Upload
sharifah-norazizah
View
26
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
cuba
Citation preview
Buku sumber tahun 6
PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Pengenalan
Bidang perniagaan dan keusahawanan menyediakan murid dengan pengetahuan mengenai cara pengurusan perniagaan yang lebih sistematik. Murid diberi pendedahan cara mendapatkan komisen melalui jualan, membuat promosi melalui katalog, membuat latihan menyusun atur barang serta cara mengatasi risiko dalam perniagaan.
Pengguna memerlukan barangan yang baik dan bermutu, murid perlu diberi pengetahuan cara mengamalkan sikap pengguna yang bijak.
2.2 Merancang dan Menyediakan Jualan
a. Membuat rancangan jualan
Hasil Pembelajaran
Menerangkan cara mendapat komisen melalui jualan Menyenaraikan barang yang sesuai dijual secara komisen Membuat rancangan jualan Membuat jadual kerja Menerangkan faedah menjual barang secara komisen
http://www.khskpt.com 36
Buku sumber tahun 6 http://www.khskpt.com
Cara mendapatkan komisen melalui jualan
Peniaga boleh menjual barang perniagaan orang lain selain daripada menjual barang perniagaan sendiri. Bayaran yang diterima kerana menjual dan menguruskan penjualan barang perniagaan pihak lain di sebut komisen. Komisen dibayar biasanya dalam bentuk peratus.
Gambar foto 2.1 Contoh barang yang dijual secara komisen
37
Buku sumber tahun 6
Langkah mengira komisen:
1. Kira jumlah jualan2. Kira komisen
Komisen = Jumlah Jualan X % Komisen
Contoh pengiraan komisen penjualan roti
Maju Enterprise
Cara mengira komisen seperti berikut : RM24.00 x 10/100 = RM2.40
http://www.khskpt.com 38
Bil Jenis Barang Kuantiti Harga Seunit Jumlah
1. Roti Sandwich 10 RM1.50 RM15.00
2. Roti Kelapa 6 RM0.50 RM3.00
3. Roti Planta 12 RM0.50 RM6.00
Jumlah Komisen 10%
RM24.00 RM2.40
Buku sumber tahun 6 http://www.khskpt.com
Aktiviti 1: Latihan mengira komisen
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan2. Setiap kumpulan mewujudkan satu perniagaan3. Murid diminta mengisi borang yang disediakan di bawah4. Kira jumlah komisen yang diperoleh
Nama Perniagaan
Bil Jenis Barang Kuantiti Harga Seunit Jumlah
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Jumlah
Komisen 25%
Catatan : Peratus komisen ditentukan antara peniaga dengan pembekalBorang ini boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan kreativiti guru
39
Buku sumber tahun 6
Barang yang sesuai dijual secara komisen
Pelbagai barang dijual secara komisen. Di antara barang yang sesuai dijual ialah barang makanan, bahan cetak, alat tulis dan cenderamata
Senarai Barang-Barang Yang Sesuai Dijual Secara Komisen
Bil Makanan Bahan cetak Alat tulis Cenderamata
1.23.4.5.6.7.8.9.
10.
Contoh Borang Senarai Barang
Rancangan jualan
Rancangan jualan ialah merangka langkah tertentu sebelum memulakan sesuatu perniagaan.Perkara yang dirancang ialah:
a. Jenis dan nama barang yang hendak dijualb. Kenal pasti pembekal yang menawarkan jualan secara komisenc. Tentukan peratus komisen yang didapatid. Tentukan cara berniaga. Di antaranya bergerai, berkedai, berjaja dan jualan teruse. Jumlah jualan yang hendak dicapai dalam sesuatu jangkamasa.
http://www.khskpt.com 40
Aktiviti 2: Mengisi borang senarai barang
1. Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan
2. Setiap kumpulan mewujudkan satu perniagaan
3. Murid diminta menyenaraikan barang yang sesuai dijual secara komisen
4. Murid membuat pembentangan mengikut kumpulan
5. Guru membuat rumusan daripada pembentangan tersebut.
Buku sumber tahun 6 http://www.khskpt.com
Jadual kerja
Jadual kerja disediakan sebelum sesuatu tugas dilakukan. Ia merangkumi bidang dan pembahagian tugas.Tujuan menyediakan jadual kerja adalah untuk memastikan penyediaan dan penjualan barang berjalan dengan lancar.
