PERTOLONGAN-CEMAS

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pppm

Citation preview

  • PERTOLONGAN CEMAS

  • DEFINASIPertolongan cemas adalah rawatan sementara yang diberi kepada mangsa/pesakit sehingga dihantar ke Hospital dan mendapat rawatan seterusnya daripada pakar/doktor.

  • PRINSIP PRINSIP PERTOLONGAN CEMASUntuk menyelamatkan nyawa.Untuk mengurangkan kesakitan.Untuk mengelakkan dijangkiti penyakit dan menjadi bertambah buruk..Untuk dihantar kehospital.

  • Untuk Menyelamatkan NyawaJika tidak sedarkan diri,pastikan bahawa saluran pernafasan udaranya tidak terganggu.Pastikan bahawa pesakit bernafas.Hentikan jika ada pendarahan.Rawat lain-lain kecederaan mengikut keutamaan.

  • Untuk Mengelakkan Kecederaan Menjadi Bertambah BurukAlihkan pesakit sekiranya keadaan membahayakan.Elakkan sebarang kecederaan daripada berlanjutan.Selesakan dan berikan keyakinan kepada pesakit.Berikan lindungan daripada kesejukan,berikan kehangatan sekiranya dalam kesejukan (basah atau lembab).

  • Untuk Mengurangkan SakitBeri andoh (sling) kepada anggota yang cedera.Alaskan (lapik) pada tempat atau anggota yang cedera.Dengan cara demahan, sejuk atau panas mengikut keadaan.

  • Untuk Mendapat Bantuan HospitalTalipon ke Hospital yang berdekatan.Bolih tahan kereta dijalan minta tolong.Minta pertolongan jiran jika ada.

  • Sifat sifat Penolong CemasBerfikiran waras.Berkebolehan dalam pertolongan cemas.Berpengetahuan dalam pertolongan cemas.Beryakinan pada yang dibuat.

  • Cogankata Pertolongan CemasLihat Apa yang terjadiFikir Apa yang dibuatBuat Bertindak dengan tenang dan sabar

  • Mengenal Punca Punca Kesakitan Aduan Aduan dari pesakit bagaimana kemalangan itu berlaku.

    Tanda-tanda Tanda-tanda yang terdapat dibadan pesakit seperti bengkak, muka pucat dan lain-lain.

    Sejarah Cerita dari orang-orang sekeliling yang nampak bagaimana kemalangan itu berlaku kepada pesakit.

  • SOALAN ?

  • BERDARAH Definasi - Berdarah ialah keluarnya darah daripada salur darah disebabkan satu-satu kecederaan.

  • Jenis Jenis Berdarah Berdarah di luar Berdarah didalam

  • Berdarah Diluar

    Keluarnya darah daripada saluran darah keluar badan serta dapat dilihat dengan jelas.Ini disebabkan oleh kecederaan kepada kulit dan tisu.

  • Berdarah DidalamKeluarnya darah daripada saluran darah masuk kedalam badan dan organ di keliling yang cedera. Berdarah didalam hanya boleh diketahui melalui tanda-tanda dan aduan tertentu seperti muntah darah, batuk darah, kencing berdarah dan berak berdarah.

  • PUNCA PUNCA BERDARAH Salurnadi (Artery) - Darah yang keluar dari saluran ini warnanya merah menyala dan keluarnya memancut.

    Salur Pembuluh (Vein) - Darah yang keluar daripada saluran pembuluh ini warna merah kehitaman dan keluarnya mengalir.

    Salur Perambut (Capilarry) - Darah yang keluar dari salur perambut ini warnanya merah cecair dan keluarnya meleleh.

  • Masa BerdarahPrimary Haemorrage Darah keluar dengan serta-merta apabila terjadinya sesuatu kecederaan atau luka.

    Reactionary Berdarah dalam lengkongan masa 24 jam setelah mendapat kecederaan.

