Upload
hadiep
View
244
Download
11
Embed Size (px)
Citation preview
PERHIMPUNAN BULANAN
JABATAN KIMIA MALAYSIA MAC 2018
TEKS UCAPAN
YANG BERBAHAGIA
DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH
JABATAN KIMIA MALAYSIA
06 MAC 2018 DATARAN KIMIA MALAYSIA
8.30 PAGI
DISEDIAKAN OLEH
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA
2
(Salutasi)
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih saudara dan saudari
Pengerusi Majlis
Yang Berusaha Puan Hajah Rosnah
binti Awang
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),
Jabatan Kimia Malaysia
Yang Berusaha Tuan Haji Mohamed
Zaini bin Abdul Rahman
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
Jabatan Kimia Malaysia
3
Pengarah-Pengarah Kanan Bahagian
Pengarah-Pengarah Seksyen
Pegawai-pegawai kanan
Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,
warga KIMIA yang saya hormati
sekalian.
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam
1Malaysia, Salam 1Kimia dan Salam Sehati
Sejiwa.
4
1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah
SWT kerana dengan berkat limpah
kurniaNya, dapat kita bersama-sama
dalam Majlis Perhimpunan Bulanan
Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat
bagi bulan Mac 2018 pada pagi yang
berbahagia ini.
2. Terlebih dahulu, saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada
warga kerja Bahagian Industri &
Klasifikasi Tarif Dagangan (IKTD)
kerana telah mengatur dan
5
menganjurkan Majlis Perhimpunan
Bulanan kita pada pagi ini dengan baik
sekali.
Hadirin sekalian,
[PERSARAAN]
3. Untuk makluman semua, warga Kimia
berikut akan bersara pada bulan Mac
2018 ini:
Encik Wong Kok Fah (Pengarah
Bahagian KAS Pegawai Sains Gred
Utama C (VU7)) pada 20 Mac
6
Encik Mohd Isa bin Sahari
(Pembantu Operasi / N11,
Bahagian KAS) pada 20 Mac
Puan Norliah binti Taib (Penolong
Pegawai Sains / C38, Bahagian
KAS) pada 23 Mac
4. Terima kasih atas jasa bakti dan
sumbangan tuan/puan pada Jabatan
Kimia Malaysia selama ini.
7
[KENAIKAN PANGKAT]
5. Pemangkuan Pembantu Makmal,
Gred C22 berkuatkuasa 12 Februari
2018:
Puan Hanida binti Abdul Hamid (dari
JKMC Tawau ke JKMC Tawau)
Puan Julia binti Abas (dari IKTD ke
IKTD)
Puan Norzainora binti Mohd Radzi
(dari Pertanian Selangor ke KAS, HQ)
Puan Suriati binti Yub (dari JKMC PP
ke JKMC PP)
8
Puan Aeizan binti Ismail (dari KAS ke
KAS)
6. Tahniah dan syabas kepada semua.
Diharap dengan kenaikan pangkat ini
akan dapat meningkatkan semangat &
usaha dalam kerjaya masing-masing.
Hadirin sekalian,
[RETREAT MENTERI MOSTI]
7. Untuk makluman semua, saya baru
sahaja menghadiri program Retreat
YB Menteri MOSTI yang diadakan di
9
The Pacific Sutera Hotel, Kota
Kinabalu, Sabah pada 25 – 27
Februari yang lepas.
8. Pelbagai isu yang timbul semasa
retreat tersebut, antaranya yang ingin
saya nyatakan di sini adalah
berkenaan penjenamaan semula
Jabatan Kimia Malaysia serta visibility
peranan Jabatan kepada masyarakat
awam. Pelan komunikasi yang
berkesan adalah penting dalam
menerangkan kepada rakyat
berkenaan fungsi dan peranan jabatan
10
serta turut boleh menangkis persepsi
negatif rakyat terhadap sesuatu isu
yang tidak benar.
9. Strategi komunikasi yang sesuai
perlukan dirangka supaya mesej
dapat disampaikan kepada kumpulan
sasar dengan jelas dan mudah
difahami. Sejak akhir-akhir ini, saya
dapat lihat UKK Kimia telah banyak
memainkan peranan berhubung
dengan pihak media bagi
mempromosi jabatan, antaranya Kimia
Malaysia telah muncul di Suara
11
Konsumer (TV3) sebanyak 2 kali dan
pada hari Jumaat lepas, Pengarah
Forensik turut diwawancara oleh
Berita Harian untuk menerangkan
berkaitan Dadah NPS. Pihak Utusan
Malaysia juga akan mengeluarkan info
bersiri berkenaan Jabatan Kimia
Malaysia.
