6
reaching out www.cmcf.my | www.stickswithyou.com | www.disebalikwajah.com.my | [email protected] | Talian Bebas: 1-800-88-CMCF (2623) BULETIN CMCF HARI KEBANGSAAN Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke - 61 Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke - 61 n The Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia | n CMCF_Malaysia | n CMCF_Malaysia EDISI KHAS

reaching out BULETIN CMCF€¦ · Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan n The Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia | n CMCF_Malaysia | n CMCF_Malaysia EDISI KHAS

  • Upload
    others

  • View
    6

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: reaching out BULETIN CMCF€¦ · Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan n The Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia | n CMCF_Malaysia | n CMCF_Malaysia EDISI KHAS

reaching outwww.cmcf.my | www.stickswithyou.com | www.disebalikwajah.com.my | [email protected] | Talian Bebas: 1-800-88-CMCF (2623)

BULETIN CMCF

HARI KEBANGSAAN

Selamat MenyambutHari Kemerdekaan

Ke - 61

Selamat MenyambutHari Kemerdekaan

Ke - 61

n The Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia | n CMCF_Malaysia | n CMCF_Malaysia

EDISIKHAS

Page 2: reaching out BULETIN CMCF€¦ · Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan n The Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia | n CMCF_Malaysia | n CMCF_Malaysia EDISI KHAS

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Mesra.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan keizinanNya, Reaching Out edisi khas Hari Kebangsaan telah berjaya diterbitkan.

Fokus utama penerbitan Reaching Out kali ini adalah mengenai Bahasa Kesat seperti yang telah dinyatakan di dalam Bahagian 2, Perenggan 6.0, Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Kod Kandungan).

Seperti yang sedia maklum, bahasa merupakan elemen yang terpenting dalam kehidupan seharian manusia dan ia juga sering dikait rapat dengan media. Hal ini kerana bahasa telah pun menjadi sebagai medium perantaraan untuk berinteraksi di antara satu sama lain.

Akan tetapi, penggunaan bahasa kasar

dan istilah yang menghina di media atau secara lisan boleh menyinggung perasaan pelbagai pihak. Lebih-lebih lagi jika bahasa tersebut bertentangan dengan tanggapan nilai murni masyarakat Malaysia.

Oleh itu, pihak Forum Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) akan sentiasa mempromosikan kawalan kendiri kepada industri dan orang awam. Ini bertujuan untuk memastikan para pengguna kekal selamat ketika menerima kandungan di medium elektronik berangkai seperti televisyen, radio, telefon pintar dan Internet.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-61 kepada seluruh rakyat Malaysia.

#sayangimalaysiaku

Terima kasih.

IMBAS KOD QR

KATA-KATA ALUAN

SALAM MESRA DARIPADA PENGERUSISALAM MESRA DARIPADA PENGERUSI

Datuk Ahmad Izham OmarPengerusi

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah rahmat dan kurniaNya, dapat lagi kita bersua dalam Reaching Out edisi khas ini.

Melihat kepada isu pencemaran bahasa yang semakin berleluasa melalui penggunaan bahasa kesat, rujukan yang kasar, ucapan bernada kebencian dan keganasan dalam golongan remaja, pihak Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) sentiasa menitikberatkan hal sedemikian dengan mempromosikan kawalan kendiri kepada pengamal industri dan orang awam.

Antara faktor luaran yang mengakibatkan hal tersebut berlaku

ialah berpunca daripada pengaruh media massa yang tidak bertanggungjawab telah disebarkan melalui medium elektronik berangkai. Ia secara tidak langsung memberi implikasi yang negatif kepada golongan remaja malah bahasa itu sendiri.

Diharapkan agar Reaching Out kali ini mampu memberi kesedaran kepada ahli industri dan orang awam mengenai kepentingan bahasa dalam kehidupan seharian. Semoga ia mampu membentuk generasi baharu yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa kini dan masa hadapan.

#budibahasabudayakita

Terima kasih.

MESEJ DARIPADA PENGARAH EKSEKUTIFMESEJ DARIPADA PENGARAH EKSEKUTIF

Mohd Mustaffa Fazil Mohd Abdan

Pengarah Eksekutif

Laman Webwww.cmcf.my

Laman Webwww.stickswithyou.com

Pusat Laman Turunwww.cmcf.my/download-centre

Laman Webwww.disebalikwajah.com.my

2

Page 3: reaching out BULETIN CMCF€¦ · Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan n The Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia | n CMCF_Malaysia | n CMCF_Malaysia EDISI KHAS

3

BAHASA TERLARANG:RUJUKAN KHUSUS INDUSTRI PENYIARAN

Pada 3 Oktober 2017 yang lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah jalinkan kerjasama dengan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), Lembaga Penapis Filem (LPF), Commercial Radio Malaysia (CRM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menjayakan Bengkel Pematuhan Kandungan Penyiaran: Bahasa Terlarang.

