Upload
phamdan
View
260
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
REKA BENTUK PEMBUNGKAJIAN KUSA N MI SEGERA SAARAWAK
EZZA NABILAH BT WAHAB
46753
(Teknologi Senireka)
2017
IJAZAH SARJANA MUDA SENI GUNAAN DAN KREATIF DENGAN KEPUJIAN
i
KAJIAN REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN MI SEGERA SARAWAK
EZZA NABILAH BT WAHAB
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan Dengan Kepujian
(Teknologi Seni Reka Grafik) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2017
√√
ii
UNIVERSITI MALAYSIA SAWARAK
Gred: _____________
Sila Tandakan ( ) Laporan Projek Tahun Akhir
√Sarjana
Ijazah Doktor Falsafah
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN
Pengisytiharan ini dibuat pada tarikh ..............… hari bulan …………….. 2017. Pengesahan Pelajar :
Saya EZZA NABILAH BT WAHAB (46753) dari FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF dengan ini mengesahkan bahawa kerja yang bertajuk KAJIAN REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN MI SEGERA SARAWAK adalah kerja saya yang asli. Saya tidak disalin dari kerja mana-mana pelajar yang lain atau dari mana-mana sumber lain kecuali di mana rujukan sewajarnya atau pengakuan telah dinyatakan dengan jelas dalam teks, dan tidak mempunyai mana-mana bahagian telah ditulis untuk saya dengan orang lain.
____________________ ______________________________ Tarikh Penghantaran Ezza Nabilah Bt Wahab (46753) Pengesahan Penyelia:
Saya DR. SITI SHUKHAILA BT SHAHARUDDIN (PENYELIA NAMA) dengan ini memperakui bahawa kerja yang bertajuk KAJIAN REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN MI SEGERA SARAWAK telah disediakan oleh pelajar yang bernama di atas, dan telah diserahkan kepada "FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF " sebagai * memenuhi sebahagian / penuh bagi penganugerahan IJAZAH SARJANA MUDA SENI GUNAAN DAN KREATIF DENGAN KEPUJIAN (TEKNOLOGI SENIREKA) (NYATAKAN IJAZAH), dan kerja yang dinyatakan di atas adalah sepanjang pengetahuan dan bimbingan saya, adalah kerja pelajar tersebut. Diterima untuk diperiksa oleh: ________________________________ Tarikh: _______________ Dr. Siti Shukhaila Bt Shaharuddin
iii
Saya mengaku Projek ini / Tesis diklasifikasikan sebagai (Sila tandakan (√)): SULIT (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972) * TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi di mana penyelidikan dijalankan) * AKSES TERBUKA Pengesahan Projek / Tesis Oleh itu, saya disahkan dengan sewajarnya dengan kebenaran bebas dan kesediaan mengisytiharkan bahawa ini berkata Projek / Tesis hendaklah diletakkan secara rasmi di Pusat Khidmat Maklumat Akademik dengan kepentingan mematuhi dan hak-hak seperti berikut:
Projek / Tesis ini adalah harta undang-undang tunggal Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Pusat Khidmat Maklumat Akademik mempunyai hak yang sah untuk membuat salinan untuk tujuan akademik dan penyelidikan sahaja dan bukan untuk tujuan lain. Pusat Khidmat Maklumat Akademik mempunyai hak yang sah untuk mendigitalkan kandungan untuk untuk Pangkalan Data Kandungan Tempatan. Pusat Maklumat Perkhidmatan Akademik mempunyai hak yang sah untuk membuat salinan Projek / Tesis pertukaran antara institusi pengajian antara Institut Pengajian Tinggi. Tiada pertikaian atau apa-apa tuntutan akan muncul dari pelajar itu sendiri tiada pihak ketiga dalam Projek ini / Tesis apabila ia menjadi milik tunggal UNIMAS. Projek / Tesis ini atau apa-apa bahan, data dan maklumat yang berkaitan dengannya tidak boleh diedarkan, diterbitkan atau didedahkan kepada mana-mana pihak oleh pelajar melainkan dengan kebenaran UNIMAS.
