27
PROGRAM YAKIN BOLEH 1.0 BIDANG AKADEMIK - GALUS AKTIVITI BIL TAJUK 1 Bermain Jari 2 Ku Petik Bintang 3 Inventori Minat Belajar 4 Dialog Ibu Bapa 5 Graf Kehidupan 6 Anjakan Diri 7 Pengurusan Masa 8 Kemahiran Mendengar 9 Kemahiran Bertanya 10 Kemahiran Mengingat 11 Bengkel Latih Tubi 12 Perkongsian Rasa

PROGRAM & AKTIVITI GBK.docx

Embed Size (px)

Citation preview

PROGRAM YAKIN BOLEH

BIDANG AKADEMIK - GALUS

AKTIVITI

BILTAJUK

1Bermain Jari

2Ku Petik Bintang

3Inventori Minat Belajar

4Dialog Ibu Bapa

5Graf Kehidupan

6Anjakan Diri

7Pengurusan Masa

8Kemahiran Mendengar

9Kemahiran Bertanya

10Kemahiran Mengingat

11Bengkel Latih Tubi

12Perkongsian Rasa

1.0

1.1 PANDUAN PELAKSANAAN3.1.1 PENDAHULUANMurid GALUS adalah mereka yang mencapai keputusan akademik gagal tetapi mempunyai harapan untuk lulus. Murid kumpulan GALUS ini mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mengalami keciciran dalam bidang akademik. Oleh itu, bagi membendung senario ini daripada berterusan, langkah-langkah yang proaktif perlu diambil dengan segera. Di sinilah terletaknya peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah untuk melaksanakan proses kaunseling yang berfokuskan murid GALUS. Langkah-langkah tersebut meliputi aspek, motivasi diri, kemahiran belajar, bengkel latih tubi mata pelajaran dan pengukuhan atau ganjaran serta perkongsian pengalaman melalui lawatan. Program sebegini rupa memerlukan kerjasama semua pihak termasuklah pihak Guru Bimbingan dan Kaunseling, pihak pentadbir, guru-guru mata pelajaran yang terlibat dan tidak ketinggalan pihak ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

1.1.2 MATLAMAT Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat menyediakan maklumat dan data berkaitan dengan program-program yang telah dijalankan kepada kumpulan sasaran dan mempunyai bilangan murid yang telah berubah prestasi akademiknya dan memperolehi kecemerlangan hasil daripada keberkesanan peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah .1.1.3 OBJEKTIF Di akhir program ini murid dapat:Membantu sekolah mengurangkan bilangan murid GALUS.

Guru Bimbingan Kaunseling dapat membantu murid GALUS secara berfokus dan bermaklumat. Meningkatkan kefahaman pihak pengurusan sekolah terhadap peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam usaha membantu murid GALUS cemerlang dalam akademik.

2.1 SASARANMurid-murid yang mendapat markah di antara 30% hingga 40% berdasarkan maklumat melalui PATS dan Headcount. Setiap kumpulan mengandung 10 hingga 20 orang murid.

3.0 PELAKSANAAN Program Yakin Boleh dikhaskan kepada murid GALUS. Program ini terdiri daripada 6 komponen utama termasuklah; Membina Hubungan Membina Matlamat Mengenalpasti masalah Motivasi Kemahiran Belajar Pengukuhan / GanjaranGuru Bimbingan Kaunseling atau pihak sekolah diberi kebebasan untuk melaksanakannya sama ada berdasarkan komponen (yang dirangkumkan beberapa modul) atau modul. Guru Bimbingan dan Kaunseling juga berhak mengulang modul yang berkenaan sekiranya aktiviti yang dijalankan tidak memenuhi objektif.

