24
21 Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar Sekolah: Kajian Kes di Majlis Daerah Tanjong Malim Mazdi Marzuki Abdul Jalil Ishak Abstrak Kajian ini dilakukan dengan tujuan mendapatkan maklumat tentang penggunaan pengangkutan jalan raya dan tahap keselamatan pelajar sekolah di Daerah Batang Padang. Penggunaan kenderaan yang dikaji adalah penggunaan bas termasuk van sekolah dan basikal. Kawasan kajian pula melibatkan suatu kawasan majlis daerah di Daerah Batang Padang, iaitu Majlis Daerah Tanjong Malim. Kajian ini melibatkan 5 buah sekolah menengah, iaitu sebanyak 3 buah di Tanjong Malim dan 2 buah di Sljm River. Jumlah sampel kajian ialah 429 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Kaedah kajian yang dijalankan adalah temu bual, pemerhatian dan catatan, analisis" keadaan basikal dan kaji selidik. Responden berpendapat tahap perkhidmatan bas yang ada pada keseluruhannya adalah pada tahap sederhana, kecuali dari segi jumlah perkhidmatan bas serta tempat duduk yang tidak mencukup- bagi menampung jumlah pelajar yang ramai. Melalui kajian ini juga didapati jarang berlaku perkara-perkara seperti pelajar turun bas secara tergesa-gesa, tidak sopan semasa berada di dalam bas, mengganggu tumpuan pemandu bas, dan jumlah penumpang yang melebihi muatan pada situasi sederhana. Walau bagaimanapun, terdapat juga perlakuan-perlakuan negatif segolongan pelajar yang mengancam keselamatan diri pelajar sendiri dan mengganggu ketenteraman penumpang lain terutamanya pelajar perempuan. Merujuk kepada analisis keadaan basikal, kajian mendapati basikal-basikal pelajar adalah antara tahap baik ke tahap sederhana di mana terdapat kekurangan dari segi penjagaan lampu dan loceng basikal. Didapati 100 peratus pelajar yang berbasikal tidak menggunakan topi keledar keselamatan. Hasil kajian juga mendapati pelajar tidak berpuas hati dengan keadaan lalu lintas di mana kurang kerjasama diperolehi daripada pengguna jalan raya yang lain. Daripada keseluruhan hasil kajian, kesimpulan yang dapat dibuat ialah lorong-

Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar

21Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan

Keselamatan Pelajar Sekolah: Kajian Kes di Majlis Daerah Tanjong Malim

Mazdi Marzuki • Abdul Jalil Ishak

Abstrak

Kajian ini dilakukan dengan tujuan mendapatkan maklumat tentang penggunaan pengangkutan jalan raya dan tahap keselamatan pelajar sekolah di Daerah Batang Padang. Penggunaan kenderaan yang dikaji adalah penggunaan bas termasuk van sekolah dan basikal. Kawasan kajian pula melibatkan suatu kawasan majlis daerah di Daerah Batang Padang, iaitu Majlis Daerah Tanjong Malim. Kajian ini melibatkan 5 buah sekolah menengah, iaitu sebanyak 3 buah di Tanjong Malim dan 2 buah di Sljm River. Jumlah sampel kajian ialah 429 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Kaedah kajian yang dijalankan adalah temu bual, pemerhatian dan catatan, analisis" keadaan basikal dan kaji selidik. Responden berpendapat tahap perkhidmatan bas yang ada pada keseluruhannya adalah pada tahap sederhana, kecuali dari segi jumlah perkhidmatan bas serta tempat duduk yang tidak mencukup- bagi menampung jumlah pelajar yang ramai. Melalui kajian ini juga didapati jarang berlaku perkara-perkara seperti pelajar turun bas secara tergesa-gesa, tidak sopan semasa berada di dalam bas, mengganggu tumpuan pemandu bas, dan jumlah penumpang yang melebihi muatan pada situasi sederhana. Walau bagaimanapun, terdapat juga perlakuan-perlakuan negatif segolongan pelajar yang mengancam keselamatan diri pelajar sendiri dan mengganggu ketenteraman penumpang lain terutamanya pelajar perempuan. Merujuk kepada analisis keadaan basikal, kajian mendapati basikal-basikal pelajar adalah antara tahap baik ke tahap sederhana di mana terdapat kekurangan dari segi penjagaan lampu dan loceng basikal. Didapati 100 peratus pelajar yang berbasikal tidak menggunakan topi keledar keselamatan. Hasil kajian juga mendapati pelajar tidak berpuas hati dengan keadaan lalu lintas di mana kurang kerjasama diperolehi daripada pengguna jalan raya yang lain. Daripada keseluruhan hasil kajian, kesimpulan yang dapat dibuat ialah lorong-

Page 2: Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar

Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar Seko lah / 335

lorong khas di jalan raya bagi pelajar yang berbasikal perlu disediakan. Di samping itu, pendidikan bagi memberikan kesedaran kepada pelajar tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menggunakan jalan raya, sama ada menaiki bas atau menunggang basikal perlu dipergiatkan.

Pengenalan

Pengangkutan merupakan perkhidmatan yang penting dalam kehidupan untuk mengangkut barangan dan manusia. Kebanyakan negara sedang membangun percaya bahawa jaringan jalan dan perkhidmatan pengangkutan untuk penumpang dan barangan merupakan syarat mutlak untuk mendaki ke puncak ketinggian tamadun dan keselesaan hidup (Abd Rahim Md Nor & Mazdi Marzuki, 2000: 251) dan memudahkan urusan kehidupan seharian. Melalui perkhidmatan pengangkutan juga memudahkan pelajar untuk berulang-alik ke sekolah dalam proses untuk memperolehi ilmu sama ada menggunakan pengangkutan awam atau pengangkutan persendirian. Pengangkutan awam yang biasa digunakan oleh pelajar ialah bas sekolah dan bas berhenti-henti manakala pengangkutan persendirian pula terdiri daripada basikal, motosikal dan kereta bagi mereka yang datang daripada keluarga yang berpendapatan tinggi.

Kemudahan pengangkutan telah memudahkan urusan menghantar anak (pelajar) ke sekolah terutama kepada ibu bapa yang bekerja. Namun begitu, di sebalik kemudahan ini tersembunyi pelbagai risiko yang bakal dihadapi oleh pelajar ketika menggunakan pengangkutan ke sekolah dan ketika berada di jalan raya. Golongan yang paling berisiko terbabit dalam kemalangan jalan raya ialah pejalan kaki dan penunggang basikal. Hampir 94 peratus kemalangan jalan raya berpunca daripada kesalahan para pemandu (Muhammad Shahid Talib. 1997: 3). Kemalangan tidak mengenai usia, pangkat dan kedudukan, ini bermakna pelajar sekolah juga berisiko kepada kemalangan jika aspek keselamatan ketika menggunakan pengangkutan tidak dipedulikan.

Angka statistik menunjukkan sejumlah 3906 kanak-kanak di bawah umur 15 tahun terlibat dalam kemalangan bermotor pada tahun 1994 dan daripada jumlah tersebut 435 telah menemui ajal di jalan raya. Laporan statistik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari tahun 1996 hingga 2000 pula menunjukkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia sebanyak 30,175 kematian dan daripada jumlah tersebut 11,738 (38.8 peratus) merupakan remaja.

Permasalahan

Penggunaan pengangkutan ke sekolah sama ada pengangkutan persendirian atau pengangkutan awam merupakan satu elemen penting dalam kehidupan terutama untuk memudahkan urusan ibu bapa. Ibu bapa hanya perlu membayar tambang setiap bulan kepada pengusaha perkhidmatan bas dan ibu bapa yang

Page 3: Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar

336 / Menanggapi Keberkesanan clan Perubahan

berpendapatan tinggi pula menyediakan motosikal dan kereta. Bagi mereka yang penempatannya berhampiran dengan sekolah, basikal merupakan pilihan utama.