    Secondary Berdarah berlaku setelah 24 jam lebih selepas mendapat kecederaan selalunya 7-10 hari. Ini disebabkan oleh sesuatu kejangkitan atau penyakit.

  • Tanda-Tanda Dan Aduan BerdarahSakit ditempat yang berdarah.Nampak darah keluar.Muka pucat di bahagian bibir dan kelopak mata.Nadi pantas tetapi lemah.Pemandangan kabur dan pening.Kulit sejuk dan lembab.Pernafasan singkat.Dahaga.Renjatan.

  • Rawatan BerdarahBeri kedudukan yang mendatangkan keselesaan.Tinggikan bahagian yang berdarah melainkan jika dibahagian dada,kepala. Jangan ditinggikan bahagian yang berdarah jika didapati ada anggota yang berdarah itu patah.

    Hentikan berdarah dengan cara langsung dan cara tidak langsung:

  • Cara LangsungTekan dengan jari pada tempat yang berdarah.Tekan dengan padding pada tempat yang berdarah.

  • Cara Tidak LangsungTekan pada nadi yang hampir sekali dengan tempat yang berdarah.Gunakan Tourniquet jika cara lain yang tidak mendatangkan hasil.

  • 4. Bersihkan ditempat yang berdarah.

    5. Gunakan dressing.

    6. Berikan rawatan shock/renjatan:Longgarkan pakaian yang ketat. Beri kepanasan yang sesuai. Boleh beri minuman hanya setakat membasah tekak sahaja. Beri kata-kata semangat.7. Hantar kehospital dengan segera untuk mendapat rawatan selanjutnya.

  • SOALAN ?

  • LUKADefinasi Satu keadaan dimana terkoyak kulit ditubuh yang disebabkan oleh benda-benda tajam atau tumpul dimana menyebabkan keluarnya darah dan mudah mendapat kejangkitan kuman

  • Jenis Jenis LukaLuka Terhiris (Incised Wound) Luka ini adalah hirisan yang mempunyai tebing-tebing yang sama rata, yang disebabkan oleh benda-benda tajam,misalnya pisau cukur dan lain-lain.Biasanya luka jenis ini boleh melibatkan berdarah yang banyak disebabkan urat-urat darah terhiris terus menerus.

  • Luka Terkoyak(Lacerated Wound) Luka ini terkoyak mempunyai tebing-tebingnya gerigi atau simpang siur.Ini disebabkan oleh jentera,serpihan bom,atau dicakar binatang.Keadaan ini boleh jadi saluran darah turut terkoyak,maka luka jenis ini kurang darah nya daripada luka terhiris.

  • Luka Berdarah Dalam (Haematoma) Luka ini terjadi disertai dengan lebam binjol disebabkan kena pukulan atau dihempap.

  • Luka Tembus (Puntured Wound) Luka jenis ini mempunyai lubang masuk yang kecil dan dalam yang disebabkan oleh benda-benda tajam seperti paku,jarum, kayu tajam, tikaman benet dan pagutan ular.

  • Luka Melecet (Abrasion) Ini terjadi apabila lapisan cetek kulit itu melecet.Luka Kena Tembak(Gunshot Wound) Keadaan luka ini terjadi apabila:- Peluru tinggal didalam.- Luka tergaris atau calar-calar.- Luka tembus menembus.

  • RawatanBeri kedudukan yang selesa.Hentikan sebarang pendarahan.Jangan cuba mengeluarkan apa-apa benda asing jikalau ia tersumbat pada luka itu.Tanggalkan pakaian dibahagian yang luka.Gunakan air yang bersih(masak suam) serta kain cucian luka itu dan di sekeliling yang berhampiran dengan luka.Jangan diusik darah beku yang berkumpul dipermukaan luka itu.Gunakan lotion menahan kuman sekiranya ada.Tutupkan luka itu dengan kain bersih dan balut kan dengan pembalut.Beri rawatan renjatan.Bawa kehospital jika luka itu teruk.

  • SOALAN ?

