5
PENGURANGAN SIMPTOM Attention-Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) MELALUI PEMAKANAN SIHAT NEWSLETTER DATE KAUNSELING D’PUNCAK Keluaran Mei 2018 Sekiranya tuan/puan ingin mendapatkan perkhidmatan kaunseling, tuan/puan boleh menghubungi talian berikut untuk maklumat lanjut:- 03-32584069—Pejabat Am UKK 03-32584084—Sulaiman Selamat 03-32584085— Mawaddah Fida Farid 03-32584094—Azila Bakri 03-32584074– Nurfatihah Aziz 03-32584081—Mohd Zulkhairi Ibrahim Pengenalan Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-III pada tahun 2006 telah menunjukkan bahawa telah wujudnya masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja sebanyak 20.3% (Info Kesihatan Mental, 2018). Antara penyakit yang mencatatkan peningkatan tertinggi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja adalah ADHD. Attention-Deficit Hyperactivity Disorder (juga lebih dikenali sebagai ADHD) adalah salah satu penyakit mental yang biasa dialami oleh kanak-kanak (Parekh, 2017). Namun, penyakit ini juga boleh dialami oleh golongan dewasa. Menurut Parekh (2017) lagi, antara simptom-simptom umum yang ditonjolkan oleh pengidap ADHD adalah tidak dapat memberikan tumpuan terhadap sesuatu (Inattention), pergerakan yang terlalu banyak tanpa mengira tempat dan masa (hyperactive) serta sikap yang tiba-tiba berubah sehingga kadang-kadang menyebabkan tindakan yang kurang rasional.

PENGURANGAN SIMPTOM Attention-Deficit PEMAKANAN SIHAT · PENGURANGAN SIMPTOM Attention-Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) MELALUI PEMAKANAN SIHAT ... kadang-kadang menyebabkan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENGURANGAN SIMPTOM Attention-Deficit PEMAKANAN SIHAT · PENGURANGAN SIMPTOM Attention-Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) MELALUI PEMAKANAN SIHAT ... kadang-kadang menyebabkan

1

PENGURANGAN SIMPTOM Attention-Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) MELALUI

PEMAKANAN SIHAT

B U S I N E S S N A M E

Newsletter Title

N E W S L E T T E R D A T E

KAUNSELING

D’PUNCAK

Keluaran Mei 2018

Sekiranya tuan/puan ingin mendapatkan perkhidmatan

kaunseling, tuan/puan boleh

menghubungi talian berikut

untuk maklumat lanjut:-

03-32584069—Pejabat Am UKK

03-32584084—Sulaiman Selamat

03-32584085— Mawaddah Fida

Farid

03-32584094—Azila Bakri

03-32584074– Nurfatihah Aziz

03-32584081—Mohd Zulkhairi

Ibrahim

Pengenalan

Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-III

pada tahun 2006 telah menunjukkan bahawa telah wujudnya masalah

kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja sebanyak

20.3% (Info Kesihatan Mental, 2018). Antara penyakit yang

mencatatkan peningkatan tertinggi dalam kalangan kanak-kanak dan

remaja adalah ADHD.

Attention-Deficit Hyperactivity Disorder (juga lebih dikenali

sebagai ADHD) adalah salah satu penyakit mental yang biasa dialami

oleh kanak-kanak (Parekh, 2017). Namun, penyakit ini juga boleh

dialami oleh golongan dewasa. Menurut Parekh (2017) lagi, antara

simptom-simptom umum yang ditonjolkan oleh pengidap ADHD

adalah tidak dapat memberikan tumpuan terhadap sesuatu

(Inattention), pergerakan yang terlalu banyak tanpa mengira tempat

dan masa (hyperactive) serta sikap yang tiba-tiba berubah sehingga

kadang-kadang menyebabkan tindakan yang kurang rasional.

Page 2: PENGURANGAN SIMPTOM Attention-Deficit PEMAKANAN SIHAT · PENGURANGAN SIMPTOM Attention-Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) MELALUI PEMAKANAN SIHAT ... kadang-kadang menyebabkan

2

Pengaruh Makanan Terhadap ADHD

Sedar atau tidak, makanan yang dimakan setiap hari mempengaruhi bukan sahaja kesihatan

fizikal malah kesihatan mental seseorang. Kesihatan otak perlu dijaga untuk mendapatkan kesihatan

mental yang paling optimum. Salah satu penyakit yang boleh dipengaruhi oleh pemakanan adalah

ADHD. Antara punca ADHD adalah bermula daripada kesihatan otak. Oleh itu, penjagaan

pemakanan adalah sangat penting bagi semua orang terutamanya para pengidap ADHD. Seperti

yang telah ditulis oleh Kingsley (2007), makan makanan yang sihat dan bernutrisi boleh membantu

mengoptimumkan otak penghidap ADHD dan juga boleh mengurangkan simptom-simptom ADHD.