Tandatangan Pelajar: ______________________ Tandatangan Penyelia: _____________________ Alamat Semasa: __________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Nota: * Jika Projek / Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan bersama-sama sebagai lampiran surat daripada organisasi dengan sebab dan tempoh kerahsiaan dan sekatan. [Instrumen ini telah disediakan dengan sewajarnya oleh Pusat untuk Maklumat Perkhidmatan Akademik]
No. 99, Jalan Semariang, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
(Tarikh) (Tarikh)
iv
Projek bertajuk “Kajian Reka Bentuk Pembungkusan Mi Segera Sarawak” telah disediakan oleh Ezza Nabilah Bt Wahab dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka Grafik)
Diterima untuk diperiksa oleh:
_____________________________ (Dr. Siti Shukhaila Bt Shaharuddin)
Tarikh:
_________________________
v
ISI KANDUNGAN
Kandungan Muka Surat
Halaman Tajuk i
Borang Pengesahan Status Tesis ii
Status Laporan iv
Isi Kandungan v
Penghargaan viii
Abstrak ix
Abstract x
xi
xii
Senarai Jadual
Senarai Rajah
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang 3
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Persoalan Kajian 4
1.5 Objektif Kajian 4
1.6 Skop Kajian
1.7 Kepentingan Kajian
1.8 Limitasi Kajian
5
5
6
1.9 Kesimpulan 7
vi
BAB 2 KAJIAN LEPAS
2.1 Pengenalan 9
2.2 Pembungkusan dan Pemasaran 10
2.3 Pembungkusan Mi Segera 13
2.3.1 Proses Pembuatan Mi Segera 14
2.3.2 Jenis Pembungkusan 16
2.4 Sejarah Mi Segera 17
2.5 Mi Segera di Pasaran 18
2.6 Latar Belakang Mi Segera 21
2.6.1 Laksa Sarawak 21
2.6.2 Mi Kolok 22
2.6.3 Mi Belacan 23
2.7 Kesimpulan 24
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 26
3.2 Kaedah Kualitatif 28
3.2.1 Kaedah Pemerhatian dan Perbandingan 28
3.2.2 Kaedah Temu Bual 29
3.2.3 Data Sekunder 30
3.2.4 Analisa SWOT 31
3.3 Kaedah Kuantitatif 32
3.3.1 Borang Soal Selidik 32
3.4 Kesimpulan 34
vii
BAB 4 HASIL DAPATAN
4.1 Pengenalan 35
4.2 Analisa Pemerhatian dan Perbandingan 36
4.3 Analisa Temu Bual 39
4.4 Analisa Data Sekunder 43
4.4.1 Elemen Sarawak 44
4.5 Analisa SWOT 46
4.6 Analisa Borang Soal Selidik 48
4.7 Kesimpulan 57
BAB 5 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
5.1 Pengenalan 59
5.2 Objektif 60
5.3 Sasaran Pengguna 60
5.4 Konsep 60
5.5 Cadangan Jenama 61
5.6 Cadangan Warna Pembungkusan 65
5.7 Cadangan Reka Bentuk Pembungkusan 66
5.8 Rekaan Label 69
5.9 Unique Selling Point 77
5.10 Point of Purchase 78
5.11 Strategi Promosi 79
5.12 Rumusan 81
RUJUKAN 86
LAMPIRAN 89
viii
Penghargaan
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah saya
menyiapkan penulisan ilmiah projek tahun akhir ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberi sokongan
moral dan bantuan kewangan kepada saya. Di samping itu juga, saya amat berterima kasih kepada
ahli keluarga saya yang banyak membantu dan memberi galakkan kepada saya untuk meyiapkan
kajian ini.
Seterusnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia saya iaitu Dr. Siti
Shukhaila Bt Shaharuddin yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat dalam menyiapkan
penyelidikan ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah yang lain iaitu En. Mastika Lamat,
Cik Noor Haslina Senin, Dr. Salmiah dan En. Sylvester.
Saya juga ingin mengucapkan teima kasih kepada kawan-kawan yang telah memberi
bantuan dan semangat kepada saya. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada orang ramai
dan sesiapa sahaja yang telah memberi kerjasama dalam menyiapkan kajian ini.
ix
Abstrak
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis reka bentuk pembungkusan produk mi segera
Sarawak. Antara mi segera Sarawak yang berpotensi untuk dikormesialkan ialah Mi kolok, Laksa
Sarawak dan Mi Belacan. Kepentingan penyelidikan ini adalah untuk mencadangkan reka bentuk
pembungkusan produk mi segera Sarawak, sekaligus dapat memperkenalkan makanan Sarawak
ke pasaran yang lebih luas.
x
Abstract
The aim of the study is to analyze the design of instant noodle packaging and also to purpose a
user-friendly, unique and well-functioned packaging for local Sarawak instant noodle. Sarawak is
famous with Laksa Sarawak, Mi Kolok and Beehoon Belacan that have the potential to be
commercialized.
xi
SENARAI JADUAL
No. Jadual Muka Surat
Jadual 2.1: Grid Fungsi/Persekitaran bagi menilai prestasi pakej 11 Pembungkusan
Jadual 2.2: Jenis Plastik 16
Jadual 4.1: Analisa Kaedah Pemerhatian dan Perbandingan 36
xii
SENARAI RAJAH
No. Rajah Muka Surat
Rajah 2.3: Mi Segera Terawal di Dunia 17
Rajah 2.4: Mi Segera Sarawak di Pasaran 19
Rajah 2.5: Laksa Sarawak 21
Rajah 2.6: Mi Kolok 22
Rajah 2.7: Mi Belacan 23
Rajah 3.1: Kaedah Kajian 27
Rajah 4.2: Jantina Responden yang Terlibat 39
Rajah 4.3: Umur Responden yang Terlibat 40
Rajah 4.4: Bangsa yang Terlibat 41
Rajah 4.5: Purata yang Bersetuju dengan Mi Segera Sarawak mempunyai 42 Identiti yang Tersendiri Rajah 4.6: Corak Buah Empit dan Bentuk Kunci yang Digunakan untuk Membuat 45 Beg dan Ukiran pada Kain Tenunan
Rajah 4.7: Analisa SWOT 46
Rajah 4.8: Bilangan Responden mengikut Jantina 48
Rajah 4.9: Purata Umur Responden 49
Rajah 4.10: Purata Bangsa Responden 50
xiii
Rajah 4.11: Persepsi Responden terhadap Pembungkusan Produk 51 Mi Segera di Pasaran Rajah 4.12: Jenama Mi Segera yang Diminati 54 Rajah 4.13: Jenis Pembungkusan 55
Rajah 5.1: Logo yang dicadangkan bagi Produk Mi Segera Sarawak 62
Rajah 5.2: Logo yang dicadangkan 63
Rajah 5.3: Skala Logo 64
Rajah 5.4: Cadangan Warna bagi Pembungkusan 65
Rajah 5.5: Reka Bentuk Pembungkusan Cup/Cawan yang dicadangkan 66
Rajah 5.6: Bakul Sarawak 67
Rajah 5.7: Reka Bentuk Pembungkusan Pek Besar dan Kecil yang dicadangkan 68
Rajah 5.8: Rekaan Label 1 69
Rajah 5.9: Rekaan Label 2 69
Rajah 5.10: Rekaan Label 3 70
Rajah 5.11: Rekaan Label 4 70
Rajah 5.12: Rekaan Label 5 71
Rajah 5.13: Rekaan Label 6 71
Rajah 5.14: Rekaan Label 7 72
Rajah 5.15: Rekaan Label 8 73
xiv
Rajah 5.16: Rekaan Label 9 74
Rajah 5.17: Rekaan Label 10 75
Rajah 5.18: Rekaan Label 11 75
Rajah 5.19: Rekaan Label 12 76
Rajah 5.20: Point of Purchase (POP) 78
Rajah 5.21: Poster yang dicadangkan 79
Rajah 5.22: Flyers yang dicadangkan 80
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Setiap pembungkusan memerlukan elemen yang menarik bagi memasarkan produk supaya
produk tersebut akan mendapat sambutan daripada pelanggan. Menurut Sarah Roncarelli dan
Candace Ellicott (2010), reka bentuk pembungkusan adalah gabungan kreatif yang
menghubungkan struktur, bahan, warna, imej, typografi dan elemen reka bentuk sampingan
dengan maklumat produk yang sesuai untuk pemasaran.