Kemudahan pengangkutan yang ada ini memberi kesenangan kepada ibu bapa tetapi di sebalik itu faktor keselamatan sering diabaikan dan terabai. Sebagai contoh, kemudahan pengangkutan bas (bas sekolah, van sekolah dan bas berhenti- henti) sering kali membawa penumpang melebihi had yang dibenarkan, ketidaksempurnaan tempat duduk, kemudahan di dalam bas yang tidak sempurna serta pemandu yang kurang berdisiplin. Manakala yang membawa kenderaan sendiri pula kurang prihatin dengan kenderaan yang dibawa terutama daripada aspek kesempumaan. Basikal yang ditunggang oleh pelajar tidak mempunyai brek, tayar yang sudah rosak, tidak memakai topi keledar dan wujud basikal yang diubah suai yang kurang sesuai untuk pelajar.

Tujuan

Secara khusus, objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:1. Melihat penggunaan pengangkutan jalan raya dan implikasinya kepada

keselamatan pelajar sekolah ketika pergi dan balik dari sekolah di Daerah Batang Padang (fokus kajian terhadap kawasan Majlis Daerah Tanjong Malim).

2. Menila. keprihatinan pemandu bas dan pengguna (basikal dan bas) terhadap ciri-ciri keselamatan kenderaan yang perlu dipatuhi ketika menggunakan kenderaaan.

3. Menilai tanggapan pelajar terhadap perkhidmatan bas, infrastruktur jalan raya, tahap keselamatan ketika menggunakan kenderaan ke sekolah.

4. Menilai dasar-dasar yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi menjamin tahap keselamatan pelajar ketika menggunakan pengangkutan jalan raya dan kejayaan di sebalik dasar tersebut.

Persoalan

Kajian ini ingin menganalisis tahap keselamatan pelajar ketika menggunakan pengangkutan jalan raya ketika pergi dan balik dari sekolah. Bagi menyelesaikan beberapa permasalahan yang timbul berkaitan dengan objektif dan tujuan kajian, maka kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berikut:

a. Apakah bentuk penggunaan pengangkutan yang diamalkan oleh pelajar di Daerah Batang Padang untuk ke sekolah?

b. Apakah undang-undang yang dilanggari oleh pelajar ketika menggunakan kenderaan untuk ke sekolah?

c. Apakah persepsi dan tahap keprihatinan pelajar ketika menggunakan kenderaan terhadap keselamatan mereka?

Page 4: Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar

Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar Sekolah / 337

d. Apakah dasar-dasar kerajaan yang dilakukan untuk keselamatan pelajar dan sejauh manakah dasar itu perlu diperbaiki?

Kepentingan

Kajian ini perlu dilakukan untuk memahami secara mendalam terhadap penggunaan pengangkutan jalan raya dan tahap keselamatan pelajar sekolah ketika menggunakan pengangkutan. Kefahaman pelajar terhadap undang-undang dan keprihatinan mereka ketika menggunakan kenderaan akan menghasilkan tahap keselamatan yang tinggi kepada pelajar ketika proses pergi dan balik dari sekolah. Kajian ini juga cuba meneliti dasar-dasar yang telah dilakukan oleh kerajaan dan menilai pencapaian di sebalik dasar tersebut. Hasil kajian ini dapat memberi panduan kepada kerajaan bagi meningkatkan tahap keselamatan pelajar ketika menggunakan pengangkutan jalan raya. _

Skop

Kajian ini dibataskan kepada sekolah-sekolah d' Majlis Daerah Tanjong Malim (salah satu kawasan pentadbiran yang berada di dalam Daerah Batang Padang). Sekolah-sekolah yang terlibat ialah lima buah sekolah menengah, iaitu Sekolah Menengah Khir Johari, Sekolah Menengah Methodist, Sekolah Menengah Katholik, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Zulkifli Muhamad dan Sekolah Menengah Kebangsaan Slim. Pelajar yang menjadi sampel dalam kajian ini terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan yang sedang menuntut dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6. Kajian ini memfokuskan kepada pelajar yang menggunakan basikal dan bas untuk ke sekolah.

Pengumpulan Data

Data primer telah diperolehi melalui kaedah kaji selidik, temu bual, pemerhatian dan pemeriksaan serta analisis. Kaji selidik telah digunakan secara khusus bagi menilai persepsi pelajar terhadap kenderaan yang digunakan, iaitu bas dan basikal. Penilaian persepsi terhadap bas dinilai berdasarkan ciri-ciri keselamatan, cara pemanduan dan gelagat penumpang bas yang beretika atau sebaliknya. Kajian ini melibatkan 446 responden yang terdiri daripada pelajar sekolah di Majlis Daerah Tanjong Malim. Borang kaji selidik telah dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu kumpulan pertama kepada 220 responden yang menggunakan bas (sama ada bas sekolah, van sekolah dan bas berhenti-henti) dan kumpulan kedua kepada 226 yang menggunakan basikal. Kaedah temu bual pula dilakukan dengan pegawai-pegawai tertentu terutama dari Jabatan Pengangkutan Jalan, Ketua Polis Daerah Tanjong Malim, pegawai Majlis Daerah Tanjong Malim.

Page 5: Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar

338 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Pemeriksaan dan analisis pula dilakukan terhadap basikal yang digunakan oleh pelajar ke sekolah. Analisis ini telah melibatkan 150 buah basikal di tiga buah sekolah. Antara perkara yang dinilai ialah kesempurnaan komponen basikal seperti brek, lampu, loceng, pemantul cahaya dan keadaan tayar depan dan belakang serta kewujudan pengubahsuaian terhadap basikal atau tidak.

Data-data sekunder pula diperolehi melalui penyelidikan yang dilakukan melalui buku-buku dan laporan yang berkaitan, tesis, jurnal dan rujukan akhbar yang berkaitan dengan kajian. Kaedah penyelidikan di perpustakaan bagi tujuan untuk penyelidikan awal tentang kajian terutama tentang kajian lepas, konsep- konsep yang terkandung dalam penyelidikan ini, data-data kemalangan dan ciri- ciri bas sekolah.

Kaedah Menganalisis

Data-data yang telah diperolehi melalui kedua-dua data sama ada data primer daripada borang kaji selidik dan data-data kemalangan daripada pihak polis akan dianalisis menggunakan SPSS for Window. Data-data dikod sebelum dianalisis bagi tujuan penganalisaan terutama bagi kaedah yang mudah seperti min dan peratus. Bagi menerangkan data dengan lebih jelas pengkaji memaparkan data melalui kaedah jadual dan graf.

Dapatan

Kemalangan Jalan Raya di Majlis Daerah Tanjong Malim

Kemalangan jalan raya merupakan satu fenomena yang menimpa pengguna jalan raya apabila isu keselamatan tidak dititikberatkan. Kemalangan jalan raya bukan sahaja mengancam kehidupan manusia dengan kematian, kecederaan dan kecacatan tetapi juga melibatkan kerosakan dan kerugian harta benda berjuta-juta ringgit (Khairani Alladin@ Jalaludin, 1993: 90). Jumlah kemalangan jalan raya di Majlis Daerah Tanjong Malim pada tahun 2002, ialah 904 kes. Kemalangan yang menyebabkan kerosakan sahaja adalah paling tinggi, iaitu 778 kes bertambah sebanyak 155 kes berbanding tahun 2001. Kemalangan ringan pula menduduki tempat kedua dengan jumlah 76 kes, kemalangan maut ialah 33 kes dan kemalangan parah hanya 17 kes (Jadual 1), Kadar kematian kesan daripada kemalangan tersebut mencatatkan 41 kes pada tahun 2001 dan menurun sebanyak 6 kes pada tahun 2002 menjadi 35 kes kematian sahaja.

