5
PLURARITI MASYARAKAT MADINAH DAN KESAMAANNYA TERHADAP MASYARAKAT MALAYSIA Seperti yang kita sedia maklum bahawa plurariti membawa maksud kepelbagaian seperti kepelbagaian pakaian,kepelbagaian budaya,kepelbagaian bahasa,kepelbagaian bangsa,kepelbagaian makanan,kepelbagaian agama dan juga lain- lain kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat manusia. Dalam tulisan kali ini, isu plurariti ini diketengahkan bagi memberi kefahaman kepada umum akan persamaan yang terdapat antara kota munawwarah itu dengan Negara Malaysia. Madinah suatu masa dahulu terkenal dengan kemajuan dan kekuatan dimana ia menjadi salah satu pusat penyebaran agama islam. Kota yang mana pernah menyaksikan penghijrahan baginda Nabi SAW itu mempunyai pelbagai keunikkan dalam aspek perpaduan kaum. Hal ini penting untuk dikaji kerana kejayaan dan kekuatan kuasa pada masa itu telah membuktikan dengan secara jelas akan nilai-nilai perpaduan yang utuh dalam kelangan manusia walaupun berlaku beberapa perbezaan dari segi kepercayaan. Tidak ada banyak perbezaan dari segi plurariti masyarakat madinah jika dibandingkan dengan masyarakat di Malaysia. Mungkin sahaja perbezaan kaum dimana di Malaysia mempunyai kaum melayu, india, cina dan bumiputra. Walaupun begitu di madinah juga merupakan satu tempat yang mana didiami oleh kepelbagaikan kaum manusia seperti yang telah kita sedia maklum bahawa di madinah terdapat kaum muhajirin dan ansar. Kaum ansar merupakan penduduk pribumi yang asal di madinah manakala muhajirin pula adalah sekelompok manusia yang berhijrah daripada mekah untuk menetap di madinah dek dihalau oleh orang-orang kafir quraisy. Selain daripada itu, terdapat juga o rang-orang Yahudi yang secara garis besarnya terdiri atas beberapa kelompok suku seperti : Bani Qainuna, Bani Nadhir, dan Bani Quraizhah.

Plurariti Masyarakat Madinah Dan Kesamaannya Terhadap Masyarakat Malaysia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PLURARITI MASYARAKAT MADINAH DAN KESAMAANNYA TERHADAP MASYARAKAT

Citation preview

Page 1: Plurariti Masyarakat Madinah Dan Kesamaannya Terhadap Masyarakat Malaysia

PLURARITI MASYARAKAT MADINAH DAN KESAMAANNYA TERHADAP MASYARAKAT

MALAYSIA

Seperti yang kita sedia maklum bahawa plurariti membawa maksud kepelbagaian seperti kepelbagaian pakaian,kepelbagaian budaya,kepelbagaian bahasa,kepelbagaian bangsa,kepelbagaian makanan,kepelbagaian agama dan juga lain- lain kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat manusia.

Dalam tulisan kali ini, isu plurariti ini diketengahkan bagi memberi kefahaman kepada umum akan persamaan yang terdapat antara kota munawwarah itu dengan Negara Malaysia. Madinah suatu masa dahulu terkenal dengan kemajuan dan kekuatan dimana ia menjadi salah satu pusat penyebaran agama islam. Kota yang mana pernah menyaksikan penghijrahan baginda Nabi SAW itu mempunyai pelbagai keunikkan dalam aspek perpaduan kaum. Hal ini penting untuk dikaji kerana kejayaan dan kekuatan kuasa pada masa itu telah membuktikan dengan secara jelas akan nilai-nilai perpaduan yang utuh dalam kelangan manusia walaupun berlaku beberapa perbezaan dari segi kepercayaan.

Tidak ada banyak perbezaan dari segi plurariti masyarakat madinah jika dibandingkan dengan masyarakat di Malaysia. Mungkin sahaja perbezaan kaum dimana di Malaysia mempunyai kaum melayu, india, cina dan bumiputra. Walaupun begitu di madinah juga merupakan satu tempat yang mana didiami oleh kepelbagaikan kaum manusia seperti yang telah kita sedia maklum bahawa di madinah terdapat kaum muhajirin dan ansar. Kaum ansar merupakan penduduk pribumi yang asal di madinah manakala muhajirin pula adalah sekelompok manusia yang berhijrah daripada mekah untuk menetap di madinah dek dihalau oleh orang-orang kafir quraisy. Selain daripada itu, terdapat juga orang-orang Yahudi yang secara garis besarnya terdiri atas beberapa kelompok suku seperti : Bani Qainuna, Bani Nadhir, dan Bani Quraizhah.

