Upload
vuongngoc
View
247
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
2
DAFTAR KANDUNGAN
BAB PERTAMA
Pra-syarat kejayaan harakah Islamiyyah 4
BAB KEDUA
Kelayakan peribadi orang-orang yang terlibat di dalam kegiatan sesuatu rancangan
Harakah Islamiyyah
• Mempunyai kefahaman Islam yang sebenar 9
• Memiliki keimanan yang teguh terhadap Islam 10
• Watak peribadi (syakhsiyyah fardiyyah) 10
• Mengambil Islam sebagai matlamat hidup 11
BAR KETIGA
Kelayakan-kelayakan yang perlu ada pada sesuatu jama’ah Islamiyyah
• Persaudaraan (ukhuwwah) 13
• Musyawarah (syura) 13
• Tata tertib (disiplin) 15
• Teguran-teguran yang membina (muhasabah) 15
BAB KEEMPAT
Kelayakan-kelayakan yang sempurna
• Hubungan dengan Allah dengan keikhlasan hati 18
• Mengingati hari akhirat 18
• Budi pekerti yang mulia 19
• Ketabahan dan tetap pendirian 20
• Bijaksana 22
BAB KELIMA
Kesalahan-kesalahan besar
• Sombong (takabbur) 26
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
3
• Riya’ (menunjuk-nunjuk) 28
• Niat buruk 31
BAB KEENAM
Kelemahan-kelemahan diri manusia
• Mementingkan diri sendiri 33
• Tabi’at tidak seimbang 42
• Pemikiran yang sempit (singkat akal) 47
• Membuat keputusan yang lemah 48
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
4
BAB PERTAMA
PRA-SYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYYAH
Muqaddimah
Sesiapa yang benar-benar ingin melihat peraturan hidup masyarakat Islam
ditegakkan, haruslah menyedari bahawa di kalangan masyarakat kita masa kini masih
terdapat manusia-manusia yang bercita-cita supaya perkara tersebut terlaksana.
Punca sebenar yang menghalanginya dari terlaksana cita-cita tersebut ialah
kurangnya keazaman dan juga keupayaan untuk menjayakannya. Terdapat ramai orang
yang tidak mempunyai kelayakan yang perlu bagi membawa kejayaan kepada sesuatu
perjuangan.
Suatu perkara lagi yang perlu dipertimbangkan ialah bahawa sebahagian daripada
masyarakat yang berpengaruh sedang berusaha untuk menggagalkan rancangan pihak-
pihak yang cuba menegakkan nilai-nilai yang mulia dan berharga ini. Mereka yang tidak
melibatkan diri di dalam usaha buruk itu pula langsung tidak mempedulikan soal untuk
membawa pengislahan kepada masyarakat. Jumlah mereka yang terlibat di dalam gerakan
pembaharuan (islah dan tajdid) itu terlalu sedikit.
Perkara ketiga yang patut kita fikirkan ialah, bahawa kerajaanlah yang merupakan
pihak terpenting yang boleh membentuk sesuatu peraturan masyarakat dan ia juga yang
boleh membawa kerosakan kepadanya. Di mana sahaja demokrasi diamalkan, rakyatlah
yang bertanggungjawab untuk meletakkan teraju kerajaan, sama ada ke dalam tangan
orang-orang yang salah atau ke dalam tangan orang-orang yang jujur. Mereka yang
terlibat dalam kegiatan yang sia-sia (negatif), selalunya berusaha lebih ke arah
menyesatkan rakyat jelata dan usaha ini mengatasi lain-lain usaha yang mereka lakukan.
Tujuan mereka ialah supaya rakyat kehilangan suatu fitrah yang bernilai iaitu fitrah yang
mampu untuk membuat pilihan yang benar (al-haq).
Ketiga-tiga kenyataan tersebut mengambarkan suatu keadaan yang menghampakan.
Sesiapa yang cuba memikirkannya akan merasa sungguh kecewa. Ia akan terpinga-pinga
memikirkan cara bagaimanakah keadaan itu dapat diperbaiki. Tetapi dalam memikirkan
keadaan ini, kita tidak wajar melupai kenyataan-kenyataan kejayaannya yang lain dan
mulalah “awan mendung” kekecewaan beransur hilang dan fajar “cahaya harapan” kian
menyinsing. Suatu kenyataan yang harus kita ketahui ialah bahawa bukan seluruh
masyarakat Islam kita ini terdiri dari anasir-anasir jahat semata-mata. Ia juga
mempunyai ciri-ciri yang sihat di dalamnya. Terdapat juga di dalamnya orang-orang yang
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
5
mempunyai daya usaha dan keupayaan untuk membuat perancangan yang baik. Memang
terdapat juga kelemahan-kelemahan pada mereka ini tetapi kelemahan-kelemahan mereka
itu boleh diperbaiki, jika usaha-usaha yang gigih dan perhatian yang sewajarnya
diberikan.
Salah satu lagi ciri baik pada masyarakat Islam kita ialah “fitrah asli” manusia itu
sendiri yang tidak suka kepada sebarang kejahatan. Mereka terdedah kepada kejahatan
lantaran kekurangan ilmu, kejahilan dan sifat-sifat mereka yang suka mempercayai
sesuatu dengan membuta tuli.
Adalah suatu kenyataan bahawa mereka ini telah tertipu dengan cara sedemikian.
Tetapi mereka tetap tidak menyetujui bahawa ciri-ciri kerosakan adalah semata-mata
hasil daripada kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh penipu dan penyesat. Jika segala
usaha dapat disalurkan melalui cara-cara yang teratur, kita akan berjaya menarik orang
ramai untuk menyebelahi pihak yang ingin membawa pengislahan (revival). Andainya
keseluruhan masyarakat dipenuhi maksiat yang dipupuk oleh ciri-ciri jahat itu, kita
patutlah berasa bimbang. Kenyataan ketiga ialah; walapun kuasa-kuasa kejahatan mudah
mendapat pengaruh dan peralatan kebendaan yang mencukupi untuk menjamin kejayaan di
atas segala rancangan mereka, namun mereka kekurangan dua perkara iaitu, kekuatan
peribadi yang luhur dan kesatuan fikiran serta tindakan.
Sebab terakhir dan terpenting ialah gerakan pembaharuan (islah) dan kebangkitan
Islam ini sebenarnya merupakan suatu usaha untuk mendapat keredhaan Allah
(mardhatillah). Sesiapa yang berusaha untuk menjayakannya akan mendapat keberkatan
dari Allah jika usaha-usaha tadi dijalankan dengan penuh kegigihan, keilmuan dan
kesabaran. Walaupun orang-orang begini berjumlah sedikit dan persediaan kebendaan
mereka tidak cukup, namun kekurangan mereka ini ditutupi oleh keredhaan serta rahmat
dari Allah Subhanahu Wata’ala sendiri.
Inilah “cahaya harapan” di sebalik awan mendung kekecewaan. Hal inilah yang
menghidupkan kembali harapan bahawa suatu bentuk peraturan masyarakat Islam yang
tersusun boleh wujud, hatta kejayaannya pun dapat diramalkan. Apa yang perlu ialah
sesiapa sahaja yang benar-benar inginkan perkara ini terlaksana haruslah sedar daripada
angan-angan mereka dan mula mengatur langkah yang berkesan ke arah mewujudkannya.
Juga langkah-langkah tadi mestilah bersesuaian dengan undang-undang Allah
(sunnatullah), pentadbir alam semesta. Menurut peraturan Allah (sunnatullah) dengan
hanya menegur segala maksiat dan kemungkaran yang berlaku tidak mungkin menjamin
kejayaan. Kita tidak akan berupaya untuk membuang satu duri pun daripada rimba raya
tanpa sebarang usaha. Kita tidak mampu untuk membuang seketul batu pun daripada
lebuhraya itu tanpa ada usaha. Bagaimanakah maksiat yang telah berkuku dalam
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
6
masyarakat begitu lama hendak kita hapuskan dengan hanya setakat berkata-kata?
Sebutir gandum pun tidak dapat dihasilkan tanpa usaha yang gigih dari pihak para petani.
Adalah sia-sia untuk mengharapkan tertegaknya ketaqwaan dan kebenaran melalui
ucapan-ucapan doa yang mengharukan sahaja. Sebarang nasihat dan teguran (kritik)
daripada kita dianggap bernas selagi kita sentiasa melaksanakan tanggungjawab yang
telah ditetapkan Allah dan selagi kita sentiasa berdoa kepada Allah untuk memberi
kejayaan atas segala usaha kita. Malaikat sudah pasti akan turun untuk membantu.
Mereka turun bukan untuk berjuang bersendirian saja. Mereka turun untuk membantu
orang-orang yang berjihad di jalan Allah. Oleh itu bagi mereka yang ingin mengorak
langkah, hendaklah mereka berhenti daripada berangan-angan dan mulalah memikirkan
tuntutan-tuntutan gerakan pengislahan itu sendiri dengan penuh kesabaran. Mereka
patutlah pertimbangkan sama ada mereka benar-benar ingin berjihad untuk gerakan
pembaikan ini atau hanya sekadar merunguti sahaja segala kerosakan yang sedang berlaku
dan seterusnya merasa memadai dengan hati mereka sahaja, berangan-angan untuk
menjalankan usaha pengislahan tadi. Bagi sesiapa yang ingin bertindak, janganlah
hendaknya mereka bertindak dengan secara melulu.
Mereka sepatutnya bertindak dengan pertimbangan akal yang tenang.
Sesungguhnya semangat berapi-api yang hanya sementara, boleh menyebabkan seseorang
manusia itu sanggup berdiri tegak menghadapi peluru-peluru dan hatta maut sekalipun,
tetapi ia bukanlah suatu senjata yang kuat untuk menahan seseorang itu daripada
mendekati maksiat dalam beberapa hari sahaja. Ia juga tidak dapat memberi jaminan
bahawa seseorang itu akan kekal di dalam jalan kebenaran (al-haq). Ia juga tidak mampu
membuat seseorang itu terus berusaha ke arah matlamatnya sehinggalah ke akhir
hayatnya. Mereka yang dapat melakukan usaha-usaha yang membina ialah, mereka yang
telah mengambil keputusan untuk meletakkan keseluruhan hidup mereka ke arah
menjalankan perjuangan ini.
Setelah bersedia untuk bertindak, seseorang itu harus akan bersuara tentang
masalah perancangan sesuatu kerja atau tugas. Mereka berkata; “Kami telah mengambil
keputusan untuk menjalankannya. Beritahulah kepada kami perancangan tindakan yang
hendak dilaksanakan”. Mereka lupa bahawa perkara penting di antara keputusan untuk
bertindak dan perancangan sesuatu tindakan itu ialah kelayakan peribadi orang yang
hendak menjalankan tindakan tadi. Adalah suatu kesilapan untuk membicarakan
perancangan sesuatu tindakan tanpa mempedulikan perkara penting ini. Adalah suatu
kesilapan untuk menganggap “keinginan untuk bertindak” itu sudah memadai untuk
meluluskan perlaksanaan sesuatu tindakan dan apa yang diperlukan hanyalah perancangan
sahaja.
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
7
Sudah banyak pertubuhan-pertubuhan yang menjalankan rangka tindakan masing-
masing tetapi telah gagal untuk mencapai matlamat mereka kerana berlandaskan anggapan
perancangan itu bukanlah merupakan persoalan yang sebenar (terpenting). Yang menjadi
persoalan yang sebenar ialah mutu setiap orang yang melaksanakan sesuatu perancangan
itu sendiri. Merekalah yang sebenarnya yang menentukan sama ada sesuatu perancangan
itu mencapai kejayaan atau hancur luluh ditelan kegagalan.
Setiap kelemahan yang ada pada mereka akan memberi kesan kepada penghasilan
sesuatu perancangan tadi. Setiap kebaikan yang ada pada peribadi mereka akan terbukti
dengan sendirinya. Jika mereka mempunyai mutu peribadi yang mulia, mereka akan dapat
menjalankan juga sesuatu perancangan yang dipenuhi kelemahan serta kesilapan itu
sedemikian rupa sehingga mengkagumi dunia. Sebaliknya, jika mutu peribadi lemah,
perancangan yang terbaik sekalipun akan menemui kegagalan dan orang ramai pun mulalah
meragui keutuhan perancangan tadi kerana ianya dilaksanakan oleh manusia-manusia yang
tidak layak.
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita untuk meneliti segala mutu peribadi
orang-orang yang menjalankan sesuatu perancangan tadi. Kita juga perlu mengawasi
segala kelemahan yang patut dielakkan. Penelitian-penelitian ini perlu dilakukan sebelum
kita berfikir mengenai perancangan itu sendiri. Juga, kita perlu meneliti cara-cara untuk
menyediakan orang-orang yang mempunyai kelayakan peribadi yang mulia tadi.
Seterusnya saya akan menyentuh perkara ini di dalam susunan yang berikut:
1. Kelayakan peribadi orang-orang yang terlibat di dalam kegiatan sesuatu rancangan
gerakan Islam.
2. Kelayakan-kelayakan yang perlu ada pada sesuatu jama’ah atau gerakan yang
memperjuangkan Islam.
3. Kelayakan yang perlu bagi menjamin kejayaan-kejayaan dalam usaha
memperkembangkan dan menegakkan cara hidup Islam.
4. Maksiat atau kemungkaran besar yang perlu dijauhi oleh diri perseorangan dan
juga jama’ah yang memperjuangkan Islam.
5. Cara-cara untuk mendapat kelayakan-kelayakan yang tersebut tadi dan usaha-
usaha untuk menghapuskan keburukan-keburukan yang mengotori diri perseorangan
dan masyarakat.
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
8
Untuk menegakkan peraturan Islam di atas muka bumi ini, perkara kedua yang
terpenting untuk menjamin kejayaan selain daripada pertolongan Allah ialah kelayakan
(atau mutu) yang ada pada keseluruhan orang-orang yang terlibat di dalam usaha ini.
Terdapat kelayakan-kelayakan tertentu yang perlu ada pada setiap diri
perseorangan. Juga, terdapat kelayakan-kelayakan tertentu yang perlu ada pada setiap
usaha pengislahan (tajdid) dan pembinaan semula (re-construction) masyarakat. Terdapat
juga ciri-ciri keburukan (atau anasir-anasir kejahatan) yang boleh menggagalkan usaha ini.
Perkara-perkara yang tersebut di atas tadi perlulah difahami benar-benar oleh sesiapa
juga yang berazam untuk menjalankan tugas ini. Mereka perlulah menanam di dalam diri
mereka segala kelayakan atau mutu-mutu yang tersebut tadi dan hendaklah juga mereka
menyucikan diri mereka daripada segala keburukan yang tidak diingini. Pembersihan
(penyucian) diri perseorangan atau pembinaan syakhsiyyah fardiyyah adalah keperluan
yang pertama ke arah pembinaan semula sesuatu masyarakat. Sebabnya cukup jelas.
Seseorang yang tidak berupaya memperbaiki atau membaharui dirinya sendiri tidak akan
berupaya untuk memperbaiki atau membawa perubahan pada diri orang lain.
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
9
BAB KEDUA
KELAYAKAN PERIBADI ORANG-ORANG YANG TERLIBAT DI DALAM KEGIATAN
SESUATU RANCANGAN HARAKAH ISLAMIYYAH
1. Mempunyai kefahaman Islam yang sebenar
2. Memiliki keimanan yang teguh terhadap Islam
3. Watak peribadi (syakhsiyyah fardiyyah)
4. Mengambil Islam sebagai tujuan (matlamat) hidup
1. Mempunyai kefahaman Islam yang sebenar
Kelayakan peribadi yang pertama ialah kefahaman Islam yang sebenar. Sesiapa
sahaja yang hendak menegakkan peraturan masyarakat Islam patutlah mengetahui dahulu
peraturan itu sendiri secara menyeluruh. Untuk maju setapak ke arah tujuan tadi,
tidaklah memadai dengan hanya mempunyai ilmu keIslaman yang cetek. Sebaliknya, ilmu
keIslaman yang mendalam diperlukan. Dalam atau ceteknya ilmu keIslaman ini tertakluk
pada kebolehan diri perseorangan. Tidak semestinya setiap orang yang berjuang di jalan
kebenaran ini adalah tokoh ilmu keIslaman. Tetapi adalah perlu bagi setiap orang tadi
mempunyai suatu kelayakan tertentu yang sekurang-kurangnya membolehkan mereka
membezakan di antara aqidah Islamiyyah dan ciri-ciri jahiliyah dan juga di antara amalan-
amalan Islam dan yang bukan Islam. Dengan demikian barulah ia berupaya untuk
mengetahui bagaimana Islam dapat memberi panduan kepada seluruh bidang (aspek)
kehidupan. Tanpa ilmu ini, seseorang manusia tidak dapat menuju ke jalan yang benar dan
ia juga tidak dapat memimpin orang lain ke arah jalan tersebut. Dia juga tidak dapat
berjaya melaksanakan sesuatu kerja (tugas) itu di atas landasan yang sebenar.
Tenaga penggerak yang umum (biasa) patutlah mempunyai tanggapan Islam yang
jelas yang boleh diterangkan dalam bentuk yang mudah kepada rakyat bandar dan juga
desa. Tenaga pengerak yang mempunyai kecerdasan akal perlulah dilengkapi ilmu
pengetahuan yang secukupnya sehingga mereka dapat mengkagumkan para cendikiawan
(cerdik pandai) dan juga dapat menghilangkan keraguan serta kekusutan yang ada pada
fikiran mereka. Tenaga penggerak begini juga perlu mempunyai keupayaan untuk memberi
hujah-hujah yang logik terhadap segala kecaman-kecaman musuh Islam. Mereka juga
mestilah mampu menyesuaikan berbagai-bagai masalah hidup dengan cara Islam. Mereka
sepatutnya mampu untuk menegakkan suatu kebudayaan dan tamadun baru yang
berlandaskan peraturan serta pemahaman Islam. Mereka sepatutnya mempunyai daya me-
napis menyaring atau daya mengkritik yang secukupnya untuk membolehkan mereka
menapis segala ciri-ciri keburukan yang tersembunyi di sebalik ciri-ciri kebaikan yang
terdapat pada pemikiran dan amalan manusia hari ini.
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
10
Mereka juga perlu memiliki suatu kemampuan sehingga membolehkan mereka
membinasakan segala ciri yang layak dibinasakan dan menggantikannya dengan yang lebih
baik. Kemampuan ini juga membolehkan mereka mengekalkan segala ciri yang patut
dikekalkan dengan tujuan untuk mempergunakannya di dalam peraturan serta penyusunan
masyarakat yang lebih baik.
2. Memiliki keimanan yang teguh terhadap Islam
Di samping ilmu dan kefahaman, terdapat suatu lagi kelayakan yang perlu ada pada
tenaga penggerak gerakan Islam. Iaitu mempunyai iman yang teguh terhadap aqidah yang
menjadi asas segala kegiatan mereka. Hati mereka mestilah merasa puas dengan
kebenaran yang ada pada aqidah tersebut. Fikiran mereka merasa mudah dan tenang
untuk menerima aqidah ini. Sesiapa pun tidak dapat berbuat apa-apa jika dirinya itu
kurang yakin dan dipenuhi keraguan serta was-was. Tugas besar ini tidak dapat
dilaksanakan di dalam keadaan kekusutan fikiran. Tugas ini tidak layak bagi mereka yang
mempunyai hati yang berbelah bahagi dan memiliki fikiran yang tidak tenang (kusut atau
keliru). Tugas ini juga tidak layak bagi mereka yang mudah tertarik oleh berbagai-bagai
aliran pemikiran dan tindakan. Sesiapa saja yang menjalankan tugas ini perlulah
mempunyai iman yang teguh terhadap kewujudan Allah Subhanahu Wata’ala.