Hasil analisis pula menunjukkan kadar kemalangan jalan raya yang melibatkan pelajar pada tahun 2002 ialah 56 kes, iaitu kemalangan maut 1 kes, kemalangan parah 1 kes, kemalangan ringan satu kes dan kemalangan yang melibatkan rosak pula 53 kes. Jumlah kemalangan pada tahun 2002 ini menunjukkan berlaku peningkatan berbanding pada tahun 2001 yang hanya melibatkan kes kemalangan sebanyak 34

Page 6: Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar

Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar Sekolah / 339

Jadual 1: Jenis-Jenis Kemalangan Jalan Raya yang Berlaku di Majlis Daerah Tanjong Malim Pada Tahun 2001 dan 2002

Bil Pecahan Kemalangan Tahun 2002 Tahun 2001 +/- Peratusan

1 Kemalangan maut 33 31 +02 +6.1%

2 Kemalangan parah 17 35 -18 -17.1%

3 Kemalangan ringan 76 77 -01 4,3%4 Kemalangan rosak sahaja 778 623 + 155 + 19.9%

Juinlah 904 766 +138 +15.3%

Sumber: Diubah suai daripada Laporan Cawangan KBKA/Trafik Slim River 2002

kes. Kes kemalangan pada tahun 2001 hanya melibatkan kemalangan parah saty kes, kemalangan ringan tiga kes dan kemalangan rosak pula 28 kes (Jadual 2). Kemalangan ini berlaku di semua jalan yang terdapat di Majlis Daerah Tanjong Malim iaitu di jalan ekspres, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan bandaran.

Jenis-jenis kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di kawasan Majlis Daerah Tanjong Malim terdiri daripada pelbagai jenis kenderaan. Motokar merupakan jenis kenderaan yang paling banyak terlibat dalam kemalangan jalan

Jadual 2: Kemalangan Jalan Raya yang Melibatkan Pelajar Mengikut Jenis JalanPada Tahun 2001 dan 2002

Jenis Kemalangan Tahun JalanEkspres

JalanPersekutuan

JalanNegeri

JalanBandaran

Lain-lain

JUM

Kemalangan Maut 2001 0 0 0 0 0 02002 1 0 0 0 0 1

Kemalangan Parah 2001 0 0 0 1 0 12002 0 0 1 0 0 1

Kemalangan 2001 0 0 1 1 1 3Ringan 2002 0 1 0 0 0 1

Kemalangan 2001 11 4 1 11 1 28Rosak Sahaja 2002 15 11 8 19 0 53

Kemalangan yang 2001 1 1 0 0 0 2tidak pasti punca 2002 0 0 0 0 0 0

Jumlah 2001 12 5 2 13 2 34kemalangan 2002 16 12 9 19 0 56

Sumber: Polis Diraja Malaysia Slim River 2002Nota: Data hanya dikira jika mangsa membuat pengaduan di Balai Polis. la tidak memberi

gambaran sebenar.

Page 7: Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar

340 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

raya, iaitu 774 kes kemalangan (2002), meningkat 133 kes berbanding pada tahun 2001. Lori pula merupakan kenderaan kedua paling banyak mencatatkan kes kemalangan pada kedua-dua tahun, iaitu 200 kes pada tahun 2001 dan 246 kes pada tahun 2002. Motosikal pula mencatatkan jumlah kes sebanyak 198 kes pada tahun 2002 dan 185 kes pada tahun 2001. Manakala kemalangan yang melibatkan basikal pula mencatatkan jumlah kes kemalangan sebanyak 13 kes pada tahun 2001 menurun sebanyak tujuh kes pada tahun 2002 menjadi 6 kes sahaja.

Penilaian Penggunaan Bas

Penggunaan bas untuk ke sekolah merupakan satu keperluan kepada pelajar yang tidak mempunyai kenderaan sendiri terutama mereka yang tinggal jauh dari sekolah. Hasil kajian mendapati pelajar di kawasan kajian menggunakan bas sekolah panjang, bas sekolah (bas mini), van sekolah dan bas berhenti-henti (Bas Mogah). Wujud juga pelajar yang menggunakan van “haram” untuk ke sekolah yang disediakan oleh individu-individu tertentu. Hasil kajian mendapati 56.8 peratus responden menggunakan bas sekolah panjang untuk ke sekolah, bas berhanti-henti (23.6 peratus), bas sekolah (bas mini) (12.3 peratus) dan van sekolah (6.4 peratus) (Jadual 3).

Jadual 3: Penggunaan Bas untuk Ke Sekolah oleh Responden (N=220)

Jenis Bas Bilangan Responden Nilai Peratus

Bas sekolah panjang 125 56.8

Bas sekolah mini 27 12.3

Van sekolah 14 6.4

Bas berhenti-henti 52 23.6

Bas sekolah panjang & bas berhenti-henti 2 0.9

Sumber: Kaji selidik 2002

Tempat menunggu bas juga boleh menentukan tahap keselamatan pelajar ketika menggunakan pengangkutan ke sekolah. Tempat yang kurang selamat boleh menyebabkan pelajar terdedah dengan kemalangan jalan raya terutama sekiranya mereka menunggu di tepi jalan raya. Hasil kajian mendapati 35.0 peratus responden menunggu bas di tepi jalan raya, 32.3 peratus responden menunggu bas di perhentian bas, di depan rumah (24.5 peratus) dan tempat- tempat lain sebanyak 6.4 peratus. Kewujudan pelajar yang menunggu bas di tepi jalan raya kerana tidak wujud pondok perhentian bas di kawasan tersebut. Keadaan ini boleh mendedahkan pelajar kepada kedaan yang bahaya jika banyak kenderaan lalu lalang dan berlaku kenderaan yang terbabas.

Page 8: Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar

Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar Sekolah /3 4 1

Tahap Keselamatan Ketika Menggunakan Perkhidmatan Bas

Tahap keselamatan pelajar ketika menggunakan perkhidmatan bas dikaji berdasarkan tanggapan pelajar dari segi kepuasan & persetujuan, penglibatan, pengetahuan mereka terhadap isu pengangkutan. Dalam kajian ini tanggapan boleh diistilahkan sebagai pendapat, pandangan, penerimaan atau ketidaksetujuaan individu terhadap apa yang dilihat dan dikaji (Abdul Latif, 1980).

Bas amat diperlukan oleh pelajar untuk ke sekolah sama ada menggunakan bas awam atau bas sekolah. Hasil kajian mendapati tanggapan responden terhadap perkhidmatan bas seperti kecukupan kemudahan tempat duduk di dalam bas dan perkhidmatan bas yang disediakan adalah pada tahap tidak berpuas hati. Responden menunjukkan sikap kepuasan yang sederhana terhadap tahap keadaan lantai bas dan keselesaan bas (Jadual 4).

Jadual 4: Tanggapan Responden Terhadap Perkhidmatan Bas (N=220)

Perkhidmatan BasTahap Memuaskan Min

Skala Semantik1 2 3 4 5

1) Kemudahan Tempat Duduk 39 65 68 35 13 2.62

2) Keadaan Lantai 14 11 87 95 13 3.37

3) Keselesaan Tempat Duduk 17 46 75 68 14 3.07

4) Perkhidmatan Bas 27 42 79 60 12 2.94

Nota: 1 = Sangat Tidak Berpuas hati 2 = Tidak Berpuas hati 3 = Sederhana 4 = Berpuas hati 5 = Sangat Berpuas hati

Sumber: Kaji Selidik, 2002/2003

Rajah 1 menunjukkan sikap kepuasan responden tentang perkhidmatan bas daripada (1) hingga (4). Pada keseluruhan tanggapan responden adalah tidak berpuas hati terhadap perkhidmatan bas kerana menjawab sekadar tidak berpuas hati dan sederhana berbanding dengan sangat berpuas hati dan berpuas hati kecuali terhadap keadaan lantai bas dan keselesaan tempat duduk. Kemudahan tempat duduk yang kurang mencukupi disebabkan oleh jumlah pelajar yang ramai manakala perkhidmatan yang agak sedikit menyebabkan pelajar terpaksa berdiri. Keadaan ini boleh membahayakan pelajar sekiranya berlaku kemalangan dan boleh mengganggu keselesaan mereka semasa proses berulang-alik ke sekolah.