10. Saya berharap usaha sebegini
diteruskan bagi meningkat naik nama
Jabatan Kimia Malaysia yang kita
kasihi ini.
12
Hadirin sekalian,
[PENJENAMAAN KIMIA]
11. Untuk makluman semua, pihak
pengurusan KIMIA telah memutuskan
pemakaian nama jawatan Pengarah
Kanan, Pengarah dan Timbalan
Pengarah seperti berikut:
Pengarah Kanan Bahagian
Forensik – gred JUSA C
Pengarah Kanan Bahagian
Kesihatan Alam Sekitar – gred
JUSA C
13
Pengarah Kanan Bahagian
Penyelidikan & Jaminan Kualiti –
gred JUSA C
Pengarah Kanan Bahagian Industri
& Klasifikasi Tarif Dagangan – gred
JUSA C
Pengarah Pusat Latihan Kimia
Malaysia – gred C54
Pengarah Bahagian Pembangunan
& Teknologi Maklumat – gred C54
Pengarah Bahagian Khidmat
Pengurusan – gred M54
14
Pengarah Seksyen Narkotik – gred
C54
Pengarah Seksyen Kriminalistik –
gred C54
Pengarah Seksyen DNA Forensik –
gred C54
Pengarah Seksyen Toksikologi –
gred C54
Pengarah Seksyen Pemeriksaan
Dokumen – gred C54
Pengarah Seksyen Kimia Alam
Sekitar – gred C54
15
Pengarah Seksyen Kimia Makanan
– gred C54
Pengarah Seksyen Kualiti Air –
gred C54
Pengarah Seksyen Bioteknologi –
gred C54
Pengarah Seksyen Industri – gred
C54
Pengarah Seksyen Keselamatan
Kimia – gred C54
Pengarah Seksyen Klasifikasi Tarif
– gred C54
16
Pengarah Seksyen Pengurusan
Kualiti & Inovasi – gred C54
Pengarah Seksyen Penyelidikan &
Kalibrasi – gred C54
Pengarah Seksyen Metrologi Kimia
– gred C54
Pengarah, Jabatan Kimia Malaysia,
Negeri Johor/ Pulau Pinang/ Sabah
– gred JUSA C
Timbalan Pengarah, Jabatan Kimia
Malaysia, Negeri Johor/ Pulau
Pinang/ Sabah – gred C54
17
Pengarah, Jabatan Kimia Malaysia,
Negeri Kedah/ Perak/ Melaka/
Pahang/ Terengganu/ Kelantan –
gred C54
Timbalan Pengarah, Jabatan Kimia
Malaysia, Negeri Kedah/ Perak/
Melaka/ Pahang/ Terengganu/
Kelantan – gred C52
Pengarah, Jabatan Kimia Malaysia,
Cawangan Kuching/ Bintulu/ Sibu/
Tawau – gred C54, gred C52 &
gred C48
18
Timbalan Pengarah, Jabatan Kimia
Malaysia, Cawangan Kuching/
Bintulu – gred C52
Tiada pemakaian nama Timbalan
Pengarah bagi Ibu Pejabat,
Cawangan Sibu dan Cawangan
Tawau.
Tuan/Puan,
[MAJLIS MENANDATANGANI
MEMORANDUM PERSEFAHAMAN, MoU]
12. Pada 21 Februari yang lepas, suatu
majlis mendatangani Memorandum
19
Persefahaman, MoU bagi
Pembangunan Hydrocarbon
Fingerprinting Database (HyFis)
antara Kerajaan Malaysia dengan
Petronas. Jabatan Alam Sekitar
menandatangani bagi pihak Kerajaan
Malaysia.
13. MoU ini bertujuan untuk
membangunkan database petroleum
hydrocarbon bagi tujuan siasatan dan
mengenalpasti punca pencemaran
luar pantai yang disebabkan
tumpahan minyak.
20
14. Jabatan Kimia Malaysia telah diberi
kepercayaan & tanggungjawab untuk
menjalankan analisis profil sampel
minyak mentah yang dibekalkan oleh
pihak Petronas bagi tujuan
pembangunan database ini.
Warga Kimia sekalian,
[MESYUARAT TERHIMPUN PUSPANITA]
15. Pada 23 Februari yang lepas,
Mesyuarat Terhimpun Puspanita
Kimia Ke-35 telah diadakan.