4.0 PENILAIAN

Instrumen Pelaksanaan Modul (Lampiran 4) Graf Prestasi Diri (Lampiran 6) Halatuju Selapas Sekolah (Lampiran 7)

3.4 PROGRAM YAKIN BOLEH

AKTIVITI 1

BIDANG : Akademik TAJUK : Ice-Breaking Bermain Jari OBJEKTIF: Pada akhir aktiviti murid dapat :1. Mengenalpasti ciri-ciri perbezaan individu. 2. Membandingkan potensi setiap individu.3. Menunjukkan kesyukuran kepada anugerah Tuhan.4. Menunjukkan sifat hormat kepada perbezaan individu.MASA : 40 MinitSASARAN: Murid GALUS

BAHAN : Stamp Pad, Kertas A4, Senarai Semak Masalah dan Borang Maklumat Diri

LANGKAH:1. GBKSM memberikan sekeping kertas A4 kepada setiap ahli kumpulan. 2. Setiap ahli melipat kertas tadi kepada 10 12 bahagian mengikut bilangan ahli.3. Semua ahli tulis nama sendiri di ruang pertama dan cop ibu jari tangan kanan.4. Edarkan kertas tadi kepada rakan-rakan mengikut pusingan jam untuk ditulis nama dan dicop cap jari tangan kanan masing-masing.5. Langkah ini diulang sehinga kembali kepada tuan punya.6. Akhirnya, GBKSM meminta setiap ahli menjelaskan apa yang mereka lihat.7. Guru mengedarkan Senarai Semak Masalah dan Borang Maklumat Diri.

PENILAIAN : Murid saling kenal mengenali antara satu sama lain.

RUMUSAN : 1. Membuktikan kekuasaan Tuhan daripada sekecil-kecil benda hingga sebesar-besar perbezaan.FALSAFAH : Tak kenal maka tak cinta

LAMPIRAN 1SENARAI SEMAK PERIBADI MURID

NAMA: __________________________Tahun : ______________

ARAHAN : Berikut adalah senarai masalah yang dihadapi oleh murid-murid sekolah. Baca senarai di bawah dengan teliti, kemudian bulatkan nombor masalah yang anda sendiri sedang hadapi.

1. Saya tidak memahami banyak perkara yang diajar oleh guru.2. Minat saya untuk belajar semakin berkurangan.3. Saya rasa tiada harapan untuk lulus peperiksaan.4. Saya rasa hendak berhenti sekolah.5. Saya tidak suka kepada sesetengah guru yang mengajar saya.6. Saya tidak tahu cara belajar yang berkesan.7. Saya tidak mempunyai tempat belajar yang sesuai di rumah.8. Terlalu banyak tugasan diberi dalam beberapa mata pelajaran.9. Saya tidak begitu minat pada buku-buku mata pelajaran.10. Tidak dapat siapkan tugasan- tugasan pelajaran pada masa yang ditetapkan.11. Saya rasa hidup ini sudah tidak punya erti lagi.12. Saya rasa diri saya sudah rosak.13. Saya pernah mengambil dadah.14. Dunia ini terlalu kejam buat diri saya.15. Saya sangat sensitif dan tidak tahan dimarah.16. Saya selalu berasa rendah diri.17. Saya rasa lebih baik mati daripada hidup dalam keadaan sekarang.18. Saya tidak dapat menahan kemarahan.19. Saya selalu berasa sedih.20. Saya kerapkali gagal dalam kerja-kerja yang saya lakukan.21. Keadaan keluarga saya tidak aman.22. Saya selalu dimarahi oleh ibu atau bapa.23. Saya selalu terkongkong oleh keluarga saya.24. Ibu bapa langsung tidak mempedulikan saya.25. Adik beradik saya selalu bergaduh antara satu sama lain.26. Kadang-kadang saya rasa hendak lari dari rumah.27. Saya telah kehilangan tempat mengadu.28. Ibu bapa saya selalu pilih kasih.29. Saya berasa seolah-olah tidak mempunyai keluarga.30. Tiada kebebasan di rumah saya.31. Saya selalu bergaduh dengan kawan.32. Saya tidak mempunyai ramai kawan.33. Saya sering bergaul dan terikut-ikut tingkah laku rakan yang nakal.34. Kebanyakan rakan saya adalah yang tidak bersekolah lagi.35. Ada rakan saya yang mula mengambil dadah.36. Saya sukar bergaul dengan rakan lain yang berlainan jantina.37. Saya kecewa kerana rakan rapat memutuskan hubungan dengan saya.38. Saya takut kehilangan orang yang saya cintai.39. Saya cemburu atau iri hati kepada orang lain.40. Tiada seorang pun yang boleh saya mengadu masalah saya.41. Saya rasa tidak akan dapat mencapai cita-cita saya.42. Masa depan saya gelap.43. Tidak tahu apa yang akan saya buat selepas tamat sekolah.44. Saya tidak tahu cara mencari kerja.45. Saya tidak mempunyai cita-cita yang tinggi.46. Tidak mengetahui apa yang saya benar-benar ingini.47. Saya takutkan masa depan.48. Ragukan pemilihan kursus untuk persediaan pekerjaan saya.49. Memerlukan nasihat tentang apa yang harus dibuat selepas sekolah.50. Saya perlu tahu lebih lanjut tentang pelbagai pekerjaan.