Tanggapan daripada Aspek Komponen Bas

Daripada aspek komponen-komponen bas, didapati bas-bas yang digunakan oleh responden adalah sesuai untuk pelajar dan mempunyai ciri-ciri keselamatan

Page 9: Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar

342 / Menanggapi Keberkesanan clan Perubahan

R ajah 1: Tanggapan Responden Terhadap Perkhidmatan Bas

seperti kemudahan palang untuk memegang (68.6 peratus). Palang ini amat diperlukan bagi pelajar untuk dipegang apabila teipaksa berdiri apabila jumlah had pelajar yang lebih. Bas yang digunakan oleh responden juga mempunyai pintu kecemasan (85.0 peratus). Pintu kecemasan ini amat perlu apabila berlaku situasi kecemasan seperti kemalangan dan kebakaran pada kenderaan yang menyukarkan pelajar untuk menggunakan pintu utama bagi tujuan menyelamatkan diri. Manakala 11.8 peratus responden tidak menjelaskan bas yang digunakan untuk ke sekolah tidak memiliki pintu kecemasan. Situasi ini mungkin disebabkan oleh sikap pelajar yang kurang prihatin terhadap komponen- komponen bas yang boleh digunakan bagi menyelamatkan diri jika berlaku kecemasan. Namun begitu, wujud pengangkutan yang digunakan oleh pelajar yang tidak memiliki pintu kecemasan, iaitu van sekolah. Jadual 5 menunjukkan pengetahuan responden terhadap kemudahan palang dan pintu kecemasan yang terdapat pada bas.

Jadual di atas juga memperlihatkan sikap pelajar yang kurang prihatin terhadap komponen-komponen bas yang digunakan oleh mereka untuk ke sekolah. Jadual tersebut menunjukkan 60 responden mengatakan tiada palang untuk kemudahan memegang apabila berlaku lebihan muatan dan 24 responden mengatakan bas yang dinaiki oleh mereka tidak mempunyai pintu kecemasan Situasi ini amat bahaya kerana kurang keprihatinan pelajar terhadap elemen ini boleh memberikan kesan yang buruk apabila kemalangan berlaku terutama apabila pintu utama tidak boleh digunakan.

Page 10: Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar

Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar Sekolah / 343

Jadual 5: Pengetahuan Responden Terhadap Kewujudan Palang dan Pintu Kecemasan

Komponen Bas TahapPengetahuan

Bas Sekolah

PanjangBas Sekolah

MiniBas Mogah Bas Sekolah

& Bas Mogah

Palang Ada 92 11 41 2

Tiada 33 16 11

Pintu

Kecemasan

Ada 109 24 47 2

Tiada 16 3 5

Penilaian Terhadap Pemandu Bas

Pemandu bas atau “Uncle Bas” merupakan insan yang paling rapat dengan pelajar dalam alam persekolahan. Pemandu bas membekalkan pengangkutan ke sekolah, memastikan penumpang-penumpang mereka tiba dengan selamat di rumah dan memastikan pelajar yang sepatutnya hadir berada di tempat duduk masing-masing. Ketika hujan, pemandu bas perlu memastikan kanak-kanak diiringi dengan payung ke rumah. Oleh itu, gaya pemanduan dan keprihatinan pemandu bas boleh menentukan tahap keselamatan semasa menggunakan bas untuk ke sekolah.

Hasil kajian mendapati tanggapan pelajar terhadap ciri-ciri pemanduan oleh pemandu bas adalah sederhana dari sudut kepatuhan undang-undang semasa memandu, cara memandu, keprihatinan terhadap keselamatan penumpang dan keprihatinan terhadap penumpang. Hanya dari segi pemanduan yang dilakukan oleh pemandu bas yang boleh mendatangkan bahaya kepada pelajar menunjukkan tahap agak bahaya (Jadual 6). Situasi ini mungkin dipengaruhi oleh tanggapan

Jadual 6: Tanggapan Responden Terhadap Pemandu Bas (N=220)

Penilaian Terhadap Pemandu Bas

Tahap Persetujuan Min Skala SemantikSTP TP S P SP

i. Keprihatinan Pemandu Terhadap Keselamatan Penumpang

18 20 58 99 25 3.42

ii. Tahap Pematuhan Udang-Undang 6 22 57 120 15 3.52

iii. Tahap Keselamatan Pemanduan 7 14 51 133 15 3.61

iv. Keprihatinan Pemandu Kepada penumpang

5 29 62 106 18 3.46

v. Tahap Bahaya Pemanduan 7 17 63 111 22 2.57

Nota: STP = Sangat Tidak Puas hati TP = Tidak Puas hati S = Sederhana P = Puas hati SP = Sangat Puas hati

Sumber: Kaji selidik 2002/2003

Page 11: Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar

344 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

responden yang akan menganggap cara pemanduan oleh pemandu bas itu kasar apabila melihat cara pemandu memandu bas secara kasar.

Penilaian Terhadap Suasana di Dalam Bas

Hasil kajian mendapati tanggapan responden terhadap cara pelajar menaik! bas adalah tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan dengan menaiki bas secara berebut-rebut (57.3 peratus), secara sederhana ialah 63 responden (28.6 peratus) dan beratur pula ialah 31 responden (14.1 peratus). In; menunjukkan pelajar- pelajar kurang mempedulikan faktor keselamatan ketika menaiki bas kerana cara berebut-rebut ini boleh mendatangkan kecederaan kepada pelajar seperti tergelincir daripada tangga dan berlanggar sesama pelajar.

Manakala tanggapan responden terhadap cara pelajar semasa turun daripada bas pula menunjukkan jarang-jarang berlaku pelajar turun daripada bas semasa bas belum berhenti dengan sempurna. Jadual 7 menunjukkan tanggapan responden terhadap kewujudan pelajar yang turun daripada bas semasa bas belum berhenti dengan sempurna.

Suasana di dalam bas juga boleh mempengaruhi keselamatan pelajar ketika menggunakan perkhidmatan bas. Suasana yang bising boleh menyebabkan emosi pelajar tidak stabil kerana boleh mendatangkan rasa marah, mengganggu perbualan dan menyebabkan rasa tidak tenteram. Tanggapan responden terhadap suasana kebisingan di dalam bas adalah sederhana. Manakala tanggapan responden terhadap gangguan yang terjadi kepada pemandu bas yang sering diganggu oleh penumpang pula ialah tidak kerap. Cara penumpang yang duduk di dalam bas pula menunjukkan tanggapan responden adalah tidak beradab. Situasi ini mungkin dipengaruhi oleh keadaan pelajar yang masih remaja yang nakal, aktif, berani, cerdas dan cergas. Manakala tanggapan responden dari segi lebih muatan pula menunjukkan keadaan sederhana.

