9
PERMAINAN TRADISIONAL NEGERI PULAU PINANG Permainan tradisional adalah sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita pada ketika dahulu. Permainan tradisional merupakan suatu hiburan kepada masyarakat Melayu pada waktu lapang selain aktiviti-aktiviti yang lain. Permainan tradisional ini juga disesuaikan dengan musim-musim yang mendatang seperti musim berakhirnya menuai padi dan musim tengkujuh di mana pesawah dan nelayan mengisikan masa lapang mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti sampingan seperti bermain permainan seperti sepak raga, layang-layang, gasing dan sebagainya. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian atau pesta. Permainan tradisional ini bukan sahaja dimainkan oleh golongan yang berkerja malah kalangan kanak-kanak juga. Pada ketika dahulu, apabila sesuatu permainan dimainkan di sesebuah kampung, penduduk kampung yang berdekatan dengan kampung tersebut akan turut sama bertanding atau berkunjung untuk melihat dan memberikan semangat kepada penduduk yang mengambil bahagian di dalam permainan tersebut. Kebiasaannya satu pesta akan diadakan di kawasan padang atau kawasan yang lapang bagi memeriahkan pertandingan tersebut. Keadaan pesta yang dipenuhi oleh orang ramai ini menjadi pentas kepada mereka untuk berinteraksi di antara satu sama lain. Sepak Bulu Ayam Permainan Sepak Bulu Ayam merupakan salah satu permainan tradisional masyarakat Melayu di Pulau Pinang. Permainan ini sangat digemari oleh kanak-kanak dan juga remaja mahupun di kalangan orang dewasa. Permainan ini biasanya akan dimainkan di waktu petang untuk mengisi masa lapang di samping ia juga sebagai riadah untuk menjaga kesihatan badan.

PERMAINAN TRADISIONAL NEGERI PULAU PINANG

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERMAINAN TRADISIONAL NEGERI PULAU PINANG

PERMAINAN TRADISIONAL NEGERI PULAU PINANG

Permainan tradisional adalah sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita pada ketika dahulu. Permainan tradisional merupakan suatu hiburan kepada masyarakat Melayu pada waktu lapang selain aktiviti-aktiviti yang lain. Permainan tradisional ini juga disesuaikan dengan musim-musim yang mendatang seperti musim berakhirnya menuai padi dan musim tengkujuh di mana pesawah dan nelayan mengisikan masa lapang mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti sampingan seperti bermain permainan seperti sepak raga, layang-layang, gasing dan sebagainya. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian atau pesta. Permainan tradisional ini bukan sahaja dimainkan oleh golongan yang berkerja malah kalangan kanak-kanak juga.

Pada ketika dahulu, apabila sesuatu permainan dimainkan di sesebuah kampung, penduduk kampung yang berdekatan dengan kampung tersebut akan turut sama bertanding atau berkunjung untuk melihat dan memberikan semangat kepada penduduk yang mengambil bahagian di dalam permainan tersebut. Kebiasaannya satu pesta akan diadakan di kawasan padang atau kawasan yang lapang bagi memeriahkan pertandingan tersebut. Keadaan pesta yang dipenuhi oleh orang ramai ini menjadi pentas kepada mereka untuk berinteraksi di antara satu sama lain.

Sepak Bulu Ayam

Permainan Sepak Bulu Ayam merupakan salah satu permainan tradisional masyarakat Melayu di Pulau Pinang. Permainan ini sangat digemari oleh kanak-kanak dan juga remaja mahupun di kalangan orang dewasa. Permainan ini biasanya akan dimainkan di waktu petang untuk mengisi masa lapang di samping ia juga sebagai riadah untuk

menjaga kesihatan badan. Alatan yang digunakan dalam permainan ini di perbuat daripada serangkai empat helai bulu ayam. Rangkaian bulu ayam itu kemudiannya dicacak atau dicucuk serta diikat di atas sekeping kertas tebal atau di atas sekeping getah yang berukuran dua inci garis pusat.

