Upload
others
View
29
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
RISDA ESTATES SDN. BHD. (No.Syarikat 72856-K) (Dahulunya dikenali sebagai ESPEK SDN. BHD.)
Diperbadankan di Malaysia
RISDA ESTATES SDN. BHD. No. 31, Jalan Sulaiman 3, Taman Putra Sulaiman,
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
LAPORAN TAHUNAN
RESB 2019
RISDA ESTATES SDN. BHD. (No.Syarikat 72856-K) (Dahulunya dikenali sebagai ESPEK SDN. BHD.)
Diperbadankan di Malaysia
1.0 RISDA ESTATES SDN. BHD (PENGENALAN/PENDAHULUAN)
RISDA Estates Sdn. Bhd. (RESB) ditubuhkan pada 11 Julai 1981 dengan
modal berbayar RM20,000,000.00 bagi menguruskan semua ladang, kilang
dan aset di bawah urus tadbir dengan kepakaran tenaga kerja dan
sumber-sumber yang ada secara efisien, beretika dan professional. Visi RESB
pula adalah untuk meneraju pembangunan ladang dan pengurusan kilang di
dalam negara. RESB merupakan SMR yang masih aktif.
1.1 FUNGSI UTAMA RISDA ESTATES SDN. BHD.
Aktiviti utama SMR ini adalah seperti berikut:
i. Pengurusan Ladang;
Aktiviti RISDA Estates Sdn. Bhd. (RESB) berteraskan Pengurusan
Ladang-Ladang RISDA. Kini RESB menguruskan sejumlah 24 buah
ladang dengan keluasan 47,520.00 hektar meliputi seluas 34,652.56
hektar sawit matang, 391.09 hektar sawit tanaman baru belum
matang dan 4,362.45 hektar sawit tanam semula. Keseluruhan
hektar tanaman getah pula adalah 270.89 hektar dan lain-lain
kawasan adalah 7,843.01 hektar. Kerja-kerja tanam semula yang
telah dijalankan bagi tahun 2019 adalah seluas 911.29 hektar.
Kawasan berhasil ladang RESB adalah seluas 34,652.56 hektar
manakala kawasan pembangunan adalah seluas 391.09 hektar.
RESB juga mengamalkan kawalan ketat dengan memperkenalkan
index ladang dan rawatan tanah menggunakan Bahan Organik
keluaran sendiri (BOE) yang lebih terjamin mutunya.
RISDA ESTATES SDN. BHD. (No.Syarikat 72856-K) (Dahulunya dikenali sebagai ESPEK SDN. BHD.)
Diperbadankan di Malaysia
ii. Pengurusan Kilang Sawit;
Kilang sawit yang diuruskan oleh RESB memproses 500,000 metrik
tan BTS setahun. Penggunaan Bunch Press dan Destoner
merupakan diantara penambahbaikan yang telah dibuat di kilang
bagi meningkatkan kadar perahan minyak. Penambahbaikan ini
dapat meningkatkan efisiensi dan prestasi kilang RESB kini
menguruskan 3 buah kilang sawit dan pencapaian keseluruhan
kilang sawit setakat 31 Disember 2019 adalah seperti berikut:-
Bil Kilang Sawit RISDA Kapasiti
(Tan/Jam)
Bajet
(MT/tahun)
Pencapaian
(MT/tahun)
Peratus (%)
Pencapaian
1. Durian Mas, Terengganu 52 234,000 211,576.89
90.42
2. Ulu Keratong, Pahang 52 228,000 237,155.56
104.02
3. Sg. Ambat, Johor 37 160,000 170,290.83
106.43
Jumlah 622,000 619,023.28
99.53
RISDA ESTATES SDN. BHD. (No.Syarikat 72856-K) (Dahulunya dikenali sebagai ESPEK SDN. BHD.)
Diperbadankan di Malaysia
iii. Khidmat Pemetaan GPS-GIS;
Keterangan tanggungjawab/aktiviti teras SMR 3.
