6
KERTAS CADANGAN: KLINIKAL DAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL SEPANG KERTAS CADANGAN KLINIK & LATIHAN TENTATIF BOLA SEPAK (FASA 1) TEMPAT PERTANDINGAN: PADANG SUK SHAH ALAM TARIKH: 07 MAC 2015 (RRI ) C://BBD9458/ KK/KOKU/BOLASEPAK/15

rri.docx

  • Upload
    sahdiv

  • View
    218

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

PROGRAM BENGKEL DAN KLINIK BOLASEPAK

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL SEPANG

KERTAS CADANGANKLINIK & LATIHAN TENTATIF BOLA SEPAK (FASA 1)

TEMPAT PERTANDINGAN: PADANG SUK SHAH ALAM

TARIKH:07 MAC 2015 (RRI )

ANJURAN: KELAB BOLA SEPANGSEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL

1.0PENDAHULUANKejayaan sesebuah negara amat bergantung kepada kualiti pemain yang dilahirkan. Pemain yang berkualiti mempunyai kemahiran bolasepak yang tinggi yang lahir daripada latihan yang sistematik daripada jurulatih yang benar-benar berpengetahuan dan berpengalaman. Semoga apabila mereka meningkat dewasa, mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dan mampu bermain dengan baik. Namun, pemain mestilah mempunyai kualiti permainan yang tinggi untuk mencapai matlamat tersebut. Justeru itu, pihak sekolah melalui Kelab Bolasepak amat bertuah dan berbesar hati dengan persetujuan jurulatih bertauliah Kelab Bola Sepak Well Boys BBST untuk mengadakan Klinik Bolasepak di sekolah ini. Melalui klinik ini diharapakan setiap murid akan dapat menimba ilmu yang amat berguna daripada jurulatih. Pihak guru-guru juga akan mendapat manfaat daripada pendedahan teknik latihan di dalam program ini. Semoga program ini menjadi satu usaha awal ke arah melahirkan pemain yang berkualiti terutamanya di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sepang dan dapat mewujudkan akademik bola sepak.2.0MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kemahiran bola sepak dan mencungkil bakat di kalangan murid-murid. Program ini juga dijalankan seiring dengan seruan Menteri Pelajaran Malaysia 1 Murid 1 Sukan untuk meningkatkan potensi setiap murid dari awal bangku sekolah. Program ini juga akan menjadi landasan dalam pembentukan akademik bola sepak yang bakal diwujudkan terulung kali di sekolah Tamil di Malaysia.

3.0OBJEKTIF3.1Memberikan pendedahan kemahiran bolasepak secara sistematik dan betul kepada murid-murid.3.2Menanamkan minat terhadap bolasepak dikalangan murid dan masyarakat di SJK(T) Sepang3.3Mendedahkan murid-murid tentang teknik latihan dan aspek pemakanan, disiplin dan persediaan mental seorang pemain bola sepak3.4Menjalin kerjasama antara pihak sekolah, PIBG, dan masyarakat dalam membantu kecemerlangan sekolah3.5Menanamkan minat dan kecintaan masyarakat dan peminat terhadap pasukan bola sepak sekolah.

4.0KEKANGAN TEGAR DALAM PELAKSANAAN PROGRAM INI4.1 Dana Pengurusan; 1.Pengangkutan2. Makanan murid-murid3. Peralatan sukan seperti Kasut But (untuk murid miskin sahaja)

5.0PERBELANJAAN DALAM PELAKSANAAN PROGRAM INI:5.1Pengangkutan 16 orang murid & 5 orang guru Pengiring) (Termasuk Minum Petang) Pertandingan Bola (Padang SUK Shah Alam)RM 350.005.2Makan Malam RM 300.00 (Perbelanjaan ini tertakluk pasukan layak ke pusingan suku akhir)5.3Peralatan Sukan Dan PeruncitanRM 100.00

JUMLAH ANGGARAN RM 750.00

6.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN 4.1Tarikh yang dirancang ialah Feb- Mac 2015 iaitu pada hari Selasa dan Rabu.4.2 Dilaksanakan selama 2 hari 4.3Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi 7.00- 8.00 (Dua Minggu sebelum Pertandingan dan 3.00 petang. 4.30 petang Selasa dan Rabu (Waktu Petang)

7.0TEMPAT- Padang SJK(T) Sepang (LATIHAN & KLINIKAL)- Padan SUK Shah Alam (PERTANDINGAN RRI)

6.0KUMPULAN SASARAN / PENYERTAANProgram ini mensasarkan kumpulan murid-murid lelaki yang terdiri dari Tahun 4 hingga Tahun 6.SASARAN PEMAIN TERPILIH BAGI PERTANDINGAN BOLA SEPAK RRI DAN MSSD SEPANG : BILSENARAI MURIDKELASCATATAN

1V. GANESAN6K

2K BHARATVAJ6S

3S.DEVENDRAN6S

4S.SIVATHARAN6S

5M PUVANESWARAN6S

6S.KABILAN6K

7MUGUNTAN6S

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

Senaraikan akan disertakan selepas latian klinikal Pemilihan peserta tidak genap mencapai umur 13 tahun pada hari pertandingan.

8.0AKTIVITI PROGRAMAktiviti program ini akan merangkumi aspek:- Latihan asas fizikal/ kecergasan- Kemahiran asas bolasepak- Undang-undang bolasepak- Taktikal bolasepak9.0PENUTUPAdalah menjadi harapan agar program ini akan menjadi perintis kepada pembentukan akademi bola sepak yang akan bertapak dibawah naungan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sepang. Seterusnya diharapkan ia akan membuka mata pihak tertentu peri pentingnya kemahiran dan ilmu bolasepak yang betul dan sistematik. Semoga ia menjadi satu persiapan yang jitu ke arah melahirkan pemain yang bermutu bermula dari peringkat kanak-kanak dan seterusnya menjadi pemain yang serba lengkap apabila dewasa.KERTAS CADANGAN: KLINIKAL DAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK

C://BBD9458/ KK/KOKU/BOLASEPAK/15Disediakan oleh,

M KALIAPPAN A/L MUNIANDY Setiausaha Pertandingan

Disemak oleh

EN.ASOKAN Pengerusi Pertandingan Disahkan Oleh

Setelah saya membaca dan menyemak butiran ini (Menyokong / Menolak) pelaksanaan program ini pada tahun 2015.Yang benar,

........................................... Guru Besar