Mereka mestilah meyakini bahawa Allah Subhanahu Wata’ala mempunyai kuasa,
kelayakan dan hak sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran. Mereka ini mesti
yakinkan “Hari Perhitungan” (yaum al-hisab) sebagaimana yang diterangkan di dalam Al-
Quran. Bagi mereka ini, satu-satunya jalan kebenaran ialah jalan yang ditunjukkan oleh
Nabi Muhammad s.a.w.. Apa sahaja yang bertentangan dengan peraturan ini dianggap sia-
sia sahaja (tidak berfaedah). Mereka menilai kebenaran sesuatu aliran pemahaman dan
tindakan berlandaskan Kitabullah (AlQuran) dan sunnah Rasulullah s.a.w..
Apa sahaja yang bersesuaian dengan ciri penilaian ini dikira benar dan apa saja
yang bertentangan dengannya dikira salah.
Keyakinan yang teguh terhadap kenyataan-kenyataan ini adalah perlu untuk
menegakkan peraturan masyarakat Islam. Perkara ini perlu dihadapi dengan ketenangan
dan kepuasan fikiran. Tidak perlu ada kekusutan fikiran. Sesiapa yang menyeleweng dan
menumpukan pemikiran serta tindakannya ke lain-lain arah perlulah menerima rawatan
untuk mengubati penyakit-penyakit ini, sebelum mereka meneruskan tugas mereka
sebagai penegak-penegak peraturan masyarakat Islam.
3. Watak peribadi (syakhsiyyah fardiyyah)
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
11
Kelayakan yang ketiga ialah tindakan seseorang itu mencerminkan apa yang ia
pertuturkan. Dia akan terus mengamalkan apa yang dianggap betul (benar) dan menjauhi
apa saja yang difikirkan sebagai salah. Kehidupan dan tingkah lakunya mengambarkan
kefahaman yang ada padanya. Dia akan melaksanakan apa saja yang dia serukan kepada
dunia. Dia tidak perlu kepada tekanan luar untuk mematuhi peraturan Islam. Dia juga
tidak perlu kepada tekanan luar untuk menjauhi larangan-larangan yang ditetapkan Islam.
Baginya kenyataan bahawa setiap amalan itu perlu mendapat keredhaan Allah adalah
alasan yang cukup untuk membuatnya menjalankan sesuatu tindakan dengan penuh
keazaman dan penumpuan. Dengan mengetahui bahawa sesuatu perbuatan itu tidak disukai
Allah sudah cukup untuk membuatnya menjauhi perbuatan tersebut.
Syakhsiyyah fardiyyah yang begini bukan sahaja terhad kepada perkara-perkara
biasa di dalam kehidupan sahaja. Sebaliknya syakhsiyyah fardiyyah tadi juga cukup kuat
untuk menghadapi ancaman dan pengaruh daripada suasana kerosakan yang begitu luar
biasa hebatnya. Dalam keadaan demikian, mereka sepatutnya berupaya untuk menangkis
segala tentangan dan tetap utuh di dalam menegakkan jalan kebenaran. Sesiapa yang
tidak mempunyai mutu peribadi begini boleh juga membantu di dalam membawa
pembaharuan, tetapi kita tidak bolehlah meletakkan mereka sebagai tenaga penggerak
(muharrik) yang sebenarnya. Sesiapa sahaja yang ada sedikit keimanan Islam boleh
membantu di dalam perjuangan ini. Bahkan orang-orang yang tidak beriman dan menjadi
seteru Islam pun dapat memberi bantuan tertentu. Sebaliknya pembantu-pembantu yang
sedemikian tidak akan dapat mewujudkan peraturan Islam walaupun mereka berjumlah
ratusan ribu. Mereka juga tidak mampu untuk menyekat arus perkembangan jahiliyyah
daripada terus merebak dengan hebatnya. Ringkasnya, tugas berat ini akan berjaya kalau
dijalankan oleh orang-orang yang lengkap dengan iman, ilmu dan peribadi yang utuh.
Dengan kekuatan sebenar di sebalik keazaman mereka untuk menyahut seruan
Islam, mereka pun sepatutnya meneruskan usaha suci tadi. Mereka akan melaksanakan
usaha itu dengan kekuatan serta dorongan dari dalam diri mereka sendiri. Mereka akan
meneruskan tugas tadi tanpa memerlukan tekanan dari luar. Apabila penggerak yang
begini melaksanakan tugas mereka, pertolongan yang datang daripada penyokong-
penyokong serta orang-orang bukan Muslim adalah berguna juga. Tetapi patutlah kita
ingat bahawa cirri begini bukan ada pada masyarakat Islam sahaja.
4. Islam sebagai matlamat hidup
Selain dari tiga kelayakan di atas, ada satu lagi kelayakan yang keempat yang perlu
ada pada sesiapa sahaja yang terlibat di dalam usaha tajdid (pembaharuan). Iaitu mereka
hendaklah meletakkan perjuangan menegakkan Islam sebagai matlamat (tujuan) hidup
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
12
mereka dan bukannya sebagai suatu cita-cita sahaja. Ada manusia yang mempunyai ilmu
Islam, meyakini ilmu itu dan mengamalkannya, tetapi matlamat hidup mereka bukanlah
untuk menegakkan peraturan Islam itu sendiri. Mereka asyik dengan urusan duniawi
mereka di samping amalan-amalan baik dan benar yang mereka lakukan. Sudah tentu
mereka ini adalah orang baik-baik dan mereka kelak akan menjadi rakyat negara Islam
yang baik jika negara tersebut tertegak. Namun di dalam suasana di mana unsur
jahiliyyah tersebar luas ke dalam seluruh peraturan hidup manusia dan usaha
menggantikannya dengan peraturan hidup Islam perlu dilaksanakan, mereka ini tidaklah
berguna sangat.
Dalam keadaan begini, manusia yang paling sesuai ialah mereka yang meletakkan
perjuangan menggantikan peraturan jahiliyyah itu sebagai tujuan (matlamat) hidup
mereka. Mereka mungkin terlibat di dalam kegiatan-kegiatan lain untuk faedah penyatuan
(kesihatan) ruhani dan jasmani mereka, tetapi tujuan hidup mereka tetap merupakan
perjuangan tadi. Mereka hendaklah bersungguh-sungguh di dalam hal ini. Bahkan hati
mereka pun sepatutnya ghairah dengan tugas tersebut. Semestinyalah mereka mempunyai
ketegasan dan keazaman yang kuat untuk mencapai tujuan tadi. Untuk tugas ini, mereka
sepatutnya bersedia untuk mengorbankan masa, harta, jasad dan hatta jiwa mereka
sekalipun. Mereka mesti bersedia untuk mempergunakan seluruh kemampuan akal fikiran
mereka ke arah pencapaian matlamat tadi. Mereka tidak patut teragak-agak untuk lenyap
dari muka bumi ini andainya perjuangan tadi memerlukan pengorbanan yang sedemikian.
Orang-orang beginilah sahaja yang mampu menebas belukar jahiliyyah dan menyediakan
tapak untuk menegakkan peraturan Islam.
Kelayakan-kelayakan asas beginilah yang patut ada pada setiap diri perseorangan
yang ingin berusaha menegakkan peraturan hidup Islam. Begitu pentingnya kelayakan-
kelayakan tadi sehingga andainya tiadalah golongan yang berkelayakan sedemikian, jangan
mimpi bahawa perjuangan ini akan mencapai kejayaan.
Perlulah diterangkan bahawa orang-orang yang sanggup menjalankan tugas mulia ini
hendaklah bersatu di dalam suatu gerakan Islam (harakah Islamiyyah) yang tersusun. Hal
ini penting. Nama dan bentuk susunan dan pertubuhan ini tidaklah penting sangat. Setiap
orang tahu bahawa sesuatu peraturan masyarakat tidaklah boleh diubah melalui usaha diri
perseorangan semata-mata. Hal ini memerlukan penyatuan tenaga. Kerana memikirkan
kenyataan inilah, saya cadangkan supaya kita bincangkan pula kelayakan-kelayakan yang
perlu ada pada sesuatu gerakan itu sendiri.
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
13
BAB KETIGA
KELAYAKAN-KELAYAKAN YANG PERLU ADA PADA SESUATU JAMA’AH ATAU
GERAKAN YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM
1. Ikatan persaudaraan Islam (ukhuwwah) dan sifat kasih sayang
2. Bermusyawarah (syura) dalam mengatur kerja dan tindakan
3. Tatatertib (disiplin)
4. Teguran-teguran yang membina (muhasabah)
1. Ikatan persaudaraan Islam (ukhuwwah Islamiyyah) dan sifat kasih sayang
Dalam gerakan tersebut, perlulah ada suatu bentuk ikatan kasih sayang sejati di
antara ahli-ahlinya. Sudah semestinya mereka ini mempunyai semangat untuk berkorban
sesama mereka. Sudah sepatutnyalah mereka ini menjadi seumpama sebuah bangunan di
mana kekuatannya terletak pada bentuk susunan batu-bata yang dilekatkan oleh simen.
Suatu jama’ah gerakan Islam itu akan menjadi kuat hanya setelah adanya pertautan hati
di kalangan ahli-ahlinya.
Perkara-perkara yang membawa kepada pertautan (ikatan) hati ini ialah sifat kasih
sayang yang suci, sifat bertimbang rasa (simpati) yang murni, sifat baik sangka sesama
mereka dan juga semangat ingin berkorban sesama mereka. Hati yang dipenuhi kebencian
tidak akan bersatu. Persatuan-persatuan (pertubuhan-pertubuhan) yang dipenuhi pura-
pura tidak mampu menghasilkan perpaduan yang sebenarnya (hakiki).
Persahabatan yang berasaskan sifat tamak akan melahirkan pertelingkahan.
Sesuatu persatuan yang hanya mementingkan tujuan-tujuan perniagaan sahaja tidak
berupaya untuk melahirkan sifat timbangrasa (simpati). Keperluan duniawi mungkin dapat
mempersatukan segala ciri-ciri yang berlainan ini, tetapi ciri-ciri ini mudah sangat untuk
berpecah belah. Berikutan dari itu kita tidak mendapat hasil yang betul berkesan, bahkan
ciri-ciri itu sendiri menerima kehancuran. Sebuah jama’ah (harakah atau gerakan) yang
kuat dapat tertegak apabila ahli-ahlinya berfikir dengan ikhlas dan mereka mencintai
matlamat yang hendak mereka tujui itu. Sifat kesungguhan dalam mengejar matlamat dan
sifat keikhlasan dalam berfikir yang ada pada mereka dapat menyemai rasa kasih sayang
dan amanah di kalangan mereka. Jama’ah begini adalah seumpama acuan keluli di mana
syaitan tidak dapat mencari satu lubang pun untuk mencelah masuk dan melakukan
kerosakan. Walaupun syaitan datang dengan bala tentera yang banyak untuk menyerang
dari luar, tetapi usahanya ini gagal.
2. Bermusyawarah (syura) dalam mengatur kerja dan tindakan
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
14
Satu lagi kelayakan yang perlu ada pada sesuatu jama’ah (gerakan) ialah segala
kerja dijalankan setelah melalui musyawarah. Sesuatu gerakan itu sepatutnya sentiasa
mematuhi peraturan-peraturan musyawarah itu sendiri. Sesebuahgerakan yang terdiri
daripada orang-orang yang degil (keras kepala) yang bertindak mengikut pendapat
masing-masing, tidaklah boleh dipanggil sebagai sebuah gerakan yang sebenarnya. Ia
hanya merupakan satu kumpulan gotong-royong sahaja dan tidak mampu menghasilkan
kerja yang benar-benar berkesan.
Sesebuah gerakan akan menemui nasib yang sama jika seseorang ahli atau
beberapa orang ahli yang berpengaruh telah menggabungkan diri mereka ke dalam suatu
kumpulan kecil dan mengarah orang lain menjalankan perintah mereka. Sesuatu kerja yang
berkesan hanya dapat dicapai melalui musyawarah sahaja. Dengan cara ini banyaklah
orang tumpang berfikir dengan bijaksana akan segala kelebihan dan keburukan
(kelemahan) sesuatu perkara yang sedang dihadapi, keputusan yang lebih baik dapat
dicapai dengan cara begini. Di samping itu, ada dua faedah lagi yang diperolehi.
Pertama ialah, andainya pendapat kesemua orang dipertimbangkan secara langsung
atau sesuatu rumusan pendapat-pendapat tadi diambil, seluruh jentera gerakan tadi
melaksanakan segala keputusan dengan bersungguh-sungguh. Tiada seorang pun akan
berfikir bahawa dia telah dibebankan.
Satu lagi kelebihan cara begini ialah ia membuka peluang agar berbagai sudut
(aspek) yang terdapat pada sesuatu masalah itu dikaji. Setiap ahli akan benar-benar
mengambil berat akan segala rencana kerja pertubuhannya. Setiap ahli akan
melaksanakan tanggungjawab yang berikutan daripada sesuatu keputusan mesyuarat
dengan begitu cepat sekali (yakni tanpa lengah-lengah). Perlulah diingat bahawa kelicinan
begini boleh dicapai jika peraturan-peraturan sendiri tidak diabaikan.
Di antara peraturan-peraturan musyawarah ialah setiap orang sepatutnya memberi
pendapatnya dengan ikhlas. Janganlah hendaknya dia menyembunyikan apa-apa, di dalam
dirinya. Tidak perlu timbul di dalam dirinya sifat kedegilan. Dia perlu menjauhkan dirinya
daripada kesilapan-kesilapan. Apabila sesuatu keputusan telah diambil, sesiapa saja yang
mempunyai pendapat yang bertentangan hendaklah menerima keputusan tadi dengan hati
yang terbuka. Tak sepatutnyalah mereka terus mendesak supaya pendapat mereka
diterima walaupun mereka masih berpegang pada pendapat mereka itu. Seterusnya
mereka akan bertindak menurut keputusan yang telah diambil oleh gerakan mereka.
Musyawarah yang tidak mempunyai ketiga-tiga peraturan tadi adalah sia-sia saja kerana
ia akan lebih merupakan sumber pertelingkahan di dalam sesuatu gerakan itu.
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
15
3. Tatatertib (disiplin)
Kelayakan yang ketiga ialah adanya tatatertib yang berpanjangan, kerjasama yang
baik dan semangat suka bertindak secara jama’ah (team spirit). Walaupun sesuatu
gerakan itu memiliki banyak unsur-unsur kebaikan, tetapi ia menemui kegagalan kerana ia
tidak dapat melaksanakan segala apa yang ia rancangkan. Ini adalah kerana tiadanya
tatatertib dan kerjasama di dalam pertubuhan tersebut. Pengusaha-pengusaha
kemungkaran boleh mencapai tujuan mereka lantaran kekuatan yang pura-pura (yakni
indah khabar dari rupa), tetapi kerja yang membina akan dapat dicapai melalui usaha yang
tekun dan bertatatertib (disiplin). Usaha yang bertatatertib bererti bahawa seluruh
jentera gerakan bertindak menurut peraturan yang telah ditetapkan oleh gerakan itu
sendiri.
Mereka yang diberi kuasa hendaklah betul-betul menjalankan tanggungjawab
mereka di dalam ruang lingkup kuasa mereka tadi menurut peraturan-peraturan yang
telah ditetapkan. Tiap-tiap ahli patut sedar akan tanggungjawab masing-masing dan
mereka hendaklah berusaha sedaya upaya mereka untuk menjalankan tanggungjawab tadi
tanpa lengah-lengah. Setiap tenaga penggerak yang terlibat di dalam sesuatu tugas itu
perlulah mempunyai kerjasama yang erat di antara satu sama lain. Jentera gerakan itu
perlulah disusun demikian sehingga kesemua anggotanya mula bergeraK sebaik saja
keputusan telah diambil berkenaan sesuatu perencanaan kerja.
Harakah atau partai gerakan Islam yang sebegini saja yang mampu membuat
sesuatu rancangan itu berjaya. Gerakan yang berbentuk lain dari yang ini tidak akan
berjaya untuk menyelaraskan serta melicinkan perjalanan seluruh jentera pentadbiran
dan perlaksanaannya dengan baik.
4. Teguran-teguran yang membina (muhasabah)
Kelayakan yang terakhir ialah sesuatu gerakan itu mempunyai suasana yang
membenarkan teguran-teguran yang membina diberikan. Cara-cara untuk menyuarakan
teguran-teguran ini perlulah diketahui. Sesuatu gerakan Islam yang mempunyai pak turut-
pak turut (orang yang menurut saja tanpa berfikir panjang atau meneliti, yakni membuta
tuli) saja akan mendapati usahanya diresapi kesilapan-kesilapan walaupun mereka sedang
melalui jalan yang benar. Ini adalah kerana tiada siapa pun yang menegur kesilapan-
kesilapan tadi dan juga kerana anggapan bahawa teguran-teguran yang diberi itu sebagai
satu perlakuan yang tidak beradab atau bersopan. Dengan demikian kesilapan-kesilapan
tadi terus mendapat perlindungan daripada tindakan yang sewajarnya. Oleh kerana
kurangnya perhatian yang diberi untuk mengatasi kesilapan tadi dan juga disebabkan
tiadanya anggota untuk memberi teguran, kesilapan-kesilapan itu pun kian membiak. Tiada
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
16
perkara lain yang lebih merosakkan kesihatan sesebuah gerakan Islam melainkan tiada
semangat tegur-menegur (nasihat-menasihati) di dalamnya.
Adalah sesuatu perkara yang sangat buruk bagi sesebuah gerakan jika ia berusaha
menekan dan menutupi peluang-peluang untuk menyuarakan sebarang teguran (kritik).
Teguran yang membina ialah alat yang terpenting untuk mengesan segala kesilapan dengan
cepat. Dengan demikian usaha untuk mengatasinya pun dapat dilaksanakan secepat
mungkin (tanpa berlengah, membazir masa). Kita harus ingat bahawa syarat terpenting
bagi sesuatu teguran itu ialah ianya diberi bukan dengan tujuan hendak mencungkil
kesilapan semata-mata. Sesuatu teguran itu hendaklah dikemukakan dengan tujuan untuk
membawa pembaharuan (perubahan ke arah kebaikan).
Satu lagi syarat yang sama pentingnya ialah bahawa setiap orang yang ingin
menegur (mengkritik) hendaklah sedar akan cara-cara (adab-adab) yang sewajarnya untuk
menyuarakan teguran. Seseorang itu yang bertujuan baik dalam memberi tegurannya
boleh mendatangkan bahaya serupa dengan bahaya yang dibawa oleh anasir-anasir jahat
yang semata-mata ingin mencungkil kesilapan-kesilapan gerakannya seolah-olah gerakan
itu tidak kena caranya atau tidak kena pada tempatnya yakni tegurannya yang tidak
mematuhi peraturan di dalam memberi sesuatu teguran.
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
17
BAB KEEMPAT
KELAYAKAN-KELAYAKAN YANG SEMPURNA
1. Hubungan dengan Allah dan keikhlasan hati
2. Mengingati hari akhirat
3. Budi pekerti yang mulia
4. Ketabahan dan tetap pendirian
5. Bijaksana
Sejauh ini kelayakan-kelayakan perseorangan bagi orang-orang yang diperlukan
untuk menjalankan tugas-tugas bagi merubahkan masyarakat dan memperkenalkan
tatacara hidup Islam dan sifat-sifat masyarakat (jama’ah) yang mereka bentukkan telah
dibincangkan.