Itu baru sahaja kepelbagaian dari segi kaum. Selain itu kita juga dapat melihat beberapa kepelbagaian lain yang lahir daripada kepelbagaian kaum. Jika di Malaysia kita dapat melihat dengan jelas akan beberapa perbezaan yang ada seperti aspek pemakaian, budaya, pemakanan, dan tatacara kehidupan yang lain termasuklah aspek keagamaan. Hal ini ibarat percambahan atau huraian daripada plurariti itu sendiri. Dan daripada huraian dan percambahan itu sendiri kita akan dapat melihat beberapa perkara yang luar biasa dan mungkin satu kejelekkan pagi kaum kita. Hal ini yang dimaksudkan dengan plurariti itu.

Page 2: Plurariti Masyarakat Madinah Dan Kesamaannya Terhadap Masyarakat Malaysia

Perkara ini merupakan sesuatu yang tidak asing dan ianya berlaku dalam Negara kita dan apa yang kita tidak tahu, ia sebenarnya berada disekeliling kita.

Walaupun kita nampak kepelbagaian ini merupakan satu perbezaan, namun begitu ia bukanlah sesuatu yang memudaratkan dan boleh membawa akan kepada perpercahan. Sesungguhnya setiap kejadian itu penuh dengan hikmah. Allah swt yang menciptakan akan kepelbagaian itu. Oleh itu, sedarlah kita bahawa terdapat hikmah yang tidak kita ketahui disebaliknya kejadian itu.

Telah tercatat dalam Al Quran:

Surah Al-Hujurat, ayat ke 13;

Maknanya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Page 3: Plurariti Masyarakat Madinah Dan Kesamaannya Terhadap Masyarakat Malaysia

KESESUAIAN MENGAMALKAN SISTEM PEMERINTAHAN MADINAH DI MALAYSIA

Mengapa sesuainya perlaksanaan sistem pemerintahan madinah untuk dilaksanakan di Malaysia? Persoalan ini akan merungkai beberapa persamaan yang terdapat di Malaysia dan madinah. Pertama sekali, kita dapat lihat bahawa Malaysia merupakan sebuah Negara yang menjadikan islam sebagai agama rasmi. Jika kita lihat dari aspek pemerintahan pula, kita dapat melihat dimana ketua negara serta yang dipetuan agong adalah dari kalangan orang muslim. Hal ini juga kita dapat lihat dimana madinah juga adalah sebuah negara islam dan meletakkan islam adalah agama rasmi. Perkara ini kita dapat lihat Piagam Madinah.

Perkara ini tidak dapat dinafikan lagi kerana telah jelas dan terang bahawa kedua-dua negara ini mempunyai keseuain dari aspek tersebut.

Seterusnya, kita juga dapat lihat dari segi masyarakat dan persekitaran. Madinah mempunyai masyarakat yang berbilang kaum sebagai mana di Malaysia. Secara umunya, ini adalah salah satu petanda yang positif bagi pemimin negara kita kerana untuk melaksanakan sistem pemerintahan sebgaimana madinah adalah tidak sukar.

Islam telah membuktikan beberapa perkara dalam isu perpaduan kaum dan telah pun dibuktikan akan kejayaannya itu. Hal ini adalah amat wajar untuk kita ikuti dan patuhi dalam membentuk sebuah negara yang aman dan damai sebagaimana yang telah dibuktikan suatu ketika dahulu oleh para pemimpin dunia islam. Oleh itu, kita sepatutnya tidak mengabaikan apa yang telah diajar oleh islam kerana islam merupakan satu tatacara kehidupan yang penuh dengan kesejahteraan.

Selain daripada itu, dalam masa kita memupuk perpaduan kaum dan keharmonian negara, kita juga dapat memperlihatkan kepada orang-orang bukan islam akan keindahan islam melalui nilai-nilai murni dalam siatem perpaduan.

Semoga perlaksaan nilai-nilai islam menemui sinar yang terang di Malaysia suatu hari nanti. Dan semoga kebenaran islam itu tertegakkan di bumi Malaysia.

Page 4: Plurariti Masyarakat Madinah Dan Kesamaannya Terhadap Masyarakat Malaysia

“Sesungguhnya agama yang diredhai disisi Allah swt hanyalah islam”

Surah ali imran(19).

Rujukan

1. http://lamanpelajarislam.blogspot.my/2009/12/piagam-madinah-model-terbaik- bina.html

2. http://danialsejarah84.blogspot.my/2012/01/bab-5-kerajaan-islam-di- madinah.html

3. http://ilikethismoment.blogspot.my/2011/05/struktur-masyarakat-madinah-dan- piagam.html

4. https://mindadidik.wordpress.com/tarbiyyah/islam-sebagai-ad-din 5. http://abdullahdazid.blogspot.my/p/tasawwur-islam.html