Upload
nur-sulianee-abdul-radzak
View
788
Download
15
Embed Size (px)
Citation preview
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
1/37
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
MEI / 2012
HBML4103
PERBEZAAN ANTARA BAHASA MELAYU KLASIK DAN BAHASA MELAYU
MODEN DARI SUDUT PERKATAAN (MORFOLOGI) DAN AYAT (SINTAKSIS)
NO. MATRIKULASI : 680408055358002
NO. KAD PENGNEALAN : 680408055358NO. TELEFON : 019-6217877 / 06-6852942
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : NEGERI SEMBILAN
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
2/37
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 Pengenalan 1
2.0 Bahasa Melayu Klasik 1
2.1 Definisi Bahasa Melayu Klasik
2.2 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Klasik
2.3 Konsep dan Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik
3.0 Bahasa Melayu Moden 6
3.1 Definisi Bahasa Melayu Moden
3.2 Perkembangan Bahasa Melayu Moden
4.0 Maklumat teks Hikayat Lama 7
5.0 Perbezaan Bahasa Melayu Klasik Dan Bahasa Melayu
Moden Dari Sudut Perkataan (Morfologi) 8
5.1 Penggunaan Tulisan
5.2 Pengaruh Kosa Kata Asing
5.3 Pengulangan Perkataan
5.4 Penggunaan Kata Pangkal Ayat
5.5 Penggunaan Kosa Kata Klasik
5.6 Penggunaan Bahasa Istana5.7 Penggunaan Aksara Jawi
6.0 Perbezaan Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu
Moden Dari Sudut Pembentukan Ayat (Sintaksis) 18
6.1 Penggunaan Ayat Yang Panjang, Berulang-ulang dan
Berbelit-belit
6.2 Penggunaan Ayat Pasif Dan Songsang
6.3 Penggunaan Gaya bahasa
6.4 Unsur Sensasi
6.5 Unsur Perlambanagan
7.0 Rumusan 33
Rujukan
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
3/37
HBML4103
1
1.0 PENGENALAN
Bagi mengetahui asal usul Bahasa Melayu, kita perlu mengetahui serba sedikit mengenai
penutur aslinya terlebih dahulu iaitu orang Melayu. Beberapa sarjana Eropah seperti
Hendrik Kern dari Belanda dan Robert Van Heine dari Austria telah mengemukakan teori
yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari kelompok Austronesia. Kelompok
manusia dari Yunan, China ini kemudiannya berhijrah dan akhirnya menduduki beberapa
wilayah di Asia Tenggara. Ahli-ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa
Melayu kepada tiga tahap utama iaitu bermula dengan bahasa Melayu Kuno, diikuti
dengan bahasa Melayu Klasik dn akhirnya bahasa Melayu Moden. Kedatangan agama
Hindu, Islam dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah menyebabkan berlakunya
perbezaan yang ketara terhadap ketiga-tiga bahasa tersebut. Bahasa Melayu Kuno
dipercayai dipengaruhi oleh bahasa Sankrit dan agama Hindu yang kuat, manakala
bahasa Melayu Klasik Dipengaruhi oleh bahasa Arab dan agama Islam dan bahasa
Melayu Moden pula banyak menerima pengaruh bahasa penjajah iaitu bahasa Inggeris.
Namun begitu, penulisan ini akan lebih memberi tumpuan terhadap bahasa Melayu
Klasik dan bahasa Melayu Moden serta meninjau perbezaan antara kedua-dua bahasa
tersebut daripada sudut perkataan (morfologi) dan ayat (sintaksis).
2.0 BAHASA MELAYU KLASIK
2.1 Definisi Bahasa Melayu Klasik
Sebelum huraian yang lebih mendalam diberikan terhadap bahasa Melayu Klasik,
takrifan mengenai bahasa tersebut perlulah difahami terlebih dahulu. Kamus Dewan
(1986 : 590) mentakrifkan perkataan klasik sebagai kesenian atau kesusasteraan yang
lama, yang mempunyai sifat-sifat yang tidak lagi terpakai iaitu yang tinggi dan abadi
nilainya. Berdasarkan takrifan tersebut ianya jelas mengambarkan bahawa bahasa Melayu
Klasik telah diperakui kepenggunaannya pada suatu masa dahulu. Akan tetapi disebabkan
perubahan masa dan zaman, bahasa ini tidak lagi menjadi wahana kepada para ilmuan
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
4/37
HBML4103
2
dan pengkaji untuk menggunakannya atau menyelidiki pertumbuhan dan
perkembangannya.
2.2 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Klasik
Menurut Awang Sariyan, bahasa Melayu Klasik berada pada tahap ketiga dalam
periodisasi bahasa Melayu, iaitu selepas bahasa Melayu Purba dan bahasa Melayu Kuno.
Ianya dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa ini
diasaskan sewaktu wujudnya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh iaitu kerajaan
Samudera-Pasai di bawah pemerintahan Sultan Malikul Salih. Oleh yang demikian
bahasa ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan kedatangan agama dan kebudayaan
Islam.
Pada abad ke-13, kehadiran agama Islam di Asia Tenggara banyak mempengaruhi
perkembangan bahasa Melayu pada ketika itu terutamanya dari aspek kosa kata, struktur
kata dan hasil tulisannya. Kewujudan bahasa Melayu Klasik pada ketika itu juga telah
dibuktikan dengan penemuan beberapa batu bersurat seperti Batu Bersurat Minye Tajuh
di Aceh (1930). Ianya merupakan batu bersurat pertama yang ditemui dengan
penggunaan kata-kata Arab seperti khalifah, nabi, Allah, rahmat dan sebagainya. Ini
disusuli dengan penemuan berikutnya iaitu Batu Bersurat Pagar Ruyung yang
mempunyai sedikit perbezaan dari segi bahasanya.
Pada abad ke-14 pula, bahasa Melayu Klasik dipercayai kian berkembang dengan
wujudnya tulisan Jawi atau disebut juga sebagai tulisan Arab berbahasa Melayu. Zaman
permulaan bahasa ini telah ditandai dengan kemunculan prasasti di Terengganu yang
bertarikh 702 Hijrah atau bersamaan dengan 1303 Masihi. Bukan itu sahaja, prasasti
bahasa Melayu Klasik juga banyak terdapat di Semenanjung Tanah Melayu seperti di
Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan beberapa
pulau yang lainnya. Ianya juga turut ditenmui di Sumatera Selatan, Jambi, Riau,
Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh.
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
5/37
HBML4103
3
Kemunculan bahasa Melayu Klasik juga telah dibuktikan dengan penemuan
beberapa manuskrip Melayu lama. Sejumlah kira-kira 10,000 naskah manuskrip lama
didapati tersimpan di beberapa buah negara terutamanya di Barat. Manuskrip Melayu
lama yang tertua merupakan surat kiriman Sultan Pernate yang berasal dari kepulauan
Maluku kepada Raja Portugis yang ditulis pada tahun 1521 dan 1522.
Bahasa Melayu Klasik dikatakan berada di zaman kegemilangannya semasa
berada di bawah pemerintahan kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau. Keadaan ini
berpunca kerana kerajaan-kerajaan tersebut telah menjadi lokasi yang penting bagi
kegiatan perdagangan, perkembangan agama Islam dan seterusnya perkembangan bahasa.
Zaman keagungan bahasa Melayu dikatakan berlangsung pada zaman Melayu
Melaka. Kerajaan Melayu Melaka pada ketika itu yang telahpun menerima Islam berjaya
membina dan meluaskan empayar serta jajahan takluknya. Secara tidak langsung ianya
telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan bahasa Melayu di rantau ini.
Ianya telah digunakan secara meluas dalam pentadbiran dan juga aktiviti perdagangan
sehingga berupaya menjadi bahasa linguafranca kepada para pedagang. Bahasa Melayu
juga telah diangkat sebagai alat penyebar kepada agama Islam di seluruh kepulauan
Melayu. Bukan sahaja mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi, perbendaharaan
katanya juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk menzahirkan idea-idea
yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan kesultanan Melayu Melaka ini telah
tergambar menerusi Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya yang sangat
tinggi nilainya.
2.3 Konsep dan Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik.
Bahasa Melayu Klasik tidak dapat ditentukan dengan jelas dari aspek fonologinya.
