5
Pokok kurma Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Untuk kegunaan lain, sila lihat Kurma (nyahkekaburan) . Pokok kurma Pokok kurma, Merzouga, Maghribi Pengelasan saintifik Alam: Tumbuhan Divisi: Magnoliophyta Kelas: Liliopsida Order: Arecales Famili: Arecaceae Genus: Phoenix Spesies: P. dactylifera Nama binomial

Pokok kurma

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ori

Citation preview

Pokok kurmaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Untuk kegunaan lain, sila lihatKurma (nyahkekaburan).Pokok kurma

Pokok kurma, Merzouga,Maghribi

Pengelasan saintifik

Alam:Tumbuhan

Divisi:Magnoliophyta

Kelas:Liliopsida

Order:Arecales

Famili:Arecaceae

Genus:Phoenix

Spesies:P. dactylifera

Nama binomial

Phoenix dactyliferaL.

Pokok kurmaatautamar(Bahasa Arab: ,Nakhlah al-Tamr; nama sainsPhoenix dactylifera) ialah sejenispokok palmadalam genusPhoenix, ditanam secara besar-besaran untuk mendapatkanbuahnya. Oleh sebab sejarah penanamannya yang lama, taburan asalnya tidak diketahui, tetapi mungkin berasal di suatu tempat diwahahgurundiAfrika Utara, dan mungkin jugaAsia Barat Daya. Ia merupakanpokokbersaiz sedang, tinggi 1525 meter, sering terkumpul dengan beberapa pokok daripada suatu sistem akar tunggal, tetapi juga sering tumbuh secara tunggal.Daunnyaadalahpinat, panjang 35 m, dengan durinya dipetioldan mempunyai sekitar 150 daun kecil; dedaun kecilnya sepanjang 30 sm dan selebar 2 sm. Bidang penuh pada silara berjulat daripada 6 hingga ke 10 m.Isi kandungan[sorokkan] 1Sejarah kurma 2Buah 3Hasil kurma 4Pengeluaran 5Kegunaan lain 6Kegunaan perubatan tradisional 7Penyakit 8Galeri 9Lihat juga 10Pautan luarSejarah kurma[sunting|sunting sumber]Kurma telah menjadi makanan harian pendudukTimur Tengahselama beribu-ribu tahun. Pohon ini dipercayai berasal dari sekitarTeluk Parsi, dan telah ditanam sejak zaman silam dari zamanMesopotamiake zamanMesirprasejarahmungkin seawal 4000 SM. Terdapat bukti arkaeologi tentang penanaman kurma diArabiatimur pada tahun 6000 SM (Alvarez-Mon 2006).Pada zaman berikutnya, suku Arab menyebar kurma di sekitar Asia Selatan dan Tenggara,Afrika Utara, danSepanyol. Kurma diperkenalkan diMexicodanCaliforniaoleh orang Sepanyol pada tahun 1765, sewaktuMisi San Ignacio.Buah[sunting|sunting sumber]

Gugusan kurma bergantung dari silaranyaKurma kering, (bahagian boleh dimakan)

Nilai pemakanan per 100g (3.5oz)

Tenaga1,180kJ (280kcal)

Karbohidrat75 g

-Gula63 g

-Serabut diet8 g

Lemak0.4 g

Protein2.5 g

Air21 g

Vitamin C0.4 mg (0%)

Mangan0.262 mg

Peratusan dianggarkanmenggunakansyor A.S.untuk orang dewasa.Sumber:USDA Nutrient Database