Tajuk: Menjual Surat khabar
Bil Tugas Nama Murid
1. Mencari pembekalAsiah
Ahmad Haziq
2. Menyediakan tempat jualanAbu BakarAli Ahmad
3.Menjual, melayan pelanggan, mengutip wang dan mengemas
RamasamyZakaria
4.Menyerahkan wang jualan dan menerima komisen daripada pembekal
NorzaitonAbdul Rahim
Contoh Jadual Kerja
Catatan: Guru boleh menggunakan contoh di atas untuk membuat aktiviti dalam kumpulan
Faedah menjual barang secara komisen
Faedah yang diperolehi:
a. Tidak perlu mengeluarkan modal untuk mendapatkan bekalanb. Tidak perlu menyediakan bahan promosi kerana kos promosi ditanggung oleh pembekalc. Tidak akan menanggung risiko kerugian ke atas barang yang rosak atau tidak laku dijual.
41
Buku sumber tahun 6
B. Menyediakan barang jualan
Hasil Pembelajaran
Mengenal pasti pengendalian jualan secara komisen
Pengendalian jualan secara komisen
Langkah-langkah bagi pengendalian jualan secara komisen
Kenalpasti pilihan barang dan pembekal
Bincang peratus komisen
Terima barang jualan
Menjual
Menyerahkan wang jualan dan terima komisen
http://www.khskpt.com 42
Buku sumber tahun 6 http://www.khskpt.com
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan berikut:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan komisen?A. Bayaran yang diterima daripada pembeliB. Bayaran yang dibuat oleh pembeli kapada peniagaC. Bayaran yang dibuat oleh peniaga kepada
pembekalD. Bayaran yang diterima kerana menjual barang
orang lain
4. Antara berikut manakah perkara yang perlu ada dalam rancangan jualan secara komisen?
I. Jenis dan nama barang yang hendak dijualII. Peratus komisen yang akan diperolehi
III. Proses dalam menghasilkan barangIV. Bahan yang digunakan dalam penghasilan barangA. I dan IIB. I dan IIIC. II dan IV D. III dan IV
2. Komisen dibayar dalam bentukA. faedahB. peratus C. keuntungan D. pendapatan
5. Bagi memastikan penjualan barang berjalan dengan lancar, murid perlu menyediakan
A. gambar barangB. peratus keuntunganC. peratus komisenD. jadual kerja
3. En. Afdal telah menjual 10 pasang kasut dengan harga RM200.00.Beliau akan menerima komisen sebanyak 10%. Berapakah jumlah komisen yang akan diterima oleh beliau?
A. RM10.00B. RM20.00C. RM180.00D. RM220.00
6. Susun semula langkah pengendalian jualan secara komisen
I. menjualII. terima barang jualan
III. kenalpasti pilihan barang dan pembekalIV. bincang peratus komisenA. I, II, III dan IVB. II, I, III dan IVC. III, IV, II dan ID. IV, III, II dan I
43
Buku sumber tahun 6
2.3. Mempromosi Jualan
C. Promosi melalui katalog
Hasil Pembelajaran
Menyenaraikan kandungan yang perlu dalam katalog Merekabentuk dan menghasilkan katalog mudah untuk barang yang hendak dijual Mempromosi dan menjual barang menggunakan katalog Menilai cara mempromosi barang menggunakan katalog
Kandungan yang perlu ada dalam katalog
Katalog ialah dokumen atau buku yang menunjukkan gambar foto barang yang diiklan secara berwarna-warni dan dalam bentuk yang menarik.
Kandungan yang perlu dalam katalog
- Spesifikasi barang: contoh ukuran, warna- Gambar barang- Kod barang- Harga barang
Gambar foto 2.3.1 Contoh beberapa katalog
http://www.khskpt.com 44
Buku sumber tahun 6 http://www.khskpt.com
Merekabentuk dan menghasilkan katalog mudah untuk barang yang hendak dijual
Cadangan aktiviti: Merekabentuk dan menghasilkan katalog.
