6
PISA KUMPULAN 18 Tajuk : Bab 2 Sel Sebagai Unit Kehidupan Tingkatan : 2 Domain kandungan : Biologi (ciri, klasifikasi, proses kehidupan organism) Domain kognitif : Mengaplikasi, menjelaskan Apa itu sel? Pada tahun 1665, seorang ahli sains Inggeris yang bernama Robert Hooke (1635 - 1703) mengkaji kepingan nipis tisu tumbuhan dengan menggunakan mikroskop buatannya sendiri. Dalam pemerhatiannya, Robert Hooke mendapati bahawa daripada kepingan tisu tumbuhan itu terdapat banyak bentuk seperti kotak-kotak halus (fine box-like shapes). Bentuk seperti kotak-kotak halus tersebut mengingatkan beliau kepada bilik-bilik kurungan di dalam penjara yang dikenali sebagai 'sel'. Oleh itu, beliau menamakan bentuk seperti kotak-kotak halus tersebut sebagai 'sel-sel' (cells). Penemuan Robert Hooke. Beliau memperkenalkan istilah 'sel' yang juga bermaksud 'bilik kecil' dalam bahasa Latin. Juga didapati bahawa semua hidupan terdiri daripada sel. Sel adalah unit yang paling asas kepada semua benda hidup. Sel juga adalah seperti sebuah kilang mikroskopik (microscopic factory) dimana ianya

PISA_18 Sel Sebagai Unit Asas Kehidupan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sains

Citation preview

PISA KUMPULAN 18

Tajuk : Bab 2 Sel Sebagai Unit Kehidupan

Tingkatan: 2

Domain kandungan: Biologi (ciri, klasifikasi, proses kehidupan organism)

Domain kognitif: Mengaplikasi, menjelaskan

Apa itu sel?

Pada tahun 1665, seorang ahli sains Inggeris yang bernama Robert Hooke (1635 - 1703) mengkaji kepingan nipis tisu tumbuhan dengan menggunakan mikroskop buatannya sendiri.

Dalam pemerhatiannya, Robert Hooke mendapati bahawa daripada kepingan tisu tumbuhan itu terdapat banyak bentuk seperti kotak-kotak halus (fine box-like shapes). Bentuk seperti kotak-kotak halus tersebut mengingatkan beliau kepada bilik-bilik kurungan di dalam penjara yang dikenali sebagai 'sel'. Oleh itu, beliau menamakan bentuk seperti kotak-kotak halus tersebut sebagai 'sel-sel' (cells).

Penemuan Robert Hooke. Beliau memperkenalkan istilah 'sel' yangjuga bermaksud 'bilik kecil' dalam bahasa Latin.

Juga didapati bahawa semua hidupan terdiri daripada sel. Sel adalah unit yang paling asas kepada semua benda hidup. Sel juga adalah seperti sebuah kilang mikroskopik (microscopic factory) dimana ianya tempat beribu-ribu tindak balas kimia (chemical reactions) berlaku agar semua organisma terus kekal hidup.

Sel-sel tumbuhan (Plant cells)

Sel-sel haiwan (Animal cells)

Bagaimana sel berfungsi?Setiap sel mempunyai nukleus. Nukleus mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai asiddeoksiribonukleik (deoxyribonucleic acid, DNA). DNA adalah struktur yang menyimpan semuamaklumat tentang aktiviti-aktiviti dan fungsi-fungsi seluruh badan. Sesuatu sel perlu untukmentafsir maklumat ini bagi mengetahui fungsi sebenarnya.

NukleusNukleus (nucleus) adalah bahan yang paling padat di dalam sel dan dilitupi oleh membrannukleus. Nukleus juga adalah pusat kawalan bagi sel. Nukleus mengandungi arahan kimia(chemical instructions) dalam bentuk DNA. DNA ini akan dibawa keluar dari nukleus melaluimembran nukleus.

Nukleus (Nucleus)

Sel HaiwanSel haiwan (animal cell) adalah seperti beg kecil yang berisi air dan ianya adalah lembut.Sel ini dilitupi oleh lapisan yang telus (transparent) yang dikenali sebagai membran sel(cell membrane). Membran ini boleh menjadi lebam dan permukaannya adalah separa telap(permeable). Liang-liang halus yang terdapat pada permukaannya membenarkan hanya bahan-bahankimia yang tertentu sahaja mengalir melaluinya. Nukleus adalah pusat yang mengawal semuaaktiviti-aktiviti di dalam sel haiwan ini. Nukleus ini dipenuhi dengan bahan sepertiagar-agar (jelly-like) dipanggil sitoplasma (cytoplasm). Sitoplasma mengandungi 'organkecil' yang dipanggil organel-organel (organelles) dan setiap organel mempunyaifungsi-fungsi tertentu.

Sel haiwan (Animal cell)

Sel TumbuhanSel tumbuhan (plant cell) berbeza daripada sel haiwan dari segi 2 aspek. Selain dipenuhidengan sitoplasma dan membran sel, sel tumbuhan mempunyai dinding sel selulosa (cellulosecell wall) dan mengandungi organel-organel yang dikenali sebagai kloroplas (chloroplast).Dinding sel bertindak sebagai lapisan pelindung kepada sel tumbuhan yang lembut. Kloroplasmengandungi klorofil (chlorophyll) yang membolehkan tumbuhan untuk melakukankanfotosintesis. Sel-sel tumbuhan mempunyai vakuol (vacuole) yang besar bagi menyimpan sap sel (cecair sel) untuk mengekalkan kesegaran setiap sel.

Sel tumbuhan (Plant cell)

Sumber:http://www.sagadbl.com/2012/06/nota-sains-tingkatan-1bab-2-sel-sebagai.html

Soalan 1Antara sel haiwan dan sel tumbuhan, sel manakah mempunyai struktur yang paling kompleks? Jelaskan kenapa?___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Soalan 2 Sekiranya sel tumbuhan hanya mempunyai vakuol yang bersaiz kecil. Apakah yang akan berlaku kepada tumbuhan tersebut? Kenapa?__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Soalan 3Adakah tumbuhan yang berwarna merah mempunyai kloroplas di dalam sel daunnya? Jelaskan._______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Soalan 4Bayangkan sel tumbuhan tanpa dinding sel. Apakah implikasinya kepada sel tumbuhan tersebut?__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Contoh rubrik jawapan1. Sel tumbuhan. (1 markah) Kerana sel tumbuhan mengandungi dinding sel dan kloroplas (1 markah)2. Tumbuhan tersebut akan menjadi layu. (1 markah)Kerana sel-sel tumbuhan tidak dapat menyimpan sap sel (cecair sel) untuk mengekalkan kesegaran setiap sel. (1 markah)3. Ya, tumbuhan yang berwarna merah masih mengandungi kloroplas di dalam sel daunnya. ( 1markah)Walaupun hampir keseluruhan tumbuhan ini berwarna merah, namun masih ada klorofil di dalam kloroplas yang berselindung di sebalik warna merah tumbuhan tersebut. (1 markah)4. Sel tumbuhan akan menjadi lembut dan boleh berubah-ubah bentuk. (1 markah) Tumbuhan tidak akan mampu berdiri tegak. (1 markah)