Bengkel tersebut turut mendapat penyertaan daripada para pemegang Lesen Pembekal Aplikasi Kandungan Individu (CASP-I).

Hasil daripada bengkel tersebut, pihak MCMC telah berjaya menggariskan sebuah Rujukan Industri Kandunganpenyiaran - Bahasa Terlarang.

Ia boleh dimuat turun secara percuma di pautan, www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Bahasa-Terlarang.pdf.

Tujuan penerbitan rujukan tersebut adalah sebagai panduan dan rujukan mengenai pematuhan penggunaan bahasa kasar, kesat dan lucah dalam penyiaran khusus kepada para pengamal industri yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyiaran tempatan.

Sebagai tambahan, para pengamal industri dan orang awam juga boleh merujuk kepada Bahagian 2, Perenggan 6.0 Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Kod Kandungan) yang memberi fokus utama terhadap Bahasa Kesat.

Demi meningkatkan kefahaman pelbagai pihak dan kaum di Malaysia, Kod Kandungan juga boleh didapati di dalam empat jenis bahasa (Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil) dan boleh dimuat turun secara percuma di pautan, www.cmcf.my/download-centre.

Bahasa Kesat yang ditafsirkan di Kod Kandungan termasuklah kata-kata makian dan tidak senonoh yang juga merupakan sesuatu yang keterlaluan bagi kebanyakan orang. Antara lain ialah seperti rujukan yang kasar, ucapan bernada kebencian dan keganasan.

Hasil usaha yang berterusan ini adalah untuk mempertingkatkan kualiti kandungan penyiaran serta meningkatkan kefahaman para pengamal industri dalam penyelarasan tafsiran dan suntingan berkaitan penggunaan bahasa terlarang.

Pengaruh media yang tidak bertanggungjawab boleh menjadi salah satu faktor luaran yang mempengaruhi penggunaan bahasa masyarakat di Malaysia terutamanya di kalangan generasi baharu terutamanya dari segi lisan dan penulisan di media sosial, contohnya.

Akibatnya ia memberi pengaruh negatif kepada pembaca dan pendengar serta menyebabkan mutu bahasa yang digunapakai di Malaysia akan merosot.

Akhir kata, semoga kedua-dua buah rujukan industri (Bahasa Terlarang dan Kod Kandungan) ini berupaya untuk membantu para pengamal industri dalam menangani isu ketidakpatuhan kandungan penyiaran.

CMCFOKUS

3

BAHASA

BAGAIMANA INGINDAPATKAN RUJUKAN KHUSUS

INDUSTRI PENYIARAN?

#

Page 4: reaching out BULETIN CMCF€¦ · Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan n The Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia | n CMCF_Malaysia | n CMCF_Malaysia EDISI KHAS

3

PERINTAH BIRO ADUAN TERHADAPRANCANGAN RADIO ‘CERIA PAGI’

Latar BelakangBiro Aduan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) telah menerima aduan daripada orang awam (Pengadu) mengenai kandungan rancangan radio 'Ceria Pagi’ yang menyatakan bahawa ia telah disiarkan pada 6 Disember 2016, pada 8.15 AM oleh Suria FM, pengendali Radio Bebas ke Udara di bawah Star Radio Group.

Pengadu mendakwa bahawa dalam rancangan tersebut, hos telah memprovokasi pelakon, Amy Mastura yang menyebabkan beliau 'melatah' dengan mengucapkan beberapa frasa yang tidak sesuai yang juga merupakan bahasa kesat, walaupun ungkapan tersebut dilakukan tanpa niat. Pengadu kemudian merujuk kepada pepatah, “jangan memprovokasi seseorang yang melatah, akibatnya tidak menyenangkan”.

Fakta dan IsuPada pagi tersebut, hos telah menemu bual pelakon dan penyanyi Amy Mastura. Hos juga telah mengetahui tingkah laku Amy Mastura bahawa beliau mempunyai tabiat untuk melatah. Hos telah bertanyakan kepada Amy Mastura, apakah beliau masih mempunyai tabiat melatah itu lagi? Beliau segera menyatakan bahawa dia telah mengatasi kebiasaannya itu. Tidak lama kemudian, terdengar bunyi yang kuat. Pada ketika itulah Amy Mastura melatah dan mengucapkan kata-kata berikut: 'Oh! P****t meletup, p*****k hantu ... p*****k hantu'.

Penjelasan Suria FMBiro Aduan telah meminta maklum balas berkenaan aduan tersebut dari Suria FM.

