19
KEJURUTERAAN GENETIK 2014 NAMA : EN AL YASSER BIN MD NAMA : EN AL YASSER BIN MD ISA ISA

Ppt Al Yasser

Embed Size (px)

DESCRIPTION

try

Citation preview

Page 1: Ppt Al Yasser

KEJURUTERAANGENETIK 2014

NAMA : EN AL YASSER BIN MD NAMA : EN AL YASSER BIN MD ISAISA

Page 2: Ppt Al Yasser

APAKAH ITU KEJURUTERAAN GENETIK?

Adalah satu teknik yang digunakan untuk memindah dan mengubah suai gen bagi menghasilkan satu organisma termodifikasi genetik yang di ingini…

Menghasilkan atau mengubah suai sesuatu produk. Meningkatkan mutu hasil penternakan atau

tanaman. Membangunkan pengunaan mikroorganisme dalam

sesuatu tujuan yang khusus

Page 3: Ppt Al Yasser

MANFAAT KEJURUTERAAN GENETIK

Penyelidikan genetic yang dijalankan di institusi-institusi pengajian tinggi dan di intitusi-institusi penyelidikan di Malaysia telah membawa banyak manfaat kepada kita, khususnya dalam bidang pertanian, ternakan, dan bidang perubatan.

Page 4: Ppt Al Yasser

INDUSTRI PERTANIANDalam industri pertanian, petani-petani banyak mengalami masalah yang mampu menggugat hasil pendapatan mereka. Ini menyebabkan generasi baru tidak berminat mengusahakan industri ini kerana hasil pendapatan mereka yang tidak menentu justeru, dengan menggunakan bioteknologi masalah kesuburan tanaman, jangkitan penyakit dan haiwan perosak serta pengaruh alam sekitar dapat dikurangkan.

Dengan penggunaan teknologi genetik tumbuhan yang dihasilkan akan lebih bermutu dan produktif. Sebagai contohnya : > Buah yang besar > Buah tanpa biji > Tumbuhan yang lebih tahan dengan serangan penyakit dan haiwan perosak > Tumbuhan yang lebih kiuat dan lasak dengan perubahan alam sekitar.

Page 5: Ppt Al Yasser

Tembikai ini mempunyai bilangan kromosom yang ganjil dan ini menyebabkan biji tidak dapat dihasilkan akibat terdapat kekeliruan ketika proses meiosis. Penggunaan bahan kimia juga dapat mencacatkan penghasilan pembentukan biji benih.

Selain itu, tumbuhan strawberi juga kini lebih tahan sejuk berbanding pohon semulajadi. Ini kerana ahli saintis telah berjaya mengekstrakan gen pada bakteria yang tahan sejuk lalu diaplikasikan kepada pohon strawberi supaya tidak rosak jika suhu menjadi sejuk lampau. Ini penting bagi petani kerana sumber pendapatan boleh terjejas jika hasil tidak banyak.

Kini terdapat juga usaha untuk menghasilkan tumbuhan yang tidak menghasilkan gejala alergik dalam kalangan pengguna dan ini dapat meningkatkan hasil jualan petani.

Pernahkah anda makan buah tanpa biji seperti tembikai ?

Page 6: Ppt Al Yasser

INDUSTRI TERNAKAN

Banyak usaha telah dijalankan dalam usaha membangunkan sektor ini. Sejak dahulu lagi, teknik pembiakbakaan telah pun diaplikasikan kepada haiwan ternakan untuk menghasilkan baka ternakan yang lebih baik daripada asalnya untuk tujuan keuntungan dan kemudahan. Pengklonan dan pengubahsuaian haiwan ternakan sememangnya dapat membantu dalam masalah kebuluran dan kekurangan zat dalam makanan.

Seperti kita ketahui sumber protein yang sedia ada memang berkurangan berbanding dengan kepesatan pembesaran populasi manusia di dunia. Maka penggunaan teknologi ini sangat penting dalam menampung keperluan protein manusia seluruh dunia

Page 7: Ppt Al Yasser

Usaha-usaha seperti melahirkan haiwan transgenik sedang pesat dijalankan bagi menghasilkan haiwan-haiwan yang sebagai contohnya :

> Kambing yang menghasilkan susu yang lebih banyak > Ayam yang menghasilkan telur yang lebih besar dan di bervitamin > Ikan yang lebih besar dan tahan lasak dengan keadaan persekitaran

Gen-gen yang berguna telah diselitkan kepada haiwan ini semasa dalam keadaan persenyawaan invitro dan sel telur yang telah disenyawakan dipindahkan kepada ibu tumpang yang sesuai bagi pembesaran berikutnya. Anak yang baru lahir ini akan mempunyai ciri-ciri yang telah dibawa oleh gen yang telah diterapkan.

Page 8: Ppt Al Yasser

INDUSTRI PERUBATAN Dalam perubatan penghasilan seperti hormon-hormon

khusus, vaksin, antibiotik, dan pendermaan organ atau sel khusus adalah intipati penting dalam menyelamatkan nyawa manusia.

