38
POLISI 1070 POLISI PENGENDALIAN PERNIAGAAN

POLISI PENGENDALIAN PERNIAGAAN · 2019-08-27 · oleh Kami dalam merealisasi nilai-nilai korporat Kami dan mematuhi undang-undang, peraturan, dan polisi yang dikenakan terhadap Kami

  • Upload
    others

  • View
    13

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

POLISI 1070

POLISI PENGENDALIAN PERNIAGA AN

PENDAHULUAN

05 Nilai-nilai Korporat Kami

06 Polisi Pengendalian Perniagaan Kami

07 Polisi Seagate Yang lain

PEKERJA K AMI

09 Penerapan Polisi Pengendalian Perniagaan

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pegawai-pegawai Kewangan

Kanan

09 Kewajipan Perakuan

10 Bertanya Soalan dan Membangkitkan Kebimbangan

11 Talian Bantuan Etika

12 Penyiasatan dan Tatatertib

13 Tiada Pembalasan

14 Kepatuhan dengan Undang-undang , Peraturan, dan Polisi Seagate

15 Konflik Kepentingan

Pekerjaan Luar

Menyertai Persatuan Perdagangan dan Industri dan Kumpulan

Piawaian Teknikal

Kepentingan Kewangan

Bekerja dengan Ahli Keluarga

Peluang Korporat

18 Hadiah dan Keraian

PEL ANGGAN, RAK AN NIAGA & MASYARAK AT K AMI

21 Melindungi Maklumat Sulit

22 Privasi Data

23 Komunikasi Awam

24 Penyimpanan Rekod

24 Melindungi dan Menggunakan Aset Korporat

26 Harta Intelek

28 Membeli atau Menjual Sekuriti

29 Ketepatan Rekod Syarikat dan Pelaporan

30 Menolak Sogokan dan Rasuah

Berinteraksi dengan Pegawai Kerajaan

Berinteraksi dengan Pihak Ketiga

32 Antitrust, Persaingan, dan Urusan Adil

33 Kepatuhan Perdagangan dan Kawalan Eksport

33 Pengecualian, Pengetepian, dan Pendedahan

SUMBER

35 Sumber

37 Lampiran A: Kod Etika Seagate Technology plc untuk Pegawai-pegawai Kewangan Kanan

K ANDUNGAN

DALAM BAHAGIAN INI:

Nilai-nilai Korporat Kami Polisi Pengendalian Perniagaan Kami

Polisi Seagate Yang Lain

PENDAHULUAN

Seagate | Polisi Pengendalian Perniagaan | Pendahuluan | 04

NILAI-NILAI KORPORAT KAMI

Pekerja. Pekerja Kami merupakan kelebihan persaingan Kami. Individu yang berjaya merupakan pencetus di sebalik perusahaan yang berjaya. Menarik, mengekalkan, dan memberi dorongan kepada pekerja yang memaparkan prestasi terbaik boleh memastikan Seagate terus menjadi peneraju industri.

Kejayaan Pelanggan. Kejayaan pelanggan tidak ubah seperti kejayaan Kami. Kami akan menyediakan kelebihan maksimum kepada pelanggan Kami melalui produk nilai ditambah, perkhidmatan, serta sokongan.

Kecemerlangan. Usaha mengejar kecemerlangan bukan satu destinasi, sebaliknya satu perjalanan. Untuk mencapai kecemerlangan, Kami hendaklah menerima cabaran sebagai pemilik; memastikan mutu dalam setiap aspek kerja Kami; menitikberatkan kerja, produk, dan wawasan Kami; dan menyedari bahawa perubahan pasti berlaku dan kebolehan menyesuaikan diri bakal menentukan kejayaan Kami di masa hadapan.

Inovasi. Kami adalah penyokong dan pendorong perubahan positif. Keupayaan berinovasi membina kelebihan persaingan dan membuka peluang baru.

Kerjasama Berpasukan. Pasukan menjadi pemangkin bagi idea dan tindakan Kami. Setiap ahli pasukan mempunyai kuasa untuk mempengaruhi kumpulan. Kuasa ini dianggap suatu keistimewaan dan

tanggungjawab. Kerjasama berpasukan membentuk asas perseKamiran yang berkesan, berjaya dan ceria yang secara keseluruhannya menghasilkan sinergi yang mantap.

Terbuka. Sikap yang terbuka membantu Kami membuat keputusan yang berpengetahuan, saling memahami dan saling percaya mempercayai. Perkongsian maklumat merentas organisasi membantu Kami mencapai matlamat yang dikongsi bersama.

Tanggungjawab Sosial. Kami menggalakkan penglibatan di dalam dan di luar Seagate untuk memupuk keseimbangan yang sihat antara usaha profesional Kami, kehidupan keluarga, masyarakat, dan alam seKamir, dan menggalakkan sumbangan yang bermakna buat masyarakat Kami.

Keuntungan Yang Mampan. Perniagaan Kami berdasarkan keseimbangan perspektif antara wawasan jangka pendek dan jangka panjang. Kami mendukung matlamat mengembangkan perniagaan Seagate, menambah pendapatan Kami, dan mengukuhkan perseKamiran korporat Kami melalui pelaburan yang menguntungkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai nilai korporat Seagate, sila layari http://www.seagate.com/global-citizenship/corporate-values/.

Nilai-nilai Kami tertumpu kepada aspek jangka panjang agar berjaya dengan penuh

integriti. Ini merupakan standard yang menjadi pegangan Kami.

Seagate | Polisi Pengendalian Perniagaan | Pendahuluan | 05

POLISI PENGENDALIAN PERNIAGAAN KAMI

Seagate membantu syarikat-syarikat yang terkemuka di dunia menyelesaikan cabaran perniagaan dan teknikal mereka yang paling rumit melalui inovasi penyimpanan data. Kami adalah peneraju dunia dalam bidang penyelesaian penyimpanan data dan merumus produk yang mantap, yang membantu insan dan perniagaan di seluruh dunia mewujudkan, berkongsi dan memelihara ingatan dan data kritikal mereka.

Polisi Pengendalian Perniagaan Kami diterima pakai oleh Lembaga Pengarah Kami. Polisi ini berfungsi sebagai panduan untuk Kami bertindak dalam cara yang mematuhi undang-undang dan beretika pada

setiap hari dan di setiap lokasi Kami menjalankan perniagaan. Polisi Pengendalian Perniagaan menghuraikan standard yang dijangka akan dicapai oleh Kami dalam merealisasi nilai-nilai korporat Kami dan mematuhi undang-undang, peraturan, dan polisi yang dikenakan terhadap Kami.

Apabila Kami merujuk kepada “Seagate” dirujuk dalam Polisi Pengendalian Perniagaan Kami, ia bermaksud Seagate Technology plc dan setiap anak syarikat milik majoriti atau milik penuhnya, dan mana-mana ahli gabungan atau usaha sama yang dikawal oleh Seagate.

Seagate | Polisi Pengendalian Perniagaan | Pendahuluan | 06

Sementara Polisi Pengendalian Perniagaan Kami menekankan prinsip dan jangkaan bagi perilaku Kami, namun memang mustahil ia dapat menangani setiap situasi yang menyentuh etika. Apabila berdepan dengan situasi yang tidak dibentangkan dalam Polisi Pengendalian Perniagaan Kami, pertimbangkan soalan-soalan di bawah sebelum anda bertindak.

Kami berfikir bahawa anda pastinya sedar sekiranya tindakan anda melampaui batasan. Tetapi jika jawapannya masih belum jelas selepas mempertimbangkan soalan-soalan ini, sila hubungi Pegawai Kepatuhan untuk bantuan.

Kami boleh mengubah Polisi Pengendalian Perniagaan dari semasa ke semasa. Kami akan memaklum kepada anda tentang apa-apa semakan, dan anda bertanggungjawab untuk mengetahui tentang semakan sedemikian. Untuk versi terkini,

anda hendaklah sentiasa merujuk kepada Polisi Pengendalian Perniagaan dalam talian, di my.seagate.com dan www.seagate.com/investors/.

POLISI SEAGATE YANG LAIN Prinsip dalam Polisi Pengendalian Perniagaan Kami mungkin diperluaskan lagi dalam polisi dan standard perilaku Seagate yang lain, yang mungkin dirujuk dalam Polisi Pengendalian Perniagaan Kami. Polisi dan standard ini adalah berasingan daripada Polisi Pengendalian Perniagaan Kami dan boleh diakses di my.seagate.com. Jika anda tidak mempunyai akses kepada my.seagate.com dan anda seorang pekerja Seagate, anda boleh meminta sesalinan mana-mana polisi Seagate daripada pengurus anda atau mana-mana Pegawai Kepatuhan.

Jika anda tidak dapat menjawab soalan-soalan ini dengan mudah, jangan teruskan tindakan anda.

Apakah pendapat keluarga atau kawan-kawan saya?

Adakah tindakan ini akan memudaratkan reputasi Seagate?

Adakah tindakan ini mematuhi undang-undang?