Maklum balas daripada Suria FM adalah seperti berikut. Kejadian tersebut berlaku pada 7 Disember 2016. Suria FM turut mendakwa, mereka terpaksa menyiarkan kandungan tersebut ke udara kerana menghadapi kesilapan mekanikal yang mengakibatkan kegagalan sistem penapisan untuk berfungsi dengan baik.

Suria FM menyesali kejadian tersebut dan langkah-langkah yang sewajarnya telah diambil demi memastikan kesilapan yang sama tidak akan berulang lagi pada masa akan datang. Suria FM juga berjanji akan memastikan dan menasihatkan semua tetamu jemputan supaya dapat mengekalkan kebiasaan yang sewajarnya ketika siaran langsung dan juga ketika siaran pra-rakaman.

Keputusan Biro AduanBiro Aduan menghargai keikhlasan daripada Suria FM dalam mengakui kesalahan dan jaminan mereka untuk mematuhi peraturan undang-undang yang diletakkan pada mereka sebagai penyiar. Biro Aduan akan menggunakan maklum balas Suria FM ketika melakukan pertimbangan.

Walau bagaimanapun, Biro Aduan turut bersetuju dengan Pengadu bahawa Amy Mastura sengaja diprovokasi oleh hos Suria FM yang telah mengetahui mengenai tabiat atau kelakuan melatah beliau.

Biro Aduan berpendapat bahawa Suria FM mengambil risiko apabila memprovokasi Amy Mastura secara sengaja dengan menimbulkan bunyi bising ketika beliau memberi maklum balas kepada soalan yang

diajukan oleh Suria FM. Tiada kesalahan yang harus dikaitkan dengan Amy Mastura sebagai tetamu jemputan rancangan tersebut kerana beliau hanya mangsa keadaan usikan. Sepatutnya Suria FM perlu berpegang kepada pepatah, “jangan mencetuskan orang yang melatah, akibatnya boleh menjadi tidak menyenangkan”.

Arahan Pelanggaran dan SekatanBerdasarkan tindakan dan risiko yang dilakukan oleh Suria FM, Biro Aduan memutuskan bahawa Suria FM telah melanggar Bahagian 2, Perenggan 6.1 Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Kod Kandungan) kerana menyiarkan bahasa kesat atau rujukan yang kasar yang bertentangan dengan jangkaan penonton secara langsung.

Atas alasan yang dinyatakan, dan setelah mempertimbangkan faktor pengurangan Suria FM, Biro Aduan mengenakan denda sebanyak RM6,000.00. Berdasarkan pemerhatian Biro Aduan juga, sejak program tersebut disiarkan ke udara, kandungan tersebut telah menyinggung banyak pihak di pelbagai medium termasuklah di Internet dan media cetak.

KAJIAN KES

4

Page 5: reaching out BULETIN CMCF€¦ · Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan n The Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia | n CMCF_Malaysia | n CMCF_Malaysia EDISI KHAS

25 Jul Latihan Kod Kandungan Pejabat Eksekutif CMCF27 Jul Mesyuarat Kriteria Nutrien Bagi Polisi Larangan Pengiklanan Makanan Dan Minuman Yang Tinggi Kandungan Lemak, Garam Dan Gula Bil. 1/2018 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Putrajaya27 Jul Mesyuarat Kriteria Nutrien Bagi Polisi Larangan Pengiklanan Makanan Dan Minuman Yang Tinggi Kandungan Lemak, Garam Dan Gula Bil. 1/2018 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Putrajaya

OGOS 20186 Ogs Latihan Kod Kandungan-Manis FM Husa Network Sdn. Bhd., Kuala Terengganu, Terengganu7 Ogs Seminar Kepentingan Kawalan Kendiri Dalam Kebebasan Media TH Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu, Terengganu10 Ogs Sesi Bersama Industri Penyiaran: Pelaksanaan Polisi Larangan Pengiklanan Makanan dan Minuman Yang Tinggi Kandungan Lemak, Garam dan Gula Bangunan Lama MCMC, Cyberjaya14 Ogs Program Kesedaran Keselamatan Siber Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) 15-19 Ogs Program Train The Trainer Merrida Hotel, Klang20 Ogs Wawancara Bersama News Straits Time Pejabat Eksekutif CMCF26 Ogs Taklimat Pencegahan Buli Siber SMK Bandar T6, Kluang, Johor29 Ogs Latihan Kod Kandungan Pejabat Eksekutif CMCF

25-27Apr Program “Management of Workplace Violence 2018” Hospital Shah Alam, Selangor

