Author
others
View
24
Download
0
Embed Size (px)
Prosedur Pengurusan Risiko : PKBS-PSPK 05
P e j a b a t K e s i h a t a n B a h a g i a n S a m a r a h a n
Page 1
PENGURUSAN RISIKO
PEJABAT KESIHATAN BAHAGIAN SAMARAHAN
SENARAI KANDUNGAN
SEKSYEN : DEFINISI RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO 2
Definisi Risiko 2
Definisi Pengurusan Risiko Menurut “ISO” 2
SEKSYEN : KERANGKA PENGURUSAN RISIKO PKB SAMARAHAN 3
Langkah 1 : Konteks 5
Langkah 2 : Kenal pasti Risiko 5
Langkah 3 : Kategori Risiko 6
Langkah 4 : Analisis Risiko 6
Langkah 5 : Menilai Risiko 9
Langkah 6 : Pemantauan dan Semak Semula 9
SEKSYEN : PELAPORAN RISIKO 10
SEKSYEN : KURSUS KESEDARAN PENGURUSAN RISIKO 10
SEKSYEN : STRUKTUR PENTADBIRAN DAN PELAKSANAAN PENGURUSAN RISIKO 11
Prosedur Pengurusan Risiko : PKBS-PSPK 05
P e j a b a t K e s i h a t a n B a h a g i a n S a m a r a h a n
Page 2
SEKSYEN : DEFINISI RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO
Dalam persekitaran fasiliti kesihatan di Bahagian Samarahan yang semakin kompleks, risiko
sentiasa wujud dalam setiap aktiviti dalam PKB Samarahan. Maka satu pendekatan yang
sistematik adalah amat penting bagi mencapai objektif PKB Samarahan. Justeru, kerangka
pengurusan risiko digunakan di semua fasiliti kesihatan Bahagian Samarahan secara konsisten
bagi menguruskan risiko setiap aktiviti yang ada dalam PKB Samarahan. Pendekatan secara
Atas-Bawah (Top-Down) dan Bawah-Atas (Down-Top) digunakan dalam memastikan ancaman
atau peluang dapat diurus dengan baik oleh pihak pengurusan dan klinikal ke arah mencapai
objektif PKB Samarahan.
Definisi Risiko
Sesuatu isu/kejadian yang berlaku serta boleh memberi kesan terhadap pencapaian objektif atau
matlamat sesebuah organisasi.
Definisi Pengurusan Risiko Menurut “ISO”
Satu proses yang dilaksanakan di semua peringkat dalam PKB Samarahan seperti Pegawai
Kesihatan Bahagian, Ketua – ketua seksyen, pihak pengurusan, pakar – pakar dan kakitangan
kesihatan yang digunakan untuk menetapkan pembentukan strategi ke seluruh aktiviti bagi
mengenal pasti peristiwa yang akan berlaku seterusnya memberi kesan kepada aspirasi PKB
Samarahan. Pada masa yang sama, pengurusan risiko mengikut ketetapan PKB Samarahan
bertujuan untuk memberi jaminan munasabah ke arah pencapaian objektif PKB Samarahan.
Prosedur Pengurusan Risiko : PKBS-PSPK 05
P e j a b a t K e s i h a t a n B a h a g i a n S a m a r a h a n
Page 3
SEKSYEN : KERANGKA PENGURUSAN RISIKO PKB SAMARAHAN
Rajah 1
Prosedur Pengurusan Risiko : PKBS-PSPK 05
P e j a b a t K e s i h a t a n B a h a g i a n S a m a r a h a n
Page 4
RANTAIAN PENGURUSAN RISIKO PKB SAMARAHAN
Memahami
keperluan dan
jangkaan
pihak-pihak
berkepentingan
Menentukan
hala tuju
strategik dan
budaya PKB
Samarahan.
Mengenal pasti
objektif PKB
Samarahan
daripada segi
misi dan visi.
Mengenal pasti
objektif kualiti
PKB
Samarahan
yang
ditetapkan.
Mengenal pasti
isu/isu dalaman
dan luaran.