Dalam konteks (hubungan) di atas, apa yang telah dibincangkan adalah kelayakan-
kelayakan asas yang penting dan utama sahaja. Semasa memulakan perniagaan modal awal
adalah perlu. Sebaliknya, perkara ini adalah modal bagi moral yang perlu pada tahap awal
untuk tugas ini. Tanpa sifat mulia ini, ianya akan sia-sia dalam membantu cita-cita untuk
perubahan itu. Lazimnya, ianya tidak dapat digambarkan suatu peraturan Islam boleh
dilaksanakan oleh mereka yang demikian yang mana tidak berada dalam rumah Islam atau
tidak mempunyai keyakinan kepada kebenarannya atau tidak melengkapkan diri tentang
perkakas-perkakas dalam membentuk moral mereka sendiri dan keperibadian, seterusnya
hubungan sebagai satu suluhan cahaya untuk membimbingkan amalan hidup mereka, atau
mereka tidak mengambil perkara itu sebagai tapak tujaan untuk melaksanakannya. Ini
adalah jelas bahawa jika mereka yang mempunyai kelayakan-kelayakan yang diperlukan
berkumpul bersama-sama tetapi hati-hati mereka tidak terikat bersama-sama. Kegiatan-
kegiatan mereka akan melanggarkan disiplin serta kerjasama antara satu sama lain, dan
mereka tidak menyedari akan hubungan rahsia tindakan itu dan mereka tidak tahu jalan
yang betul untuk bermuafakat antara satu sama lain dan membuat teguran (kritikan).
Kemudian perkumpulan mereka sebenarnya tidak mendatangkan sebarang keputusan yang
berguna. Sebaliknya, perkara itu jelas difahami bahawa empat kelayakan perseorangan
dan yang lain kelayakan gerakan (jama’ah) dimaklumkan di atas. Sejauh ini benar-benar
sesuai atau modal bagi memulakan pekerjaan dan kepentingan mereka benar-benar
terletak di dalam hubungan ini sahaja. Tetapi, ianya tidak boleh dianggapkan bahawa
akhlaq dan bekal ruhani adalah mencukupi untuk perkembangan dan kejayaan risalah ini.
Marilah sekarang kita mengkaji kelayakan-kelayakan tambahan yang perlu untuk
kejayaan dalam mencapai tujuan pembinaan kembali atau (islah dan tajdid) itu.
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
18
1. Hubungan dengan Allah dan keikhlasan hati
Hubungan dengan Allah dan bersifat ikhlas adalah kelayakan yang utama. Tugas lain
di dalam dunia dapat diselesaikan untuk kepentingan perseorangan atau untuk
kepentingan keluarga, kaum, negara atau negeri. Ia dipergunakan untuk matlamat
perseorangan dan dalam memperolehi kebendaan. Ia mungkin juga tidak perlu disertai
dengan keimanan kepada Allah tetapi juga dengan penafian tentang kewujudan Allah
sendirinya. Bagi semua kejayaan duniawi ini berkemungkinan dengan aktiviti-aktiviti
sedemikian. Tetapi usaha-usaha menegakkan masyarakat Islam adalah suatu tugas yang
tidak akan berjaya dengan kemungkinan begitu kecuali hubungan seseorang itu kepada
Allah adalah benar-benar kukuh dan mendalam dan perhatiannya semata-mata terus ke
arah bekerja kerana Allah sahaja, yang membimbing ke arah itu. Apa yang Allah suka
mesti kita lakukan dalam kerja ini. Cinta kepada Allah semestinya menjadi faktor
penggerak. Keyakinan yang sepenuh perlu diletakkan kepada ketentuan Allah dan
pertolonganNya. Segala pengharapan kepada ganjaran mesti dipohon kepadaNya. Segala
arahan dan teguranNya kedua-dua termasuk “boleh” dan “tidak boleh” mesti diikuti, takut
hanya kepada pembalasanNya perlu diresapkan ke dalam hati. Sebarang ketakutan,
sebarang kecintaan, sebarang kesayangan, sebarang penyembahan bercampur dengan
perkara ini atau sebarang tujuan lain yang bersekutu dengan perkara itu akan
menyimpangkan manusia (mereka) daripada jalan yang benar, dan apa juga yang
dilaksanakan pasti tidak akan mendapat pertunjuk dari Allah.
2. Mengingati hari akhirat
Kelayakan lain, hampir berkaitan dengan perkara di atas ialah mengingati hari
akhirat. Walaupun bengkel bagi mukmin adalah dunia ini dan di sini dia melakukan apa yang
dikehendaki tetapi bukan dia melakukan perkara itu untuk dunia ini semata-mata malahan
untuk hari akhirat jua. Dia tidak bertujuan untuk mendapat ganjaran dunia tetapi
pengamatannya untuk mendapat ganjaran akhirat. Dia patut melakukan semua perkara
yang membolehkannya memperolehi ganjaran di hari akhirat dan dia patut menjauhi
daripada semua perjanjian yang tidak akan berbuah di sana nanti. Dia sepatutnya enggan
menerima sebarang ganjaran yang akan menyebabkan dia kerugian di hari akhirat nanti
dan patut menerima sebarang kehilangan yang mana akan membawa ganjaran kepadanya di
sana nanti.
Perhatiannya sepatutnya mempertimbangkan kerja yang akan menguntungkan dan
merugikannya di hari akhirat. Sebarang kesenangan atau kesusahan dunia tidak akan
menekan atau menghalangnya. Dia tidak menghirau sama ada usahanya di dunia
menghasilkan atau keputusannya gagal – sama ada dia bertemu kejayaan atau berhadapan
dengan kegagalan, sama ada dia mendapat pujian atau cacian, sama ada dia menerima
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
19
ganjaran atau dihadapkan kepada penderitaan dan tribulasi. Dalam keadaan di atas dia
mesti mempercayai bahawa tiada sesuatu benda pun terselindung daripada penglihatan
Allah, kepadaNya dia serahkan dirinya, dan dia tidak mengambil sesuatu yang bernilai dari
luar ganjaran hari akhirat, dan sesungguhnya kejayaan yang dicapai di sana adalah
kejayaan yang sebenarnya. Tanpa pemikiran ke arah ini sukar untuk orang perseorangan
mengaturkan beberapa langkah ke arah yang sebenarnya. Walaupun sedikit perpaduan
antara matlamat-matlamat keduniaan dengan idea-ideanya sudah pasti menggangu
langkah-langkahnya. Sebarang kecederaan yang dideritai dalam menuju ke jalan Allah
yang ditempuhi oleh seseorang yang benar-benar matlamat hidupnya boleh dicemari
dengan godaan untuk mendapat ganjaran dunia dan beberapa peringkat kejayaan di alam
dunia ini mengubah tingkah lakunya dalam suatu bentuk yang lain.
3. Budipekerti (syakhsiyyah Islamiyyah) yang mulia
Perkara yang benar-benar mengubahkan perkara yang dibincangkan dalam dua
kelayakan di atas kepada satu daya yang kuat ialah suatu budi pekerti (syakhsiyyah
Islamiyyah) yang mulia. Sesiapa yang bekerja di jalan Allah sepatutnya dia adalah orang
yang mempunyai idea-idea yang tinggi dan mempunyai sifat keberanian. Mereka patut
mempunyai sifat belas kasihan kepada manusia dan juga berkehendak sifat kemanusiaan
yang baik kepada semua orang. Mereka patut juga mempunyai belas kasihan dan baik hati
dan juga patut menghayati dengan perasaan hormat diri dan rasa puas hati. Selain dari
itu, mereka patut tidak mementingkan diri sendiri dan berkelakuan baik. Lidah mereka
sentiasa manis dan kelakuan mereka lemah lembut. Ringkasnya mereka bebas daripada
dijangkiti oleh penyakit dan setiap orang mesti berada dalam keadaan sihat. Mereka
mesti bersedia memberi kepada orang lain lebih daripada mereka harus lakukan dan
mereka memiliki untuk diri mereka kurang daripada perkongsian (habuan) mereka. Mereka
patut menukarkan kejahatan kepada kebaikan atau menjauhkan diri daripada dipengaruhi
oleh kejahatan, sekurang-kurangnya mereka patut mengakui kesalahan mereka dan
menghargai kelayakan-kelayakan yang baik dari orang lain. Mereka perlu mempunyai hati
yang sanggup tidak menghiraukan kelemahan orang lain, memaafkan kesalahan mereka,
tidak gembira (bangga) dengan kelebihan dirinya dan tidak mengambil sesuatu pembalasan
bagi kepentingan dirinya sendiri.
Mereka patut gembira berkhidmat kepada sahabat-sahabat seperjuangan dan
tidak berkhidmat dan bekerja untuk keuntungan diri sendiri tetapi untuk faedah mereka
yang lain. Mereka patut terus menjalankan tugas mereka, mengabaikan pujian dan tidak
mengambil perhatian kepada cacian-cacian. Mereka sepatutnya tidak mengharapkan
ganjaran daripada sebarang kaum selain daripada Allah. Mereka sepatutnya tidak
menyerah kepada sebarang kuasa dan tidak pula mudah terpengaruh untuk tunduk kepada
kuasa wang. Tetapi sepatutnya tanpa kebimbangan menganggukkan kepada mereka
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
20
(mengakui) kepada kebenaran dan menimbulkan kepercayaan baik kepada musuh-musuh
mereka, dengan memberi perhatian kepada mereka tanpa mengambil sebarang tindakan,
tidak menyimpan prasangka buruk, bersifat jujur dan adil. Kelayakan-kelayakan ini benar-
benar dapat memenangkan hati mereka. Tugas mereka lebih kepada memberitahu
daripada menghayun pedang dan nilai mereka lebih daripada harga perak dan emas.
Sebarang orang yang bersifat dengan kualiti-kualiti di atas dapat menawan hati-hati
jiran-jirannya.
Begitu juga, jika seluruh kumpulan manusia menghayati dengan budi pekerti seperti
sifat-sifat tulen tadi dan mereka berusaha untuk mencapai ideal yang tertinggi dalam
bentuk yang tersusun, negeri selepas negeri akan dapat ditewaskan dan tiada sebarang
kuasa di atas muka bumi ini akan dapat mengalahkan mereka.
4. Ketabahan dan tetap pendirian
Satu lagi kelayakan akan di ambil kira sebagai kunci kepada kejayaan ialah
ketabahan. Perkataan ini sangat luas pengertiannya. Sesiapa yang bekerja di jalan ini
semestinya menghayati dengan semua sifat-sifat penting ketabahan.
Makna ketabahan adalah seseorang itu jangan terlalu gopoh dalam tindakan. Dia
sepatutnya bersabar untuk melihat hasil daripada usahanya pada masa itu juga dengan
cepat dan tidak berputus asa, jika hasil keputusan mengambil masa untuk wujud.
Kelayakan seseorang yang berhubungan dengan ketabahan adalah dia sepatutnya bekerja
dengan rajin untuk mencapai objektif bagi keseluruhan hidupnya dan tidak menyimpang
perhatiannya disebabkan kegagalan berulang kali. Rancangan kerja untuk mempengaruhi
perubahan di kalangan manusia dan untuk mengorientasikan norma-norma hidup adalah
satu tugas yang mencabar dan tanpa kemampuan, ketabahan tidak akan dapat dibuktikan
sama dengan perkara itu. Dari itu pengharapan-pengharapan bagi keputusan yang cepat
bukanlah perkara yang mudah.
Makna yang lain ketabahan misalnya seseorang tidak berfikiran yang berubah-
ubah, lemah dalam membuat keputusan, memegang pendapat-pendapat yang ragu-ragu.
Dia patut mempunyai ketetapan yang tetap kepada pertimbangan keputusan yang baik dan
meneruskan dengan penuh keyakinan terhadap dirinya sendiri.
Satu lagi penafsiran bagi ketabahan ialah seseorang itu mesti menghadapi
kesusahan-kesusahan dan kecelakaan dengan berani dan sabar, sebarang kesukaran
masalah yang datang kepadanya semasa cuba mencapai tujuannya. Seseorang yang
mempunyai sifat ketabahan tidak akan menerima sifat berputus asa dan tidak berubah
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
21
mukanya daripada sebarang angin ribut kemalangan atau kesukaran-kesukaran yang paling
besar.
Ketabahan juga tidaklah seseorang itu mudah dipengaruhi dengan penderitaan. Dia
patut bersifat tabah dan pemaaf. Sesiapa yang dipertanggungjawab menjalankan
perubahan dan pembaharuan, mempunyai kuasa membuat kebaikan kepada beberapa
kerosakan. Dalam usaha ini, dia berhadapan dengan cacian dan tentangan buruk
terutamanya dia menyampaikan risalahnya kepada masyarakat yang telah ditipu sebegitu
lama.
Jika dia tidak mempunyai keberanian untuk ketawa kepada cacian yang ditujukan
terhadapnya, tidak mempedulikan pendapat atau perkataan yang buruk dan tidak terharu
dengan tuduhan yang palsu dan propaganda yang palsu dan di antara situasi di atas tidak
dapat membawa dia berbuat sesuatu di dalam memenuhi risalahnya. Maka lebih baik
baginya tidak melibatkan dirinya di dalam kerja ini keseluruhannya. Sesungguhnya jalan
ini dipenuhi dengan duri-duri dan setiap duri sudah pasti tidak membenarkan walaupun
seinci perkembangan dalam arah yang khusus ini. Dari itu, jika mereka cuba menggenggam
kuat setiap duri, mereka tidak akan maju ke hadapan. Dalam bidang pekerjaan ini, hanya
orang yang tertentu diperlukan, di mana mereka tidak tunduk melepaskan sehelai
pakaiannya daripada diperdaya oleh duri-duri. Tetapi memerlukan koyakan daripada
bahagian sehelai pakaian dan mencampaknya kepada duri-duri yang menghalangkan
kemajuannya dan tidak menyerah diri mereka dari dihalangi kemajuan mereka. Jenis
kesabaran seperti ini diperlukan tidak hanya ketika berhadapan dengan penentangan
tetapi kadang-kadang di tempat itu ada jalan yang sukar di mana ia perlu berhadapan
dengan kenyataan yang pahit dalam pekerjaannya. Dalam suasana begini, jika seseorang
itu tidak mempunyai ketabahan yang bersinar, kemajuan keseluruhan kafilah atau gerabak
keretapi boleh diperiksa (diuji).
Ketabahan juga bermakna bahawa seseorang itu patut tetap kepada jalan yang
benar dalam menghadapi ketakutan dan godaan. Dia patut menjalankan tugasnya
mengelakkan desakan syaitan dan semua keinginan hawa nafsu. Dia patut menjauhkan diri
daripada tindakan yang dilarang dan mesti tetap tabah dalam menjalankan suruhan Allah.
Dia patut menolak sebarang keseronokan dan memperolehi keuntungan melalui cara yang
berdosa dan perlu menerima sebarang kerugian dan kekecewaan yang datang kepadanya
ketika mengatur langkah ke jalan kebenaran dan kebaikan. Dia patut memerhati
kecantikan yang menarik hati dalam kehidupan, penyembah-penyembah keseronokan
duniawi dengan tenang hati dan tidak membenarkan sebarang perasaan cemburu untuk
wujud terhadapnya, tidak bercakap dengan menarik terhadap perkara itu. Dia akan
mendapati jalan keduniaan (duniawi) peluang terbuka kepadanya dan peluang-peluang baik
dengan jalan yang menuju kejayaan dalam bidang itu. Tetapi dia patut berpuas hati
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
22
dengan memiliki kehidupan dengan keyakinan yang telah diberi kepadanya dengan kurniaan
Allah dalam tujuan dedikasinya ke arah menyempurnakan risalahnya. Dalam semua
penterjemahan di atas, ketabahan adalah kunci kepada kejayaan. Dalam bentuk apa pun
jika ketidaksabaran turut serta kesannya ialah semua keputusan-keputusan akan rosak.
5. Bijaksana
Selain daripada kelayakan di atas, satu lagi yang penting ialah kebijaksanaan dan
pada pengukuran yang jelas, ia menolong untuk mencapai sesuatu kejayaan. Apa jua sistem
hidup yang berlaku dalam dunia, ia dijalankan oleh orang-orang yang mempunyai
kecerdikan dan darjah kebijaksanaan yang tinggi. Ia digunakan dengan cara kebendaan
dan kuasa kebijaksanaan, pengetahuan dan teknik yang menolong mereka. Dari
perbandingan di atas, untuk memulakan satu sistem hidup baru dan menjalankannya
dengan jaya bukanlah suatu permainan anak-anak.
Kejayaan adalah di luar kemampuan mereka yang duduk di bawah benteng
“Bismillah”. Orang-orang yang “simple” walaupun mewarisi kelayakan yang tinggi dan niat
yang soleh tidak boleh mencapainya. Ia memerlukan keupayaan memahami masalah. Ia
hanya boleh dicapai oleh orang yang hidup pada suasana yang berbeza dan membuat
rancangan bagi menguasainya dan berupaya menilai masalah hidup dan menyelesaikannya.
Oleh itu, bijaksana keseluruhannya merupakan perkataan yang menerangkan semua hal di
atas, dan ia membawa erti semua kebolehan akal dan kebijaksanaan untuk memahami
psikologi manusia dan menyelesaikannya, secara bersesuaian. Ia perlu tahu menarik
perhatian mereka dengan pandangannya dan perlu mengetahui cara menggunakannya bagi
maksudnya. Dia tidak boleh menggunakan ubat yang sama kepada semua hal. Sebaliknya,
dia perlu mengubati setiap hal atas jasa bakti “penentuan penyakit” (diagnosis) dan
tabiat. Dia tidak boleh mentadbir tingkat yang satu untuk menjalankan semua; tetapi ia
perlu mengkaji suasana tertentu dan keadaan masyarakat dan kumpulan yang dia perlu
membuat perhitungan.
Untuk mengetahui sifat tabi’i tugas seseorang dan huraiannya serta untuk
berupaya menghadapi kesukaran dan perangkap dalam prosesnya, diperlukan
kebijaksanaan yang sebenar. Dia perlu berfikiran jelas, cara melakukan cadangannya
hingga berjaya dan cara mengatasi rintangan yang menghalangi jalannya. Adalah juga
bijak bagi merasai denyutan masa, untuk menilai keadaan tabi’i masalah dan untuk
mengetahui langkah yang sebenar untuk menempuh suasana itu. Menceburi sebarang
rancangan kerja secara terburu-buru sebelum memeriksa keadaan tabi’inya, memulai
rancangan kerja tidak bersesuaian dengan keadaan persekitaran, dan tidak berkebolehan
mengambil faedah yang terbesar dari tempat yang menguntungkan adalah sikap yang
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
23
tidak bertanggungjawab dan orang-orang yang bertabiat demikian, walaupun mereka
mempunyai niat yang soleh dan kebaikan yang sangat tinggi, tidak akan mencapai kejayaan.
Dan puncak kualiti dalam kategori bijaksana ialah bahawa seseorang itu perlu
memahami Islam dan perlu mempunyai pandangan yang mendalam tentang hal ehwal dunia.
Pengetahuan rukun “syariah” sahaja serta boleh menggunakan secara kebetulan tidak
mencukupi untuk kejayaan, dalam tugas memberi kehidupan baru bagi perundangan sosial,
membongkar kejahilan cara hidup dan menggantikan tempat ia dengan perundangan baru
berdasarkan keunggulan Islam.
Dari sini adalah penting bahawa ia perlu memahami dengan baik kedua-dua dalam
huraian terperinci dan pemikiran umum bagi perintah itu, dari hanya mempunyai
kefahaman umum pandangan Islam. Seterusnya, dia perlu sedar akan alasan suruhan itu
dan perlu berada di rumah dengan suasana dan masalah masyarakat di mana dia perlu
meletakkan rancangannya ke dalam bentuk praktik yang sebenar.
