peraturanparadigmatik

Embed Size (px)

Citation preview

PENSYARAH: EN. MOHD ASRI BIN ABD RAZAK DISEDIAKAN OLEH: NORATIKAH BINTI ABIDIN

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Peraturan Paradigmatik Paradigmatik bermaksud berkaitan dengan paradigma. Sintagmatik bermaksud berkaitan dengan sintaksis atau ayat. Paradigmatik berlaku secara menegak dan sintagmatik secara melintang.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Paradigmatik berkaitan dengan paradigma. Paradigma ialah: daftar kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan. Contoh atau model yang jelas tentang sesuatu: kedudukan dunia media hari ini mempunyai empat trend utama yang diterima sebagai ~ yang universal: Lingkungan atau batasan pemikiran (seseorang atau sesuatu organisasi) pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan,kemahiran dan kesedaran yang ada; anjakan ~ peralihan paradigma daripada

Apakah Makna Hubungan Paradigmatik Dan Sintagmatik. Paradigmatik ialah daftar atau kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan. Manakala sintagmatik pula ialah pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan, dsb) tentang susunan kata dalam ayat. Maksud hubungan disini ialah hubungan kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan dengan pengetahuan seseorang tentang susunan tersebut.

Pada umumnya, sesuatu unit linguistik boleh memasuki dua hubungan yang berlainan jenisnya. Satu unit boleh berada pada hubungan paradigmatis dengan unit-unit yang lain yang berlaku pada konteks (di tempat) yang sama dalam suatu struktur. Oleh itu, suatu unsur akan berada dalam hubungan paradigmatis dengan unsurunsur lain yang sefungsi. Sefungsi bermaksud kejadian unsur-unsur ditempat yang sama dalam struktur bahasa.

sebaliknya, suatu unit boleh berada dalam hubungan sintagmatis dengan unit yang lain pada tingkat yang sama yang berlaku bersama-sama dengannya dan yang menubuhkan konteksnya. Dengan lain perkataan, suatu unsur akan berada dalam hubungan sintagmatis dengan unsur-unsur lain yang mempunyai perkaitan dalam struktur. Kedua-dua jenis hubungan ini boleh dilihat dengan contoh perkataan: baya:kaya

Paradigmatik melibatkan perubahan penggunaan kata di dalam ayat dan mempunyai hubungan menegak. Hubungan tersebut boleh dikatakan seperti sinonim (makna yang sama suatu kata dengan kata yang lain). Contohnya :lazat - enak pintar - bijak

Contoh ayat: Makanan yang disediakan sungguh lazat. Makanan yang disediakan sungguh enak. Aliah budak yang pintar. Aliah budak yang bijak. Contoh perkataan yang mempunyai makna yang sama dan boleh digunakan untuk kedua-dua pasangan dalam ayat.

Selain mempunyai kaitan yang rapat dengan sintagmatik, paradigmatik juga biasa digunakan di dalam analisis semiotik. Ianya kajian mengenai tanda atau simbol di dalam bahasa dan mungkin dipilih untuk digabungkan dengan tanda-tanda yang lain. Tanda yang dimaksudkan berlaku ketika berada di dalam suatu sistem atau kelas.

Contohnya: guruh yang kuat -

menunjukkan hari hendak hujan.

suara merdu, lunak- menunjukkan orang sedang menyanyi, bersyair.

Secara kebiasaannya, hubungan paradigmatik akan dikaitkan dengan sintagmatik. Ini kerana, kedua-duanya saling berkaitan walaupun dianggap bersongsangan. Hubungan sintagmatik dibaca secara luaran dengan melihat kepada petanda yang samasama hadir di dalam teks. Hubungan paradigmatik pula dibaca secara mendalam dengan mencari penanda yang tidak hadir di dalam teks.

Contohnya:Paksi Sintagmatik

Salina air.

mengambil

segelas secawan seliter segelen

Paksi Paradigmatik

Di dalam hubungan paradigmatik dan sintagmatik, perkataan lain boleh memasuki konteks ayat. Namum, penggantian yang dilakukan perlulah bersesuaian dan gramatis di dalam konteks ayat tersebut. Ianya juga bergantung kepada keterimaan sesuatu perkataan ke dalam suatu ayat.

Di dalam aspek linguistik, terdapat kesatuan bahasa yang tidak semestinya bergantung kepada hubungan paradigmatik. Konsep merupakan sebahagian dari apa yang diketengahkan dalam ciri linguistik struktural moden. Menurut Lyons (1995), satuan-satuan bahasa tidak memiliki kesahihan yang tidak bergantung pada hubungan paradigmatik dan sintagmatiknya dengan satuan-satuan lain.

Beliau turut menegaskan bahawa setiap kata hanya ada dua posisi kontras iaitu diisi oleh salah satu daripada tiga susunan konsonanvokal dan yang kedua terdapat 6 unsur ungkapan. Seperti contoh, istilah fonologi yang dikatakan sebagai susunan tiga bunyi dapat diekspretasikan sebagai rangkaian konsonan-vokal-konsonan, iaitu konsonannya ialah (p, t, k) dan vokalnya (u, i, a) seperti :-

Contoh :

[ka] [p]

[pu] [t]

[ti] [k]

Konsonan-konsonan terdapat pada kedudukan awal dan akhir kata selebihnya terletak di tengah perkataan yang mendahuluinya. Contoh dalam bahasa Inggeris pula adalah seperti :-

Terdapat hubungan paradigmatik kerana berada di dalam golongan yang sama, iaitu penggunaan konsonan-vokalkonsonan, walaupun kedudukannya bersifat kontras.

Semiotik- bidang yang mengkaji tentang makna di dalam tanda atau simbol. Istilah semiotik ini berasal dari bahasa Yunani iaitu, semeion yang bermaksud tanda. Semiotik ini diperkenalkan oleh seorang ilmuan daripada Switzerland yang bernama Ferdinand de Saussure. Semiotik juga dilihat sebagai satu pendekatan analisis tekstual. Ianya merupakan ciri mengenalpasti inti konstituen.

contoh Bunga : yang menjurus kepada tumbuh-tumbuhan yang memiliki tangkai, kelopak, putik dan mahkota. Saussure telah memfokuskan kepada tiga jenis hubungan sistemik, iaitu antara petanda dangan petanda, antara tanda dengan semua unsur di sistemnya, dan antara tanda dengan unsur di sekitarnya dalam bentuk konkrit.

Saussure juga telah menegaskan bahawa bahasa makna muncul daripada perbezaan antara penanda, yang terdapat dua perbezaan iaitu sintagmatik (kedudukan) dan paradigmatik (penggantian). Kesimpulannya, contoh-contoh tertentu dapat menjelaskan berkenaan konsep ini seperti perkataan kucing yang membawa maksud haiwan yang berkaki empat, berbulu, haiwan yang manja dan jinak.

Kucing juga dikenali sebagai meowmeow dalam konteks masyarakat. Ianya jelas menunjukkan terdapatnya unsur paradigmatik dalam bahasa yang melibatkan semiotik.

Pasangan minimal ialah pasangan terkecil perkataan, iaitu pasangan perkataan yang hampir sama dari segi sebutan dan juga cara menghasilkan bunyi perkataan tersebut tetapi masih terdapat perbezaan kecil pada bunyi (fonem) tertentu yang membezakan makna antara perkataan tersebut.

paku dengan baku tari dengan dari laku dengan lagu baca dengan baja sama dengan sana bawang dengan layang garu dengan guru serong dengan sorong buka dengan buku