26

PERPUSTAKAAN AWAM ISLAM: SATU PENILAIAN SEMULA...Sorotan sejarah penubuhan Perpustakaan Awam Islam dan perkembangannya merupakan objektif utama penulisan ini. Sehubungan itu, kertaskerja

  • Upload
    others

  • View
    39

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERPUSTAKAAN AWAM ISLAM: SATU PENILAIAN SEMULA...Sorotan sejarah penubuhan Perpustakaan Awam Islam dan perkembangannya merupakan objektif utama penulisan ini. Sehubungan itu, kertaskerja
Page 2: PERPUSTAKAAN AWAM ISLAM: SATU PENILAIAN SEMULA...Sorotan sejarah penubuhan Perpustakaan Awam Islam dan perkembangannya merupakan objektif utama penulisan ini. Sehubungan itu, kertaskerja

1

PERPUSTAKAAN AWAM ISLAM: SATU PENILAIAN SEMULA

BALQIS Suja’ Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Jalan Gombak 53100 Kuala Lumpur [email protected]

Abstrak. Pembentukan Perpustakaan Awam Islam (PAI) telah dikesan seawal tahun 1975 dan perancangannya bermula pada tahun 1978. PAI telah ditubuhkan untuk menyediakan akses kepada sumber-sumber pengetahuan yang berwibawa bagi menyokong perkembangan agama Islam di Malaysia. Tujuan utama koleksi PAI adalah untuk langkah mengukuhkan akidah rakyat. Kewujudan bersama dengan muzium Islam dan sebuah balai cerap astronomi telah direka untuk menekankan konsep hab pengetahuan budaya dan tamadun Islam. Maklumat berkenaan PAI sangat sedikit menyebabkan penubuhan dan perkembangannya kelihatan hilang daripada profil kepustakawanan Malaysia. Kertas kerja ini mengumpul data dan maklumat, termasuk kajian deskriptif berkenaan PAI. Kajian ini telah dijalankan melalui penyelidikan perpustakaan dan temu bual dengan Wan Alias Wan Abdullah sebagai perintis, Samsiah Sanat (kakitangan pengasas yang masih bekerja di PAI) dan dua pustakawan semasa. Penilaian ke atas pertumbuhan dan pendekatan yang diambil dalam membangunkan PAI, mendapati bahawa struktur organisasi dan sumber kakitangan memberi kesan kepada pembangunan PAI. Objektif untuk membangunkan masyarakat dan negara melalui perkhidmatan perpustakaan perlu dilakukan dengan cara yang terancang dan profesional. PAI telah dikenali sebagai perpustakaan penyelidikan awam di negara ini dan bermula dengan perlaksanaan yang baik dalam peranannya membangunkan perpustakaan masjid. Potensi PAI perlu dibangunkan sepenuhnya dan diletakkan dalam persekitaran yang dinamik untuk berkembangdalam kedudukan sebagai perpustakaan Islam utama. Kehadirannya dalam sistem perpustakaan Malaysia perlu diberi fokus supaya PAI boleh mencapai objektifnya dan diangkat sebagai perpustakaan khusus negara serta dikenali oleh negara-negara Islam. Katakunci: Kepustakawanan Malaysia; Perpustakaan Awam Islam; Perpustakaan Islam; Perpustakaan khusus negara; Perpustakaan masjid; Wan Alias Wan Abdullah; Abstract.Formation of the Perpustakaan Awam Islam or Public Islamic Library (PAI) was traced as early as 1975 and the planning began in 1978. PAI was created for providing access to authoritative knowledge resources that supports the development of Islam in Malaysia. The main purpose of the library collectionwas to strengthen the faith of the people. Co-existence with Islamic museum and an astronomical observatory was designed to emphasise the concept of knowledge hub for Islamic culture and civilisation. Information on PAI was very scarce and its establishment and development are missing from the profile of the Malaysian librarianship. This paper collects data and information, including the descriptive review of PAI. The study was conducted through library research and interviews with Wan Alias Wan Abdullahas the pioneer, Samsiah Sanat (a founding staff who still works at PAI) and two present librarians. Assessment on the growth and the approach taken in managing the PAI, found thatthe organisational structure and staffing resources have an impact on the development of PAI. The objective of developing the community and state through the library service ought to be carried out in a planned and professional manner. PAI was well conceived as a public research library of the country and has initially well executed inits role

Page 3: PERPUSTAKAAN AWAM ISLAM: SATU PENILAIAN SEMULA...Sorotan sejarah penubuhan Perpustakaan Awam Islam dan perkembangannya merupakan objektif utama penulisan ini. Sehubungan itu, kertaskerja

2

in the progress of masjid (mosque) libraries. PAI has to be developed to its full potential and place in a dynamic environment to flourish to its position as a main Islamic library. Its presence in the Malaysian library system should be given focus so that PAI can achieve its objectives and be elevated as a national special library and reckoned by the Islamic countries. Keywords: Malaysian librarianship; Mosque libraries; National special library; Perpustakaan Awam Islam;Public Islamic library; Wan Alias Wan Abdullah Pengenalan

Perpustakaan Islam lahir di masjidsemasa dinasti Umayyah (661-750) dan dikenali

dengan panggilan maktabah masahif atau khaza’in masahif (Siba’i, 1987 dlm. Balqis, 2012).

Masjid telah menjadi asas kepada pertumbuhan madrasah, universiti, institusi Muslim dan

perpustakaan Islam.Keperluan melihat perkembangan perpustakaan masjid yang lebih

mantap di Malaysia menyebabkan peninjauan terhadap perpustakaan Islam yang boleh

dirujuk sebagai kemudi harus dijalankan.

Perpustakaan masjid di Malaysia haruslah menepati tradisi perpustakaan Islam iaitu bersifat

terbuka kepada awam. Perpustakaan Masjid Negara dan masjid-masjid negeri telah wujud di

Malaysia namun kemampuannya terbatas untuk membolehkan institusi tersebut memberi

khidmat sebagai perpustakaan penuh. Hal ini mendorong kepada pemerhatian terhadap

keberadaan Perpustakaan Awam Islam (PAI) sebagai satu perpustakaan yang menepati tiga

ciri: perpustakaan Islam; perpustakaan awam; dan bergerak sebagai perpustakaan penuh.

Sorotan sejarah penubuhan Perpustakaan Awam Islam dan perkembangannya merupakan

objektif utama penulisan ini. Sehubungan itu, kertaskerja ini akan membincangkan sejarah

dan perkembangan PAI bagi mengumpul profail PAI. Dalam usaha menempatkan PAI

sebagai perpustakaan Islam perdana, pertumbuhan PAI harus dianalisis bagi mengenal pasti

potensinya sebagai perpustakaan Islam utama negara. Seterusnya, harus diteroka sumbangan

yang boleh diberi PAI dalam pemberdayaan perpustakaan masjid-masjid utama / negeri

melalui rangkaian sedia ada.

Perpustakaan: satu mukaddimah

Kamus umummendefinisikan perpustakaan sebagai koleksi buku. Koleksi buku boleh

saja terdapat di perpustakaan,pusat sumber, bilik bacaan atau ruang bacaan terbuka

sebagaimana yang terdapat di banyak masjid dan surau.The Whole Library Handbook (2013)

menyatakan “A library is a collection of resources in a variety of formats that is (1)

Page 4: PERPUSTAKAAN AWAM ISLAM: SATU PENILAIAN SEMULA...Sorotan sejarah penubuhan Perpustakaan Awam Islam dan perkembangannya merupakan objektif utama penulisan ini. Sehubungan itu, kertaskerja

3

organized by information professionals or other experts who (2) provide convenient physical,

digital, bibliographic, or intellectual access and (3) offer targeted services and programs (4)

with the mission of educating, informing, or entertaining a variety of audiences (5) and the

goal of stimulating individual learning and advancing society as a whole.” (hlm. 2). Definisi

ini menjelaskan bahawa perpustakaan bukan saja ada buku dan ruang fizikal, tetapi juga

kakitangan ikhtisas, katalog, perkhidmatan dan program untuk pengguna dan komuniti

perpustakaan.

Perpustakaan Islam pula lebih bersifat awam atau khusus-umum berbanding perpustakaan

khas. Walaupun sudah terdapat definisi ‘Islamic library’ dalam ensaiklopedia sains

perpustakaan, penulis ingin menampilkan petikan yang menggambarkan perpustakaan

dengan refleksi Islam oleh Wilfred Cantwell Smith (1965) di dalam artikelnya The Islamic

Near East: Intellectual Role of Librarianship. Professor Smith mengatakan: “Accordingly,

an Islamic library should contain, and its indexing system should guide the student to, not

only books “about Islam” but books that start, as it were, from an Islamic stance and look

out on other things; books about almost anything, in so far as they treat their subject

Islamically.”