Permainan ini dimainkan dengan menyepak bulu ayam itu ke atas dan memastikan bulu ayam itu tidak jatuh

ke tanah. Kebiasaanya permainan ini akan dimainkan oleh empat hingga lima orang yang membentuk bulatan. Pemenangnya akan ditentukan kepada siapa yang dapat menimang bulu ayam tersebut seberapa banyak yang boleh

 

Page 2: PERMAINAN TRADISIONAL NEGERI PULAU PINANG

Sepak Raga

Sepak raga merupakan permainan laman. Tujuan permainan ini ialah untuk menimbang bola raga seberapa lama yang boleh di dalam satu pasukan tersebut. Bilangan pemain ialah tiga sehingga lima orang sepasukan.Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah bola raga yang diperbuat daripada rotan. Gelanggangnya adalah permukaan rata, yang dibina bulatan bergaris pusat tiga meter. Beberapa bulatan akan dibuat dan setiap kumpulan akan bermula serentak di mana bola raga akan ditimang di dalam kumpulan tersebut. Sekiranya bola raga yang ditimang itu terjatuh ke atas tanah, maka kumpulan tersebut dianggap kalah. Pemenang akan ditentukan apabila hanya tinggal satu kumpulan sahaja yang masih menimang bola raga tersebut.

Sepak raga jaring lahir daripada permainan sepak raga, sepak raga jaring dikatakan (sekarang ini dikenali sebagai sepak takraw) berasal dari Pulau Pinang. Permainan ini mula dimainkan kira-kira dalam tahun 1945 dan dikenali sebagai sepak raga jaring. Permainan ini terdapat undang-undangnya yang tersendiri tetapi undang-undangnya tidak seperti pada hari ini.

Permainan ini mendapat sambutan di kalangan pemuda melayu dan telah merebak ke negeri-negeri yang lain di negara ini. Oleh kerana tiada peraturan atau undang-undang yang selaras dan dicatitkan. Maka, apabila mahu mengadakan pertandingan antara negeri yang lain akan timbul masalah kerana setiap negeri mempunyai peraturan yang tersendiri dan tidak sama antara satu sama lain. Oleh kerana itu, satu usaha telah diambil oleh pihak-pihak yang berkenaan dalam menyelaraskan peraturan permainan ini dan sekarang permainan ini dikenali sebagai sepak takraw. Selepas terdapat undang-undang yang selaras, permainan ini telah tersebar ke negara lain seperti Thailand, Indonesia, Burma dan Singapura.

 

Ketingting / Teng teng

Merupakan jenis permainan laman. Tujuan permainan ialah untuk mengimbang badan ke padan paduk (kekotak yang dibina). Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau tiga orang seregu sepasukan atau dimainkan secara individu. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Gundu Tagan. Gelanggangnya adalah permukaan yang rata, rumah-rumah dibina dan mengandungi 9 petak segi empat sama berukuran 40 cm setiap petak iaitu loteng (satu petak), serambi (dua petak), tengah (satu petak), kelek (satu petak), lambur (dua petak), tangga (dua petak). Jarak paduk dengan tangga adalah 5 meter.

Page 3: PERMAINAN TRADISIONAL NEGERI PULAU PINANG

Permainan ini di mulakan dengan menentukan giliran setiap pemain yang bermain. Setelah ditentukan giliran pemain, pemain pertama akan memulakan permainan dan setelah pemain pertama melakukan kesalahan seperti memijak garisan rumah, giliran pemain kedua pula memulakan permainan dan begitulah seterusnya. Pemain perlu menggunakan satu kaki sahaja pada setiap petak rumah kecuali petak nombor 9. pemain pertama akan membaling gundunya ke petak pertama secara membelakangkan garisan permulaan. Sekira gundunya tidak masuk ke petak tersebut maka pemain kedua akan mengambil alih permainan dan bermain, begitu juga seterusnya. Apabila gundu berada di petal pertama pemain akan terus memijak petak ketiga dan seterusnya. Petak dua, empat, enam dan lapan, pemain akan memijak petak tersebut serentak di mana kaki kanan akan memijak petak empat dan kaki kiri akan memijak petak dua, begitu juga pada petak enam dan lapan.