Memintas pada segi yang berlainan bagi kelayakan yang diperlukan, seseorang itu
dapat merenung dan berfikir bahawa pencapaian risalah ini boleh berkesan hanya oleh
makhluk yang lengkap dan luar biasa. Adalah di luar kekuasaan peringkat manusia umum
untuk menggunakan diri mereka dengan kelayakan bersinar yang sedemikian. Tetapi perlu
difahami bahawa setiap dan tiap-tiap kelayakan tidak perlu menghiasi setiap orang
perseorangan ke peringkat yang sempurna. Ia juga tidak perlu menetapkan semua syarat
ini perlu ada pada setiap orang dengan sempurna pada peringkat permulaan.
Pada hemat saya, dalam menghurai kelayakan di atas bahawa sesiapa yang bersedia
untuk menjalankan kerjanya tidak boleh mengerjakannya semata-mata dengan semangat
perkhidmatan sosial yang biasa. Sebaliknya mereka perlu meletakkan diri mereka bagi
menyelidik sendiri untuk mencari sama ada mereka mempunyai syarat-syarat kelayakan
yang diterangkan di atas.
Sekiranya syarat-syarat itu ada, maka sudah cukup untuk menjalankannya di
peringkat permulaan. Mendidiknya dan meningkatkannya adalah peringkat yang akan
datang. Seumpama benih yang bercambah di dalam tanah dan dijangka membentuk pohon
yang besar; bahan mentah yang diperlukan tergolong dalam kelayakan di atas, pada
zahirnya manusia akan dengan sendirinya mencapai keadaan sempuma dengan bantuan dan
perhatian yang betul. Tetapi jika kesan asalnya tiada, sebarang peringkat usaha dan
latihan tidak akan membuatnya bercambah.
Benda yang diperkatakan di atas yang lebih jauh pentingnya dari rancangan
perlaksanaan yang betul ialah kesediaan pekerja yang demikian yang mempunyai kelayakan
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
24
moral yang penting untuk menjalankannya. Kerana ia bukan kalimat setengah rancangan
yang memerlukan seseorang yang berjuang dengan masyarakat dan berhadapan dengan
kesukaran dalam menuju ke jalan Allah. Sedangkan dia adalah mewakili perangai
perseorangan dan jama’ah gerakan yang keluar dalam bidang ini bagi melengkapkan
rancangan ini. Dari sini sebelum menentukan garis panduan kerja dan rancangan kita perlu
melihat bentuk pekerja yang diperlukan bagi tugas ini. Apakah kelayakan-kelayakan
mereka dan apakah kelemahan yang perlu mereka elakkan. Dan apakah cara menyediakan
pekerja yang sedemikian. Untuk menerangkan kebenaran ini, kita telah menghuraikan
kelayakan yang diperlukan dalam tiga bahagian.
Pertamanya, kelayakan dasar yang diperlukan bagi setiap orang yang mengambil
bahagian dalam tugas ini. Syarat-syarat itu ialah:
1. Kefahaman Islam yang sebenar
2. Keimanan yang mendalam kepadaNya (Islam)
3. Perangai bersesuaian dengannya (syakhsiyyah fardiyyah solehah)
4. Menjadikan Islam sebagai matlamat hidup seseorang
Keduanya, kelayakan yang diperlukan dalam pertubuhan yang mengambil tugas ini
iaitu:
1. Saling cinta-mencintai, berfikiran baik antara satu sama lain, kejujuran, simpati,
berbuat kebajikan dan berkorban untuk satu sama lain
2. Bekerja dengan saling muafakat dan berfikir secara permuafakatan di dalam Islam
3. Berdisiplin, teratur, kerjasama dan semangat berjama’ah
4. Kritik dengan tujuan perubahan, dilakukan secara betul dan secara yang patut yang
akan dapat membuang kelemahan yang muncul dalam peraturan dengan segera dan
tidak pula menjadi punca menyemarakkan kelemahan itu sendiri
Ketiganya, kelayakan yang diperlukan bagi menjalankan perjuangan bagi
pembentukkan cara hidup Islam secara betul dan untuk mencapai perjuangan ini iaitu:
1. Perhubungan yang mendalam dengan Allah dan bekerja untuk mencari
keredhaanNya
2. Mengingati hal ehwal hari akhirat dan sentiasa ingat bahawa tiada pembalasan
kecuali di hari kemudian
3. Peribadi yang menarik (budi pekerti yang mulia)
4. Sabar
5. Bijaksana
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
25
Sekarang kita perlu membincangkan kelemahan besar yang perlu dijauhi oleh
penyampai risalah ini supaya matlamat yang besar ini dapat dicapai.
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
26
BAB KELIMA
KESALAHAN-KESALAHAN BESAR
1. Sombong (takabbur)
2. Riya’ (menunjuk-nunjuk)
3. Niat buruk
1. Sombong (takabbur)
Kesalahan yang utama dan paling buruk menimpa akar umbi kebaikan adalah
kesombongan, menurut kata hati dan memuji diri. Ini adalah desakan syaitan yang
bersesuaian dengan corak kejahatan. Tiada amalan soleh yang boleh dilakukan dengan
desakan ini, kerana kebesaran adalah berhubung dengan Allah sahaja dan kesombongan di
kalangan manusia adalah kesalahan yang nyata. Hasilnya ketika mengidap penyakit ini
tiada keberkatan untuk petunjuk yang lurus. Dia berterusan melakukan kebodohan dan
perbuatan tanpa berfikir sehingga menemui kegagalan. Suatu akibat lagi ialah masyarakat
mula membencinya dari kesombongan yang ditunjukkannya. Akhirnya dia gagal membina
pengaruh maruah di kalangan masyarakat selepas masyarakat umum merasa hilang
kepercayaan terhadapnya.
Kesalahan ini menjalar ke dalam ciri jama’ah yang berusaha untuk kebaikan melalui
beberapa saluran. Mulanya, ia menyerang hati kecil apabila keadaan keagamaan dan
maruah mereka dirasai lebih baik daripada masyarakat sekeliling dan dari ini
mempercayai khidmat mereka, patut menerima kata-kata pujian dari pihak lain. Pada
peringkat itu, syaitan meletakkan dalam pemikirannya kefahaman yang salah bahawa
mereka kini adalah penting dan dengan penghasutan syaitan, mereka mula melahirkan
kepentingan mereka dari lidah dan perbuatan mereka. Perlahan-lahan tugas yang bermula
dari niat yang buruk mengambil lorong yang salah. Terdapat satu lagi saluran melaluinya
kejahatan menjalar di kalangan mereka yang berniat baik untuk merubah diri mereka
bersama-sama perubahan masyarakat umum. Mereka sudah tentu menerima beberapa
kebaikan tertentu darinya. Mereka mencapai kedudukan yang terkemuka dalam
masyarakat dan sebahagian dari khidmat mereka diakui bernilai. Hal ini tidak menghalang
mereka menjadi terkenal. Menyedari perkara-perkara tersebut adalah perkara tabi’i.
Namun dari sedikit kelalaian penjagaan diri terhadap hal ini disertai dengan desakan
syaitan, ia bertukar kepada kesombongan menurut kata hati. Kadangkala satu keadaan
timbul apabila lawannya cuba mencari kesalahan pada aktiviti-aktiviti serta peribadinya.
Dari itu dia akan menerangkan beberapa perkara untuk membela dirinya bahawa dia
benar tetapi diwarnai dengan bangga diri. Bentuk yang sedemikian dengan kekurangan
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
27
kesedaran, membawanya kepada lapangan kesombongan dan terbukti merugikan, yang
perlu diawasi oleh kedua-dua pihak anggota dan jama’ah yang berdiri tegak untuk
menegakkan pengisalahan masyarakatnya.
a. Tunduk kepada Allah
Setiap orang perseorangan dan jama’ah gerakan Islam mestilah mempunyai
kesedaran penuh terhadap pengabdian mereka kepada Allah. Mereka yang mengambil
tugas untuk mencapai sesuatu perlu wujudkan anggota dan jama’ah yang mengabdikan diri
dengan sebenarnya kepada Allah. Mereka tidak boleh lupa kepada kebenaran bahawa
kebesaran hanyalah hak istimewa Allah. Melainkan dengan hanyalah merendahkan diri
menaruh sepenuh harapan kepada Allah dan merupakan tingkat yang sesuai sebagai
hambaNya. Sebarang hamba yang melakukan nilai kebaikan menyerahkannya kepada Allah.
Ini adalah suasana kesyukuran dan bukan keriangan diri. Dari itu merendahkan diri kepada
Allah diperlukan, dan modal yang kecil ini perlu digunakan ke arah kebaikan, supaya Allah
melimpahkan berkatNya dan sifat baik ini menjadi mulia dan bercambah. Memenuhi
kesombongan hasil dari menurut kehendak hati bererti menggantikan kebaikan dengan
keburukkan dan ini sudah tentu bukan lorong peningkatan tetapi jalan kemunduran.
b. Menyelidik diri sendiri
Di sebalik tunduk kepada Allah, menyelidik diri sendiri dapat menyelamatkan
seseorang itu dari merasai kesombongan. Seseorang yang berkeupayaan meneliti diri
sendiri dan bersama dengan nilaian sifat baik dirinya, tidak akan menjadi mangsa kepada
menurut kehendak hati (perasaan). Seseorang yang meneliti akan dosa, kesalahan dan
kekurangan pada dirinya akan benar-benar sibuk untuk mendapat pengampunanNya (Allah)
dan tidak akan memberi peluang membenarkan rasa bangga meresap ke dalam
pemikirannya.
c. Menjaga ketinggian peribadi
Terdapat satu lagi perkara yang dapat memeriksa kecenderungan buruk ini.
Seseorang itu janganlah mengira bahawa kerendahan kedudukan orang lain menentukan
dia lebih tinggi dalam perbandingan itu. Sebaliknya dia perlu melihat kepada ketinggian
peribadi, keagamaan dan akhlak yang menentukan dia rendah dalam perbandingan itu.
Kerendahan akhlak dan sifat keruhanian adalah tidak terbatas, begitu juga kemuliaannya
(ketinggiannya). Malahan orang-orang perseorangan yang rendah (hina) sekalipun akan
menunjuk (memandang) kepada mereka yang lebih rendah darinya. Dia akan merasa
bangga dengan kedudukannya yang lebih baik berbanding dengan mereka yang lebih
rendah darinya. Sebaliknya hasil kesombongan ini tidak lain hanyalah membiarkan dia di
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
28
tahap yang asa! dan menghalangkan dirinya menjadi lebih baik. Dia melalui tahap ini
dengan disertai oleh rangsangan syaitan dan angan-angan bahawa masih ada ruang untuk
membongkok lebih rendah (melihat ke bawah).
Hanya mereka yang menentang ke arah peningkatan boleh mencapai untuk
menerima sikap ini. Mereka yang benar-benar menghendaki (diilhamkan) untuk mencapai
peningkatan sentiasa memandang ke atas dari membongkok ke bawah. Semakin banyak
ketinggian membuka jalan bagi mereka selepas mereka mencapai satu peningkatan. Ketika
mengkajinya, jika terdapat kelemahan dalam jiwanya, mereka akan bertambah sedar dan
insaf hati mereka. Ini tidak menjadikan mereka ditiup dengan kebanggaan (kesombongan)
dengan apa yang telah mereka capai. Perkara ini merangsangkan mereka untuk meningkat
lebih tinggi.
Sebagai tambahan di atas adalah penting bahawa jama’ah itu perlu berhati-hati
selalu dan sedikit tanda kesombongan, menurut kehendak hati dan memuji diri perlu
diawasi dan langkah segera patut dilakukan untuk menyemaknya. Tetapi keadaan langkah
penyemakan itu janganlah sehingga menggalakkan perikemanusiaan yang palsu dan budi
bahasa yang menonjol. Tiada yang lebih hina dalam ciri kesombongan dari
menyelubunginya dengan kepalsuan dan memberi kesan kepada perikemanusiaan dan
kesopanan.
2. Riya’ (menunjuk-nunjuk)
Suatu lagi kesalahan besar yang setara dengan kesombongan di mana ia memasuki
ke akar umbi kebaikan ialah keinginan untuk mendapatkan nama sebagai balasan kebaikan.
Seseorang itu mungkin berkehendak untuk mendapat pujian dari masyarakat pemuji.
Kesalahan ini bukan hanya suatu pemindahan kesungguhan malahan berlawan dengan
keimanan yang sebenar dirinya. Dalam perkara ini diterangkan sebagai tudung syirik.
Mempercayai Allah dan hari akhirat menuntut seseorang itu mesti melakukan sesuatu
hanya untuk mendapat keredhaan Allah (mardhatillah). Dia menghubungkan
pengharapannya untuk mendapat pembalasan hanya dari Allah sahaja dan berwaspada
(menaruh harapan) kepada pembalasan hari akhirat dari kecenderungan pembalasan
duniawi. Tujuan seorang munafik adalah untuk mendapat keyakinan (sokongan)
masyarakat. Dia mencari pembalasan dari mereka sahaja dan ingin mendapatkan bahagian
pembalasannya dalam bentuk nama, kemasyhuran, pengaruh dan kekuasaan di dunia ini
sahaja. Dalam perkataan lain, ia boleh diertikan bahawa dia telah menjadikan masyarakat
sebagai saingan Allah atau setara dengannya. Jelaslah di sini bahawa dari kecenderungan
pemikiran ini keseluruhan khidmatnya adalah tidak kerana Allah, juga tidak ke arah cara
hidup yang dikehendaki oleh Allah. Ianya tidak dikira sebagai amal saleh di sisi Allah
Subhanahu Wata’ala.
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
29
Desakan kemungkaran ini bukan hanya membatalkan perbuatan yang di kira sebagai
bernilai. Malahan mustahil dapat menuju ke jalan yang benar akibat desakan keji itu.
Bentuk ganjil desakan ini ialah seseorang itu menjadi semakin berminat terhadap
penghebohan kerjanya berdasarkan penyelesaiannya yang berjaya. Persembahan pujian
dan sokongan (keyakinan) yang melambung tinggi merupakan matlamatnya yang nyata.
Kerja yang tersembunyi tanpa diketahui oleh orang lain kecuali Allah, hilang daya penarik
baginya. Secara ini, ruang lingkup kerjanya sempit (terbatas) hanya kepada perlakuan
yang mempunyai kecenderungan untuk diketahui oleh umum. Segala minat kepada kerjanya
hilang selepas dia mencapai matlamat dan mempunyai nama yang kukuh. Tidak mengira
darjah kesungguhan, dia mungkin telah memulakan kerjanya.
Tetapi bakti kesungguhan terhadap risalahnya mulai mengalami hakisan (menurun)
sebaik sahaja kesalahan di atas menjalar masuk. Dia bertindak seakan-akan batuk kering
yang merosak pati kehidupan. Adalah mustahil baginya untuk kekal kepada kesungguhan
apabila dia tidak berada di mata umum dan meneruskan tugasnya untuk kewajipan
tersebut. Dia mengukur segala-galanya melalui ukuran umum dan penerimaan umum. Dalam
semua hal dia berhati-hati menghubungkan dirinya dengan masyarakat yang besar jika
perancangan garis kerja itu tidak menjadikannya dikenali umum. Dia mengutamakan
kehendak perasaannya (suara hatinya) untuk membenarkan melakukan sesuatu tindakan
(kerja).
Mereka yang duduk terasing dan bertafakkur, mendapati mudah mengelakkan
kerosakan itu. Tetapi mereka yang berhadapan dengan umum untuk menjalankan tugas
perubahan dan peningkatan, mendapati diri mereka dikelilingi serangan “kuman batuk
kering” akhlak. Seterusnya mereka terpaksa melakukan sesuatu perkara untuk dilihat
oleh umum. Mereka terpaksa menyesuaikan diri mereka untuk mendapat sokongan
masyarakat dan menggunakan pengaruh ke atas mereka itu. Mereka juga perlu memberi
huraian (penjelasan) kepada umum tentang pencapaian mereka. Terlalu banyak unsur dari
khidmat mereka yang boleh menarik perhatian masyarakat terhadap mereka dan
menambahkan lagi kata-kata pujian dari masyarakat. Mereka juga terpaksa berhadapan
dengan penentangan dan terpaksa membela diri mereka dengan membuka rahsia
sebahagian keterangan kerja-kerja yang baik. Di dalam keadaan begini adalah tidak
mudah untuk mendapat kemasyhuran nama. Tetapi dia bukan tamak untuk mendapat
kemasyhuran nama. Kemasyhuran nama serta penghebahan kerja boleh terjadi secara
tabi’i. Namun demikian penyakit ingin mendapat kemasyhuran tidak akan menjangkiti
pemikiran si pembuat walaupun dia mungkin memperolehi kemasyhuran tetapi itu bukan
menjadi matlamatnya. Dia mungkin mendapat penghargaan umum tetapi pencapaian itu
bukanlah matlamat yang ditujuinya. Keadaan untuk bercambahnya sifat bermuka-muka
mungkin menyerangnya tetapi perkara ini tidak berkesan terhadapnya. Ini memerlukan
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
30
kerja yang keras, sentiasa waspada dan usaha yang bersungguh-sungguh. Jika berlaku
sedikit kelalaian sekalipun boleh memberi jalan kemasukan kuman kemunafikan.
a. Usaha orang perseorangan
Untuk menjauhi penyakit ini, usaha orang perseorangan dan jama’ah adalah penting.
Cara bagi usaha perseorangan ialah setiap peribadi perlu merancang untuk melakukan
tugas tertentu yang boleh disembunyikan (jangan menunjuk-nunjuk) dan perlu meneruskan
penyemakan (muhasabah) diri sendiri. Jika dia merasai lebih berpuas hati dengan amal
soleh yang tidak dilihat oleh masyarakat; jika didapati lebih condong kepada pilihan kedua
itu, dia perlu mengambilnya sebagai suatu amaran bahawa bermuka-muka (menunjuk-
nunjuk) telah menjangkitinya; kemudiannya dia perlu meminta belas rahim Allah disertai
dengan keinginan yang bersungguh-sungguh cuba menyemak dan mengelak kecenderungan
ini dalam pemikirannya.
b. Usaha jama’ah
Hubungan yang demikian bukan hanya boleh memusnahkan pembalasan dari Allah
tetapi ia juga akan menghalang permulaan usaha yang betul. Niat yang buruk akan
menghasilkan pengaruh yang tidak sihat kepada budi pekerti. Dengan kekurangan sifat-
sifat utama itu, adalah tidak mengkin meneapai kejayaan dalam risalah yang bertujuan
untuk menggantikan yang buruk dengan kebaikan. Di sini kita berdepan lagi dengan
kesukaran yang sama yang telah dikiaskan terdahulu dari ini. Dalam sebahagian raneangan
kerja yang baik adalah tidak begitu sukar untuk menjaga niat bebas dari kekotoran.
Sedikit perhubungan dengan Allah dan jiwa yang bersih adalah mencukupi. Tetapi mereka
yang mempunyai tujuan untuk merubah bahan (sistem) hidup sesebuah negara
keseluruhannya dan meletakkannya sepenuh ke atas landasan benar yang ditentukan oleh
Islam. Ianya tidak boleh diminati dengan hanya pembaharuan pemikiran atau ajaran atau
pun perubahan akhlak sahaja. Mereka juga perlu kepada pergerakan yang merangkumi
lembaga politik dengan sewajarnya. Mereka boleh memegang kuasa secara langsung atau
melalui perwakilan yang diakui dan disokong oleh mereka. Dalam salah satu dari dua
keadaan ini, konsep kuasa politik tidak boleh dipisahkan dari pembaharuan dalam politik
yang dibina. Ini seakan-akan dikelilingi oleh gelombang air laut dan membiarkan pakaian
yang basah. Di mana satu kumpulan boleh meneruskan tugasnya dengan kesungguhan dan
seterusnya niat ahli dan jama’ah seeara keseluruhan tidak boleh dibiarkan tercemar
dengan rasa untuk memperolehi kuasa bagi diri sendiri.
