Refleksi Program Bina Insan Guru

Embed Size (px)

DESCRIPTION

refleksi

Citation preview

REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU (FASA III)PERINGKAT IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN TAHUN 2015Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikut program khidmat masyarakat bersempena dengan kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Telang yang terletak berhampiran dengan Sungai Koyan, Kuala Lipis pada 5 Mac 2015. Saya berasa begitu bersyukur dan sangat gembira selepas menjalankan program khidmat masyarakat ini. Hal ini disebabkan kerana BIG kali ini diadakan di sekolah yang menimpa banjir yang teruk baru-baru ini. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya perolehi daripada aktiviti ini.

Kami telah mengadakan mesyuarat kali pertama bagi BIG Fasa III di kafe. Mesyuarat kali ini adalah untuk memilih Ahli Jawatankuasa bagi BIG Fasa III. Sarthishwaran A/L Rajendran sebagai pengerusi, manakala Law Xian Hern sebagai Naib Pengerusi. Chia Hui Ying pula sebagai setiausaha dan penolongnya ialah Andak Zaini A/K Chu. Sebelum bersurai, ketua mengumumkan mesyuarat kali kedua akan diadakan pada hari 19 Januari 2015 (Isnin).

Mesyuarat kali kedua ini diadakan pada 19 Januari 2015 (Isnin) pukul 8 malam di Dewan Kuliah B. Encik Sarudin bin Md Amin selaku penyelaras BIG ini telah memberi taklimat BIG kepada kami semua. Taklimat tersebut tentang aktiviti BIG kali ini akan mengadakan gotong royong di SK Kuala Telang. Sekolah tersebut merupakan sekolah yang paling teruk dilanda banjir. Tinggi paras air di sekolah tersebut sampai ke tingkat kedua. Selepas mesyuarat, semua Ahli Jawatankuasa diminta menunggu sebentar untuk mengagihkan tugasan masing-masing. Oleh sebab kekangan masa, jadi tarikh BIG Fasa III terpaksa bertunda pada hari 3 Mac 2015.

Mesyuarat kali ketiga diadakan pada 25 Feburari 2015, pada pukul 8.30 malam di dewan kuliah B. Talimat tugasan BIG diberi oleh Encik Sarudin untuk membahagikan tugasan kepada AJK masing-masing. Perkara yang penting adalah menjaga penampilan, tingkah laku serta identiti sebagai seorang bakal guru semasa di sekolah. Beliau mengumumkan bahawa BIG Fasa III 2015 ditetapkan di Sekolah Kebangsaan Kuala Telang di Sungai Koyan pada hari 5 Mac 2015, Hari Khamis.

Kami bertolak pada pukul 7.30 pagi dengan berpakaian baju IPG. BIG kali ini disertai kelima-lima unit, iaitu unit Pengajian Cina, unit Pengajian Melayu, unit Pemulihan, unit Muzik, dan unit Sains. Pada pagi , kelima-lima unit telah berkumpul di Dataran Bestari, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan tepat pada pukul 7:30am. Kesemua guru pelatih lelaki diminta untuk mengangkat dan meletakkan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk aktiviti gotong-royong, seperti kereta sorong, penyapu, berus cat, dan sebagainya ke dalam ruang penyimpanan bas IPG. Selepas siap segala persediaan, kami bertolak ke SK Kuala Telang tepat pada pukul lapan pagi dengan menaiki bas IPG dan terdapat segelintir guru pelatih yang pergi bersama-sama dengan pensyarah pembimbing dengan menaiki kereta. Oleh sebab perjalanan menuju ke SK Kuala Telang adalah agak sempit, pemandu bas adalah susah untuk menghantar kami sampai di sekolah tersebut. Guru-guru pelatih diminta untuk berjalan kaki ke sekolah berkenaan. Namun demikian, disebabkan sikap keprihatinan guru-guru SK Kuala Telang dan para pensyarah pembimbing yang sanggup memandu kereta masing-masing untuk menghantar kami ke sekolah secara bergilir-gilir, semua guru pelatih berupaya untuk sampai di sekolah dalam masa selama 25 minit.

Apabila sampai di sekolah, guru-guru SK Kuala Telang mengalu-alukan kedatangan kami dengan hati yang terbuka. Selepas itu, kami telah diberi taklimat oleh Guru Penolong Kanan 1 (PK1), Encik Fazeli Bakar mengenai pembahagian tugas gotong-royong, misalnya mengecat dinding sekolah, melukis dan mewarnakan mural pada dinding yang sudah dilakar, membersihkan kelas-kelas, mengemaskan bilik sains, dan sebagainya.