Jadual 7: Tanggapan Kewujudan Pelajar yang Turun Semasa Bas Belum Berhentidengan Sempurna (N=220)

Kewujudan Pelajar yang Turun Semasa Bas Belum Berhenti dengan Sempurna

Kekerapan Peratus Min Skala Sematik

Tidak Dinyatakan 3 1.4 2.07

Tidak Berlaku 79 35.9

Jarang-Jarang 49 22.3

Kadang-Kadang 77 35.0

Kerap 12 5.5

Sumber: Kaji selidik 2002/2003

Page 12: Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar

Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar Sekolah / 345

Jadual 8: Tanggapan Responden Terhadap Suasana di Dalam Bas, Gangguan Terhadap Tumpuan Pemandu, Adab Duduk dan Lebih Muatan (N=220)

Komponen Kajian Kekerapan Peratus Min Skala Sernatik

1. Suasana di Dalam Basi. Sangat Senyap 3 1.4ii. Senyap 13 5.9iii. Sederhana 75 34.1iv. Bising 85 38.6v. Sangat Bising 44 20.0 3.70

2. Tumpuan Pemandu Sering Diganggui. Sangat Tidak Kerap 29 13.2ii. Tidak Kerap 94 42.7iii. Sederhana 56 25.5iv. Kerap 33 15.0v. Sangat Kerap 8 3.6 2.53

3. Penumpang Bas Duduk Secara Beradabi. Sangat Tidak Beradab 8 3.6ii. Tidak Beradab 54 24.5iii. Sederhana 107 48.6iv. Beradab 39 17.7v. Sangat Beradab 11 5.0 2.96

4. Jumlah Penumpang Sering Melebihi Muatani. Sangat Tidak Kerap 18 8.2ii. Tidak Kerap 48 21.8iii. Sederhana 56 25.5iv. Kerap 61 27.7v. Sangat Kerap 37 16.8 3.23

Sumber: Kaji selidik 2002/2003

Jadual 9 menunjukkan tanggapan responden adalah “kadang-kadang” terhadap berlakunya peristiwa seperti pelajar lelaki yang sering mengganggu pelajar perempuan, pergaduhan, pelajar menghulurkan tangan dan kepala keluar semasa kenderaan bergerak, pelajar berjalan-jalan semasa kenderaan bergerak, pelajar berdiri di atas tangan dan pelajar yang terpaksa berkongsi tempat duduk.

Hasil kajian mendapati keadaan keselamatan pelajar perempuan ketika menggunakan perkhidmatan bas agak serius walaupun min keadaan ini pada tahap “kadang-kadang”. Responden menjelaskan gangguan yang sering dilakukan oleh pelajar lelaki kepada pelajar perempuan ialah mengusik (28 orang responden), mengejek (20 orang responden), memegang tangan perempuan (9 orang responden), mengeluarkan perkataan lucah (9 orang responden) dan membaling objek (7 orang responden).

Page 13: Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar

346 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Jadual 9: Tanggapan Responden Terhadap Keadaan Pelajar di Dalam Bas (N=220)

Keadaan Pelaiar di Dalam BasKekerapan Min Skala

TP KK JJ K Semantik

i. Wujud Gangguan Pelajar Lelaki Terhadap Pelajar Perempuan

68 83 42 27 2.12

ii. Wujud Pergaduhan antara Pelajar di Dalam Bas

86 77 48 9 1.90

iii. Wujud Pelajar yang menghulurkan Kepala dan Tangan Keluar Bas

74 71 45 30 2.14

iv. Wujud Pelajar yang Berjalan-jalan Semasa Bas Bergerak

46 89 40 45 2.38

V. Wujud Pelajar yang Berdiri di Tangga Semasa Bas Bergerak.

61 64 34 61 2.43

vi. Wujud Pelajar yang Berkongsi Tempat Duduk

61 77 33 49 2.31

Nota: TP = Tidak Pemah KK = Kadang-Kadang JJ = Jarang-Jarang K = Kerap Sumber: Kaji selidik 2002/2003.

Rajah 3 menunjukkan dengan lebih jelas tahap tanggapan responden terhadap keadaan pelajar ketika berada di dalam bas (i) hingga (iv). Pada keseluruhannya keadaan pelajar di dalam bas dalam situasi yang menentu kerana kebanyakan

Rajah 3: Tanggapan Responden Terhadap keadaan Pelajar di Dalam Bas

□ Tidak Pemah

3 Kadaii;.: Kudang

□ Jarang-Jarang

□ Kerap

i ii iii iv v

Keadaan Pelajar di Dalam Bas.

Page 14: Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar

Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar Sekolah / 347

responden menjawab “tidak pernah” dan “kadang-kadang” berlaku. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh faktor persekitaran dan tahap kenakalan pelajar tersebut semasa berada bersama rakan.

Penggunaan Basikal dan Tahap Keselamatan Pelajar Sekolah.

Basikal merupakan kenderaan yang paling digemari oleh pelajar untuk ke sekolah. Ciri kenderaan ini yang ringkas, mudah dan murah juga menyebabkan ibu bapa menyediakan kemudahan ini untuk anak-anak.

Penunggang basikal hendaklah sentiasa memakai topi keledar basikal dan menunggang d' tepi sebelah kiri jalan serta membenarkan kenderaan lain memotongnya dengan selamat (Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, 2002:15). Namun begitu, hasil kajian menunjukkan 100 peratus pelajar yang menggunakan basikal untuk ke sekolah tidak memakai topi keledar seperti yang disarankan oleh pihak JPJ. Keadaan ini dipengaruhi oleh sikap masyarakat di Malaysia menganggap memakai topi keledar ketika menunggang basikal merupakan satu perkara yang “ganjil” kesan daripada kurang pengetahuan mereka terhadap keselamatan ketika menggunakan basikal. Hasil analisis terhadap basikal-basikal yang digunakan oleh pelajar untuk ke sekolah pula mendapati 73.3 peratus basikal yang dianalisis mempunyai brek hadapan dan 68.9 peratus dilengkapi dengan brek belakang. Lampu pula hanya dimiliki oleh 45.6 peratus daripada basikal yang dikaji. Kesempumaan tayar dari aspek keelokan dan masih mempunyai bunga atau tidak pula menunjukkan 52.2 peratus tayar hadapan masih sempurna

Jadual 10: Analisis Kesempumaan dan Kelengkapan Komponen-Komponen Basikal yang Digunakan ke Sekolah (Dalam peratus)

Item yang dianalisis Ya Tidak

Brek Hadapan 73.3 26.7

Brek Belakang 68.9 3 h f

Lampu 45.6* 54.4

Kesempumaan Tayar Hadapan 52.2 47.8

Kesempumaan Tayar Belakang. 50.0 50.0

Loceng 41.1* 58.9

Kotak Rantai 55.6 44.4

Alat Pantulan Cahaya 50.0 50.0

Pengubahsuaian Basikal 32.2 67.8

Nota: * Komponen basikal yang kurang daripada 50% tahap kesempurnaannyaSumber: Kerja lapangan 2002

Page 15: Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar

348 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

dan 50.0 peratus basikal yang dianalisis menunjukkan kesempumaan pada tayar belakang. Hanya 41.1 peratus basikal yang dianalisis mempunyai loceng, 55.6 peratus mempunyai kotak rantai yang sempurna dan 50 peratus mempunyai alat pantulan di basikal yang boleh digunakan ketika waktu malam. Hasil analisis juga mendapati hanya 32.2 peratus sahaja basikal yang digunakan ke sekolah telah diubah suai oleh pelajar (Jadual 10).