Professor Smith merupakan sarjana sejarah agama dan pengasas Islamic Studies Library

(ISL) yang didirikan sempena penubuhan Institute of Islamic Studies, McGill University,

pada tahun 1952. Setakat penulisan yang dapat dirujuk (Swanick, 2013), beliau merupakan

sarjana terawal menggunakan istilah “Islamic librarianship” semasa perasmian Institut

tersebut dalam tahun 1952. Katanya: “My thesis is that the development of good Islamic

libraries, and of good Islamics Librarianship, is an intellectual task of the first order – one

that requires technical skill in the librarian’s craft, plus an authentic understanding of Islamic

culture and civilization and even faith, plus an ability to synthesize these creatively.”

Professor Adam Gacek, ketuaISL (1987-2012) dan autoriti utama dunia dalam manuskrip

Arab dan Parsi menyatakan keunggulan ISL bukan sahaja kerana fakta bahawa koleksi

bercetak dan manuskripnya terletak di dalam satu lokasi tetapi juga kekuatan liputan disiplin

Islam tradisional, “but also in its special emphasis on the coverage of traditional Islamic

disciplines in addition to the social sciences.” Karektor dan sifat perpustakaan Islam seperti

yang telah dinyatakan tadi secara umumnya memandu penilaian terhadap kemajuan dan

perkembangan PAI.

Page 5: PERPUSTAKAAN AWAM ISLAM: SATU PENILAIAN SEMULA...Sorotan sejarah penubuhan Perpustakaan Awam Islam dan perkembangannya merupakan objektif utama penulisan ini. Sehubungan itu, kertaskerja

4

Latar penubuhan perpustakaan Islam

Akses fizikal dan intelektual yang saksama terhadap bahan sumber ilmu di sesebuah

negara boleh dilambangkan melalui kewujudan perpustakaan negara. Malaysia sebagai

sebuahnegara sedang membangun adalah antara sebilangan kecil negara Islam yang

mempunyai perpustakaan negara. Dengan perjuangan berterusan oleh Malayan Library

Groupbermula tahun 1955, kerajaan menubuhkan unit Perpustakaan Negara di Arkib Negara

pada tahun 1966 dan pada 1972 unit tersebut diangkat sebagai sebuah jabatan persekutuan.

Dalam era moden, perpustakaan adalah lambang kematangan intelektual. Pada era klasik

Islam, kemunculan perpustakaan formal adalah satu manifestasi berbekasnya kepatuhan

kepada kewajipan menuntut ilmu dan kecintaan terhadap pengetahuan. Seterusnya,

perpustakaan bercambah sehingga menjadi simbol kemajuan, maka pada zaman

kegemilangan Islam ia sengaja dibina di kota-kota dan sempadan negeri. Dalam komuniti

Islam masa kini, perpustakaan ditubuhkan sebagai pusat agama dan pembelajaran. Di

barat(terutamanya negara-negara kolonialisme dan imperialisme), perpustakaan Islam

ditubuhkan sebagai pusat kajian Islam dan program pengajian ketimuran.

Merujuk kepada asas penubuhan perpustakaan Institute of Islamic Studies di McGill

University sebagaimana dinyatakan oleh Professor Smith, terdapat kewajaran kerana Kanada

bukanlah negara penakluk atau penjajah. Professor Smith mengatakan perpustakaan ISL

ditubuhkan bagi memenuhi keperluan akademik yang spesifik dan sebuah pusat pengajian

bagi memperbaiki tanggapan terhadap Islam dan memupuk kefahaman Islam sebagai agama,

sistem budaya dan perundangan.

Perpustakaan Islam terawal di Malaysia

Perpustakaan Kolej Islam Malaya mungkin merupakan perpustakaan Islam dan

perpustakaan pengajian tinggi Islam terawal di Malaysia. Pada tahun 1955, Kolej Islam

Malaya didirikan dan beroperasi sehingga 1967 sebelum diserap di bawah Universiti

Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970. Kolej Islam Malaya dihidupkan kembali sebagai

Universiti Islam Malaysia (UIM) pada tahun 2013. UIM mewarisi koleksi Islam dan bahan-

bahan Jawi yang besar, termasuk koleksi peribadi yang dihadiahkan oleh penuntut-penuntut

awal Kolej Islam Malaya. Sebahagian koleksi tersebut dikategorikan sebagai ‘Koleksi

Emas’.

Page 6: PERPUSTAKAAN AWAM ISLAM: SATU PENILAIAN SEMULA...Sorotan sejarah penubuhan Perpustakaan Awam Islam dan perkembangannya merupakan objektif utama penulisan ini. Sehubungan itu, kertaskerja

5

Perpustakaan Islam universiti terawal dibentuk apabila Jabatan Pengajian Islam ditubuhkan

di Universiti Malaya pada tahun 1959. Seterusnya, wujud perpustakaan Yayasan Pengajian

Tinggi Islam Kelantan yang ditubuhkan pada tahun 1965 di Nilam Puri. Perpustakaan ini

kemudiannya diambil alih oleh Akademi Islam Universiti Malaya pada tahun 1981 sebagai

perpustakaan untuk penuntut pra-ijazah. Pada tahun 1965 juga, perpustakaan Masjid Negara

mula beroperasi tetapi hanya terbuka untuk kegunaan kakitangan sahaja.

Pada tahun 1970, Universiti Kebangsaan Malaysia membentuk Koleksi Arab dan Tamadun

Islam di perpustakaan induknya. Perpustakaan Islam untuk pengajian tinggi bertambah

dengan penubuhan Maktab Perguruan Islam pada tahun 1975. Pada tahun 1980 pula,

Perpustakaan Kolej Agama Sultan Zainal Abidin ditubuhkan. Perpustakaan Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia bermula pada tahun 1983 dan diikuti oleh Perpustakaan

International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC) pada tahun 1989.

Perpustakaan di institusi pendidikan tidak dibuka kepada umum menjadikan tiada

perpustakaan awam Islam pada masa itu, sekalipun di ibukota Kuala Lumpur.

Penubuhan Perpustakaan Awam Islam

Perpustakaan adalah sumber ilmu, maka di sisi pandangan Islam ia mempunyai

kedudukan yang istimewa dan mulia bagi menyokong pembangunan akal, rohani dan

jasmani. Jika dilihat dari pandangan ekonomi, sosial dan budaya, banyak kajian

mengesahkan bahawa perpustakaan awam menyumbang kepada ekonomi dan daya hidup

sosial masyarakat. Atas kapasiti sebagai sumber ilmu, penilaian terhadap pertumbuhan dan

keupayaan PAI adalah penting bagi meyakinkan PAI boleh diterima sebagai sebuah

perpustakaan Islam utama di Malaysia.

Sumber bertulis mengenai PAI agak terbatas. Sebelum ini penulis hanya dapat

mengumpulkan bahawa “Perpustakaan Awam Islam Malaysia mula beroperasi pada tahun

1985 apabila Kompleks Pusat Islam siap dibina. Penubuhan perpustakaan ini merupakan

anjakan penting dalam kepustakawanan Islam Malaysia. Dengan koleksi yang mencecah

100,000 naskhah, ia tergolong sebagai perpustakaan saiz sederhana.” (Balqis, 2012).

Bagaimanapun, sejarah yang lebih awal dapat dijejaki melalui blog Cyber Ilmu: October

2005apabila Hasliza Hassan dalam entri “Personaliti: Wan Alias Pastikan Sejarah Gemilang

Page 7: PERPUSTAKAAN AWAM ISLAM: SATU PENILAIAN SEMULA...Sorotan sejarah penubuhan Perpustakaan Awam Islam dan perkembangannya merupakan objektif utama penulisan ini. Sehubungan itu, kertaskerja

6

Islam Terus Dikenang,” menyatakan “… beliau dipertanggungjawabkan menubuhkan

perpustakaan awam Islam di Malaysia di Pusat Islam, Kuala Lumpur.” Pengelibatan Che

Wan Alias Che Wan Abdullah sangat instrumental, iaitu sebaik beliau memulakan tugas

sebagai Pegawai Penyelidik pada tahun 1978 di Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana

Menteri (BAHEIS), kini dinaiktaraf sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Wan Alias, graduan bidang sejarah tamadun Islam Universiti al-Azhar telah ditempatkan di

Pusat Penyelidikan Islam yang ketika itu beroperasi di Blok K26, Kompleks Kerajaan Jalan

Duta.Datuk Wan Alias kini adalah Ketua Pegawai Eksekutif TV Al-Hijrah dan beliau adalah

perintis penubuhan stesyen TV Islam tersebut.

