalam menjalankan tugas harian mereka di sekolah. Instrumen jenis ini adalah berbeza dengan cara temubual di mana responden terpaksa memilih jawapan. Tambahan pula, ia memerlukan masa, tenaga dan perbelanjaan yang besar (Mohd Majid, 1994). Menurut Mohd Majid (1994), soal selidik merupakan salah satu alat ukur yang lazim digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Soal selidik juga dapat digunakan untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya.

7.5 INSTRUMEN KAJIAN

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Instrumen kajian ini sering digunakan dalam bidang kajian kerana ia agak mudah berbanding dengan cara lain. Menurut Mohd Majid (1994), soal selidik lebih praktikal dan berkesan digunakan terutama populasi yang besar. Selain itu, ia juga digunakan untuk mendapatkan semua maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan lain-lain. Responden juga diberi peluang untuk mengemukakan pandangan tambahan yang berkaitan dalam ruangan yang disediakan dalam soal selidik yang berkenaan. Kesemua item dalam borang soal selidik ini dibina sendiri oleh penyelidik berdasarkan kesesuaian tajuk serta maklumat yang diperlukan. Instrumen ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu (Semua item dalam borang soal selidik telah diubah suai mengikut kesesuaian dan keperluan tajuk serta maklumat berkaitan dengan kajian ini):

i. Bahagian A : Bahagian ini mengandungi 13 item yang merujuk kepada latar belakang responden iaitu umur, kelulusan ikhtisas, opsyen MP, pengalaman mengajar, kursuskursus dalam perkhidmatan yang dihadiri, penguasaan isi kandungan MP, keperluan kursus dan sumber maklumat yang digunakan dalam merancang pengajaran

ii. Bahagian B : Bahagian ini dibina bertujuan mengenalpasti kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan oleh responden semasa pengajaran dalam kelas. Bahagian ini juga turut menyenaraikan BBM yang digunakan oleh responden seperti media elektronik dan bukan elektronik.

iii. Bahagian C : Bahagian ini mengandungi 16 item yang merujuk kepada faktor-faktor yang menjadi halangan dalam menghalang keberkesanan pengajaran MP Kemahiran Hidup di sekolah responden. Di antara faktor yang dipertimbangkan termasuklah faktor kemudahan sekolah, luaran, guru dan kesediaan pelajar.

Skala interpretasi yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut :

1-Kurang Memuaskan Memuaskan Baik

2-Tidak pernah

3-digunakan

4-Sangat kurang

5-digunakan Kurang digunakan Kerap Sangat kerap

7.6 KAJIAN RINTIS

Kajian rintis terhadap soalan kajian dilakukan terlebih dahulu untuk menguji kesahan soalan. Menurut Mohamad Najib (1999), sebelum melakukan kajian sebenar, kajian rintis perlu dilakukan dengan menggunakan sampel yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan populasi yang hendak diuji. Dalam kes ini, kajian rintis telah dilakukan oleh penyelidik ke atas 10 orang guru Ketua Panitia MP Kemahiran Hidup di 10 buah sekolah sekitar Kulim Bandar Baharu.

Pemilihan sampel untuk kajian rintis ini dilakukan secara rawak bertujuan bagi memastikan instrumen kajian yang diguna pakai bersesuaian dengan responden dan memenuhi kesahan ujian. Sebanyak 10 borang soal selidik telah diisi dan dikembalikan, diproses dan dianalisis datanya menggunakan Statistical Pakage for Social Science (SPSS) Version 13 bagi mendapatkan koefisyen Cronbach. Nilai alpha cronbach bagi keseluruhan kajian ini ialah 0.67. Menurut Mohamad Najib (1999), jika nilai Alpha 0.6 0.7 ia boleh diterima dan jika melebihi 0.8 adalah sangat baik.

7.7 DAPATAN KAJIAN

Tahap Penggunaan ABM

Dalam bahagian ini, penyelidik menggunakan min bagi setiap penggunaan BBM responden bagi menjawab persoalan kajian 1 mengenai tahap penggunaan ABM di kalangan guru-guru Ketua Panitia KH daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah Darulaman. Di dapati purata min ialah 3.62. Ini menunjukkan tahap penggunaan BBM di kalangan responden adalah pada tahap sederhana.