Awang Sariyan menyatakan perlambangan bunyi vokalnya terdiri daripada tiga vokal
sahaja iaitu i, a dan u yang berasal daripada vokal Arab alif, ya dan wau. Namun
begitu, bahasa Melayu Klasik mempunyai enam bunyi vokal sebagaimana yang terdapat
dalam bahasa Melayu hari ini iaitu a, e peper, e taling, i, o dan u. Bunyi
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
6/37
HBML4103
4
konsonan bagi bahasa Melayu Klasik pula sama seperti yang terdapat dalam Bahasa
Melayu Moden. Dalam Bahasa Melayu Klasik bunyi getaran konsonan r jelas
menggunakan huruf ra dalam bahasa Arab. Penggunaan pada hujung suku kata akhir
tertutup mengambarakan bunyi getaran itu hidup dan tidak senyap. Bunyi diftongnya pula
dilihat mempunyai persamaan dengan bunyi diftong bahasa Melayu Moden, iaitu ai,
au dan oi.
Aspek tatabahasa pula didapati mempunyai persamaan dengan bahasa Melayu
Moden terutamanya penggunaan imbuhan. Keadaan yang sama juga terjadi bagi proses
morfofonemik, penggandaan dan pemajmukan. Dari segi sintaksis pula, ayat-ayat yang
terkandung dalam bahasa ini terdiri daripada empat pola ayat dasar iaitu ayat tunggal,
ayat majmak, ayat kompleks dan ayat pasif.
Pengaruh Islam yang semakin kuat menjadikan bahasa Melayu mengalami banyak
perubahan dari aspek kosa kata, struktur ayat dan juga bentuk tulisan. Antara ciri-ciri
Bahasa Melayu Klasik yang dimaksudkan adalah seperti yang berikut:
a. Penggunaan ayat yang panjang, berulang dan berbelit-belit.
b. Mengandungi banyak ayat pasif dan ayat songsang.
c. Menggunakan bahasa istana.
d. Seringkali menggunakan kosa kata klasik seperti ratna, mutu manikam,
edan kesmaran (mabuk asmara), masyghul (bersedih), sahaya dan lain-
lain.
e. Kerap menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat)seperti
sebermula, alkisah, hatta, adapun dan sebagainya.
f. Banyak menggunakan partikal lah dan pun.
g. Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelabagai
bidang bahasa.
h. Turut menggunakan aksara Jawi yang dipinjam dari bahasa Arab yang
telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
7/37
HBML4103
5
i. Frasa dan ayatnya banyak menerima pengaruh dari bahasa Arab
terutamanya dalam kitab-kitab Melayu Klasik seperti frasa maka
kemudian daripada itu (dari Amma badu) ataupun pada ayat sunat
berbuka atas tamar. Frasa ayat tersebut diperolehi hasil daripada
terjemahan teks-teks bahasa Arab.
3.0 BAHASA MELAYU MODEN
Bahasa Melayu Moden merujuk kepada bahasa yang digunakan pada abad ke-19
hinggalah sekarang. Bahasa ini dipercayai berkembang selari dengan penguasaan negara
Eropah di Asia Tenggara. Keadaan ini telah mengakibatkan bahasa Portugis, bahasa
Belanda dan kemudiannya bahasa Inggeris mula bertapak di Nusantara, dan seterusnya
mempengaruhi bahasa Melayu.
Bahasa Melayu Moden merupakan kesinambungan daripada bahasa Melayu
Klasik, tetapi bahasa ini telah menerima pengaruh bahasa Inggeris yang sangat
kuat.Namun begitu, bahasa Melayu Moden ini tidak menerima sistem pembentukan
bahasa tersebut. Ianya juga tidak mengenepikan bahasa Sanskrit dan bahasa Arab yang
pernah diguna pakai sebelumnya.
Banyak istilah-istilah daripada bahasa Inggeris diterima pakai dalam Bahasa
Melayu Moden bagi tujuan mengungkap pelbagai ilmu baharu yang berkembang dari
masa ke semasa.Keadaan ini berlaku kerana tamadun Melayu dan bahasanya tidak
mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian. Keterbukaan bahasa Melayu Moden
menerima unsur-unsur bahasa asing telah menajadikannya semakin dinamik dan dapat
meneruskan kelangsungannya.
Tidak seperti Bahasa Melayu Kuno atau Bahasa Melayu Klasik, Bahasa Melayu
Moden tidak mampu berkembang secara bersendirian. Catatan sejarah telah
membuktikan Bahasa Melayu Moden telah mengalami beberapa perancangan dan
pembangunan oleh sebuah badan bahasa yag ditubuhkan khas iaitu Dewan Bahasa dan
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
8/37
HBML4103
6
Pustaka (DBP). Bahasa Melayu Moden telah diangkat statusnya sebagai bahasa
kebangsaan melalui Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang
kemudiannya dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
3.1 Definisi Bahasa Melayu Moden
Bahasa Melayu Moden merujuk kepada bahasa yang digunakan pada abad ke-19 hingga
sekarang. Bahasa ini berkembang selari dengan penguasaan negara Eropah di Asia
Tenggara. Dalam tempoh tersebut, bahasa Eropah, bermula dengan bahasa Portugis,
diikuti dengan bahasa Belanda dan kemudiannya bahasa Inggeris telah bertapak di
nusantara dan seterusnya telah mempengaruhi bahasa Melayu.
3.2 Perkembangan Bahasa Melayu Moden
Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu Moden telah mengalami
dua fasa perkembanagan. Ianya dikenali sebagai fasa sebelum Perang dunia Kedua dan
selepas Perang Dunia Kedua. Jika dilihat sebelum Perang Dunia Kedua, Bahasa Melayu
Moden mendapat kedudukan yang tinggi, ekoran daripada kecemerlangan sebelumnya.
Sungguhpun kerajaan British yang mentadbir Tanah Melayu pada ketika itu, pegawai-
pegawainya dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan lulus dalam ujian bahasa yang
diadakan bagi membolehkan mereka berhubung dengan penduduk tempatan dengan
mudah dan lancar. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya terdapat ramai pegawai atasan
British seperti Brown, Kilkinson, Maxwell, Winstedt, Dussek, Marsden, Skinner dan
lain-lain didapati mahir dalam menggunakan bahasa Melayu.
Sebaliknya, selepas Perang Dunia Kedua, British telah mengubah dasarnya
dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan. Individu
yang berjaya menguasai bahasa Inggeris dengan baik akan diberi keutamaan untuk
bekerja dengan pemerintah Inggeris. Akibat dari itu, ramai pelajar Melayu telah diberikan
pendidikan Inggeris dan dihantar berkursus di England. Mereka telah menggunakan
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
9/37
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
10/37
HBML4103
8
Hang Tuah mengandungi banyak ciri sastera antaranya mitos, unsur epik, firasat dan
sebagainya.
Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah epik Melayu yang lahir pada zaman
kegemilangan masyarakat Melayu tradisional. Kisahnya mencakupi segala pesanan dan
gagasan yang harus direnung dan dicerna oleh bangsa Melayu di zaman moden ini. Ianya
mengisahkan Hang Tuah bersama-sama empat orang rakannya yang telah
memperlihatkan watak terpuji dengan ciri-ciri kepahlawanan yang unggul serta kesetiaan
yang tinggi terhadap sahabat dan rajanya. Namun begitu persahabatan yang akrab antara
Hang Tuah dengan Hang Jebat berakhir dengan konflik dan tragedi yang menyayat hati.
Hikayat ini juga mengambarkan sistem sosiobudaya Melayu di zaman feudalnya. Hang
Tuah dan Hang Jebat jelas mewakili masyarakatnya pada ketika itu memperlihatkan nilai-
nilai kepahlawanan atau keperwiraan yang tinggi. Prinsip ketaatan mutlak terhadap raja
merupakan prinsip feudal yang mungkin bercanggah dengan cita-cita dan keadilan yang
terpendam dijiwa manusia. Justeru itu, ianya telah membuat Hang Jebat memberontak
terhadap raja. Prinsip ketaatan terhadap raja jugalah telah mejerat Hang Tuah yang
dijatuhi hukuman mati, manakala raja jugalah yang telah menghalalkan pembunuhan
Hang Jebat yang dianggap sebagai penderhaka.
Tegasnya Hikayat Hang Tuah wajar dijadikan bahan tatapan untuk generasi hari
ini. Jikalau dahulu ianya dianggap sebagai sebuah karya epik yang tidak berfaedah,
namun sekarang tumpuan dan perhatian harus diberikan terhadap nilai-nilai sastera yang
terkandung di dalamnya.
