10
Prejudisnya Harapan, Suatu Perjuangan….. Kisah bermula dengan ceritera yang menyentuh jiwa. Seorang ibu yang sedang sarat mengandungkan anak kembar terpaksa menyerahkan salah seorang anaknya kepada keluarga yang lebih kaya dan lebih berada. Pilu hatinya tidak terkira tatkala melihat anak perempuannya dikendong oleh orang lain. Harapannya hanyalah satu, iaitu ingin memberikan kehidupan yang berbeza dan lebih bermakna untuk anak kembarnya itu. Babak 1 Bertahun-tahun kemudian, di suatu tempat di Kuala Lumpur. Sebuah keluarga cina baru sahaja berpindah ke Kuala Lumpur dari Melaka. Maka, al kisah seterusnya adalah tulisan takdir yang telah menjadi suratan buat mereka. Faiz : Hai, selamat pagi jiran baru. Nama saya Faiz. SIapa nama awak? Ting Ting : Hai Faiz. Nama saya Ting Ting. Faiz : Awak asal mana? Ting Ting : Saya berasal dari Melaka. Faiz : Oh. IKut ibu bapa awak pindah ke sini ke? Ting Ting : Ya betul. Faiz : Oh. Selamat datang ke KL. Jadi kalau awak nak apa-apa pertolongan bolehlah berjumpa dengan saya. Saya sedia membantu. Ting Ting : Ok. Terima Kasih. Hehehe (Tersenyum malu-malu sipu). Rambut awak lucu lah. Faiz : Haha (sambil sentuh rambutnya). Ini fesyen mah…

Script Rukun Negara malaysia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

skrip drama

Citation preview

Page 1: Script Rukun Negara malaysia

Prejudisnya Harapan, Suatu Perjuangan…..

Kisah bermula dengan ceritera yang menyentuh jiwa. Seorang ibu yang sedang sarat mengandungkan anak kembar terpaksa menyerahkan salah seorang anaknya kepada keluarga yang lebih kaya dan lebih berada. Pilu hatinya tidak terkira tatkala melihat anak perempuannya dikendong oleh orang lain. Harapannya hanyalah satu, iaitu ingin memberikan kehidupan yang berbeza dan lebih bermakna untuk anak kembarnya itu.

Babak 1

Bertahun-tahun kemudian, di suatu tempat di Kuala Lumpur. Sebuah keluarga cina baru sahaja berpindah ke Kuala Lumpur dari Melaka. Maka, al kisah seterusnya adalah tulisan takdir yang telah menjadi suratan buat mereka.

Faiz : Hai, selamat pagi jiran baru. Nama saya Faiz. SIapa nama awak?

Ting Ting : Hai Faiz. Nama saya Ting Ting.

Faiz : Awak asal mana?

Ting Ting : Saya berasal dari Melaka.

Faiz : Oh. IKut ibu bapa awak pindah ke sini ke?

Ting Ting : Ya betul.

Faiz : Oh. Selamat datang ke KL. Jadi kalau awak nak apa-apa pertolongan bolehlah berjumpa dengan saya. Saya sedia membantu.

Ting Ting : Ok. Terima Kasih. Hehehe (Tersenyum malu-malu sipu). Rambut awak lucu lah.

Faiz : Haha (sambil sentuh rambutnya). Ini fesyen mah…

Page 2: Script Rukun Negara malaysia

Babak 2

Pertemuan di taman bunga

Aisyah : Ting Ting, gembiranya saya dapat berjumpa dengan awak ni. Saya memang menanti-nantikan perpindahan awak ke KL. Sekarang bolehlah kita berhang out sama-sama macam di Melaka dulu. Saya sangat rindu awak la.

Ting Ting : Saya pun rindu awak juga, tapi saya risaulah tengok keadaan di KL ni. Saya takut saya tidak dapat menyesuaikan diri disini.