Jadual 1 : Tahap Penggunaan BBM

Bil Bahan Bantu Mengajar (BBM) Min Tahap

1 Buku Teks - 4.40 Kerap Digunakan

2 Carta - 3.90 Kurang Digunakan

3 Lembaran Kerja - 4.30 Kerap Digunakan

4 Buku Kerja - 4.38 Kerap Digunakan

5 Kad Imbasan - 3.65 Kurang Digunakan

6 Buku Rujukan - 3.86 Kurang Digunakan

7 Majalah - 3.01 Kurang Digunakan

8 Video - 2.70 Sangat Kurang Digunakan

9 Komputer - 3.11 Kurang Digunakan

10 Peralatan Audio Visual - 2.88 Kurang Digunakan

Jadual 1 menunjukkan tahap penggunaan BBM di kalangan responden.

Didapati hanya BBM berunsurkan bahan-bahan bercetak sahaja yang mempunyai tahap kekerapan penggunaan yang tinggi di kalangan responden. BBM seperti poster/carta, kad imbasan, buku rujukan, komputer dan majalah berada pada tahap kurang penggunaannya di kalangan responden.

Manakala penggunaan peralatan audio visual berada pada tahap sangat rendah penggunaannya di kalangan responden. Min bagi kekerapan penggunaan bahan bercetak dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah 4.50. Min bagi kekerapan penggunaan poster/carta dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah 3.90. Ini menunjukkan kekerapan penggunaan poster/carta di kalangan responden adalah pada tahap sederhana. Min bagi kekerapan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah 3.11. Ini menunjukkan kekerapan penggunaan gambar foto di kalangan responden adalah pada tahap sederhana. Min bagi kekerapan penggunaan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah 2.70. Ini menunjukkan kekerapan penggunaan video di kalangan responden adalah pada tahap sangat rendah.

7.8 PERBINCANGAN

Berdasarkan datapan kajian, dapatlah disimpulkan di sini bahawa tahap penggunaan BBM di kalangan guru-guru Ketua Panitia Kemahiran Hidup Daerah Kulim Bandar Baharu adalah pada tahap sederhana. Dapatan ini selaras dengan dapatan Mohd Razi (2002), yang mendapati secara keseluruhannya tahap penggunaan BBM di kalangan guru-guru Kemahiran Hidup adalah masih pada tahap sederhana. Hasil analisis yang dijalankan menunjukkan hanya bahan bercetak sahaja merupakan BBM yang paling kerap digunakan oleh responden dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna kebanyakan responden lebih suka menyediakan bahan bercetak untuk digunakan dalam pengajarannya kerana ianya lebih mudah dan ringkas untuk disediakan.

Di samping itu kos untuk mencetak bahan-bahan yang berkenaan juga adalah rendah dan kebiasaannya ditanggung sepenuhnya oleh pihak sekolah. Penggunaan carta, komputer dan majalah pula mencatatkan penggunaan pada tahap sederhana oleh guru-guru Ketua Panitia Kemahiran Hidup. Keadaan ini mungkin disebabkan kurangnya kemudahan makmal komputer yang lengkap bagi memenuhi kehendak semua pelajar. Selain itu, pengetahuan dan kemahiran menggunakan perisian terkini menggunakan peralatan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran didapati agak kurang. Ada guru KH sukar menyesuaikan penggunaan komputer dengan kemudahan di bengkel Kemahiran Hidup yang didapati agak sesak dan kurang kondusif. Ng Ying (2004) dalam kajiannya mengakui tahap penggunaan OHP, projektor slaid, carta dan model adalah pada tahap sederhana dikalangan guru-guru teknikal .

Penggunaan bahan multimedia dari laman sesawang seperti YouTube dan klip-video

sepatutnya dioptimakan penggunaannya dalam menyampaikan P&P, memandangkan bahanbahan ini boleh memberi gambaran yang lebih jelas tentang prinsip kendalian mesin mahupun jentera-jentera dan teori mengenainya yang sukar diterang dan difahami dalam keadaan biasa. Kaedah simulasi komputer terbukti membantu membina kefahaman yang lebih baik dalam merungkai sesuatu konsep yang agak abstrak dikalangan pelajar (Alessi & Trollip, 2001). Pembelajaran menerusi simulasi merupakan salah satu strategi pengajaran yang terbukti berkesan dalam meningkatkan mutu pembelajaran dari perlbagai aspek (Van Berkum dan De Jong, 1991).