5.0 PERBEZAAN BAHASA MELAYU KLASIK DAN BAHASA MELAYU
MODEN DARI SUDUT PERKATAAN (MORFOLOGI)
Dua zaman yang bertentangan dan jarak masa antara keduanya yang terlalu jauh, pastinya
mengundang pelbagai perbezaan antara bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu
Moden. Bahasa Melayu Klasik dipercayai berkembang dari abad ke-13 hinggalah ke abad
17 (Asmah Omar, 1985). Manakala bahasa Melayu Moden merupakan bahasa yang
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
11/37
HBML4103
9
diguna pakai pada hari ini. Berikut akan dihuraikan beberapa perbezaan yang telah
dikenal pasti antara kedua-dua bahasa tersebut dari aspek perkataan atau morfologi.
5.1 Penggunaan Tulisan
Bahasa Melayu Klasik dikatakan terpisah dari bahasa Melayu Kuno apabila wujudnya
tulian Jawi (Asmah Omar, 1993). Sebelum ini, tulisan yang digunakan oleh masyarakat
Melayu dalam bahasa Melayu Kuno adalah tulisan palava (Raminah Hj Sabran dan
Rahim Syam, 1986). Namun begitu kedatangan Islam telah membawa perubahan yang
amat ketara terhadap masyarakat Melayu ketika itu. Perubahan bukan sahaja dari aspek
tauhid dan akidah malahan sistem tulisan masyarakat Melayu ketika itu turut berubah.
Sebagaimana yang diketahui tulisan Jawi adalah berasal dari tulisan Arab. Pendakwah-
pendakwah Islam berketurunan Arab telah menerapkan sistem tulisan Arab dalam tulisan
Jawi. Tujuan utama berbuat demikian adalah bagi memudahkan bacaan. Bagi
memudahkan ejaan, tanda baris atas dan bawah tulisan tersebut telah dimansuhkan.
Sistem ejaan yang digunakan dalam hikayat ini merupakan sistem ejaan Jawi.
Penggunaan huruf Jawi atau tulisan Arab ini dapat dilihat dengan jelas sekali menerusi
perkataan Bismillahirrahmanirrahim dan wabihinastainubihi yang kerap kali
digunakan di dalam Hkayat hang Tuah. Perkataan tersebut telah ditulis dengan
menggunakan huruf Jawi. Keadaan ini berbeza dengan karya-karya bahasa Melayu
Moden yang telah menerima pengaruh tulisan Rumi yang berasal dari Barat. Kecuali
karya-karya atau buku-buku yang bercorak keagamaan, bahasa Melayu Moden
menggunakan tulisan rumi sepenuhnya dalam setiap karya yang dihasilkan.
5.2 Pengaruh Kosa Kata Asing
Antara ciri yang membezakan bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden
adalah pengaruh kosa kata asing. Bahasa Melayu Klasik dilihat banyak menerima fonem-
fonem dari bahasa Arab (Abdullah Hassan, 1992).Antara yang kerap kali digunakan
contohnya kh, z dan sy. Penggunaan fonem-fonem ini digunakan dengan begitu
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
12/37
HBML4103
10
meluas terutama sekali dalam penghasilan karya sastera yang bercorak keagamaan,
cerita-cerita rakyat dan lain-lain lagi. Antara contoh perkataan yang dikesan menerusi
Hikayat Hang Tuah yang menggunakan fonem Arab adalah seperti akhirat, syarat dan
zaman.
Bahasa Melayu Klasik juga dilihat telah menerima pelbagai jenis kosa kata asing
seperti Arab dan Sanskrit dalam pelbagai bidang seperti keagamaan, undang-undang ,
kesusasteraan, pemerintahan, pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata
umum. Ini bermakna bahasa Melayu Klasik telah menyerap perkataan Arab dan Sanskit
ke dalam bahasa Melayu ketika itu. Keadaan tersebut telah menyebabkan pertambahan
perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu. Pinjaman dari perkataan Arab umpamanya
adalah berpunca dari kurangnya perkataan Melayu dalam menterjemahkan sesuatu
perkara.
Seperti mana yang telah sedia maklum, Hikayat Hang Tuah membabitkan
penceritaan yang berlatarkan masa yang panjang dan latar yang luas. Tidak seperti
Sejarah Melayu yang ditulis oleh seorang yang mahir dalam bahasa Arab dan dipengaruhi
oleh agama Islam, Hikayat Hang Tuah masih mengambarkan alam fikiran Melayu
sebelum meluasnya agama tersebut. Penggunaan kata-kata dan gaya bahasa Arab didapati
kurang sekali kecuali pada bahagian-bahagian tertentu. Berdasarkan dari pembacaan
hikayat tersebut, penulis mendapati penggunaan kosa kata yang terkandung di dalam
Hikayat Hang Tuah dipengaruhi oleh tiga jenis pengaruh bahasa asing yang utama iaitu
pengaruh Hindu, Islam dan Panji Jawa.
Di dalam Hikayat Hang Tuah, ada menceritakan watak yang diberi nama Sang
Perta Dewa. Beliau telah memberikan nama Bukit Siguntang Mahabiru kepada sebuah
bukit yang subur dengan tumbuh-tumbuhan. Tempat tersebut kemudiannya telah
dijadikan negeri atau penempatan. Adalah dipercayai bahawa penggunaan Mahabiru
dalam konteks ini adalah sama dengan perkataan Mahaviru yang bermaksud bukit suci
(mengikut kepercayaan tradisi Hindu). Mengikut kepercayaan agama Hindu bukit
Mahariru merupakan kediaman dewa-dewa Vishnu dan Shira. Dengan wujudnya kata-
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
13/37
HBML4103
11
kata tersebut, pengarang berharap ianya dapat mengambarkan kesaktian yang dikaitkan
dengan dewa-dewa dalam karya ini.
Gelaran Laksamana yang dianugerahkan kepada Hang Tuah dipercayai berasal
dari perkataan Sanskrit yang bermaksud tanda atau markah keutamaan. Gelaran
Laksamana diberikan kepada Hang Tuah yang merupakan lambang kesetiaan dan
ketaatan yang sepenuhnya terhadap raja-raja. Ianya meyerupai watak Laksamana dalam
Hikayat Seri Rama.
Fenomena ini berbeza dengan karya Melayu Moden yang didapati lebih banyak
menerima pengaruh bahasa Inggeris dan Arab dari bahasa-bahasa yang lainnya.
Bahasa Melayu Klasik turut menampakkan ciri-ciri pengaruh dari bahasa Arab.
Perkataan-perkataan Arab telah digunakan dengan meluasnya dalam bahasa tersebut.
Keadaan ini telah menyebabkan kosa kata dan perbendaharaan kata bahasa Melayu
Klasik pada ketika itu semakin bertambah. Pinjaman dari perkataan Arab dikatakan
berpunca dari kurangnya perkataan-perkataan Melayu dalam menterjemahkan sesuatu
perkara.
Keadaan ini dapat diperjelaskan menerusi contoh-contoh perkataan yang ditemui
di dalam Hikayat Hang Tuah. Terdapat beberapa perkataan yang telah menampakkan
ciri-ciri pengaruh Islam dengan begitu jelas sekali. Perkataan Arab sering digunakan
sebagai mukadimah dalam karya-karya bahasa Melayu Klasik. Contohnya
Bismillahirrahmanirrahim dan wabininastainubihi yang merupakan pembuka kata
yang mengungkapkan kebesaran dan keagungan Allah yang sememangnya dituntut dalam
agama Islam. Selain dari perkataan-perkataan tersebut terdapat banyak lagi perkataan-
perkataan Arab-Parsi yang digunakan dalam hikayat ini. Perkataan -perkataan tersebut
adalah seperti Allah subhanahuwataala, assalamualaikum, muallim, muaazzam, al-
kisah,hatta, alkisah,ikrar, takzim dan banyak lagi. Penggunaan kata-kata Arab-Parsi yang
banyak di dalam hikayat ini telah membuktikan pengaruh Islam yang kian berkembang
sehingga mempengaruhi kosa kata yang digunakan pada ketika itu.
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
14/37
HBML4103
12
Penggunaan kosa kata pinjaman Arab-Parsi juga boleh didapati menerusi karya
bahasa Melayu Moden. Perkataan-perkataan seperti Allah, insyaallah dan sebagainya
juga ada digunakan. Namun pendedahannya tidak sehebat seperti dalam bahasa Melayu
Klasik. Penggunaannya dilhat sangat terhad dan kata-kata pinjaman tersebutditulis dalam
tulisan rumi, tidak seperti karya bahasa Melayu Klasik yang menggunakan tulisan Arab
bagi kata-kata pinjaman terutamanya kata-kata yang berfungsi sebagai mukadimah.