ARAHAN : Semak jawapan yang anda telah bulatkan. Sila tulis nombor masalah yang paling mengganggu anda mengikut urutan di dalam ruangan di bawah.

a. []b. []c. []d. []e. []Paling menggagguKurang mengganggu

Tandakan [/ ] pada salah satu kenyataan di bawah:Saya SANGAT PERLU berjumpa kaunselor []Saya PERLU berjumpa dengan kaunselor []Saya TIDAK PERLU berjumpa kaunselor[]

Perkara yang ingin dibincangkan dengan kaunselor:AKADEMIK[]PERIBADI[]KELUARGA[]SOSIAL[]KERJAYA[]

Tanda tangan : ____________________Tarikh: _________________LAMPIRAN 2BORANG MAKLUMAT DIRIA. Maklumat Data PeribadiArahan : Sila isikan maklumat data peribadi tuan/puan pada ruangan yang disediakan dalam jadual di bawah dan tandakan ( / ) jika berkenaan .

Nama

Kelas

No. Kad Pengenalan

Tarikh Lahir

Tempat LahirNegeri : Negara:

KewarganegaraanStatus Warganegara : * Warganegara ( ) * Bukan Warganegara ( ) * Penduduk Tetap ( )

JantinaLelaki ( ) Perempuan ( )

Bangsa

Agama

Nama Ibu Bapa

Status Bumiputera * Bumiputera ( ) * Bukan Bumiputera ( )

No. UntukDihubungiNo Telefon Rumah: No Telefon Bimbit : Rasmi ( ) / Tidak Rasmi ( ) :

Alamat Emel :

Alamat Tetap Bandar :Poskod :Negeri : Negara :

AlamatSurat-menyurat Bandar :Poskod :Negeri : Negara :

AKTIVITI 2

BIDANG: AkademikTAJUK: Ku Petik BintangOBJEKTIF: Pada akhir aktiviti murid dapat :1. Mengenalpasti matlamat diri dengan jelas.2. Menyatakan cara untuk mencapai matlamat diri.MASA: 30 minitSASARAN: Murid GALUSBAHAN: Kad Manila dan Marker PenLANGKAH: 1. GBK memberikan sekeping kad manila kepada ketua kumpulan.2. GBK memberi arahan Setiap ahli diminta melakarkan garisan anggaran 10 sentimeter apabila kad manila yang diedarkan sampai ke tangan masing-masing.3. Ahli tidak dibenarkan bertanya.4. Apabila sampai ke ahli yang terakhir, GBK mempamerkan hasil kerja kumpulan.5. Apakah hasilnya? tiada motif yang jelas.6. Sekeping kad manila yang lain diberikan kepada kumpulan untuk mengulangi aktiviti tersebut.7. GBK mengarahkan, Setiap ahli diminta melakarkan garisan anggaran 10 sentimeter apabila kad manila sampai ke tangan masing-masing. Pastikan apabila kad manila itu sampai kepada orang terakhir dalam garisan itu, ia membentuk objek sebuah rumah.8. Bincangkan mengapa aktiviti pertama tidak menghasilkan apa-apa dan aktiviti kedua dapat menghasilkan suatu yang jelas.9. Guru mengedarkan borang Headcount 3-graf prestasi diri untuk diisi oleh semua murid GALUS.