Adakah tindakan yang saya rancang ini memaparkan nilai-nilai teras Seagate?

Bagaimanakah perasaan saya jika perkara ini diterbitkan dalam akhbar di kampung saya?

Seagate | Polisi Pengendalian Perniagaan | Pendahuluan | 07

PEKERJA KAMI

DALAM BAHAGIAN INI:

Penerapan Polisi Pengendalian Perniagaan

Kewajipan Perakuan

Bertanya Soalan dan Membangkitkan Kebimbangan

Talian Bantuan Etika

Penyiasatan dan Tatatertib

Tiada Pembalasan

Kepatuhan dengan Undang-undang, Peraturan dan Polisi Seagate

Konflik Kepentingan

Hadiah dan Keraian

Seagate | Polisi Pengendalian Perniagaan | Pekerja Kami | 08

PENERAPAN POLISI PENGENDALIAN PERNIAGAAN

Polisi Pengendalian Perniagaan Kami dikenakan terhadap pekerja dan ahli Lembaga Seagate, tetapi jangkaan Kami adalah bahawa sesiapa jua yang terlibat menyediakan perkhidmatan kepada Seagate, termasuk tetapi tidak terhad kepada kontraktor, perunding, dan orang lain yang mungkin diambil secara sementara untuk melakukan kerja atau perkhidmatan untuk Seagate, akan mematuhi Polisi Pengendalian Perniagaan berhubung dengan kerja mereka untuk Kami. Kegagalan oleh kontraktor, perunding, atau penyedia perkhidmatan Seagate yang lain untuk mematuhi Polisi Pengendalian Perniagaan boleh menyebabkan perhubungan mereka dengan Seagate ditamatkan. Jangkaan Kami adalah agar semua pihak yang menyediakan perkhidmatan untuk Seagate mematuhi piawaian yang sama yang ditetapkan untuk

Kami sendiri

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pegawai-pegawai Kewangan KananPolisi Pengendalian Perniagaan Kami dikenakan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan, pegawal atau pengawal perakaunan utama, atau orang-orang yang melaksanakan fungsi yang serupa (“Pegawai-pegawai Kewangan Kanan”). Pegawai-pegawai Kewangan Kanan juga tertakluk kepada Kod Etika Seagate untuk Pegawai-pegawai Kewangan Kanan, yang dirangkum dalam Polisi

Pengendalian Perniagaan Kami sebagai Lampiran A.

KEWAJIPAN PERAKUAN

Anda dikehendaki memperakui bahawa anda telah membaca dan memahami Polisi Pengendalian Perniagaan Kami dan tahu bagaimana untuk mendapatkan bantuan dengan menerapkan prinsipnya. Anda juga dikehendaki mendedahkan konflik kepentingan yang sebenar atau mungkin akan berlaku.

Semua pekerja Seagate yang baru dikehendaki memberikan perakuan awal dan sebarang pendedahan yang berkenaan semasa proses kemasukan mereka. Semua pekerja bukan operator dengan alamat e-mel Seagate dikehendaki memperakui semula dan membuat sebarang pendedahan yang berkenaan setiap tahun. Semua pekerja dikehendaki mendedahkan konflik kepentingan yang sebenar atau mungkin berlaku jika dan apabila situasi sedemikian berbangkit.

PENDEDAHAN YANG DIBUAT DI

BAWAH POLISI PENGENDALIAN

PERNIAGAAN KAMI AKAN DISEMAK

DALAM SATU DARIPADA DUA CARA:

• Pendedahan daripada pekerja akan disemak oleh

Jawatankuasa Semakan Konflik Kepentingan.

• Pendedahan daripada atau melibatkan Pegawai-

pegawai Kewangan Kanan atau ahli-ahli Lembaga

Pengarah akan disemak oleh ahli-ahli Lembaga

yang berkecuali, atau oleh suatu jawatankuasa

Lembaga.

Seagate | Polisi Pengendalian Perniagaan | Pekerja Kami | 09

TALIAN BANTUAN ETIKA

Talian Bantuan Etika dikendalikan oleh penyedia pihak ketiga yang bebas. Talian ini tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Meskipun individu digalakkan mengenal pasti diri mereka, laporan tanpa nama akan diterima jika undang-undang tempatan membenarkannya.

Laporan akan dirahsiakan sejauh mana yang mungkin, yang konsisten dengan keperluan untuk penyiasatan dan penyelesaian isu dengan wajar.

Bidang kuasa tertentu membataskan topik yang boleh dilaporkan tanpa nama melalui Talian Bantuan. Talian Bantuan Etika Seagate menggabungkan sebarang pembatasan tempatan dan lokasi Talian Bantuan akan memaklumkan pekerja dari negara-negara yang terjejas jika peraturan pelaporan khusus dikenakan terhadap mereka.

TALIAN BANTUAN ETIKA

TERSEDIA DALAM PELBAGAI

BAHASA DAN BOLEH

DIHUBUNGI DI:

https://seagate.alertline.com, dan juga

dengan menelefon 1-800-968-4925

di Amerika Syarikat. Untuk menelefon

dari luar AS, sila layari https://seagate.

alertline.com untuk memilih negara di

mana anda berada. Arahan Direct Dial

akan dipaparkan di bawah tajuk “BY

PHONE”.

Seagate | Polisi Pengendalian Perniagaan | Pekerja Kami | 11

Seagate akan memberikan gerak balas dengan segera terhadap semua laporan salah laku. Sebagai pekerja, anda mungkin diminta membantu penyiasatan tentang salah laku yang didakwa. Anda hendaklah sentiasa bekerjasama dan memberikan maklumat yang lengkap dan tepat berkaitan dengan penyiasatan. Sesiapa jua yang melanggar Polisi Pengendalian Perniagaan akan dipertanggungjawabkan dan dikenakan tindakan tatatertib yang wajar, sehingga dan termasuk pembuangan kerja. Membuat tuduhan atau laporan yang berniat jahat atau tuduhan atau laporan palsu yang disengajakan dianggap salah laku di bawah Polisi Pengendalian Perniagaan.

PENYIASATAN DAN TATATERTIB

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA LIHAT: Polisi Penyiasatan Etika Global (Polisi 2200)

Anda boleh menghubungi Talian Bantuan Etika pada bila-bila masa untuk membincangkan isu seperti:

Pencurian, penipuan, atau apa jua jenis ketidakjujuran

Sogokan atau rasuah

Konflik kepentingan

Keluaraturan perakaunan atau kewangan

Pelanggaran Polisi Pengendalian Perniagaan, polisi Seagate, atau undang-undang.

Seagate | Polisi Pengendalian Perniagaan | Pekerja Kami | 12

Seagate berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan perseKamiran di mana tiada siapa merasa gentar untuk melaporkan sebarang salah laku atau pelanggaran yang diketahui atau disyaki terhadap polisi Seagate, prosedur, atau undang-undang tanpa bimbangkan pembalasan. Seagate benar-benar melarang tindakan pembalasan atau gangguan terhadap mana-mana

orang yang membangkitkan kebimbangan dengan niat baik, atau sesiapa yang turut serta dalam penyiasatan. Ini bererti anda boleh membangkitkan kebimbangan tanpa rasa takut bahawa pekerjaan anda akan terjejas. Polisi Kami terhadap pembalasan melindungi sesiapa yang membuat laporan dengan niat baik, meskipun selepas itu anda didapati silap.

TIADA PEMBALASAN

Seagate | Polisi Pengendalian Perniagaan | Pekerja Kami | 13

Reputasi Seagate sebagai entiti yang berintegriti dibina berdasarkan pelbagai keputusan yang diambil oleh Kami setiap hari. Seagate mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang dikenakan terhadap perniagaan Kami, dan anda dikehendaki melakukan perkara yang sama sewaktu menjalankan kerja anda. Jika undang-undang tempatan kurang ketat berbanding dengan Polisi Pengendalian Perniagaan Kami, anda hendaklah mematuhi Polisi Pengendalian Perniagaan Kami, meskipun jika kelakuan anda adalah sah. Sebaliknya, jika undang-undang tempatan lebih ketat berbanding dengan Polisi Pengendalian Perniagaan Kami, anda hendaklah sentiasa mematuhi undang-undang tersebut.

Meskipun setiap seorang daripada Kami mempunyai kewajipan untuk mematuhi Polisi Pengendalian Perniagaan Kami, pengurus mempunyai tanggungjawab yang lebih besar. Pengurus

hendaklah menjadi teladan, dan bertanggungjawab mewujudkan perseKamiran kerja di mana pekerja yang diselia merasa selesa bertanyakan soalan dan membangkitkan kebimbangan tanpa takutkan pembalasan.

KEPATUHAN DENGAN UNDANG-UNDANG, PERATURAN, DAN POLISI SEAGATE

ANDA DIJANGKA:

• Bertindak secara beretika dan dengan penuh integriti dalam semua urusan perniagaan.

• Membaca dan mematuhi Polisi Pengendalian Perniagaan, polisi dan prosedur Seagate yang lain, dan undang-undang.