Penggunaan kosa kata dalam bahasa Melayu Klasik bukan sahaja menerima
pengaruh dari bahasa Sanskrit, Arab dan Parsi, malahan ianya turut dipengaruhi oleh
bahasa Jawa. Penggunaan perkataan seperti Kyai, aji, ubun-ubun, fakanira, manira, kula
dan sebagainya jelas menunjukkan pengaruh Jawa yang begitu meluas di dalam Hikayat
hang Tuah ini. Pengaruh Panji jawa begitu ketara sekali terutamanya apabila nama
kerabat diraja dan golongan bangsawan Melaka dan Terengganu menggunakan gelaran
Jawa. Ini jelas dapat dilihat berdasarkan nama-nama yang diberikan kepada kedua-dua
puteri baginda raja Melaka, iaitu Raden Bahar dan Raden Baju. Raden merupakan
gelaran diraja yang sering digunakan kepada putera raja Jawa yang sama ertinya seperti
gelaran Tengku, Engku dan Raja yang digunakan dalam masyarakat yang menggunakan
bahasa Melayu Moden. Panggilan Kyai pula adalah gelaran yang diberikan kepada para
alim ulama. Ianya sering kali digunakan dalam Hikayat Hang Tuah. Perkataan Kyai ini
pula samalah ertinya dengan perkataan Ustaz, Imam, Haji dan Lebai yang sering
digunakan oleh masyarakat hari ini iaitu menerusi bahasa Melayu Moden.
5.3 Pengulangan Perkataan
Gaya bahasa melibatkan cara dan gaya seseorang pengarang menyampaikan buah fikiran
dan pandangannya sendiri melalui hasil karyanya. Gaya bahasa yang baik melibatkan
banyak penggunaan perbendaharaan kata. Salah satu dari ciri-ciri yang membezakan
bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden adalah dari segi pengulangan kata.
Perbendaharaan kata yang digunakan di dalam bahasa Melayu Klasik didapati banyak
menggunakan pengulangan perkataan. Perkara ini dapat dibuktikan apabila penelitian
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
15/37
HBML4103
13
terhadap Hikayat hang Tuah dilakukan. Pengulangan perkataan-perkataan tertentu banyak
didapati di dalam karya hikayat ini. Sebagai sebuah hasil karya klasik, gaya bahasa
pengulangan adalah perkara yang lazim didapati.
Perkataan-perkataan yang sering kali digunakan secara berulang-ulang di dalam
Hikayat Hang Tuah adalah :
a. setelah
b. alkisah
c. hatta
d. maka
e. sebermula
f. arakian
g. syahadan
h. sekalian
Berdasarkan penelitian penulis terhadap kandungan hikayat ini terutamanya pada
halaman dua belas dan tiga belas, bilangan penggunaan perkataan maka telah diulang
sebanyak dua puluh tiga kali sementara bagi perkataan hatta pula ianya telah diulang
tulisannya sebanyak empat kali.
Pada masa yang sama terdapat juga pengulangan perkataan bagi kata ganda yang
terdapat di dalam hikayat ini. Kata ganda yang dimaksudkan adalah seperti :
a. raja-raja
b. anak-cucu
c. sekali-sekala
d. bunyi-bunyian
e. orang besar-besar
f. bermain-main
g. anak bini
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
16/37
HBML4103
14
Disamping itu pengulangan bagi kata tunjuk, kata penegas dan kata hubung juga
kerap berlaku dalam bahasa Melayu Klasik. Hikayat Hang Tuah sendiri telah
memperlihatkan beberapa contoh pengulangan kata tunjuk, kata penegas dan kata hubung
yang sering digunakannya.Jadual 5.3 di bawah dapat menjelaskan lagi antara
pengulangan kata yang sering digunakan d dalam hikayat ini.
Bil Jenis Pengulangan Kata Contoh-contoh
1 Kata Tunjuk itu, sana, maka
2 Kata Hubung yang, dan, atau
3 Kata Penegas lah, pun
Pengulangan bagi perkataan-perkataan yang digunakan dalam bahasa Melayu
Klasik dilihat berbeza dengan bahasa Melayu Moden. Penggunaan kata berulang dilihat
tidak berlaku di dalam bahasa Melayu Moden. Penulis berpendapat antara punca utama
yang menyebabkan berlakunya pengulangan kata di dalam bahasa Melayu Klasik adalah
disebabkan kurangnya perbendaharaan kata pada ketika itu. Keadaan ini juga berpunca
akibat dari pengaruh bahasaSanskrit dan Arab yang pernah digunakan sebelumnya oleh
masyarakat Melayu pada zaman tersebut.
Berbeza dengan bahasa Melayu Moden, kesedaran tentang penggunaan nahubahasa Melayu yang betul dan pembangunan pengistilahan amat dititik beratkan dalam
bahasa Melayu Moden. Ini dapat dibuktikan dengan penghasilan Pelita Bahasa Melayu
oleh Pendita Zaba sekitar tahun 1940 yang menghuraikan kaedah nahu bahasa Melayu
atau aturan rangkanya mengikut pengaruh atau acuan nahu bahasa Inggeris. Nahu Zaba
lebih menekankan ciri-ciri makna dan struktur dalam penggolongan kata. Disamping itu
penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22 Jun 1956, juga telah membawa
perubahan yang besar terhadap bahasa Melayu yang diguna pakai sehingga ke hari ini. Di
antara matlamat penubuhannya adalah untuk :
memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan.
memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan.
mengubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
17/37
HBML4103
15
5.4 Penggunaan Kata Pangkal Ayat
Selain daripada ciri-ciri yang telah dibincangkan, aspek lain yang turut membezakan
bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden adalah mengenai penggunaan kata
pangkal ayat. Bahasa Melayu Klasik banyak menggunakan kata pangkal ayat atau disebut
sebagai perdu perkataan. Antara perdu perkataan yang sering digunakan dalam hasil
karya yang menggunakan bahasa Melayu Klasik adalah seperti sebermula, alkisah, hatta,
adapun an sebagainya.
Penggunaan kata pangkal ayat ini turut terdapat dikesan pada Hikayat Hang Tuah.
Antara contoh kata pangkal ayat yang digunakan adalah seperti berikut :
Syahadan maka paduka ayahanda bonda pun terlalu amat kasih akan
anakanda baginda itu. Hatta berupa lamanya maka Tuan Puteri Kemala
Ratna Pelinggan pun besarlah, makin besar makin bertambah baik
rupanya. Hatta beberapa raja-raja hendak meminang dia, tiada juga
diberikan oleh ayahanda bonda baginda.
Penggunaan kata pangkal ayat ini dilihat tidak memberi sebarang fungsi atau
makna dalam sesebuah ayat yang diwakilinya. Sekiranya ia tidak digunakan atau
diabaikan, makna sesebuah ayat tidak akan berubah.Berdasarkan keterangan tersebut,
penggunaan bahasa Melayu Moden hari ini dilihat tidak lagi kerap menggunakan kata
pangkal ayat. Oleh itu, petikan di atas boleh ditafsirkan atau ditulis semula tanpa
menggunakan kata pangkal ayat seperti berikut :
Maka paduka ayahanda bonda pun terlalu amat kasih akan anakanda
baginda itu. Beberapa lama kemudian, Tuan Puteri Kemala Ratna
Pelinggan pun besarlah, semakin bertambah cantik paeras rupanya
sehingga beberapa orang raja berhajat untuk meminang tetapi telah
ditolak oleh ayahanda dan bondanya.
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
18/37
HBML4103
16
Berdasarkan petikan di atas yang telah dituliskan semula dengan menggunakan
bahasa Melayu Moden, jelas sekali menampakkan maksud yang sama dari petikan yang
asal. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa karya-karya yang menggunakan bahasa Melayu
Moden telah mengabaikan perdu perkataan ini kerana ianya tidak memberi sebarang
maksud atau makna tertentu dalam karya mereka.
5.5 Penggunaan Kosa Kata Klasik
Selain dari ciri-ciri yang telah dibincangkan, bahasa Melayu Klasik juga dilihat sering
kali menggunakan kosa kata klasik yang berasal dari Arab, Jawa, Siam, Sanskrit dan lain-
lain lagi. Antara contoh kosa kata klasik yang dimaksudkan adalah seperti ratna mutu
manikam, edan kesmaran, sahaya, masygul dan lain-lain lagi.