Bahan/Peralatan
Kertas A4 - 2 helaiGambar foto yang berkaitanPen markerGam Gunting“Stapler”
Langkah menghasilkan katalog:
i. Murid di bahagikan kepada beberapa kumpulan kecilii. Kertas A4 dua helai dalam kedudukan memanjang di lipat tengah sehingga menyerupai bukuiii. “Stapler” ditengah-tengahiv. Tampalkan gambar foto yang berkaitanv. Tuliskan spesifikasi barang. Contoh: kod barang, harga, warna dan saizvi. Setiap kumpulan menghias katalog mengikut kreativiti kumpulan
45
Perkara yang perlu dimasukkan pada katalog:1. Nama syarikat2. Alamat syarikat3. Nama barang yang dijual4. Pengedar/penjual
Buku sumber tahun 6
Mempromosi dan menjual barang menggunakan katalog
Menggunakan katalog yang telah disediakan, murid dikehendaki menjalankan aktiviti mempromosi barang menggunakan katalog tersebut secara simulasi
Aktiviti : Setiap kumpulan mempromosikan katalog yang disediakan dihadapan kelas
Menilai cara mempromosi barang menggunakan katalog Aktiviti : Murid menilai setiap kumpulan menjalankan promosi barang menggunakan katalog.
Nama kumpulan yang dinilai : ___________________________
Aspek Penilaian Markah
1. Gaya persembahan /25
2. Kecekapan bertutur /25
4. Kejelasan maklumat /25
3. Persembahan katalog /25
Jumlah Markah /100
Contoh Borang Penilaian Oleh Murid
Gambar foto 2.2 Contoh katalog
http://www.khskpt.com 48
Buku sumber tahun 6 http://www.khskpt.com
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan berikut:
1. Katalog ialah A. cara menjual barangB. proses menyediakan barangC. dokumen atau buku yang ada gambar fotoD. komisen yang diperolehi
2. Mempromosi menggunakan katalog.A. memerlukan kita menunjukkan contoh barang
sebenarB. memerlukan kita menyediakan rak-rak atau meja
pameranC. tidak memerlukan kita menunjukkan barang
sebenarD. tidak memerlukan kita bertemu orang ramai
3. Apakah perkara yang terkandung dalam katalog?I. HargaII. Kod barangIII. GambarIV. Tarikh luput
A. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV
4. Sifat-sifat seorang peniaga semasa mempromosi barang dengan menggunakan catalog ialah
I. cekap bertuturII. suara yang nyaringIII. penerangan yang jelasIV. menceritakan dengan gaya persembahan yang
menarik
A. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV
49
Buku sumber tahun 6
2.4 Mengurus Jualan
D. Menyusun atur barang
Hasil Pembelajaran
Menerangkan cara yang sesuai untuk susun atur barang yang hendak dijual Menyusun atur barang untuk persediaan jualan Menilai susun atur barang yang menarik dan kurang menarik
Cara yang sesuai untuk susun atur barang yang hendak dijual
Susun atur barang bertujuan untuk mengkelaskan barang mengikut jenis supaya mudah diperoleh
Kedai runcit Gerai kuih Pasar Ikan Gambar foto 2.3 Susun atur barang
http://www.khskpt.com 50
Buku sumber tahun 6 http://www.khskpt.com
Menyusun atur barang untuk persediaan jualan
Aktiviti: Susun atur barang di kelas
Bahan
Bahan-bahan terpakai: a. kotak ubat gigi b. tin minumanc. bekas makanand. kotak sabun
Langkah:
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan2. Menunjukkan beberapa contoh gambar sesebuah kedai/gerai/ pasar3. Mengkelaskan barang mengikut jenis dan saiz4. Menyusun barang di atas rak atau meja 5. Memastikan kebersihan tempat, rak atau meja, keselamatan dan kekemasan
Menilai susun atur barang yang menarik dan kurang menarik
Aktiviti : Murid menilai susun atur barang berpandukan gambar (rujuk lampiran 1)
Contoh borang penilaian
Nama kumpulan yang dinilai : ____________________________ Aspek penilaian Markah
1. Kekemasan /502. Kebersihan /253. Keselamatan /25
Jumlah markah /100
51
Buku sumber tahun 6
Gambar foto 2.4 Susun atur barang menarik dan kurang menarik
http://www.khskpt.com 52
Susun atur yang menarikLampiran 1
Susun atur yang kurang menarik
Buku sumber tahun 6 http://www.khskpt.com
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan berikut:
1. Bagaimanakah susun atur barang yang semestinya dilakukan oleh seorang peniaga?
A. Mengikut jenama B. Mengikut jenis C. Mengikut hargaD. Mengikut saiz
2. Ciri susun atur yang menarik adalah seperti berikut kecuali
A. kemasB. tempat yang bersihC. meletak barang mengikut kategoriD. menyediakan rak yang tinggi
3. Pilih susun atur barang yang paling sesuai di bawah ini.
A. Garam dengan bajaB. Ubat nyamuk dengan biskut bungkusC. Ubat gigi dengan berus gigiD. Minuman bergas dengan kicap
4. Mengapakah susun atur barang perlu dilakukan di sebuah kedai?
I. Memudahkan pelanggan memilih barangII. Menyediakan satu perkhidmatan yang baikIII. Dapat mengelakkan daripada kecurianIV. Supaya kedai kelihatan kemas dan menarikA. III dan IVB. I, II dan IIIC. I, II dan IVD. II, III dan IV
53
Buku sumber tahun 6
2.7 Risiko Dalam Perniagaan a. Risiko dan cara mengurangkannya
Hasil Pembelajaran
Menyatakan maksud risiko Menyenaraikan risiko dalam perniagaan yang biasa dihadapi semasa menjual Mengenal pasti punca risiko Mencadangkan cara mengurangkan risiko
Maksud Risiko Gambar foto 2.5 Kecurian
Risiko bermaksud kemungkinan mengalami kerugian
Risiko dalam perniagaan yang biasa dihadapi semasa menjual
Risiko yang biasa dihadapi oleh peniaga semasa menjalankanperniagaan ialah:
a. kecurianb. kebakaranc. kerosakan barangd. keadaan cuacae. pencemaran
Gambar foto 2.6 Kebakaran
http://www.khskpt.com 54
Buku sumber tahun 6 http://www.khskpt.com
Gambar rajah: Kerosakan barang
Gambar foto 2.8 Keadaan cuaca
Gambar foto 2.7 Pencemaran
Mengenal pasti punca risiko
55
Buku sumber tahun 6
Risiko yang dihadapi oleh perjual berpunca daripada:
a. Kecuaian - Tidak menitik beratkan keselamatan dan kesempurnaan barang dalam simpanan
Contoh: barang dicuri atau barang rosak dalam simpanan
b. Pengurusan tidak cekap- Pengurus tidak memberi perhatian kepada pengurusan wang, pekerja, stok dan masa
c. Kurang pengawasan- Tidak mengambil langkah keselamatan- Pekerja yang tidak amanah
d. Sistem penyimpanan rekod yang lemah Contoh: resit-resit belian/jualan tidak direkodkan dengan betul
Aktiviti : sumbangsaran
Cara mengurangkan risiko
a. Membuat perancangan dengan telitiContoh: dari segi keselamatan barang, cara simpanan barang
b. Mengenal pasti beberapa pilihan penyelesaianJika kedai sering dipecah masuk, penyelesaiannya ialah memasang alat penggera atau mengupah pengawal keselamatan
c. Mengambil insurans Jika berlaku kecurian, ganti rugi dapat dituntut bagi mengurangkan kerugian
Aktiviti: sumbangsaran
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan berikut:
http://www.khskpt.com 56
Buku sumber tahun 6 http://www.khskpt.com
1. Risiko dalam perniagaan bermaksudA. kemungkinan peniaga mendapat keuntunganB. kemungkinan peniaga mengalami kerugianC. kemungkinan perniagaan cuma mendapat modal
sahaja daripada perniagaannyaD. kemungkinan peniaga dapat keuntungan yang
besar
4. Tujuan seseorang peniaga mengambil insurans adalah untuk
A. mengawal risiko yang ditanggungB. melindungi perniagaan daripada kerugiaanC. menentukan keuntungan jika berlaku kerugianD. mendapat ganti rugi bagi mengurangkan kerugian
2. Peniaga berkemungkinan menghadapi risiko dalam perniagaan sekiranya
A. barang jualannya banyak yang laku dijualB. barang jualannya terbakar atau dicuriC. waktu berniaga terlalu singkatD. barang jualannya tidak banyak pilihan