Pemetaan digital yang dijalankan oleh pihak RESB adalah
menggunakan alat Trimble Mapping Grade GPS iaitu GEO CE XT
yang terkini dengan ketepatan sub-meter. Pemetaan GPS-GIS
meliputi kawasan sawit matang, sawit belum matang dan kawasan
getah yang belum matang. Kerja pemetaan meliputi sempadanan
perimeter ladang, field, sub-field, semua jalan-jalan utama,
jalan-jalan pertanian, struktur bangunan, sungai, parit, kolam, tasik,
paya, kawasan terlebih tanam dan kawasan tidak bertanam.
Penyediaan peta kontor dan peta tanah bagi sesebuah ladang juga
telah dilaksanakan dengan menggunakan perisian Mapinfo
Professional. Kerja-kerja pemetaan yang telah dilakukan pada tahun
2019 adalah seluas 1,740.16 hektar dan 151,045.86 meter.
Melalui penggunaan Sistem GLUES ini, pihak Ibu Pejabat dan
Penyelaras Zon dapat memantau prestasi ladang dan membuat
analisis perancangan kos dan penghasilan sesebuah ladang dengan
berhubung terus kepada Pengurus Ladang untuk dibuat semakan
dan tindakan. Maklumat yang diperolehi akan dimasukkan ke dalam
pangkalan data GIS sehingga ke peringkat sub-field bagi membantu
pihak pengurusan mengawal selia, membuat anggaran bajet dan
membuat perancangan untuk menghasilkan keputusan yang lebih
cepat dan tepat. Sistem GIS yang dibekalkan kepada pihak ladang
adalah Sistem GLUES (General Land Use for Estate System)
dimana pihak ladang akan mengemaskini data dari masa ke semasa
dan mengeluarkan laporan analisis prestasi ladang dan
penambahbaikan.
RISDA ESTATES SDN. BHD. (No.Syarikat 72856-K) (Dahulunya dikenali sebagai ESPEK SDN. BHD.)
Diperbadankan di Malaysia
iv. Khidmat nasihat & Analisa Makmal;
Keterangan tanggungjawab/aktiviti teras SMR 3.
RISDA ESTATES menjalankan khidmat nasihat agronomi dan
analisa makmal melalui ESPEK Research and Advisory Services
(ERAS) yang terletak di Bangi. Setaraf dengan kepakarannya dalam
bidang agronomi dan analisa makmal maka pelbagai perkhidmatan
telah ditawarkan. Diantara perkhidmatan yang dijalankan adalah
seperti analisis sampel daun, baja dan tanah, kajian fesibiliti, syor
pembajaan, nasihat pengurusan ladang dan sebagainya. Selain itu,
ERAS turut menjalankan penentuan kesesuaian tanaman dan
pengklasifikasian siri tanah. Perkhidmatan agronomi yang telah
dilakukan pada tahun 2019 adalah :
PERKHIDMATAN AGENSI HEKTAR
Kajian Kesuburan Tanah RESB 16,806.78
Pengesyoran Pembajaan dan Agronomi Sawit dan Getah
RESB 34,652.56
Kajian Fesibiliti Tanah RESB 423.9
LUAR 282.49
RISDA ESTATES SDN. BHD. (No.Syarikat 72856-K) (Dahulunya dikenali sebagai ESPEK SDN. BHD.)
Diperbadankan di Malaysia
v. Akademi RISDA ESTATES / RISDA Eco Park; dan
Keterangan tanggungjawab/aktiviti teras SMR 4.
Lokasi Ladang RISDA Ulu Slim mempunyai keluasan 2,234 hektar,
ladang ini ditanam dengan tanaman sawit dan getah. Tidak jauh dari
ladang ini ialah Ladang RISDA Serigala, Slim River dan Ladang
RISDA Bukit Kota di Air Tawar, Perak. Ladang-ladang ini sesuai
dijadikan tempat latihan bagi mereka yang berkecimpung dalam
industri perladangan sawit dan getah. Ladang RISDA Ulu Slim juga
mempunyai kemudahan-kemudahan flora dan fauna semula jadi yang
indah dan masih terpelihara.