Dokumentasi awal menunjukkan PAI secara fizikalnya adalah sebahagian daripada

penubuhan sebuah kompleks Islam. Dipercayai idea bagi sebuah perpustakaan Islam berkait

rapat dengan projek Pusat Penyelidikan Islam (PPI) yang ditubuhkan pada 1971. PPI

bermula daripada resolusi dua persidangan berikut:

(1) Persidangan Islam Se Malaysia pada 4-7 Mac 1969 di Dewan Tunku Abdul

Rahman, Kuala Lumpur. Persidangan tersebut dihadiri oleh 400 orang ulamak dari

Kerajaan-kerajaan Negeri di Malaysia sebagai lanjutan daripada usaha awal

Kerajaan Malaysia untuk mengadakan Persidangan Komanwel Islam. Persidangan

tersebut diadakan untuk menyediakan agenda-agenda yang akan dikemukakan dalam

persidangan seterusnya anjuran oleh kerajaan Malaysia.

(2) Persidangan Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur pada 21-27 April, 1969 di Dewan

Tunku Canselor, Universiti Malaya. Persidangan telah disertai oleh 100

orangperwakilan dari 23 buah negara Islam sebagai satu usaha Malaysia ke arah

mewujudkan keamanan dan kerjasama yang erat khususnya di antara negara-negara

Islam dengan tujuan memupuk semangat perpaduan di kalangan umat Islam dalam usaha

mencari kemajuan dan menghapuskan kejahilan dengan jalan yang diredai Allah.

Antara ketetapan yang telah dicapai ialah “Meninggikan moral umat Islam dan

menggalakkan sifat sederhana dan mengesyorkan penubuhan Pusat Penyelidikan Islam di

Kuala Lumpur…”PPI adalah satu cawangan di bawah Bahagian Ugama, Jabatan Perdana

Menteri, dan kemudiannya menjadi satu bahagian di Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS)

pada tahun 1984. Pada tahun 2009, bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan.

Page 8: PERPUSTAKAAN AWAM ISLAM: SATU PENILAIAN SEMULA...Sorotan sejarah penubuhan Perpustakaan Awam Islam dan perkembangannya merupakan objektif utama penulisan ini. Sehubungan itu, kertaskerja

7

Idea penubuhan PAI sudah diumumkan sejak tahun 1975 dan dirancang sejak tahun 1978.

Dalam penyata Rasmi Parlimen, konsep perpustakaan khusus negara berdasarkan koleksi

Islam juga pernah disebut.Terdapat beberapa penyata parlimen (tahun 1975, 1976, 1979 &

1986) yang merekodkan hal berkaitan Pusat Penyelidikan Islam dan perpustakaan Islam,

seperti dalam petikan (Rajah 1).

Rajah 1. Petikan daripada Penyata Rasmi Parlimen berkenaan PAI

Jilid I Bil. 12 (16 April 1975) Dewan Negara

YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH

Rancangan jangka panjang Pula melibatkan projek-projek kebajikan yang memerlukan perbelanjaan yang

besar. Antara projekprojek tersebut ialah Tadika Islam, Asrama, Rumah Orang Tua, Rumah Anak Yatim,

Hospital Islam dan Perpustakaan Islam. Perlaksanaan projek-projek ini adalah bergantung kepada

kedudukan kewangan Yayasan Dakwah Islamiah.

Jilid II Bil. 41 (1 Nov. 1976)

SYIAR ISLAM—RANCANGAN MENINGGIKAN

Tuan Hishamuddin bin Haji Yahaya minta Perdana Menteri menyatakan apakah rancangan-rancangan

Kerajaan sekurang-kurangnya di dalam masa lima tahun akan datang untuk meninggikan syiar Islam di

negara ini dan nyatakan jumlah wang yang diperuntukkan kepadanya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Senator Datuk Haji Othman bin Abdullah): Tuan Yang di-

Pertua, di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Kerajaan Persekutuan telahpun meluluskan sebanyak $5 juta

bagi rancangan-rancangan untuk meninggikan syiar Islam di negara ini. Jumlah ini akan digunakan untuk

membina kompleks yang mengandungi: (i) Pejabat Majlis Ugama Islam Wilayah Persekutuan; (ii)

Perpustakaan Islam Malaysia; (iii) Institut Dakwah dan Latihan Islam; (iv) Pusat Penyelidikan Islam…

(viii)… Persekutuan.

Jil. I Bil. 92 (14 Nov. 1979)

JAWAPAN JPM KEPADA TUAN SYED HASSAN BIN SYED MOHAMED (Arau)

Ahli… telah juga menyentuh tentang aktiviti Pusat Penyelidikan Islam yang dijalankan pada masa ini dan

telah membuat cadangan-cadangan seperti mengadakan sebuah muzium dan juga meminta tokoh-tokoh

ulamak mengadakan penyelidikan tentang sejarah perundangan Islam dan peruntukan perbelanjaan Pusat

Penyelidikan Islam sepatutnya ditambah lagi daripada $ 1,100,000 yang diperuntukkan itu. Aktiviti Pusat

Penyelidikan Islam pada masa sekarang ini ditumpukan semata-mata kepada penyelidikan terhadap masalah-

masalah yang timbul di dalam masyarakat Islam semasa di negara in. Tujuan daripada penyelidikan tersebut

Page 9: PERPUSTAKAAN AWAM ISLAM: SATU PENILAIAN SEMULA...Sorotan sejarah penubuhan Perpustakaan Awam Islam dan perkembangannya merupakan objektif utama penulisan ini. Sehubungan itu, kertaskerja

8

adalah untuk mencari jalan bagi mengatasi masalah-masalah itu dengan seberapa cepat yang boleh. Dalam

rancangan masa hadapan Pusat Penyelidikan Islam di dalam bidang sejarah Islam akan dijalankan dalam

tahun 1980 khasnya berhubung dengan sejarah perkembangan Islam di Malaysia dan perkara-perkara yang

berkaitan dengannya. Dalam rancangan kompleks Pusat Islam yang dijangka siapdalam tahun 1981

termasuklah sebuah muzium yangakan mempamirkan bahan-bahan sejarah Islam dan juga sebuah

perpustakaan awam Islam.

Jilid I Bil. 41 (20 Dis 1979) Dewan Negara

BADAN DAKWAH YANG MENYELEWENG

Dalam Pusat Islam kita sudah membuat dan sedang menguruskan untuk mencetak khulasah Al-

Quran,…Kerajaan telah meluluskan satu peruntukan sebanyak $26 juta untuk kita mendirikan Pusat

Penyelidikan Islam bagi SouthEast Asia ini… bangunan akan bermula dalam tahun 1980, insya Allah, kita

akan berusaha bersungguh-sungguh atas perkara ini.

Jilid I Bil. 12 (22 Okt. 1986) Dewan Rakyat

RANG UNDANG-UNDANG PERPUSTAKAAN NEGARA (PINDAAN)

Tuan Shahidan bin Kassim (Arau): … Selaras dengan itu saya hendak cadangkan, sebab kita lihat di antara

yang telah disebutkan tadi iaitu berhubung dengan sejarah dan juga sejarah bangsa-bangsa dan kebudayaan.

Saya ingin menyentuh iaitu di samping kita menggalakkan pengumpulan sumber-sumber perpustakaan

mengenai kebudayaan rakan-rakan kita Tionghua, India dan lain-lain lagi, saya juga mencadangkan satu

perpustakaan yang boleh kita namakan perpustakaan Islam iaitu di mana koleksi-koleksi berhubung dengan

agama Islam dibuat. Pada masa sekarang ini kita lihat banyak perpustakaan orang kata meletakkan pelbagai,

jadi biarlah dia khusus sedikit. Ada perpustakaan yang khusus katakanlah perpustakaan Islam ataupun

perpustakaan yang bercorak kebudayaan. Walaupun dalam Perpustaaan Negara dia ada seksi-seksinya, tetapi

biarlah ada perpustakaan khas untuk itu. Dengan ini memudahkan kita membuat rujukan.

Salah satu fungsi awal Pusat Penyelidikan Islam ialah “Menyebarkan maklumat yang sahih

dan terkini mengenai Islam kepada seluruh masyarakat”. Perpustakaan dilihat sebagai salah

satu penyelesaian menghadapi cabaran ajaran sesat yang melanda umat Islam, khususnya di

Malaysia. Pada tahun 1979, isu ajaran sesat dan cara-cara mengatasinya beberapa kali

dibawa ke Parlimen. Pada tahun yang sama, Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan

yang pertama, Tan Sri Dato’ Sheikh Abdul Mohsein Haji Salleh (1974-1984) telah turut

menyumbangkan karya berjudul Ajaran-ajaran sesat dan cara mengatasinya.Tahun 1979

juga telah berlakunya Revolusi Islam di Iran yang memberi kesan kepada keutamaan dalam

perancangan pembangunan Islam di Malaysia.