Memahami
skop sistem
pengurusan
kualiti
Mengenal
pasti risiko
dan
menentuk
an risiko
menurut
kategori:
- Strategik
- Kewangan
- Operasi
- Peraturan
Mengenal
pasti
deskripsi
risiko
Menentukan
kebarangkali
an risiko
berlaku
seperti:
- Sangat kerap
- Kerap
- Kadang kadang
- Jarang
- Sangat jarang Menentukan impak risiko apabila berlaku seperti:
-sangat kritikal,
-kritikal, -sederhana -ringan,
-sangat ringan
Berdasarkan
analisa ke atas
kebarangkali-
an dan impak
risiko
Penentuan
kedudukan
risiko sama
ada:
- Sangat
tinggi
- Tinggi
- Sederhana
- Rendah
Mengenal
pasti
semua
pilihan
yang
dapat
menguran
gkan
kebarangk
alian dan
impak
risiko.
Memban
gunkan
respon
risiko.
Memilih
tindakan
yang
sesuai
bagi
mengha
dapi
risiko
yang
berlaku
Tindakan
susulan
ke atas
keputusan
yang
dibuat.
Menilai
semula
risiko
daripada
segi
kesesuai-
an.
Pelarasan
keutama-
an
(priority)
sekiranya
perlu.
Pemakluman
kepada
Penyelaras
Pengurusan
Risiko PKB
dan
seterusnya
kepada PKB
Samarahan
Pelaporan
disalurkan
melalui
memo /
email /
hebahan.
Rajah 2
Prosedur Pengurusan Risiko : PKBS-PSPK 05
P e j a b a t K e s i h a t a n B a h a g i a n S a m a r a h a n
Page 5
Perincian tindakan adalah seperti berikut :
Langkah 1 : Konteks
Dalam membangunkan konteks, ciri-ciri berikut perlu dipertimbangkan iaitu:
a) Jangkaan pihak berkepentingan
Contoh: memahami pelan strategik KKM
b) Hala tuju strategik dan budaya PKB Samarahan
Contoh : Program / aktiviti / perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan kepada pelanggan dan komuniti / misi, visi dan kepuasan pelanggan.
c) Objektif kualiti PKB Samarahan
d) Isu-isu Luaran dan dalaman
e) Skop sistem pengurusan kualiti
Contoh: standard ISO
Dalam menentukan objektif, misi dan visi, faktor Petunjuk Prestasi Utama (KPI) perlu diberi
perhatian kerana KPI merupakan tunjang kepada matlamat PKB Samarahan.
Langkah 2 : Kenal pasti Risiko
a) Mengenal pasti semua potensi risiko.
b) Mengenal pasti semua sumber risiko berpotensi.
c) Terdapat risiko Dalam Kawalan dan Luar Kawalan.
d) Beberapa analisis boleh digunakan untuk mengenal pasti semua potensi risiko seperti KPI atau P.E.S.T.E.L
e) Selain itu juga, beberapa faktor yang menentukan sejauh mana kebarangkalian dan
impak ke atas perkara-perkara berikut adalah sumber kepada risiko seperti:
● Aset dan sumber PKB
Samarahan ● Ekonomi:- ketidaktentuan
harga pasaran
● Aktiviti utama PKB Samarahan ● Warga PKB Samarahan atau orang awam / pelanggan perkhidmatan
● Alam sekitar ● Kewangan :- penipuan, kecurian
● Kesan pada manusia ;-
sabotaj, rebutan kuasa ● Kesan pada alam semulajadi:-
pertukaran cuaca, gempa
bumi, tsunami
● Kerosakan harta :- kebakaran , banjir letupan.
● Liabiliti professional :-
kecacatan pada rekabentuk
Prosedur Pengurusan Risiko : PKBS-PSPK 05
P e j a b a t K e s i h a t a n B a h a g i a n S a m a r a h a n
Page 6
f) Alat dan teknik :
● Percambahan minda
● Perbincangan kumpulan
● Analisis aliran kerja
● Rekod Aduan
● Rekod Kewangan / Aset
Langkah 3 : Kategori Risiko
Menentukan isu luaran dan dalaman yang relevan melalui kategori berikut:
Isu Dalaman
KATEGORI KETERANGAN
Kewangan Risiko yang menjejaskan pembiayaan atau dana PKB Samarahan.
Infrastruktur Risiko yang memberi kesan akibat daripada pembanggunan dan pengangkutan PKB Samarahan.