Cara bagi usaha jama’ah ialah jama’ah tersebut tidak boleh membenarkan
kecenderungan kepada sifat nifaq wujud di kalangan anggotanya. Mereka perlu
mengehadkan penghebahan kepada umum tentang perkara yang sebenar. Walaupun
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
31
terdetik sedikit keinginan untuk menunjuk maka lintasan itu patut dibinasakan dari awal-
awal lagi. Dalam perbincangan kumpulan, sebarang petanda sesuatu tindakan itu akan
menimbulkan persetujuan atau perlakuan tertentu yang menyebabkan hilang kepercayaan
masyarakat maka ia mestilah dihindarkan. Suasana dalam jama’ah perlulah merupakan
asuhan kepada pemikiran yang tidak mempedulikan pujian dan penghinaan umum. Juga
tidak menggalakkan keadaan pemikiran yang menjadi rendah apabila tidak mendapat
pujian atau sanjungan tiada mendapat kekuatan (semangat) dengan tiada pujian dari
masyarakat. Sekalipun sebilangan keeil sahaja ahli jama’ah menunjukkan kecenderungan
bermuka-muka, mereka tidak boleh digalakkan. Sebaliknya rawatan yang sesuai perlu
diambil untuk menyembuhkannya.
3. Berniat buruk
Kesalahan dasar yang ketiga ialah bemiat buruk di mana tidak dapat menghasilkan
kebaikan jika wujud perkara itu. Amal yang baik hanya boleh dilakukan dengan niat yang
bersih (suci) untuk menyebarkan kebaikan di dalam dunia dan untuk mendapat keredhaan
Allah Subhanahu Wata’ala. Niat ini tidak boleh dihubungkan dengan minat peribadi atau
jama’ah. Kita juga tidak bertujuan untuk mendapat sebarang keuntungan duniawi. Justeru
sebarang alas an untuk mencapai sesuatu harapan atau cita-cita untuk kepentingan diri
kita sendiri tidak boleh dikemukakan.
Latihan ini memerlukan perjuangan yang besar bagi orang-orang perseorangan dan
darjah kemurnian hati dan jiwa yang tinggi.
Dalam hal ini, untuk tiba ke tempat tumpuan yang betul, kita perlu memahami
hakikat perbezaan di antara dua perkara yang serupa. Kita perlu jelas bahawa seseorang
yang ingin perubahan dalam cara hidup jama’ah tidak boleh menyimpangi niatnya dari
kesan perubahan politik yang terbina bersama perubahan yang lain. Jelaslah di sini
bahawa suatu perubahan dalam corak politik membawa erti bahawa kuasa perlu berada di
tangan mereka yang inginkan perubahan atau perlu dipegang oleh mereka yang mempunyai
kehendak yang sama. Tetapi perbezaan yang terletak dalam kehendak kuasa untuk “diri”
dan mencari kuasa sebagai dasar (untuk menjalankan prinsip Islam) adalah dua perkara
yang berbeza. Dasar yang ditentukan dengan kuasa boleh bererti kuasa bagi pemegang
dasar (prinsip). Tetapi secara jujur menghendaki kuasa untuk menjalankan prinsip dan
kehendak pemegang prinsip untuk mendapatkan kuasa bagi diri mereka adalah dua
perkara yang terpisah. Perbezaannya terletak dalam matlamatnya (intisarinya). Perkara
kedua, dipenuhi dengan niat buruk sedangkan yang pertama tidak. Niat yang benar perlu
ditetapkan awal-awal lagi walaupun terpaksa melibatkan harga dirinya. Tetapi
pemikirannya tidak mempedulikan perkara yang kedua. Contoh yang ditunjuk oleh
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan Khalifah Ar-Rasyidin adalah tersedia jelas.
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
32
Mereka berusaha untuk menegakkan satu cara hidup yang berlandaskan Islam dengan
menggantikan sistem hidup yang lazim (jahiliyyah). Tugas ini menuntut kuasa politik
kerana adalah tidak mungkin menegakkan Islam tanpanya sama sekali. Dalam hal yang
sebenar, mereka telah mendapat kuasa politik. Tetapi tiada manusia yang jujur boleh
meragui bahawa mereka (Nabi dan Khalifah Ar-Rasyidin) bertujuan untuk mencari
kekuasaan bagi mereka sendiri (mereka tidak bermatlamat untuk mendapat kekuasaan
untuk kepentingan diri). Sebaliknya bukti-bukti sejarah (dahulu, hari ini dan akan datang)
penuh dengan pencari kekuasaan (tamak dan gila kuasa untuk kepentingan diri). Dan
apakah perlu mencari mereka (Nabi dan Khalifah Ar-Rasyidin) dalam rekod sejarah yang
lain? Malahan hari ini mereka telah menjadi ikutan kita. Jika pemegang kuasa dikira hanya
sebagai peristiwa yang kelihatan tiada perbezaan di antara dua kumpulan namun dari
sudut niat terdapat perbezaan yang luas di antara keduanya. Perlakuan dari dua kumpulan
itu berhubung dengan aktiviti mereka sewaktu perjuangan dan selepas mencapai kejayaan
lahirlah tanda yang tidak dapat disalahkan lagi bagi perbezaan di antara tujuan mereka.
Mereka yang ikhlas menghendaki cara hidup Islam tertegak secara menyeluruh,
mestilah secara perseorangan bagi memahami perbezaan ini. Seterusnya jama’ahnya perlu
bersama cuba meninjau bahawa niat untuk mencapai kuasa untuk diri mereka sendiri tidak
pernah menjangkiti tubuh gerakan mereka.
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
33
BAB KEENAM
KELEMAHAN-KELEMAHAN DIRI MANUSIA
1. Mementingkan diri sendiri
2. Tabiat tidak seimbang
3. Pemikiran yang sempit (singkat akal)
4. Membuat keputusan yang lemah
Terdapat beberapa kesalahan walaupun sebenarnya tidak merosakkan asas (dasar)
sesuatu pekerjaan. Tetapi ianya memainkan tugas terpenting dalam merosakkannya.
Sekiranya ia dibiarkan berterusan dengan kecuaian dan kurang berhati-hati boleh
membawa kehancuran. Syaitan memperalatkannya bagi menghalang kemajuan bagi sesuatu
kebaikan. Ia mengalihkan kebaikan manusia kepada keburukan dan membawa gangguan ke
dalam sesuatu jama’ah. Oleh itu penting bagi menyemak kecenderungan buruk ini untuk
mengekalkan jama’ah yang sihat. Tetapi yang lebih penting lagi ialah orang perseorangan
dan jama’ah yang berhasrat untuk membuat pembaharuan di dalam masyarakat serta
menegakkan peraturan Islam itu berjaga-jaga supaya tidak bercampur sama sekali dengan
unsur-unsur yang melemahkan ini.
Dengan meneliti bersungguh-sungguh kerosakan-kerosakan ini akan jelas bahawa ia
berpunca dari beberapa kelemahan sifat manusia dan kelemahan-kelemahan ini melahirkan
sejumlah besar kesilapan. Untuk memudahkan memahaminya, kita perlu mengambil setiap
kelemahan dan cuba mencari puncanya dahulu. Seterusnya mengkaji bagaimana
perkembangannya dan kerosakan-kerosakan yang dihasilkan. Dengan cara ini kita akan
dapat mengesan pembentukkan setiap kecacatan dan akan cuba pula menentukan tempat
sebenar bagi mengubatinya.
1. Mementingkan diri sendiri
Di antara kelemahan manusia yang paling menguasai dan mengganggunya ialah sifat
mementingkan diri sendiri. Keadaan sebenarnya berpunca dari fitrah tabi’i manusia yang
mengasihi diri sendiri. Ini bukanlah merupakan perkara yang buruk malahan perlu di dalam
batasnya serta berguna pula. Allah telah mengurniakan gerak hati ini untuk kebaikan
manusia sendiri yang digunakan untuk keselamatan dan kesihatannya. Jika emosi ini
didorong oleh syaitan ia akan bertukar pengasihan yang bersangatan (berlebihan) dan
menurut kata hati (perasaan) dan menjadikan seseorang itu mementingkan diri sendiri.
Ini selanjutnya menjadi pembuka jalan keburukan yang sepatutnya punca kebaikan. Setiap
peringkat peningkatannya akan menghasilkan rantaian-rantaian kesilapan (kesalahan) yang
baru.
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
34
a. Rasa girang hati (tanpa berasa bersalah)
Perangai ini membawa kecenderungan seseorang itu membuat andaian yang salah.
Dia mula menyangka dirinya bebas dari kesalahan dan mempunyai ciri-ciri kebaikan. Dia
akan menahan dirinya dari mengambil tahu kesalahan-kesalahannya serta kelemahannya.
Dia berpuas hati hanya dengan secara meminta maaf (tidak kisah) atas semua kelemahan
dan kekurangannya. Perasaan kepentingan diri ini ada peringkat awalnya pun sudah
menutup pintu bagi pembaharuan dan kemajuan dengan tangannya sendiri.
Apabila seseorang itu merasai dirinya sangat baik, ia akan memasuki hidup berpuak
(berkelompok). Serta mengingini orang lain menganggapnya sedemikian. Dia suka
mendengar pujian ke atas dirinya dan tidak sabar terhadap sesuatu teguran terhadapnya.
Walaupun nasihat yang bersimpati (berguna) sekalipun akan menyakiti keakuannya. Sifat
keakuannya memutuskan semua cara dalaman dan luaran bagi pembaharuan dan
pembetulan dirinya.
Sukar bagi orang perseorangan itu mendapatkan segala yang diingini di dalam hidup
berkelompok. Seseorang yang mementingkan diri terpaksa menanggung tarikan hidup
berkelompok kerana dirinya membawa pertentangan dengan sifat-sifat baik masyarakat.
Pada semua keadaan di dalam masyarakat dirasainya berlawanan dengan kehendak dan
cita-citanya. Keadaan pertentangan ini tidak menghalangnya dari mengambil cara luaran
atau dalaman bagi mengubah diri. Tetapi sentakan pertentangan dan kegagalan
kehendaknya membawa kesombongan yang hancur tadi ke satu jenis kecacatan yang lebih
serius. Dia mula mengetahui bahawa terlalu ramai orang yang lebih baik darinya dan
mendapat pengurniaan lebih dari sepatutnya. Sedangkan ia tidak mendapat bahagian yang
diingininya. Terdapat orang yang menghalangi jalannya ke peringkat yang dihormati
kerana merasai dirinya berkelayakan penuh. Masih ramai yang mengkritiknya dan mencari
kelemahan kebolehannya. Semua faktor ini menyemarakkan rasa cemburu dan dendam
terhadap orang lain. Sebagai hasilnya, dia meneliti hal orang lain, mencari kesalahan
mereka dan turut sama menceritakan keburukan mereka itu. Ia merasa senang jika
mengetahui kesalahan mereka itu dan turut menghebohkan kepada orang lain. Dia ke sana
sini membawa penerangan dan membuat rancangan. Jika sifatnya lemah atau menjadi
lemah dengan aktiviti-aktiviti tadi, dia akan jadi lebih teruk dan mula membuat dosa-dosa
yang besar seperti berita palsu, fitnah dan tuduhan palsu. Dia meneruskan dengan
kejahatan ini dan tidak dapat menyelamatkan dirinya dari terjatuh ke dalam peringkat
akhlak yang keji itu. Dia hanya boleh membetulkan kembali sekiranya kesilapan awalnya
jelas baginya pada peringkat keruntuhan akhlaknya.
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
35
Tiada gangguan sosial boleh berlaku sekiranya kesalahan di atas dibatasi pada
seseorang itu. Pengaruhnya hanya dapat sampai kepada beberapa orang sahaja. Jika
jumlah orang yang sedemikian begitu ketara, keseluruhan masyarakat akan dipengaruhi
oleh perangai buruk mereka.
Jelas bahawa saling bantah membantah akan terjadi sekiranya terdapat saling
curiga mencurigai, cuba mencari kesalahan orang lain, mengada-adakan cerita dan
mencari-cari tempat yang ramai orang saling adu-mengadu, saling bersaingan untuk
mengalahkan orang lain dan membongkak dahagakan untuk membalas dendam apabila
disakiti. Hal begini tidak akan menghalangi terjadi puak-puak. Tiada tempat untuk
mengadakan hubungan mesra dan perbincangan untuk sebarang kerjasama yang membina.
Sebaliknya ketegangan dan perselisihan akan bercambah dan tabiat ini tidak terhad
kepada mereka yang rosak psikologinya. Malahan yang sihat pemikirannya juga akan
dipengaruhi. Seseorang mulia yang bersemangat boleh memikul bukan hanya kritikan yang
benar malahan dapat mengabaikan (tolak ansur) kritikan yang salah di hadapannya. Namun
begitu umpatan itu setidak-tidaknya akan menyakiti hatinya dan sekurang-kurangnya dia
akan percaya bahawa mereka itu turut memfitnahnya. Demikian juga seseorang yang
berfikiran bersih dapat melupakan perlakuan yang buruk dilemparkan terhadapnya akibat
irihati atau cemburu. Dia dapat memaafkan mereka, perosak budi pekerti yang membuat
tuduhan palsu dan dakyah. Malahan serangan yang lebih serius dan menyakiti dapat
dimaafkan. Namun begitu dengan kemampuannya perlu dia menyelesaikan hal itu dengan
mereka yang budi pekertinya buruk yang telah dialaminya sendiri. Jelaslah di sini dapat
dibayangkan betapa mudah syaitan dapat bertapak apabila masyarakat di sekeliling telah
dijangkiti dengan keburukan di atas. Dalam keadaan begini orang yang terbaik sekalipun
tidak dapat melawan ketegangannya walaupun mereka mungkin dapat menyelamatkan
dirinya dari bergaduh.
Rasanya tidak perlu diperkatakan di sini lagi bahawa bagi mereka yang ingin
bekerja bersama-sama untuk pembaharuan dan peningkatan mesti bebas dari unsur-unsur
sedemikian. Sesungguhnya penyakit mementingkan diri sendiri terbukti lebih merbahaya
dari penyakit taun atau sebarang wabak penyakit. Tiada rancangan kerja yang membina
dapat subur dengan kehadiran orang-orang sedemikian.
b. Bertaubat dan memohon pengampunan
Peraturan (hukum) Allah menentukan pengubatan penyakit ini sejak awal-awal lagi
dan pada semua peringkat memberi arahan supaya menyemaknya. Di dalam kitab suci Al-
Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. ada mengarahkan dengan menasihatkan supaya
memohon pengampunan dan bertaubat. Mereka perlu menyedari kesalahan dan kekurangan
mereka, mengakui kesilapan dan perlakuan salah. Di dalam menyempurnakan tugas yang
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
36
berat, mereka tidak merasa sombong sebaliknya berperikemanusiaan serta tunduk,
mendekati Allah dan mengharapkan pengampunannya terhadap kekurangan yang berada di
dalam pencapaiannya. Tiada siapa yang lebih baik pencapaiannya dari Rasulullah s.a.w. dan
tiada yang telah mencapai kerja yang lebih besar darinya. Walaupun telah mencapai kerja
yang termulia dalam sejarah, baginda telah diarahkan oleh Allah sebagai berikut:
#sŒ Î) u !$y_ ã� óÁ tΡ «!$# ßx÷Gx�ø9 $#uρ ∩⊇∪ |M ÷ƒr& u‘uρ }̈ $ ¨Ψ9 $# šχθè=ä{ô‰tƒ ’ Îû ǃ ÏŠ «! $# % [`# uθøùr& ∩⊄∪ ôxÎm7 |¡sù ωôϑpt¿2 y7 În/u‘
çνö� Ï�øótGó™$#uρ 4 … çµ̄ΡÎ) tβ% Ÿ2 $ R/# §θ s? ∩⊂∪
“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah)” “Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai” “Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.” An-Nasr: 1-3
Dengan perkataan lain, saudara perlu memikirkan bahawa hanya Allah yang berhak
dipuji bagi kejayaan sesuatu pekerjaan yang menggunakan tenaga saudara dan bukan
saudara sendiri. Dengan kurniaannya telah memberikan kejayaan saudara dengan
kesungguhan saudara. Sudah sepatutnya saudara merasai sedemikian dan
membuktikannya kerana itulah sewajarnya. Oleh itu bukan sepatutnya meminta sesuatu
penghargaannya tetapi memohon keampunannya bagi sesuatu kekurangan yang masih ada.
Saidatina Aisyah r.a. sebagaimana dinyatakan oleh Imam Bukhari menerangkan bahawa
Rasulullah s.a.w. selalu menyatakan sebelum kewafatannya;
“Aku memuji Allah dan mengharapkan kemaafannya dan memohon keampunannya.”
Inilah juga yang dilakukan di dalam kehidupan sehariannya. Sebagaimana yang
dinyatakan dari Abu Hurairah r.a. oleh Imam Bukhari bahawa beliau telah mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Demi Allah, aku memohon keampunan Allah lebih dari 70 kali sehari.”
Sesiapa yang menerima jiwa yang sedemikian tidak akan membiarkan rasa
kegirangan bercambah dalam pemikirannya dan menganggapnya sebagai pohon beracun
yang buahnya memulakan penderhakaan dan gangguan.
c. Melahirkan kebenaran
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
37
Dari keterangan di atas, jika keburukan itu memenuhi pemikiran seseorang, hukum
Allah bersedia untuk menahannya dari berterusan dalam perangai dan akhlaknya dan
memberikan perintah yang tegas bagi mencegahnya. Petanda (isyarat) awal keburukan itu
ialah ia mula menganggap dirinya tidak perlu dikritik dan inginkan orang lain
menganggapnya begitu juga serta tidak menerima kesalahan yang ditujukan kepadanya.
Hukum Allah sebaliknya mewajibkan semua yang beriman berbuat kebajikan dan memberi
amaran terhadap keburukannya. Melahirkan kebenaran di hadapan seseorang yang
berkuasa (pemerintah) dan bermaharajalela (zalim) telah disifatkan sebagai jihad fi
sabilillah yang paling tinggi (besar), supaya suasana mencegah mungkar dan amar ma’ruf
tertegak di dalam masyarakat Islam yang mana mustahil berlaku pada kecenderungan
mementingkan diri sendiri.
d. Rasa cemburu dan dendam
Suatu jalan untuk menyatakan rasa tersinggung terhadap sesuatu perbalahan
kerana kesombongan ialah melalui rasa cemburu dan dendam. Hukum Allah
menghukumkannya berdosa, dan mengancamnya dengan azab. Menurut sabda Rasulullah
s.a.w.: “Berjaga-jaga, jangan turut sama dalam rasa cemburu kerana ia memakan kebaikan seseorang sebagaimana api yang membakar kayu api yang kering.”
Di dalam hadis, kata amaran ini diulang beberapa kali bahawa; “Jangan membiarkan rasa dendam antara sesama yang lain dan jangan berasa cemburu kepada yang lain”.