Dapatan juga mendapati yang kebanyakkan responden amat jarang menggunakan peralatan audio visual dalam pengajaran mereka. Peralatan audio visual seperti televisyen, radio, powerpoint slaid, YouTube dan klip video (movie) sebenarnya masih boleh membantu dalam pengajaran dalam kelas jika digunakan dengan betul pada situasi yang tepat. Peralatan ini perlu dikembangkan penggunaannya selaras dengan perkembangan dan minat semasa pelajar. Perkembangan pesat dalam dunia pendidikan dan ledakan penggunaan multimedia dalam P&P harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru KH. Ini adalah kerana media elektronik terkini mampu memudahkan penyampaian guru KH semasa mengajr. Penggunaan media elektronik sebenarnya dapat mengurangkan kepenggunaan BBM buatan kertas yang biasanya akan rosak selepas penggunaannya. Ia juga membantu guru meningkatkan keupayaannya dalam memberikan input, penyimpanan, pencarian, penyalinan, perolehan semula, perhubungan, manipulasi , simulasi dan animasi dalam KH. Oleh yang demikian, guru-guru KH perlu berusaha untuk melengkapkan diri dengan kemahiran menggunakan teknologi multimedia dalam meningkatkan kualiti pembelajaran KH.

Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa daripada sepuluh BBM yang disenaraikan, hanya bahan bercetak sahaja yang mempunyai tahap penggunaan yang tinggi di kalangan guru-guru Ketua Panitia Kemahiran Hidup Daerah Kulim Bandar Baharu. Tahap penggunaan BBM yang lain seperti poster/carta, perisian komputer dan LCD projektor pula adalah pada tahap sederhana. Manakala tahap penggunaan peralatan audio visual seperti televisyen dan radio, radio dan kaset, gambar foto dan papan gulung pula adalah rendah.

8.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalah kajian. Bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif, metodologi yang dirangka adalah meilbatkan pembentukan hipotesis, pemilihan reka bentuk, kaedah pengumpulan data, penentukan populasi dan pemilihan sampel, ujian rintis dan kaedah penganalisisan data.

Metodologi kajian mempunyai banyak maksud yang luas berkaitan prosuder dan cara pengoalahan data bagi menyelesaikan atau menjawab persoalan penyelidikan termasuk menguhi hipotesis. Metodologi adalah kaedah sesuatu kajian itu dijalankan. Setiap kajian memerlukan maklumat daripada dapatan kajian yang dijalankan sama ada secara individu atau berkumpulan. Kajian dan penyelidikan dapat dilakukan ke atas sampel dalam populasi tertentu dalam bentuk soal selidik, temu duga, pemerhatian dan sebagainya. Setiap kaedah kajian yang dijalankan oleh penyelidik pada responden adalah sudah semestinya mempunyai kelebihan dan kekurangan. Antara aspek yang diambil kira merangkumi kaedah dan reka bentuk penyelidikan, instrumen penyelidikan, sampel dan populasi, teknik pengoalahan dan analisis data yang tepat agr kajian yang dihasilkan bermutu dan berkualiti.

Kajian lapangan yang dijalankan oleh pengkaji menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif. Penyelidik mengaplikasikan instrument seperti soal selidik bagi memungut data yang ingin dicapai dalam kajian ini. Kajian yang dijalankan terhadap pelajar Sejarah, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian ialah pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan (Sabitha, 2006). Ia juga berfungsi sebagai panduan dalam membantu penyelidik dalam proses memungut, menganalisis dan membuat pentafsiran hasil daripada penyelidikan yang dijalankan. Reka bentuk penyelidikan juga menjadi model bagi membolehkan penyelidik membuat inferens berkenaan pemboleh ubah yang dikaji, dibawah menunjukkan kaedah-kaedah penyelidikan dalam pendidikan. Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini ialah reka bentuk kualitatif. Iaitu, pengkaji mendapatkan data melalui penggunaan borang soal selidik yang bertujuan mendapatkan hasil akhir kajian serta memenuhi objektif yang ingin dicapai.

POPULASI DAN SAMPEL

Menurut Gay dan Airasian (2003) Populasi adalah kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan. Sampel kajian pula ialah responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi. Penetapan populasi kajian adalah penting dalam kajian disebabkan populasi akan menentukan bagaimana dan berapa ramai sampel yang akan kita pilih serta perbelanjaan kajian.