• Melaporkan pelanggaran yang diketahui atau berpotensi berlaku dengan menggunakan saluran pelaporan yang tersedia (dan selaras dengan undang-undang tempatan).

• Bekerjasama dengan penyiasatan kepatuhan.

• Melengkapkan semua perakuan kepatuhan dan etika yang diwajibkan dan keperluan latihan tepat pada masanya.

PENGURUS DIJANGKA:

• Menggalakkan dan menyokong kelakuan dan amalan perniagaan yang beretika dengan mematuhi Polisi Pengendalian Perniagaan Kami.

• Bertindak sebagai model kepimpinan bagi Polisi Pengendalian Perniagaan Kami.

• Memastikan pekerja yang melapor kepada mereka memahami di mana dan bagaimana untuk melaporkan pelanggaran Polisi Pengendalian Perniagaan.

• Memastikan bahawa pekerja yang melapor kepada mereka melengkapkan semua kursus pendidikan kepatuhan yang diwajibkan dan perakuan kepatuhan dan keperluan latihan lain tepat pada masanya.

• Mengekalkan polisi pintu terbuka berhubung dengan soalan-soalan pekerja, termasuk soalan mengenai pengendalian perniagaan dan etika, dan memastikan sumber dan sokongan kepatuhan dan etika sentiasa tersedia.

• Menggalakkan pekerja mencabar dan melaporkan kelakuan yang dipersoalkan.

• Menggalakkan dialog yang terbuka, jujur, dan sulit tanpa pembalasan.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA LIHAT:

Pintu Terbuka (Polisi 1001)

Seagate | Polisi Pengendalian Perniagaan | Pekerja Kami | 14

Konflik kepentingan berbangkit apabila kesetiaan anda berbelah bahagi antara apa yang terbaik untuk Seagate dan apa yang terbaik untuk anda atau ahli keluarga. Sebagai pekerja Seagate, Kami mempunyai kewajipan untuk bertindak demi kepentingan Seagate, dan konflik melemparkan keraguan tentang keupayaan Kami untuk bertindak tanpa berat sebelah. Oleh itu, anda hendaklah mendedahkan sebarang konflik kepentingan yang sebenar atau mungkin berlaku pada masa konflik tersebut berbangkit, dan hendaklah menambah pendedahan anda apabila keadaan berubah.

Sebagai sebahagian daripada perakuan tahunan terhadap Polisi Pengendalian Perniagaan Kami, anda akan diminta mendedahkan secara bertulis tentang konflik yang sebenar atau mungkin berlaku, dan anda juga hendaklah mendedahkan konflik kepentingan yang berbangkit sepanjang tahun.

Bahagian berikut menyenaraikan beberapa situasi yang biasa berlaku apabila konflik mungkin berbangkit, tetapi konflik kepentingan yang sebenar atau mungkin berlaku tidak mungkin semuanya dapat disenaraikan. Apabila berhadapan dengan situasi yang tidak disenaraikan di bawah, atau jika anda mempunyai apa-apa soalan tentang jalan tindakan terbaik dalam situasi tertentu, sila minta bantuan daripada pengurus anda. Jika pengurus anda tidak pasti, semak Soalan-soalan Yang Sering Ditanya atau serahkan borang pendedahan kepada Jawatankuasa Semakan Konflik Kepentingan. Jawatankuasa akan menyemak butir-butir pendedahan anda dan memberikan saranan.

KONFLIK KEPENTINGAN

Seagate | Polisi Pengendalian Perniagaan | Pekerja Kami | 15

Jika anda terlibat dalam pekerjaan di luar Seagate, anda bertanggungjawab memastikan pekerjaan luar anda tidak menjejaskan prestasi anda di Seagate atau mewujudkan konflik kepentingan. Anda hendaklah mendedahkan sebarang pekerjaan luar yang sebenar atau mungkin membangkitkan konflik kepentingan dengan kerja anda di Seagate. Contohnya, anda tidak boleh berkhidmat sebagai pengarah, pegawai,

perunding, pekerja atau dalam sebarang kapasiti lain dengan mana-mana perusahaan yang merupakan pesaing Seagate, atau yang menjalankan perniagaan atau ingin menjalankan perniagaan dengan Seagate, tanpa kelulusan bertulis yang nyata daripada Jawatankuasa Semakan Konflik Kepentingan Seagate.

Pekerjaan Luar

Q: Saya bekerja dengan rumah perlindungan haiwan bukan untung pada hujung minggu dan diberikan ganjaran yang kecil. Adakah ini suatu konflik?

A: Selagi anda tidak berkhidmat untuk rumah perlindungan haiwan pada waktu anda sepatutnya

melaksanakan perkhidmatan untuk Seagate, dan anda tidak menggunakan aset Seagate (seperti

peralatan, harta intelek, maklumat sulit atau keempunyaan, atau sumber lain) untuk pekerjaan

luar anda, kerja hujung minggu anda di rumah perlindungan haiwan tidak membangkitkan konflik

kepentingan.

Q: Saya mengajar kelas di kolej komuniti tempatan pada waktu malam. Bolehkah saya berbuat demikian?

A: Ya, anda boleh mengajar kelas. Tetapi sama seperti mana-mana kerja luar, anda tidak boleh

membenarkannya mengganggu tanggungjawab kerja anda di Seagate. Anda tidak boleh

menggunakan sumber Seagate atau mendedahkan maklumat sulit Seagate. Anda tidak boleh

mengemukakan diri anda sebagai mewakili Seagate; dan anda harus menjelaskan dalam kelas

anda bahawa pendapat anda adalah pendapat anda sendiri dan tidak disokong oleh Seagate

Q: Saya mengendalikan perniagaan katering pada hujung minggu dan perniagaan ini benar-benar berasingan daripada tugas saya untuk syarikat. Tetapi, baru-baru ini, satu kumpulan lain di Seagate (bukan kumpulan saya) bertanya jika saya berminat menyediakan makanan untuk majlis yang ditaja oleh Seagate pada hari Sabtu. Bolehkah saya berbuat demikian?

A: Konflik kepentingan mungkin berbangkit jika pekerja menjadi pembekal atau kontraktor Seagate,

dan anda secara amnya harus mengelakkan situasi sedemikian. Walau bagaimanapun, anda

boleh meneruskan langkah ini jika usaha diambil untuk mengelakkan konflik sebenar. Pertama,

anda harus memaklumkan kepada pengurus anda. Kedua, anda dan pengurus anda hendaklah

memastikan anda tidak terlibat dalam langkah membuat atau mempengaruhi keputusan Seagate

untuk menggunakan perkhidmatan anda. Dalam erti kata lain, peranan anda sebagai pekerja

tidak harus dibenarkan mempengaruhi potensi peranan anda sebagai katerer. Anda tidak

boleh menyediakan makanan untuk majlis yang ditaja oleh Seagate jika anda menganggotai

jawatankuasa yang merancang majlis tersebut. Akhirnya, anda hendaklah mendedahkan

perhubungan ini dan mendapatkan saranan daripada Jawatankuasa Semakan Konflik

Kepentingan.

Seagate | Polisi Pengendalian Perniagaan | Pekerja Kami | 16

Penyertaan dalam persatuan perdagangan atau organisasi berkaitan piawaian mungkin bercanggah dengan tanggungjawab anda untuk melindungi harta intelek dan maklumat keempunyaan Seagate, dan juga mungkin membangkitkan isu-isu antitrust. Anda hendaklah mendapatkan kelulusan daripada pengurus anda dan Jabatan Undang-undang sebelum

menyertai persatuan perdagangan atau melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan piawaian teknikal. Ini termasuk, menyertai organisasi atau kumpulan kerja piawaian, menyumbang teknologi kepada piawaian, atau penggunakan piawaian untuk menghasilkan produk Seagate

Seagate menghormati hak anda untuk mengurus pelaburan anda tanpa campur tangan. Walau bagaimanapun, konflik kepentingan mungkin berbangkit jika anda mempunyai kepentingan kewangan atau kepentingan benefisial lain dalam mana-mana perusahan yang menjalankan perniagaan dengan Seagate atau adalah pesaing Seagate. Anda

hendaklah mendedahkan sebarang kepentingan kewangan atau kepentingan benefisial lain dalam mana-mana perusahaan yang mana anda atau ahli keluarga mempunyai kepentingan di dalamnya jika perusahaan tersebut menjalankan perniagaan dengan Seagate atau merupakan pesaing Seagate

Menyertai Persatuan Perdagangan dan Industri dan Kumpulan Piawaian Teknikal

Kepentingan Kewangan

Q: Saya dijemput menyertai Kumpulan Kerja Peranti USB. Adakah ini satu konflik?