Laksa Sarawak, Mi Kolok dan Mi Belacan merupakan makanan tradisisonal daripada
negeri tempatan Sarawak. Makanan tersebut merupakan makanan yang popular daripada Sarawak.
Dahulunya, mi Sarawak seperti Laksa Sarawak dan Mi Kolok hanya boleh didapati di gerai-gerai
dan kedai makanan. Kini, mi tempatan Sarawak iaitu Laksa Sarawak dan Mi Kolok boleh didapati
dalam bentuk mi segera di pasaran dan menjadi mi segera pilihan rakyat Malaysia (Ivy Tan, 2015).
2
Daripada petikan akhbar, pada tahun 2014 Lembaga Pemasaran Persekutuan (FAMA)
telah menjalankan kajian keatas Laksa Sarawak dan Mi Kolok bagi menghasilkan produk-produk
tersebut ke dalam bentuk mi segera. Kini, kedua-dua produk tersebut telah dijual dalam pasaran
tempatan di Malaysia (Anonim, 2013).
Produk mi segera tempatan Sarawak telah diceduk oleh jenama-jenama mi segera terkenal
di pasaran. Menurut Persatuan Mi Segera Dunia (WINA), sejumlah 3.6 juta paket mi segera sehari
dibeli oleh rakyat Malaysia setiap hari dimana 1.4 juta paket adalah daripada jenama Maggi.
Jenama Maggi menguasai hampir 40% pasaran mi segera di Malaysia. Salah satu produk telah
dikeluarkan oleh Maggi yang ada di pasaran adalah mi berperisa Laksa Sarawak dan Mi Kolok
(Fadzil Zainol, 2016).
Kajian ini penting bagi mencadangkan reka bentuk pembungkusan mi segera Sarawak yang
beridentitikan budaya masyarakat Sarawak, selain dari sudut fungsi dan reka bentuk. Produk
makanan Sarawak ini mempunyai potensi yang besar untuk diperkenalkan kepada masyarakat luar
dan di dalam pasaran.
3
1.2 Latar Belakang
Mi segera merupakan mi yang boleh dimasak dengan 2 hingga ke 3 minit dan dicampur
dengan perancah yang mempunyai pelbagai perisa. Mengikut laporan Persatuan Mi Segera
Malaysia (WINA) sebelum ini, permintaan rakyat Malaysia terhadap mi segera adalah sebanyak
3.6 juta paket sehari. Mi segera amat diminati oleh rakyat Malaysia dan sangat popular dikalangan
pelajar dan individu bujang kerana ia bukan sahaja boleh menjimatkan masa malah senang untuk
disediakan (Fadzil Zainol, 2016).
Mi yang popular di Sarawak iaitu Laksa Sarawak dan Mi Kolok telah dihasilkan dalam
bentuk mi segera dan menjadi salah satu aneka sajian di Malaysia. Syarikat Mee Lee Fah dan
Syarikat Maggi merupakan pengeluar yang terbesar dalam menghasilkan mi segera Sarawak.