Teknologi Risiko yang mengakibatkan penggunaan dan penyelenggaraan alatan, mesin, proses dan aplikasi sistem di PKB Samarahan terjejas.
Kompetensi Risiko yang memberi kesan terhadap kebolehan, pengetahuan dan kemahiran untuk melakukan sesuatu dengan cekap dan berkesan.
Operasi Risiko yang menjejaskan perkhidmatan kepada kakitangan, pelanggan dan pihak luar PKB Samarahan.
Persekitaran Risiko yang menjejaskan keadaan semasa dan di kawasan di sekeliling PKB Samarahan
Jadual 1: Kategori Risiko (Dalaman)
Prosedur Pengurusan Risiko : PKBS-PSPK 05
P e j a b a t K e s i h a t a n B a h a g i a n S a m a r a h a n
Page 7
Isu Luaran
KATEGORI KETERANGAN
Politik Risiko yang memberikan kesan dalam perkhidmatan di PKB Samarahan akibat pertukaran kerajaan dan tampuk kepimpinan.
Ekonomi Risiko yang menjejaskan perkhidmatan di PKB Samarahan akibat perubahan dalam keadaan ekonomi negara.
Sosial Risiko yang kesan kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat dan kemasyarakatan.
Teknologi Risiko yang menjejaskan imej PKB Samarahan kesan daripada penggunaan telekomunikasi yang meluas.
Persekitaran Risiko yang menjejaskan keadaan persekitaran di luar kawalan manusia.
Peraturan Risiko yang memberi kesan kepada pematuhan undang-undang dan peraturan.
Jadual 2: Kategori Risiko (Luaran)
Langkah 4 : Analisis Risiko
Tahap Kebarangkalian
Dalam menganalisis risiko, pengenalpastian sejauhmana kebarangkalian boleh berlaku
dan impak bagi sesuatu risiko adalah mengikut tahap seperti Jadual 3.
Walaubagaimanapun, parameter keberangkalian risiko ini boleh berubah mengikut
keadaan tertentu.
Kebarangkalian Risiko untuk berlaku
Parameter
5 - Sangat Kerap Berlaku > 1x dalam sehari
4 - Kerap Berlaku ≥ 1x seminggu
3 - Kadang-kadang Berlaku ≤1x dalam sebulan
2 - Jarang Berlaku ≤1x dalam setahun
1 - Sangat Jarang Berlaku ≤1x dalam > 1 tahun
Jadual 3 : Kebarangkalian
Prosedur Pengurusan Risiko : PKBS-PSPK 05
P e j a b a t K e s i h a t a n B a h a g i a n S a m a r a h a n
Page 8
Impak Risiko
Manakala pengukuran tahap kesan atau impak sesuatu risiko adalah seperti Jadual 4.
Tahap Impak Risiko
Parameter I Parameter II
5 - Sangat Kritikal
Memberi kesan yang sangat kritikal (menyebabkan kematian, kecacatan
kekal & mediko-legal) kepada perkhidmatan/ produk/ pelanggan/
operator
Jumlah kerugian > RM
1000.00
4 - Kritikal Memberi kesan yang kritikal (menyebabkan kecacatan separa kekal, "incident reporting", tidak mematuhi garis
panduan, SOP, PKPA, AP) kepada perkhidmatan/ produk/ pelanggan/
operator
Jumlah kerugian > RM
100.00 - RM 1000.00
3 - Sederhana Memberi kesan yang sederhana kritikal (menyebabkan aduan, komplikasi
ringan,) kepada perkhidmatan/ produk/ pelanggan/ operator
Jumlah kerugian > RM
10.00 - RM 100.00
2 - Ringan Memberi kesan yang ringan (tidak berpotensi kepada aduan) kepada perkhidmatan/ produk/ pelanggan/
operator
Jumlah kerugian > RM 1 - RM 10.00
1 - Sangat Ringan
Memberi kesan yang sangat ringan (tidak menyebabkan sebarang kesan di atas)
kepada perkhidmatan/ produk/ pelanggan/ operator
Jumlah kerugian < RM
1.00
Jadual 4 : Impak Risiko
Namun begitu penarafan risiko secara kasar (Gross Rating) ditentukan tanpa mengambil kira keberkesanan kawalan dalaman sedia ada. Hasilnya kedudukan risiko dapat ditentukan berdasarkan Jadual 5.
