12
Pojek Inkubator / Alat Penetas Telur AMARAN! APA YANG DIKONGSI DI SINI HANYALAH SEBAGAI PANDUAN. PENYAMBUNGAN DAN PENDAWAIAN ELEKTRIK YANG SALAH BOLEH MENDATANGKAN RISIKO KEMALANGAN. SAYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB SEKIRANYA BERLAKU KERUGIAN ATAU KEMALANGAN. SILA PASTIKAN ANDA MEMPUNYAI ASAS PENGETAHUAN ELEKTRIK YANG BAIK SEBELUM MEMULAKAN PROJEK ATAU DAPATKAN PANDUAN DARI MEREKA YANG BERTAULIAH. Pengenalan Alat inkubator yang saya hasilkan ini tidaklah secanggih mana. Saya menggunakan gerobok dapur lama sebagai badan utama inkubator saya. Terdapat tiga bahagian utama iaitu bilik suis untuk menempatkan suis, ruang penetasan telur 1 untuk membalikkan telur secara automatik oleh alat pembalik telur automatik, ruang penetasan telur 2 untuk tujuan penetasan peringkat akhir.

Pojek Inkubator

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pojek Inkubator

Pojek Inkubator / Alat Penetas Telur

AMARAN! APA YANG DIKONGSI DI SINI HANYALAH SEBAGAI PANDUAN. PENYAMBUNGAN DAN PENDAWAIAN ELEKTRIK YANG SALAH BOLEH MENDATANGKAN RISIKO KEMALANGAN. SAYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB SEKIRANYA BERLAKU KERUGIAN ATAU KEMALANGAN. SILA PASTIKAN ANDA MEMPUNYAI ASAS PENGETAHUAN ELEKTRIK YANG BAIK SEBELUM MEMULAKAN PROJEK ATAU DAPATKAN PANDUAN DARI MEREKA YANG BERTAULIAH.

Pengenalan

Alat inkubator yang saya hasilkan ini tidaklah secanggih mana. Saya menggunakan gerobok dapur lama sebagai badan utama inkubator saya.

Terdapat tiga bahagian utama iaitu bilik suis untuk menempatkan suis, ruang penetasan telur 1 untuk membalikkan telur secara automatik oleh alat pembalik telur automatik, ruang penetasan telur 2 untuk tujuan penetasan peringkat akhir.

Page 2: Pojek Inkubator

Alat pembalik telur automatik yang saya gunakan diperolehi daripada enasco.com dengan harga yang agak tinggi akibat daripada kos penghantaran. Alat ini memudahkan kerja-kerja pembalikan telur kerana ianya bekerja secara automatik. Telur-telur perlu dibalikkan paling kurang 3 kali sehari bagi mengelakkan anak ayam melekat pada kulit telur sewaktu penetasan kelak. Proses pembalikan ini perlu dihentikan 3 hari sebelum penetasan telur dijangka berlaku. Tempoh pengeraman ayam adalah 21 hari manakala itik pula 28 hari (Rujuk di sini untuk maklumat lanjut). Oleh itu saya menyediakan ruang penetasan 2 untuk telur-telur yang tidak memerlukan lagi pembalikkan.

Bilik Suis

Bilik suis menempatkan 4 port extension socket untuk menyambungkan bekalan elektrik kepada pembalik telur automatik dan 2 sambungan litar untuk mentol-mentol di ruang penetasan telur 1 dan 2.

Page 3: Pojek Inkubator

Tolok kawalan termostat diletakkan diluar ruang penetasan bagi memudahkan penyelarasan suhu yang dikehendaki. Termostat yang saya gunakan adalah dari jenis termostat kapilari dan tolok bacaan yang terdapat padanya memudahkan saya membuat pelarasan suhu.

Bahagian dalam ruangan penetasan

Page 4: Pojek Inkubator

MagnetMemastikan pintu tertutup rapat sewaktu pintu ditutup.