5. Manakah di antara berikut merupakan punca risiko?I. KecurianII. Kurang pengawasanIII. Pengurusan tidak cekapIV. Sistem penyimpanan rekod yang lemah
A. I dan IIB. I, II dan IIIC. II, III dan IVD. I, II, III dan IV
3. Risiko yang biasa dihadapi peniaga semasa menjalankan perniagaan kecuali
A. kecurianB. kebakaranC. kerosakan barangD. menjual barangan cepat rosak
2.8 Sikap pengguna yang bijak
57
Buku sumber tahun 6
a. Mendapatkan maklumat barang
Hasil Pembelajaran
Mengenal pasti ciri barang yang masih baik Membanding beza barang yang masih baik dan barang yang rosak Mendapatkan maklumat daripada label barang
Ciri barang yang masih baik
Ciri barang yang masih baik merujuk kepada keadaan fizikal barang seperti:
i. Rupa Contoh: Ikan - masih segar Buah - tidak busuk Roti - tidak berkulat
ii. WarnaContoh: Tidak berubah dari warna asal
iii. BauContoh: Ikan/ daging/ayam – tidak berbau busuk Makanan – tidak basi
iv. RasaContoh: Susu – tidak masam
v. TeksturContoh:Biskut – masih rangup
Membanding beza barang yang masih baik dan barang yang rosak
http://www.khskpt.com 58
Buku sumber tahun 6 http://www.khskpt.com
Cara membezakan barang yang masih baik dan rosak adalah melalui pemerhatian tentang ciri fizikal barang seperti rupa, warna, bau, rasa dan tekstur
59
SegarBusuk
BaikRosak
Buku sumber tahun 6
Aktiviti : Pelajar membanding beza barang yang masih baik dan barang yan rosak
http://www.khskpt.com 60
Baik Rosak
Baik Rosak
Buku sumber tahun 6 http://www.khskpt.com
Langkah :
i. Murid dibahagikan kepada kumpulanii. Murid membuat pemerhatian terhadap barang yang dibekalkan oleh guruiii. Murid mengisi borang pemerhatianiv. Murid membentangkan hasil dapatan daripada pemerhatian tersebut
Tandakan ( / ) bagi barang yang baik dan ( x ) bagi barang yang rosak
Nama barang Sifat fizikal barangRupa Warna Bau Rasa Tekstur
1 Ikan x x x x x2 Biskut / / / / x
Contoh borang pemerhatian
Mendapat maklumat daripada label barang
61
Buku sumber tahun 6
Maklumat penting kepada pengguna sebagai satu cara untuk menentukan pilihan barang yang baik Maklumat boleh didapati dari pelbagai sumber. Salah satu sumber yang mudah diperoleh melalui label barang.
Maklumat yang diperoleh daripada label barang:
a. Kandungan bahan b. Jenamac. Berat kandungand. Tarikh lupute. Pengeluar
Rajah 2.1 Contoh label
b. Etika perniagaan dan hak pengguna
http://www.khskpt.com 62
Aktiviti : Membuat buku skrap label barang dan menandakan maklumat penting.
Langkah:
1. mengumpul label barang daripada tin, bungkusan, kotak barangan2. menampal di dalam buku skrap3. menandakan maklumat yang terdapat di dalam label tersebut4. Mencatat maklumat penting yang terdapat pada label tersebut
Buku sumber tahun 6 http://www.khskpt.com
Hasil pembelajaran
Menerangkan etika perniagaan Mengenal pasti hak pengguna Menerangkan tanggung jawab pengguna
Menerangkan etika perniagaan
Etika perniagaan adalah amalan perniagaan yang baik seperti:
a. jujur – tidak menipu timbangan, tidak menjual barang yang rosak/busuk, mengira dengan betul b. melayan pelanggan dengan baik – sentiasa senyum, ramah dan tidak sombong semasa berniagac. menepati masa – membuka kedai tepat pada waktunya serta menghantar barang pada waktu yang telah dijanjikan
Sekiranya etika perniagaan tidak diamalkan, kemungkinan peniaga akan kehilangan pelanggan.
