36

PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015
Page 2: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

PROSIDING

KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

(RCIS 2015)

PENGUKUHAN PENGAJIAN ISLAM MELALUI 3i “INSPIRASI, INTELEKTUAL, INOVASI”

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

Page 3: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

PROSIDING

KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

(RCIS 2015)

5-6 November 2015

HOTEL KOBEMAS MITC, MELAKA

Page 4: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

KETUA EDITOR

En. Mohd Sufiean Hassan (KUIM)

SIDANG PENYUNTING

En. Mohd Izzuddin Mohd Noor (KUIM)

Pn. Muslihah Mazlan (KUIM)

Pn. Saharia Ismail (KUIM)

Cik Farrah Yazmin Aziz (KUIM)

Cik Nur Farhana Dahalan (KUIM)

Cik Fatimah Nadirah Mohd Noor (KUIM)

Pn. Hana Duerama (KUIM)

Dr. Shahrulanuar Mohamed (UTeM)

Dr. Sazelin Arif (UTeM)

Page 5: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

PROSIDING

KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015 (RCIS 2015)

HAKCIPTA KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA, 2015

1436H

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,

ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa jua cara sama ada

secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis

daripada Pusat Penyelidikan dan Pembangunan, Inovasi, Kreativiti dan Pengkomersialan

Kolej Universiti Islam Melaka.

ISBN : 978-967-12078-6-4

@ 2015

Penerbit

Kolej Universiti Islam Melaka,

KM 45, Kuala Sungai Baru

78200 Melaka

06- 3877915 / 06-3877916

Page 6: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

KANDUNGAN

PRAKATA

Penghasilan Komik Jawi Dan Penggunaannya Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran

Zulina Ahmad Zawawi

1

Keberkesanan Kelas Takmir Dalam Pengajian Hadis Di Masjid Daerah

Melaka Tengah: Pendekatan Dan Penyelesaian

Azmi Budin

11

Metodologi Pembelajaran Berasaskan Hasil (OBE) Sebagai Model Inovasi

Dari Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Ilmuan Islam

Siti Zuraydah Binti Md Jenil Suzana binti Ab Rahman, Ronizam Ismail, Nurul

Afiqah Abd Rahman

29

Kekerapan Penggunaan Masdar Sarih Berbanding Masdar Mu‘Awwal Dalam

Surah Al-Baqarah Ayat 1-100

Akmarina Binti Mohd Salwai

41

Hypnoteaching Sebagai Metode Pembelajaran: Aplikasi Dan Kesesuaian

Dalam Pengajian Islam

Rusli Abdul Roni

53

Inovasi dalam Pengajaran Kursus-Kursus Asas Islam (Wajib MQA) di IPTS:

Perlaksanaan Pendekatan Pembelajaran Aktif (Active learning)

Abd. Rashid bin Abdul Halim @ Jaafar

65

Peningkatan Minat Dan Pemahaman Pelajar Di Dalam Subjek Pengajian

Islam Menerusi Penggunaan Video Dari Youtube

Fauziah Mohd Noor

71

Kaedah Pengurusan Disiplin Pelajar Di Pondok Bustanul Arifin, Banting

Selangor : Satu Sorotan Kajian Lepas

Muslihah Mazlan

81

Correlation Between Religous Sociocultural Context And Attitude Towards

Science Among Malaysian Religious Schools Students

Azman Yusof

91

Pembiayaan Rumah Menerusi Kontrak Musharakah Mutanaqisah Di Institusi

Perbankan Islam Malaysia. Pendekatan Sorotan Literatur Sistematik

Rahisam Ramli & Ahmad Dahlan Salleh

97

Kaedah Pendidikan Pembangunan Islami Untuk Institusi Pengajian Tinggi

(IPT) Islam Serantau: Pengalaman Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan

Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM

Mohd Shukri Hanapi & Siti Nur Afiqah Shafie

117

Page 7: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

Penerapan Elemen Perubahan Sejarah Dalam Kajian Pemikiran Islam Semasa

Muhamad Razak Idris

133

Penghayatan Agama Dan Kesejahteraan Psikologi Dalam Kalangan Anggota

Tentera Darat Malaysia

Wan Norhayati Wan Othman

143

Model Pengurusan Dana Dan Sumbangan Bencana Mangsa Banjir Berasaskan

Indeks Syariah Malaysia

Azman Ab. Rahman, Irwan Mohd Subri, Ahmad Wifaq Mokhtar, Hishomudin

Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Norzulaili Mohd Ghazali, Nuradli Ridzwan

Shah Mohd Dali, Mahazan Abdul Mutalib, Mohd Noorizzuddin Nooh & Mohd

Faez Abu Bakar

161

Tahap Kefahaman Masyarakat Terhadap Konsep Tanah Adat Dan Undang-

Undang Tanah Adat: Kajian Di Negeri Sembilan

Azman Ab. Rahman & Ahmad Anis Muhd Fauzi

169

Faktor-Faktor Berlakunya Perceraian Di Kalangan Orang Islam Di Negeri

Melaka

Mohamad Taufik Mukhtar & Mohd Azam Yahya

183

Sumbangan dan Peranan Institusi Wakaf: Analisis Sejarah Silam

Razali Othman & Rohayu Abdul Ghani

193

Salah Laku Dalam Pemilu Di Indonesia Menurut Perspektif Hukum Islam

Muhammad Al Mansur& Abdul Basir Mohamad

203

Maqasid Syariah Dalam Undang-Undang Kebebasan Beragama Di Malaysia

Adam Badrulhisham & Farrah Wahida Mustafar

217

Sukuk Sebagai Instrumen Penjanaan Dana Untuk Pembangunan Hartanah

Umat Islam

Ab Rahim Ibrahim & Mohd Azam Yahya

229

Pemikiran Dawam Rahardjo Dalam Penafsiran

Muhd Najib Abd Kadir & Rino Riyaldi

237

Pemikiran Hadith Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor

Nik Mohd Zaim Ab Rahim & Monika @ Munirah Abd Razzak

249

Keilmuan Turath Dalam Kesarjanaan Pengajian Islam

Ghazali Darusalam

263

Potensi Jepun sebagai Halal Hub - Makanan Halal di Timur Jauh: Satu

Tinjauan

Norunnajjah Ahmad & Sazerin Arif

271

Page 8: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

Penggunaan Istilah Dan Qawl Mu‟tamad Dalam Mazhab Shafi‟i

Mohd Aizul Ismon & Muhamad Alif Arif

279

Waqf: Tracing Its Glorious Footprints In Socioeconomic Development of

Ummah

Razali Othman & Rohayu Abdul Ghani

295

Page 9: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

PRAKATA

Assalamualaikum WRT. WBT dan Salam Sejahtera

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNYA buku prosiding

Konvensyen Serantau Pengajian Islam 2015 dapat diterbitkan dengan jayanya. Saya juga

ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang idea,

tenaga dan masa bagi menghasilkan dokumen yang bermakna ini.

Konvensyen Serantau Pengajian Islam ini merupakan konvensyen yang berbentuk

persidangan yang akan mengumpulkan isu dan maklumat mutakhir berkaitan Pengajian Islam

masa kini. Konvensyen ini melibatkan penyertaan dari negara serantau seperti Indonesia,

Brunei dan Singapura.

Pada hemat saya, peredaran masa yang kian pantas memerlukan perubahan yang

holistic dari segi perancangan, cara kerja, sasaran dan juga strategi serta kaedah untuk

mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Diharap konvensyen ini dapat dijadikan platform

bagi ilmuan Islam untuk menyebarkan idea dalam perkongsian dan percambahan minda

untuk menggapai kesejahteraan umat Islam sejagat.