A: Konflik kepentingan berpotensi berbangkit daripada penyertaan dalam kumpulan piawaian

industri kerana anda mungkin dikenakan kewajipan yang bercanggah berkaitan dengan

kerahsiaan dan kesetiaan kepada Seagate dan kepada kumpulan piawaian industri. Anda boleh

menyertainya jika anda mengambil langkah untuk mengelakkan konflik sebenar. Pertama,

bekerjasama dengan pengurus anda untuk menentukan sama ada kepentingan perniagaan atau

potensi kepentingan perniagaan Seagate mungkin bercanggah dengan kerja yang dijalankan

oleh kumpulan. Kemudian, hubungi Jabatan Undang-undang untuk menyemak undang-undang

kecil organisasi atau perjanjian keahlian lain, dan juga untuk menentukan sama ada Seagate

sudah menyertai organisasi tersebut. Apabila anda telah menerima pelepasan daripada pengurus

anda dan Jabatan Undang-undang dan mula menyertai organisasi tersebut, jangan dedahkan

maklumat sulit atau keempunyaan Seagate, dan jangan biarkan penyertaan anda dalam kumpulan

mengganggu tanggungjawab tugas anda di Seagate

Q: Saya memegang unit atau saham dalam dana bersama yang membeli saham dalam syarikat teknologi tinggi. Perlukah saya mendedahkan jenis pemilikan ini?

A: Jika anda tidak terlibat dalam keputusan pelaburan yang dibuat oleh dana bersama tersebut,

pemilikan unit atau saham dalam dana bersama berpelbagai yang dikendalikan oleh pengurus

dana bukan satu konflik kepentingan. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh membuat

keputusan pelaburan untuk membeli atau menjual dana khusus berpolisikan maklumat dalaman

Seagate. Lihat bahagian mengenai Pembelian atau Penjualan Sekuriti di muka surat 17.

Seagate | Polisi Pengendalian Perniagaan | Pekerja Kami | 17

Bekerja dengan Ahli KeluargaAnda hendaklah mengelakkan konflik kepentingan antara perhubungan peribadi dan profesional anda. Pengurus tidak boleh menyelia suami/isteri mereka atau ahli keluarga terdekat yang lain. Pekerja yang mempunyai kaitan persaudaraan antara satu sama lain tidak boleh berkongsi tanggungjawab bagi

kawalan atau audit aset Seagate.

Peluang Korporat Anda mempunyai kewajipan kepada Seagate untuk mendahulukan kepentingan sah Seagate setakat keupayaan anda. Anda tidak boleh bersaing dengan

Seagate atau menggunakan harta Seagate, maklumat Seagate, atau kedudukan anda dengan Seagate untuk keuntungan peribadi. Oleh itu, anda tidak boleh mengambil sebarang peluang perniagaan atau pelaburan yang berbangkit semasa tempoh pekerjaan anda yang berkaitan dengan perniagaan Seagate untuk diri anda sendiri (atau ahli keluarga terdekat anda) tanpa terlebih dahulu mengemukakannya kepada Seagate. Di samping itu, anda tidak boleh menolong sesiapa jua, termasuk ahli keluarga anda, mengambil peluang perniagaan atau pelaburan sedemikian untuk keuntungan peribadi.

Q: Gretchen bekerja dalam bahagian perolehan dan menguruskan tender persaingan untuk pusat reka bentuk yang baru. Bapa Gretchen memiliki salah sebuah syarikat yang membida, tetapi tiada siapa di Seagate yang mengetahui tentang perhubungan ini. Beliau berfikir-fikir untuk menyingkirkan dua bida yang lebih rendah daripada bida syarikat bapanya. Beliau merasa berbelah bahagi antara komitmennya kepada Seagate dan untuk membantu bapanya. Apakah yang patut beliau lakukan?

A: Gretchen hendaklah memaklumkan pengurusnya, menyerahkan pendedahan kepada

Jawatankuasa Semakan Konflik Kepentingan, dan menarik diri daripada proses pembidaan

sehingga saranan dibuat oleh Jawatankuasa.

HADIAH DAN KERAIANSaling berbalas cenderahati perniagaan seperti hadiah atau keraian merupakan amalan biasa yang memupuk muhibbah antara syarikat dan pelanggan atau rakan niaga mereka. Walau bagaimanapun, hadiah dan keraian boleh dengan mudah mewujudkan konflik kepentingan sebenar atau ketara dan oleh itu perlu dipertimbangkan dengan hati-hati, sama ada anda memberikannya atau menerimanya. Anda harus sentiasa memastikan bahawa apa-apa hadiah atau keraian yang diberikan atau diterima adalah dibenarkan di bawah Polisi Pengendalian Perniagaan Kami dan sebarang polisi dan undang-undang yang berkuat kuasa. Anda dilarang daripada memberikan, menawarkan, atau menerima apa-apa hadiah atau keraian—sama ada secara langsung atau tidak langsung—yang nampaknya mempengaruhi

keputusan perniagaan, menjejaskan pertimbangan bebas, atau melanggar undang-undang.

Sesetengah syarikat Seagate melarang langkah berbalas-balas hadiah sama sekali. Anda bertanggungjawab untuk memahami sama ada syarikat anda mempunyai keperluan yang berbeza daripada Polisi Pengendalian Perniagaan.

Sebarang tawaran hadiah atau cenderahati perniagaan lain yang nilainya bukan kecil hendaklah dilaporkan kepada dan diluluskan oleh pengurus anda. Anda hendaklah dengan serta-merta melaporkan apa-apa tawaran wang tunai, bayaran, atau ‘kickback’ kepada Pegawai Kepatuhan atau Jabatan Undang-undang.

Seagate | Polisi Pengendalian Perniagaan | Pekerja Kami | 18

Secara amnya, anda boleh menawarkan atau menerima hadiah, makanan atau keraian selagi anda boleh menjawab “Ya” kepada setiap satu soalan berikut:

T F

Tidak ada keputusan perniagaan semasa yang belum ditentukan (contohnya tender bersaingan, rundingan terbuka, dll.):

Hadiah, makanan, atau keraian adalah munasabah dan berpatutan:

Hadiah, makanan, atau keraian bukan wang tunai atau bersamaan dengan tunai (seperti kad hadiah atau baucer):

Hadiah, makanan, atau keraian adalah sebahagian daripada proses perniagaan yang biasa:

Hadiah, makanan, atau keraian adalah sah:

Hadiah, makanan, atau keraian jarang diberikan atau diterima:

Hadiah, makanan, atau keraian adalah konsisten dengan amalan perniagaan dan industri tempatan, dan tidak dilarang oleh polisi syarikat penerima:

Hadiah, makanan, atau keraian tidak boleh ditafsirkan atau membuat seseorang itu merasakan bahawa ini adalah sogokan atau rasuah:

Jika anda menjawab “tidak” kepada mana-mana perkara yang disenaraikan di atas, anda perlu mendapatkan nasihat daripada pegawai pematuhan sebelum menawarkan atau menerima hadiah, makanan, atau keraian..

Hadiah atau tanda peringatan lain yang diterima kerana memberikan ucapan dalam majlis-majlis juga tertakluk kepada peraturan ini, dan begitu juga hadiah atau keraian yang diberikan kepada ahli keluarga terdekat atau sesiapa jua yang terlibat dalam atau ingin menjalinkan perhubungan perniagaan dengan Seagate. Untuk mengelakkan rasa malu, Ketua Pegawai Kepatuhan boleh membenarkan anda menerima hadiah di luar garis panduan ini dan kemudian Seagate akan menderma hadiah tersebut kepada badan amal.

Bagi pemberian hadiah dan keraian kepada pegawai kerajaan, pertimbangan dan keperluan tambahan dikenakan. Lihat bahagian Menolak Sogokan dan Rasuah di muka surat 19.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA LIHAT:

Polisi Perjalanan dan Perbelanjaan (Polisi 2022)

Polisi Pencegahan Sogokan dan Rasuah Global (Polisi 1200)

Seagate | Polisi Pengendalian Perniagaan | Pekerja Kami | 19

1.1 Seagate’s Code of Conduct | Introduction | The Ethics Helpline

PELANGGAN, RAKAN

PERNIAGA AN & MASYARAKAT KAMI

DALAM BAHAGIAN INI:

Melindungi Maklumat Sulit Privasi Data

Komunikasi Awam Penyimpanan Rekod

Melindungi dan Menggunakan Aset Korporat Harta Intelek

Membeli atau Menjual Sekuriti Ketepatan Rekod Syarikat dan Pelaporan

Menolak Sogokan dan Rasuah Antitrust, Persaingan dan Urusan Adil

Sekatan Perdagangan dan Kawalan Eksport Pengecualian, Pengetepian, dan Pendedahan

Seagate | Polisi Pengendalian Perniagaan | Pelanggan, Rakan Niaga & Masyarakat Kita | 20

Maklumat sulit adalah maklumat bukan awam yang mungkin berguna buat pesaing Kami atau memudaratkan Seagate atau rakan perniagaan atau pelanggan Kami jika didedahkan.