Page 10: PERPUSTAKAAN AWAM ISLAM: SATU PENILAIAN SEMULA...Sorotan sejarah penubuhan Perpustakaan Awam Islam dan perkembangannya merupakan objektif utama penulisan ini. Sehubungan itu, kertaskerja

9

Tidak dapat dipastikan sama ada perpustakaan ada disebut sebagai suatu solusi, tetapi satu

mesyuarat Pusat Penyelidikan Islam ketika itu berpendapat bahawa masyarakat mudah

terpengaruh kerana kekurangan rujukan yang tepat dan sumber yang berautoriti. Sepatutnya

buku-buku yang bermutu dan relevan dapat didedahkan kepada masyarakat melalui akses

yang mudah terutamanya di masjid-masjid dan perpustakaan awam.Wan Alias telah diberi

peranan utama menjayakan sebuah perpustakaan awam Islam. Berikutan itu, beliau dihantar

mengikuti program Diploma Lepasan Ijazah Sains Perpustakaan di Institut Teknologi MARA

pada tahun 1981.

Koleksi pemula dan operasi awal

Pada tahun 1980, operasi PAI bermula di Masjid Negara kerana Pusat Penyelidikan

Islam yang asal berpejabat di Masjid Negara sebelum berpindah ke Kompleks Kerajaan Jalan

Duta pada tahun 1978. Semasa Pusat Penyelidikan Islam berpindah ke Kompleks Kerajaan

tersebut, buku-buku yang dihimpun kekal ditempatkan di Masjid Negara.Koleksi asal (tahun

1979) hanya sebanyak 3,873 buku dan 10 terbitan bersiri merupakan koleksi perpustakaan

Pusat Penyelidikan Islam dan Masjid Negara. Bermula tahun 1980, pembelian dilakukan

sehingga koleksi berkembang kepada kira-kira 100,000 pada tahun 1985. Bagi mengelak

berlaku masalah dalam pembelian buku-buku Arab, penambahan koleksi perpustakaan dibuat

melalui pembelian terusdari Cairo melalui kerjasama dengan Dato’ Mohamad bin S. Ahmad

(Dato’ Zaki) dari Syarikat Darul Fikr. Beliau seorang peniaga, pengumpul dan penggemar

buku sehingga dikatakan koleksi buku Islamnya adalah yang terbesar di Asia

Tenggara.Menurut Wan Alias, ummahatul kitab diutamakan dan pemilihan buku dibuat

memenuhi keperluan rujukan yang mencukupi untuk pengajian peringkat kedoktoran.

Pada 2 Mei 1982, kakitangan sokongan pertama melapor diri dan di tempatkan di Masjid

Negara. Selepas mengikuti latihan selama sebulan di Perpustakaan Negara Malaysia, beliau

membantu kerja-kerja pemprosesan buku-buku baru yang ditempatkan di dalam stor Masjid

Negara. Pegawai dan kakitangan Masjid Negara turut membantu. Dengan liputan koleksi

Islam yangkomprehensif dan mendalam, kekurangan peruntukan pada skim pengkelasan

yang digunakan iaitu Dewey Decimal Classification (DDC) merupakan satu cabaran. Wan

Alias telah mengambil inisiatif membuat perluasan terhadap notasi Islam skim tersebut dan ia

digunapakai oleh PAI. Selepas pustakawan Skim Perkhidmatan Gunasama Perpustakaan

mengambil alih tugas, Islam: Outline of a Classification Scheme oleh Ziauddin Sardar telah

digunakan menggantikan DDC.

Page 11: PERPUSTAKAAN AWAM ISLAM: SATU PENILAIAN SEMULA...Sorotan sejarah penubuhan Perpustakaan Awam Islam dan perkembangannya merupakan objektif utama penulisan ini. Sehubungan itu, kertaskerja

10

Setelah menumpang selama empat tahun di Masjid Negara, bangunan 4-tingkat Perpustakaan

Awam Islam di Kompleks Pusat Islam siap untuk digunakan dan pada tahun 1985

Perpustakaan Awam Islam dibuka kepada umum. Menghampiri tarikh pembukaannya, pada

akhir 1984Wan Alias ditempatkan sepenuh masa di Balai Pameran Islam untuk projek

Muzium Islam. Bagi mengelak kenaikan pangkat yang terhad di samping memastikan PAI

diurus oleh pegawai ikhtisas terlatih, Wan Alias mengusahakan pengujudan jawatan kader

yang diisi oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Apabila pustakawan tersebut menamatkan

perkhidmatan, bermula kira-kira tahun 1990 PAI diketuai pula oleh Pegawai Agama dalam

tempoh beberapa tahun. Selepas itu, beberapa pustakawan Skim Perkhidmatan Gunasama

Perpustakaan mengetuai PAI. Ada satu ketika PAI diperuntukkan dengan seorang

pustakawan sebagai pegawai lawatan sahaja.

Hab pengetahuan: perpustakaan, muzium Islam dan planetarium

PAI berpeluang mendedahkan pengunjung dan pengguna kepada budaya dan tamadun

dengan apresiasi sejarah dan manifestasi sumbangan Islam dalam tamadun sejagatmelalui

koleksi warisan Islamkerana Balai Pameran Islam terletak dalam bangunan perpustakaan.

Balai Pameran Islam berkeluasan 29,000 kaki persegi manakala PAI berkeluasan 58,000 kaki

persegi. Pada mula pentadbiran PAI dan Balai Pameran Islam dipisahkan, walaupun PAI

sudah mempunyai pustakawan, ia diletakkan di bawah penyeliaan Pengarah Muzium Islam.

Ketika itu, Wan Aliassudah diarahkan menumpukan perhatian kepada Balai Pameran Islam

yangdibuka pada tahun 1984. Pihak Muzium Negara telah memberikan kerjasama, malah

dua orang Penolong Kurator telah ditempatkan secara pinjaman untuk membantu pengurusan

Balai Pameran Islam. Selepas tempoh tersebut, Wan Alias pernah menjalankan peranan

sebagai kurator di Balai Pameran Islam selama dua tahun.

Setahun berikutnya, Katalog bahan pameran [manuskrip Islam] di Balai Pameran Islam,

Pusat Islam Malaysia, diterbitkanpada 1986 dalam 52 helaian. Pada 1992, katalog lebih

terperinci telah diterbitkan, berjudul “Bibliografi Manuskrip Melayu di Muzium Islam

Malaysia”, disusun oleh Engku Ibrahim Engku Ismail dan Osman Bakar. Sebuah buku

daripada tesis telah dihsilkan berdasarkan koleksi di Muzium tersebut, iaitu Ragam Hias al-

Qur’an di Alam Melayu. Bermula tahun 1984 hingga 1997, sejumlah 5,000 koleksi berjaya

dikumpulkan. Selain artifek, terdapat 3000 manuskrip Melayu (termasuk 300 manuskrip al-

Qur’an nusantara), koleksi lampu Mamluk, matawang, senjata, tekstil dan cap mohor. .

Page 12: PERPUSTAKAAN AWAM ISLAM: SATU PENILAIAN SEMULA...Sorotan sejarah penubuhan Perpustakaan Awam Islam dan perkembangannya merupakan objektif utama penulisan ini. Sehubungan itu, kertaskerja

11

Dengan keyakinan pameran boleh dipopularkan sebagai media dakwah,secara purata enam

pameran (tetap dan bergerak) diadakan setiap tahun (termasukManifestasi Perdana Seni Khat

’88). Kekuatan koleksi Qur’an di Balai Pameran membawa kepada pembinaan al-Qur’an

Mushaf Malaysia apabila pelancaran rasmiPenyalinan al-Quran Mushaf Malaysia pada 17

Ramadan 1417 bersamaan 26 Januari 1997 berlangsung di Balai Pameran Islam. Dua

pameran berskala antarabangsa pernah dianjurkan. JAKIM juga pernah mengadakan

Pameran Warisan Tamadun di Negara Brunei dan Republik Indonesia.

Dari segi dokumentasi, Wan Alias telah terlibat secara langsung merakamkan koleksi

Muzium Islam dalam beberapa penerbitan, termasuk:

1. Ekspo Tamadun Islam Sedunia (1990 : Kuala Lumpur). Warisan Tamadun Islam =

TheHeritage of Islamic Civilization. Kuala Lumpur : DBP dan BAHEIS, 1993. 241

pages ; 31 cm. ISBN 9836219609.

2. Festival Tamadun Islam Sedunia (1994 : Kuala Lumpur). Cahaya Menerangi

Kegelapan = From Darkness To Light / [susunan] Mohd Redzuan Tumin, 1996.

“Sebanyak 1,300 artifek Islam dari seluruh dunia dipamerkan pada 17 Jun-31 Oktober

1994”.

