Rumusn 4 Jab

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/17/2019 Rumusn 4 Jab

    1/2

    KERTAS 2

     Dua jam tiga puluh minit 

    Soalan 1 : Rumusan

    [30 markah]

     Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang masalah gangsterisme di

    sekolah dan langkah-langkah menanganinya.  Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120

    patah perkataan.

    Ada yang memeranjatkan, sekali gus membimbangkan, mengenai hasil satu kajian yang dibuat oleh

    Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pendidikan, tahun lalu. Laporan kajian

    tersebut yang diumumkan baru-baru ini menjelaskan tentang penularan gangsterisme yang semakin

    berleluasa di sekolah-sekolah menengah seluruh negara sekarang. Fakta kajian menunjukkan satu pertiga

    daripada 1560 buah sekolah menengah kita adalah berisiko tinggi dan terdedah kepada berbagai-bagai

    kegiatan kongsi gelap.

    Kenakalan melampau remaja di sekolah-sekolah sebenarnya bukan satu perkara baru. Hal ini sering

    kali dibangkitkan oleh guru-guru, juga selalu menjadi agenda utama dalam mesyuarat-mesyuarat

    Persatuan Ibu Bapa & Guru ( PIBG ). Memang sesuatu yang patut diperhatikan bahawa pada ketika tahap

    disiplin murid menurun, kadar jenayah di sekolah terus meningkat setiap tahun.

    Murid ponteng sekolah, pelajar menghisap rokok di dalam tandas, pelajar perempuan diraba di

    kantin, bertumbuk di padang sekolah, melawan guru ketika di bilik darjah, merosakkan harta benda

    sekolah, dan menconteng tembok sekolah dengan kata-kata lucah, bukan lagi menjadi berita sekarang

    kerana perbuatan tidak berdisiplin ini berlaku setiap hari di sekolah kita. Guru-guru telah lali dengan

    kenakalan melampau seperti ini.

    Lebih daripada itu murid-murid sekolah menengah sekarang sudah berani mengugut guru. Jika guru

    berkasar sedikit semasa mengajar, murid mengugut akan menumbuk guru di luar sekolah. Ini bukan

    ugutan kosong; beberapa orang guru telah dikasari hingga cedera ketika berada di luar kawasan sekolah.

    Banyak juga kereta guru yang diguris dengan paku, atau dibocorkan tayar, malah ada yang dibakar.

    Kajian mengenai kegiatan gangsterisme yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan hanya

    mengesahkan kemelut selama ini memang menular bagaikan barah  di sekolah-sekolah kita. Sekarang

    sudah terbukti bahawa barah itu semakin membiak. Masalah semakin jelas di hadapan mata. Kemelutnya

    sudah dikaji, maka puncanya perlu dikenal pasti, dan yang lebih penting penyelesaiannya perlu dicari.Menyemaraknya kegiatan ala kongsi gelap di sekolah-sekolah kita mungkin antaranya berpunca daripada

    sikap pentadbiran sekolah sendiri. Kini bukan satu rahsia lagi bahawa ada guru besar atau pengetua yang

    enggan membuat laporan polis sekiranya berlaku kegiatan gangsterisme di sekolah. Mereka memilih

    untuk menyembunyikan kegiatan tersebut daripada pengetahuan umum, semata-mata untuk menjaga

    nama baik sekolah; juga untuk melindungi wibawa diri sebagai pentadbir sekolah. Keengganan mereka

    itulah yang menjadikan pelajar lebih kurang ajar dan tidak ragu-ragu untuk melakukan sesuatu yang lebih

    ganas.

    Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Menteri Pendidikan Tan Sri Musa Muhammad sendiri,

    bahawa guru besar atau pengetua yang cuba menyembunyikan jenayah, walaupun untuk menjaga nama

    baik dan wibawa sekolah, adalah sama seperti menggalakkan jenayah. Jika inilah sikap pentadbir sekolah,gangsterisme sukar untuk dibendung.

     

    Jika sikap lembut guru selama ini menjadi punca kejatuhan disiplin, pendekatan yang lebih tegas

    perlu dicuba. Guru hendaklah lebih berani bertindak atau adakah tidak mungkin hukuman merotan murid

    dilaksanakan kembali? Jika berlembut dan menggunakan perkataan tidak berkesan, mungkin

    penyelesaian yang lebih tepat ialah rotan.

      (Diuba

    h suai daripada ‘Sulitnya Menangani Gejala

    Gangsterisme di Sekolah,’ Dewan Masyarakat , Mei 2000 )

  • 8/17/2019 Rumusn 4 Jab

    2/2

    KERTAS 2

    1 • Pendahuluan

    - Petikan ini menjelaskan tentang masalah gengsterisme di sekolah

    • Isi-isi tersurat (masalah dan punca)

    1 Masalah gangsterisme semakin menular di sekolah

    2 Berpunca daripada kenakalan melampau pelajar di sekolah

    3 Kenakalan remaja sering dibangkitkan oleh guru-guru

    4 Perbuatan gangsterisme berlaku setiap hari di sekolah

    5 Murid-murid juga sudah pandai mengugut guru

    6 Pihak Kementerian Pendidikan juga turut mengesahkan peningkatan masalah

    gangsterisme di sekolah

    7 Sikap pentadbiran sekolah yang enggan membuat laporan polis

    8 Sikap berlembut guru di sekolah

    • Isi-isi tersirat (langkah-langkah)

    1 Pihak sekolah perlulah melaporkan masalah gangsterisme di sekolah kepada

    pihak polis.

    2 Pihak sekolah perlulah mengenakan tindakan tegas kepada pelajar yang terlibat

    3 Pihak Kementerian Pendidikan perlulah mengambil tindakan terhadap mana-

    mana sekolah yang menyembunyikan masalah ini.

    • Penutup

    - Tindakan awal dan tegas perlu diambil bagi membendung masalah gangsterisme

    di sekolah agar tidak terus menular.