Bagi memperlihatkan penggunaan yang meluas kosa kata ini di dalam karya
bahasa Melayu Klasik, jadual yang berikutnya ini akan menunjukkan antara contoh kosa
kata klasik yang digunakan dalam Hikayat Hang Tuah beserta terjemahannya yang
dilakukan dalam bahasa Melayu Moden.
Jadual 5.5 : Penggunaan Kosa Kata Klasik Dalam Hikayat Hang Tuah
Kosa Kata Klasik Asal Terjemahan Ke Dalam
bahasa Melayu Moden
aviad
adika
amum
anak bingkis
arkian
andalan
bajuzirah
berpelik
bersuaka
bertandak
Arab
kawi
Siam
Sanskrit
putih
tuanku
pangkat bagi gol
bangsawan
barang pemberian
sesudah itu
cagaran
baju besi
bersubang kecil
berlindung
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
19/37
HBML4103
17
Berdasarkan jadual di atas, ianya jelas memperlihatkan perbezaan perkataan dan
sebutan bagi kosa kata klasik dengan kosa kata terjemahan yang dilakukan ke dalam
bahasa Melayu Moden. Walaupun mempunyai maksud yang sama, akan tetapi perkataan
tersebut disebutkan dengan dua cara yang berbeza.
5.6 Penggunaan Bahasa Istana
Tidak dapat dinafikan penggunaan bahasa istana di dalam karya bahasa Melayu Klasik
kerap beraku berbanding di dalam karya bahasa Melayu Moden. Watak utama di dalam
karya bahasa Melayu Klasik adalah terdiri daripada watak istana yang melibatkan sultan,
permaisuri, anakanda dan sebagainya. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa istana
amat diperlukan di dalam karya bahasa Melayu Klasik bagi mengisahkan cerita-cerita
yang membabitkan keluarga diraja.
Perkara ini dapat dijelaskan lagi menerusi contoh ayat yang diptik dari Hikayat
Hang Tuah yang dikemukakan oleh Kassim Ahmad (2008 : 5) yang berbunyi :
Maka pada ketika itu juga baginda pun melengkapi anakanda baginda itu
dengan inang pengasuh dan dayang-dayang sepertinya. Maka tuan puteri
Kemala Ratna Peling gan dipeluk cium dan ditangisinya oleh ayahanda
baginda.
Namun begitu penggunaan bahasa istana ini, kurang digunakan di dalam bahasa
Melayu Moden. Hal ini telah dibuktikan apabila karya yang ditulis menggunakan bahasa
Melayu Moden kurang menggunakan tema keluarga diraja. Karya-karya yang
menggunakan bahasa Melayu Moden didapati bertemakan tentang kehidupan insan
dalam kelompok masyarakat biasa. Oleh itu penggunaan bahasa istana dalam karya
bahasa Melayu semakin hari semakin ditinggalkan dalam masyarakat Melayu Moden.
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
20/37
HBML4103
18
5.7 Penggunaan Aksara Jawi
Berbeza dengan ciri bahasa Melayu Moden, bahasa Melayu Klasik didapati sering
menggunakan aksara Jawi iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arabyang telah
ditambah dengan beberapa huruf tambahan. Ciri-ciri penggunaan aksara Jawi ini adalah
berpunca dari kesan pengaruh Islam ke dalam bahasa Melayu ketika itu. Kedatangan
Islam ke alam melayu telah memberikan impak yang begitu besar. Roh Islam bukan
sahaja terpancar pada diri individu malahan turut dapat dikesan dalam istilah dan
ungkapan bahasa. Istilah dan ungkapan Islam ini telah diterima pakai oleh masyarakat
Melayu ketika itu sebagai perantara dalam komunikasi atau dalam penghasilan sesebuah
karya. Tokoh-tokoh Islam seperti Hamzah Fansuri dan Raja Ali Riau banyak membantu
dalam perkembangan istilah Islam ini.
Ciri-ciri ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan bahasa Melayu Moden
terutama yang membabitkan penghasilan karya sastera. Penulisan karya sastera bahasa
Melayu Moden tidak lagi menggunakan aksara Jawi ini kecuali pada karya-karya yang
bercorak keagamaan. Kesan pengaruh penulisan bahasa penjajah terutamanya bahasa
Inggeris sama sekali telah melengkapkan penggunaannya di dalam penulisan bahasa
Melayu Moden.
6.0 PERBEZAAN BAHASA MELAYU KLASIK DAN BAHASA MELAYU
MODEN DARI SUDUT PEMBENTUKAN AYAT (SINTAKSIS)
Bahasa Melayu Klasik bukan sahaja telah memperlihatkan beberapa perbezaan dengan
bahasa Melayu Moden dari sudut pembentukan perkataan malahan telah memperlihatkan
beberapa perbezaan dari aspek pembentukan ayat. Antara aspek-aspek yang membezakan
bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden dari sudut sintaksis adalah seperti
yang berikut :
a. penggunaan ayat yang panjang, berulang-ulang, berbelit-belit dan meleret-leret.
b. mempunyai bentuk ayat pasif dan songsang.
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
21/37
HBML4103
19
c. penggunaan frasa atau ayat pengaruh Arab.
d. penggunaan unsur humor.
e. penggunaan unsur-unsur penyembahan.
f. penggunaan unsur perlambangan
g. memasukkan unsur-unsur sensasi.
h. unsur kiasan atau perbandingan.
i. gaya bahasa sindiran.
j. penggunaan pantun dan peribahasa.
6.1 Penggunaan Ayat Yang Panjang, Berulang-Ulang dan Berbelit-Belit
Penggunaan ayat yang panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit merupakan ciri utama
yang membezakan bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden dari sudut
sintaksis. Selain dari itu, ayat-ayat yang terkandung di dalam bahasa Melayu Klasik juga
dianggap meleret-leret terutama sekali apabila menerangkan sesuatu perkara. Ciri yang
membezakan bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden ini dapat dikesan
melalui beberapa baris ayat yang terkandung di dalam Hikayat Hang Tuah.
Apabila tuan puteri dan segala isi istana itu mendengar bunyi-bunyian
dan melihat segala perintah dewa-dewa turun terlalu banyak datang
dengan pakaiannya terlalu indah-indah - rata terbang itu pun dengan
perhiasannya keemasan - datang mendapatkan Sang Perta Dewa itu
bertatahkan ratna mutu manikam, maka Tuan Puteri Pelinggam pun
tahulah akan Sang Perta Dewa itu anaknya besar turun dari keinderaan.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 6)
Contoh ayat di atas, jelas mengambarkan kepada kita bahawa ayat-ayat yang
terkandung di dalam bahasa Melayu Klasik adalah terdiri daripada ayat yang panjang
strukturnya. Bagi contoh ayat di atas ianya menggunakan sebanyak lima puluh tujuh
patah perkataan dalam satu ayat. Bilangan perkataan tersebut jelas membuktikan kepada
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
22/37
HBML4103
20
kita bahawa ayat-ayat yang terkandung di dalam bahasa Melayu Klasik adalah terdiri
aripada ayat yang panjang strukturnya.
Berdasarkan anlisis yang dilakukan terhadap ayat tersebut, penulis telah
mendapati antara punca utama ayat berkenaan didapati panjang adalah kerana
penggunaan beberapa patah perkataan telah diulang beberapa kali. Berikut dipaparkan
anlisis bilangan perkataan yang terdapat dalam contoh ayat tersebut.
Bil Perkataan Bilangan Ulangan
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
tuan puteri
dan
segala
itu
turun
terlalu
datang
pun
Sang Perta Dewa
turun
2
2
2
4
2
2
2
2
2
2Jadual 6.1 : Kekerapan Bilangan Ulangan Perkataan
Berdasarkan jadual 6.1, sebanyak sembilan patah perkataan dikesan telah diulang
tulis sebanyak dua kali, manakala perkataan turun telah diulang sebanyak empat kali.
Oleh yang demikian jelaslah kepada kita bahawa antara punca yang menjadikan ayat-ayat
yang terkandung di dalam bahasa Melayu Klasik didapati panjang dan meleret-leret
adalah faktor ulangan perkataan.
Selain terdapatnya unsur pengulangan perkataan, sesebuah ayat bahasa Melayu
Klasik juga didapati panjang dan meleret-leret kerana berpunca daripada gaya bahasa
hiperbola yang biasa terdapat di dalam hasil sastera klasik. Gaya bahasa hiperbola
bermakna sesuatu perkara itu diceritakan secara berlebih-lebihan. Tujuan utama
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
23/37
HBML4103
21
penggunaan gaya bahasa jenis ini adalah untuk menekankan keistimewaan sesuatu benda
atau perkara. Disamping penggunaannya juga diharapkan dapat meninggalkan kesan
yang mendalam dan berkekalan diingatan para pembacanya.