Prosedur Pengurusan Risiko : PKBS-PSPK 05
P e j a b a t K e s i h a t a n B a h a g i a n S a m a r a h a n
Page 9
KEBARANGKALIAN
Sangat Kerap
Kerap Kadang -Kadang
Jarang Sangat Jarang
5 4 3 2 1
IMPAK
Sangat Kritikal
5 Sangat
Tinggi (25) Sangat
Tinggi (20) Tinggi(15)
Sederhana(10)
Rendah (5)
Kritikal 4 Sangat
Tinggi (20) Sangat
Tinggi (16) Tinggi(12)
Sederhana(8)
Rendah (4)
Sederhana 3 Tinggi
(15) Tinggi
(12) Sederhana
(9) Sederhana
(6) Rendah
(3)
Ringan 2 Sederhana
(10) Sederhana
(8) Sederhana
(6) Rendah
(4) Rendah
(2)
Sangat Ringan
1 Rendah
(5) Rendah
(4) Rendah
(3) Rendah
(2) Rendah
(1)
TAHAP RISIKO
Jadual 5: Tahap Risiko
Langkah 5: Menilai Risiko
Kedudukan risiko dapat ditentukan setelah perhubungan impak dan kebarangkalian seperti
Jadual 6. Kedudukan risiko boleh dikategorikan seperti :
i. Sangat Tinggi
ii. Tinggi
iii. Sederhana
iv. Rendah
Tahap Risiko Skala Tahap
Risiko Penerangan Tahap Risiko
SANGAT TINGGI 16 HINGGA 25 Pelan tindakan terperinci diperlukan
TINGGI 11 HINGGA 15 Diberi perhatian oleh Pengurusan Atasan
SEDERHANA 6 HINGGA 10 Diurus dan diberi perhatian oleh pihak yang
ditanggungjawabkan
RENDAH 1 HINGGA 5 Diuruskan mengikut prosedur sedia ada
Jadual 6 : Menilai Risiko.
Prosedur Pengurusan Risiko : PKBS-PSPK 05
P e j a b a t K e s i h a t a n B a h a g i a n S a m a r a h a n
Page 10
Pada masa yang sama berpandukan kedudukan risiko tersebut, pelan tindakan yang sesuai mengikut kod
warna seperti Jadual 7.
KEDUDUKAN RISIKO
PELAN TINDAKAN
Sangat Tinggi
Pelan respon risiko secara terperinci diperlukan yang memerlukan perhatian daripada Pengurusan Atasan PKB Samarahan.
Tinggi
Risiko memerlukan perhatian daripada ketua seksyen yang berkenaan.
Sederhana
Risiko boleh diuruskan dengan mengambil pilihan sama ada Terima, Kurangkan, Pindah atau Elakkan. Ia memerlukan perhatian daripada ketua unit kawasan yang terlibat. (cth : FMSIC,MOIC, PKPic)
Rendah
Risiko boleh diuruskan secara minima dan perekodan risiko dibuat.
Jadual 7: Pelan Tindakan Risiko.
Langkah 6: Pemantauan dan Semak Semula
Pemantauan perlu dilaksanakan secara berterusan dalam memastikan keseluruhan kerangka
berfungsi dengan baik. Dengan erti kata yang lain, tindakan susulan ke atas hasil pada setiap
langkah, penilaian semula ke atas risiko sekiranya perlu dan tahap keutamaan di semak semula.
Pelarasan keutamaan diperlukan bergantung kepada:
● Faktor yang memberi kesan kepada kebarangkalian / kekerapan dan sejauh mana impak.
● Faktor-faktor yang memberi kesan kepada kesesuaian atau kos daripada pelbagai respon risiko.
Proses semak semula secara berterusan adalah sesuai untuk memastikan pelan Respon Risiko
kekal relevan. Sehubungan itu, ia adalah sesuai untuk mengulangi keseluruhan proses
sekiranya diperlukan.