Rajah 2. Lima karya terhasil daripada koleksi Muzium Islam

Page 13: PERPUSTAKAAN AWAM ISLAM: SATU PENILAIAN SEMULA...Sorotan sejarah penubuhan Perpustakaan Awam Islam dan perkembangannya merupakan objektif utama penulisan ini. Sehubungan itu, kertaskerja

12

Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada masa itu, Dato’ Abang Abu Bakar bin Datu Bandar

Abang Haji Mustapha mencatatkan pada buku Cahaya menerangi kegelapanmengenai

kejayaan penganjuran pameran,dengan antaranya: “… for your own untiring sacrifices to

make this festival a great success as praised by world experts on Islamic antiquities who

attended WICF’94.” (Rajah 3). Testimoni itu ditulis sebelum Wan Alias meninggalkan

jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam pada tahun 1996 dan diberi pencen pilihan supaya beliau

dapat melaksanakan idea Siri Jejak Rasul melalui TV3. Ekspo dan pameran yang dianjurkan

melahirkan buku oleh Wan Alias sendiri berjudul Pengenalan dan Sejarah Tamadun Islam.

Daripada buku tersebutlah Wan Alias mengilhamkan program TV iaitu Jejak Rasul.

Rajah 3. Testimoni pada naskhah peribadi buku Cahaya menerangi kegelapan

Pada 10 Oktober 1983, kerajaan telah mengisytiharkan pengujudan Pusat Kebangsaan

Manuskrip Melayu supaya satu institusi dipertanggungjawabkan secara khusus untuk

menyelamat warisan pemikiran dan kebudayaan bangsa dan negara. Pada tahun 1985, Pusat

Page 14: PERPUSTAKAAN AWAM ISLAM: SATU PENILAIAN SEMULA...Sorotan sejarah penubuhan Perpustakaan Awam Islam dan perkembangannya merupakan objektif utama penulisan ini. Sehubungan itu, kertaskerja

13

Manuskrip Melayu ditubuhkan di Perpustakaan Negara Malaysia dan sejak itu, PNM

mengambil alih peranan mengumpul manuskrip daripada Pusat Islam JAKIM.Wan Alias

pernah bekerja rapat dengan PNM semasa menjadi ahli Jawatankuasa Pameran Manuskrip

Melayu sempena Persidangan Antarabangsa Tamadun Melayu Ke-dua pada 15-10 Ogos

1989. Muzium Islam masih menerima pelawat pada tahun 1998 sebelum operasinya

ditamatkan apabila pada tahun yang sama manuskrip dan artifak yang ada dipinjamkan secara

kekal ke Muzium Kesenian Islam Malaysia dengan kontrak asal selama 30 tahun.

Dengan koleksi artifak yang ada,Pameran Antarabangsa Tamadun Islam dianjurkan di

Muzium Negara pada Mei 1984, dengan kerjasama Berita Harian. Melihatkan kepada

sambutan yang diterima, termasuk pameran astronomi Islam, Pameran Astronomi Islam

dianjurkan pada akhir tahun yang sama di Pusat Islam. Pemilihan tarikh adalah atas

cadangan Datuk Dr. Mazlan Othman, sempena ramalan komet Halley akan kembali ke langit

selepas 75 tahun beredar. Wan Alias mengambil peluang menyempurnakan kertas konsep

penubuhan balai cerap astronomi dan planetarium dalam kawasan Pusat Islam atas dasar

astronomi Islam adalah suatu fardu kifayah. Inspirasi daripadaayat َلِك تقََرٍّ لَھاَ ۚ ذَٰ رِي لِمُسْ سُ تجَْ الشَّمْ وَ

لیِمِ یزِ الْعَ bermaksud “Dan matahari beredar di tempat peredarannya, itulah [Yaasin: 38] .تَقْدِیرُ الْعَزِ

ketepatan Allah yang maha perkasa lagi maha mengetahui” dan dengan misi

memperkenalkan fenomena hubungan dan peredaran bumi, matahari dan bulan, Wan Alias

mendraf kertas konsep asal yang dilengkapi lakaran artis dengan kerjasama rapat Kumpulan

Senireka Sdn. Bhd.

Pada ucapan perasmian pameran, cadangan sebuah observatarium planetarium yang

antaranya berperanan sebagai pusat cerapan bulan dan bintang telahdiketengahkan oleh

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Dato’ Dr. Mohamad Yusof Noor. Apabila

cadangan tersebut dibawa ke Kabinet dan kemudian diminta satu kertas konsep untuk

dibentangkan, bahan yang disediakan Wan Alias dibawa ke mesyuarat kabinet dan

diluluskan. Beberapa penambahbaikan dilakukan dan Balai Pameran Islam menjadi urusetia

penubuhan sebuah planetarium sebelum diambil alih oleh Bahagian Planetarium Jabatan

Perdana Menteriyang diwujudkan pada 1989. Pada tahun 1990 Datuk Dr. Mazlan Othman

telah dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri bagi mendirikan dan mengetuai Bahagian

tersebut. Planetarium Negara dibuka pada 1993 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun

Dr. Mahathir Mohamad pada 7 Februari 1994. Pada bulan Julai 1993, Bahagian Planetarium

Page 15: PERPUSTAKAAN AWAM ISLAM: SATU PENILAIAN SEMULA...Sorotan sejarah penubuhan Perpustakaan Awam Islam dan perkembangannya merupakan objektif utama penulisan ini. Sehubungan itu, kertaskerja

14

ini dipindahkan ke Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar sebagai Bahagian Kajian

Sains Angkasa.

Visi, objektif dan peranan Perpustakaan Awam Islam

Penubuhan PAI dicatatkan sebagai “satu manifestasi Bahagian Ugama Jabatan

Perdana Menteri bagi membangunkan ummah dan Negara melalui perkhidmatan

perpustakaan”. Agenda penubuhan PAI yang dapat dikesan melalui temubual dengan Wan

Alias ialah keperluan penyelesaian untuk mengelak pencemaran akidah dan menjaga

kemurnian Islam. Hal ini berkesinambungan sehingga apabila permuafakatan serantau

Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan

Republik Singapura (MABIMS) dibentuk pada tahun 1989, salah satu bidang kerjasama

dizahirkan dengan pembentukan Jawatankuasa Kawalan Akidah Umat Islam.

Sejak mula beroperasi, PAI bergerak sebagai perpustakaan awam rujukan atas nasihat Ketua

Pengarah Bahagian Hal Ehwal Islam ketika itu, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman. Melalui

dokumen laporan semasa, penubuhan PAI dinyatakan sebagai berobjektif “menjadikan PAI

sebuah pusat kecemerlangan sumber ilmu berkaitan Islam yang terkini dan lengkap agar

dapat menyokong usaha-usaha kerajaan untuk memperkayakan sumber maklumat Negara.

Di samping itu, bagi PAI memainkan peranan membantu Negara mencapai matlamat

menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam dengan menyalurkan maklumat dan sumber ilmu

yang tepat mengenai Islam”.

Fungsi semasa PAI adalah seperti berikut:

• Menjadi pusat mengumpul, memproses dan mempamerkan koleksi warisan

intelektual Islam dan pusat pengumpulan maklumat berkaitan hal ehwal Islam;

• Kemudahan rujukan dan maklumat intelektual Islam bagi pegawai jabatan, pelajar

pusat pengajian tinggi, pendakwah dan penyelidik dari kalangan awam;

• Kemudahan sirkulasi koleksi PAI dan menguruskan pinjaman di bawah Sistem

Pembekalan Penerbitan (SPP) untuk warga kerja JAKIM dan JAWI; dan

• Memenuhi keperluan maklumat Islam bagi membantu perlaksanaan visi dan matlamat

jabatan dan negara.

Page 16: PERPUSTAKAAN AWAM ISLAM: SATU PENILAIAN SEMULA...Sorotan sejarah penubuhan Perpustakaan Awam Islam dan perkembangannya merupakan objektif utama penulisan ini. Sehubungan itu, kertaskerja

15

Perkembangan dan profail semasa

Pada 1986,PAI diletakkan sepenuhnya di bawah Pusat Penyelidikan Islam yang

bertukar nama Bahagian Penyelidikan pada tahun 1997. Pada tahun 2009, bahagian ini

dikenali sebagai Bahagian Perancangan dan Penyelidikan. Semasa perpindahan JAKIM ke

Putrajaya pada tahun 2001, PAI dikekalkan di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Pada

tahun 2002, PAI berpindah lokasi ke Balai Pameran Islam. Pada tahun yang sama, mengikut

struktur, PAI diletakkan di bawah Bahagian Penerbitan yang mempunyai visi “Membentuk

ummah yang berilmu, beriman, dan berakhlak mulia melalui sumber ilmu yang tepat”.