Syarikat Maggi telah pun menghasilkan pelbagai perisa mi segera (Anonim, 2016).
Antara jenama mi segera yang sangat popular di pasaran ialah Maggi, Mamee, Indomie,
Mi Sedap dan Lee Fah. Mengikut laporan Persatuan Mi Segera Malaysia (WINA) sebelum ini,
permintaan rakyat Malaysia terhadap mi segera adalah sebanyak 3.6 juta paket sehari dengan
1.4 juta paket dikuasai oleh jenama Maggi (Ivy Tan, 2015).
Menurut Menteri Pelancongan Datuk Lee Kim Shin, beliau berkata makanan tempatan
merupakan antara komponen penting kepada pelancongan negeri yang berupaya menarik
pelancong asing. Makanan tempatan akan digunakan sebagai pendekatan yang lebih holistik dalam
mengembangkan promosi pelancongan negeri ini (Ivy Tan, 2015).
4
1.3 Pernyataan Masalah
Persaingan dengan produk mi segera yang berjenama seperti Maggi dan Lee Fah adalah
merupakan permasalahan utama. Adalah menjadi cabaran yang besar bagi sesuatu produk yang
baru untuk menembusi pasaran. Beberapa aspek pemasaran harus dikaji seperti rekaan
pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan memainkan peranan yang penting di dalam
memperkenalkan sesuatu produk yang baru.
Terdapat beberapa jenama produk mi segera di dalam pasaran tempatan telah
mengeluarkan mi segera yang berperisa ‘Laksa Sarawak’ dan ‘Mi Kolok’. Namun, rupa sebenar
mi tersebut adalah berbeza. Produk tersebut hanya menekankan pada aspek rasa kuahnya sahaja.
1.4 Persoalan Kajian
Antara persoalan kajian adalah:
1. Adakah mi Sarawak mampu untuk dikomersialkan sebagai mi segera?
2. Bagaimanakah reka bentuk pembungkusan yang sesuai untuk mi segera?
1.5 Objektif Kajian
1. Untuk mengenalpasti reka bentuk yang sesuai pembungkusan mi segera.
2. Untuk menilai persepsi pengguna terhadap pembungkusan produk mi segera dipasaran.
3. Untuk mencadangkan jenama dan reka bentuk pembungkusan bagi mi segera Sarawak.
5
1.6 Skop Kajian
Skop kajian bertujuan untuk menentukan ruang lingkup sesuatu kajian supaya kajian tidak
terlalu meluas. Lokasi utama penyelidikan ini ialah di sekitar Kuching, Sarawak. Skop kajian ini
bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan jenama dan reka bentuk pembungkusan yang
menarik perhatian pembeli untuk membeli produk mi segera Sarawak dan kepentingan
pembungkusan terhadap produk mi segera. Jenama, logo dan penggunaan elemen pada
pembungkusan penting agar pembeli akan dapat membezakan produk yang terdapat di pasaran.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian reka bentuk pembungkusan mi segera Sarawak ini penting bagi mengenalpasti
keberkesanan jenama dan reka bentuk pembungkusan yang bersesuaian. Jenama, logo dan
penggunaan elemen pada pembungkusan penting agar pembeli akan dapat membezakan produk
yang terdapat di pasaran.
Justeru, dengan kajian ini usahawan-usahawan tempatan akan dapat mengambil peluang
ini bagi mengusahakan perniagaan mi segera tempatan di samping dapat meningkatkan ekonomi
negara dan mempromosikan makanan tempatan Sarawak didalam dan diluar negara.
6
1.8 Limitasi Kajian
Kajian ini hanya difokuskan kepada reka bentuk pembungkusan mi segera yang ada
dipasaran sahaja. Reka bentuk pembungkusan yang dikaji adalah merangkumi dari sampel-sampel
produk yang ada dipasaran sebagai bahan ujikaji.