Penggunaan Basikal ke Sekolah

Pandangan responden terhadap keprihatinan mereka kepada tahap keselamatan ketika menggunakan basikal dikaji berdasarkan beberapa komponen seperti keperluan jaket keselamatan, pengubahsuaian basikal dan tahap keselamatan

Jadual 11: Tanggapan Responden Terhadap Tahap Keselamatan Berbasikal, Keperluan Jaket, Pengubahsuaian Basikal dan Laluan Basikal (N=226)

Komponen KajianKekerapan Peratus Min Skala

Semantik

1. Tahap Selamat Berbasikal Ke Sekolahi. Tidak Yakin 2 0.9ii. Kurang Yakin 35 15.5iii. Sederhana 84 37.2iv. Yakin 77 34.1v. Sangat Yakin 28 12.4 3.41

2. Basikal Selamat Digunakani. Sangat Tidak Selamat 5 2.2ii. Tidak Selamat 1 0.4iii. Kurang Selamat 45 19.9iv. Selamat 143 63.3v. Sangat Selamat 32 14.2 3.86

3, Keperluan Jaket Keselamatan Semasa Berbasikali. Sangat Tidak Perlu 27 11.9ii. Tidak Perlu 86 38.1iii. Kurang Perlu 57 25.2iv. Perlu 46 20.4v. Sangat Perlu 10 4.4 2.67

5. Lorong Basikal Perlu Disediakani. Sangat Tidak Perlu 4 1.8ii. Tidak Perlu 6 2.7iii. Kurang Perlu 14 6.2iv. Perlu 75 33.2v. Sangat Perlu 127 56.2 4.39

Sumber: Kaji Selidik 2002

Page 16: Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar

Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar Sekolah / 349

basikal yang digunakan untuk ke sekolah. Tahap keyakinan responden terhadap keselamatan menggunakan basikal ke sekolah dan basikal selamat digunakan menunjukkan pada tahap sederhana. Responden beranggapan keperluan jaket keselamatan ketika menunggang basikal adalah tidak diperlukan. Kebanyakan responden beranggapan lorong berbasikal perlu disediakan kerana tahap keselamatan menggunakan laluan pengangkutan awam amat bahaya kepada pelajar (Jadual 11). Keperluan kepada lorong berbasikal amat perlu kerana kebanyakan pelajar menggunakan laluan kenderaan lain untuk ke sekolah disebabkan tiada laluan khusus untuk mereka. Manakala tanggapan responden terhadap pengubahsuaian basikal yang dilakukan oleh pelajar pula menunjukkan hampir 78.9 peratus responden mengatakan tidak wujud pengubahsuaian.

Tanggapan Terhadap Tahap Keselamatan Berbasikal Ke Sekolah

Persekitaran merupakan satu komponen yang penting dalam mempengaruhi tahap keselamatan pelajar ke sekolah. Jalan raya yang sempurna, laluan khas untuk pelajar dan keadaan kesesakan dan kesibukan boleh mempengaruhi tahap keselamatan pelajar ke sekolah. Responden juga menjelaskan suasana lalu lintas semasa ke sekolah sama ada selesa atau sesuai dengan pelajar. Tanggapan responden terhadap keselesaan dengan suasana lalu lintas ketika mereka menggunakan basikal ialah dalam keadaan suasana tidak selesa. Kerjasama yang diberikan oleh pemandu lain terhadap pelajar yang membawa basikal juga dalam kedaan yang tidak menentu, Didapati bahawa kerjasama daripada pemandu lain amat rendah ini dan menunjukkan pengguna jalan raya agak kurang sikap prihatin mereka terhadap pelajar (Jadual 12).

Jadual 12: Tanggapan Responden Terhadap Keselesaan dan Kerjasama DaripadaPemandu Lain (N=226)

Komponen KajianKekerapan Peratus Min Skala

Semantik

1. Tahap Keselesaan Suasana Lalu Lintasi. Sangat Tidak Selesa 18 8.0ii. Tidak Selesa 45 20.4iii. Kurang Selesa; 115 50.9iv. Selesa 39 17.3v. Sangat Selesa 8 3.5 2.88

2. Kerjasama Daripada Pemandu Laini. Tidak Pernah 59 26.1ii. Kadang-Kadang 102 45.1iii. Jarang-Jarang 47 20.8iv. Seialu 18 8.0 2.10

Sumber: Kaji Selidik 2002

Page 17: Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar

350 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Tanggapan Responden Terhadap Corak Pelajar Lain Berbasikal

Hasil kajian mendapati tanggapan responden terhadap pelajar lain berbasikal dengan bahaya, pelajar beriringan semasa berbasikal dan pelajar berlumba-lumba semasa berbasikal berlaku dalam situasi yang tidak menentu. Manakala, pelajar yang ditimpa kemalangan semasa menunggang basikal pula berlaku dalam kekerapan yang kadang-kadang. Pelajar' yang menunggang basikal secara berbaris pula menunjukkan kekerapan yang seialu (Jadual 13). Jni menunjukkan pelajar mengetahui cara paling baik ketika menunggang basikal. Hasil kajian mendapati 70.4 peratus pelajar beranggapan menunggang basikal secara berbaris adalah yang terbaik. beriringan (10.6 peratus)*. bersaing dengan kawan-kawan (4.0 peratus) dan secara berkelompok pula (7,5 peratus).

Rajah 5.4 menjelaskan tahap tanggapan responden terhadap corak pelajar lain berbasikal. daripada f l) hingga (5) dengan lebih jelas.

Jadual 13: T anggapan R esponden T erhadap P e la ja r B erbasikal S ecara B erbahaya, K em alangan S em asa B erbasikal, dan C orak P em an d u an (N = 226)

P e rk a ra yang IMkaji K ekerapanM in Skala

Seialu

'

ja ra n g -ja r a n g

K mi a n i:- K adang

T idakP ernah

v i r . a n t ik

I. Pelajaj-Jjui| -Ijfflrbasikal secara K rtsM pa-

53 54 95 | f | ) 2.39

2, K w a n - i p a n Kemalangan Semasa Berbasikal.

4 33 82 107 3 ">9'

3. KawanJrawan ferhqsifcalSeeasri BfeiMjiigaii.

. '11 j [— m so­ 3,1 J : 2.37

4. Kawan-kawan Berbasikal Secara Berlumba-liinitia.

24 66 i l 65 2.7-8

S. Kawan-kawan Berbastlkal Secara Beibaiisan

96 57 54 1.9 ^ fl.9 8

Somber: Kerja Lapangan 20020003.

Page 18: Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar

Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar Sekolah / 35 /

Rajah 4: T anggapan R esponden T erhadap P elajar B erbasikal Secara B erbahaya, K em alangan Sem asa B erbasikal dan C orak Pem baw aan B asikal

50 T

40 -

I 30 -5oOh 20 -

10 f

0 *-

□ Seialu H Jarang-jarang□ Kadang-Kadang

:: □ Tidak Pemah

1 2 3 4

Perkara yang Dikaji

Pentafsiran dan Cadangan-cadangan

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya di Sekolah

Pendidikan merupakan satu langkah yang paling pK Sgsao bagi mendidik p mengajar pelajar tentang keselamatan pelajar !ketika di jalan raya, Cadangan untuk mewujudkan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya oleh pihak Polis Birap Malaysia adalah satu usaha yang baik. Mamun begitu. cadangan gjjbjek ini masih dalam perbincangan antara Jabatan Pengangkntan Jalan (JPIj. Majlis Keselamatan Jalan Raya dan JSJBJtBteSI rakan kerijaaffdengift Rl@Brite$ir| Pendidikan Malaysia. Melalui pendidikan ini kesedaran pelajar terkarf|tp keselamatan di jalan-raya dan ketika menggunakan pengangkutan boleh dfeeiiaj sejak di bangktj sekolah. Kaedah pendidikan dilihai .sebagai kaedah yMfgtataifc untuk mendidik generasi muda supaya bcrhali-bali di jalan rayi dad mtffgauM undang-undangjalaa raya...

Dalani listens pendidikan di M.aiaysi-a,, iiad^«rts subjek yang fchnios top mengajar pelajar "takaitan keselamatan di jalan raya kectiaEdf!>entuh secara tidak. langsung dalam Pendidikan Moral .4m PendidOkm. .Islafit, mdangtofi Anegara maju pendidikan keselamatan jalan. i p untm kanak-kanak telah liftia diperkenalkan.. Dalam pada itu, PefSSidikan Moral laf.lfe ;SI1 frogrtm rneridtdik murid sapayi menjadi seoraif Snsan yjfcjAeMjgAjjM laatdBak nwlia dengan

Page 19: Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar

352 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

menekankan perkembangan moral, perasaan moral dan tingkah laku moral (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000:1). Menurut kajian melalui kaedah pendidikan dan latihan kemungkinan pengurangan kadar kemalangan dapat dikurangkan sehingga 5 peratus (Abd Rahman Mahamood et al., 532: 1993).