Bahagian Penerbitan bertanggungjawab ke atas 11 fungsi. Fungsi terakhir adalah

“Menyediakan perkhidmatan Perpustakaan Kakitangan JAKIM dan Perpustakaan Awam

Islam”... Justeru selain PAI, sebuah perpustakaan jabatan telah diwujudkan untuk kegunaan

pegawai dan kakitangan JAKIM di Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Putrajaya. Bagi pembinaan koleksi awalan perpustakaan tersebut, pada tahun 2004, lebih

kurang 30,000 naskhah buku koleksi Pinjaman Dewasatelah dipindahkan ke sana.Dengan

lokasi semasa, PAI diselia secara pentadbiran oleh Bahagian Khidmat Pengurusan di Pusat

Islam.

Pada era 1985 hingga 1990-an, PAI merupakan satu-satunya perpustakaan di Malaysia yang

memiliki koleksi warisan intelektual Islam terbanyak berbanding koleksi Islam perpustakaan

akademik sekitar Lembah Kelang yang dalam pertumbuhan awal.Pada tahun 2009, PAI

mempunyai koleksi sebanyak 120,000 naskhah buku dan 10,674 isu bahan bersiri. Walaupun

peruntukan untuk pembelian buku terhenti, bermula 2013 pembelian dilakukan semula

walaupun tidak banyak. Koleksi awal PAI yang sedia ada masih dihargai oleh pengunjung-

pengunjung yang berkemahiran disiplin Islam kerana pemilihan koleksi sewaktu pembukaan

perpustakaan telah dibuat oleh pakar yang ‘kenal dan tahu betul’ mengenai bahan yang

dipilihnya.

Dengan koleksi merangkumi pengajian peringkat tinggi (koleksi dewasa) dan koleksi kanak-

kanak yang agak besar, PAI menarik kunjungan umum terutamanya penuntut pengajian

tinggi dan penyelidik. PAI pernah melalui era sebagai perpustakaan yang meriah sehingga

tempat duduk selalu penuh malah ada kalanya pengguna duduk di atas lantai kawasan rak.

Sirkulasi dalaman (penggunaan bahan dalam perpustakaan) juga meningkat dengan

banyaknya.Pemerhatian kakitangan mendapati kunjungan kepada PAI merosot mungkin

Page 17: PERPUSTAKAAN AWAM ISLAM: SATU PENILAIAN SEMULA...Sorotan sejarah penubuhan Perpustakaan Awam Islam dan perkembangannya merupakan objektif utama penulisan ini. Sehubungan itu, kertaskerja

16

disebabkan perpustakaan Islam lain sudah berkembang di samping bertambahnya pilihan

perpustakaan. PAI juga belum mempunyai katalog atas talian dan tiada kemudahan

komputer dan internet yang boleh ditawarkan kepada pengunjung. Selain pernah ditutup,

PAI mengalami kemerosotan koleksi kerana pembelian yang terhad di samping perpindahan

koleksi ke Putrajaya dan pinjaman pukal jangka panjang oleh JAWI dan agensi di bawah

JAKIM.

Selepas PAI berpindah ke Balai Pameran Islam, ruang asal perpustakaan diambil alih oleh

YADIM, Jabatan Kehakiman Syari’ah Malaysia (JKSM), JAWI dan pada 2010, TV al-

Hijrah. JKSM kemudiannya berpindah ke Putrajaya pada 2009 dan hal ini mendorong PAI

mengambil alih semula ruang tersebutpada 2010. Usaha dan kerja-kerja perpindahan semula

dilakukan semasa Bahagian Penguatkuasaan JAWI masih berada di perpustakaan. Selepas

kurang dari setahun, perpustakaan kembali beroperasi pada 1 April 2011. Bermula daripada

bangunan 4-tingkat dengan keluasan 58,000 kaki persegi, PAI kini beroperasi di separuh

bahagian daripada ruang lantai tingkat satu dan dua sahaja.

Sebagai sebuah perpustakaan awam, PAI wajar dinilai berdasarkan profail (tanda aras)

mengikut Public Library Standards. Lapan perkara tanda aras (dilampirkan bersama statistik

2014 yang diperolehi) dilabelkan mengikut indikator berikut:

Jadual 1. Profail PAI merujuk kepada standard perpustakaan awam

Indikator Bilangan

Kunjungan

7,768 orang Ahli berdaftar (JAKIM): 851 orang

Sirkulasi

1,028 permohonan pinjaman 2,280 edaran dalaman

Saiz koleksi

161,224 naskhah buku; 797 naskhah persidangan; 4,919 sumber media

Jam perkhidmatan awam

Isnin-Jumaat: 9 pagi-4:30 petang Sabtu, Ahad & cuti umum: Tutup

Kakitangan

2 – Pustakawan (Nov. 2012- )* 4 – Pembantu perpustakaan 1 – Pembantu pemuliharaan

Page 18: PERPUSTAKAAN AWAM ISLAM: SATU PENILAIAN SEMULA...Sorotan sejarah penubuhan Perpustakaan Awam Islam dan perkembangannya merupakan objektif utama penulisan ini. Sehubungan itu, kertaskerja

17

3 – Sokongan operasi * Sebelum itu penempatan 1 orang / tanpa pustakawan / 1 orang pegawai lawatan

Sumber elektronik

URL :http://www.pnmdigital.gov.my (23 pangkalan data)

Pendapatan operasi dan perbelanjaan

--

Bilangan cawangan perkhidmatan

Perpustakaan Pegawai & Kakitangan JAKIM

Pada tahun 2014, sedikit pengubahsuaian dilakukan bagi memudahkan akses ke dalam

perpustakaan di samping dapat meningkatkan keselamatan buku-buku di perpustakaan. Sejak

mula menggunakan sistem automasi, PAI menggunakan Softrade Library System With

Arabic Support. Sistem ini menyediakan pencarian bahan dalam tulisan roman dan Arab

melalui fail judul dan pengarang. Pada masa ini, pemasangan Integrated Library System

jenama ILMU sudah diluluskan dan sedang dimuktamadkan. Ini bermakna projek conversion

yang besar akan dijalankan bagi membolehkan katalog PAI diakses atas talian, selain

pembinaan laman sesawang PAI.

PAI dan perpustakaan masjid

Menurut Wan Alias, kertas konsep PAI mencadangkan perpustakaan diwujudkan

dimasjid bermula di bandar-bandar besar. Idea ini terjemahkan dengan pelan tindakan kerana

meyedari perpustakaan Masjid Negara dan perpustakaan akademik tidak terbuka kepada

orangramai.Perpustakaan masjid yang dicadangkan hendaklah diketuai oleh sekurang-

kurangnya seorang penolong pegawai perpustakaan, diperincikan tenaga kerjanya dan

disediakanoperasi pemperosesan berpusat. Penekanan bahawa ruang perpustakaan tidak

semestinya besar disampaikan kepada perhatian Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kerja

Raya pada masa itu bagi dimasukkan ruang perpustakaan dalam spesifikasi masjid-masjid

baru di Malaysia.

Projek perpustakaan masjid dimurnikan dan diketengahkan kepada umum melalui

Persidangan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia ke-21 di Pusat Islam pada

24 Ogos 1993 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Encik Ghafar

Baba. Perpustakaan akan diadakan di masjid seluruh Negara dan dilantik bilal-bilal sebagai

penyelia sepenuh masa dengan diberi elaun bulanan.Pada tahun 1994, Jawatankuasa Teknikal

Mengadakan Perpustakaan Di Masjid-masjid Seluruh Negara telah dibentuk. Pengumuman

Page 19: PERPUSTAKAAN AWAM ISLAM: SATU PENILAIAN SEMULA...Sorotan sejarah penubuhan Perpustakaan Awam Islam dan perkembangannya merupakan objektif utama penulisan ini. Sehubungan itu, kertaskerja

18

agar perpustakaan dibina di setiap masjid di Negara inidiulang lagi pada 23 Jun 1995 oleh

YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbarnya selepas

mempengerusikan mesyuarat yang sama bagi kali ke-24. Beliau turut mengumumkan

Yayasan Pembangunan Masjid Malaysia bagi menjadikan masjid sebagai pusat pembangunan

ilmu dan minda di kalangan umat Islam.

Perpustakaan masjid model dilaksanakan di Masjid Sik pada tahun 1995 dan empat pegawai

masjid diberi kursus di JAKIM. Koleksi pemula sebanyak 788 naskhah yang diproses di PAI

diserahkan kepada Masjid Sik.Pada tahun 1997, projek perpustakaan masjid diambil alih oleh

Jawatankuasa Koordinasi Pembentukan Perpustakaan Masjid. Dari sini, kesinambungan

peranan PAI dalam pembangunan perpustakaan masjid memerlukan tinjauan lanjut.