PENILAIAN: 1. Murid-murid perlu mendengar arahan dengan jelas.

RUMUSAN: 1. Aktiviti ini menunjukkan betapa penting seseorang itu perlu mempunyai matlamat diri yang jelas untuk berjaya.

FALSAFAH: Jadikan impian anda sebuah kenyataan bukan sekadar mimpi.

AKTIVITI 3

BIDANG : Akademik TAJUK : Inventori Minat BelajarOBJEKTIF: Pada akhir aktiviti murid dapat :1. Mengenalpasti potensi diri masing-masing.2. Mengetahui kekuatan dan kelemahan setiap murid.3. Membandingkan potensi setiap individu.MASA : 40 MinitSASARAN: Murid GALUSBAHAN : Kertas Inventori Minat Belajar (Sila lihat Lampiran 3)LANGKAH:1. GBKSM mengedarkan kertas Inventori Minat Belajar kepada semua ahli kumpulan.2. GBKSM membaca arahan soalan kepada semua ahli kemudian meminta ahli menjawab soalan dalam tempoh 25 minit.3. Setelah selesai menjawab guru membincangkan mengenai dapatan yang diperoleh oleh semua pelajar mengikut skor dan prestasi belajar.

PENILAIAN : 1. Murid-murid dapat mengetahui skor dan prestasi belajar.

RUMUSAN : 1. Membuktikan kekuasaan Tuhan daripada sekecil-kecil benda hingga sebesar-besar perbezaan.FALSAFAH : Belajar sepanjang hayatLAMPIRAN 3UJIAN MINAT BELAJARArahan:Sila tandakan ( / ) pada item berikut sama ada pada ruangan (Y) bagi YA (bertepatan dengan diri anda) atau ruangan (T) bagi TIDAK (tidak bertepatan dengan diri anda).BilPernyataan (Item)YT

1.Saya bangun pada pukul 5.00 pagi setiap hari

2.Saya seronok pergi ke sekolah

3.Saya datang 20 minit lebih awal sebelum sekolah bermula setiap hari

4.Saya pulang 30 minit lebih lewat selepas tamat masa persekolahan setiap hari

5.Saya membaca akhbar setiap hari

6.Saya membaca sekurang-kurangnya sebuah novel setiap bulan

7.Saya membaca sekurang-kurangnya 2 buah majalah akademik (seperti Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Kuntum, Pintar dll) setiap bulan

8.Saya selalu menonton berita TV pada pukul 8.00 malam ataupun mendengar berita radio

9.Saya menelaah buku-buku pelajaran 2 jam setiap malam sebelum tidur

10.Saya suka pada semua kawan yang sekelas dengan saya. Kepada kawan yang lebih pandai daripada saya, lagi saya suka

11.Saya suka kepada semua guru. Saya tidak segan berjumpa mereka apabila saya ada masalah berkaitan dengan mata pelajaran

12.Saya suka semua mata pelajaran

13.Saya cemburu melihat kawan-kawan mendapat markah yang tinggi bagi setiap ujian atau peperiksaan

14.Saya minum segelas susu atau minuman bersusu setiap hari

15.Saya berasa tidak senang duduk selagi kerja rumah yang diberi oleh guru belum lagi disiapkan

16.Saya rasa perjuangan belajar tidaklah seberat perjuangan tentera di perbatasan atau di medan perang