 

Apabila sampai di petak ke sembilan, pemain akan berpatah balik dan mengambil gundunya kembali. Pemain tidak boleh memijak petak di mana gundunya berada. Permainan diteruskan sehingga rumah sendiri dapat dibina. Rumah dibina dengan cara meletakkan gundu di atas kepala dan melompat seperti biasa pada setiap petak dan apabila mahu berpatah balik pemain tidak dibenarkan memijak petak tujuh dan terus melompat ke petak lima. Setelah sampai ke garisan permulaan, pemain akan membelakangi garisan dan akan mencampakkan gundunya kebelakang. Sekira gundunya masuk ke mana-mana petak, petak tersebut akan menjadi rumahnya dan pemain lain tidak boleh memijak petak tersebut kecuali tuan punya rumah petak tersebut sahaja. Pemainan akan tamat apabila semua petak telah dihuni atau semua pemain tidak mahu bermain lagi.

 

Permainan ketinging/teng teng mengandungi sembilan petak.

Page 4: PERMAINAN TRADISIONAL NEGERI PULAU PINANG

Jala Itik

Permainan ini biasanya dimainkan di kalangan kanak-kanak. Ia bertujuan untuk mencari bilangan ahli paling ramai. Bilangan pemain tidak terhad dan tiada peralatan diperlukan untuk bermain permainan ini. Hanya sebuah lagu sahaja yang akan didendangkan untuk bermain permainan ini.

 

Lagu yang akan dinyanyikan semasa bermain permainan Jala Itik :

Jan jan jala, jala itik jala ayam,

Berapa lubang kancil?,

Seratus lima puluh,

Singgah cik Dayang singgah,

Makan sirih mulut me..................rah.

 

 

Cara bermain

 

Dua orang pemain akan dipilih untuk dijadikan ketua. Selepas itu, kedua-dua ketua tersebut akan berbincang sesama mereka sahaja untuk memilih nama samaran atau kod rahsia yang akan ditanya kepada pemain lain yang ditangkap oleh mereka. Apabila selesai berbincang mengenai nama samaran, permainan akan dimulakan dengan kedua-dua ketua tersebut akan mengadap di antara satu sama lain dan berpegang tangan di antara satu sama lain dan diangkat ke atas. Hal ini adalah kerana memudahkan pemain untuk melaluinya.

Apabila lagu dinyanyikan oleh kedua-dua ketua tersebut, para pemain akan mula bergerak melalui bawah tangan kedua-dua ketua tersebut. Apabila lagu sudah habis dinyanyikan, kedua-dua ketua tersebut akan menangkap pemain yang sedang melalui mereka.

Kemudian, pemain yang ditangkap sebentar tadi akan dibawa ke tempat lain (ke tempat yang jauh sedikit daripada pemain lain) dan salah seorang ketua tersebut akan menyoal pemain tersebut supaya memilih nama samaran yang disoal sebentar tadi.

Page 5: PERMAINAN TRADISIONAL NEGERI PULAU PINANG

Contoh :-

Ketua A nama samarannya adalah Ayam dan ketua B nama samarannya adalah Rusa.

Salah seorang ketua tersebut akan bertanyakan soalan kepada pemain yang ditangkap sebentar tadi seperti ini ”nak ayam atau rusa?”

Kemudian pemain yang ditangkap oleh mereka akan memberikan jawapan berdasarkan pilihan yang diberikan tadi iaitu sama ada ayam atau rusa.

Jika pemain tersebut memilih rusa, pemain tersebut akan menjadi ahli kepada ketua B dan akan berdiri dibelakang ketua B sewaktu permainan bermula semula.

Tetapi apabila kedua-dua ketua tersebut menangkap pemain yang lain, ahli yang berada di belakang ketua tidak boleh ikut ketuanya untuk menanyakan soalan kepada pemain yang ditangkap tadi.

Sekiranya pemain yang ditangkap sebentar tadi menjadi ahli kumpulannya, ahli itu akan berdiri dibelakangnya pula dan begitulah seterusnya sehingga semua pemain ditangkap dan disoal.

 

Cara menentukan pemenang.

Permainan akan diteruskan sehingga semua pemain ditangkap dan disoal. Para pemenang akan ditentukan oleh jumlah ahli yang paling ramai. Sekiranya jumlah ahli masing-masing adalah sama, para pemenang akan ditentukan dengan cara yang dipersetujui iaitu seperti pertandingan tarik tali, wan tu som dan lain-lain seperti mana dikehendaki dan dipersetujui oleh kedua-dua ketua tersebut.

Terdapat banyak lagi permainan tradisional yang seringkali dimainkan di negeri Pulau Pinang oleh masyarakatnya yang berbilang kaum. Di atas adalah beberapa contoh yang boleh kita lihat.