21
16. Saya ingin menggalakkan semua
wanita Kimia terutamanya kakitangan
wanita senior untuk bergiat aktif dalam
Puspanita yang nyata memberi impak
positif kepada Jabatan secara amnya.
17. Di kesempatan ini juga, saya ingin
mengucapkan Selamat Hari Wanita
Peringkat Antarabangsa yang akan
diadakan pada 8 Mac 2018 dengan
temanya “Press For Progress”.
18. Sambutan ini diadakan bagi memberi
pengiktirafan terhadap peranan dan
sumbangan wanita dalam
22
pembangunan sosioekonomi,
kesejahteraan keluarga, masyarakat
dan negara. Selain itu, ianya bertujuan
meningkatkan kesedaran masyarakat
berhubung isu-isu wanita sejagat dan
peranan semua pihak dalam
mengarusperdanakan aspek gender
serta menghapuskan sebarang
diskriminasi gender agar
pembangunan dan potensi wanita
dapat dipertingkatkan.
23
Hadirin sekalian,
[PEMBUDAYAAN STI]
19. Pada bulan Februari yang lepas,
Jabatan Kimia Malaysia terlibat
dengan beberapa siri pameran /
pembudayaan STI di seluruh negara,
antaranya:
13 Februari, Seksyen DNA
Forensik mengadakan pameran
kerjaya sempena Majlis
Perjumpaan YBhg. Tan Sri Dr Ali
Hamsa, Ketua Setiausaha Negara
bersama Graduan Cemerlang
24
Tajaan JPA bertempat di MAEPS
Serdang.
26 - 28 Februari, JKM Negeri
Sabah: Pameran serta Mini CSI
sempena Karnival Negaraku
Berinovasi di Tuaran, Sabah.
27 Februari, JKMC Tawau:
Pameran serta ceramah kerjaya
sempena Minggu Sains &
Matematik SMK Merotai, Tawau.
20. Syabas diucapkan kepada semua
yang begitu komited dalam
25
menjayakan program kesedaran STI
tersebut.
Warga Kimia yang dikasihi sekalian,
[MAJLIS BERSAMA JABATAN, MBJ]
21. Pada 21 Februari yang lepas, telah
diadakan Mesyuarat Pemilihan Wakil
Majlis Bersama Jabatan (MBJ) bagi
sesi 2018/2019 kerana tempoh
pelantikan telah tamat bagi sesi
2016/2017.
22. Saya ingin mengucapkan
penghargaan dan terima kasih kepada
26
wakil MBJ sesi yang lepas atas
sumbangan tuan/puas selama ini.
Kepada wakil MBJ yang baru dilantik
pula, saya berharap tuan/puan dapat
menjalankan tanggungjawab dan
amanah yang diberikan kepada
tuan/puan dengan penuh dedikasi.
Hadirin sekalian,
[LAWATAN & TOWNHALL KSU MOSTI]
23. Pada 26 Februari lepas, YBhg. Datuk
Seri Dr Mohd Azhar bin Haji Yahaya
telah mengadakan lawatan serta sesi
27
townhall di Jabatan Kimia Malaysia,
Negeri Sabah.
24. Semasa sesi townhall tersebut,
beberapa isu telah dibangkitkan oleh
warga Kimia Sabah antaranya isu
Pakaian Seragam, Waran Perjalanan
Udara Mengunjungi Wilayah Asal
serta Timed Based Berdasarkan
Kecemerlangan (TBBK).
25. Isu-isu ini telah beberapa kali
dibincangkan bersama semua warga
28
Kimia, seperti isu Kawalan Dalaman
Kewangan berkaitan Waran
Perjalanan Udara Mengunjungi
Wilayah Asal, ianya dilaksanakan
kerana kengkangan kewangan jabatan
dan kita juga membuat kawalan ini
bagi memastikan semua pegawai
yang layak dapat menikmati
kemudahan tersebut setiap tahun.
29
Warga Kimia sekalian,
[PENUTUP]
26. Sebelum saya mengakhiri ucapan
saya pada kali ini, Saya juga ingin
mengucapkan ‘Selamat Hari Lahir’
serta semoga panjang umur dan
murah rezeki kepada warga Kimia
yang menyambut ulang tahun
kelahiran pada bulan Mac ini.
27. Cuti persekolah adalah pada 17
hingga 25 Mac akan datang. Saya
30
yakin ramai yang akan bercuti untuk
meluangkan masa bersama anak-
anak. Pesanan saya bagi yang ingin
balik ke kampung, sila berhati-hati di
jalan raya. Ingatlah orang yang
tersayang.
Sekian, Wabillahittaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.