“Jauhilah kebanyakan dari prasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah berdosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang”
“Jangan berpaling antara satu dengan yang lain. Jangan memutuskan hubungan siraturrahim. Jangan hentikan berbicara dengan mereka. Adalah tidak layak bagi seseorang Muslim tetap tidak meneguri saudaranya lebih dari tiga hari.”
e. Syak wasangka
Seseorang yang bersifat dengan sifat-sifat di atas seterusnya menjadi mangsa
syak-wasangka. Dia sentiasa mencari kesalahan orang lain. Sebenarnya syak-wasangka
ialah prasangka bahawa semua orang kecuali dirinya adalah buruk dan membuatkan rasa
ketidakpuasaan mereka menjadikan mereka berbuat keburukan di dalam kerjanya dan dia
tidak membuat pertimbangan yang lain. Dia tidak mengambil penyiasatan itu penting. Rasa
ingin tahu adalah gantian bagi tabiat syak-wasangka. Permulaannya, seseorang itu
menyangka orang tertentu adalah jahat dan seterusnya mula membuat pertanyaan
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
38
mengenai diri orang itu untuk memastikan ketetapannya. Al-Quran menghukumkan kedua-
duanya berdosa. Firman Allah:
$ pκš‰r' ¯≈ tƒ tÏ% ©!$# (#θ ãΖtΒ#u (#θç7 Ï⊥ tGô_ $# # Z ÏW x. z ÏiΒ Çd ©à9$# �χÎ) uÙ÷èt/ Çd©à9 $# ÒΟøOÎ) ( Ÿωuρ (#θ Ý¡ ¡¡pg rB Ÿωuρ =tGøótƒ Νä3àÒ ÷è −/
$ ³Ò÷èt/ 4 $= Ïtä†r& óΟ à2߉tn r& βr& Ÿ≅ à2ù' tƒ zΝós s9 ϵŠÅzr& $ \GøŠtΒ çνθ ßϑçF ÷δÌ� s3sù 4 (#θà)̈?$#uρ ©!$# 4 ¨βÎ) ©!$# Ò>#§θ s? ×Λ Ïm §‘ ∩⊇⊄∪
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” Al-Hujurat: 12
Menurut hadis, Nabi bersabda: “Waspada, jangan membiasakan salah anggap kepada orang lain. Ini adalah sifat penipuan yang paling buruk”. Abdullah Ibn Mas’ud r.a.
mengatakan bahawa, “Kami telah dilarang turut campur dalam mengintai rahsia orang lain dan mencari-cari kesalahan mereka. Sekiranya sesuatu itu terjadi secara kebetulan, kami akan menerima ganjaran yang sama”. Muawiyah mengaitkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah
bersabda bahawa, “Jika anda membuka rahsia seseorang Muslim yang hidup, anda adalah di dalam menghancurkannya.”
f. Mengumpat
Mengumpat adalah suatu lagi keburukan yang mula bergerak pada peringkat ini. Ia
mungkin berdasarkan prasangka atau kebenaran. Bagi kedua-dua segi, memperkatakan
yang buruk di belakang seseorang dengan tujuan memburuk-burukkannya dan merasa puas
atau mendapat faedah darinya dikatakan mengumpat. Ia telah diertikan di dalam hadis,
sebagai menerangkan tentang saudara kita dengan tujuan menghinanya sekiranya dia,
tahu bahawa saudaranya tidak sedemikian.
“Rasulullah s.a.w. telah ditanya sama ada menceritakan, tentang seseorang saudara itu dianggap mengumpat sekiranya dia benar-benar begitu. Beliau menjawab, bahawa sekiranya dia benar-benar berbuat keburukan dan anda membesar-besarkannya itu adalah mengumpat. Sekiranya dia tidak berbuat begitu bererti anda membuat tuduhan palsu (fitnah) terhadapnya.”
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
39
Al-Quran memandang sebagai suatu jenayah yang besar. Telah diterangkan dalam
kitab suci, surah Al-Hujurat: 12, sebagaimana Allah berfirman:
$ pκš‰r' ¯≈ tƒ tÏ% ©!$# (#θ ãΖtΒ#u (#θç7 Ï⊥ tGô_ $# # Z ÏW x. z ÏiΒ Çd ©à9$# �χÎ) uÙ÷èt/ Çd©à9 $# ÒΟøOÎ) ( Ÿωuρ (#θ Ý¡ ¡¡pg rB Ÿωuρ =tGøótƒ Νä3àÒ ÷è −/
$ ³Ò÷èt/ 4 $= Ïtä†r& óΟ à2߉tn r& βr& Ÿ≅ à2ù' tƒ zΝós s9 ϵŠÅzr& $ \GøŠtΒ çνθ ßϑçF ÷δÌ� s3sù 4 (#θà)̈?$#uρ ©!$# 4 ¨βÎ) ©!$# Ò>#§θ s? ×Λ Ïm §‘ ∩⊇⊄∪
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” Al-Hujurat: 12
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Kehidupan, harta dan maruah seseorang Muslim adalah amanah bagi Muslim yang lain, maka jangan melanggarnya”.
Pengecualian hanyalah dalam keadaan terpaksa mendedahkan kesalahan orang lain,
dengan syarat tiada niat yang buruk. Sebagai contoh seseorang telah dizalimi, boleh
mengadukan halnya berkenaan orang yang melakukan kezaliman tadi terhadapnya dengan
tujuan mendapat keadilan. Ini telah dibenarkan oleh Al-Quran sendiri.
* �ω $= Ïtä† ª! $# t� ôγ yf ø9 $# Ï þθ$¡9 $$Î/ z ÏΒ ÉΑöθs)ø9 $# �ω Î) tΒ zΟ Î=àß 4 tβ% x.uρ ª!$# $ ·è‹Ïÿxœ $ ¸ϑŠÎ=tã ∩⊇⊆∇∪
“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiaya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” An-Nisa: 148
Atau sebagai contoh, seseorang sedang memikirkan perkahwinan anaknya dengan
seseorang atau seseorang ingin menyelesaikan masalah perniagaannya kemudian meminta
nasihat dari seorang yang mengetahui hal orang yang berkenaan. Dalam suasana begini
bukan sahaja dibenarkan malahan perlu bagi seseorang memberitahu keburukan-
keburukan orang yang ingin diketahui dengan tujuan kebaikan. Rasulullah s.a.w. sendiri
mendedahkan keaiban dalam keadaan begini. Telah diriwayatkan dari hadis bahawa dua
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
40
orang membuat peminangan terhadap Fatimah binti Qais. Perempuan itu meminta nasihat
keterangan dari Rasulullah s.a.w., Rasulullah s.a.w. mengingatkannya bahawa salah seorang
darinya adalah papa aan seorang lagi biasa memukul isteri-isterinya. Demikian juga, untuk
menjaga syariah tercemar dari kata-kata pendusta, para ulama telah sepakat
membenarkan pendedahan keaiban mereka, dan dari hadis sendiri tidak menyalahkan
perbuatan begitu. Hukuman ini disokong dari perlakuan Rasulullah s.a.w. sendiri. Dapat
dilihat bahawa mengatakan keburukan orang lain di belakang mereka bertentangan dengan
Islam kecuali yang telah diterangkan di atas, adalah berdosa walaupun mendengarnya
sekalipun. Bagi orang yang mendengarnya adalah bertanggungjawab sama ada
memberhentikan umpatan itu atau membela mangsa yang difitnah atau paling tidak pun
meninggalkan perkumpulan yang mana daging saudaranya yang mati telah dimakan.
g. Sikap suka mengheboh-heboh
Sikap ini menyemarakkan lagi api yang telah dinyalakan oleh sifat mengumpat.
Sikap ini juga diilhamkan oleh emosi mementingkan diri sendiri. Orang yang suka
mengheboh-hebohkan tidak dapat melakukan kebaikan sama ada kepada orang yang
diumpat atau kepada orang yang mendengar fitnah, tetapi sebenarnya menghendaki (ingin
mengetahui) keburukan dari keduanya. Oleh itu dia bersungguh-sungguh mendengar
fitnah dan tidak menyangkalkannya. Kemudian dia menghebohkan berita ini kepada
sahabatnya supaya api akan merebak ke tempat lain pula. Hukum Allah melarangkannya
kerana ia lebih buruk dari mengumpat. Di antara sifat buruk manusia yang telah
dinyatakan di dalam Al-Quran ialah suka mengheboh-hebohkan. Di dalam hadis, bersabda
Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa, “Tiada tukang heboh boleh memasuki syurga”. Seterusnya dalam suatu hadis lagi, beliau bersabda, “Yang paling buruk di antara manusia ialah yang bermuka-muka, dia ke satu tempat dengan satu keadaan dan ke tempat lain dengan keadaan lain”.
Mengikut cara Islam yang sebenar ialah apabila seseorang mendengar orang lain
diumpat dia perlu menyangkal atau melarang perbuatan itu sebanyak tiga kali. Ataupun
mulakan perbincangan dengan kehadiran kedua-duanya dengan tujuan mengelakkan
keraguan terhadap seseorang itu membicara hal buruk mengenai dirinya sewaktu dia
tidak ada. Jika didapati bahawa umpatan (tuduhan) itu adalah berdasarkan kepada
kebenaran, ia seharusnya memberi amaran kepada yang mengumpat tentang amalan yang
dilakukannya, dan menasihati orang yang diumpat supaya mengubah sikapnya.
h. Berbisik-bisik
Peringkat akhir rantaian keburukan-keburukan tadi ialah berbisik-bisik. Berbisik-
bisik dan bermuafakat secara rahsia membawa kepada berpuak-puak, pakatan jahat dan
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
41
sikap permusuhan. Hukum Allah melarangnya dengan keras. Hal ini digambarkan di dalam
Al-Quran sebagai langkah syaitan. Keterangan telah diberi bahawa perbincangan berdua
atau lebih secara berasingan dilakukan dengan tujuan beribadat dan mengikut batas-
batasnya tidaklah dikatakan berbisik-bisik yang mendatangkan dosa. Perbincangan yang
sedemikian boleh dikategorikan sebagai “berbisik” dan “bisikan yang dilarang” adalah
dilakukan di luar pengetahuan jama’ahnya, iaitu secara rahsia dan mempunyai tujuan untuk
merancang kejahatan atau membuat tumpuan khas kepada seseorang atau sesuatu
kumpulan dengan maksud mengambil langkah terhadapnya, atau melanggar perintah
Rasulullah s.a.w.. Perbezaan ketulusan dan keikhlasan tidak akan membawa kepada
berbisik-bisik. Sesuatu perkara diperkatakan secara terbuka dan dibincang tanpa
penyembunyian terhadap pertubuhan. Tujuannya ialah sama ada untuk memuaskan pihak
yang lain atau merasa puas dengan perbincangan yang menyakinkan. Di dalam perbincangan
begitu, sekiranya terdapat sedikit perbezaan yang wujud, mereka tidak akan memulakan
suasana yang buruk. Berbisik-bisik secara rahsia wujud hanya apabila terjadi perbezaan
yang mungkin untuk kepentingan sendiri atau setidak-tidaknya membawa kecemaran.
Berbisik-bisik secara begitu tidak akan menghasilkan kebaikan. Pada peringkat awalnya
tidak berbahaya jika dirasakan tidak bersalah, tetapi sedikit demi sedikit akan
menjangkiti keseluruhan pertubuhan dengan prasangka dan berpuak-puak.
Apabila beberapa orang berselisih faham dan keluar secara berkumpulan, orang
lain akan menuruti sikap yang sama hasil dari amalan yang biasa seperti di atas. Situasi
begitu melahirkan benih (bibit-bibit) perbalahan dan kumpulan yang terbaik sekalipun
akan berpecah-belah dan ahli-ahlinya mula bergaduh sesama mereka. Peringkat akhir
adalah apabila ini terjadi Rasulullah s.a.w. memberi amaran keras bagi seseorang Muslim
dengan suasana begitu berulang kali, serta menekan akan peri mustahaknya
menghindarinya. Beliau bersabda:
“Syaitan telah berputus asa untuk membawa kembali penduduk Arab yang sentiasa beribadat kepada Allah ke dalam genggamannya. Ia mengingini memesongkan mereka dari jalan yang lurus dan membuat mereka saling bergaduh sesama manusia.”
Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Jangan menjadi kufur semula dengan turut dalam saling berbunuhan.”
Orang yang beriman telah didik supaya mengatasi hal itu. Pertamanya, mereka
perlu menahan diri dari turut sama dalam pergaduhan itu, “Beruntunglah mereka yang menyelamat dirinya dari menjadi pengacau, jika seseorang itu tetap menjauhi dari perkara itu, kebaikanlah untuk dirinya”.
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
42
Dalam keadaan demikian seseorang yang tidur lebih baik yang berjaga, berjaga
lebih baik dari berdiri dan berdiri lebih baik dari berlari. Keduanya, jika ia bergaul
peranannya ialah sebagai pengubah yang ikhlas sebagaimana yang dinyatakan di dalam
surah Al-Hujurat dan bukan pula sebagai ahli yang turut terlibat.
Inilah keadaan yang sebenar mementingkan diri sendiri serta peringkat-peringkat
yang terjadi dan peningkatannya serta keterangan yang terkandung di dalam hukum Allah
untuk memperbaikinya perlu difahami oleh semua ahli jama’ah bagi perubahan dan
peningkatan. Setiap ahli mesti cuba menyelamatkan dirinya dari jangkitan penyakit
mementingkan diri sendiri dan memahami sepenuhnya bahawa ini akan membawa
keruntuhan akhlak dan semangat. Jama’ah itu perlu berjaga-jaga dari memberi sebarang
peluang percambahan penyakit mementingkan diri sendiri. Mereka mesti tidak
merangsangkan sebarang orang dari memarahi jika dikritik dan menunjukkan
kesombongan dengan menolak dari mengaku kesalahannya. Mereka perlu menghalang orang
yang percakapannya mengambarkan perseturuan dan niat jahat atau perlakuannya
menunjukkan kebencian terhadap keperibadian seseorang. Mereka juga perlu
mengurangkan orang-orang yang mencurigai orang lain, serta mengambil tahu hal orang
lain untuk mengumpatnya kemudian. Mereka mesti menutup pintu mengumpat dan
mengheboh-hebohkan di dalam masyarakat sekitar.
Apabila mereka menemui gangguan ini terjadi, ia patut diberi rawatan secara
keIslaman yang telah diterangkan di atas. Sebagai tambahan mereka perlu sentiasa sedar
terhadap bahayanya berbisik-bisik secara rahsia adalah membuka jalan perbalahan di
dalam masyarakat kita. Tiada orang perseorangan yang jujur akan mempersetujui
seseorang memberi pendapat atau buah fikirannya berkenaan sesuatu isu yang
kontroversial (perkara yang terdapat percanggahan) melalui berbisik-bisik. Jika alamat
ini telah ditemui iaitu setengah orang menerima fahaman ini, keseluruhan jama’ah itu
mestilah dengan segera bersedia membetulkan atau menghalang pembentukannya (sifat
tadi). Dari langkah di atas, jika didapati berpuak-puak telah wujud, orang-orang yang
bersungguh dalam tugasnya (menyampaikan risalah) tidak patut turut sama dengan
rancangan berbisik-bisik bagi menubuhkan satu lagi kumpulan. Mereka patut menjaga diri
mereka supaya tidak menjadi malap dengan kecacatan ini dan patut menggembelingkan
tenaga bagi memberhentikannya. Sekiranya mereka tidak menemui kejayaan, adalah
menjadi tugas mereka membawa keseluruhan hal itu ke pertubuhannya. Pertubuhan yang
mempunyai ramai peserta yang berkesungguhan dan jujur akan segera menghentikan
perbuatan salah itu. Di sebaliknya jika terdapat unsur yang mengganggu dan orang
perseorangan yang cuai terdapat sejumlah besar dalam kumpulan itu, kumpulan itu akan
lebih mudah menjadi mangsa kecenderungan berlaku keburukan-keburukan begitu.
2. Tabiat tidak seimbang
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
43
Keburukan yang menduduki tempat kedua boleh dipanggil dengan istilah yang
hampir-hampir sesuai sebagai tabiat tidak seimbang. Berbanding dengan mementingkan
diri sendiri, ia kelihatan tidak bersalah kerana ia tidak menunjukkan suatu motif jahat,
desakan hawa nafsu dan kehendak yang buruk. Tetapi sebagai agen perbuatan jahat, ia
sepatutnya ditempatkan di tempat yang kedua selepas mementingkan diri sendiri.
Kadangkala ia mendatangkan pengaruh yang buruk sebagaimana didatangkan oleh sifat
mementingkan diri sendiri.
Kesan tabi’i dari tabiat tidak seimbang ialah pemikiran, pandangan, perbuatan dan
usaha yang tidak selaras (tetap) dan ini bertentangan dengan keadaan (realiti) kehidupan
yang sebenar. Kehidupan manusia terdiri dari penyelarasan unsur-unsur yang
bertentangan dan ia adalah hasil usaha sekumpulan dari berbagai agen. Dunia yang didiami
oleh manusia memberi gambaran yang sama. Manusia secara perseorangan dibentuk
dengan cara yang sama dan hidup bekerjasama yang dibentuk melalui kumpulan-kumpulan
adalah dijelaskan dengan keadaan yang sama. Membuat sesuatu yang nyata di dalam hidup
memerlukan pemikiran dan pandangan yang seimbang juga usaha dan perlaksanaan yang
selaras di mana ia menerima penyelarasan yang harmonis dengan keadaan yang seimbang
dengan alam tabi’i. Perhatian perlu diberi kepada semua segi keadaan dan masalah yang
ditinjau dari semua sudut. Setiap keperluan mesti diberi pertimbangan yang sewajarnya
dan tuntutan alam semulajadi tidak diabaikan. Kita mungkin tidak dapat mencapai
peringkat tertinggi keseimbangan tetapi keseimbangan dan keharmonian umum adalah
penting. Semakin hampir ia kepada yang dicita-citakan semakin bergunalah ia. Sebaliknya
semakin jauh ia berada, semakin bertentanganlah ia dengan kehidupan sebenar dan akan
merugikan di peringkat yang sama. Apa juga gangguan yang telah terjadi atau
dilaksanakan di dunia adalah berpunca dari faktor fikiran manusia yang tidak seimbang,
yang membawa manusia melihat kepada satu sudut sahaja dan memahamkannya demikian
juga. Mereka membuat rancangan yang tidak seimbang untuk penyelesaian dan menerima
cara yang keterlaluan untuk dilakanakan. Ini merupakan punca utama kerosakan. Kerja
yang membina, baik dalam peringkat apa sekalipun boleh dilakukan hanya dengan
pemikiran dan pandangan yang seimbang serta penyelarasan harmonis bagi cara-cara
tindakan.
Kelayakan ini kesemuanya lebih penting bagi menggerakkan raneangan pembaharuan
dan peningkatan yang diizinkan oleh Islam, kerana ia memberi contoh terbaik bagi
kesederhanaan dan keseimbangan. Hanya orang-orang yang sedemikian sesuai bagi
membawa ajaran-ajarannya dari buku-buku keperlakuan (amalan) dengan pandangan yang
sesuai dengan method Islam dan sifatnya yang bersesuaian dengan peringkat
kesederhanaan pejuang Islam yang bersemangat. Bagi mereka yang mengambil
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
44
pemborosan yang keterlaluan atau dengan cara yang lain boleh merosakkan pelancaran
rancangan bahkan tidak dapat membawanya ke puncak kejayaan.
Satu lagi kerugian sifat tidak seimbang ialah sering memudahkan kegagalan.
Kejayaan sebarang rancangan bagi pembaharuan dan perubahan tidak hanya bergantung
kepada saudara mempercayai kebenarannya. Malahan mustahak juga saudara memuaskan
hati orang ramai di dalam masyarakat saudara berkenaan dengan kepentingan dan hal
yang dapat dilaksanakan oleh rancangan yang telah saudara jalankan. Juga saudara perlu
lakukan serta menjalankannya dengan tujuan menyatukan harapan dan minat terhadapnya.