Wayar berkembarBoleh didapti dikedai elektrik (selalunya digunakan di pasar malam).

Kapilari pengesan suhuUntuk mengesan perubahan suhu.

MentolMentol digunakan untuk membekalkan haba kepada telur-telur. Saya menggunakan mentol berkuasa 40W. Bahagian atas gerobok digerudi bagi meletakkan skru bagi mengikat soket mentol.

Page 5: Pojek Inkubator

PolistireneSebagai penebat haba (mengelakkan kehilangan haba dari ruang penetasan)

Termomemeter dan hygrometerDigunakan untuk menyukat suhu dan kelembapan. Jika dilihat pada gambarajah di bawah, bacaan suhu menunjukkan bacaan optimum / yang sesuai untuk penetasan. Tetapi hygrometer menunjukkan bacaan kelembapan yang amat rendah dan tidak sesuai untuk penetasan telur. Ini adalah kerana saya belum meletakkan tray air bagi meningkatkan kelembapan ruangan penetasan. Keadaan yang terlalu kering (kelembapan rendah) boleh menyebabkan anak ayam mati di dalam telur, melekat pada kulit telur sewaktu menetas dan lumpuh/cacat.

Cermin TingkapSaya menggunakan perspek sebagai cermin tingkap kerana ianya mudah dipotong. Tingkap perlu bagi meninjau keadaan telur di dalam ruangan penetasan. Ini adalah bagi mengelakkan kehilangan haba sewaktu kita membuka pintu ruangan penetasan bagi meninjau telur sekiranya ketiadaan tingkap.

Rak meletak telurUntuk meletak telur-telur yang sudah hampir menetas. Saya menggunakan jaring mata punai 2" x 2" di bahagian bawah dan jaring plastik di bahagian atas. Jaring mata punai untuk menguatkan struktur rak manakala jaring plastik digunakan untuk mengelakkan anak ayam

Page 6: Pojek Inkubator

terluka atau terjatuh ke bahagian bawah yang mengandungi tray air.

TermostatTermostat adalah salah satu nadi utama inkubator ini. Ia berperanan untuk mengawal suhu ruang penetasan. Terdapat tiga kaki pada termostat kapilari yang saya gunakan ini. Pemasangan wayar pada kaki yang salah boleh mengakibatkan lampu gagal terpadam walaupun suhu telah melebihi suhu optimum atau lampu tidak menyala walaupun suhu telah jatuh ke tahap yang rendah.

Page 7: Pojek Inkubator

Mentol akan menyala apabila termostat mengesan suhu di ruang penetasan lebih rendah dari suhu yang ditetapkan. Manakala mentol akan terpadam apabila suhu mulai melebihi suhu yang ditetapkan. Keadaan ini akan memastikan suhu di dalam ruangan penetasan sentiasa ideal untuk penetasan telur.

Bahagian utama termostat diletakkan di bahagian dalam ruang penetasan supaya penegesanan dan pengawalan perubahan suhu lebih tepat.

Kejayaan dan kegagalan

Alhamdulillah walaupun alat ini ringkas namun ianya masih menghasilkan hasil yang agak memberangsangkan. Daripada ujian saya jalankan, peratusan penetasan telur ayam adalah agak tinggi. Namun begitu penetasan telur itik (setakat ini hanya seekor berjaya menetas), itik nila/serati dan angsa masih belum berjaya.

Hasil yang saya perolehi melalui cara pembalikan telur secara manual adalah lebih tinggi daripada secara automatik. Ini mungkin disebabakan pelarasan suhu yang tidak betul kerana motor pembalik telur automatik juga menghasilkan haba.

Bagi pembalikan manual, telur-telur ditandakan dengan tanda 'X' dengan menggunakan pensil. Ini bagi memudahkan kerja-kerja pebalikan secara manual. Selain itu saya juga mencatat tarikh telur mula dimasukkan ke dalam inkubator bagi memudahkan jangkaan hari penetasan.