RISDA Eco Park terletak di Daerah Batang Padang, Mukim Slim.
Ladang RISDA Ulu Slim dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi.
Antara Kemudahan yang disediakan di RISDA Eco Park adalah
seperti 20 unit kabin yang boleh menempatkan 120 orang, dilengkapi
dengan kemudahan asas seperti katil (6 katil / kabin), penyaman
udara, kipas dan tandas (dalam kabin). Fasiliti lain seperti pancuran
air, gazebo, tempat rehat / berkelah, kawasan berpasir yang sesuai
untuk melakukan outdoor games dan shuttle tractor iaitu kenderaan
yang boleh digunakan di Eco Park dan melawat sekitar kawasan Eco
Park. 3 Kolam memancing catch & release dan kawasan tapak
perkhemahan. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan di RISDA
Eco Park adalah seperti perkelahan secara berkumpulan atau
melakukan aktiviti santai bersama keluarga. Aktiviti sukaneka
(telematch). Mengadakan kursus-kursus secara hands-on,
menjalankan aktiviti-aktiviti lasak seperti menunggang kenderaan
ATV, jungle tracking Lata Berembun dan sekitarnya serta flying fox
yang dikendalikan oleh penyelia yang berpengalaman dan
mengadakan aktiviti-aktiviti lasak di sepanjang sungai seperti white
water rafting, mountain bike's, fourwheel drive', water tubing, paintball
dan pelbagai lagi.
RISDA ESTATES SDN. BHD. (No.Syarikat 72856-K) (Dahulunya dikenali sebagai ESPEK SDN. BHD.)
Diperbadankan di Malaysia
1.2 AKTIVITI RISDA ESTATES SDN. BHD. TAHUN 2019
i. Mesyuarat;
1) Mesyuarat Ahli Lembaga Tender RESB Kali Ke-135 pada 10 Januari 2019
di Tingkat 6 Bilik Mesyuarat Elaeis, RESB yang di Pengerusikan oleh
YBhg. Dato' Ketua Pengarah RISDA.
2) Amanat Pengurusan RESB 2019 pada 28 Januari 2019 bertempat di
Dewan Mestika Sari, RISDA Estates.
3) Mesyuarat Operasi RESB 1/2019 pada 1 Mac 2019 di Resorts World
Awana, Genting Highlands.
RISDA ESTATES SDN. BHD. (No.Syarikat 72856-K) (Dahulunya dikenali sebagai ESPEK SDN. BHD.)
Diperbadankan di Malaysia
4) Mesyuarat ALP RESB, Mesyuarat ALT dan AGM pada 15 Mei 2019 di
Intercontinental Hotel, KL.
RISDA ESTATES SDN. BHD. (No.Syarikat 72856-K) (Dahulunya dikenali sebagai ESPEK SDN. BHD.)
Diperbadankan di Malaysia
5) Lawatan Pengerusi & Ahli Pihak Berkuasa RISDA Kilang Sawit RISDA
Ulu Keratong dan Kilang BOE RISDA Estates pada 2-3 Oktober 2019.
Taklimat oleh Concord Green Energy Sdn. Bhd kepada Pengerusi RISDA mengenai Biogas di Kilang Sawit RISDA Ulu Keratong
Lawatan Pengerusi ke Kilang Sawit RISDA Ulu Keratong
RISDA ESTATES SDN. BHD. (No.Syarikat 72856-K) (Dahulunya dikenali sebagai ESPEK SDN. BHD.)
Diperbadankan di Malaysia
Lawatan Pengerusi ke Kilang BOE RISDA Estates
RISDA ESTATES SDN. BHD. (No.Syarikat 72856-K) (Dahulunya dikenali sebagai ESPEK SDN. BHD.)
Diperbadankan di Malaysia
6) Seminar Kewangan & Perakaunan RESB 2019 pada 25 - 27 November
2019 di Seri Bayu Resort, Bagan Lalang, Selangor.