Antara punca terbesar yang mempengaruhi masalah tingkahlaku ADHD adalah kekurangan

nutrisi yang sewajarnya (Newmark, 2010). Di sini terdapat beberapa nutrisi penting yang diperlukan

oleh kanak-kanak atau dewasa yang menghidap ADHD :

1. Makanan seimbang : makan makanan untuk melengkapi semua nutrisi dalam piramid makanan;

protein, karbohidrat, buah-buahan dan sayur-sayuran.

2. Protein : menambah neurotransmitter (sejenis bahan kimia yang digunakan oleh sel-sel otak

untuk berhubung). Hal ini dapat membantu mereka lebih fokus dalam melakukan sesuatu

pekerjaan.

Page 3: PENGURANGAN SIMPTOM Attention-Deficit PEMAKANAN SIHAT · PENGURANGAN SIMPTOM Attention-Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) MELALUI PEMAKANAN SIHAT ... kadang-kadang menyebabkan

3

3. Lemak Omega-3 : lemak yang baik membantu membentuk 60% otak dan saraf-saraf yang

ada dalam badan.

4. Sayur : sayur mengandungi pelbagai nutrisi. Sayur-sayuran tinggi dengan vitamin, fiber dan

juga rendah kalori. Amalkan mengambil sayur dengan warna yang berlainan kerana ia

menunjukkan perbezaan nutrisi di dalam sayur.

5. Buah-buahan : Buah-buahan mempunyai antioksidan yang tinggi yang melindungi badan

daripada radikal bebas. Radikal bebas boleh menyerang sel-sel yang sihat dalam badan.

Kajian mendapati bahawa, penghidap ADHD lebih sensitif dengan kemusnahan sel-sel yang

sihat.

6. Air : otak mengandungi lebih daripada 80% air. Oleh itu, air yang mencukupi diperlukan untuk

membolehkan otak berfungsi dengan baik.

Page 4: PENGURANGAN SIMPTOM Attention-Deficit PEMAKANAN SIHAT · PENGURANGAN SIMPTOM Attention-Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) MELALUI PEMAKANAN SIHAT ... kadang-kadang menyebabkan

4

Kesimpulan

Konklusinya, memilih makanan yang sihat sebagai rutin harian boleh membantu mengurangkan

simptom-simptom ADHD yang mereka hadapi. Ibu bapa dan penjaga seharusnya perlu mengambil

serius akan penjagaan makanan anak-anak penghidap ADHD tidak kira kanak-kanak mahupun

dewasa. Hal ini kerana menjaga pemakanan adalah salah satu cara semulajadi yang boleh

digunakan bagi mengoptimumkan otak mereka sekaligus mengurangkan simptom-simptom ADHD

disamping penggunaan ubat-ubatan.

Menurut Newmark (2015), kebergantungan terhadap ubat-ubatan mampu membawa kesan negatif

kepada penghidap ADHD; kesan ubat hanya mampu bertahan dalam masa yang singkat, akan

memberikan kesan sampingan secara fizikal atau mental dan juga ia mampu mengganggu

perkembangan otak. Akhir kata, mengapa perlu menggunakan ubat-ubatan sekiranya masih ada cara

yang lebih selamat untuk digunakan bagi membantu penghidap ADHD.

Page 5: PENGURANGAN SIMPTOM Attention-Deficit PEMAKANAN SIHAT · PENGURANGAN SIMPTOM Attention-Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) MELALUI PEMAKANAN SIHAT ... kadang-kadang menyebabkan

5

Rujukan

1. Diet Kurangkan Simptom ADHD. (2011). UTUSAN ONLINE. Sumber daripada:

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_04.htm#ixzz4y8HqW4gd

2. Info Kesihatan Mental. (2018). Artikel Psikologi & Kaunseling. Sumber daripada :

http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2633:artikel-psikologi-kaunseling&catid=525:perkhidmatan-psikologi&lang=ms

3. Newmark, S. C. (2015). Why treat adhd without medication? Sumber daripada: www.psychiatryadvisor.com/adhd/why-terat-adhd-without-medication-/article/416841/

4. Parekh, R. (2017). What is ADHD? Retrieve from :

https://www.psychiatry.org/patients-families/adhd/what-is-adhd

5. Kingsley, E. (2007). A parents guide to ADHD, Diet & Nutritiom. ADDitude. New Hope Media : New York.

6. Newmark, S. (2010). ADHD without Drug : A guide to the natural care of children with ADHD.

Center of the Difficult Child : US.

Oleh :

Nurul Azwa Syahida Binti Yusof

Pelajar Internship

Unit Kerjaya dan Kaunseling,

Bahagian Hal Ehwal Pelajar,

UiTM Puncak Alam.

Editor & reka letak: Nurfatihah Aziz