17.Saya insaf dan sedar bahawa keluarga dan bangsa menaruh harapan yang tinggi pada saya

18.Saya tidak kecewa dengan gelagat kawan-kawan yang suka menyindir atau memperli dengan kata-kata yang menyakitkan hati kerana terlalu komited (menumpukan sepenuh usaha dan perhatian) dengan perjuangan belajar. Misalnya mereka berkata Jangan ganggu profesor kita, dia nak masuk universiti, Kaki bodek cikgu, Ulat buku dan sebagainya. Sebenarnya di dalam hati, saya senang dengan kata-kata itu

19.Saya rasa guru yang suka marah-marah dan berleter-leter apabila saya tidak menyiapkan kerja sekolah adalah guru yang baik dan dihormati

20.Dalam diam-diam saya berazam; Aku akan kejutkan kawan-kawan dan guru-guruku. Aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan

Jumlah Skor

PENGIRAAN SKOR DAN PRESTASI BELAJAR

Kira jumlah jawapan

1. Bilangan YA X 5 = _______________

2. Bilangan TIDAK X 2 = _______________

3. Jumlah Skor (A B) = _______________

Skima Prestasi Belajar

Cemerlang : 79 100Anda pelajar yang unggul (ideal). Anda adalah pelajar yang matang dan dewasa. Anda berjiwa kental. Lulus dengan cemerlang sudah pasti berada dalam genggaman anda. Masa depan anda bagai bulan purnama yang dipagari bintang bergemerlapan. Mengekalkan usaha dan tabiat belajar sedia ada menjadikan jalan anda menuju kejayaan bertambah terang benderang.

Amat Baik : 65 78Anda pelajar yang dinamik. Anda sanggup menghadapi cabaran perjuangan belajar. Anda bakal memperoleh kejayaan yang cemerlang. Apabila anda dapat mengekalkan tabiat belajar anda, sudah pasti kejayaan menanti anda dengan senyuman.

Baik : 51 64Anda boleh lulus dalam peperiksaan. Sifat-sifat positif ada dalam diri anda. Tetapi awas! Anda boleh terjerumus sekiranya anda tidak berhati-hati. Anda perlu memperbaiki mana-mana kelemahan diri sebelum terlambat.

Sederhana : 41 50Kelulusan anda dalam peperiksaan tidak dapat dipastikan. Sifat-sifat positif dan gigih dalam diri anda tidak mencukupi. Anda perlu berjumpa GBKSM bagi memulihkan semangat belajar anda. Segera bertindak sebelum anda terlambat. Jangan tunggu sehingga nasi menjadi bubur!!!

Lembab : 37 40Kejayaan tidak dapat diharapkan sekiranya anda berada dalam kategori ini. Anda berjiwa lemah dan tidak sanggup menghadapi cabaran. Anda perlu bersegera berjumpa GBKSM. Jika anda berbuat demikian, peluang anda terbuka semula. Kenapa mesti tunggu sehingga nasi benar-benar menjadi bubur!!!

Mengecewakan : Bawah 36Anda pelajar yang berjiwa terlalu lemah, tiada disiplin dan cita-cita. Anda hanya menunggu masa untuk berhenti sekolah sahaja. Anda datang ke sekolah kerana terpaksa. Anda perlu berjumpa GBK setiap hari bagi mendapatkan nasihat. Bagaimanapun kelemahan anda masih dapat dipulihkan. Sebenarnya, anda masih mempunyai harapan. Jika anda terus berputus asa, orang lain makan nasi dan anda makan air bubur sahaja!