Adalah menjadi perhatian dan harapan saya agar ilmu-ilmu Pengajian Islam yang

diterapkan dalam diri segenap individu sekaligus dapat membangunkan diri dan seterusnya

boleh membawa perubahan pada agama, keluarga, masyarakat dan bangsa. Diharap

konvensyen ini dapat membentuk dan membangunkan manusia yang tidak hanya tertumpu

pada ilmu ukhrawi malah diintegrasikan dengan ilmu duniawi yang menjadikannya satu

kurikulum pendidikan yang begitu unik dan seimbang antara akal dan wahyu.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang

terlibat dalam merealisasikan Konvensyen Serantau Pengajian Islam 2015 ini. Adalah

menjadi harapan saya agar semua yang dirancang dapat dilaksanakan dengan penuh hemah

dan sistematik dan mengambil kira keperluan semasa serta aspirasi dalam menggapai

kejayaan yang diimpikan dan mencapai objektif konvensyen ini.

Profesor Dr. Haji Mohd Taib bin Haji Dora

Naib Canselor

Kolej Universiti Islam Melaka

Page 10: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

PENGHASILAN KOMIK JAWI DAN PENGGUNAANNYA DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN

Zulina binti Ahmad Zawawi

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

IPG Kampus Tawau, Sabah

[email protected]

089-951250/951264

ABSTRAK

Kajian ini adalah berkaitan satu inovasi yang dihasilkan untuk meningkatkan minat pelajar

dalam proses pengajaran dan pembelajaran jawi. Inovasi yang dihasilkan berbentuk komik

bertulisan jawi. Inovasi dihasilkan sebagai usaha untuk meningkatkan minat pelajar dalam

pembelajaran jawi di samping sebagai usaha mengekalkan kelangsungan tulisan jawi sebagai

bahan bacaan dalam kalangan masyarakat. Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauhmana

keberkesanan penggunaan komik jawi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian

dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang mengikuti kursus Program Persediaan Ijazah Sarjana

Muda Perguruan Pengkhususan Pendidikan Islam (PPISMP) di Institut Pendidikan Guru

Kampus Tawau, Sabah semasa mereka mengikuti kursus PIM1054 Pengantar Jawi, salah satu

subjek major bagi pengkhususan Pendidikan Islam. Data kajian diambil melalui temubual dan

soal selidik ke atas pelajar-pelajar PPISMP pengkhususan Pendidikan Islam. Temubual

meliputi 4 aspek iaitu penggunaan komik, minat, motivasi dan kelangsungan bahan bacaan

jawi dalam masyarakat. Soal selidik pula mengandungi soalan-soalan terbuka dan tertutup

berkaitan penggunaan komik dan kesannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Data

temubual dianalisis mengikut tema manakala data soal selidik dianalisis secara peratus.

Dapatan daripada kajian ini menunjukkan peningkatan minat yang sangat ketara dalam

kalangan pelajar terhadap penggunaan komik dalam pembelajaran jawi di samping dapat

meningkatkan motivasi mereka untuk terus menggunakan bahan bacaan jawi sebagai salah

satu sumber rujukan.

Kata kunci: Penghasilan komik jawi, penggunaan komik jawi, pengajaran dan pembelajaran

Page 11: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

KEBERKESANAN KELAS TAKMIR DALAM

PENGAJIAN HADIS DI MASJID DAERAH MELAKA TENGAH:

PENDEKATAN DAN PENYELESAIAN

Azmi Budin

Kolej Universiti Islam Melaka

[email protected]

ABSTRAK

The role of „takmir‟ class in Hadith education at mosque in Melaka is a continuos effort

towards to spread Islam to Muslim community in appreciate prophet‟s sunnah in their life and

to practice it for achieving the good life in here and hereafter. A research was conducted at

five mosques in district of Malacca center as namely mosque ar Rabbani Tangga Batu Pekan,

mosque Wahdi as- Siddiq Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, mosque as-Shuhada Terendak

Camp, mosque Al-Rahmah Bukit Kechil, Bukit Rambai and mosque al-Ghufran Bertam Ulu.

The method of collecting data for the research was through questionnaire and observation.

The result shows that the subject of Hadith played the important role in enhance society‟s

understanding; expose the important of „takmir‟ class and at once establishing the role of

mosque in spreading Islamic knowledge. The research also shows to us that hadith education

was applicable with all groups of Muslim community in improving their knowledge towards

sunnah of prophet and awareness about the important of to learn this subject of hadith. The

research also shows to us that hadith education can be improve about its effectiveness

through the diversity of teaching and learning methodology by „takmir‟ teacher.

Page 12: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

METODOLOGI PEMBELAJARAN BERASASKAN HASIL (OBE)

SEBAGAI MODEL INOVASI DARI PENDEKATAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN ILMUAN ISLAM

Siti Zuraydah Md Jenil, Suzana Ab Rahman, Ronizam Ismail & Nurul Afiqah Abd

Rahman

Jabatan Inovasi Perniagaan, Fakulti Inovasi Perniagaan dan Perakaunan,

Kolej Universiti Islam Melaka, Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini mengkaji bagaimana kesepaduan konsep ilmu pembelajaran dan pengajaran ilmuan

Islam seperti Ibnu Khaldun, Abu Hanifah, Al-Ghazali, Al-Syatibi serta model konvensional

pendidikan oleh Model Jamaluddin dan Model Wan Bakar diterapkan dalam pendekatan

Pembelajaran Berasaskan Hasil (OBE) di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Pembelajaran

Berasaskan Hasil (OBE) ini merupakan sistem pembelajaran dan pengajaran baharu yang

telah diperkenalkan pada awal tahun 2007 melalui agensi kelayakan Malaysia dan

Kementerian Pengajian Tinggi yang berperanan menjamin sistem kualiti pengajaran dan

pembelajaran di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Pendekatan OBE ini adalah berpusat

kepada pelajar berbanding dengan pembelajaran tradisional yang berpusat kepada pensyarah

atau tenaga pengajar. Analisa ini dilakukan melalui kaedah kualitatif di mana data-data

diperolehi daripada sumber kedua iaitu pengumpulan kajian lepas. Hasil daripada analisis

data kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa terdapat teknik pembelajaran dan

pengajaran yang dipraktikkan oleh tokoh ilmuan telah diterapkan di dalam Pembelajaran

Berasaskan Hasil (OBE) di institusi pengajian tinggi. Ini menunjukkan pendekatan OBE ini

merupakan kaedah P&P yang telah diinovasikan melalui konsep ilmu pembelajaran dan

pengajaran ilmuan Islam yang berkesan dalam proses melahirkan modal insan yang seimbang

dari sudut duniawi dan ukhrawi. Oleh itu, kefahaman dan kesedaran para pendidik dan pelajar

terhadap Pembelajaran Berasaskan Hasil (OBE) yang mempunyai nilai-nilai Islam adalah

penting bagi merangka dan merancang strategi aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang

lebih berkesan. Dengan itu, pendidikan telah ditafsirkan oleh cendekiawan sebagai

pemindahan nilai-nilai dari generasi ke generasi sama ada ilmu atau kemahiran, di mana

nilai-nilai ini dibentuk oleh falsafahnya yang diisikan melalui fragmen pendidikan. Justeru

itu, pendidikan memainkan peranan dalam melahirkan insan yang dinamik dalam semua

aspek kehidupan.