Sebiji kurma Medjool (kiri) dan Khadrawi (kanan).Buahnyaadalah sebijipepauhdigelar sebagai sebijikurma. Ia berbentuk bujur-silinder, panjang 37 sm, dan bergaris pusat 23 sm, dan apabila matang, memiliki warna merah ke kuning muda, bergantung pada kelainan. Kurma mengandungibiji benihtunggal panjang sekitar 22.5 sm dan tebal 68 mm. Terdapat tiga kultivar utama kurma: lembut (contohnya 'Barhee', 'Halawy', 'Khadrawy', 'Medjool'), semi-kering (contohnya 'Dayri', 'Deglet Noor', 'Zahidi'), dan kering (contohnya 'Thoory'). Jenis buah bergantung pada kandunganglukosa,fruktosadansukrosanya.Pokok kurma adalah jenisdioecious, dengan berpisahan tumbuhan jantan dan betinanya. Pokok ini dapat ditanam secara mudah dari biji benih, tetapi hanya 50% daripada anak benih akan menjadi betina dan oleh itu berbuah. Kurma-kurma daripada tumbuhan anak benih seringnya lebih kecil dan bermutu kurang baik. Oleh sebab itu, kebanyakan ladang komersil menggunakankeratandaripada hasil keratan banyak, utamanya jenis "Medjool" kerana hasilan sedemikian mengeluarkan hasil tinggi dengan buah yang besar dan manis. Tumbuhan yang membesar daripada keratan akan berbuah dua atau tiga tahun lebih awal daripada tumbuhan anak benih.Kurma secara azalinya berpolinasiangin tetapi dalamhortikulturoasistradisional dan kebun komersil moden, pokok-pokok kurma berpolinasi keseluruhannya secara insani. Polinasi kebiasaannya muncul dengan bilangan tumbuhan jantan dan betina yang sama. Meskipun demikian, dengan bantuan, sebiji benih jantan akan mempolinasikan lebih daripada 100 benih betina. Memandangakan benih jantannya dianggap hanya sebagai pemolinasi, para petani dapat menggunakan sumber mereka untuk meningkatkan hasilan buah tumbuhan betina. Polinasi insani dilakukan dengan tenaga kerja mahir dengan menggunakantangga; di sesetengah kawasan seperti diIraq, mereka memanjat pokok menggunakan alat pemanjat khas yang dibalut keliling batang pokok dan belakang tubuh pemanjat untuk membuatnya terlekat pada batang pokok sementara memanjat. Kurang seringnya,debungaakan ditiup ke bunga betina denganmesinangin.Hasilpartenokarpikwujud tetapi buahnya yang tidak berbiji lebih kecil dan berkualiti lebih rendah.[perlu rujukan]Kurma masak dalam empat peringkat, masing-masing dikenali dengan namaArabnyadi seluruh dunia, iaitukimri(matang),khalal(saiz-penuh, rangup),rutab(masak, lembut), dantamr(masak, keringan matahari). Sebahagian 100gramkurma segar menjadi sumber premiumvitamin C, dan membekalkan 230kcal(960kJ) tenaga. Oleh sebab kurma mengandungi hanya sedikit air, buah ini tidak bertambah konsentrat apabila dikeringkan, walaupun vitamin C hilang dalam proses pengeringan.Kurma ialah tanaman tradisional diIraq,Semenanjung Arab, dan barat Afrika Utara hingga keMaghribidan telah dijelaskan di beberapa tempat-tempat dalamal-Qur'an. Di negara-negaraIslam, kurma dan yogurt atau kadang-kadang susu menjadi suatu hidangan tradisional pertama apabila matahari terbenam sewaktu bulanRamadan. Kurma (terutamnya Medjool danDeglet Noor) juga dikeluarkan di selatanCaliforniadan Arizona diAmerika Syarikat.Pokok kurma mengambil masa 4 ke 7 tahun selepas ditanam untuk berbuah, dan menghasilkan tuaian komersil antara 7 ke 10 tahun. Pokok kurma matang dapat mengeluarkan 80-120 kilogram (176264lb) kurma pada musim tuai, walaupun pokok-pokok ini tidak semua masak pada waktu yang sama dan kerana itu memerlukan beberapa kali tuaian. Untuk mendapatkan buah berkualiti pasaran, sikat-sikat kurma haruslah nipis dan dimasukkan ke dalam beg atau ditutupi sebelum masak supaya buah yang lainnya membesar dan dilindungi daripada kesan cuaca dan perosak seperti burung