Prosedur Pengurusan Risiko : PKBS-PSPK 05
P e j a b a t K e s i h a t a n B a h a g i a n S a m a r a h a n
Page 11
SEKSYEN : PELAPORAN RISIKO
Sistem Pengurusan Risiko PKB Samarahan
Merupakan perisian berbentuk Excel format yang menyimpan data bagi semua risiko. Perisian ini juga menyediakan pelan tindakan. Penyelaras Pengurusan Risiko bertanggungjawab menyediakan laporan pengurusan risiko kepada Pegawai Kesihatan Bahagian mengenai :
a) Senarai risiko yang signifikan;
b) Kawalan dalaman yang sesuai untuk mengurus risiko terbabit;
c) Tahap kompetensi dan kemahiran penyelaras risiko setiap unit/klinik.
Format pelaporan seperti Lampiran 1.
SEKSYEN : KURSUS KESEDARAN PENGURUSAN RISIKO
Kursus dan Bengkel Pengurusan Risiko akan diberikan kepada warga PKB Samarahan dengan kerjasama agensi atau penceramah yang bertauliah setiap tahun.
Bil Aktiviti Sasaran Kekerapan Tanggungjawab
1 Bengkel Penyediaan Garis Panduan Pengurusan Pelan Risiko
Ketua Unit x1 Penyelaras ISO
2 Kursus Kesedaran Pengurusan Risiko
Ketua Unit MOIC FMSIC Penyelia
Setiap Tahun AJK Latihan/Penyelaras pengurusan Pelan Risiko
3 Taklimat Pengurusan Risiko Semua Staf Kesihatan Setiap Unit/Daerah
Setiap Tahun Ketua Unit FMSIC/MOIC
Prosedur Pengurusan Risiko : PKBS-PSPK 05
P e j a b a t K e s i h a t a n B a h a g i a n S a m a r a h a n
Page 12
SEKSYEN : STRUKTUR PENTADBIRAN DAN PELAKSANAAN PENGURUSAN RISIKO
1. Pembangunan Polisi Pengurusan Risiko.
Pegawai Kesihatan Bahagian Samarahan telah meluluskan polisi pengurusan risiko pada 21 September 2017. Ia adalah bertujuan : ● Memperincikan perlaksanaan kerangka pengurusan risiko di peringkat PKB Samarahan; ● Menjelaskan peranan, tanggungjawab pihak yang terlibat; dan ● Menentukan perkara yang perlu dilakukan untuk merealisasikan pelan ini. 2. Peranan Jawatankuasa Pengurusan Risiko PKB Samarahan.
Melaporkan dan menasihat Jawatankuasa ISO PKB Samarahan mengenai isu keberkesanan sistem pengurusan risiko PKB Samarahan dan memberi amaran mengenai risiko yang signifikan. 3. Peranan Jawatankuasa Pengurusan Risiko di Fasiliti-fasiliti ● Melantik penyelaras pengurusan risiko dan jawatankuasa yang ahlinya terdiri daripada
anggota-anggota kanan ● Laporan pengurusan risiko perlu dibentangkan dalam agenda mesyuarat klinik dan
PKD ● Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk memastikan risiko peringkat klinik dan PKD
yang signifikan dikenalpasti, diukur dan dipantau.
4. Peranan Penyelaras Risiko di fasiliti-fasiliti ● Memastikan keseluruhan proses pengurusan risiko berjalan dengan lancar dan
diselaraskan di peringkat klinik/PKD; ● Mengenalpasti risiko di peringkat klinik/PKD adalah komprehensif; ● Mengenalpasti strategi menangani risiko dengan menyemak aktiviti mitigasi yang
dilakukan di peringkat klinik/PKD serta keberkesanannya; dan ● Bertindak sebagai perantara klinik/PKD dan juga JK Pengurusan Risiko di PKB
Samarahan. ● Menguruskan dan memastikan agenda pengurusan risiko dibawa dalam mesyuarat
pengurusan di PKB.
5. Peranan Unit Audit Dalam ● Melaksanakan pengauditan berasaskan risiko; ● Fokus kepada kerja audit terhadap risiko yang sangat besar, besar dan signifikan; ● Memberi kerjasama yang proaktif dan melibatkan proses pengurusan risiko; dan ● Mengendalikan penilaian bebas ke atas semakan pelaksanaan ERM. ● Pemantauan pelan risiko akan dijalankan oleh pasukan Juruaudit Dalam ISO bahagian.