Kata Kunci: Pendekatan OBE, Model Ilmuan Islam, Pembelajaran dan Pengajaran (P&P)

Page 13: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

KEKERAPAN PENGGUNAAN MASDAR SARIH BERBANDING MASDAR MU

‘AWWAL DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 1-100

Akmarina Mohd Salwai

Pusat Bahasa dan Pengajian Umum

Kolej Universiti Islam Melaka

ABSTRAK

Masdar merupakan salah satu elemen penting dalam kata nama Arab yang mempengaruhi

struktur pembinaan dan pembentukan sesuatu ayat. Analisis Masdar Sarih dan Masdar

Mu„awwal dianggap penting bagi menjelaskan kekeliruan yang sering timbul sekitar

perbezaan pola (wazan) dan penggunaan partikelnya. Objektif kajian adalah untuk

menganalisis Masdar Sarih dan Masdar Mu„awwal, mengklasifikasikannya mengikut pola

(wazan) dan partikel serta membandingkan aspek aplikasi kekerapannya dalam surah al-

Baqarah. Metode kajian yang digunakan adalah metode kepustakaan, pengumpulan data,

kuantitatif dan komparatif. Kajian merujuk kepada Tafsir al-Qur„an, kitab-kitab nahw dan

sarf, pelbagai mu‟jam Arab-Arab dan Arab-Melayu. Bahan kajian utama adalah sumber

daripada i‟rab al-Quran al-karim dan tafsir al-Qurtubi. Walaubagaimanapun kajian ini hanya

memfokuskan 100 ayat surah al-Baqarah. Setiap Masdar Sarih yang terdapat dalam 100 ayat

surah al-Baqarah dikategorikan mengikut pola (wazan) manakala Masdar Mu„awwal

mengikut partikel serta dianalisis dalam bentuk jadual dan graf bagi mengetahui kekerapan

masdar yang paling tinggi. Dapatan kajian menunjukkan 114 kali penggunaan Masdar Sarih

paling tinggi berbanding Masdar Mu„awwal hanya 12 kali. Melalui análisis graf yang

dilakukan juga didapati penggunaan wazan paling tinggi adalah wazan bagi Masdar Sarih

Thulathi iaitu wazan 38 فعل kali dan wazan paling rendah adalah wazan paling rendah adalah ,

hanya 1 kali manakala penggunaan partikel paling tinggi bagi Masdar فعال dan فعلى فعلا

Mu„awwal adalah partikel 8 أن kali dan paling rendah adalah partikel لو dan 1 أ kali. Kajian

berkaitan Masdar Sarih dan Masdar Mu„awwal amat penting dalam pembelajaran bahasa

Arab iaitu dari aspek pembinaan struktur ayat yang bersistematik kerana kebanyakan pelajar

seringkali mengalami kekeliruan sama ada diperingkat sekolah menengah, kolej dan

universiti.

Kata Kunci: Masdar Sarih, Masdar Mu„awwal, analisis bandingan, kekerapan, al-Baqarah

ayat 1-100

Page 14: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

HYPNOTEACHING SEBAGAI METODE PEMBELAJARAN:

APLIKASI DAN KESESUAIAN DALAM PENGAJIAN ISLAM

Rusli Abdul Roni

Jabatan Bisnes dan Sains Sosial

Kolej Pengajian Asas dan Umum

Universiti Tenaga Nasional Bandar Muadzam Shah, Pahang

[email protected]

HP: +6012 3197613

ABSTRAK

Hypnoteaching merupakan improvisasi dari sebuah metode pembelajaran dan pendidikan. Ia

merupakan gabungan dari lima metode belajar mengajar, seperti quantum learning,

accelerate learning, power teaching, Neuro-Linguistic Programming (NLP) dan hypnosis.

Hypnoteaching hadir dengan pendekatan konseptual baru dalam bidang pendidikan,

pembinaan dan sekaligus “pencerahan dan pengubatan” terhadap para siswa yang

bermasalah. Metode ini melibatkan fikiran sedar dan fikiran bawah sedar peserta didik. Ianya

merupakan perpaduan antara kedahsyatan ilmu hipnosis dengan kemuliaan ilmu pendidikan.

Kajian ini bertujuan untuk melihat aplikasi dan penerapan metode hypnoteaching dalam

pembelajaran serta kesesuaiannya dalam pengajian Islam. Kajian ini bersifat tinjauan

konseptual yang dijalankan menggunakan pendekatan kajian (metodologi) tinjauan

kepustakaan dengan menerokai literatur dan sumber-sumber berkaitan tajuk perbahasan ini.

Dapatan kajian ini diharap dapat memberi sumbangan kepada khazanah warisan intelektual

dan pembangunan sistem pendidikan negara yang kreatif inovatif dan energetik.

Kata Kunci: Hypnoteaching, Pendidikan, Aplikasi, Pengajian Islam.

Page 15: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

INOVASI DALAM PENGAJARAN KURSUS-KURSUS ASAS ISLAM (WAJIB MQA)

DI IPTS: PERLAKSANAAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN AKTIF (ACTIVE

LEARNING)

Abd. Rashid Abdul Halim @ Jaafar

Universiti Kuala Lumpur-Malaysian Spanish Institute

[email protected]

ABSTRAK

Perkembangan dunia teknologi yang semakin pantas turut menuntut perubahan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan pembelajaran tradisional yang lebih berpusatkan

guru atau pensyarah kurang menepati kecenderungan dan minat pelajar. Pendekatan terkini

seperti pendekatan pembelajaran aktif (active learning) adalah antara pendekatan yang sesuai

dan boleh meningkatkan hasil pembelajaran bagi sesuatu kursus. Pembelajaran aktif ialah

aktiviti pembelajaran yang melibatkan aktiviti berbincang, mendengar, menulis, membaca

dan membuat refleksi yang bermakna mengenai isi pelajaran, idea-idea dan pelbagai hal yang

berkaitan dengan tajuk yang sedang dipelajari. Melalui pembelajaran aktif, guru/pensyarah

tidak dilihat sebagai pemberi ilmu semata-mata tetapi guru mesti berperanan sebagai

fasilitator mengawal aktiviti pembelajaran pelajar supaya semua dapat berperanan dan

mengambil bahagian dalam proses pembelajaran. Pengajaran kursus-kursus matapelajaran

Umum berasaskan pengajian Islam (MPU) yang menjadi kursus wajib di IPTS seperti kursus

Tamadun Islam, bukan semata-mata menyampaikan ilmu tetapi juga untuk membentuk

pelajar secara holistik. Tenaga pengajar kursus ini sewajarnya menguasai pendekatan

pembelajaran aktif sebagai paradigma baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Penulisan ini

bertujuan untuk menjelaskan perbezaan pembelajaran aktif dan pembelajaran pasif, ciri-ciri

pembelajaran aktif dan pendekatan pembelajaran aktif dalam pengajaran kursus-kursus

Matapelajaran Umum berasaskan pengajian Islam (MPU) di IPTS.

Kata Kunci: Pembelajaran Aktif, Mata Pelajaran Umum, IPTS.

Page 16: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

PENINGKATAN MINAT DAN PEMAHAMAN PELAJAR DI DALAM SUBJEK

PENGAJIAN ISLAM MENERUSI PENGGUNAAN VIDEO DARI YOUTUBE

Fauziah Mohd Noor1

School of Law,

College of Law, Government and International Studies,

Universiti Utara Malaysia,

Sintok, 06010 Malaysia

E-mail: [email protected]

Tel: 6049288061, Fax: 604-9288107

ABSTRAK

Kertaskerja ini adalah hasil daripada kajian tindakan di dalam proses Pengajaran dan

Pembelajaran bagi melihat peningkatan minat dan pemahaman para pelajar di dalam subjek

Pengenalan Undang-undang Islam (GLUP 1034) melalui penggunaan video yang diambil

dari laman sesawang Youtube. Kumpulan sasaran dalam kajian ini terdiri daripada pelajar-

pelajar yang mengambil mata pelajaran Introduction to Islamic Law (GLUP 1034) di Pusat

Pengajian Undang-undang, COLGIS, Universiti Utara Malaysia. Pelajar-pelajar ini adalah

pelajar-pelajar tahun pertama semester 1. Kajian ini memfokuskan kepada penggunaan video

dari Youtube sebagai alat bantu mengajar ketika mempelajari subjek di atas untuk melihat

peningkatan minat dan pemahaman pelajar di dalam subjek ini. Kajian ini juga bertujuan

melatih para pelajar untuk menggunakan kemahiran mendengar secara kritis (critical

listening) dan berfikir secara kritis (critical thinking). Data kajian ini dikumpulkan secara soal

selidik menerusi borang yang diedarkan kepada para pelajar. Dapatan kajian ini mendapati

penggunaan video dari Youtube dapat membantu meningkatkan minat dan pemahaman

pelajar-pelajar di dalam subjek ini.

Kata Kunci: Pengenalan Undang-undang Islam, Kaedah Kajian, Video Youtube, Alat bantu

Mengajar

1 Penulis adalah pensyarah kanan di Pusat Pengajian Undang-undang, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian

Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia. Phd (Univ. of Birmingham), Master of Laws LLM (Univ. of London), Sarjana Muda Syariah (Kepujian), Akademi Islam Universiti Malaya.