Selepas selesai pembahagian tugas, PK1 pun memperkenalkan guru besar SK Kuala Telang, Encik Abdul Rani bin Akob kepada para guru pelatih. Guru besar megucapkan selamat datang kepada kami dan beliau juga memberi taklimat pendek untuk memperkenalkan SK Kuala Telang. Menurut taklimat beliau, sekolah ini mempunyai 14 orang guru dan 60 orang murid. Beliau juga mengatakan bahawa suasana di SK Kuala Telang memang harmoni dan keharmonian kawasan sekolah ini menyediakan tempat pembelajaran yang kondusif dan selesa kepada murid-murid. Namun demikian, sekolah tersebut telah mengalami banjir yang teruk, iaitu paras air meningkat sampai ke tingkat atas bangunan sekolah. Selepas kejadian banjir, terdapat golongan sukarelawan yang sanggup membantu dalam pembersihan supaya suasana sekolah boleh menjadi ceria semula.

Selepas taklimat daripada guru besar, guru-guru pelatih pun mula menuju ke tempat masing-masing untuk menjalankan tugas yang telah dibahagikan tadi. Kumpulan saya mendapat tugasan untuk mengecat dan melukisl di kelas tahun 3. Kami telah diberikan peralatan-peralatan yang secukupnya seperti sarung tangan, cat, berus cat, bekas dan plastik sampah. Tanpa melengahkan masa, kami meneruskan kerja-kerja melukis murel tersebut. Kami membaiki semula murel yang terdapat di sekolah itu. Pengalaman melukis murel memang sangat mencabar tetapi lama- kelamaan, saya rasa sangat seronok. Pada pukul 10.30 pagi kami menikmati juadah makanan yang telah disediakan oleh pihak IPG di sana sebagai sarapan pagi kami. Semua guru pelatih memberikan komitmen yang padu untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Selepas berahat 30 minit kami meneruskan semula kerja kami.

Pada pukul 1.00 tengah hari kami telah dihidangkan dengan jamuan makan tengah hari di kantin sekolah. Memandangkan perut kami semua telah memberikan isyarat lapar, maka kami terus beratur untuk mengambil makanan. Sambil makan, kami berborak-borak mesra dengan rakan-rakan lain yang gotong-royang di kawasan yang lain. Setelah selesai memenuhkan perut, kami menyambung kerja-kerja melukis murel. Sudah pukul 3.00 petang, kami masih lagi melukis murel. Kumpulan lain yang melaksanakan aktiviti gotong royong membantu kami untuk menyiapkan tugasan kami. Walaupun panas terik kami sanggup melaksanakan tugasan kami untuk menceriahkan kawasan sekolah. Pada pukul 4.00 petang kami berjaya menyelesaikan kerja-kerja melukis murel di kawasan sekolah. Kami berasa puas hati dengan hasil kerja kami semua.

Selepas kerja kami selesai, guru guru sekolah tersebut melawat tempat kami melukis murel. Mereka terpegun dengan hasil kerja kami. Mural yang dilukis sangat cantik dan menarik perhatian para guru dan murid yang belajar di sekolah itu. Bakat melukis yang ada dalam diri guru pelatih dapat dicungkil melalui lukisan mural di dinding sekolah. Lukisan mural menambah keceriaan sekolah itu. Tambahan pula persekitaran sekolah itu juga sangat bersih dan sesuai untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Kami berasa berterima kasih atas kerjasama dan bantuan yang dihulurkan oleh para guru dan staf-staf sekolah dalam menyempurnakan kerja pembersihan yang diamanahkan. Contohnya, guru-guru sekolah menolong kami untuk mendapatkan berus cat dan pengikis supaya tugas pembersihan dapat kami siapkan dengan lancar manakala pengawal sekolah tersebut juga membantu guru-guru pelatih perempuan terutamanya untuk menuangkan cat ke dalam bekas plastik yang telah disediakan. Kami juga berasa amat bersyukur atas makanan, iaitu roti, biskut, dan air yang telah disediakan oleh kantin SK Kuala Telang untuk kami. Semasa waktu rehat, kami sambil makan sambil berbual-bual. Hal ini sedikit sebanyak telah mengeratkan hubungan antara guru-guru pelatih dengan para guru SK Kuala Telang dan para pensyarah pembimbing.