Ini hanya boleh dicapai melalui gerakan yang boleh menampakkan penyelarasan pemikiran
dan pandangan dan dapat dibezakan dengan cara perseimbangan dari cara
perlaksanaannya. Rancangan yang keterlaluan berjalan melampaui batas akan membawa
kepada putus asa bagi umum serta mengurangkan harapan dan melahirkan sebab musabab
bagi penolakan. Kecacatan ini merosakkan kecenderungan untuk menerima, serta
merosakkan kebolehan bagi kejayaan perlaksanaan. Bagi perkara ini beberapa pelampau
(mereka yang terlalu keterlaluan) bersatu untuk merancang dan menjalankannya, adalah
sukar membuat kesemua masyarakat menjadi keterlaluan seperti mereka sebagaimana
yang dikehendaki serta menutup mata terhadap kebenaran.
Ciri-ciri ini merugikan jama’ah yang mengambil program perubahan dan peningkatan
itu sendiri.
a. Pandangan berat sebelah
Petanda (isyarat) awal bagi sifat tidak seimbang terkandung dalam pandangan
berat sebelah bagi sesuatu faktor. Di bawah pengaruhnya seseorang itu hanya
memandang sesuatu masalah dari satu segi sahaja dan melupakan di satu segi yang lain. Ia
hanya memberi pertimbangan sesuatu perkara kepada sebelah pihak sahaja dan tidak
begitu sabar untuk memberi pertimbangan kepada pihak yang lain dengan sebaik-baiknya.
Jika fikirannya mengikuti sesuatu arah, ia terus menyusulinya dan tidak bersedia untuk
memeriksa gambaran (pandangan) dari pihak yang lain. Ia kerap kali menunjukkan
ketidakseimbangan yang tidak menentu dalam memahami sesuatu perkara. Ia sangat
condong ke satu pihak sahaja untuk membuat tanggapan dan tetap dengan kepentingan
yang dianggapnya. Sudut-sudut yang lain telah hilang dari kenyataannya walau bagaimana
penting sekalipun. Jika ia memilih sesuatu prinsip, dia tetap keterlaluan untuk terus
berpaut kepada prinsip itu, dia tidak mempedulikan perintah praktis kerja itu. Jika dia
bergantung pada perlaksanaan, dia melakukan sehingga tidak bersangkutan dengan prinsip
dan membuat pencapaian dengan tujuan tersendiri, serta tidak berlengah-lengah
menggunakan cara yang tidak berdasarkan kebenaran akhlaknya.
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
45
b. Sifat keterlaluan (melampaui batas)
Keadaan pemikiran ini jika tidak diperiksa pada peringkat awalnya akan membawa
sifat keterlaluan yang lebih mengganas. Seseorang yang mempunyai sikap sedemikian
berkeras dengan tidak sewajarnya supaya pandangannya diterima dan bebas dari
perdebatan. Dia tidak menyelidiki sesuatu pandangan dengan adil serta tidak cuba
menilaikannya. Sebaliknya setiap pandangan yang bertentangan dipandang sebagai
bertujuan buruk dan cuba merendahkannya. Perangai yang dilakukannya membuat orang
tidak sabar serta tidak setuju dengannya hari demi hari.
Sekiranya sifat ketidakseimbangan itu dihentikan pada peringkat ini ia adalah baik.
Jika dia dianggap baik dan diberi perangsang, timbul kemarahannya, kerunsingan serta
kekerasan diikuti dengan tuduhan yang bertujuan untuk menyerang ke atas mereka yang
berbeza pandangan. Sikap ini tidak boleh dibiarkan dalam mana-mana masyarakat
sekeliling.
c. Keadaan tidak bersesuai (dengan jama’ah)
Orang perseorangan yang bersikap dengan cara yang tidak bersesuaian akan
dikeluarkan dari jama’ahnya kerana dia tidak lagi berdaya untuk mendukung matlamat
yang dia telah turuti. Tindakan ini tidak akan menjejaskan sesuatu gerakan itu demi
mengelak terlalu banyak fikiran dan tabiat yang tidak bersesuaian bersama dalam sebuah
gerakan. Justeru sebuah gerakan yang menampakkan suatu sifat tidak bersesuaian dan
keterlaluan akan menimbulkan pertentangan dan perbezaan. Seterusnya jama’ah-jama’ah
tadi akan mula berselisih faham sesama sendiri. Hasilnya keseluruhan rancangan tidak
mendapat apa-apa bagi perlengkapan yang berjaya, yang telah disatukan dengan maksud
yang terbaik
Sebenarnya pekerjaan demikian tidak dapat dicapai dengan tenaga perseorangan
malahan memerlukan secara berjama’ ah kerana pekerjaan itu sendiri berbagai-bagai.
Oleh itu ramai yang perlu bersama membuatnya.
Setiap orang harus menerangkan pandangannya serta menghargai pendapat orang
lain. Dari tabi’at ini semuanya perlu saling menyelaraskan diri mereka bagi tujuan
penyatuan. Oleh itu merendah diri adalah cara yang perlu bagi mencapai kesatuan dan
nilai merendah diri, ini dapat ditunjukkan dengan orang-orang yang bersikap sederhana
serta mempunyai pandangan dan penilaian yang selaras. Orang-orang yang bersikap tidak
seimbang hanya dapat bersatu sementara waktu sahaja tetapi tidak dapat bertahan lama
kesatuan mereka. Kumpulan mereka berpecah-belah dan mengakibatkan kumpulan kecil
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
46
menjadi tapak permusuhan yang terdiri dari sikap tidak sesuai (yang tertentu) dan
akhirnya menjadi pemimpin-pemimpin tersendiri dengan tidak ada pengikut.
Bagi mereka yang disemarak dengan semangat bekerja untuk Islam perlu dahulu
memeriksa diri sendiri dan menjauhkan semua bentuk yang tidak bersesuian. Daya yang
hanya akan menyatukan mereka bersama ialah jiwa bagi menegakkan hukum Islam.
Jama’ah mereka juga perlu berjaga-jaga supaya penyakit ini tidak menjangkiti
persekitarannya. Mereka mesti selalu memerhatikan peraturan yang diberi dalam kitab
Allah dan Rasulullah s.a.w. yang melarang keterlaluan dan sikap yang tidak terkawal. Al-
Quran memandang sifat keterlaluan di dalam Deen sebagai kesalahan asas ahli kitab
(Yahudi dan Nasrani) “Wahai ahli kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan terhadap Deen” Rasulullah s.a.w. mengarahkan umatnya supaya menjauhkan dirinya dari kata-kata berikut:
“Berwaspadalah, jangan bersikap melampau; kerana keturunan kamu akan binasa dengan bersikap melampau terhadap Deen.”
Telah diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud bahawa Nabi s.a.w. mengulangi tiga kali
sewaktu berucap: “Pelampau telah dibinasakan, iaitu yang berlebih-lebihan dan melanggar batas”. Sifat yang nyata pada perutusannya ialah bersifat sederhana, yang terletak di antara pelampau yang keterlaluan dan kemunduran negara-negara lain di zaman dahulu,
serta ia mempunyai tinjauan yang luas bagi penyelarasan dengan semua aspek hidup.
Cara perlakuan kerasulan di ataslah yang sepatutnya diikuti, yang diajar oleh
perutusan yang pertama iaitu:
“Bertimbang rasa: Jangan bersikap tidak belas kasihan. Sampaikan berita yang baik. Jangan mengakibatkan kebencian”.
“Anda telah diutuskan untuk bertimbang rasa dan bukan untuk mengganggu orang”.
“Telah menjadi kebiasaan Rasulullah s.a.w. memilih cara yang termudah dengan syarat tidak membawa dosa”.
(Bukhari dan Muslim)
“Allah adalah bertimbang rasa. Dia menghargai sikap yang lemah lembut”.
(Bukhari dan Muslim)
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
47
“Seseorang yang tidak mempunyai sikap berlemah-lembut adalah sama sekali hilang dari kebaikan”.
(Muslim)
“Allah bertimbang rasa dan Dia menyukai orang yang bersikap sederhana. Dia meredhai kesederhanaan sedangkan tidak memberkati keterlaluan atau sikap yang seumpama itu”.
(Muslim)
Sebagai tambahan bagi pemahaman keterangan di atas, sekiranya mereka yang
bekerja untuk menegakkan peraturan masyarakat Islam, mengemukakan pandangan
bersesuaian dengan firman Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. dan tidak membuat
pilihan sendiri untuk kepentingan diri. Justeru secara tersendiri akan menghasilkan
pembentukan kesederhanaan yang harmoni dan sikap yang seimbang yang diperlukan bagi
pembaharuan hal di dunia menurut rancangan Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w..
3. Pemikiran yang sempit
Terdapat satu lagi kelemahan sikap berkaitan dengan sikap tidak seimbang. Ia
dikenali sebagai pemikiran yang sempit, dan dinamakan sebagai ‘syuhhunnafs’ (pemusatan
diri), di dalam Al-Quran. “Sejahteralah bagi yang menyelamatkan diri darinya”. Al-Quran
menerangkannya sebagai satu kecenderungan bersalah bertentangan dengan taqwa
(ketaatan) dan ‘ihsan’. Sesiapa yang menanggung penyakit ini tidak mahu memberi hak
kepada orang lain dalam hidupnya. Dia mungkin terus memperluaskan hidupnya namun pada
pandangannya masih tetap sempit. Sedangkan orang yang lain rendah tetap dipandang
bertambah. Dia menghendaki semua hak adalah untuk dirinya. Sedangkan enggan memberi
haknya kepada orang lain. Dia menganggap kelayakannya merupakan kebaikannya atau
bakatnya. Sedangkan nilai orang lain adalah secara kebetulan. Kesalahannya sendiri tidak
disedari tetapi dia tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain. Kesukaran yang
dihadapinya dianggap benar-benar berlaku sedangkan orang lain dikatakan sebagai
berdalih. Dia menghendaki kelemahannya dibiar begitu sahaja tetapi menolak sedemikian
bagi orang lain. Dia tidak menimbangkan kerugian yang dialami oleh orang lain dan
mengambil satu ketetapan yang melampau iaitu dia tidak akan mempercayai mereka
tentang aliran dan kecenderungannya. Dia tidak menganggap perlu menghargai perasaan
dan kesukaran mereka. Kecenderungan ini jika dibiarkan berleluasa membawa kepada
sikap mencari-cari kesalahan dan mencungkil kesalahan orang lain. Dia akan meneliti
kesalahan orang lain walau kecil sekalipun. Tetapi akan membentak jika dia sendiri
dikritik.
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
48
Suatu lagi tingkat pemikiran yang sempit ini ialah mudah terpengaruh kepada kata-
kata yang tidak baik, sikap yang suka mengganggu serta tidak mempunyai kesabaran.
Dalam hidup berjama’ah orang-orang yang menghidap penyakit ini serta orang-orang yang
ada kaitan dengannya adalah dikutuk.
Resapan penyakit sempit pemikiran ini di dalam sebarang kumpulan tidak akan
membawa kebaikan. Tenaga bersama memerlukan saling kasih-mengasihi dan bersatu
tanpa membuat kumpulan manusia yang tidak dapat melaksanakan sebarang rancangan.
Pandangan yang sempit ini bukan sahaja memisahkan peluang-peluang, malahan terus
menghancurkannya dari semasa ke semasa. Ia mengakibatkan hubungan yang saling benci
membenci dan bermasam muka. Ia merosakkan hati dan menukarkan sahabat menjadi
musuh. Bagi yang mengalami penyakit ini tidak boleh menyesuaikan dirinya dengan
kehidupan bermasyarakat yang normal tambahan lagi untuk memperkatakan penyesuaian
mereka untuk membantu tugas yang berat. Kelemahan ini jelas bertentangan dengan
kelayakan yang diperlukan untuk membina cara hidup Islam. Ia memerlukan saling
mengerti sebagai ganti pemikiran yang sempit, murah hati sebagai ganti sifat bakhil,
pemaaf sebagai ganti sering menyalahkan dan mengalah sebagai ganti kekerasan.
Orang-orang yang mempunyai sifat sabar dan bertolak ansur adalah sesuai bagi
tugas ini. Hanya bagi mereka yang mempunyai hati yang tabah sesuai melakukannya.
Mereka mesti tegas kepada diri sendiri tetapi berlemah lembut kepada orang lain.
Mereka mesti cuba mengurangkan memberi alasan pada diri sendiri tetapi membenarkan
semaksimum yang boleh bagi orang lain. Mereka juga perlu memikirkan kekurangan yang
ada pada diri mereka tetapi menghargai nilai baik orang lain. Mereka perlu membiasakan
diri menghadapi kesusahan dari mengelakkan diri mereka menerima sedikit ujian sahaja.
Seterusnya mereka perlu juga kekuatan bagi membantu yang lemah dan tidak pula
membuat mereka kecundang.
Gerakan yang mempunyai unsur yang disebutkan tadi bukan hanya tetap tinggal
teguh sesama mereka, malahan akan terus menjadikan mereka sebagai unsur yang
bertaburan di dalam masyarakat serta saling berkait rapat. Sebaliknya, bagi yang
mempunyai pemikiran yang sempit dan kurang kesabaran dengan sendirinya berpecah
laksana serpihan serta menceraikan orang yang ada hubungan dengannya secara
menimbulkan perasaan benci dalam fikirannya.
4. Membuat keputusan yang lemah
Membuat keputusan yang lemah adalah satu lagi kelemahan yang biasa dalam diri
manusia.
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
49
Ia boleh diterangkan begini, seorang menerima panggilan (seruan) atau risalah
(tugas) dengan kesungguhan. Pada mulanya dia menunjukkan semangat terhadapnya tetapi
minatnya semakin lama semakin pudar. Dia kemudiannya, tidak menunjukkan minat
terhadap tugas itu, seterusnya tidak kekal ikhlas bersama jama’ah yang mengambil tugas
itu serta diikuti dengan kerelaan. Dia berpuas hati dengan alasan yang dia dimasukkan ke
dalam jama’ah itu dan kata-katanya merestui gerakan itu. Hatinya juga menyetujui
kebenaran gerakan itu serta keperluan peningkatannya.
Tetapi perasaannya menjadi kecewa dan hilang kekuatan pendorong bagi
tindakannya. Sikap ini tidak didorong oleh tujuan yang tidak jujur atau membenarkan
lencongan dan matlamat atau melibatkan berubahnya pandangan. Seseorang tidak pernah
memikirkan untuk menghindari jama’ahnya dengan sebab faktor-faktor di atas. Ia adalah
disebabkan ‘keputusan yang lemah’ yang ditunjukkan dalam berbagai bentuk, iaitu pada
mulanya bersemangat tetapi kemudiannya mundur.
Isyarat pertama membuat keputusan yang lemah ialah sikap cuba mengelakkan diri
dari menerima tanggungjawab: Seseorang cuba lari dari mengambil tanggungjawab. Dia
mula menjauhi diri dari mengorbankan masa, tenaga dan harta untuk gerakannya dan mula
menyukai kepentingan lain berbanding dengan matlamat hidup yang telah dipilihnya. Dia
mula membuat perbandingan tugas, minta dikurangkan pembahagian masa, tenaga,
kesenangan dan penyatuannya dengan kumpulan yang dulu dipandang besar tetapi
sekarang dipandang rendah dengan rasminya. Dia tidak mempedulikan kemajuannya atau
sebagainya dan tidak lagi berminat tentang hal gerakan itu.
Keadaan ini lama-kelamaan membawanya tua, sekiranya dia tidak menyedari
keadaan ini atau tiada orang memberi amaran kepadanya. Dia tidak akan mempedulikan
lagi bahawa dia pernah memberi bantuan dengan kehidupan dan kesenangan terhadap
gerakan ini dahulu, tetapi kini telah mengabaikannya. Dengan kecuaian dan keupayaannya
yang begini, minatnya hilang dan akan terus lenyap di suatu hari.
Dalam hidup bermuafakat (bersatu padu) jika kebangkitan kecenderungan ini serta
langkah yang perlu diambil tidak diperhatikan, orang yang lain juga akan dijangkiti oleh
penyakit yang disebar oleh mereka yang lemah membuat keputusan terutamanya mereka
yang mudah terpengaruh dengannya. Mereka juga akan mencari alasan yang serupa. Selalu
terjadi jika seseorang pekerja aktif hilang minat dalam pekerjaan kerana melihat
kelemahan orang yang lain. Dia tiada mempunyai kesedaran bahawa dia kehadapan bagi
peningkatan dirinya bukan untuk gerakan orang lain, malahan untuk gerakan kehidupannya
sendiri.
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
50
Mengapa dia memungkirinya dan mengikuti sebagaimana orang yang malas. Orang
yang sedemikian boleh dibandingkan seperti mencari jalan mudah ke syurga sebagaimana
yang disalahfahamkan oleh kebanyakan orang. Sebaliknya, dia juga sanggup menuruti ke
neraka jika yang lain sanggup menemaninya. Oleh kerana dia tidak mempunyai matlamat
sendiri, dia dipengaruhi oleh matlamat orang lain. Orang yang seperti itu selalu mengikuti
contoh orang-orang yang malas dan tidak berkemampuan mengawal pekerjaan yang
sebenar yang boleh dibuat contoh.
Ia bukan merupakan hal yang serius sekiranya seseorang itu menjadi malas dengan
sebab yang betul serta menjadi lemah. Tetapi sekali kelemahan itu telah mengatasi yang
lain, kesalahan lain mula terbuka. Oleh itu sukar bagi orang yang begitu menerima
kesalahannya untuk orang lain menolongnya. Kebiasaannya seseorang itu merasa malu
menunjukkan rasa lemah atau bersabar jika dikatakan lemah.
Selalunya dia tidak bersedia membenarkan bahawa kemalasannya itu berpunca dari
membuat keputusan yang lemah. Sebaliknya, cuba menutupnya dengan berbagai cara yang
tidak baik.
Sebagai contoh dia mengadakan berbagai dalih untuk tidak aktif, memberi alasan
yang lemah, menegaskan pada sahabatnya bahawa minatnya tidak hilang untuk gerakan.
Tetapi dia menghadapi rintangan yang berat. Ini bererti dia telah meminta dibiarkan
kemalasannya. Oleh yang demikian, akan sampai ke satu peringkat keruntuhan akhlaknya,
yang dimulai oleh kecuaian terhadap cita-cita yang tinggi.
Apabila dalihnya mula terdedah, dia merasa takut akan rahsia yang sebenarnya. Dia
menerangkan bahawa minatnya kurang kerana kelemahan jama’ah bukan kelemahannya.
Dengan perkataan lain dia mahu membuat kerja yang banyak tetapi kelakuan buruk
sahabatnya menghampakannya. Secara demikian orang ini semakin dipandang rendah
dalam percubaan menyembunyikan kelemahannya, dia mencari alasan bahawa dia tidak
boleh membuat kerja membina dan dia mula merosakkan daya untuk bertindak.