Page 17: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

KAEDAH PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR DI PONDOK BUSTANUL ARIFIN,

BANTING SELANGOR: SATU SOROTAN KAJIAN LEPAS2

Muslihah Mazlan

Akademi Pengajian Islam

Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

KM45, Kuala Sg. Baru,

78200 Melaka

[email protected]

ABSTRAK

Kertas kerja ini bertujuan membincangkan soratan kajian lepas mengenai pengurusan disiplin

di institusi pendidikan khususnya pendidikan Islam. Perbincangan mengenai sorotan kajian

lepas ini dapat memperlihatkan kecenderungan aspek yang dikaji oleh penyelidik mengenai

masalah disiplin pelajar di institusi pendidikan. Kaedah perpustakaan digunakan dalam

proses pengumpulan data bagi mengenalpasti aspek pengurusan disiplin pelajar.Kaedah

analisis tekstual dilakukan keatas kajian-kajian lepas yang berkaitan pengurusan disiplin

pelajar di institusi pendidikan. Dapatan analisis ini akan mempamerkan lompang kajian yang

masih belum dikaji oleh penyelidik.

2Kertas kerja dibentangkan di Konvensyen Serantau Pengajian Islam (RCIS 2015) anjuran Akademi Pengajian Islam (API) Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) pada 5 & 6 November 2015.

Page 18: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

CORRELATION BETWEEN RELIGOUS

SOCIOCULTURAL CONTEXT AND ATTITUDE TOWARDS SCIENCE

AMONG MALAYSIAN RELIGIOUS SCHOOLS STUDENTS

Azman Yusof, Assoc. Prof. Dr

Student Development and Campus Lifestyle

UniKL MICET

Shafiah Abdul Rashid

Kamisah Osman, Assoc. Prof. Dr

Science Department, Faculty of Education

National University of Malaysia (UKM)

ABSTRACT

A growing body of research argues that attitude towards science should be studied within the

sociocultural context of students‟ lives. In Malaysia, muslim students are strongly influenced

by religion throughout their lives, especially for those from religious boarding schools. This

descriptive study aimed to determine students‟ perception toward the relationship between

science and religion (PTSR) and its correlation with attitude towards science (ATS). 208

respondents were picked randomly from three National Religious Secondary School (Sekolah

Menengah Kebangsaan Agama, SMKA) in the state of Malacca, Malaysia. Two sets of Likert

scale questionnaires were used to measure RSR and ATS among students. The first set aimed

to categorize students' perceptions of RSR into Conflict, Independent Domain, Dialog or

Integrated categories whilst the second set was used to assess the ATS in six constructs;

Value of Science in Society, Motivation in Science, Enjoyment of Science, Anxiety Towards

Science, Self Concept in Science and Correlation Between Science And Religion. The

outcomes showed that all SMKA students fall into the positive RSR categories of Dialogue

and Integration. For ATS, all three SMKAs gain high statistical mean points in all six

constructs. Furthermore Pearson correlation showed a moderate correlation between RSR and

ATS (r = 0.406). The implication of this study is that school leaders should promote the

integration of science-religion culture in schools as a strategy to enhance positive attitude

towards science.

Keywords: Culture Of Science, Religious Culture, Attitudes, Perceptions, Sociocultural

Context.

Page 19: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

PEMBIAYAAN RUMAH MENERUSI KONTRAK MUSHARAKAH

MUTANAQISAH DI INSTITUSI PERBANKAN ISLAM MALAYSIA.

PENDEKATAN SOROTAN LITERATUR SISTEMATIK3

Rahisam Ramli

Akademi Pengajian Islam

Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

KM45, Kuala Sg. Baru, 78200 Melaka

[email protected]

Ahmad Dahlan Salleh

Pensyarah Kanan, Jabatan Syariah

Fakulti Pengajian Islam

43600 UKM Bangi, Selangor

[email protected]

ABSTRAK

Pembiayaan Musharakah Mutanaqisah (MM) mempunyai struktur yang lebih unik kerana

boleh mengurangkan tempoh pembiayaan dan mempercepatkan hak pemilikan. Namun

perbahasan MM masih kurang dianalisis menggunakan pendekatan sorotan literatur

sistematik berbanding sorotan literatur secara naratif dan tematik. Sorotan literatur sistematik

boleh meningkatkan pembuktian dengan terperinci dan berkesan terhadap sesuatu

permasalahan. Sumber pencarian literatur diambil dari pangkalan data secara dalam talian

dan perpustakaan. Sebanyak 47 artikel sebagai sumber utama untuk dianalisis. Analisis kajian

mendapati sebanyak 46 artikel (98%) kajian MM diperolehi menerusi dalam talian dari

pelbagai sumber seperti buku, kertas kerja persidangan, artikel elektronik, jurnal dan tesis.

Manakala sebanyak 1 bahan (2%) sorotan literatur diambil dari pangkalan data bukan talian

di Perpustakaan UM. Kajian mendapati bentuk konseptual mendominasi fokus utama dalam

kajian MM berbanding bentuk empirikal. Dari aspek cadangan pula, sorotan literatur MM

tertumpu pada model pengiraan MM yang lebih seimbang, penentuan kadar sewa yang lebih

praktikal, pemindahan risiko kepada pelanggan dan kaedah perlindungan risiko jika wujud

kes penamatan awal. Kajian ini merumuskan terdapat keperluan untuk melakukan kajian

lanjutan terhadap aspek yang kurang mendapat perhatian bagi menambah baik pelaksanaan

MM dalam perbankan Islam.

Katakunci: pembiayaan rumah; musharakah mutanaqisah; perbankan Islam; sorotan literatur

sistematik;

3 Kertas kerja dibentangkan dalam Konvensyen Serantau Pengajian Islam 2015 (Regional Convention on Islamic Studies

2015), anjuran Akademi Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), pada 5-6 November 2015, di Hotel

KOBEMAS MITC Melaka.

Page 20: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

KAEDAH PENDIDIKAN PEMBANGUNAN ISLAMI UNTUK INSTITUSI

PENGAJIAN TINGGI (IPT) ISLAM SERANTAU: PENGALAMAN PUSAT KAJIAN

PENGURUSAN PEMBANGUNAN ISLAM (ISDEV), UNIVERSITI SAINS

MALAYSIA (USM)4

Mohd Shukri Hanapi5 & Siti Nur Afiqah Shafie

6

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)

Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

Universiti Sains Malaysia .

Tel: 04-6532665; Faks: 04-6532124

E-mel: [email protected] /[email protected]

ABSTRAK

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM),

Pulau Pinang muncul di tengah-tengah bidang sains sosial lazim yang menjadi ibu kepada

ilmu pembangunan lazim. Meskipun begitu, kaedah pendidikannya tetap tidak boleh

mengikuti falsafah dan kaedah-kaedah ilmu sains sosial lazim itu. Sains sosial lazim

dicorakkan oleh tasawur lazim, manakala Pembangunan Berteraskan Islam (PBI) dicorakkan

oleh tasawur Islam. Persoalannya apakah kaedah pendidikan pembangunan Islami yang

diguna pakai di ISDEV? Adakah kaedah pendidikan tersebut sesuai diaplikasikan di institusi-

institusi pengajian tinggi (IPT) Islam serantau? Bagi menjawab kedua-dua persoalan ini,

kertas kerja ini mempunyai dua tujuan. Pertama, mengenal pasti kaedah pendidikan PBI yang

digunakan di ISDEV. Kedua, menganalisis kesesuaian penggunaan kaedah pendidikan PBI

tersebut di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) Islam serantau. Bagi tujuan pertama,

kertas kerja ini akan memfokuskan perbincangan kepada tiga perkara utama. Pertama,

membincangkan struktur organisasi ISDEV. Kedua, membincangkan kaedah pengajaran dan

pembelajaran (PDP) di ISDEV. Ketiga, membincangkan program pengajian dan kurikulum

PBI di ISDEV. Bagi tujuan kedua pula, kertas kerja ini akan membincangkan faktor-faktor

yang boleh menjadi platform kepada pemakaian kaedah pendidikan ISDEV di institusi-

institusi pengajian tinggi (IPT) Islam serantau, seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi,

majoriti penduduk yang beragama Islam, berpegang kepada akidah dan fahaman Ahli Sunnah

Wal Jama„ah (ASWJ) (Mazhab Syafi„i menjadi ikutan utama), penguasa pendidikan di

institusi pengajian tinggi yang beragama Islam, dan dipimpin oleh orang Islam. Akhirnya

kertas kerja ini merumuskan bahawa kaedah pendidikan PBI yang digunakan di ISDEV itu

adalah sesuai diaplikasikan di institusi-institusi pengajian tinggi Islam serantau kerana ia

dibina beracuankan tasawwur Islam.