RISDA ESTATES SDN. BHD. (No.Syarikat 72856-K) (Dahulunya dikenali sebagai ESPEK SDN. BHD.)
Diperbadankan di Malaysia
1.3 SUMBANGAN RISDA ESTATES SDN. BHD. TAHUN 2019
i. Pembungkusan bubur lambuk dan pengagihan kepada masyarakat
setempat pada 16 Mei 2019 bersamaan 11 Ramadhan 1440H di
Perkarangan RISDA Estates Sdn. Bhd.;
RISDA ESTATES SDN. BHD. (No.Syarikat 72856-K) (Dahulunya dikenali sebagai ESPEK SDN. BHD.)
Diperbadankan di Malaysia
ii. Majlis Iftar RISDA Estates bersama Anak-Anak Yatim Al-Nasuha,
Gombak pada 16 Mei 2019 bersamaan 11 Ramadhan 1440H
di Dewan Mestikasari RESB;
RISDA ESTATES SDN. BHD. (No.Syarikat 72856-K) (Dahulunya dikenali sebagai ESPEK SDN. BHD.)
Diperbadankan di Malaysia
iii. Penyerahan cek zakat perniagaan kepada negeri Johor, Kedah,
Negeri Sembilan, Perak, Terengganu dan Pahang; dan
BIL. ZAKAT NAMA CEK JUMLAH
1.
NEGERI JOHOR MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
JAWATANKUASA ZAKAT DAN FITRAH NEGERI JOHOR
RM18,790.94
2.
NEGERI KEDAH LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH
LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH
RM27,925.34
3.
NEGERI SEMBILAN PUSAT ZAKAT NEGERI SEMBILAN
MAINS ZAKAT SDN. BHD. RM41,841.67
4.
NEGERI PERAK MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK
RM53,759.28
5.
NEGERI TERENGGANU MAIDAM
MAIDAM RM66,970.18
6.
NEGERI PAHANG MAJLIS UGAMA ISLAM PAHANG
MAJLIS UGAMA ISLAM PAHANG
RM59,892.47
JUMLAH RM269,784.94
RISDA ESTATES SDN. BHD. (No.Syarikat 72856-K) (Dahulunya dikenali sebagai ESPEK SDN. BHD.)
Diperbadankan di Malaysia
iv. Sumbangan kutipan dana bencana Lombok Indonesia oleh
Pengurusan dan Kakitangan RISDA Estates Sdn. Bhd..
BIL. NAMA MASJID JUMLAH (RM)
1 MASJID NURUL IMAN 2,350.00
2 MASJID BAITURRAHMAN 2,350.00
3 PPM DARUL FAIZIN 2,350.00
4 MASJID NURUL YAQIN 2,350.00
5 MASJID AL WAHIDUL AMIN 2,350.00
6 MASJID AL AZHAR PASENTREN ARROBANI WANASABA (RISDA)
2,510.00
JUMLAH BESAR 14,260.00
RISDA ESTATES SDN. BHD. (No.Syarikat 72856-K) (Dahulunya dikenali sebagai ESPEK SDN. BHD.)
Diperbadankan di Malaysia
1.4 PENCAPAIAN DAN KEJAYAN
RISDA ESTATES SDN. BHD. BAGI TAHUN 2019 i. Disahkan 100% MSPO; dan
Kesemua 24 buah ladang & 3 buah kilang sawit RISDA telah disahkan
100% Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) pada
28 Jun 2019.
RISDA ESTATES SDN. BHD. (No.Syarikat 72856-K) (Dahulunya dikenali sebagai ESPEK SDN. BHD.)
Diperbadankan di Malaysia
ii. Hari Inovasi RISDA.
RESB telah berjaya mendapat tempat ketiga kategori Anugerah Kualiti RISDA
Peringkat Kebangsaan 2019 bagi kategori Pengurusan Syarikat Milikan
RISDA Terbaik pada 23 Oktober 2019 di Auditorium RISDA Ibu Pejabat.