MEI 20182 Mei “Public Lecture in Conjuction with World IP Day 2018” Bangunan Lama MCMC , Cyberjaya3 Mei Bicara BH - Kuasa di Hujung Jari Balai Berita NSTP, Bangsar, Kuala Lumpur21 Mei Latihan Dalaman CFM - “How to Design and Develop, Implement & Manage Effective Events” Bangunan Lama MCMC, Cyberjaya25 Mei Bicara Sinar - Sejauh Mana Kebebasan Di Bawah Pakatan Harapan Dewan Karangkraf, Shah Alam, Selangor

JUN 20185 Jun Bengkel Kawal Kendiri dan Keselamatan Internet Sekolah Kebangsaan Padang Temu, Melaka25-26 Jun 2018 ATRC Over-The-Top (OTT) Dialogue Grand Hyatt, Kuala Lumpur

JULAI 20186 Jul Media Prima Hari Raya Aidilfitri Open House 2018 Hilton Hotel, Kuala Lumpur10 Jul CTPR Advance I - (CMCF) Bangunan Lama MCMC, Cyberjaya14 Jul Hari terbuka Pusat Internet Gunung Hilir, Gunung Keriang, Kedah Pusat Internet Gunung Hilir, Gunung Keriang, Alor Setar Kedah10 Jul Perbincangan Bengkel Pengiklanan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Putrajaya

6

ACARA-ACARA

Untuk menjemput pihak Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) bagi tujuan sebarang program dan/atau taklimat, anda boleh menulis kepada Pengarah Eksekutif CMCF melalui cara-cara tersebut:

1 Menulis surat kepada Pejabat Eksekutif CMCF (seperti yang tertera di muka surat 6)2 Faks kepada 03-7954 12603 E-mel kepada [email protected]; atau4 Hubungi Pejabat Eksekutif di talian bebas tol 1-800-88-CMCF (2623)

* Untuk lihat senarai penuh acara, sila layari www.cmcf.my/news-events-archive

ACARA-ACARA LEPAS APRIL – OGOS 2018APRIL 20181 Apr Karnival Sebenarnya.my Pantai Eco Park, Lembah Pantai, Kuala Lumpur5 Apr Bicara BH-MCMC - Buat Duit: Beralih ke e-Dagang Balai Berita NSTP, Bangsar, Kuala Lumpur6 Apr Latihan Dalaman CFM - “Managing Media Relations and Press Conference” Bangunan Lama MCMC, Cyberjaya10 Apr “Star Rating Award 2018” Bengkel untuk Penyiaran Bangunan MCMC Tower 1, Cyberjaya12 Apr Wawancara bersama Sin Chew Pejabat Eksekutif, CMCF13 Apr Latihan Dalaman CFM - “How To Write Effective Reases Rebuttals and Features” Bangunan Lama MCMC, Cyberjaya15 Apr Program Permata hati Dewan II D’Ark, Jalan Paroi, Negeri Sembilan 17 Apr Bicara BH-MCMC - Internet dan Pilihan Raya Balai Berita NSTP, Bangsar, Kuala Lumpur17 Apr Ceramah Kawal Selia Kendiri dan Keselamatan Internet SMK Bukit Kepayang, Seremban 2, Negeri Sembilan19 Apr Bengkel Kawal Selia Kendiri dan Keselamatan Internet Four Points by Sheraton, Sandakan, Sabah19 Apr “The Second Technology Revolution” PR Talk Glenn Osaki Leo Burnett Malaysia, Kuala Lumpur20-21Apr 14th National Symposium on Adolescent Health UiTM, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan 25 Apr Latihan Kod Kandungan Pejabat Eksekutif CMCF

5

Page 6: reaching out BULETIN CMCF€¦ · Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan n The Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia | n CMCF_Malaysia | n CMCF_Malaysia EDISI KHAS

MEDIA LIPUTAN

Bagaimanakah Cara Membuat Aduan?Semua aduan haruslah dalam bentuk bertulis. Sekiranya anda terdengar atau terlihat kandungan yang tidak sesuai, anda boleh membuat aduan kepada Biro Aduan dengan:1 Menulis terus kepada: Pengerusi Biro Aduan CMF Unit 1206, Blok B, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1, Jalan 16/11, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.2 Faks kepada 03-7954 12603 E-mel kepada [email protected]; atau4 Isikan Borang Aduan di atas talian di www.cmcf.my

Sila berikan maklumat berikut yang dapat membantu pihak CMCF menjalankan siasatan:• jenis program kandungan, sama ada iklan dan sebagainya• maklumat mengenai bila dan di mana kandungan itu disiarkan• apa yang anda fikirkan salah mengenai kandungan tersebut

Biro Aduan mahu menyelesaikan aduan secepat mungkin, maka, lebih banyak maklumat yang dihantar, lebih cepatlah Biro dapat bertindak.

FORUM KANDUNGAN KOMUNIKASIDAN MULTIMEDIA MALAYSIA

6