AKTIVITI 4

BIDANG: AkademikTAJUK: Dialog Bersama Guru Dan Ibu BapaOBJEKTIF: Pada akhir aktiviti murid dapat :1. Mengenalpasti masalah murid-murid.2. Mewujudkan kumpulan sokongan yang mantap untuk membantu perubahan tingkahlaku murid-murid.MASA: 60 minit (mengikut temujanji) SASARAN: Murid GALUSBAHAN: TiadaLANGKAH:1. Ibu bapa dan guru kelas dipanggil untuk satu pertemuan dengan murid dan GBK..2. GBK menjalankan aktiviti taaruf.3. GBK menjelaskan tentang objektif program dan peranan setiap pihak untuk membantu perubahan sikap murid.4. Ibu bapa dan guru digalakkan untuk bersoal jawab.

PENILAIAN: 1. Ibu bapa, guru kelas dan murid memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam menjayakan program ini.

RUMUSAN: 1. Murid-murid merasakan diri mereka lebih dihargai dan diberi sokongan untuk berubah.FALSAFAH: Ingatlah orang yang tersayang.

AKTIVITI 6

BIDANG: AkademikTAJUK: Motivasi (Anjakan Diri)Objektif: Pada akhir aktiviti murid dapat :1. menyedmari akan pentingnya melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita.2. memahami bahawa setiap kerja yang hendak dilakukan memerlukan perancangan yang betul.MASA: 60 minitSASARAN: Murid GALUSBAHAN: Bola plastik 50 biji dan bakul.LANGKAH:1. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan.2. Satu kumpulan diberikan 50 biji bola plastik sebagai penyerang.3. Satu kumpulan lagi sebagai pertahanan.4. GBKSM sebagai pengadil dan memegang bakul.5. Kumpulan penyerang dikehendaki memasukkan bola plastik ke dalam bakul.6. Masa yang diberikan selama 2 minit.7. Setelah masa tamat, kumpulan pertahanan pula menjadi penyerang untuk memasukkan bola plastik ke dalam bakul.8. Kumpulan yang dapat memasukkan bola plastik ke dalam bakul paling banyak dikira sebagai pemenang.

PENILAIAN: 1. Soal jawab dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling.RUMUSAN: 1. Aktiviti ini menunjukkan betapa penting seseorang itu perlu berusaha dan bekerjasama untuk menjadi pemenang.

FALSAFAH: Usaha tangga kejayaan

AKTIVITI 7

BIDANG:AkademikTAJUK :Pengurusan Masa OBJEKTIF:Pada akhir aktiviti murid dapat:-1. Mengenalpasti apa yang mereka lakukan dalam satu hari.2. Menyenaraikan jenis aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut.MASA : 60 minitSASARAN:Murid GALUSBAHAN : Kertas A4, pen dan pen warna.

LANGKAH:1. Guru Bimbingan Kaunseling meminta pelajar mengenali potensi diri dan kelemahan diri.2. Murid menjalankan aktiviti dengan bantuan GBK. GBK membantu murid mengenalpasti aktiviti harian yang dilakukan oleh murid.Cth: solat, bermain, menonton televisyen, belajar dan membuat kerja rumah.

PENILAIAN: Murid mengetahui kepentingan mengurus masa dengan bijak.

RUMUSAN : 1. Perlunya disiplin kendiri yang mantap dalam menentukan pengurusan masa.2. Murid lebih peka tentang menepati masa.

FALSAFAH : Masa itu emas

AKTIVITI 8

BIDANG : AkademikTAJUK : Kemahiran MendengarOBJEKTIF: Pada akhir aktiviti murid dapat :1. mengetahui kemahiran mendengar yang berkesan.2. mengenalpasti halangan yang mempengaruhi dalam proses mendengar.3. mempertingkatkan konsentrasi dalam pembelajaran.MASA:60 minitSASARAN : Murid GALUS.BAHAN : Radio, kertas A4LANGKAH:1. Guru memperdengarkan rakaman berita di radio. Apabila tamat, minta beberapa orang murid menceritakan semula semua tajuk berita yang didengar tadi.2. Perdengarkan semula rakaman yang sama dan minta murid mendengar sambil mencatat isi-isi penting yang mereka dengar.3. Guru meminta beberapa orang murid menceritakan semula apa yang mereka dengar dengan merujuk catatan yang mereka buat.