Menerusi contoh ayat yang diberi, jelas kelihatan daripada wacana-wacana
pemerian pengarang terhadap kecantikan dewa-dewa yang turun dari kayangan. Antara
contoh gaya bahasa hiperbola berbunyi :
Segala perintah dewa-dewa turun terlalu banyak datang dengan pakaian
terlalu indah-indah - rata terbang itu pun dengan perhiasannya keemasan.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 6)
Di dalam bahasa Melayu Moden pengulangan sesuatu perkataan di dalam
sesebuah ayat tidak berlaku. Sekiranya sesuatu perkataan diulang beberapa kali dalam
sesebuah ayat ianya dianggap sebagai suatu kelemahan terhadap binaan ayat tersebut.
Penggunaan imbuhan nya boleh digunakan bagi menggantikan ganti nama yang diulang
beberapa kali. Ganti nama tunjuk atau perkataan-perkataan yang tidak diperlukan boleh
diabaikan bagi tujuan meringkaskan sesebuah ayat. Pengarang harus sedar bahawa
sesebuah ayat yang panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit akan menyebabkan
pembaca menjadi bosan untuk menikmati sesebuah karya.
Contoh ayat yang berulang-ulang kali penampilannya boleh dilihat pada contoh
ayat yang berikutnya :
Maka Sang Sapurba terlalu sukacita melihat isterinya hamil itu. Setelah
genablah bulannya, maka tuan puteri pun berputeralah seorang lelaki,
terlalu elok rupanya sikapnya.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah,halaman 11)
Berdasarkan contoh ayat di atas, penulis mendapati ianya telah diulang sebanyak
empat kali dalam satu muka surat. Ayat tersebut dituliskan sebanyak empat kali bagi
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
24/37
HBML4103
22
menjelaskan kepada pembaca bahawa Sang Sapurba mempunyai anak seramai empat
orang. Penggunaan ayat yang panjang dan berulang-ulang ini akan menjadikan sesebuah
ayat itu berbelit-belit dan sukar difahami. Hal ini bertentangan dengan gaya penuliasan
bahasa Melayu Moden yang mementingkan ketepatan maklumat bagi memudahkan
kefahaman pembaca. Oleh itu ayat-ayatnya dituliskan dengan lebih ringkas tanpa
meninggalkan sebarang maklumat penting.
6.2 Penggunaan Ayat Pasif Dan Songsang
Selain daripada penggunaan ayat yang berulang-ulang, ciri-ciri lain yang turut dikesan
dalam bahasa Melayu Klasik ialah terdapatnya pendepanan predikat dalam sesuatu ayat
yang digunakan. Pendepanan predikat dalam ayat ini juga disebut sebagai penyongsangan
ayat. Terdapat pelbagai-bagai jenis pendepanan predikat ini antaranya adalah :
a. pendepanan predikat kata kerja
b. pendepanan objek
c. pendepanan kata pelengkap
Hal yang sedemikian berlaku berpunca daripada pengaruh nahu bahasa Arab yang
terdapat di dalam bahasa Melayu Klasik itu sendiri. Antara contoh-contoh ayat yang
menunjukkan ciri-ciri penyongsangan ayat adalah seperti yang berikut :
Setelah sudah bermuat maka nakoda itu pun turunlah keperahunya lalu
berlayar ke Palembang.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 13)
Hatta, beberapa lamanya belayar itu, maka nakhoda itu pun hampirlah
akan sampai ke Palembang.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 13)
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
25/37
HBML4103
23
Berapa antaranya maka dilihat oleh Hang Tuan dari jauh, maka kelihatan
perahu belayar tiga buah menuju perahu mereka itu.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 37)
Ciri-ciri penyongsangan ayat-ayat bahasa Melayu Klasik dilihat berbeza dengan
ciri-ciri penyongsangan ayat-ayat bahasa Melayu Moden. Menurut Nik Safiah Karim
(2010), ayat tunggal dalam bahasa Melayu Moden boleh terbentuk dalam susunan biasa
dan boleh juga dalam susunan songsang, melalui proses pendepanan atau penjudulan.
Dalam susunan songsang, unsur-unsur dalam konstituen predikat yang biasanya hadir
selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek. Menurutnya lagi, unsur yang
dikedepankan hendaklah diberi penegasan iaitu melalui proses pendepanan. Dalam
bahasa Melayu Moden, terdapat sekurang-kurangnya dua proses pendepanan yang
berlaku pada predikat iaitu :
i. pendepanan seluruh predikat
ii. pendepanan sebahagian daripada predikat
Antara berikut menunjukkan contoh proses pendepanan yang terdapat dalam bahasa
Melayu Moden.
a. Perangainya baik sungguh. (susunan biasa)
b. Baik sungguh perangainya (ayat songsang yang telah didepankan seluruh
predikatnya)
6.3 Penggunaan Gaya bahasa
Gaya bahasa melibatkan cara dan ayat seseorang pengarang menyampaikan buah fikiran
dan pandangannya sendiri. Antara gaya bahasa bagi karya bahasa Melayu Klasik adalah
seperti berikut :
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
26/37
HBML4103
24
a. bahasa kiasan / perbandingan
b. bahasa pertentangan
c. penggunaan peribahasa
d. penggunaan pantun
6.3.1 Gaya Bahasa Kiasan
Salah sebuah karya bahasa Melayu Klasik iaitu Hikayat Hang Tuah didapati banyak
menggunakan bahasa kiasan bagi mengambarkan tindak tanduk watak ataupun sesuatu
benda. Dengan adanya penggunaan bahasa kiasan ini gambaran sesuatu peristwa dapat di
sampaikan dengan jelas dan menarik. Peristiwa-peristiwa yang melibatkan penggunaan
bahasa kiasan ini ialah :
a. Ular cintamani yang ditangkap oleh Hang Tuah di Pulau Biram Dewa
telah digambarkan sebagai :
.. rupanya dan besarnya seperti pisang emas dan warnanya seperti
emas sepuluh mutu.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 43)
b. Pelanduk Putih yang menerajang anjing Raja Melaka ke dalam sungai itu
digambarkan :
. seekor pelanduk putih, seperti kambing besarnya.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 67)
c. Kecantikan dan kejelitaan Tun Teja di bandingkan dengan,
. bulan purnama empat belas haribulan, gilang gemilang, berkilau-
kilauan.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah,halaman 111)
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
27/37
HBML4103
25
6.3.2 Gaya Bahasa Pertentangan
Salah satu ciri yang membezakan ayat bahasa Melayu Klasik dengan ayat bahasa Melayu
Moden adalah gaya bahasa pertentangan sering digunakan.
Salah satu ciri yang membezakan ayat bahasa Melayu Klasik dengan ayat bahasa
Melayu Moden adalah wujudnya gaya bahasa pertentangan. Gaya bahasa pertentangan
sebenarnya bertujuan untuk mencela, mengkritik dan meyakiti hati seseorang. Biasanya
gaya bahasa pertentangan ini wujud dalam pertuturan dan penulisan bahasa Melayu
Klasik. Kata-kata kritikan tersebut biasanya ditujukan oleh seseorang penutur kepada
watak yang lain.
Menerusi Hikayat Hang Tuah beberapa ayat yang menggunakan gaya bahasa
pertentangan telah dikenal pasti. Antaranya adalah,
Cis? Si Tuah itu hendak menunjukkan laki-lakinya kepadaku? Tetapi Si
Tuah itu bukan padanku; padanku Raja Melaka juga. Adapun
pertikamanku yang empat ribu ini kuamuk di dalam negeri Melaka itu
sejam lamanya; syahadan gajahku yang bernama Syah Kertas yang gila
makan minyak ini kurandungkan pada balairung raja Melaka yang tujuh
belas ruang itu. Jikalau tiada kuperbuat demikian seperti cakap ini,
bukanlah anak raja Terengganu.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 254)
Kata-kata kritikan ini dilemparkan oleh Megat Terengganu setelah mengetahui
peristiwa penculikan Tun Teja. Megat Terengganu sengaja menonjol-nonjolkan
kelebihan dirinya sendiri dengan mempersendakan kekuatan Hang Tuah dan juga
pertahanan negeri Melaka.