  • RENJATANDefinasi Satu keadaan dimana gagalnya sistem-sistem penting didalam badan yang mana kurangnya penghantar oksijen ke seluruh badan menyebabkan tekanan darah turun kebawah normal.

  • Jenis Jenis RenjatanRenjatan Saraf (Primary Shock) Memberikan gangguan yang keterlaluan kepada perasaan seperti terlalu gembira, terlalu sedih atau terlalu takut.

    Renjatan Terbina (Secondary Shock) Melibatkan kepada banyak pengeluaran darah, terbakar yang teruk, kesakitan yang amat sangat dan kecederaan yang teruk.

  • Anika Jenis Renjatan

    Emotional Shock Perasaan terkejut atau terperanjat yang membawa kepada tekanan jiwa atau perasaan.Neuragaanic Shock Menerima kemalangan yang teruk yang membawa kepada kesakitan yang amat sangat, contoh : cedera dikepala.Oligaemie Shock Kehilangan banyak darah plasma atau cecair, contoh : Terbakar, muntah,dan cirit birit.Anaphylactie Shock Allergio kepada perubatan contoh : injection, pro penicillin. Bacteriamie Disebabkan kejangkitan kuman, contoh : Cerabral Malaria

  • Tanda-Tanda AduanMuka pucat dan berpeluh didahi dan tapak tangan.

    Cynosis Tanda-tanda kebiruan hujung bibir, cuping telinga dan hujung jari.

    Kulit lembab dan sejuk.

    Nadi cepat dan lemah.

    Tekanan darah rendah.

    Nafas pantas.

    Suhu badan rendah.

  • RawatanBawa ketempat selamat (mengikut keadaan).Beri kata-kata semangat.Longgarkan pakaian dibahagian-bahagian yang ketat,seperti dileher,dada dan pinggang.Tentukan pernafasan berkeadaan baik.Beri kepanasan yang sesuai.Beri rawatan berdarah jika berdarah.

  • Baringkan terlentang serta tinggikan bahagian kaki dari kepala tetapi jangan dilakukan bagi kecederaan dikepala dan dada.

    Jangan beri minuman kepada pesakit yang tidak sedar diri, cedera di kepala dan cedera di perut.

  • SOALAN ?

  • PATAHDefinasi - Ialah apabila satu larasan tulang itu serpeh, retak atau pecah dikatakan patah.

  • Sebab Sebab PatahPukulan Tepat . Iatu patah ditempat yang kena pukul, misalnya :-Pukulan yang sangat kuat.-Terkena peluru.-Terjatuh dan lain-lain.Pukulan Secara Tidak Tepat . Iaitu patah dari tempat pukulan misalnya,patah tulang selangka boleh jadi disebabkan oleh jatuh dengan tangan yang terdepa.Tarikan Otot-Otot . Contohnya, lutut kadang-kadang patah disebabkan muscle yang berhubung dengannya tertarik dengan amat kuat secara tiba-tiba.Penyakit.-TB Tulang. Tulang.-Cancer

  • Jenis - Jenis PatahPatah Tertutup - Tiada sebarang luka pada tempat yang patah dan tidak terdedah kepada udara.

  • Patah Terbuka Ada luka pada tempat yang patah dan terdedah kepada udara serta mudah mendapat kejangkitan dan merbahaya

  • Anika Jenis PatahPatah Tebu.Patah Serong.Patah Remok.Patah Bentuk T.Patah Kayu Muda.Patah Terkoyak.Patah Tertekan.

  • Tanda Tanda Dan Aduan PatahSakit.Bengkak.Rasa Lemah.Berubah Rupa.Tak Boleh Bergerak.Pergerakan Luar Biasa.Berbunyi Di tempat Yang Patah.Renjatan.

  • Rawatan Am PatahBeri pertolongan ditempat itu juga.Jangan terlalu banyak membuat pergerakan.Beritahu pesakit jangan cuba bergerak.Beri kata-kata semangat.Gunakan tuap yang sesuai mengikut anggota yang patah.