Mengenal pasti hak pengguna
Pengguna ialah orang yang menggunakan barang, perkhidmatan dan alam sekitar. Sebagai pengguna mereka berhak mendapat yang terbaik terhadap barang atau perkhidmatan yang diperoleh.
Bagi memastikan barang atau perkhidmatan yang baik diterima mereka berhak untuk:
63
Buku sumber tahun 6
a. mendapatkan maklumat barangan yang tepatb. menuntut ganti rugi terhadap barang yang rosak atau tidak sempurnac. memilih mengikut citarasad. mendapat jaminan keselamatan
Contoh-contoh sumber maklumat
Label pada botol/ kotak Iklan dimajalah/surat khabar Katalog Poster
Menerangkan tanggungjawab pengguna
Pengguna bertanggungjawab pada diri sendiri dan masyarakat1. Pada diri sendiri - berfikir terlebih dahulu akan apa yang diperlukan dan jangan tergesa-gesa untuk membeli2. Pada masyarakat - dapat memainkan peranan untuk menjaga dan memelihara alam sekitar supaya bersih sihat dan nyawa
Menekankan tanggung jawab menjaga kemudahan di sekolah dan kemudahan awam
http://www.khskpt.com 64
Buku sumber tahun 6 http://www.khskpt.com
Aktiviti : Menyenarai kemudahan di sekolah dan kemudahan awam serta kerosakan yang berlaku
Langkah:
1. Menyenarai kemudahan di sekolah2. Menyenarai kemudahan awam di sekitar tempat tinggal murid3. Melapurkan kerosakan yang berlaku4. Membincang punca berlakunya kerosakan 5. Tunjuk cara menggunakan beberapa kemudahan awam dengan betul6. Bincangkan cara mengguna dan menjaga kemudahan awam 7. Guru boleh membawa murid melawat kemudahan-kemudahan tersebut
Contoh gambar kemudahan awam yang baik
65
Buku sumber tahun 6
Contoh gambar kemudahan awam yang dirosakkan
Maklumat Tambahan:
Kemudahan yang disediakan perlu dijaga dan digunakan dengan baik:
i. menggunakan kemudahan ini mengikut peraturanii. menjaga kemudahan supaya sentiasa berkeadaan baikiii. tidak merosakkan kemudahan awamiv. melapur kerosakkan kepada pihak yang berkuasa
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan berikut:
http://www.khskpt.com 66
Buku sumber tahun 6 http://www.khskpt.com
1. Seorang peniaga yang jujur harus mempunyai ciri berikut, kecuali
A. tidak menjual barang yang rosakB. mengira dengan betulC. tidak menipu timbanganD. menjual barang yang telah luput tarikhnya.
4. Bagaimana membanding beza barang yang masih baik dan barang rosak?
i. Pemerhatian ii. Tarikh luputiii. Bau iv. Rupa
A. i dan ii B. ii dan iiiC. I dan iii D. Semua di atas
2. Siapakah yang dimaksudkan pengguna ?A. Orang yang menggunakan baranganB. Orang yang menjual baranganC. Orang yang mengeluarkan baranganD. Orang yang mengiklan barangan di pasaran
5. Bagaimana mengetahui ciri fizikal barang yang masih baik?
A. Rupa B. WarnaC. tekstur D. Semua di atas
3. Berikut adalah hak pengguna kecualiA. memilih barangan mengikut citarasaB. mendapatkan maklumat barangan yang tepatC. mendapat jaminan keselamatanD. menyembunyikan keburukan barang tersebut
6. Menjaga kemudahan awam daripada dirosakkan adalah tanggungjawab
A. Majlis BandaranB. SwastaC. PenggunaD. Kerajaan
67