Pada permulaannya, kekurangan minatnya masih lagi samar. Tujuan sikapnya tidak
begitu jelas. Aduan mengenai kesalahannya dibuat secara mendadak tanpa memberi
keterangannya. Pada peringkat ini, jika sahabatnya menggunakan kebijaksanaan mengesan
penyakitnya serta mencari jalan untuk menghapusnya maka orang yang mula menuju
kemunduran ini boleh dihentikan dari terus mundur dan diberi kekuatan semula. Tetapi
kebiasaannya sahabat yang tidak bijak didorong oleh semangat yang salah iaitu ditujukan
untuk memuaskan kehendaknya dan menjadi ingin tahu serta memaksa dia menerangkan
sikapnya secara mendalam. Pada peringkat ini dia mengikut semua jalan untuk mencari
alasan yang menghilangkan minatnya. Dia berhati-hati mencari kesalahan dan kelemahan
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
51
beberapa orang, mencari kesalahan pertubuhan dan pencapaian kumpulan itu dan memberi
beberapa tuduhan yang hebat yang dirasai telah menyebabkan kebenciannya. Ini bererti
seseorang itu dengan kebolehannya mengatakan dia bebas dari semua kelemahan, tidak
dapat menjaga kumpulannya dengan sahabat dan kelompok yang dipenuhi dengan sifat
yang lemah tadi. Apabila dia menerima perbalahan ini, syaitan menjadikannya lupa tujuan
utamanya. Sekiranya persoalannya benar, dia sepatutnya menjadi lebih bersemangat dan
aktif serta tidak menjadi malas. Dia hanya mengambil gerakan itu sebagai matlamat
hidupnya dan sekiranya gerakan dirosakkan berpunca dari kelemahan orang yang lain, dia
seharusnya menyediakan dirinya untuk menambah kekuatan dan semangat untuk
pencapaiannya. Serta dia perlu menggunakan kebolehannya untuk membaiki kesan
perlakuan yang negatif. Katakan rumahnya terbakar dan orang lain tidak memberi tenaga
yang sepatutnya, adakah patut dia merasa benci dan terus berdiam diri atau menggunakan
kemampuan yang sepenuhnya untuk memadamkannya, mengalahkan pendekatan mereka
yang salah.
Tiada jama’ah yang tiada kelemahan dan tiada tenaga manusia yang bebas dari
kesalahan. Malaikat tidak ditugaskan untuk mengubah atau membina kesatuan manusia
dan mencapai segalanya ke peringkat yang terbaik. Kelemahan dan kesalahan adalah
sebagai pembantu semulajadi bagi tenaga manusia. Ia melahirkan buah meskipun
berkeadaan lemah dan bersalah dan melahirkan semua perhatian membuat sesuatu demi
mendapatkan penyesuaian yang paling baik. Adalah tidak berguna mengharapkan sesuatu
pekerjaan itu sekurang-kurangnya di dunia ini tanpa cacat cela.
Oleh itu sepatutnya dipuji sekiranya kekurangan ditunjukkan dengan suatu
pandangan bagi mengubahnya dan mencari jalan mendapatkan ciri-ciri yang dicita-citakan.
Melalui cara-cara di atas pembaharuan dan peningkatan berkesan dalam tenaga manusia.
Melupakannya pula bererti menggalakkan kerosakan. Jika kelemahan perseorangan dan
kesalahan jama’ah diperiksa dengan tujuan menunjukkan dalih bagi kurang minat dan
kemalasan seseorang, ia tidak lain hanyalah hasutan syaitan dan penipuan diri sendiri.
Aspek yang tercela bagi sikap ini ialah seseorang itu sambil menyembunyikan
kesalahannya, dia membuktikan dirinya benar dan meletakkan kemalasannya kepada orang
lain. Dia melupakan terdapat perlakuan yang tidak boleh diterima penukarannya sedikit
pun melalui penipuan. Orang seperti itu memperhitungkan kesalahan orang lain, sedangkan
kesalahan-kesalahan itu berada dalam dirinya sendiri. Dia menunjukkan kelemahan-
kelemahan kumpulan yang dia sendiri berkemungkinan mempunyai sama atau lebih dari itu.
Dia menjadi punca tuduhan terhadap kelemahan sedangkan kelemahan itu berpunca
darinya. Kenyataannya yang menyatakan bahawa dia tidak bersetuju keadaan itu,
menunjukkan sikapnya yang tidak bertanggungjawab.
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
52
Alasan ini boleh digunakan oleh setiap orang yang cerdik walaupun dalam keadaan
baik dan perbuatan begini tidak boleh dihentikan sehingga segerombolan malaikat datang
menggantikan manusia. Tuntutan begitu tidak dapat mengajar seseorang itu bahawa dia
tidak dapat membuktikan dirinya bebas dari kesalahan dan kelemahan. Sikap mencaricari
kesalahan tidak akan mengakibatkan penghapusan kesalahan. Sebaliknya ia menambahkan
lagi peningkatannya. Akibatnya orang-orang yang bersikap begitu memberi contoh yang
salah kepada orang-orang yang lemah akal serta mengajar mereka mengelak dari kekejian
secara tidak mengakui kelemahannya serta berpuas hati terhadap diri sendiri dengan
cara yang salah. Setiap orang yang tidak aktif sanggup inengikutinya dan mengadakan
alasan palsu yang tidak disetujui oleh kumpulannya. Seterusnya untuk membenarkan
sikapnya dia mengadakan kesalahan-kesalahan dan kesilapan-kesilapan sahabat dan
kumpulannya dengan banyak.
Pada satu pihak, wabak mencari-cari kesalahan dan kritik yang bertentangan
dipandang ringan serta dia merosakkan keadaan akhlak aamalannya. Pada suatu pihak yang
lain orang-orang yang bermaksud baik serta bebas dari mengambil keputusan yang lemah
merasa hampa dengan keadaan di atas. Apabila langkah yang bertentangan diambil bagi
menyemak keadaan ini, orang-orang yang tidak bijak akan menjadi berpuak-puak dan
keburukan ini akan dipegang dan menjadi satu gerakan.
Oleh itu akhirnya wujud syak wasangka, menjadikan orang lain pun tidak bijak serta
menghasilkan perbalahan dengan kebenaran di atas. Sesiapa yang telah menjadi lemah
terus memilih jalan ini. Secara ini minat mereka yang beku akan dihidupkan tetapi dalam
bentuk membawa dukacita yang lebih dari keruntuhan sendiri.
Setiap gerakan yang mengambil tugas pengislahan dan peningkatan perlu sentiasa
sedar, dan mengetahui (akan bertanya) keputusan yang lemah serta akibatnya. Setiap
pemimpin perlu membezakan antara peringkat yang mudah atau sulit serta tahu akan
akibat kecelakaannya. Mereka perlu bersedia untuk memusnahkannya bila saja kelemahan
awalnya timbul.
“Keputusan yang lemah” di peringkat mudah ialah seseorang yang mengakui
harakahnya benar serta membenarkan kumpulan itu berhak meningkatkannya. Tetapi
apabila dia berlengah dalam usahanya atau menampakkan kenyataan kurang berminat
dalam pekerjaannya maka dia perlu segera dibaiki dengan langkah seperti di bawah.
Satu pertanyaan perlu dibuat untuk mengetahui sama ada dia kurang aktif
disebabkan oleh keputusan yang lemah atau sesuatu kesukaran menghalang kemajuannya.
Sekiranya kesukaran tertentu ditemui, pergerakan itu sendiri perlu memikirnya cara bagi
menolong seseorang sahabat-sahabat mereka serta menyelamatkannya dari salah faham.
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
53
Tetapi kiranya ia disebabkan oleh membuat keputusan yang lemah, mereka perlu menahan
dirinya dari melakukan cara yang buruk, sebaliknya menggunakan cara yang bijak, supaya
dapat dia membezakan yang hak yang menjadi halangan utama.
Langkah kedua ialah, sebaik sahaja sifat membuat keputusan yang lemah didapati,
usaha perlu dimulai untuk membetulkan melalui nasihat dan ingatan yang ikhlas mengenai
asas harakah. Terutamanya orang yang lebih baik di dalam kumpulan itu perlu mengambil
tahu dirinya untuk menghidupkan jiwanya yang telah mati. Seterusnya perlu berusaha
menjadikannya aktif dengan benar-benar mengambilnya dan menggabungkannya kembali
ke dalam gerakannya.
Ketiga, dia perlu diperiksa selalu bahawa kekurangannya itu tidak meracuninya.
Kalau tidak, orang-orang lain yang dipengaruhi dengan contoh itu akan turut menjadi tidak
aktif. Penyiasatan perlu dibuat dari masa ke semasa untuk mengetahui sejauh mana
seseorang itu dapat mengorbankan masa, harta dan tenaga. Sejauh mana dapat
dilakukannya dan sejauh mana keseluruhan tenaga orang itu bersesuaian dengan
kebolehan hakikinya. Sekiranya seseorang gagal melalukan secara begini, dia akan merasa
malu dan ini akan berguna sebagai penguji bagi kelemahan. Penyiasatan ini mestilah tidak
merendah orang yang berfikiran sempit yang menjadikannya bersifat ‘membuat keputusan
lemah’. Cara yang sepatutnya dilakukan tanpa membiarkan kelemahan itu bertambah,
sekirannya penghapusannya tidak berhasil. Tindakan yang tidak menggunakan akal akan
menambahkan mangsa kelemahan itu menjadi lebih lemah.
Sifat ‘keputusan lemah’ yang lebih rumit ialah cuba menutupi kelemahan dengan
kepalsuan dan penipuan dan berterusan hingga sanggup mengatakan kesalahan itu adalah
kesalahan jama’ah dan bukan kesalahannya. Ini bukan hanya kelemahan malahan
meruntuhkan lagi akhlak dan ia tidak boleh dibiarkannya bercambah dalam gerakan yang
inginkan pengislahan akhlak anggota gerakannya.
Peringkat permulaannya seseorang memberi alasan lemah bagi tidak bertindak dan
sengaja ingin menipu. Membiarkan kelemahan ini bererti mengkhianatinya serta kumpulan
yang berkait dengannya. Sedangkan ramai yang berkorban kehidupan dan hartanya untuk
pencapaian cita-cita yang unggul. Diharap oleh setiap ahli kumpulan itu menunjukkan
paling sedikit kelemahan yang diragui. Oleh itu lebih baik membuat kesilapan serta
membenarkannya daripada memberi alasan yang pincang untuk menunjukkan kebenaran
mereka walaupun sekali. Kesalahan ini perlu ditegur sebalk sahaja ia bercambah dan
jangan sekali-kali dibiarkan terus hidup. Jika dia tidak melawan untuk ditegur
bersendirian, fakta itu perlu dibawa ke kumpulan dan dalihnya yang sebenar perlu
dipandang kosong untuk menjauhkannya selalu berlaku. Sebarang kelengahan membuat
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
54
tindakan segera, bererti menggalakkan secara terbuka keburukan-keburukan bercambah
sebagaimana dinyatakan di atas.
Peringkat kedua bagi perkara di atas ialah seorang yang tidak aktif serta malas,
mencari kesalahan sikap sahabat dan gerakannya hanya untuk menutupi kelemahannya. Ini
adalah keterlaluan. Dia menunjukkan orang berkenaan cenderung membuat gangguan.
Dalam suasana begini tidak sesuai bertanya punca kebenciannya. Bertanya kepadanya
tentang hal itu bererti menggalakkannya berbuat begitu. Sahabatnya tidak boleh
membiarkan begitu tetapi memberi amaran kepadanya tentang balasan Allah. Seterusnya
dia patut merasa malu mengkritik orang lain sedangkan dirinya sendiri menampakkan
kegagalan yang tidak ada harapan. Sebaliknya mereka yang mengorbankan harta dan
masanya serta memberi tenaga yang bersungguh-sungguh dibenarkan uniuk didedahkan
kekurangan-kekurangan yang boleh menimbulkan kebencian mereka. Apakah dia akan
mencari punca kebencian sedangkan yang sebenarnya ia memulakan kebencian serta
membuat permusuhan, seterusnya, kelalaiannya yang negatif yang menjadi ikutan orang
lain. Secara jujur, segala kelemahan dan kesalahannya patut dibawa kepengetahuan
kumpulan dan kumpulan itu tidak patut mengabaikan pengetahuan itu atau menjauhi
tanggungjawab memperbaikinya. Ini adalah tanggungjawab mereka yang sukarela,
bersemangat untuk bekerja, pengganti kepada tiada langsung, kerana hanya mereka yang
berkelayakkan untuk menyatakan kesalahan kumpulan serta mengkritiknya dengan ikhlas.
Bagi sebarang gerakan yang berlandaskan maruah yang terpuji, tindakan orang yang lemah
serta tidak tahu malu, bersikap kurang adab, tidak patut digalakkan bagi mengkritik
kesalahan kumpulan dengan lidah mereka yang panjang itu.
Dalam suatu gerakan sebagaimana yang dinyatakan di atas, keadaan mereka yang
sebenarnya ialah bersalah, menyesali serta malu dan bukan pengubah. Jika mereka masih
tetap teguh sebagai pengubah yang dilantik sendiri ini, ianya akan mendedahkan suatu
kemaksiatan yang teruk (serius) pada diri mereka. Dalam hal ini, jika kumpulan itu
memberi kepercayaan kepada mereka untuk menjalankan sesuatu tugas (pengubah), ianya
bererti kumpulan itu akan bergoncang dengan keruntuhan akhlak.
Bagi gerakan yang dinamik dan bergerak, perasaan (unsur) sihatnya sama sekali
berbeza kedudukannya dari perasaan (unsur) tidak sihat. Sebagai prinsip, maka perlu
jelas bahawa perasaan mereka mempunyai pernyataan yang berbeza. Unsur-unsur
sihatnya ialah mereka aktif dengan gerakan serta merancang kehidupan, mempunyai
kebolehan berfikir dan segala yang akan memenuhi matlamat hidup mereka. Dari
kenyataan, mereka menampakkan kebolehan yang luas dan sumbangan mereka bersesuaian
dengan kebolehan mereka. Unsur-unsur yang tidak sihat ialah mereka yang tidak
meletakkan diri mereka atau telah terjatuh kepada kelemahan selepas memulakan
semangat yang berkobar-kobar. Mereka mempunyai catatan kerja dengan bukti yang
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
55
tidak dapat disalahkan tentang kelalaian mereka. Dari itu, perbezaan antara kedua
perasaan di atas adalah umpama perbezaan kebolehan memandang bagi mata yang sihat
dengan mata yang sakit. Satu kumpulan hanya boleh membuat penilaian kesalahannya
dengan kekuatan perasaan yang berunsur sihat. Unsur-unsur yang lemah dengan
sendirinya menampakkan kebencian mereka untuk mengelakkan sesuatu tugas. Maka tidak
boleh dijadikan cara yang berkesan bagi penilaian ini. Perasaan mereka akan memberi
panduan yang salah dari 80 - 90% sekiranya tidak 100%.
Sesuatu gerakan yang tidak ingin membunuh diri, tidak boleh membuat keputusan
berdasarkan dorongan perasaan semata-mata. Adalah satu kesilapan yang besar apabila
jama’ah membiarkah anggotanya mengkritik ke atas seseorang itu berdasarkan kesalahan
dan kesilapan orang sahaja dengan tidak memaafkan dan tindakan ini hanya atas dasar
anggaran penilaian mereka bahawa seseorang itu berkebolehan atau tidak berkebolehan
bagi sesuatu tugas. Ia boleh dikelaskan sebagai kerja amal tetapi tidak bijak malahan
dilakukan oleh orang yang kurang faham dan kurang hati-hati. Orang-orang jenis ini belum
pernah mengadakan kewujudan di alam ini baik sekarang atau sebelumnya. Adalah salah
jika membayangkan pencapaian seseorang itu unggul, begitu juga silapnya jika menilai
kesalahan dan kebolehan seseorang dengan sangkaan semuanya dan berjenis-jenis,
mengabaikan kebolehan mereka bagi penilaian yang betul serta penerangan bagi sesuatu
keadaan.
Satu lagi perkara penting yang perlu difahami betul-betul ialah suatu pertubuhan
yang berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat perlu meletakkan dulu dua penilaian yang
merangkumi akhlak dan kemampuan (keupayaan).
Pertamanya ialah menentukan peringkat yang ingin dicapai berdasarkan cita-cita
yang tinggi di mana untuk mencapai matlamat itu memerlukan usaha yang habis-habisan.
Keduanya peringkat kebolehan minimum bekerja yang tidak berhenti-henti yang
dengannya seseorang itu dapat meneruskan dan merupakan sesuatu yang tidak boleh
diabaikan. Orang-orang yang mempunyai cara pemikiran yang berbeza menerima cara
tindakan yang berbeza dengan memerhatikan kedua-dua peringkat di atas.
Satu cara berfikir tidak mempunyai hubungan penting dengan pekerjaan bagi
mencapai objektif yang sebenar. Malahan tidak penting baginya jika rancangan itu
berjaya atau menemui kegagalan atau jauh untuk kebaikan. Ini bukanlah soal hidup dan
mati baginya. Dia boleh berseronok dengan kehidupan dunia selepas menyelesaikan
tugasnya atau pun mengambil bahagian dalam pekerjaan secara bersungguh-sungguh tanpa
memikirkan tentang penglibatan masa, harta dan tenaganya. Orang yang sedemikian
kadang kala terbang jauh ke alam kebaikan hanya untuk kepentingan kelazatan
akademiknya. Dia kelihatan tidak berpuas hati dengan sebarang bentuk darjah penilaian
PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH
56
yang idea (mutlak). Sebarang perkara yang mempunyai sedikit kelemahan dipandangnya
dengan kebencian dan kecemasan yang bersangatan. Namun begitu perasaan benci ini
bukanlah bertujuan untuk mendapatkan tugas yang sebenarnya. Tetapi sebagai alasan
baginya untuk lari dari jama’ah sama ada sikap mengelakkan diri ini disedari atau tidak.
Satu lagi pemikiran, mereka mengutamakan objektif dan daya usaha yang mana
(untuk melapangkan pemikirannya) atau membuat benteng untuk jalan keluar baginya
membantu pencapaiannya. Tetapi akibat dari sikap berkhayal itu gagal mengingatkan
perbezaan yang sebenar antara suatu yang unggul (ideal) dengan peringkat minimum yang
dapat diusahakan. Pemikirannya sering keliru dan menjadi terpengaruh pada jangkitan
yang disebar oleh golongan pemikiran di kategori yang pertama. Secara ini, dia sendiri
menyusahkan dirinya dan menjadi kegelisahan bagi mereka yang bekerja untuk
mendapatkan sebab.
Suatu lagi pemikiran tergolong kepada kategori ketiga. Dia menetapkan suatu
pekerjaan untuk mengetahui sebab serta ingin melihat kerja itu berterusan. Dia hidup
adalah untuk menyempurnakan tanggungjawabnya dengan memerhatikan kejayaan atau
kegagalan gerakannya. Keadaan ini sendiri memaksa dirinya bekerja sambil memikirkan
perbezaan sebenar antara kedua nilai tadi. Dia juga berhati-hati memerhatikan kemajuan
untuk mencapai matlamat supaya tidak gagal tanpa alasan yang hak dan penting. Dia tidak
mengabaikan ke atas peningkatan yang unggul, dan tidak pernah melupakan untuk
mencapainya.
Seterusnya dia menjadi sangat gelisah pada sebarang perkara di bawah darjah itu.
Tetapi meneruskan dengan darjah minimum yang dapat dilakukan dan bercadang
menghapuskan darjah yang dipandang rendah itu tanpa memikirkan untuk membuat
pertukaran pada rancangan kerjanya.
Dia tidak merasai bahawa mustahak baginya mempunyai penilaian yang betul
terhadap keupayaannya serta menyelaraskan jangka dan jarak masa pekerjaannya dengan
cara yang bersesuaian. Kiranya dia salah menilaikan dirinya tentang hal ini dia sendiri
boleh membahayakan gerakannya. Sebaliknya silap bagi orang yang mengambil panduan
dar orang-orang yang tergolong dalam kategori pertama dan kedua tentang hal ini. Hanya
mereka yang tergolong pada kategori ketiga ini boleh menjadi pembantu sebenar dan
hanya mereka yang boleh menentukan penilaian yang sebenar bagi situasi itu. Seseorang
itu perlu berkebolehan untuk menilai dirinya.
Wallahu a’lam.