  • Kalau berdarah beri rawatan berdarah lebih dahulu.Kiranya tulang menonjol keluar jangan cuba memasukannya.

    Beri rawatan renjatan.Apabila sudah memasang tuap perhatikan tanda kebiru-biruan dibahagian bawah.Hantar ke hospital.

  • PATAH TULANG BELAKANGPatah ini adalah berlainan sedikit daripada patah yang lain kerana didalamnya (kandungan) terdapat saraf tunjang. Saraf ini sebahagian daripada otak. Apabila patah ini melibatkan pada saraf tunjang boleh menyebab kan mati serta-merta ataupun lumpuh seluruh badan.

  • Sebab Sebab PatahPukulan Tepat Patah pada tempat yang terkena pukulan.Pukulan Secara Tidak Tepat Jatuh dalam keadaan terduduk boleh menyebabkan patah tulang belakang. Kecederaan yang berlaku pada tulang belakang :-Stable. Dimana pesakit ini sakit tetapi boleh bergerak dan tidak melibatkan saraf tunjang.-Unstable Dimana pesakit langsung tidak boleh bergerak, sakit yang amat sangat dan mencederakan sarat tunjang.

  • Tanda Tanda dan AduanRenjatan.Pesakit tidak boleh bergerak.Berdarah ditempat yang patah.Tak sedar diri.Lumpuh.

  • Rawatan Patah Tulang BelakangElakkan pesakit dari mendapat kecederaan selanjutnya.Sebaik-baiknya rawatan dibuat pada tempat berlaku.Jangan digerakkan pesakit jika tidak perlu.Periksa pernafasan pesakit dan tentukan pesakit boleh bernafas.Kalau berdarah beri rawatan berdarah.Luruskan pesakit dalam keadaan melentang.Buat ikatan angka 8 dikaki,lutut dan peha.Siapkan usungan yang keras dan pindahkan pesakit keatasnya dengan cara gebar (blanket) alas kan tempat tempat yang berangga seperti bawah leher, dibawah pinggang dan bawah lutut serta dibawah kaki.Ikat pesakit pada usungan jika perjalanan jauh.Bawa ke hospital dengan segera.

  • SOALAN ?

  • CPRCARDIO PULMONARY RESUSCITATION

  • DefinasiIalah pemulihan pernafasan yang dijalankan apabila berlakunya keadaan susah hendak bernafas atau terhenti pernafasan.

  • Cara Mulut ke mulut .Mulut ke hidung.Tindakan Perhubungan awal penilaian,tentukan respon dari mangsa: - Tepuk atau gerak bahu mangsa, Encik/Cik apa hal ?.

  • Telefun hospital/hubungi 999 atau nombor kecemasan tempatan. Kedudukan pesakit - Baringkan pesakit melentang dan sambil itu longgarkan pakaiannya yang ketat-ketat seperti leher,dada dan pinggang,dan buat pemerhatian melalui dengar,rasa dan lihat,sekiranya mangsa tidak bernafas mulakan dengan CPR awal. Bersihkan salur pernafasan Periksa mulut pesakit dan keluarkan benda-benda yang boleh menyumbat disaluran pernafasan seperti gigi palsu,makanan, sampah dan sebagainya.

  • Kedudukan Penolong Penolong hendaklah melutut disebelah kiri atau kanan kepala pesakit.Luruskan Saluran Pernafasan Dongakkan dagu dan kepala pesakit dengan satu tangan di dahi dan satu lagi didagu ataupun diletakkan sesuatu dibawah leher pesakit supaya saluran pernafasan nya lurus. Dalam masa yang sama tutup hidung dan buka mulut pesakit atau sebaliknya.

  • Tarik Nafas Panjang Penolong tarik nafas panjang kemudian rapatkan bibir penolong kebibir pesakit dan hembus.Berikan 2 pernafasan bantuan perlahan-perlahan, 1 - 2 saat setiap hembusan.

