3
REFLEKSI HAMIZA BIN ZAINI 711206-05-5439 UNIT PJK 2 PPG AMBILAN FEBRUARI 2014 Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3142) adalah satu kursus yang wajib diambil oleh peserta Program Pensiswazahan Guru (PPG) major Pendidikan Jasmani. Pendidikan Jasmani Suaian adalah merupakan satu aspek penting yang perlu diambil kira oleh seorang guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di sekolah rendah. Ianya bertujuan memberi pengetahuan dan pengalaman tentang kesesuaian aktiviti pelajar berkeperluan khas agar dapat memenuhi aspirasi objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan generasi seimbang dari aspek jasmani, intelek, emosi dan rohani. Justeru bagi memenuhi sukatan kursus ini, saya diberikan tugasan secara berkumpulan, yang mana tugasan tersebut memerlukan saya merancang program lawatan ke Sekolah Pendidikan Khas atau Integrasi bagi tujuan pengalaman berasaskan sekolah (PBS) dan seterusnya membuat pengajaran mikro. Bagi menjayakan program ini, kelas PPKI SK Astana Raja, Rembau iaitu tempat saya bertugas. Program ini telah saya laksanakan pada 05 September 2014. Secara peribadinya, saya amat bersyukur kehadrat Illahi, kerana dengan izin Nya program yang saya rancang telah berjalan dengan lancar dengan jayanya.

Refleksi Pj Suaian

Embed Size (px)

DESCRIPTION

r

Citation preview

REFLEKSI

HAMIZA BIN ZAINI711206-05-5439UNIT PJK 2PPG AMBILAN FEBRUARI 2014

Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3142) adalah satu kursus yang wajib diambil oleh peserta Program Pensiswazahan Guru (PPG) major Pendidikan Jasmani. Pendidikan Jasmani Suaian adalah merupakan satu aspek penting yang perlu diambil kira oleh seorang guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di sekolah rendah. Ianya bertujuan memberi pengetahuan dan pengalaman tentang kesesuaian aktiviti pelajar berkeperluan khas agar dapat memenuhi aspirasi objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan generasi seimbang dari aspek jasmani, intelek, emosi dan rohani.

Justeru bagi memenuhi sukatan kursus ini, saya diberikan tugasan secara berkumpulan, yang mana tugasan tersebut memerlukan saya merancang program lawatan ke Sekolah Pendidikan Khas atau Integrasi bagi tujuan pengalaman berasaskan sekolah (PBS) dan seterusnya membuat pengajaran mikro. Bagi menjayakan program ini, kelas PPKI SK Astana Raja, Rembau iaitu tempat saya bertugas. Program ini telah saya laksanakan pada 05 September 2014. Secara peribadinya, saya amat bersyukur kehadrat Illahi, kerana dengan izin Nya program yang saya rancang telah berjalan dengan lancar dengan jayanya. Salah satu tugasan yang perlu dilakukan dalam program ini adalah sesi pengajaran mikro. Dengan adanya kursus Pendidikan Jasmani Suaian ini, ianya dapat dijadikan garis panduan kepada saya dan rakan-rakan dalam merangka RPH dan merancang serta mengenal pasti aktiviti yang sesuai dengan murid yang mempunyai berkeperluan khas. masalah pembelajaran serta dapat merasa dan pengalaman mengajar murid-murid ini. Saya dapat rasakan bahawa bukan mudah untuk mendekati serta mengajar murid-murid ini. Ianya amat memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Kerana murid-murid ini mempunyai tabiat dan karenah yang sukar diramal. Di samping itu, kadangkala penerangan serta arahan yang berulang kali perlu diberikan kepada murid-murid ini agar mereka faham dan tahu apa yang kita kehendaki.

Melalui PBS pula,saya dapat mengetahui proses-proses yang dilakukan bagi mengenal pasti murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Selain itu, saya dapat merasakan sendiri suasana dan persekitaran yang dikelilingi oleh murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Sememangnya ianya merupakan pengalaman yang amat berharga bagi diri saya. Kerana ianya amat berguna kepada diri saya sebagai seorang pendidik.

Sesungguhnya melalui pembelajaran PJM 3142 ini, juga memberikan kesedaran kepada saya bahawa tanggungjawab untuk memberikan pendidikan kepada murid yang bermasalah pembelajaran dan dan peluang yang sama rata untuk melakukan aktiviti. Agar mereka dapat mengecapi keseronokan seperti murid arus perdana.Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kursus PJM 3142 ini, iaitu Tuan Haji Abd Halim bin Md. Saleh dan Encik Bisshukri bin Matrop yang banyak memberikan tunjuk ajar, nasihat serta bimbingan.

.

(HAMIZA BIN ZAINI)