Pengarang mewujudkan sekali lagi penggunaan bahasa sarkasme melalui watak
Megat Terengganu di dalam petikan di bawah.
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
28/37
HBML4103
26
Cis? Sang maniaka itu hendak menunjukkan laki-lakinya pada aku. Jika
sampai aku ke Melaka, yang pertikamanku empat ribu orang ini
kuamukkan di dalam negeri Melaka itu sejam lamanya dan gajahku yang
bernama Syah Kertas yang gila makan minyak ini kurandungkan pada
balairung raja Melaka yang tujuh belas ruang itu. Jika tiada kuperbuat
seperti cakapku ini, bukanlah anak raja Terengganu.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 259)
Pada kali ini, kata-kata sindiran tersebut dilemparkan kepada Raja Melaka.
Dengan adanya perulangan penggunaan bahasa sarkasme, pengarang berharap dapat
menghidupkan suasana penceritaan. Para pembaca seakan-akan dapat merasai suasana
dan latar berlakunya peristiwa tersebut.
6.3.3 Gaya Bahasa Sindiran
Gaya bahasa sindiran atau satira banyak didapati di dalam hikayat bahasa Melayu Klasik
tetapi tidak pada karya moden. Pengarang mewujudkan gaya bahasa ini bertujuan untuk
mengejek dan menyindir sesuatu perbuatan ataupun watak di dalam sesebuah karya
sastera. Penggunaan gaya bahasa sindiran ini jelas kelihatan pada Hikayat Hang Tuah
menerusi kata-kata yang diucapkan oleh Bendahara Paduka Raja semasa menyindir para
pegawainya, iaitu :
Maka kata Bendahara , Naiklah ke atas balai itu duduk. Tuan-tuan
sekalian hendak ke mana datang pada hamba ini, kerana hamba ini bukan
pegawai raja? Adakah pegawai raja meninggalkan temannya? Jika hamba
pegawai, pada ketika itu juga hamba memberi balas akan orang yang
henak membunuh hamba itu?
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 425)
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
29/37
HBML4103
27
Semasa Patih Kerma Wijaya mengetahui bahawa Ratu Lasem telah mengambil
anaknya, Ken Sumirat tanpa memberitahu kepadanya, kata-kata sindiran di bawah telah
diucapkan olehnya.
Lihatkan ratu Lasem ini memberi aku malu! Beberapa aku membuat
kebaktian padanya tiada juga kelihatan padanya dan beberapa pula negeri
kukalahkan tiada juga berguna kebaktianku..
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 51)
Pengarang juga menggunakan gaya bahasa satira semasa menggambarkan kata-
kata sindiran yang ditujukan oleh Hang Tuah kepada Patih Gajah Mada. Wacana dialog
tersebut adalah seperti berikut.
Maka sahut Tun Tuah, Pada bicara manira, janganlah seperti pelenter
itu tiadakan manira tikam, jikalau penggawa Majapahit itu sekalipun
manira tikam juga.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 163)
Kata-kata pedas yang dilemparkan oleh Hang Tuah ini dirasai oleh Patih Gajah
Mada sehinggakan dia malu tersipu-sipu.
Gaya bahasa satira sekali lagi digunakan oleh pengarang dalam pertuturan Raja
Melaka setelah mendengar fitnah Patih Kerma Wijaya terhadap Hang Tuah. Kata-kata
baginda adalah :
Wahai Si Tuah! Harapnya aku akan dia maka berbuat pula akan aku
demikian ini.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 206)
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
30/37
HBML4103
28
6.3.3 Gaya Bahasa Hiperbola
Gaya bahasa hiperbola biasanya terdapat dalam hasil-hasil karya klasik. Namun begitu
gaya bahasa ini jarang ditemui di dalam karya bahasa Melayu Moden. Gaya bahasa
hiperbola bermakna menceritakan sesuatu perkara ataupun benda secara berlebih-lebihan.
Tujuan penggunaan gaya bahasa jenis ini adalah untuk menekan tentang keistimewaaan
perkara ataupun benda yang disebut-sebutkan. Cara begini berjaya meninggalkan kesan
yang berkekalan dalam ingatan seseorang pembaca.
Contoh penggunaan gaya bahasa hiperbola dapat dilihat daripada pemerian
pengarang tentang kekayaan dan keagungan saudagar Nala Sang Guna di Benua Keling.
Petikan daripada Hikayat Hang Tuah menjelaskan,
sehingga gedung berisi harta jua dua puluh gedung dan gedung
yang berisi emas dan perak tujuh buah; lain daripada itu, gedung yang
berisi dagangan daripada kain dan permata dan mutiara dan suf, sakhlat,
ainul-banat dan tembaga suasa dan timah berpuluh gedung ..
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 425)
Semasa menceritakan keagungan Benua Cina pula, pengarang juga menggunakan gaya
bahasa hiperbola. Hal ini jelas kelihatan daripada wacana pemerian pengarang tentang
rumah-rumah berhala dan patung-patung di bahagian tengah negeri Cina. Di antaranya
berbunyi :
indah-indah perbuatannya dan berbagai-bagai rupa binatang
ditulisnya, seperti binatang hidup rupanya, sehingga tiada berkata-kata
dan bernyawa juga; disuruhnya berdiri ia berdiri, disuruhnya duduk ia
duduk, disuruhnya berkata-kata ia berkata-kata.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 446
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
31/37
HBML4103
29
6.3.4 Penggunaan Peribahasa
Penggunaan peribahasa di dalam ayat-ayat bahasa Melayu Klasik berupaya menjadikan
sesebuah karya semakin menarik. Penggunaan jelas membayangkan ketinggian budi dan
pekerti penutur dan penulisnya. Bagi memperlihatkan contoh-contoh penggunaan
peribahasa dalam karya bahasa Melayu Klasik penulis telah memetik beberapa potong
ayat yang dikesan menggunakan peribahasa ini.
6.3.5 Penggunaan Pantun
Penggunaan pantun digunakan oleh pengarang dengan tujuan mengindahkan jalan cerita
serta meninggalkan kesan yang mendalam dalam ingatan pembaca. Malahan teknik
penggunaan pantuan adalah satu teknik yang biasa digunakan dalam hasil-hasil sastera
klasik. Dengan adanya penggunaan pantun, sesuatu peristiwa dapat disampaikan dengan
lebih jelas.
Di dalam Hikayat Hang Tuah, terdapat satu adegan di mana Hang Tuah berbalas
pantun bersama-sama dengan sahabat-sahabatnya. Mereka berbalas pantun sambil
bersuka ria di taman larangan Betara Majapahit. Hang Jebat dan Hang Kasturi
memulakan pantun tersebut, iaitu,
Hang Jebat Hang kasturi
Budak-budak raja Melaka
Jika hendak jangan dicuri
Mari kita bertentang mata.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 195 dan 196)
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
32/37
HBML4103
30
Selepas itu, Hang Kasturi berpantun sekali lagi, iaitu,
Gajah lekir kuda beraksa
Di mana kuhempaskan
Sama lebur sama binasa
Orang kayu di manakan aku tunangkan.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 195 dan 196)
Tiba giliran Hang Lekir berpantun,
Adakah perisai bertali rambut
Rambut dipintal akan cemara
Adakah bisa tahu takut
Kami pun muda lagi perkasa.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, halaman 195 dan 196)
Gaya bahasa Melayu Klasik dilihat telah memasukkan pelbagai unsur seperti yang
telah dibincangkan iaitu bahasa kiasan, bahasa pertentangan, hiperbola, peribahasa dan
pantun. Penggunaan elemen-elemen gaya bahasa ini dilakukan dengan tujuan menarik
minat pembaca terhadap sesebuah karya sastera yang dihasilkan. Selain dari bertujuan
menzahirkan perasaan negetif iaitu mengejek dan menyindir ianya juga digunakan untuk
memberikan penekanan terhadap sesuatu keistimewaan sesuatu perkara atau benda.
Elemen ini amat dititik beratkan di dalam bahasa Melayu Klasik bagi meninggalkan
kesan yang berkekalan di ingatan sesorang pembaca. Namun begitu menerusi gaya
bahasa Melayu Moden elemen-elemen yang telah dibincangkan tidak begitu ketara
penampilannya. Pertuturan dan penulisan dalam bahasa Melayu Moden dilihat lebih
bersifat terbuka, telus dan berterus terang. Ini adalah kerana masyarakat moden hari ini
lebih bersikap terbuka dan berterus terang dalam mentafsir sesuatu perkara. Mereka juga
mahukan sesuatu perkara itu disampaikan dengan tepat dan cepat tanpa ada unsur-unsur
lain yang mengelirukan pendengar dan pembaca.