PENILAIAN: 1. Murid-murid perlu memberi perhatian dan tumpuan semasa proses pembelajaran dijalankan.

RUMUSAN: 1. Guru memberi penekanan tentang pentingnya menumpukan perhatian dan membuat catatan apabila mendengar sesuatu.

FALSAFAH: Belajar dengan cara mendengar lebih baik daripada melihat.

AKTIVITI 9

BIDANG : AkademikTAJUK :Kemahiran Bertanya OBJEKTIF: Pada akhir aktiviti murid dapat :1. menggunakan kemahiran bertanya dalam aktiviti pembelajaran2. berani untuk mengemukakan soalan.3. Meningkatkan prestasi akademik sekiranya selalu menggunakan kemahiran bertanya.MASA : 60 minitSASARAN: Murid GALUSBAHAN :Gambar Perdana Menteri / Gambar guru-guru sekolah / gambar sekolah.LANGKAH:1. GBK menayangkan gambar berkaitan dengan menggunakan LCD.2. GBK meminta murid membina soalan berpandukan kaedah siapa, apa, bagaimana, di mana, bila dan bagaimana.3. GBK membuat ulasan / komen mengenai soalan yang dikemukakan oleh murid. PENILAIAN: Murid berani mengutarakan soalan dan pandangan tentang gambar yang ditayangkan.

RUMUSAN : 1. Kemahiran menyoal boleh melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis.2. Melalui kemahiran menyoal murid dapat menambah maklumat yang mereka tidak ketahui.

FALSAFAH : Malu Bertanya Kurang Pengetahuan Hilang Pedoman

AKTIVITI 10

BIDANG : AkademikTAJUK : Kemahiran MengingatOBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat :1. Memberi peluang ahli menganalisis sikap diri sendiri.2. Menjentik minda dan mencuit hati budi.MASA: 60 minitSASARAN: Murid GALUSBAHAN : Kertas A4, sampul surat dan pensel.LANGKAH:1. Sediakan 4 atau 5 situasi yang bersifat kontekstual kepada pengalaman ahli. :i. Di kantin sudah ramai yang berbaris, saudara sangat lapar.ii. Di tepi jalan kelihatan orang buta melintas jalan.iii. Semasa di dalam kelas, guru marah kerana murid bising dan saudara juga didenda.iv. Saudara tahu kawan saudara berbohong mengatakan dia sakit perut, sebab itu dia tidak datang latihan rumah sukan v. Kawan saudara diugut oleh senior, sekiranya tidak diberi duit pelindungan.2. Isikan setiap sampul surat dengan satu situasi dan gambar kerangka orang lidi3. Guru meminta ahli mengambil satu sampul surat yang mengandungi arahan bagi analisis situasi itu.4. Minta ahli renungkan selama 15 minit situasi yang mereka dapat dan catatkan pada ruang kosong kerangka orang lidi.5. Guru meminta setiap ahli secara bergilir-gilir menyatakan apa yang difikirkan, apa yang dirasakan dan apa yang akan dilakukan ataupun sudah dilakukan sekiranya sudah berhadapan situasi itu.6. Guru membuat rumusan aktiviti yang dijalankan.

PENILAIAN: 1. Murid-murid perlu memberi perhatian dan tumpuan semasa proses pembelajaran dijalankan.

RUMUSAN: 1. Apa yang difikirkan sama ada benar-benar tahu baik buruk, rasa suka kepada perkara baik dan akan melakukan sesuatu yang baik bergantung kepada ilmu, iman dan amal.