Populasi kajian ini ialah pelajar Sejarah, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pelajar menjadi fokus kepada kajian ini kerana pengkaji ingin mengetahui sejauhmana penggunaan alat bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran memberi sumbangan terhadap peningkatan akademik dan kecemerlangan pelajar

Persampelan adalah berkaitan dengan proses memilih sebilangan subjek daripada sesuatu populasi untuk dijadikan responden kajian. Penggunaan sampel yang tidak sesuai akan mengurangkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian Perancangan persampelan yang rapi akan dapat Memudahkan pengumpulan data Mengurangkan ralat pengukuran Menjimatkan masa dan perbelanjaan.

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah penggunaan borang soal selidik. Instumen dibina berdasarkan beberapa item yang telah dikenal pasti dan sesuai digunakan dalam kajian ini. Dalam soal selidik ini terdapat lima konstruk yang diberikan oleh pengkaji. Pertama berhubung dengan demografi responden. Seterusnya, konstruk yang kedua berkaitan dengan soalan mengenai keberkesanan alat bantu mengajar. Konstruk yang kedua dan ketiga berkaitan dengan kelebihan dan masalah tentang penggunaan alat bantu mengajar. Pengkaji juga memasukkan soalan terbuka kepada responden untuk memberikan pandagan dan pendapat mereka. Mereka juga dibenarkan untuk melakukan kritikan dan mencadangkan perkara yang perlu ditambah baik dalam kajian. Soal selidik juga menggunakan skala likert 5 yang menerangkan tahap setuju atau sebaliknya terhadap sesuatu soalan yang dinyatakan dalam konstruk soal selidik. Skala pengukuran skala likert ini digunakan oleh pengkaji bagi mengukur tahap sesuatu jawapan dan data yang akan diperoleh oleh pengkaji di akhir kajian.

1. TEKNIK PENGUMPULAN DATA

Teknik pengumpulan data ialah menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar bagi mendapatkan data.

2. INSTRUMEN KAJIAN

Borang soal selidik digunakan dan dipilih oleh pengkaji berdasarkan objektif kajian serta kesesuaian instrumen. Hal ini kerana penggunaan borang soal selidik memudahkan untuk mendapatkan data dan tahap kepercayaan yang begitu tinggi.

PROSUDER PENGANALISAAN DATA

Kuantitatif: menggunakan analisis deskriptif iaitu mencari kekerapan dan peratusan. Dapatan dipaparkan dalam jadual dan digambarkan dalam bentuk grafik (jika perlu).

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah mencari kekerapan dan peratusan berdasarkan kepada borang soal selidik yang diedarkan. Dalam borang soal selidik terdapat beberapa bahagian yang dibahagikan kepada soalan terbuka dan soakan tertutup. Data yang diperoleh dalam kajian ini akan dianalisis mengikut peratusan dan persembahan mengikut grafik seperti gambar dan jadual. Analisis dilakukan secara terperinci bagi mendapatkan maklumat dan data yang ingin dicapai dalam kajian ini.

9.0 PENUTUP

Alat bantu mengajar merupakan satu instrumen yang sering digunakan oleh guru dan juga pensyarah semasa di sekolah mahupun di universiti. Kaedah ini semakin luas penggunaannya apabila proses pembangunan dalam pendidikan negara semakin berkembang saban hari. Oleh itu, guru atau pensyarah sememangnya memerlukan alat bantu mengajar ini bagi menambahkan lagi kefahaman dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dan ketika di bilik kuliah. Walaupun alat bantu mengajar masih lagi mempunyai beberapa kekurangan seperti kekurangan peralatan dan perkakasan, namun kaedah ini begitu berkesan dalam meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan akademik pelajar. Kajian yang dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang merangkumi pelajar Sejarah ambilan September 2014/2015 telah pengkaji jalankan dengan menggunakan metodologi yang sesuai. Kajian yang dijalankan telah mendapatkan hasil yang begitu memberangsangkan hasil daripada kerjasama yang diberikan oleh responden dan informer. Pengkaji juga menggunakan beberapa instrumen seperti soal selidik yang begitu relevan untuk digunakan oleh pengkaji dalam mendapatkan maklumat dan data yang lebih jitu. Alat bantu mengajar sememangnya diperlukan oleh tenaga pengajar baik pada peringkat sekolah, mahupun diperingkat yang lebih tinggi seperti kolej dan universiti. Alat bantu mengajar juga begitu penting kepada pelajar kerana mereka akan melihat satu kelainan dalam bilik darjah atau di bilik kuliah kerana pendekatan ini begitu berbeza dengan cara lama yang semakin tidak rasional lagi untuk digunakan. Pelajar akan mempunyai minat kerana mereka memiliki tahap ingin tahu yang lebih tinggi berbanding peringkat umur yang lain. Tuntasnya, alat bantu mengajar mampu membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam akademik kerana kaedah ini mampu menarik minat dan perhatian pelajar ketika dibilik darjah mahupun dibilik kuliah.