Kami mempunyai kewajipan untuk melindungi dan memelihara maklumat sulit Seagate. Maklumat sulit seharusnya hanya perlu digunakan bagi tujuan perniagaan, dan didedahkan hanya kepada mereka yang mempunyai kebenaran dan perlu mengetahui maklumat tersebut. Maklumat pihak ketiga bukan awam yang anda perolehi berhubung dengan pekerjaan anda di Seagate hanya boleh digunakan setakat yang dibenarkan oleh pihak ketiga tersebut. Anda hendaklah memastikan bahawa anda tidak menggunakan atau mendedahkan sebarang maklumat keempunyaan mana-mana bekas majikan, dan

bahawa anda tidak membawa maklumat sedemikian dengan anda ke Seagate. Kewajipan kerahsiaan anda masih berkuat kuasa selepas anda berhenti bekerja dengan Seagate.

Ambil langkah berhati-hati untuk menjaga premis, komputer, dokumen dan bahan senstitif Kami yang lain demi melindungi maklumat sulit daripada didedahkan. Di samping itu, Kami hendaklah mengelakkan diri daripada membincangkan maklumat sulit di tempat-tempat di mana perbualan Kami boleh didengar, termasuk restoran, tandas, teksi, kapal terbang, lif, atau kawasan-kawasan am di dalam Seagate. Contoh maklumat sulit termasuk rancangan perniagaan, ramalan dan unjuran kewangan, maklumat kewangan bukan awam, maklumat penjualan bukan awam dan maklumat pemasaran seperti senarai pelanggan,

MELINDUNGI MAKLUMAT SULIT

Dengan bertambahnya pendigitalan maklumat, pelbagai negara telah mengawal pengumpulan, pemprosesan, penggunaan, penyimpanan dan pelupusan data peribadi, dan privasi maklumat berkaitan dengan perbadanan. Seagate amat komited untuk mengendalikan data pekerjanya dan pihak ketiga lain dengan penuh tanggungjawab dan dengan mematuhi undang-undang privasi yang berkuat kuasa. Polisi Seagate membentangkan garis panduan khusus tentang bagaimana untuk mengendalikan maklumat yang dikumpul, digunakan, disimpan, dan diakses oleh Kami, dan bagaimana untuk menyimpannya dengan selamat dan mengelakkan akses dan penggunaan yang tidak dibenarkan. Anda bertanggungjawab mengetahui obligasi anda di bawah polisi ini. Anda hanya boleh mengumpul, menggunakan, menyimpan, mengakses dan melupuskan data sebagaimana yang dibenarkan oleh polisi dan undang-undang perlindungan data yang berkuat kuasa.

Polisi Privasi Seagate Technology boleh didapati di laman web luaran Kami di http://www.seagate.com/legal-privacy/

strategi pemasaran, unjuran penjualan dan maklumat harga, rancangan mengenai transaksi strategik yang berpotensi, maklumat produk dan sistem teknikal bukan awam, rahsia perdagangan, dan maklumat yang dilindungi bawah perjanjian kerahsiaan atau perlindungan peguam-anakguam.

Jika anda mendapat tahu tentang peraturan undang-undang atau kawal selia yang menghendaki anda mendedahkan maklumat sulit, sila hubungan Jabatan Undang-undang atau Pegawai Kepatuhan untuk mendapatkan bantuan.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA LIHAT:

Polisi Keselamatan Maklumat IT (Polisi 602)

Polisi Perlindungan Maklumat (2160)

Melindungi Maklumat Sulit Seagate Menggunakan Perjanjian Ketakdedahan (Polisi 1910)

Rahsia Perdagangan daripada Sumber Luar (Polisi 1095)

Polisi Penerbitan (Polisi 1091)

Polisi Penyiasatan Etika Global (Polisi 2200)

NTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA LIHAT:

Polisi Perlindungan Maklumat (Polisi 2160)

Melindungi Maklumat Sulit Seagate Menggunakan Perjanjian Ketakdedahan (Polisi 1910)

Polisi Rekod Pekerja dan Privasi Data Peribadi (Polisi 8006)

PRIVASI DATA

Seagate | Polisi Pengendalian Perniagaan | Pelanggan, Rakan Niaga & Masyarakat Kita | 22

KOMUNIKASI AWAM

Sebagai syarikat awam, Seagate hendaklah mendedahkan maklumat yang tepat dan lengkap tentang operasi Kami. Polisi Kami adalah untuk melaporkan keputusan kewangan Seagate dan perkembangan penting lain dengan lengkap, adil, tepat, kena pada masanya, dan dengan dapat difahami. Seagate tidak akan mentoleransi kebocoran atau pendedahan maklumat korporat dalam cara yang tidak dibenarkan kepada media atau masyarakat kewangan. Semua komunikasi dengan media dan masyarakat kewangan hendaklah mendapat kebenaran daripada organisasi Perhubungan Awam atau Perhubungan Pelabur Seagate. Organisasi tersebut bertanggungjawab menentukan jurucakap yang sesuai untuk berkomunikasi dengan media dan juruanalisis. Anda hendaklah menujukan sebarang pertanyaan daripada media atau masyarakat kewangan dengan serta-merta kepada organisasi Perhubungan Awam atau Perkhidmatan Pelabur.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA

LIHAT:

Polisi Keselamatan Maklumat IT (Polisi 602)

Komunikasi dengan Media, Blog, dan Media Sosial (Polisi 1060)

Polisi Penerbitan (Polisi 1091)

Polisi Perlindungan Maklumat (2160)

Seagate | Polisi Pengendalian Perniagaan | Pelanggan, Rakan Niaga & Masyarakat Kita | 23

Maklumat yang Kami hasilkan dianggap rekod perniagaan, dan tertakluk kepada pelbagai undang-undang dan peraturan, tidak kira bagaimana maklumat tersebut disimpan. Rekod perniagaan dalam kendalian anda hendaklah disimpan dan dimusnahkan selaras dengan jadual penyimpanan rekod Kami. Jika anda mengetahui tentang sebarang rekod di bawah kawalan anda yang berkaitan dengan prosiding undang-undang atau penyiasatan, anda tidak boleh mengubah, menyembunyikan, atau memusnahkan rekod sehingga anda dimaklumkan

sebaliknya. Ini dirujuk sebagai “legal hold”. Jika anda mempunyai apa-apa soalan tentang sama ada rekod adalah di bawah ‘legal hold’, sila hubungi Jabatan Undang-undang.

Anda bertanggungjawab melindungi dan menggunakan aset Seagate dengan bertanggungjawab untuk mengelakkan kerugian, kerosakan, kecurian, penggunaan yang tidak dibenarkan, dan pembaziran. Aset Seagate termasuk harta fizikal, seperti kemudahan, bekalan, peralatan, inventori, kenderaan, wang tunai, dan akaun syarikat. Aset Seagate juga termasuk aset tidak ketara, seperti maklumat sulit dan keempunyaan, harta intelek, dan sistem maklumat. Anda hendaklah melindungi

aset Seagate yang diamanahkan kepada anda, dan menggunakannya dengan cekap dan melindunginya daripada penggunaan yang tidak dibenarkan. Anda hendaklah mengendalikan dana Seagate dengan jujur dan selaras dengan polisi Seagate. Anda dilarang mengambil produk atau bekalan untuk kegunaan peribadi, menggunakan kad kredit Seagate untuk perbelanjaan peribadi, atau melencongkan aset melalui penipuan atau penyelewengan.

MELINDUNGI DAN MENGGUNAKAN ASET KORPORAT

PENYIMPANAN REKOD

Pengurusan Aset Maklumat

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA

LIHAT:

Seagate | Polisi Pengendalian Perniagaan | Pelanggan, Rakan Niaga & Masyarakat Kita | 24

Q: Setiap minggu, rakan sejawat mencetak 100 salinan surat berita untuk kelab persatuan pemilik kondominiumnya. Adakah ini penggunaan aset Seagate yang wajar?

A: Menggunakan aset dan harta Seagate untuk sebab-sebab peribadi atau projek yang bukan projek

Seagate secara amnya tidak boleh diterima. Mencetak surat berita yang tiada kaitan dengan

perniagaan Seagate dengan menggunakan mesin fotostat Seagate adalah tidak wajar.

Penggunaan sumber Seagate yang tidak ketara bagi tujuan peribadi dan bukan perniagaan (seperti panggilan peribadi atau e-mel yang berpatutan) boleh diterima, tetapi anda hendaklah menggunakan pertimbangan yang wajar dan bertindak dalam cara yang profesional apabila anda menggunakan sumber Seagate.

Polisi Perlindungan Maklumat (Polisi 2160)

Polisi Keselamatan Maklumat IT (Polisi 602)

Melindungi Maklumat Sulit Seagate Menggunakan Perjanjian Ketakdedahan (Polisi 1910)

Rahsia Perdagangan daripada Sumber Luar (Polisi 1095)

Polisi Penerbitan (Polisi 1091)

Polisi Penyiasatan Etika Global (Polisi 2200)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA LIHAT:

Seagate | Polisi Pengendalian Perniagaan | Pelanggan, Rakan Niaga & Masyarakat Kita | 25

Anda hendaklah melindungi dan memelihara hak harta intelek Seagate. Harta intelek merujuk kepada penciptaan minda, seperti paten, hakcipta, cap dagang, rahsia dagangan, reka cipta, atau proses. Undang-undang melindungi hak harta intelek sama seperti jenis hak harta fizikal yang lain. Setakat mana

yang dibenarkan oleh undang-undang, hak kepada semua harta intelek dipunyai oleh Seagate jika dicipta dengan bahan Seagate, semasa waktu bekerja dengan Seagate, dengan perbelanjaan ditanggung oleh Seagate, atau menurut skop tugas anda dengan Seagate.