FALSAFAH: Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

AKTIVITI 11

BIDANG : Akademik TAJUK : Pengukuhan Bengkel Latih Tubi OBJEKTIF:Pada akhir aktiviti murid dapat :1. Menguasai kemahiran yang ditentukan dalam mata pelajaran tertentu yang dibengkelkan. 2. Menunjukkan peningkatan prestasi dalam pelajaran.MASA : 60 MinitSASARAN : Pelajar GALUSBAHAN :Buku nota, alat tulis dan keperluan mengikut mata pelajaran.LANGKAH:1. GBK membuat temujanji dengan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) atau Ketua Panitia untuk persediaan bahan serta menjadi fasilitator bengkel. 2. GKMP atau Ketua Panitia memberikan latih tubi kepada murid-murid dan membimbing mereka untuk menyelesaikannya.3. Latih tubi itu boleh diulang beberapa kali sekiranya murid-murid belum dapat menguasai kemahiran yang telah disampaikan kepadanya.

PENILAIAN : 1. Murid harus menguasai kemahiran yang disampaikan oleh guru

RUMUSAN: 1. Membuktikan kepentingan latih tubi dalam meningkatkan prestasi akademik.

FALSAFAH : 1. Sedangkan parang kalau diasah menjadi tajam, inikan pula akal manusia.

AKTIVITI 12

BIDANG: AkademikTAJUK: : Perkongsian Rasa (Lawatan Sekolah Bestari )OBJEKTIF:Pada akhir aktiviti murid dapat:1. Mengetahui bahawa mereka juga boleh berjaya seperti murid yang lain.2. Memahami bahawa dengan perkongsian rasa dapat menambah semangat mereka untuk LULUS dalam peperiksaan.3. Pendedahan kepada peluang pendidikan yang lebih luas dan menarik.MASA: 360 minitSASARAN: Murid GALUSBAHAN: Tiada.LANGKAH:1. GBK mendapatkan murid yang sebelum ini dikenalpasti Galus tetapi telah berjaya menjadi murid cemerlang.2. GBK merancang dan menetapkan tarikh dan tempat lawatan.3. GBK memohon kebenaran PPD.4. GBK membuat temujanji dengan tempat lawatan.5. GBK membawa murid-murid ke tempat lawatan.6. Murid yang dipilih perlu berkongsi pengalaman mereka belajar sehingga berjaya menjadi seorang murid yang berjaya.7. GBK perlu menggalakkan murid bersoal jawab dan berkongsi perasaan bersama.8. Akhirnya, GBK perlu membuat penegasan falsafah aktiviti dan bedah pasca program ini.

PENILAIAN: 1. Murid akan dapat melihat sendiri kejayaan yang dikecapi oleh mereka yang sudah berjaya dan sama-sama berkongsi pengalaman dan kejayaan.

RUMUSAN: 1. Guru memberi penekanan kepada murid-murid bahawa mereka boleh berjaya sekiranya sanggup berusaha gigih untuk berjaya.

FALSAFAH: Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih

JADUL GRAF PRESTASILAMPIRAN 5Ujian / Mata PelajaranMata PelajaranPeratus Keseluruhan

Tahun Lepas

Ujian 1

Ujian 2

Pertengahan Tahun

Ujian 3

Ujian 4

Percubaan

Akhir Tahun

Target

LAMPIRAN 6GRAF PRESTASI DIRI

MARKAH

JENIS UJIAN

LAMPIRAN 7KEMANA ANDA

UPSR( ) SEKOLAH BERASRAMA PENUH( ) SM. AGAMA( ) SM. HARIAN ( ) SM BESTARI( ) SEKOLAH KLUSTER

PMR( ) MRSM( ) SM. BERASRAMA PENUH( ) MAKTAB TENTERA DIRAJA( ) SM. TEKNIK( ) SM. HARIAN BIASA( ) PUSAT GIAT MARA ( ) IKM

SPM( ) TINGKATAN 6( ) MATRIKULASI / UNIVERSITI( ) INSTITUSI PERGURUAN( ) POLITEKNIK( ) ILP( ) IKM( ) INSTITUSI LAIN

STPM( )UNIVERSITI( ) INSTITUSI PERGURUAN( ) POLITEKNIK( ) ILP( ) IKM( ) INSTITUSI LAIN