Kata kunci: pendidikan, pembangunan Islami, institusi, pengajian tinggi serantau

4 Abstrak kertas kerja yang disediakan untuk Konvensyen Serantau Pengajian Islam 2015 (Regional Convention on Islamic

Studies 2015), anjuran Akademi Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), pada 5-6 November 2015, di

Hotel KOBEMAS MITC Melaka. 5 Mohd Shukri Hanapi ialah Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains

Malaysia (USM), Pulau Pinang. 6 Siti Nur Afiqah Shafie ialah Pensyarah di Akademi Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Kuala Sg.

Baru, Melaka.

Page 21: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

PENERAPAN ELEMEN PERUBAHAN SEJARAH

DALAM KAJIAN PEMIKIRAN ISLAM SEMASA

Muhamad Razak Idris, Ph.D

Fakulti Pengajian Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

[email protected]

ABSTRAK

Wacana perubahan sejarah sudah dibincangkan dengan meluas dalam kajian kesarjanaan

klasik dan moden sebagaimana misalnya terkandung dalam teori falsafah dan ketamadunan

oleh Ibn Khaldun ( 1332-1406), Mulla Sadra (1571-1640), (G.W.F Hegel (1770-1831) dan

A.J.Toynbee (1889-1975) Malik Bennabi (1905-1973). Wacana perubahan sejarah ini

mengandungi banyak elemen ilmu tentang sejarah dan peradaban yang menunjukkan

kehidupan dan ketamadunan manusia hari ini berada dalam satu proses perubahan yang

berterusan. Manakala perubahan sejarah itu bersifat dinamik dalam erti ia terikat dengan

pelbagai faktor dalaman dan luaran peradaban itu sendiri yang saling bertindakbalas secara

rasional antara mereka. Elemen-elemen ilmu dari wacana perubahan sejarah ini penting

diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kajian pemikiran Islam semasa di

peringkat pengajian tinggi. Penerapan elemen perubahan sejarah dalam kajian pemikiran

Islam semasa dilihat satu bentuk nilai tambah ilmu yang bermakna dalam menyegarkan

perspektif dan memperluaskan kerangka motif pengenalan kajian. Penerapan ini akan

membantu dalam memperlihatkan proses perjalanan sejarah ketamadunan secara menyeluruh

dari segi faktor-faktor yang membawa kepada perubahannya secara objektif dan rasional.

Pendedahan proses yang menyeluruh secara langsung akan memperlihatkan kepada pengkaji

dan mahasiswa tentang kedudukan peradaban Islam hari ini dari perspektif teori perubahan

sejarah. Kedudukan ini akan membolehkan mereka mengenal faktor dan pengaruh yang

membawa kepada kedudukan ketamadunan Islam hari ini dan menyingkap ruang-ruang baru

dalam bidang pemikiran Islam bagi menggerakkan proses perubahan dan pembaharuan

berterusan (islah dan tajdid) terutama dalam bidang pemikiran dan ketamadunan Islam hari

ini.

Kata kunci: Perubahan sejarah, pemikiran Islam semasa, tamadun Islam.

Page 22: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

PENGHAYATAN AGAMA DAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DALAM

KALANGAN ANGGOTA TENTERA DARAT MALAYSIA

Wan Norhayati Wan Othman

Institut Pengajian Siwazah

Kolej Universiti Islam Melaka

ABSTRAK

Melihat kepada keadaan semasa anggota Tentera Darat Malaysia di mana banyak masalah

yang berlaku, ramai yang berhenti awal dan niat untuk berhenti awal, jadi tujuan kajian ini

secara umumnya ialah untuk melihat keadaan kesejahteraan psikologi anggota Tentera Darat

Malaysia yang masih berkhidmat. Manakala secara khususnya tujuan kajian ini dilakukan

adalah untuk mengukur tahap kesejahteraan psikologi anggota Tentera Darat Malaysia,

melihat perbezaan min indeks kesejahteraan psikologi anggota Tentera Darat Malaysia

berdasarkan faktor demografi, melihat hubungan antara penghayatan agama dengan

kesejahteraan anggota Tentera Darat Malaysia. Kajian yang dibuat adalah dengan

menggunakan kaedah kuantitatif iaitu kajian berbentuk tinjauan di mana soalselidik telah

diedarkan kepada sampel-sampel kajian. Sampel kajian adalah seramai 3,000 orang iaitu

dalam kalangan Tentera Darat Malaysia dengan menggunakan kaedah rawak

kelompok.Instrumen dalam kajian ini terdiri daripada Skala Penghayatan Agama (SPA) dan

Skala Kesejahteraan PsikologiRyff (SKPSR). Nilai pekali kebolehpercayaan skala-skala ini

menggunakan analisa alpha Cronbach mendapati kesemuanya melebihi 70. Dapatan kajian

menunjukkan tahap kesejahteraan psikologi anggota Tentera Darat Malaysia berada di tahap

sederhana di mana seramai 493 (16.43%) anggota tentera adalah sejahtera, 1979 (65.97%)

orang anggota tentera kurang sejahtera dan 528 (17.6%) orang anggota yang tidak sejahtera.

Hasil kajian juga mendapati faktor penghayatan agama berhubungan positif dan signifikan

dengan kesejahteraan psikologi anggota Tentera Darat Malaysia.

Page 23: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

MODEL PENGURUSAN DANA DAN SUMBANGAN BENCANA MANGSA BANJIR

BERASASKAN INDEKS SYARIAH MALAYSIA

Azman Ab. Rahman, Irwan Mohd Subri, Ahmad Wifaq Mokhtar, Hishomudin Ahmad,

Noor Saazai Mat Saad, Norzulaili Mohd Ghazali, Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali,

Mahazan Abdul Mutalib, Mohd Noorizzuddin Nooh & Mohd Faez Abu Bakar

Universiti Islam Sains Malaysia (USIM)

ABSTRAK

Fenomena banjir di Kelantan yang berlaku pada penghujung tahun 2014 di beberapa daerah

seperti daerah Kota Bharu, Kuala Krai dan Tanah Merah telah melibatkan ribuan mangsa

yang terkesan dengan banjir tersebut. Fenomena tersebut telah menarik perhatian rakyat

Malaysia untuk memberikan sumbangan dan dana untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa

banjir tersebut. Namun, isu-isu berkenaan penyelewengan, salah laku, ketirisan dan integriti

pengurusan dana kewangan dan sumbangan timbul sehingga SPRM menubuhkan

jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung dan Dana Banjir bagi meningkatkan ketelusan

proses pengagihan bantuan kepada mangsa banjir. Objektif kajian ini akan mencadangkan

kerangka awal model pengurusan dana dan sumbangan kepada mangsa banjir berasaskan

Indeks Syariah Malaysia. Rekabentuk kajian ini adalah secara kualititatif dan kuantitatif iaitu

menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual serta soal selidik termasuk juga kajian

secara dokumentasi yang menggunakan kaedah induktif dengan merujuk manual dan laporan

pengurusan sebelum, semasa dan selepas bencana banjir. Hasil kajian ini akan mewujudkan

satu model pengurusan dana dan sumbangan mangsa banjir di Malaysia yang berasaskan

Indeks Syariah Malaysia. Diharapkan kajian ini dapat memberi pendedahan kepada

masyarakat terhadap pengurusan dana dan sumbangan bencana banjir dan implikasinya

terhadap mangsa bencana banjir bagi menerima sumbangan dan dana dengan lebih berkesan.