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
33/37
HBML4103
31
6.4 Unsur Sensasi
Sebagai usaha menjadikan sesebuah karya sebagai magnum opus (karya agung) dan
diminati oleh pembaca zaman berzaman, beberapa unsur sensasi yang menarik minat
pembaca telah dimasukkan ke dalam karya-karya bahasa Melayu Klasik. Pembaca dan
pendengar di zaman tersebut amat meminati kisah-kisah yang berupa sejarah, cerita
mitos, lagenda, cerita rakyat dan juga penglipur lara. Kisah-kisah ini telah disampaikan
dalam pelbagai bentuk anataranya dialog, hiperbola, unsur anachronism, wasiat, kawat
atau sumpah setia dalam bentuk surat kiriman, perlakuan watak seperti monolog, interior-
monolog, gambaran suspen dan mimpi. Kesemua unsur-unsur ini telah diaplikasikan
dengan menggunakan gaya bahasa yang indah melalui elemen-elemen bahasa seperti
simile, metafora, personafikasi dan pengulangan cerita.
Di dalam karya-karya Melayu Klasik pengarang memasukkan unsur-unsur
perwatakan dengan amat berkesan seperti unsur interior-monolog, contohnya,
Maka Seri Bentara pun fikir dalam hatinya, terlalu sekali ingatnya orang
enam ini. Demikian hendaknya orang yang disuruh oleh tuannya seperti
telur sepeti pecah sebuah pecah semuanya.
Unsur interior-monolog adalah berbeza dengan unsur monolog kerana ianya
membabitkan fikiran di dalam hati yang tidak mungkin diucapkan. Unsur-unsur tersebut
telah digarap dengan sempurna sekali oleh pengarangnya.
Pengarang Hikayat Hang Tuah ialah seorang yang bijak menggunakan bahasa.
Segala aspek daripada elemen-elemen bahasa telah digunakan dengan sempurna dalam
karyanya ini. Dia menggunakan unsur simile seperti terlalu amarah seperti ular berbelit-
belit. Suaranya terlalu manis seperti buluh perindu. Unsur simile bukan sahaja indah
tetapi tepat perbandingannya. Pengarang juga menggunakan metafora seperti burung
terbang lakunya. Memakai dastar bunga dikarang gajah gemulong. Unsur ini
memperindahkan gaya karangan yang sememangnya terlalu indah itu.
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
34/37
HBML4103
32
Selain itu pengarang juga menggunakan unsur personafikasi yang dapat
menghidupkan atau memberi sifat-sifat manusia pada objek-objek bukan manusia seperti
buah-buah yang berkata :
Ambillah aku, aku baik, manis daripadanya.
Peristiwa ini berlaku ketika Hang Tuah dan rakan-rakannya pergi ke Gunung
Wirana Pura hendak berguru dengan Sang Persanta Nala.
Selain itu, terdapat dalam hikayat ini ayat-ayat dan ungkapan bahasa Melayu
silam yang sungguh indah yang sudah pupus penggunaannya kini seperti keluar masuk
tidaklah berpintu lagi ertinya bebas keluar masuk.
6.5 Unsur Perlambangan
Kewujudan unsur perlambangan di dalam karya bahasa Melayu Klasik juga merupakan
antara ciri yang membezakannya dengan bahasa Melayu Moden. Ketika pengarang
menceritakan kelemahan dan kejatuhan Hang Tuah dan negeri Melaka ianya telah
disampaikan secara analogi dan dalam bentuk simbol serta perlambangan supaya
kejatuhan dan penurunan martabat Hang Tuah dan Melaka itu tidak dirasai oleh pembaca
dan juga pendengar. Pengarang telah mengaitkan peristiwa mahkota raja Melaka terjatuh
dalam Selat Singapura, Hang Tuah berjaya mengambilnya tetapi sebelum tiba di perahu,
seekor buaya putih telah tiba lalu menyambar Hang Tuah menyebabkan mahkota yang
dipegangnya itu dan kerisnya (Taming Sari) terjatuh semula ke dasar laut. Laksamana
Melaka itu tidak berdaya lagi untuk menyelam untuk mengambil mahkota dan keris itu
kerana berasa lemas. Sejak kerisnya hilang, Hang Tuah dikatakan sering demam dan raja
Melaka sering sakit.
Sebenarnya peristiwa tersebut hanya suatu yang simbolik bagi mengambarkan
Hang Tuah sudah tua dan tidak lagi berdaya untuk membantu mendaulatkan negeri
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
35/37
HBML4103
33
Melaka dan kesultanan Melaka sehinggalah mahkota raja (kerajaan) jatuh ke tangan
Feringgi (buaya putih) kerana raja tunduk melihat ikan emas (terpengaruh dengan
kekayaannya). Buaya sebenarnya adalah simbolik bagi melambangkan Portugis yang
datang dari laut. Buaya putih juga turut melambangkan kuasa Barat (Feringgi) yang
merampas kekuasaan Melayu Melaka secara tipu helah iaitu ketika raja dan orang besar-
besar sedang bertemasya. Mahkota raja yang jatuh ke laut melambangkan hilangnya
kedaulatan bangsa Melayu.
Dilihat dari penggunaan lambang dan sindiran ini, Hikayat hang Tuah dapat
bertahan sebagai sebuah hasil sastera yang boleh dimegahkan oleh bangsa Melayu.
Sehingga ke hari ini belum ada sebuah hasil sastera Melayu Moden yang mampu
menghasilkan sebegitu dalam seni dan keindahan sasteranya.
Teknik penceritaan secara anologi seperti ini menjadi ciri penting dalam karya-
karya Melayu Klasik bagi merealisasikan berlakunya sesuatu peristiwa yang
menyedihkan atau keruntuhan sesuatu kerajaan dengan cara terhormat dan bermaruah.
Ciri-ciri ini nyata berbeza sama sekali dengan hasil karya-karya hari ini yang
menggunakan bahasa Melayu Moden kerana unsur perlambangan dilihat begitu berat
untuk dinilai oleh para pendengar dan pembacanya.
7.0 RUMUSAN
Berdasarkan huraian yang telah dibuat, sejarah perkembangan bahasa Melayu dapat
diperhatikan menerusi teks kesusasteraan Melayu lama. Hasil daripada kajian ini telah
memperlihatkan beberapa perbezaan antara bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu
Moden terutamanya perbezaan dari segi penggunaan perkataan dan juga susunan ayat.
Bahasa Melayu Klasik dilihat sering menggunakan ayat yang panjang, berulang dan
berbelit-belit. Ianya juga sering menggunakan ayat pasif , songsang dan bahasa istana.
Penggunaan kosa kata klasik dan perdu perkataan menjadikan sesebuah ayat yang
terkandung dalam bahasa Melayu Klasik berbelit-belit dan sukar difahami. Ayatnya juga
banyak menerima pengaruh bahasa Arab dengan penggunaan aksara Jawi dan kosa kata
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
36/37
HBML4103
34
Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa. Fenomena ini berbeza dengan bahasa
Melayu Moden dimana perkataan-perkataan yang digunakan mencakupi semua bidang
sementara ayat-ayatnya pula lebih mudah difahami, tersusun dan jelas maksudnya. Ini
adalah kerana bahasa Melayu Moden telah dibangunkan oleh badan yang
bertanggungjawab memartabatkan bahasa Melayu iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka.
Namun begitu hasil karya klasik perlu dipelihara agar ianya menjadi tatapan warisan akan
datang.
7/27/2019 Perbezaa Klasik Dan Moden
37/37
HBML4103
RUJUKAN
Abu Bakar Hamid, 1975. Peristiwa-peristiwa dari Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hasbullah Ibrahim, 1993. Ulasan dan contoh jawapan Hikayat Hang Tuah. Selangor:Pan Asia Publications Sdn Bhd.
Ibrahim Hamzah, 1983. Kesasteraan Melayu Moden STPM. Kota Bharu: Penerbitan SeriKota.
Kassim Ahmad, 2008.Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah karim, etc, 2010. Tatabahasa Dewan edisi ke-3. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
W. Shamsuddin M. Yusoff, 1976. Sejarah sastera Melayu moden. Kuala Lumpur:
Pustaka Antara
Zainon S. Ahmad, 1987. Sastera Melayu moden untuk STPM. Kuala Lumpur: PenerbitanElman.