HARTA INTELEK

Anda hendaklah mematuhi sepenuhnya undang-undang dagangan orang dalam dan sekuriti yang berkuat kuasa. Seagate telah menerima pakai Polisi Perdagangan Sekuriti, yang dikenakan terhadap semua pekerja di seluruh dunia. Polisi ini

membentangkan kewajipan anda berkaitan dengan perdagangan dalam sekuriti Seagate dan syarikat lain. Anda dijangka mengetahui tentang Polisi Perdagangan Sekuriti dan mematuhinya dengan sepenuhnya.

MEMBELI ATAU MENJUAL SEKURITI

Memberikan Maklumat Sulit (‘Tipping’)

Q: Jika saya memberitahu bapa saudara saya tentang peristiwa penting yang berlaku di Seagate dan beliau membeli atau menjual saham Seagate, adalah saya bertanggungjawab kerana memberikan maklumat sulit (‘tipping’)?

A: Kemungkinan besar, ya. Jika anda memberikan maklumat material yang bukan awam kepada

bapa saudara anda, mahkamah mungkin memutuskan bahawa anda cuba membantunya meraih

keuntungan atau cuba meraih sesuatu secara peribadi dengan memaklumkannya. Bapa saudara

anda juga bertanggungjawab. Menggunakan maklumat material yang bukan awam untuk tujuan

peribadi atau mendedahkannya kepada orang lain merupakan pelanggaran Polisi Perdagangan

Sekuriti Seagate, dan menyalahi undang-undang. Anda juga mungkin memungkiri kewajipan

kepada Seagate.

Maklumat Bukan Awam Yang Material

Q: Bagaimanakah dapat saya ketahui jika maklumat tentang sesebuah syarikat adalah ‘material’ atau bukan awam?

A: Maklumat adalah ‘material’ jika maklumat ini penting buat pelabur yang membuat keputusan

tentang pembelian atau penjualan saham syarikat. Khususnya, maklumat adalah material jika

anda atau mana-mana pemegang saham yang munasabah menjangka maklumat tersebut akan

menjejaskan harga saham syarikat. Maklumat positif dan negatif kedua-duanya mungkin adalah

maklumat material.

Maklumat adalah maklumat bukan awam jika maklumat tersebut tidak diketahui secara amnya

atau tersedia kepada orang ramai. Maklumat tidak dianggap tersedia kepada orang ramai

sehingga maklumat tersebut disiarkan kepada orang ramai melalui saluran yang sesuai, seperti

siaran akhbar atau kenyataan awam daripada salah seorang pegawai kanan perbadanan, dan

masa yang cukup telah berlalu untuk membolehkan pasaran pelaburan menyerap dan menilai

maklumat tersebut. Maklumat secara amnya dianggap bukan awam sehingga hari perniagaan

pertama atau kedua selepas pendedahan awam.

Contoh yang biasa bagi maklumat material yang bukan awam termasuk keputusan kewangan,

pemerolehan atau penjualan perniagaan, keuntungan atau kerugian pelanggan atau pembekal

utama, perubahan pengurusan, pecahan saham, litigasi penting, dan komunikasi dan perintah

daripada agensi kerajaan.

Seagate | Polisi Pengendalian Perniagaan | Pelanggan, Rakan Niaga & Masyarakat Kita | 28

MENOLAK SOGOKAN DAN RASUAH

Seagate mengejar matlamat perniagaannya dengan penuh integriti dan dengan mematuhi undang-undang di setiap negara di mana Kami beroperasi. Kami mematuhi undang-undang yang dikenakan di Amerika Syarikat dan negara-negara lain di mana Kami menjalankan perniagaan, termasuk ‘U.S. Foreign Corrupt Practices Act’, ‘U.K. Bribery Act’, dan undang-undang lain yang dirumus untuk mengelakkan

sogokan dan rasuah. Pelanggaran undang-undang ini juga mungkin mengakibatkan denda dan hukuman penjara buat pekerja.

Seagate melarang penawaran atau penerimaan semua bentuk sogokan, suapan (‘kickbacks’), pembayaran pemudahan, dan jenis rasuah yang lain.

Seagate | Polisi Pengendalian Perniagaan | Pelanggan, Rakan Niaga & Masyarakat Kita | 30

Sogokan, Suapan (‘Kickbacks’), atau Pembayaran Pemudahan?

SOGOKAN

Sogokan adalah apabila seseorang

memberikan atau berjanji untuk

memberikan orang lain sesuatu

yang berharga untuk mendapatkan

layanan istimewa. Misalnya, jika

pemaju memberikan wang tunai

atau balasan lain kepada pekerja

syarikat untuk memastikan pekerja

menyiapkan kerja pemaju sebelum

kerja pelanggan lain, ini adalah

sogokan.

Suapan adalah sogokan yang

biasanya dibayar selepas layanan

istimewa diberikan. Misalnya, jika

pembekal membayar pekerja suatu

peratusan daripada penjualan

pembekal kepada syarikat sebagai

balasan bagi bantuan pekerja untuk

melencongkan perniagaan kepada

pembekal, ini adalah suapan

(‘kickback’).

Pembayaran pemudahan adalah

sogokan kecil yang biasanya

diberikan untuk mempercepatkan

proses atau mengelakkan

kelewatan dalam transaksi yang

sebaliknya merupakan transaksi

yang biasa. Contohnya, jika

pengedar membayar inspektor

kastam untuk mempercepatkan

pelepasan kastam untuk barangan

yang lambat laun akan diberikan

pelepasan kastam walaupun

pengedar tidak membayar sogokan,

ini adalah pembayaran pemudahan.

SUAPAN (‘KICK BACK’) PEMBAYARAN PEMUDAHAN

Berinteraksi dengan pegawai kerajaan

Interaksi dengan pegawai kerajaan membangkitkan cabaran yang unik kerana undang-undang tentang interaksi dengan pegawai kerajaan amat rumit. Penalti sivil dan jenayah yang serius kerana pelanggaran boleh dikenakan terhadap Seagate dan juga pekerja yang bertanggungjawab. Tidak kira bagaimana Kami berinteraksi dengan pegawai kerajaan, sama ada mereka pelanggan atau pengawal selia, Kami hendaklah memastikan interaksi Kami mencerminkan komitmen Kami kepada etika. Kami hendaklah mengetahui dan mematuhi pelbagai undang-undang pencegahan rasuah yang dikenakan terhadap Kami apabila berinteraksi dengan pegawai kerajaan.

Memberikan hadiah yang kecil atau makan minum yang berpatutan harganya kepada pegawai kerajaan atau ahli keluarga mereka mungkin tidak wajar atau menyalahi undang-undang dan dianggap sogokan. Anda hendaklah berbincang dengan Pegawai Kepatuhan sebelum menawarkan apa-apa hadiah atau keraian kepada pegawai kerajaan atau ahli keluarga mereka.

Jika anda mempunyai apa-apa soalan tentang

interaksi dengan pegawai kerajaan atau jika anda mengetahui atau mengesyaki berlakunya sogokan, hubungi Peguam Am atau Pegawai Kepatuhan dengan serta-merta.

Berinteraksi dengan Pihak KetigaSeagate tidak boleh mengelakkan liabiliti dengan menggunakan pihak ketiga atau orang tengah untuk membayar sogokan atau suapan (‘kickbacks’) bagi pihak Kami. Undang-undang akan mempertanggungjawabkan Seagate atas sogokan atau suapan yang dibayar oleh pihak ketiga yang bertindak bagi pihak Kami. Anda hendaklah memastikan pihak ketiga yang dipilih untuk mewakili Seagate—seperti perunding, agen, wakil, penghantar fret, agen logistik, dan rakan usaha sama- - mengetahui dan mematuhi undang-undang pencegahan rasuah ini apabila mereka menjalankan perniagaan Seagate.

Tetapi tidak kiralah nama panggilannya. Semua sogokan, suapan (‘kickbacks’), pembayaran pemudahan, dan transaksi rasuah yang serupa adalah dilarang.