Kempen dan Ceramah

Kempen keselamatan jalan raya telah diadakan oleh kerajaan dan pihak berkuasa bagi melahirkan pengguna jalan raya yang berdisiplin dan untuk mengubah sikap pengguna jalan raya khususnya pelajar ketika menggunakan jalan raya. Kempen- kempen yang dilakukan di Malaysia telah mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak seperti Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Keselamatan Jalan Raya. Kempen-kempen ini telah disalurkan melalui media massa bagi tujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya khususnya kepada pelajar. Kempen ini dilaksanakan bagi mengurangkan kemalangan yang disebabkan oleh tiga faktor utama, iaitu manusia, kenderaan dan jalan raya. Pelbagai kempen telah diperkenalkan di Malaysia sejak kempen pertama yang dilancarkan oleh Menteri Kerja dan Kemudahan Awam pada 13 Mei 1977 yang bertema “keselamatan jalan raya kepentingan kita bersama” sehingga ke hari ini.

Kempen bagi meningkatkan tahap keselamatan pelajar ke sekolah boleh dilaksanakan dengan kerjasama pengusaha bas-bas sekolah. Persatuan Peinandu- Pemandu Bas Sekolah Malaysia boleh memberi sokongan dengan membenarkan bas-bas sekolah • menampal pelekat-pelekat yang memberi peringatan tentang keselamatan pelajar. Peringatan sepertil 3Awas Pelajar Sekolah”, “Awas Kanak- Kanak Melintas” atau “Saya Sokong Laluan Selamat Ke Sekolah” boleh diletak di cermin belakang bas. Kempen ini bertujuan untuk memberi peringatan kepada pengguna supaya berwaspada dan prihatin terutama kepada penunggang basikal dan pelajar yang menggunakan bas.

Pemeriksaan Kenderaan Pelajar dan Pemandu Bas

Pemeriksaan kenderaan yang dibawa oleh pelajar dan pemandu bas perlu dilakukan dengan lebih kerap oleh guru, pihak polis dan JPJ bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan sempurna dan sesuai untuk dibawa dan dinaiki ke sekolah. Hasil kajian mendapati wujudnya pengubahsuaian basikal yang digunakan oleh pelajar membuktikan usaha ini masih lagi tidak dipedulikan oleh guru. Pihak JPJ dan polis pula perlu memastikan bas-bas dan van sekolah yang diberikan lesen untuk membawa pelajar sekolah berada dalam keadaan baik. Pemeriksaan perlu dilakukan dari aspek penyenggaraan kenderaan khususnya tayar dan brek, brek antikunci dan tayar keselamatan, pengehadan terhadap minum alkohol dan memandu.

Page 20: Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar

Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar Sekolah / 353

Pihak JPJ dan polis juga perlu menetapkan penggunaan had laju yang bersesuaian bagi van dan bas sekolah yang membawa pelajar. Kesemua ciri tersebut boleh mengurangkan risiko kemalangan jalan raya apabila berlaku musibah. Jadual 16 menunjukkan kemungkinan pengurangan kemalangan dan kecederaan apabila aspek-aspek di atas diambil kira.

Laluan Khusus Untuk Pelajar Sekolah

Laluan khusus untuk pelajar sekolah sepatutnya dirancang sebagai rangkaian sekunder bagi pejalan kaki dan penunggang basikal supaya pelajar terasing sepenuhnya daripada lalu lintas kenderaan lain. Ini dilakukan bagi memberi keselesaan kepada pelajar khususnya dan orang awam yang berjalan kaki dan berbasikal. Kemudahan ini boleh bersambung dengan perhentian bas, stesen kereta api dan kemudahan-kemudahan yang lain. Keadaan ini akan merangsang pengguna untuk menggunakan basikal bagi jarak yang dekat dan memberi kesan yang positif terhadap alam sekitar dan ruang bandar. Penggunaan basikal tidak

Jadual 14; Kemungkinan Pengurangan Kadar Kemalangan dan Kecederaan

Pilihan Kemungkinan Pengurangan (% )

Persekitaran Jalan Rava• Reka bentuk geometri, reka bentuk dan kawalan simpang.• Permukaan jalan dari' aspek cuaca dan pandangan yang buruk• Kewujudan lampu di jalan raya• Perubahan guna tanah, reka bentuk jalan raya dan pengurusan

lalu lintas di bandarKESELURUHAN

10.55.5 3.0

5.0-10

20% kecederaan

Lanskah-Langkah Keselamatan Kenderaan• Penyenggaraan kenderaan (tayar dan brek)• Brek antikunci dan tayar keselamatan• Kejelasan motosikal• Penggunaan tali pinggang keledar• Langkah-langkah penumpang kenderaan lain KESELURUHAN

2.07.0 3.57.0

5.0-10.025% kecederaan

Peneauna dan Penggunaan Jalan Rava• Pengehadan terhadap minum alkohol dan memandu• Penggunaan had laju yang lebih bersesuaian.• Propaganda dan maklumat• Penguatkuasaan dan kehadiran polis• Pendidikan dan latihan• Undang-Undang lain seperti pengehadan terhadap letak kereta KESELURUHAN

10.05.0

Sehingga 5.0 Sehingga 5.0 Sehingga 5.0 Sehingga 5.0

33% kecederaan

Sumber: Sabey BE dan Taylor H 1980 dan Sabey BE, 1980

Page 21: Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar

354 /M enanggapi Keberkesanan dan Perubahan

memerlukan bahan api dan tidak mengeluarkan bunyi bising serta dapat menjimatkan ruang kerana sebuah ruang kereta boleh diletakkan lebih kurang 16 buah basikal. Bagi menjamin keselamatan laluan khusus untuk ke sekolah ini juga perlu disediakan penghadang untuk menghalang pejalan kaki dan penunggang basikal daripada bercampur dengan pengguna awam.

Jalan raya atau laluan yang boleh digunakan sebagai laluan basikal perlu dihadkan kelajuan pada tahap 35 km/jam dan perlu dikuatkuasakan dengan tegas. Selain itu, laluan ini juga perlu diperluaskan kerana kanak-kanak seialu berbasikal secara beriringan dengan kawan-kawan mereka. Laluan basikal juga seharusnya berterusan dan sehaluan bagi memudahkan perjalanan dan direka bentuk dengan kaedah “ramah pengguna” bagi membolehkan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah berasa selesa ketika melalu> laluan ini.

Penubuhan Persatuan Keselamatan Jalan Raya di Sekolah

Persatuan Keselamatan Jalan Raya di sekolah sepatutnya ditubuhkan di semua sekolah bagi tujuan menyemai nilai-nilai keselamatan di jalan raya. Melalui pendedahan ini juga akan memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang undang-undang yang harus diketahui sebagai individu yang menggunakan jalan raya. Melalui pendekatan ini diharap dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang banyak melibatkan remaja di mana bilangan kes yang melibatkan golongan ini semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Persatuan im juga boleh bertindak memberi latihan kepada pelajar cara menunggang basikal dengan betul dan kaedah memilih basikal yang sesuai dengan ketinggian mereka. Malahan persatuan ini juga boleh mendedahkan kepentingan pemakaian topi keselamatan ketika menunggang basikal. Mengikut kajian, 88 peratus daripada kecederaan otak yang dialami oleh penunggang basikal boleh dielakkan sekiranya mereka menggunakan topi keselamatan. Risiko kecederaan otak yang sama dengan penunggang motorsikal akan dialami oleh pelajar jika mereka terjatuh daripada basikal walaupun dalam kadar kelajuan yang rendah. Impak secara langsung boleh mengakibatkan trauma otak yang serius dan boleh menjejaskan kebolehan kognitif serta pembentukan watak kanak-kanak tersebut.