Kata kunci: Model, Pengurusan, Bana, Sumbangan, Banjir

Page 24: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

TAHAP KEFAHAMAN MASYARAKAT TERHADAP KONSEP TANAH ADAT DAN

UNDANG-UNDANG TANAH ADAT: KAJIAN DI NEGERI SEMBILAN7

Azman Ab. Rahman, Tengku Mansur Tengku Zainal Abidin, Ahmad Anis bin Muhd

Fauzi & Syed Mohd Najib Syed Omar

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

ABSTRAK

Tanah adat merupakan salah satu ciri utama dalam sistem pewarisan harta mengikut Adat

Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan secara turun-temurun sehingga

ke hari ini. Amalan undang-undang tanah adat yang sedia ada, hanya waris wanita sahaja

yang dibenarkan untuk memiliki tanah adat. Hal ini adalah untuk memelihara kaum wanita

daripada hidup berpeleseran sekali gus mengangkat martabat wanita sebagai penyambung

keturunan. Namun timbul persoalan berkaitan tahap kefahaman masyarakat pada masa kini

terhadap konsep tanah adat dan undang-undang tanah adat yang diamalkan. Justeru, objektif

kajian adalah untuk mengetahui tahap kefahaman masyarakat di daerah Rembau, Kuala Pilah

dan Tampin, Negeri Sembilan terhadap konsep tanah adat dan undang-undang tanah adat.

Kajian ini menggabungkan kaedah penyelidikan kualitatif dan kuantitatif yang melibatkan

dokumentasi, temubual dan kaji selidik. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kefahaman

masyarakat tentang tanah adat dan undang-undang tanah adat semakin berkurang dikalangan

generasi muda. Implikasi kajian ini dapat meningkatkan lagi kesedaran dan kefahaman

masyarakat tentang tanah adat dan undang-undang tanah adat menurut Syarak. Kajian

lanjutan boleh dilakukan untuk mengenal pasti kaedah yang terbaik untuk meningkatkan

kefahaman masyarakat terhadap tanah adat dan undang-undang tanah adat sama ada melalui

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ataupun pihak-pihak tertentu.

Kata kunci: Tanah Adat, Kefahaman, Masyarakat, Negeri Sembilan

7 Kertas Kerja ini dibentangkan di Konvensyen Serantau Pengajian Islam 2015 (RCIS 2015), pada 5 dan 6 November 2015,

anjuran Akademi Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) di Hotel KOBEMAS MITC Melaka. Kertas kerja

ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan yang telah diluluskan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan

dibiayai oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), kod penyelidikan: USIM/MAINS/FSU/30/40215. Setinggi-

tinggi penghargaan diucapkan kepada Universiti Sains Islam Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang telah

membiayai penyelidikan ini dan sentiasa memberikan sokongan dan galakan dalam usaha menyempurnakan penyelidikan ini.

Page 25: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PERCERAIAN DI KALANGAN ORANG

ISLAM DI NEGERI MELAKA

Mohamad Taufik Mukhtar8

Mohd Azam Yahya9

Kolej Unversiti Islam Melaka

ABSTRAK

Statistik mendapati bahawa bilangan kes perceraian yang berlaku di kalangan orang Islam di

Negeri Melaka meningkat dari tahun 2006 sehingga 2010 iaitu 726 kes pada tahun 2006 dan

meningkat sehingga 1138 kes pada tahun 201010

.Justeru itu, kertas ini adalah untuk

mengetahui faktor-faktor berlakunya perceraian di kalangan mereka. Dapatan kajian ini

diperolehi melalui sesi temubual bersama pegawai di pejabat pendaftar nikah, cerai dan rujuk

di Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Hasil kajian ini dapat membantu agensi-agensi agama

dan kerajaan dalam menangani isu perceraian di kalangan umat Islam di Negeri Melaka ini

daripada terus menular dan meningkat.

8Merupakan calon Sarjana Syariah di Kolej Universiti Islam Melaka 9Merupakan pensyarah Syariah di AkademiPengajian Islam, Kolej Universiti Islam Melaka 10Statistik ini diambil daripada laman web rasmi JAKIM yang diakses pada 5 Mac 2015

Page 26: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

SUMBANGAN DAN PERANAN INSTITUSI WAKAF:

ANALISIS SEJARAH SILAM11

Dr. Razali Othman12

Pusat Islam Universiti

UniversitiPutra Malaysia (UPM)

[email protected]

Dr. Rohayu Abdul Ghani13

Pusat Pengajian Pengurusan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

[email protected]

ABSTRAK

Institusi pendidikan, hospital, rumah-rumah geladangan (imaret), kebajikan dan tumpangan

(khan), tempat-tempat mandian (hamam), pusat-pusat perniagaan(bazaar) dan kawasan Rehat

dan Rawat (Caravanseraei) berteraskan wakaf telah dibina sejak di awal pemerintahan

kerajaan Islam lagi. Malah, selama lebih seribu empat ratus ribu tahun sejak pewujudannya,

institusi wakaf telah memainkan peranan yang cukup penting sebagai sumber pembiayaan

terhadap kewujudan serta pembangunannya. Ironiknya, masyarakat hari ini sering

mengaitkan wakaf sebagai institusi seperti masjid, surau dan tanah-tanah terbiar. Malah,

wakaf turut dikaitkan dengan institusi yang bermasalah, tidak ekonomik dan tidak berpotensi

untuk dimanfaatkan. Berlatarbelakangkan senario tersebut, kertas kerja ini ditulis dengan

matlamat untuk mencapai dua tujuan. Pertama, mengenal pasti peranan dan sumbangan

institusi wakaf daripada aspek sejarah. Kedua, membuktikan kehebatan peranan serta

sumbangan institusi wakaf masa silam. Kajian ini berbentuk kajian penerokaan. Data yang

digunakan pula diperolehi daripada kajian perpustakaan yang dianalisis dengan menggunakan

kaedah analisis kandungan dan tekstual. Dapatan kajian membuktikan bahawa institusi wakaf

yang bertunjangkan al-Quran, al-Hadith dan ijmak ulama merupakan mekanisme yang masih

relevan serta berupaya untuk menjadi katalis sebagai sumber pembiayaan penting bagi

pembangunan ummah pada hari ini.

Kata Kunci: Institusi Wakaf, Sejarah Wakaf, Sumber Pembiayaan

11 Kertas kerja ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan di bawah Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang

(LRGS) di bawah tajuk “Pelestarian Institusi Wakaf Untuk MemperkasaPendidikanPengajianTinggi”, No. Geran

LRGS/UKM/2/2013. 12Dr.Razali Bin Othman merupakan Pengarah Pusat Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) danPenyelidikBersekutu di

Pusat Pembangunan Pengurusan Islam (ISDEV), USM 13Dr.Rohayu Abdul Ghanimerupakan Pengarah Pembangunan ProfesionaldanKepimpinan (Talent- UKM)

danProfesorMadya di FakultiEkonomidanPengurusan, UniversitiKebangsaan Malaysia (UKM).