Polisi Pencegahan Sogokan dan Rasuah Global (Polisi 1200)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA

LIHAT:

Seagate | Polisi Pengendalian Perniagaan | Pelanggan, Rakan Niaga & Masyarakat Kita | 31

Seagate bersaing dengan sengit di pasaran, dan Kami hendaklah berbuat demikian dalam cara yang adil dan mematuhi undang-undang. Lazimnya, negara di mana Kami beroperasi mempunyai undang-undang dan peraturan yang melarang sekatan perdagangan yang menyalahi undang-undang, biasanya dirujuk sebagai undang-undang antitrust atau persaingan. Undang-undang ini dirumus untuk melindungi pengguna dan pesaing terhadap amalan perniagaan tidak adil dan menggalakkan dan melindungi persaingan yang sihat. Kami amat komited untuk mematuhi undang-undang antitrust atau persaingan yang berkuat kuasa di semua negara atau organisasi.

Undang-undang antitrust atau persaingan berbeza dari negara ke negara, tetapi undang-undang tersebut secara amnya melarang perjanjian atau tindakan yang mengurangkan persaingan tanpa memanfaatkan pengguna. Antara aktiviti yang secara amnya didapati melanggar undang-undang antitrust atau persaingan adalah perjanjian dan persefahaman antara pesaing untuk:

Semua aktiviti yang disenaraikan di atas dilarang oleh Seagate. Anda tidak boleh melakukan perbincangan tentang jenis aktiviti ini dengan wakil daripada syarikat lain. Jika sesiapa jua dari syarikat lain mencadangkan perbincangan tentang topik-topik ini, anda hendaklah enggan turut serta dan dengan serta-merta melaporkannya kepada Jabatan Undang-undang atau Pegawai Kepatuhan.

Apa-apa perkiraan yang melibatkan urusan eksklusif, penjualan ‘tie-in’, diskrimininasi harga, sekatan harga jualan semula, harga minimum diiklankan, dan terma-terma jualan lain mungkin menyalahi undang-undang di bawah undang-undang antitrust atau persaingan yang berkuat kuasa. Anda tidak boleh memasuki perkiraan sedemikian tanpa kelulusan Jabatan Undang-undang.

Seagate turut melarang kaedah persaingan tidak adil dan amalan memperdaya, seperti:

Undang-undang antitrust dan persaingan adalah rumit, justeru sila minta nasihat daripada Pegawai Kepatuhan atau Jabatan Undang-undang jika anda mempunyai apa-apa soalan tentang jalan tindakan yang terbaik dalam sesuatu situasi tertentu.

Akibat pelanggaran undang-undang antitrust dan persaingan mungkin amat serius, untuk Seagate dan juga untuk anda.

ANTITRUST, PERSAINGAN, DAN URUSAN ADIL

• Menetapkan atau mengawal harga atau memperuntukkan pasaran atau pelanggan.

• Menyusun atau merancang bida untuk memberikan kontrak kepada pesaing atau penjual semula yang tertentu (‘bid rigging’).

• Memboikot pembekal atau pelanggan tertentu.

• Membataskan penjualan atau pengeluaran produk bagi tujuan mencegah persaingan

• Membuat representasi yang palsu atau memperdaya tentang produk atau perkhidmatan Seagate.

• Dengan palsu merendah-rendahkan pesaing atau produknya.

• Membuat dakwaan tentang produk tanpa fakta untuk menyokongnya.

• Menggunakan cap dagang syarikat lain dalam cara yang mengelirukan pelanggan tentang sumber produk.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA

LIHAT:

Garis Panduan Antitrust (Polisi 1800)

Seagate | Polisi Pengendalian Perniagaan | Pelanggan, Rakan Niaga & Masyarakat Kita | 32

Kepatuhan dengan undang-undang perdagangan antarabangsa amat penting agar Kami dapat terus menjalankan perniagaan di pasaran antarabangsa. Undang-undang kawalan eksport Amerika Syarikat mengawal eksport komoditi, perisian, teknologi, dan data teknikal dari Amerika Syarikat. Undang-undang ini dikenakan apabila anda menghantar barangan, membawanya dalam beg peribadi anda, dan menghantar data teknikal melalui e-mel di peringkat antarabangsa. Undang-undang ini juga mungkin dikenakan terhadap perjalanan ke atau dari negara yang dikenakan sekatan. Di samping itu, undang-undang A.S. melarang Kami daripada menjalankan urusan perniagaan dengan entiti, negara, orang-orang asing yang tertentu atau pihak lain yang dilarang yang disenaraikan oleh kerajaan AS.

Negara-negara lain juga mempunyai keperluan undang-undang tentang perdagangan antarabangsa yang mungkin merangkum import atau eksport ke atau dari negara di mana anda beroperasi.

Kenyataan palsu atau memperdaya yang dibuat mengenai dokumen import atau eksport boleh mengancam operasi global Kami dan membangkitkan audit dan denda, yang boleh memudaratkan keupayaan Kami untuk menjalankan perniagaan. Kegagalan untuk mematuhi undang-undang import dan eksport boleh menyebabkan denda dan kerugian atau sekatan keistimewaan perdagangan antarabangsa Kami, yang boleh merosakkan atau malah memusnahkan sebahagian besar perniagaan Kami. Pelanggaran undang-

undang tersebut juga boleh mengakibatkan Kami didenda dan pekerja dipenjara. Anda bertanggungjawab memahami bagaimana undang-undang kawalan eksport dikenakan terhadap pekerjaan anda dan mematuhi undang-undang ini.

Soalan-soalan mengenai hal-hal kepatuhan eksport atau sebarang pelanggaran undang-undang atau peraturan ini hendaklah ditujukan kepada Jabatan Pentadbiran Antarabangsa Seagate atau kepada Pegawai Kepatuhan.

KEPATUHAN PERDAGANGAN DAN KAWALAN EKSPORT

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA

LIHAT:

Surat Makluman Kepatuhan daripada CEO dan CFO

Polisi Pencegahan Sogokan dan Rasuah Global (Polisi 1200)

Polisi Kepatuhan Perdagangan Antarabangsa (Polisi 1110)

Prosedur Pengangkutan Perdagangan Antarabangsa

Prosedur Carnet

Polisi & Prosedur ‘Hand Carry’

Pengecualian dan Pengetepian. Jika anda percaya sesuatu situasi membolehkan pengecualian daripada Polisi Pengendalian Perniagaan Kami, anda hendaklah menghubungi Pegawai Kepatuhan yang boleh membantu anda mentafsirkan Polisi Pengendalian Perniagaan atau membantu pengetepian dalam keadaan yang sesuai.

Untuk Pegawai-pegawai Kewangan Kanan, semua pengetepian, termasuk pengetepian Kod Etika untuk Pegawai-pegawai Kewangan Kanan, hendaklah diluluskan oleh Lembaga Pengarah atau jawatankuasanya yang ditetapkan. Pengetepian Kod Etika untuk Pegawai-pegawai Kewangan Kanan akan didedahkan dengan segera sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan bursa saham.

Apa yang penting, adalah bahawa semua pengetepian hendaklah dimohon dan diperolehi terlebih dahulu. Tiada sesiapa pun dapat meluluskan permintaan mereka sendiri untuk pengetepian atau pentafsiran Polisi Pengendalian Perniagaan Kami.

Pendedahan. TUntuk menghantar pendedahan kepada Jawatankuasa Semakan Konflik Kepentingan, sila gunakan borang pendedahan dalam talian atau hantar pendedahan anda melalui e-mel kepada [email protected].

Diterima pakai oleh Lembaga Pengarah pada 18 April, 2016.

PENGECUALIAN, PENGETEPIAN, DAN PENDEDAHAN

Seagate | Polisi Pengendalian Perniagaan | Pelanggan, Rakan Niaga & Masyarakat Kita | 33

SUMBER

DALAM BAHAGIAN INI:

Sumber Lampiran A: Kod Etika Seagate

Technology plc untuk Pegawai-pegawai Kewangan Kanan

Seagate | Polisi Pengendalian Perniagaan | Sumber | 34

Pada masa ini, Peguam Am Seagate juga memainkan peranan sebagai Ketua Pegawai Kepatuhan Kami dan telah melantik ahli-ahli tertentu dalam Jabatan Undang-undang untuk berkhidmat sebagai Pegawai Kepatuhan Serantau. Jabatan Undang-undang dan setiap Pegawai Kepatuhan Serantau bekerjasama rapat dengan Peguam Am dan Ketua Pegawai Kepatuhan untuk memastikan kesedaran dan kepatuhan yang konsisten dengan Polisi Pengendalian Perniagaan dan polisi dan prosedur yang berkaitan. Semua ahli Jabatan Undang-undang yang lain boleh membantu dengan soalan-soalan kepatuhan. Maklumat hubungan Jabatan Undang-undang boleh didapati di http://legal.seagate.com/. Anda juga boleh menghantar e-mel kepada [email protected], yang dipantau oleh pasukan kepatuhan anda.

Nombor telefon Talian Bantuan Etika dan maklumat portal web:

1-800-968-4925 (Amerika Syarikat)Untuk menelefon dari luar AS, sila layari https://seagate.alertline.com untuk memilih negara di mana anda berada. Arahan Direct Dial akan dipaparkan di bawah tajuk “BY PHONE.”