Lokasi utama kajian ini adalah di sekitar Kuching dan sekitar Kota Samarahan iaitu
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi Mara (UITM). Responden
untuk kajian ini adalah dikalangan pelajar dan orang umum.
7
1.9 Kesimpulan
Mi yang popular di Sarawak iaitu Laksa Sarawak dan Mi Kolok telah dihasilkan dalam
bentuk mi segera dan menjadi salah satu aneka sajian di Malaysia. Tetapi, mi segera Sarawak telah
diceduk oleh jenama-jenama pengeluar mi segera yang terkenal seperti Maggi dan Lee Fah. Mi
segera Sarawak mempunyai persaingan dengan jenama-jenama pengeluar mi segera yang sudah
terkenal di pasaran.
Persaingan dengan produk mi segera yang berjenama seperti Maggi dan Lee Fah adalah
merupakan permasalahan utama. Adalah menjadi cabaran yang besar bagi sesuatu produk yang
baru untuk menembusi pasaran. Beberapa aspek pemasaran harus dikaji seperti rekaan
pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan memainkan peranan yang penting di dalam
memperkenalkan sesuatu produk yang baru. Terdapat beberapa jenama produk mi segera di dalam
pasaran tempatan telah mengeluarkan mi segera yang berperisa ‘Laksa Sarawak’ dan ‘Mi Kolok’.
Namun, rupa sebenar mi tersebut adalah berbeza. Produk tersebut hanya menekankan pada aspek
rasa kuahnya sahaja.
Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti reka bentuk yang sesuai bagi
pembungkusan mi segera dan menilai persepsi pengguna terhadap pembungkusan produk mi
segera yang ada dipasaran. Selain itu juga, objektif kajian ini adalah untuk mencadangkan jenama
dan reka bentuk pembungkusan mi segera Sarawak.
8
Skop kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan jenama dan reka bentuk
pembungkusan yang menarik perhatian pembeli untuk membeli produk mi segera Sarawak dan
kepentingan pembungkusan terhadap produk mi segera. Jenama, logo dan penggunaan elemen
pada pembungkusan penting agar pembeli akan dapat membezakan produk yang terdapat di
pasaran. Reka bentuk pembungkusan yang dikaji adalah merangkumi dari sampel-sampel produk
yang ada dipasaran sebagai bahan ujikaji.
Sebagai kesimpulan, kajian reka bentuk pembungkusan ini penting bagi mengenalpasti
keberkesanan jenama dan reka bentuk pembungkusan yang bersesuaian. Jenama, logo dan
penggunaan elemen pada pembungkusan penting agar pembeli akan dapat membezakan produk
yang terdapat di pasaran.
Justeru, dengan kajian ini usahawan-usahawan tempatan akan dapat mengambil peluang
ini bagi mengusahakan perniagaan mi segera tempatan di samping dapat meningkatkan ekonomi
negara dan mempromosikan makanan tempatan Sarawak didalam dan diluar negara.
9
BAB 2
KAJIAN LEPAS
2.1 Pengenalan
Kajian lepas merupakan satu laporan yang terdapat dalam kesusasteraan yang menjadi
sebahagian dari disiplin penulisan penyelidikan bagi menyokong topik kajian. Selain itu, kajian
lepas ini dapat membantu setiap kupasan dan hujah bagi mengukuhkan penyelidikan dengan
bantuan penyataan atau fakta yang digunakan adalah bersesuaian dan perspektif yang sama dari
pelbagai buku atau penyelidikan yang telah dilakukan sebelum ini.
Oleh itu, kajian lepas ini akan dapat membantu dalam kajian reka bentuk pembungkusan
agar kajian ini tidak terpesong daripada tajuk kajian. Kajian lepas ini akan dapat membantu
penyelidikan ini dari segi pengukuhan terhadap huraian dan hujah yang diutarakan dalam kajian
ini melalui buku dan untuk mencapai objektif kajian ini.