Page 27: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

SALAH LAKU DALAM PEMILU DI INDONESIA MENURUT PERSPEKTIF

HUKUM ISLAM

Muhammad Al Mansur

Jabatan Syari‟ah, Fakulti Pengajian Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor, Malaysia

[email protected]

Abdul Basir Mohamad

Professor, Pensyarah Kanan,

Fakulti Pengajian Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor

[email protected]

ABSTRAK

Pemilu (Pemilihan Umum) adalah tata cara pelaksanaan asas kedaulatan rakyat dalam Negara

Republik Indonesia berdasarkan pancasila dan Undang-Undang Dasar Negara Republik

Indonesia Tahun 1945. Dalam pelaksanaan Pemilu di Indonesia, iaitu pemilihan ahli parlimen

atau (Dewan Perwakilan Rakyat) mahupun pemilihan Presiden, serta pemilihan kepala daerah

selalu terjadinya perbuatan salah laku dalam pemilu. Pelbagai bentuk salah laku atau

pelanggaran yang terjadi seperti jual-beli undian, penipuan dalam penghitungan hasil undi,

dan lain-lain. Pada pemilu 2014 terdapat 903 kes salah laku yang ditangani oleh Mahkamah

Agung. Hal ini meningkat daripada hasil pemilu sebelumnya, pemilu tahun 2009 berjumlah

627 kes. Akibat daripada kes tersebut, Komisi Pemberantasan Korupsi (Suruhanjaya Anti

Rasuah) menjelaskan bahawa ahli parlimen yang terperangkap kedalam kejahatan rasuah

sebanyak 3600 orang. Manakala, kepala daerah seperti Gubernur dan Bupati yang terlibat

dalam jenayah rasuah sebanyak 209 orang. Permulaan dalam pemilihan wakil rakyat dan

pemimpin daerah yang salah akan melahirkan pentadbiran yang salah. Kajian ini bertujuan

untuk mengenal pasti salah laku, kes-kes salah laku dan pandangan hukum Islam terhadap

salah laku dalam pemilu yang terjadi terhadap pemilu di Indonesia. Metodologi yang

digunakan dalam kajian ini adalah metode kajian kes, iaitu dengan mengumpulkan data hasil

keputusan Mahkamah Agung yang berkaitan dengan salah laku dalam Pemilu tahun 2014.

Daripada data kes yang diperoleh, data dianalisis sesuai dengan konsep hukum Islam

menerusi dalil-dalil syarak yang berkaitan dengan salah laku, seperti al-Quran, al-Sunnah,

ijmak, qiyas, dan kaedah-kaedah fekah, serta pandangan para fuqaha yang berhubung dengan

Hukum Islam. Hasil kajian mendapati bahawa, sebagahagian kesalahan salah laku boleh

dikenakan hukuman takzir, dan sebahagiannya ia dikenakan kaffarah bagi yang melanggar

sumpah.

Kata Kunci: Salah laku, Pemilu di Indonesia, Perspektif, Hukum Islam.

Page 28: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

MAQASID SYARIAH DALAM UNDANG-UNDANG KEBEBASAN BERAGAMA DI

MALAYSIA

Adam Badrulhisham

Jabatan Usuluddin,

Akademi Pengajian Islam, KUIM

Farrah Wahida Mustafar

Jabatan Warisan,

Fakulti Sains Sosial, KUIM

ABSTRAK

Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan

pentadbiran hal ehwal Islam adalah di bawah bidang kuasa negeri.Sehubungan dengan itu,

semua negeri di Malaysia telah menetapkan undang-undang syariah mengikut kehendak dan

dasar yang ditetapkan oleh negeri masing-masing dan tidak bertentangan dengan

Perlembagaan persekutuan. Artikel ini hanya mengaitkan undang-undang negara Malaysia

dengan memfokuskan kepada kebebasan beragama. Kebebasan mempunyai keyakinan

terhadap agama tertentu merupakan hak seseorang dan tiada unsur-unsur pemaksaan dari

agama Islam. Walau bagaimanapun, konsep dan tafsiran kebebasan beragama difahami

secara berbeza-beza oleh agama Islam dan bukan Islam.Kebebasan beragama juga banyak

dibincangkan dan menjadi suatu polemik dalam masyarakat. Kebebasan beragama yang

dijelaskan oleh Islam bertepatan dengan elemen yang terdapat di dalam maqasid syariahiaitu

menjaga agama, nyawa, maruah atau keturunan dan harta. Maqasid syariah merupakan

perkara penting dalam pelaksanaan siyasah syari‟yyah kerana ia melibatkan pemerintah dan

sesebuah negara. Realitinya, prinsip asas maqasid menjadi pertikaian proses perundangan di

Malaysia dan sangat membimbangkan. Tujuan perbincangan adalah untuk melihat maqasid

syariah dalam pelaksanaan undang-undang kebebasan beragama dalam perlembagaan

persekutuan dan pelaksanaannya bagi masyarakat Islam di Malaysia. Dapatan dari penulisan

ini kelak diharap dapat memastikan kelangsungan syariah Islamiah di Malaysia bersesuaian

dengan status Negara Islam.

Kata kunci: maqasid syariah, kebebasan beragama, perlembagaan persekutuan

Page 29: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

SUKUK SEBAGAI INSTRUMEN PENJANAAN DANA UNTUK

PEMBANGUNAN HARTANAH UMAT ISLAM

Ab Rahim Ibrahim

Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan

Universiti Teknikal Malaysia

76100 Melaka Malaysia

[email protected]

Mohd Azam Yahya

Akademi Pengajian Islam

Kolej Universiti Islam Melaka

[email protected]

ABSTRAK

Sukuk perlu digembeling sebagai pendekatan yang cekap dan berkesan bagi tujuan

mengumpulkan dana dalam usaha membangunkan hartanah umat Islam. Ia perlu

dilaksanakan kerana pembangunan hartanah memerlukan dana yang besar dan ketiadaan atau

kekurangan dana yang mencukupi akan mengakibatkan hartanah yang berkedudukan

strategik serta berpotensi menjadi sia-sia. Situasi ini perlu dielakkan kerana mensia-siakan

harta termasuk dalam larangan Rasul S.A.W dan baginda telah menggalakkan agar

memanfaatkan sebahagian dari harta yang dimiliki untuk kemaslahatan ummah. Untuk itu,

persoalan dana menjadi sangat penting dan pendekatan berasaskan instrumen sukuk mampu

untuk menjana dana yang diperlukan bagi merealisasikan pembangunan ini. Penerbitan sukuk

bukan sekadar membolehkan dana untuk pembangunan dikumpulkan, bahkan ia juga boleh

menjadi instrumen pelaburan atau simpanan. Seterusnya kewujudan hartanah yang akan

menjadi aset sandaran kepada penerbitan sukuk akan memudahkan proses ini sama ada

instrumen sukuk tersebut berasaskan hutang seperti Sukuk al-Murabahah, Sukuk al-Istisna‟

dan Sukuk Salam atau berasaskan ekuiti seperti Sukuk al-Mudarabah, Sukuk al-Musyarakah

dan Sukuk al-Ijarah.

Page 30: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

PEMIKIRAN DAWAM RAHARDJO DALAM PENAFSIRAN

AYAT-AYAT AL-QUR’AN

Muhd Najib Abd Kadir

Profesor, Pensyarah Kanan

Pengajian al-Quran dan al-Sunnah

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor, Malaysia

[email protected]

Rino Riyaldi

Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah

Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor, Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Dawam Rahardjo adalah seorang tokoh pembaharu dan pentafsir di Indonesia. Sebagai

seorang pembaharu, Dawam Rahardjo berpendapat bahawa umat Islam sekarang ini berada

dalam kejumudan sehingga menyebabkan kemunduran umat. Hal ini disebabkan kerana umat

masih berpegang dengan ideologi lama baik dalam pemikiran mahupun dalam bidang

pentafsiran al-Qur‟an. Untuk membebaskan umat daripada kejumudan maka yang diperlukan

adalah pemodenan ideologi. Pemodenan ideologi yang dimaksud adalah meneroka kembali

dan membuka pintu ijtihad dalam agama. Tidak dinafikan bahawa Dawam Rahardjo telah

banyak memberikan sumbangan terhadap pemikiran Islam dalam bidang penafsiran al-

Qur‟an walaupun terkadang pentafsiran dan pemikirannya mengundang kontroversi. Kajian

ini bertujuan untuk memperkenalkan Dawam Rahardjo dan mengenal pasti beberapa

pemikiran Dawam Rahardjo dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Bagi tujuan ini analisis

data akan dilakukan dengan menganalisis beberapa karya beliau. Metodologi yang digunakan

dalam kajian ini adalah metode kepustakaan iaitu dengan menumpukan kajian terhadap

karya-karya yang ditulis Dawam Rahardjo berkenaan al-Quran. Pemerolehan data dari karya-

karyanya amat diperlukan guna membantu memahami pemikirannya dalam penafsiran ayat-

ayat al-Quran. Hasil kajian didapati bahawa pemikiran Dawam Rahardjo dalam manafsirkan

ayat-ayat al-Qur‟an bercanggah dengan pendapat majoriti ulama, dan mengandung

kontroversi, seperti penafsiran beliau tentang makna Islam, kebebasan beragama, riba dan

bunga bank, poligami dan kesetaraan jender.