Jabatan Undang-undang dan Pasukan Kepatuhan

Talian Bantuan Etika

SUMBER

Seagate | Polisi Pengendalian Perniagaan | Sumber | 35

Nombor

Polisi

Nama Polisi dan URL

Polisi 602 Polisi Keselamatan Maklumat IT

Polisi 1001 Polisi Pintu Terbuka

Polisi 1060 Komunikasi dengan Media, Blog, dan Media Sosial

Polisi 1090 Polisi Penyerahan Hak Reka Cipta dan Pengiktirafan Pencipta

Polisi 1091 Polisi Penerbitan

Polisi 1095 Polisi Rahsia Perdagangan daripada Sumber Luar

Polisi 1110 Kepatuhan Perdagangan Antarabangsa

Polisi 1200 Polisi Pencegahan Sogokan dan Rasuah Global

Polisi 1500 Polisi Kepatuhan Hakcipta Perisian

Polisi 1700 Polisi Perdagangan Sekuriti

Polisi 1800 Garis Panduan Antitrust

Polisi 1900 Hak kepada Harta Intelek yang Berbangkit daripada Kerja yang Dilakukan untuk Seagate

Polisi 1910 Melindungi Maklumat Sulit Seagate Menggunakan Perjanjian Ketakdedahan

Polisi 2022 Polisi Perjalanan dan Perbelanjaan

Polisi 2160 Polisi Perlindungan Maklumat

Polisi 2200 Polisi Penyiasatan Etika Global

Polisi 8006 Polisi Rekod Pekerja dan Privasi Data Peribadi

Nama Rujukan dan URL

Soalan Yang Sering Ditanya Tentang Pengendalian Perniagaan

Prosedur Carnet

Surat Makluman Kepatuhan daripada CEO dan CFO

Borang Pendedahan Konflik Kepentingan

Tadbir Urus Korporat, Pentadbiran dan Etika

Alamat e-mel etika [email protected]

Talian Bantuan Etika

Polisi Global Finance

Polisi & Prosedur ‘Hand Carry’

Pengurusan Aset Maklumat

Prosedur Pengangkutan Perdagangan Antarabangsa

Jabatan Undang-undang dan Etika

Pelabur Seagate

Polisi Privasi Seagate

PerseKamiran Kerja Seagate: Nilai-nilai Korporat

Rujukan LainPolisi yang dirujuk dalam Polisi Pengendalian Perniagaan

Seagate | Polisi Pengendalian Perniagaan | Sumber | 36

LAMPIRAN A:KOD ETIKA SEAGATE TECHNOLOGY PLC UNTUKPEGAWAI-PEGAWAI KEWANGAN KANAN

PENDAHULUANDi samping Polisi Pengendalian Perniagaan, Kod Etika ini diguna pakai

terhadap Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan, dan pegawai

atauengawal perakaunan utama atau orang-orang yangenjalankan fungsi

yang serupa (“Pegawai-pegawai Kewangan Kanan”) di Seagate Technology

plc (“Seagate”). Kod Etika ini bertujuan menggalakkan kelakuan yang jujur

dan beretika dan kepatuhan dengan undang-undang, berhubung dengan

penyimpanan buku dan rekod kewangan Seagate dan penyediaan penyata

kewangannya. Obligasi Kod Etika ini memperlengkapkan, tetapi tidak

menggantikan, polisi lain Seagate yang dikenakan terhadap pengarah,

pegawai dan pekerja.

Selaras dengan Kod Etika ini, Pegawai-pegawai

Kewangan Kanan dijangka:

1. Mengamalkan dan menggalakkan kelakuan beretika, termasuk

pengendalian konflik kepentingan sebenar atau ketara secara beretika

antara perhubungan peribadi dan profesional, dan untuk mendedahkan

kepada Peguam Am Seagate sebarang transaksi atau perhubungan

material yang dengan munasabah dijangka dapat membangkitkan konflik

sedemikian.

2. Melaksanakan tanggungjawab anda dengan jujur, niat baik, dan

denganintegriti, sikap berjaga-jaga yang wajar, dan ketekunan, dan

pada semua masa melaksanakan pertimbangan bebas yang terbaik.

3. Membantu menghasilkan pendedahan yang penuh, adil, tepat, kena pada

masanya dan boleh difahami dalam laporan dan dokumen yang difailkan

atau

diserahkan oleh Seagate kepada semua badan kawal selia yang berkenaan, termasuk Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran, dan komunikasi awam lain yang dibuat oleh Seagate.

4. Mematuhi undang-undang dan peraturan sekuriti yang berkuat kuasa, dan undang-undang dan peraturan kerajaan yang diguna pakai terhadap operasi perniagaan.

5. Dengan segera melaporkan, dengan terbuka, sulit, atau tanpa nama, kepada Jawatankuasa Auditdalam Lembaga Pengarah Seagate atau Peguam Am (i) apaapa hal perakaunan, kawalan perakaunan dalaman, atau pengauditan yang boleh dipersoalkan, termasuk penipuan yang melibatkan pengurusan atau pekerja lain; (ii) ketidakpatuhan dengan keperluan undang-undang dan kawal selia yang berkuat kuasa atau Polisi Pengendalian Perniagaan atau Kod Etika ini; (iii) kelemahan ketara pada reka bentuk atau operasi kawalan dalaman yang boleh memudaratkan keupayaan Syarikat untuk merekodkan, memproses, meringkaskan, dan melaporkan data kewangan; atau (iv) tindakan pembalasan yang dibuat terhadap pekerja dan orang lain yang membuat, dengan niat baik, dakwaan tentang hal-hal dalam Bahagian 5 ini, dalam setiap keadaan melalui mana-mana jalan yang tersedia, termasuk:

(a) secara bertulis kepada Peguam Am, d/a Seagate Technology, 10200 South De Anza Boulevard, Cupertino, CA 95014-3029, atau dengan menghantar e-mel kepada [email protected];

(b) secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Audit, d/a Seagate Technology, 10200 South De Anza Boulevard, Cupertino, CA 95014-3029; atau

(c) dengan menelefon Talian Bantuan Etika Seagate,1-800-968-4925, atau menggunakan laman web Talian Bantuan Etika Seagate, https://seagate.alertline.com, kedua-duanya tersedia 24 jam sehari.

Laporan hendaklah bersifat fakta dan bukan spekulatif dan bukan membuat kesimpulan, dan hendaklah mengandungi seberapa banyak maklumat khusus yang boleh untuk membolehkan penilaian yang wajar dilaksanakan. Di samping itu, laporan hendaklah mengandungi maklumat sokongan yang cukup untuk menyokong permulaan penyiasatan, termasuk, contohnya, nama-nama individu yang disyaki melakukan pelanggaran, fakta relevan mengenai pelanggaran, bagaimana orang tersebut mengetahui tentang pelanggaran, apa-apa langkah yang diambil sebelum itu oleh orang yang mungkin dimudaratkan atau terjejas oleh pelanggaran, dan sejauh mana yang mungkin, anggaran salah lapor atau kerugian kepada Seagate disebabkan pelanggaran

6. Tidak akan mengambil, secara langsung atau tidak langsung, sebarang tindakan untuk memaksa, memanipulasi, memperdaya atau dengan menipu mempengaruhi juruaudit bebas Seagate dalam pelaksanaan audit atau semakan mereka terhadap penyata kewangan Seagate.

7. Bertanggungjawab mematuhi Kod Etika ini, oleh anda dan juga oleh pengarah, pegawai, dan pekerja Seagate yang lain.

Untuk Pegawai-pegawai Kewangan Kanan, pengetepian Kod Etika hendaklah diluluskan oleh Lembaga Pengarah atau jawatankuasanya yang ditetapkan. Pengetepian Kod Etika akan didedahkan dengan segera sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan bursa saham.

Seagate akan mengambil semua langkah yang perlu untuk menguatkuasakan Kod Etika ini, sehingga dan termasuk pembuangan kerja dengan serta-merta. Pelanggaran Kod Etika ini juga mungkin merupakan pelanggaran undangundang yang boleh mendedahkan anda dan juga Seagate kepada penalti jenayah dan sivil.

Jika anda mempunyai apa-apa soalan tentang bagaimana Kod Etika harus diguna pakai dalam situasi tertentu, anda hendaklah dengan segera menghubungi Peguam Am Seagate atau salah seorang ahli Jabatan Undang-undang yang disenaraikan di bawah. Di samping itu, pengarah, pegawai, dan pekerja Seagate hendaklah menyemak polisi Seagate yang lain yang dikenakan terhadap mereka.

Ketua Pegawai Kepatuhan (Chief Compliance Officer):

• Kate Schuelke

Lokasi: Cupertino, California, USATel: (408) [email protected]

Pegawai Kepatuhan Serantau (Regional Compliance Officers):

• Laurie Webb

Lokasi: Cupertino, California, USATel: (408) [email protected]

• Michelle Gregory

Lokasi: Cupertino, California, USATel: (408) [email protected]

• David Hasson

Lokasi: Dublin, IrelandTel: [email protected]

Berkuat kuasa pada Oktober 1, 2018