Dalam Bengkel dan Mesyuarat Pemantapan Pengurusan Perpustakaan-perpustakaan Agensi

dan Bahagian di Bawah JAKIM pada 20-21 Jun 2013 di Institut Latihan Islam Malaysia

Wilayah Timur (ILTIM), Ketua Pengarah PNM, Dato’ Raslin bin Abu Bakar dalam ucapan

perasmian mengharapkan JAKIM dapat mengusahakan Perpustakaan Awam Islam sebagai

sebuah pusat rujukan Islam yang berwibawa di Malaysia. Perpustakan lain di bawah JAKIM

adalah Perpustakaan Pegawai dan Kakitangan JAKIM, JAWI, JAKIM Cawangan Sabah,

Institut Latihan Islam Malaysia, Darul Qur’an, Institut Kemahiran Islam Sarawak, Masjid

Negara, Masjid Putra, Masjid Wilayah Persekutuan dan Masjid Tuanku Mizan. Dato’ Raslin

pernah berkhidmatsebagai pustakawan gunasama di PAI pada tahun 1991-1996. Beliau

adalah jawatankuasa perintis pembentukan perpustakaan masjid dan terlibat aktif dalam

program latihan berkaitan terutama di negeri Melaka dan Pulau Pinang.

Objektif PAI: penilaian

Perpustakaan Awam Islam pernah berada dalam persekitaran yang positif dan

kedudukan yang baik.Boleh dikatakan PAI dan program perpustakaan masjid sudah

mengorak langkah yang betul untuk mencapai hasrat penubuhannya. Pemerhatian oleh

perintis PAI mengandaikanberdasarkan ukuran A-Z, mungkin kesejajaran PAI dan program

perpustakaan masjid pernah menghampiri tahap G-J.Jika semakan terhadap pencapaian

semasa ditangguhkan, lebih banyak masa terbuang dan boleh mengakibatkan perlaksanaan

tertentu perlu dimulakan kembali daripada awal. Pemilikan (ownership) dari satu pihak

kepada pihak yang lain dan penetapan sumber manusia tidak memperlihatkan visi yang jelas

Page 20: PERPUSTAKAAN AWAM ISLAM: SATU PENILAIAN SEMULA...Sorotan sejarah penubuhan Perpustakaan Awam Islam dan perkembangannya merupakan objektif utama penulisan ini. Sehubungan itu, kertaskerja

19

bagi mengemudi ke mana arah perpustakaan ini dalam hal yang merangkumi perkhidmatan

dan subject matter.

Perjalanan akan menjadi semakin jauh dengan cabaran semasa terutamanya kerja menyajikan

maklumat yang benar dan autentik. Maklumat Islammemerlukan penyedianya mempunyai

penguasaan yang baik terhadap kandungan koleksinya, ilmu yang menyampaikan kepada

kefahaman bidang-bidang Islam dan kompetensi mengendalikan sumber maklumat Islam.

Imam Syafi’i pernah berkata, "al-‘Ilm fi sudur, la fi sutur" yang bermaksud ilmu itu dalam

dada, bukan di kertas – dan hari ini dengan kejituan ilmu yang makin berkurang,

kepergantungan masyarakat terhadap sumber ilmu daripada media cetak juga berkurang

dengan adanya media baharu. Umum mengetahui, perkembangan ilmu melalui dunia siber

bukanlah mudah untuk dipantau, apalagi untuk melindungi umat bukan saja daripada ilmu

yang tidak murni tetapi juga yang tidak bermanfaat (‘ilmin la yanfa’). Aspek ini adalah

sesuatu yang perlu digarap dalampenyampaian literasi maklumat Islam dan kemahiran daya

pakai koleksi Islam.

PAIyang dibangunkan sebagai satu inisiatif pihak pemerintah menangani isu pencemaran

akidah, penularan ajaran sesat, pemikiran songsang dan kecelaruan amalan kini berdepan

pula dengan penyelewengan agama dan kemunculan fahaman yang makin berbagai.

Perpustakaan Islam sebagai wahana menjagaagama dan institusi yang menjunjung amanah

ilmu harus turut serta melindungi akidah Ahli Sunnah wal-jama’ah dengan membekalkan

bahan yang terpelihara keasliannya. Orang awam harus dilindungi daripada pengkhianatan

intelektual, pembohongan atau penyelewengan ilmu dan agama bukan sahaja dari sumber

internet dan buku picisan, malah kitab turath yang diputarbelitkan dan buku kontemporari

(sama ada versi cetak atau digital) yang tidak benar. Fenomena yang mengancam kemurnian

Islam dan kehidupan beragama memerlukan gabungan ilmu kepustakawanan dan disiplin

Islam yang mantap dalam perkhidmatan perpustakaan. Sebagai nilai tambah, adalah

bermanfaat jika pustakawan mendapat pendedahan kepada perkara yang terkandung dalam

silibus penilaian Perkhidmatan Pegawai Hal Ehwal Islam.

Keutamaan nasional dari segi peruntukan menjaga agama melalui penyediaan maklumat

berkualiti, penguasaan ilmu, kebenaran intelektual dan pencerahan awam dalam menghadapi

cabaran semasa adalah latar penubuhan PAI. Walaupun daripada mula sudah ada arah tuju,

harus disemak sama ada tumpuan yang cukup telah diberi terhadap kemajuan PAI. Perlu

Page 21: PERPUSTAKAAN AWAM ISLAM: SATU PENILAIAN SEMULA...Sorotan sejarah penubuhan Perpustakaan Awam Islam dan perkembangannya merupakan objektif utama penulisan ini. Sehubungan itu, kertaskerja

20

diambilkira bukan sahaja kehendak pengguna dalaman tetapi juga kehendak awam

terutamanya ilmuan tempatan, pelajar pengajian tinggi Islam dan penyelidik awam. Persepsi

bahawa perpustakaan tidak mempunyai nilai ekonomi akan terserlah jika perpustakaan tidak

menonjolkan imej dinamik dan signifikan sejajar dengan kedudukan Islam dalam

perlembagaan.

Pembangunan masa depan PAI

Bagi meletakkan PAI kepada kedudukan asal atau lebih baik, sebarang cadangan

songsongan perlu melihat kepada jurang fokus organisasi perpustakaan dengan persepsi dan

jangkaan awam. Perpustakaan adalah indikator peningkatan kematangan, oleh itu ia

membina reputasi nasional dan antarabangsa. Selain mengujudkan pengawasan atau struktur

tadbir urus (governance), segala perancangan bagi pengurusandan pembangunan fizikal dan

kepakaran hendaklah mengutamakan perancangan bagi pembangunan koleksi sesuai dengan

kaedah asas institusi perpustakaan.

Keperluan maklumat sejagat harus diserapkan dalam mengurus warisan tamadun Islam.

Pemikiran sejagat (universal thinking) bahawa warisan Islam sebagai sejarah global dan

kekayaan negara perlu diterapkan supaya ada kebersamaan bertindak bagi memelihara

khazanah Islam. Agensi penyimpan dengan itu akan bertindak sebagai penjaga amanah dan

bukan pemilik mutlak terhadap manuskrip dan bahan nadir. Imej antarabangsa adalah

sesuatu yang boleh dicipta berdasarkan misi pembangunan koleksi.

Pembangunan perpustakaan Islam juga adalah satu perkara yang patut menjadi perhatian

dunia Islam kerana Islam adalah agama yang paling pesat berkembang maju. Kepedulian

terhadap maklumat sejagat bukan saja untuk memenuhi keperluan orang Islam tetapi juga

kepada penganut agama atau fahaman bukan Islam. Bidang Islam sebagai ‘area studies’

semakin menipis, sebaliknya imej antarabangsa dunia Islam semakin menyerlah.

Perpustakaan adalah institusi sosial di mana interaksi kosmopolitan berlaku. Mempunyai

status autonomi atau badan pentadbir sendiri bagi sesuatu organisasi akan lebih memudahkan

hubungan dan kerjasama dengan entiti-entiti lain yang berkaitan. Sebagai catatan, di negara

seperti Sri Lanka, terdapat undang-undang “Muslim Library (Incorporation) Law”.