Kata Kunci: Pemikiran, Dawam Rahardjo, Penafsiran, al-Qur‟an.

Page 31: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

PEMIKIRAN HADITH DR. ABDUL HAYEI ABDUL SUKOR

Nik Mohd Zaim Ab Rahim

Fakulti Tamadun Islam

Universiti Teknologi Malaysia

Jalan Sultan Yahya Petra, 54100 Kuala Lumpur

[email protected]

+6013-3593690

Monika @ Munirah Abd Razzak

Jabatan al-Qur’an dan al-Hadith

Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya, Kuala Lumpur

[email protected]

ABSTRAK

Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor merupakan seorang tokoh hadith tanah air yang banyak

menyumbangkan pemikirannya dalam bidang hadith menerusi penulisannya. Beliau

merupakan seorang yang aktif memberikan pandangan dan ulasan mengenai kefahamannya

terhadap hadith. Kertas ini bertujuan memaparkan pemikiran hadith beliau menerusi karya-

karya yang dihasilkannya. Metode analisis dokumen digunakan bagi menganalisis pandangan

dan pemikiran beliau terhadap hadith. Analisis akan memfokuskan kepada ulasan terhadap

pemikiran hadith Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor dalam beberapa karyanya dari sudut riwayah

al-hadith, dirayah hadith dan Sharh hadith. Hasil analisis mendapati Dr. Abdul Hayei Abdul

Sukor amat menitiberatkan penggunaan hadith-hadith sahih dalam berhujah. Jelasnya,

sumbangan beliau dalam memperkasakan pengajian hadith di Malaysia cukup signifikan dan

wajar diteladani oleh para pengkaji hadith hari ini.

Kata Kunci: pemikiran hadith, hadith riwayah, hadith dirayah, pengajian hadith

Page 32: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

KEILMUAN TURATH DALAM KESARJANAAN PENGAJIAN ISLAM

Dr. Ghazali Darusalam

Pengarah

Pusat Penyelidikan & Pembangunan Keluarga

Fakulti Pendidikan

Universiti Malaya, Kuala Lumpur

[email protected]

03-7967 5013 / 019-3913314

ABSTRAK

Istilah Pengajian Islam bukanlah satu terminologi yang kabur atau samar seperti yang

didakwa oleh banyak pihak khususnya daripada kalangan sarjana Barat sehinggakan memberi

kesan kepada para sarjanawan tempatan dengan meletakan semua ilmu turath Pengajian

Islam ke dalam Pengajian Oriental yang sekarang ini dikenali sebagai „Pengajian Asia‟.

Adalah kurang tepat dengan menyatakan istilah Pengajian Islam boleh jadi suatu istilah untuk

semua akademi, sedangkan setiap satu ilmu-ilmu turath dalam konteks Pengajian Islam boleh

berdiri sendiri dengan subsikuen-subsikuen ilmunya. Apatah lagi dengan mengatakan semua

ilmu-ilmu turath dalam Pengajian Islam sebagai pengislaman ilmu. Jika diteliti ilmu-ilmu

turath dalam Pengajian Islam tidak berpisah dan terpecah sebagai ulum al-Akhirah dan Ulum

al-Dunia melainkan bersatu dalam turath al-Islami. Ilmu turath Pengajian Islam mencakupi

dua aspek: Syar‟iah dan Usuluddin, sebaliknya jika kita menyebut Ilm al-Dyn (ilmu agama)

maka termasuk di dalamnya ilmu-ilmu akal seperti; matematik, sains, geografi, sejarah dan

sebagainya.

Page 33: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

POTENSI JEPUN SEBAGAI HUB- MAKANAN HALAL DI TIMUR JAUH: SATU

TINJAUAN

Norunnajjah Ahmat,

Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan

Universiti Teknikal Malaysia

[email protected]

Sazelin Arif

Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan

Universiti Teknikal Malaysia

76100 Melaka Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Artikel ini bertujuan untuk mengkaji potensi negara Jepun sebagai negara utama industri

makanan halal atau hub- halal untuk kawasan Timur Jauh. Ini kerana, industri halal masih

lagi satu perkara yang asing di Timur Jauh. Tidak dinafikan memang China merupakan

negara printis industri halal di Timur Jauh tetapi lemah dalam pelaksanaannya. Malahan

China mempunyai masalah dalam mendapat kepercayaan rakyatnya dalam industri makanan

yang sering dicemari dengan skandal pencemaran, keracunan dan kepalsuan. Kajian ini

menggunakan kaedah kualitatif yang menggarap sumber kepustakaan sebagai asas kepada

tinjauan kajian. Kepentingan kajian ini boleh dilihat kepada potensi industri halal yang bukan

hanya lagi tertumpu di negara-negara Islam bahkan di negara bukan Islam walaupun muslim

merupakan golongan yang minoriti di situ. Oleh itu, apabila Jepun memulakan langkah ke

arah industri ini, ia menonjolkan kelebihan Jepun sebagai negara yang berpotensi sebagai

negara hub-halal untuk zon Timur Jauh. Terdapat banyak faktor dari segi dalaman mahupun

luaran yang akan menyebabkan Jepun berpotensi sebagai negara hub-halal Timur Jauh dalam

masa 10 tahun akan datang. Kebarangkalian untuk Jepun menjadi pusat sumber industri halal

di Timur Jauh dan benua lain adalah tinggi berdasarkan prestasi Jepun sebagai negara yang

proaktif dan produktif.

Kata kunci: Industri Halal, Jepun dan potensi

Page 34: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

PENGGUNAAN ISTILAH DAN QAWL MU’TAMAD DALAM MAZHAB SHAFI’I

Mohd Aizul Ismon

Akademi Pengajian Islam

Kolej Universiti Islam Melaka

Muhammad Alif Md Aris

Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Mazhab Shafi‟i adalah salah satu mazhab yang muncul daam era perkembangan ilmu Islam.

Kelahiran dan kemahsyuran mazhab ini dibuktikan dengan terhasilnya pelbagai karya-karya

fiqh yang telah ditulis oleh para tokoh dan pendokong mazhab. Namun begitu, di dalam hasil

karya ini, terdapat beberapa istilah-istilah tertentu yang menunjukkan sesuatu makna tertentu

yang tidak diterangkan secara terperinci. Ini menyebabkan timbulnya kekeliruan dan

keraguan dikalangan pembaca dan pengkaji fiqh terutamanya yang baru berjinak-jinak dalam

bidang fiqh ini. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengenalpasti istilah-istilah dan autoriti

qawl mu’tamad dalam mazhab Shafi‟i. Bagi menyempurnakan kajian ini, pengkaji telah

menggunakan metode kualitatif. Kesimpulan dari kajian ini menunjukkan bahawa mazhab

Shafi‟i merupakan salah satu mazhab yang menjadi pengangan majoriti masyarakat

masyarakat Islam pada waktu ini dari sudut fiqhnya. Perkembangan mazhab ini bertitik tolak

daripada kesinambungan para fuqaha‟ Shafi‟iyyah yang meneruskan tradisi ilmu yang

berpandukan manhaj Imam Shafi‟i.

Page 35: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015

WAQF: TRACING ITS GLORIOUS FOOTPRINTS IN SOCIOECONOMIC

DEVELOPMENT OF UMMAH

Dr. Razali Othman, UPM

Dr. Rohayu Abdul Ghani, UKM

INTRODUCTION

Over 1400 years ago, Islamic Law developed and recognized a legal expedient under

the name of waqf.

Under this law of waqf, the owner is permitted to settle his property for the use of

beneficiaries in perpetuity.

Since then, waqf has turned into an increasingly important institution and source of

funding for socioeconomic development of the ummah.

Page 36: PROSIDING KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015