10. RUJUKAN

Atan Long (1982). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Gay, L. R. dan Airasian, P. (2003). Educational research: Competencies for analysis and applications. Ed. ke-3. New Jersey: Merrill Prentice-Hall.

Hanapiah Sudin (1982). Pengajaran Pembelajaran Lisan. Kuala Lumpur,Utusan Publications & Distributors

Mok Soon Sang. (2000). Ilmu pendidikan untuk KPLI. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Ng Ying Shya (2004). Penggunaan alat bantu mengajar di kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik, Negeri Kedah. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.

Noraziah Abd. Hamid (1981) .Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia Dalam Seminar Perguruan Dis 1981. Universiti Malaysia.

Omardin Ashaari (1997). Prinsip Pengajaran Mikro. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

12.0 LAMPIRAN

PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR TERHADAP KECEMERLANGAN AKADEMIK

Arahan: Tandakan () pada pilihan jawapan yang berkaitan

BAHAGIAN A : DEMOGRAFI RESPONDEN

A i) JantinaL PP

ii) Umur 19-20 Tahun

21-22 Tahun

23-24 Tahun

BAHAGIAN B : i) Keberkesanan pengajaran yang berlangsung menggunakan alat bantu mengajar

Bahagian ini bertujuan untul melihat keberkesanan alat bantu mengajar dalam pembelajaranyang berlangsung

Arahan : Sila bulatkan nombor yang disediakan

Setiap angka mewakili :

5- Sangat Setuju2- Tidak Setuju

4- Setuju3- Sangat Tidak Setuju

3- Tidak Pasti

No

Perkara

STS

TS

TP

S

SS

B1

Alat bantu mengajar membantu dalam sesi pelajaran & pembelajaran.

1

2

3

4

5

B2

Alat bantu mengajar membantu pelajar lebih focus.

1

2

3

4

5

B3

Alat Bantu mengajar mempengaruhi pemahaman pelajar.

1

2

3

4

5

B4

Pensyarah dapat mengajar dengan lebih berkesan menggunakan alat bantu mengajar.

1

2

3

4

5

B5

Penggunaan alat bantu mengajar dapat menjimatkan masa pembelajaran.

1

2

3

4

5

BAHAGIAN C : Kelebihan penggunaan alat bantu mengajar

No

Perkara

STS

TS

TP

S

SS

C1

Membantu minat pelajar dalam sesuatu subjek.

1

2

3

4

5

C2

Mempercepat proses pembelajaran.

1

2

3

4

5

C3

Membantu meningkatkan kemahiran pelajar dalam pembentangan.

1

2

3

4

5

C4

Kos yang tidak terlalu tinggi.

1

2

3

4

5

C5

Tidak memerlukan kepakaran yang tinggi.

1

2

3

4

5

BAHAGIAN D : Masalah dalam penggunaan alat bantu mengajar

No

Perkara

STS

TS

TP

S

SS

D1

Mudah rosak dan sukar dibaiki.

1

2

3

4

5

D2

Memerlukan kos yang tinggi untuk penyelenggaraan.

1

2

3

4

5

D3

Memerlukan kepakaran jika berlaku kerosakan pada alat seperti LCD.

1

2

3

4

5

D4

Melambatkan proses pembelajaran bagi yang tidak mahir.

1

2

3

4

5

D5

Teknologi yang digunakan tidak sesuai dengan keadaan semasa.

1

2

3

4

5

BAHAGIAN E : Pengetahuan tentang alat bantu mengajar

E i) Apa itu alat bantu mengajar?

ii) Sebagai bakal guru,bagaimanakah alat bantu mengajar dapat membantu anda dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar?

iii) Tidak dinafikan alat bantu mengajar banyak membantu dalam pembelajaran. Namun adakah ia relevan untuk digunakan pada masa akan datang?

SEKIAN TERIMA KASIH