Hormon insulin yang digunakan untuk merawat pesakit kencing manis (diabetes melitus) pada asalnya diekstrak dari khinzir dan lembu. Cara ini sangat mahal dan lambat kerana hormon ini hanya dapat diekstrak dengan sikit dan haiwan tersebut terpaksa disembelih. Selain itu cara ini banyak menimbulkan konflik dalam aspek keagamaan, contohnya di mana pengunaan hasil daripada haiwan khinzir adalah dilarang dalam Islam.

Akhirnya insulin kini dapat dihasilkan dengan pemindahan gen khusus kepada satu bakteria untuk menghasilkan produk yang lebih cepat dan mencukupi.

Page 9: Ppt Al Yasser

Dalam kemalangan pula atau pembedahan kadang kala memerlukan darah simpanan untuk menyokong tubuh pesakit dan kini bekalan darah sangat kurang di bank darah. Penyakit genetik seperti 'cri du chat', sindrom Down boleh diatasi dengan mengubahsuai gen-gen abnormal kepada gen normal melalui terapi gen contohnya. Pesakit barah yang menderita akibat pertumbuhan sel mutasi boleh menerima manfaat juga melalui pemodenan dalam era bioteknologi.

Page 10: Ppt Al Yasser

CONTOH MUTU KEJURUTERAAN GENETIK

Baju hasil buatan kapas yang telah dipertingkatkan mutunya.

Makanan seperti tauhu, tempe dan juga air soya semuanya datang dari pokok kacang soya transgenik.

Penghasilan tapai dan air tuak.

Beras dipasaran sekarang adalah hasil yang paling nyata dari segi penggunaan kejuruteraan genetik di Asia. Seperti kita lihat di iklan-iklan di televisyen, beras-beras kini adalah bermutu tinggi dan lebih

besar daripada dahulu.

Page 11: Ppt Al Yasser

KELEMAHAN KEJURUTERAAN GENETIKAgamaMoralKeselamatanPencemaran AlamKesihatan

Page 12: Ppt Al Yasser

AGAMA

Selain kesannya terhadap kesihatan dan alam.

makanan yang dihasilkan melalui kaedah bioteknologi ini juga tidak terlepas daripada isu halal haramnya.

Page 13: Ppt Al Yasser

ASPEK KESELAMATAN

Kontroversi kejuruteraan genetik ialah berkaitan dengan tahap keselamatannya terhadap kesihatan pengguna.

Tinjauan yang dibuat oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan bahawa 92 peratus responden di Kanada menyatakan kebimbangan mereka berhubung dengan kesan jangka panjang kepada manusia, manakala 61 peratus.

Adakalanya pihak pihak tertentu menyalahgunakan pengklonan ini untuk mengganggu gugat keharmonian dan keselamatan pihak lain. Contohnya untuk menghasilkan klon manusia yang kejam untuk tujuan peperangan.

Page 14: Ppt Al Yasser

ASPEK KESIHATAN

Kejuruteraan genetik mengubah sifat asli makanan yang kita makan. Tanpa ujian jangka panjang, tiada siapa tahu jika makanan ini selamat. Contohnya, kesan sampingan racun serangga hanya diketahui setelah 20 tahun ia digunakan.

Page 15: Ppt Al Yasser

PENCEMARAN ALAM

Pengaruh organisma yang diubah secara genetik di dalam rantai makanan boleh merosakkan ekologi setempat, dan menyebabkan perubahan yang tidak dijangka pada alam sekitar. Organisma-organisma baru akan bersaing dengan tumbuhan liar sejenisnya dan ada kemungkinan tumbuhan liar ini akan pupus. 

Page 16: Ppt Al Yasser

ASPEK MORAL

Sekiranya kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini tidak dibataskan, maka bayangkanlah kerosakan yang akan dibawanya. Akan timbul masalah-masalah masyarakat, seperti anak yang mempunyai dua ibubapa, wanita-wanita yang kerjanya hanyalah mengambil upah untuk mengandungkan anak untuk orang lain, ataupun akan wujud pula binatang yang mempunyai perasaan dan tabiat seperti manusia ataupun sebaliknya.

Page 17: Ppt Al Yasser

ETIKA KEJURUTERAAN GENETIK

Kejuruteraan genetic telah membangkitkan banyak isu dari segi social, agama, ekonomi, Negara, dan moral. Persoalan seperti berikut yang sering dikemukakan.

Adakah makanan yang diubahsuai secara kejuruteraan genetik ini selamat untuk dimakan?

Apakah kesan sampingan jika memakan makanan yang diubahsuai secara kejuruteran genetik?

Apakah jenis penyakit yang boleh dirawati? Siapakah yang diberi layanan pertama untuk mendapat rawatan

penyakit genetic, orang kaya atau orang miskin? Bolehkah tumbuhan yang tahan racun serangga mengacuk dengan

tumbuhan lain secara semula jadi dan menghasilkan mutan baru?

Page 18: Ppt Al Yasser

KESIMPULAN

Kesimpulannya, teknologi genetik memang baik buat manusia .

Cuma kita harus sedar limitasi yang wujud. Sebarang usaha menggunakan teknologi ini untuk

membawa masalah kepada kehidupan manusia hendaklah diharamkan oleh kerajaan.

Teknologi dihasilkan untuk memudahkan kehidupan manusia dan bukannya membawa impak negatif.

Page 19: Ppt Al Yasser