Prosedur pratikal 1 sce3073

Embed Size (px)

DESCRIPTION

a

Citation preview

Langkah-langkah prosedur di lapangan1. Satu kawasan di sekitar IPG dipilih sebagai lokasi pengumpulan sampel.2. Satu bulatan dibuat di atas tanah dengan menggunakan benang berukuran 1m. Daun-daun diasingkan sekiranya kawasan pilihan diliputi dengan daun-daun kering.3. Makrofauna yang ditemui disebalik daun-daun kering yang diasingkan tadi direkodkan.4. Saru sampel tanah (tidak melebihi 3cm) dikumpulkan ke dalam bikar sebanyak 1L.5. Sampel dimasukkan ke dalam plastic, diikat dan dilabelkan.6. Maklumat sebagaimana yang diminta di dalam jadual direkodkan sebelum kembali ke makmal.Langkah-langkah prosedur di dalam makmal:A. Penentuan pH tanah1. Kira-kira 2 gram tanah diambil dan dimasukkan ke dalam piring petri.2. Tanah dibasahkan dengan penunjuk universal.3. Perubahan warna penunjuk dibandingkan dengan carta warna pada botol penunujuk supaya nilai pH tersebut ditentukan dan direkodkan.

B. Mengeluarkan organisma-organisma tanahMikrofauna1. Taburkan sedikit sampel tanah (1spatula) secara nipis di atas agar-agar yang telah disediakan di dalam piring perti.2. Piring petri ditutup dan dibiarkan tanpa diganggu selama beberapa jam.3. Mikrofauna yang mungkin hadir diperhatikan menerusi mikroskop.Mikroflora1. 2ml air suling diisikan ke dalam bikar.2. 1 spatula tanah dimasukkan ke dalam bikar dan dilarutkan.3. Larutan dituangkan ke dalam piring petri yang telah disteril dengan menggunakan penitis.4. Piring petri dipenuhkan dengan medium cair agar-agar.5. Piring petri ditutup dan dieramkan selama 2 hari.6. Mikroflora yang tumbuh diperhatikan dengan menggunakan kanta tangan selepas 2 hari.Makrofauna1. Tanah dalam plastik dituangkan ke atas dulang/kertas.2. Makrofauna yang ditemui dikumpulkan dalam tanah dengan menggunakan tangan.3. Tanah tersebut ditapis dan makrofauna yang ditemui direkodkan.4. Corong tulgren dan bikar mengandungi formalin di bawah hujung corong disediakan.5. Sampel tanah diletakkan ke atas jaring dawai corong tulgren.6. Lampu dihidupkan dan dibiarkan selama 2 hari.7. Selepas 2 hari, kandungan formalin diperiksa.