Tugas pembersihan selesai kira-kira pada pukul 4:40pm. Kami bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk mengemaskan barang-barang dan peralatan yang telah digunakan, menyapu sampah serta mengutip surat-surat khabar yang kotor. Kemudian, semua guru pelatih diminta berkumpul di kantin sekolah untuk majlis penutupan. Terlebih dahulu, kami mendengar ucapan daripada PK1 bagi wakil guru besar. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih dan amat bersyukur atas kerjasama yang diberikan oleh guru-guru pelatih dalam menjalankan tugas pembersihan. Gotong-royong yang diusahakan oleh semua warga sekolah dan para guru pelatih telah mengembalikan keceriaan kawasan sekolah di mana murid-murid boleh belajar dengan lebih berkesan dan efektif dengan adanya suasana yang selesa. Selepas ucapan daripada PK1, kemudian Encik Sukri bin Yaacob sebagai wakil IPG juga menyampaikan sepatah dua kata. Encik Sukri telah mengucapkan syabas kepada para guru pelatih dalam menjayakan kursus Bina Insan Guru Fasa III peringkat IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan bagi tahun 2015. Beliau juga memberi motivasi dan dorongan kepada kami supaya memupuk sikap perpaduan, sikap tolong-menolong, dan nilai murni yang lain sebagai guru pada masa hadapan. Beliau merasmikan majlis penutupan bagi kursus BIG Fasa III dan setelah itu, tibalah masa untuk sesi penyampaian hadiah dan cenderamata kepada pihak-pihak yang telah banyak memberi sumbangan dalam menyempurnakan kursus BIG ini. Tambahan pula, kami juga tidak lupa mengambil gambar bersama-sama sebagai kenangan manis sebelum bersurai dan bertolak balik ke IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Kursus Bina Insan Guru (BIG) Fasa III peringkat IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan telah dilaksanakan dengan berjaya oleh para guru pelatih di SK Kuala Telang. Kursus ini tamat pada pukul 5:40pm.

Semua aktiviti yang saya lalui amat berkesan dan mempunyai rasional yang tersendiri. Selain itu saya dapat merasakan hubungan antara kami menjadi semakin akrab. Pensyarah yang penuh dengan dedikasi juga membuatkan saya merasakan amat senang untuk melakukan pelbagai aktiviti sepanjang program ini. Melalui program ini juga, saya menyedari kelemahan yang saya ada dan berjanji untuk memperbaikinya kelak.

Program ini juga telah memberikan pengalaman baru yang sangat berharga kepada kami mengenai aktiviti luar khususnya dalam memberi khidmat kepada masyarakat dimana kami menjalankan aktiviti gotong-royong. Bagi pendapat saya amalan bergotong royong ini sebenarnya merupakan satu gambaran sebenar mengenai hidup seorang guru yang berada di sekitar masyarakat. Apabila sudah mengajar kelak guru haruslah berkejasama dengan masyarakat dalam apapupun aktiviti dan menjadi role model kepada masyarakat disekeliling. Bekerjasama dengan masyarakat adalah sikap yang murni dan harus dicontohi oleh setiap guru pelatih apabila menjadi pendidik kelak.

Kemudian, saya dapati aktiviti seperti ini menjadikan saya dan rakan-rakan lebih berkerjasama dalam melakukan pelbagai perkara. Ini kerana kami bersama-sama melukis murel di kawasan sekolah. Selain itu juga, sikap tolong menolong dalam menjalankan aktiviti gotong royong ini dapat disemai. Kami saling tolong - menolong sewaktu melukis murel dan bergotong-royong. Di samping itu, saya juga dapat menghayati kepentingan menjaga kebersihan seperti yang dituntut oleh setiap agama.Saya juga berpendapat program seperti ini baik untuk meningkatkan insan guru dalam diri bakal guru. Aktiviti ini juga amat baik dalam mengikat tali persaudaraan. Secara peribadi, saya dapat menimba pelbagai ilmu dan pengalaman baru. Selain itu, banyak lagi cabaran yang terpaksa kami lalui dalam melaksanakan program ini. Namun, saya gembira kerana akhirnya program ini berjaya dilaksanakan.

Secara keseluruhannya, program BIG ini berjalan dengan jayanya dan telah mencapai objektif yang dihasratkan. Program ini seharusnya diteruskan untuk generasi yang akan datang agar insan guru yang cemerlang dari semua aspek dapat dibentuk. Akhir kata, secara keseluruhannya saya amat berpuas hati setelah menjalani program BIG ini kerana memberikan pelbagai pengalaman bermakna yag sememangnya perlu ditempuhi oleh setiap guru pelatih. Saya berharap program ini bukanlah merupakan suatu penamat tetapi permulaan yang baik serta perlu diteruskan pada masa yang akan datang seterusnya dapat menjadi panduan dan bekalan kepada diri saya sebagai persediaan untuk menjadi seorang pendidik anak bangsa kelak.