Menurut Dinesh Mohan, seorang penyelidik dalam bidang latihan keselamatan kanak-kanak berbasikal, latihan diberi kepada kanak-kanak yang berumur lebih daripada 8 tahun. Manakala bagi kanak-kanak yang berumur kurang daripada 8 tahun perlu diiringi semasa membawa basikal kerana mereka dikatakan tidak dapat menganggar dengan tepat kelajuan kereta-kereta yang menuju ke arah mereka (www.childfriendlv.org.mv). Seharusnya juga pelajar didedahkan kepada petunjuk lalu lintas seperti isyarat ketika ingin membelok dan peraturan yang lain.

Page 22: Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar

Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar Sekolah / 355

Persatuan Keselamatan Jalan Raya sekolah boleh mengadakan pertandingan pendidikan lalu lintas kepada pelajar. Melalui pertandingan ini diharap boleh memahirkan generasi muda agar memahami disiplin di jalan raya. Selain itu, bagi menjamin keberkesanan sivik dan tatasusila di jalan raya, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia boleh mengadakan pertandingan ini di peringkat negeri dan negara pada setiap tahun.

Bengkel Zon Berbahaya

Bengkel zon bahaya perlu diperkenalkan di sekolah bagi menyedarkan pelajar tentang kawasan yang berbahaya ketika mereka ke sekolah. Bengkel ini bertujuan untuk membolehkan pelajar-pelajar mengenai pasti persimpangan dan laluan yang berbahaya ketika ke sekolah. Melalui bengkel ini pelajar diminta untuk mengenai pasti laluan yang digunakan untuk ke sekolah dan seterusnya mengenai pasti laluan-laluan yang pernah dilalui di mana mereka pernah hampir-hampir terlibat dengan kemalangan.

Melalui kaedah ini secara tidak langsung pelajar telah mengetahui dan menanda “Zon Bahaya” yang akan dilalui setiap hari ke sekolah. Proses seperti ini boleh dilakukan dalam skala yang lebih besar iaitu melibatkan kawasan kejiranan. Melalui teknik mengenai pasti zon bahaya yang dikenali sebagai “collage” zon bahaya ini bukan sahaja menyeronokkan pelajar tetapi akan memberi hasil yang positif ke arah membentuk laluan yang selamat untuk pelajar. Kawasan-kawasan yang membahayakan telah dikenal pasti dalam bengkel ini boleh diserahkan kepada pihak kerajaan tempatan bagi memudahkan mereka membentuk polisi bagi menjadikan zon-zon berbahaya lebih selamat.

Pengawal Keselamatan Lalu Lintas Pelajar

Pengawal keselamatan lalu lintas pelajar perlu disediakan di semua sekolah bagi menjaga dan menjamin tahap keselamatan pelajar ketika menggunakan jalan raya. Malahan menurut peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), seorang warden lalu lintas berpakaian seragam atau seorang pegawai pengangkutan jalan berpakaian seragam mempunyai kuasa untuk memberhentikan kenderaan motor yang sedang bergerak jika wujud pelajar yang ingin melintas jalan (Lembaga Penyelidik Undang-Undang, 2002:72). Menurut undang-undang setiap sekolah perlu mempunyai seorang warden lalu lintas. Tugas warden ini adalah mengawal selia lalu lintas di suatu jalan, memberi isyarat lalu lintas kepada pengguna jalan raya supaya memberhentikan kenderaan dan membenarkan kenderaan bergerak setelah pelajar melintas. Warden atau pengawal lalu lintas pelajar ini bertugas berdekatan pintu pagar sekolah pada hari persekolahan bagi menolong pelajar melintas jalan.

Page 23: Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar

356 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Pengawal Merentas Jalan ini tidak semestinya seorang yang diambil khas untuk bekerja sebagai pengawal. Kemungkinan tugas pengawal ini boleh diberi kepada seorang murid sekolah atau guru sekolah. Disebabkan oleh perkara tersebut, wujud sekolah yang tidak mempunyai pengawal keselamatan lalu lintas pelajar kerana gaji pengawal mi tidak dibayar oleh Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi kebiasaannya diuruskan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang aktif dan prihatin terhadap keselamatan pelajar. Namun begitu, sepatutnya ibu bapa dan guru harus prihatin dan bertanggungjawab bagi menjaga keselamatan kanak-kanak.

Kesimpulan

Isu keselamatan pelajar di jalan raya merupakan isu yang kurang diberi perhatian oleh masyarakat kerana isu kemalangan yang melibatkan pengguna jalan raya dari golongan dewasa lebih ditekan dan ditumpukan oleh pengkaji-pengkaji bidang pengangkutan. Namun begitu, isu yang melibatkan keselamatan remaja yang bersekolah ini tidak boleh dibiarkan kerana kehilangan mereka disebabkan oleh kecuaian di jalan raya merupakan satu kehilangan besar kepada negara. Oleh itu, pihak kerajaan, agensi-agensi yang terlibat, sekolah, ibu bapa dan guru perlu bekerjasama bagi memastikan tahap keselamatan pelajar terjamin ketika menggunakan kenderaan ke sekolah. Seharusnya keperluan untuk menjadikan jalan raya sebagai tempat yang selamat kepada semua pengguna perlu dilakukan dengan kerjasama semua pihak. Melalui kerjasama dan langkah-langkah yang dijalankan oleh pelbagai agensi bagi mengurangkan masalah keselamatan pelajar sekolah diharap akan dapat mengurangkan kemalangan di Malaysia.

Rujukan

Abdul Latif Yusof, 1980. Tanggapan dan Beberapa Aspek Tingkahlaku Mengenai Kesesakan: Satu Kajian Kes di Perumahan Awam Sri Selangor. Latihan Ilmiah. Jabatan Psikologi. UKM: Bangi

Abd. Rahman Mahamad et al,, 1993. Jalan Raya: Perancangan dan Kejuruteraan Lalu Lintas (Jilid 1 (terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abd Rahim Md Nor dan Mazdi Marzuki, 2000. Pengangkutan Awam dan Pelestarian Hidup di Bandar: Menilai Kemapuan LRT. Dim. Prosiding Seminar Kebangsaan Alam, Manusia dan Pembangunan di Malaysia: Dasar, Strategi dan Kelestariannya. Jabatan Geografi: UKM.

Cawangan KBKA/Trafik Ibu Pejabat Daerah (Kecil) Slim River, 2002. Laporan Prestasi Cawangan Ketenteraman Awam/Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (Kecil) Batang

Page 24: Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar

Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar Sekolah / 357

Padang Slim River Tahun 2002/2001.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, 2002. Kurikulum Pendidikan Pemandu (edisi ketiga). Shah Alam: Metro Driving Academy Sdn. Bhd.

Khairani Alladin@Jalaludin, 1993. Pengangkutan Darat: Kesannya Terhadap Alam Sekitar Kajian Kes di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Legal Research Board, 2002. Road Transport Rules (Compilation of 45 Rules). Petaling Jaya: International Law Book Services.

Lembaga Pelesanan Kenderaan Perdagangan Semenanjung Malaysia, 2002. Perangkaan Permohonan Ubah Syarat Lesen yang Diuruskan Oleh PKP Wilayah Tengah Tahun 2002. Kuala Lumpur.

Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, 2002. Akta Pengangkutan Jalan 1987(Aktcf 333) & Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334). Petaling Jaya: International Law Book Services.

Malaysia, 2001. Ciri-Ciri Pendidikan dan Sosial Penduduk. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Muhammad Shahid Talib, 1997. Etika Islam di Jalan Raya. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmi.

Pheasant, 1986. Body space-Anthropometry, Ergonomics and Design. London: Taylor & Francis.

Sabey BE, 1980. Road Safety and Value for Money; TRRL Report SR581. Crowthorne Berks: The Transport and Road Research Laboratory.

Sabey BE dan Taylor H., 1980. The Known Risks We Run: The Highway. TRRL Report SR567. Crowthorne Berks: The Transport and Road Research Laboratory.

www.childfriendly.org.mv www. saferoutestoschools. ore ,uk/