  • Letakkan 2 3 jari kehalkum,turunkan jari ke lekok diantara halkum dan otot dileher,rasa nadi karotid,jika ada nadi berikan pernafasan bantuan ,12 pernafasan seminit ( satu pernafasan setiap 5 saat).Jika tiada nadi mulakan CPR dengan tekan dada dan pernafasan,15 tekanan dan 2 kali pernafasan, 4 kali satu kitaran.Periksa sekiranya ada nadi,teruskan beri pernafasan bantuan,12 pernafasan seminit,(satu pernafasan setiap 5 saat).Letakkan mangsa dalam kedudukan Recovery Position.

  • Peringatan. -Hadkan hembusan pada pemulihan yang dilakukan kepada kanak-kanak /anak kecil.-Pemulihan ini hendaklah juga dilakukan walaupun tiada tanda-tanda yang berhasil dan juga semasa didalam perjalanan kehospital.

  • Cara Holger NielsonKedudukan Pesakit Baringkan pesakit melentang,longgarkan pakaian yang ketat-ketat seperti dileher,dada dan pinggang. Periksa saluran pernafasannya dan keluarkan benda-benda yang boleh meyumbat disaluran pernafasannya seperti makanan, sampah,air liur atau lendir-lendir gigi palsu dan sekira lidah nya terbalik kebelakang hendaklah ditarik keluar. Lepas itu terlangkupkan pesakit dan letakkan dagu keatas kedua-dua tangannya.Pusingkan kepalanya kekiri atau ke kanan.

  • Kedudukan Penolong Penolong hendaklah melutut diantara kepala pesakit dengan satu lutut tegak dan satu lagi dibumi.Kedua-dua tapak tangan diletak keatas tulang dayung.Menekan Mengikut Kiraan Masa Penolong menekan belakang pesakit dan kiraan satu hingga enam:-Satu,Dua (2 saat) - Tekan belakang.-Tiga (1 saat) - Pegang siku pesakit.-Empat,Lima (2 saat) Tarik siku pesakit kehadapan.-Enam (2 saat) Letak siku pesakit kebawah.

    Ulangkan perbuatan ini hingga pesakit boleh bernafas dalam anggaran 10 kali seminit.

  • Peringatan.Bagi kanak-kanak lima tahun keatas tekanan hendaklah berkurangan dan gunakan hujung- hujung jari saja.Perbuatan ini hendaklah dibuat 12 kali dalam 1 minit.Bagi kanak-kanak lima tahun kebawah,tangan- tangan hendaklah diletakkan disisinya dan alas kan sesuatu benda dibawah kepalanya. Tekan tulang dayungnya dengan ibu jari selama 2 saat (untuk menarik nafas) .Perbuatan ini hendaklah dibuat 15 kali dalam 1 minit.Jangan gunakan tekanan yang sangat kuat,anggarkan sekadar untuk menggerakkan dada itu sahaja.-24 - 30 lbs untuk orang dewasa.-12 - 14 lbs untuk budak yang separuh besar dan perempuan kurus.- 2 - 4 lbs untuk budak kecil.

  • Cara JoggingAdalah satu cara untuk mengeluarkan air dari perut pesakit yang lemas di air disamping memulihkan pernafasannya.Caranya Pesakit dipikul seperti Fireman Carry dan henjutkan beberapa kali atau dibawa berlari anak hingga air habis keluar.

  • SOALAN?

  • MEDICAL PACKPembalut (Rooler Bandage) 4,3,2 dan 1.Kapas (Cotton).Gauze.Andoh (Triangular Bandage).Plaster.Safety Pin.Tuap (Splint).Gunting Anti-karat.Crepe BandageShell Dressing.

  • Ubat-ubatanCuci Luka - C tab.Ubat Luka - Flavine/Eusol.LMS Minyak Urut.Analgesix - PCM.Dan lain-lain lagi.