Page 22: PERPUSTAKAAN AWAM ISLAM: SATU PENILAIAN SEMULA...Sorotan sejarah penubuhan Perpustakaan Awam Islam dan perkembangannya merupakan objektif utama penulisan ini. Sehubungan itu, kertaskerja

21

Pemerkasaan PAI

Kecuali ada ketetapan semasa yang pernah dinyatakan, masa depan PAI adalah ia

patut diberi nafas baru dan dikembalikan kepada fungsi asal. Sebagai perintis PAI, Wan

Alias berpendapat PAI harus meluaskan bidang pengaruhnya supaya lebih insidental dan

kondusif untuk mendukung perkembangan ilmu dan apresiasi tamadun.Ada beberapa perkara

yang boleh menampung fungsi penyebaran maklumat dan menyerlahkanketerlihatan PAI,

antaranya:

i. Penglibatan operasi dalam perkhidmatan maklumat Islam kebangsaan bagi deposit

salinan wajib koleksi grey literature untuk bidang Islam seperti laporan (tahunan,

penyelidikan, teknikal, projek dan lain-lain), kertas kerja, dokumen rasmi dan

dokumen penilaian, terutamannya yang boleh terpakai untuk akses umum atau public

domain.

ii. Pembangunan rangkaian maklumat Islam sebagai sumbangan kepada Dasar

Maklumat Negara (National Information Policy)

iii. Fokus kebangsaan bagi kerjasama maklumat seperti bibliografi Islam antarabangsa

dan akses kepada sumber terhad

iv. Menyelaras penyebaran luas, pembangunan dan penyelidikan kerja maklumat Islam

v. Penganjuran latihan pakar

vi. Membantu penubuhan perpustakaan baru dan aktiviti songsongan untuk menyelaras

perkembangan perpustakaan masjid

vii. Memudahcara pengujudan standard, kerjasama perpustakaan dan perkongsian koleksi

Islam Malaysia.

viii. Melalui MABIMS, melaksanakan kerjasama kebudayaanIslam terutamanya

mempromosi persidangan Negara-negara ‘abjadiyah’ bagi mendaulatkan tulisan Jawi

sebagai agen penyatuan dan sumber merakam ilmu serta diberi nilai ekonomi untuk

mengelak kepupusannyasebagaimana tulisan Sanskrit.

ix. Pendigitalan bahan-bahan nadir dan akses digital terhadap koleksi perpustakaan dan

pameran Islam yang telah bertukar tangan, dan

x. Penempatan berpusat koleksi buku haram

Panduan melalui amalan terbaik perpustakaan Islam nasional negara lain yang berwibawa

dan setara boleh dipertimbangkan termasuk semakan terhadap kewujudan perpustakaan

khusus Negara bagi melengkapi perpustakaan Negara semasa. Di negara Arab, perpustakaan

Page 23: PERPUSTAKAAN AWAM ISLAM: SATU PENILAIAN SEMULA...Sorotan sejarah penubuhan Perpustakaan Awam Islam dan perkembangannya merupakan objektif utama penulisan ini. Sehubungan itu, kertaskerja

22

Negara adalah juga perpustakaan Islam bukanlah suatu yang aneh. Namun ada juga bukan

negara Islam yang mempunyai perpustakaan awam Islam atau perpustakaan Islam nasional

seperti Australian Islamic National Library. Juga, beberapa negara ada mempunyai lebih

daripada satu perpustakaan Negara, biasanya perpustakaan khusus yang diiktiraf sebagai

perpustakaan negara. Negara yang mempunyai lebih daripada satu perpustakaan Negara

adalah:

Jadual 2. Negara yang mempunyai lebih daripada satu perpustakaan Negara (Sumber:

http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_national_libraries. Senarai disunting oleh ahli IFLA

National Libraries Section).

Bilangan perpustakaan negara

Amerika Syarikat 5

India 4

Mesir 2

German 4

Hungary 2

Iran 2

Italy 3

Korea Selatan 3

Nigeria 2

Mexico 2

Paraguay 2

Rusia 3

Serbia 2

Turki 2

Tadbir urus autonomi di bawah agensi tertinggi agama adalah satu pilihan yang boleh

dipertimbangkan dengan PNM terlibat dalam kawal selia untuk

memastikan Perpustakaan Awam Islam mengikut standard dan pematuhan industri.

Persatuan Pustakawan Malaysia melalui Jawatankuasa Kumpulan Perpustakaan Islam pula

boleh menyumbang dalam penubuhan perpustakaan baru, penambahbaikan bagi keseragaman

dan identiti, kepakaran, audit profail dan sokongan latihan.

Page 24: PERPUSTAKAAN AWAM ISLAM: SATU PENILAIAN SEMULA...Sorotan sejarah penubuhan Perpustakaan Awam Islam dan perkembangannya merupakan objektif utama penulisan ini. Sehubungan itu, kertaskerja

23

Kesimpulan

Hasrat penubuhan PAI bagi menyokong pembangunan Islam di Malaysia terutamanya

sebagai sumber memantapkan akidah umat telah dijayakan dengan koleksinya yang

cemerlang. PAI adalah sebahagian pencapaian kepustakawanan Malaysia, lebih-lebih lagi

jika perkhidmatan perpustakaan terus dilangsungkan secara terancang dan profesional.

Dengan ketiadaan perpustakaan Islam rasmi atau bertaraf kebangsaan, iamembuka jalan

kepada PAI untuk mengambil peranan atau memberi sumbangan yang lebih bererti. Untuk

membangunkan sinergi dengan agensi agama dan maklumat dalam dan luar Negara termasuk

masjid, PAI perlu kompetitif. Koleksi yang komprehensif, katalog yang berkredibel sebagai

penghubung, perkhidmatan repositori kebangsaan, ketersediaan akses awam sumber-sumber

maklumat pentadbiran dan program Islam di Malaysia serta pengumpulan sumber maklumat

bukan komersial boleh ditawarkan untuk program kerjasama perpustakaan.

Perpustakaan ditakrifkan oleh koleksinya. Sebagai perpustakaan khas dan khusus, jika ciri

tersebut tidak diambilkira dalam memperkasakan pengurusan, maka tugas membangunkan

kapasitiPAI sebagai perpustakaan bertaraf kebangsaan mungkin perlahan. Struktur PAI

memerlukan semakan semula supaya PAI berupaya mengemudi

jaringan perpustakaan khusus Islam, khasnya perpustakaan masjid di seluruh negara seperti

yang pernah dirancangkan. Dengan perhatian yang wajar, PAI mempunyai potensi

merancang, menyelaras, memantau, mengurus, merunding, dan menjadi pusat

kecemerlangan perpustakaanIslam di Malaysia.Keberadaannya dalam sistem perpustakaan

Malaysia adalah satu potensi yang harus dimanfaatkan oleh Malaysia dan Negara nusantara

khasnya dan dunia Islam amnya.

Page 25: PERPUSTAKAAN AWAM ISLAM: SATU PENILAIAN SEMULA...Sorotan sejarah penubuhan Perpustakaan Awam Islam dan perkembangannya merupakan objektif utama penulisan ini. Sehubungan itu, kertaskerja

24

Rujukan

Wawancara secara bebas antara penulis dengan:

Akmal binti Mohd. Salleh, di Perpustakaan Negara Malaysia, pada jam 10:30 pagi, 9 Julai 2015 dan di Perpustakaan Awam Islam, pada jam 12:00 tengahari, 3 Ogos 2015.

Che Wan Alias Che Wan Abdullah, Datuk, di Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif TV Al-Hijrah, pada jam 5:00 petang, 28 Julai 2015.

Rozlinah binti Ismail, di Perpustakaan Awam Islam pada jam 12:00 tengahari, 3 Ogos 2015.

Samsiah binti Sanat, di Perpustakaan Awam Islam, pada jam 3:30 petang, 28 Julai 2015.

BALQIS Suja’, 2012. Islamic Librarianship and Malaysian Islamic Libraries. Petaling Jaya: Read Resources Sdn. Bhd.

---. , 2012. “Perpustakaan Islam di Malaysia masa kini”. Kertas kerja Perpustakaan Masjid: Pemangkin Ketamadunan Ummah, prosiding Persidangan Perpustakaan Masjid Peringkat Kebangsaan 2012. Kuala Lumpur: JAKIM.

Hasliza Hassan, 2005. “Personaliti: Wan Alias pastikan sejarah gemilang Islam terus dikenang,” Cyber ilmu: Oktober 2005 (blog), Julai 3, 2015, http://dompas.blogspot.my/2005_10_01_archive.html

International Federation of Library Associations and Institutions, 2003. Garis Panduan Perkhidmatan Perpustakaan Awam. Diterjemah oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. (Teks asal dalam bahasa Inggeris).

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2014. JAKIM 4 Dekad: Memacu Transformasi Pengurusan Hal Ehwal Islam. Kuala Lumpur: JAKIM.

RASLIN bin Abu Bakar, 1995. “Perpustakaan Masjid di Negeri Melaka” dlm. Sekitar Perpustakaan Bil. 21, hlm. 86-92.

Swanick, Sean, 2013. “Islamic Studies Library: Growth and Evaluation”, July 15, 2015, http://fontanus.mcgill.ca/article/viewFile/255/294

Page 26: PERPUSTAKAAN AWAM ISLAM: SATU PENILAIAN SEMULA...Sorotan sejarah penubuhan Perpustakaan Awam Islam dan perkembangannya merupakan objektif utama penulisan ini. Sehubungan itu, kertaskerja