Aisyah : Jangan risau Ting Ting. Saya kan ada. Saya akan sedia membatu awak pada bila-bila masa saja. Oh ya sebelum saya terlupa, ibu bapa saya nak buat majlis hari jadi untuk saya. Datang tau!

Ting Ting : Oh yak ah. Tentu bestkan. Tapi saya segan lah. Siapa lagi yang awak jemput?

Aisyah : Kawan-kawan university, jiran-jiran dan rakan-rakan. Tulah saya nak awak datang. Saya nak kenalkan awak kepada kawan-kawan saya. Mana tahu awak boleh dapat kawan baru.

Aisyah : Faiz…. Rama…

Faiz & Rama : Hai Aisyah…

Faiz : (Faiz tersenyum bila Nampak Ting Ting) Eh, Ting Ting pun ada.

Rama : Ting Ting? Oh! Amoi comel ini ke?

Aisyah : Eh, kamu berdua dah kenal?

Faiz : Inilah gadis yang saya sebut hari tu.

Aisyah & Rama: Oh… Jiran baru tu.

Aisyah : Ting Ting rupanya.

Ting Ting : Aisyah pun kenal Faiz?

Aisyah : Ya. Dia rakan universiti saya, dan yang ini pula Rama kawan karib Faiz.

Ting Ting : Hai.

Aisyah : Kamu berdua ingat datang tau ke majlis saya. Saya jemput Ting Ting juga.

Page 3: Script Rukun Negara malaysia

Faiz : Ok! Saya pasti datang.

Rama : Eh deh! Baru tadi awak cakap malas nak pergi sekarang tukar fikiran pula. Kawan apa ni? Bila amoi comel ini pergi awak pun nak pergi tadi saya rayu-rayu awak, awak cakap malas!

Kamal : Aisyah, apa kamu buat dengan orang-orang ini? Hey Faiz kamu pun disini?

Faiz : Hai Kamal

Kamal : Kan saya dah cakap, jangan bergaul dengan orang cina dan india. Mereka tu bahaya.

Aisyah : Mana ada bahaya? Mereka tu kawan baik saya lah. Ting Ting dan Rama nama mereka. Saya dah jemput mereka ke majlis hari jadi saya.

Kamal : Kalau cina tu datang, jangan harap la saya akan datang.

Aisyah : Awak, janganlah macam tu…

Ting Ting : Aisyah, siapa orang tu?

Rama : Boyfriend ke?

Aisyah : Ye…

Faiz : Kenapa dengan dia tu? Nampak marah je…

Aisyah : Biarlah dia… Hey kamu berdua ni boleh tak potong rambut ini(Rambut retro)? Pelik la.

Aisyah : Yer… What the fish? Apa bau ni? Dah berapa lama awak tak cuci rambut awak ni?

Rama : Satu minggu. Hehehe

Aisyah : OMG satu minggu….

Page 4: Script Rukun Negara malaysia

Babak 3

Di rumah Ting Ting. Tatkala bapa Ting Ting sedang membaca surat khabar, kedengaran berita yang kurang enak di corong radio.

”Selamat tengah hari dan salam sejahtera. Berita penting untuk hari ini 13 Mei 1969. Terdapat rusuhan kaum di Jalan kepong pagi tadi. Semua orang diarahkan untuk berada di rumah….”

Ting Ting : Daddy, nanti saya nak ke rumah Aisyah.

Bapa Ting Ting: Tak perlu pergi lah. Kan tadi berita dari radio tadi cakap ada rusuhan kaum.

Ting Ting : Tapi saya dah janji dengan Aisyah lah. Daddy, Ting Ting janji akan balik awal ya.

Bapa Ting Ting: Baiklah. Hati-hati ya.

Babak 4

Di majlis hari jadi Aisyah…

Aisyah : Ting Ting, terima kasih kerana datang. Tahu tak Faiz tu dah sepuluh kali tanya saya Ting- Ting datang tak…

Ting Ting : Ye ke… (Malu sipu-sipu)

Rama : Faiz~~~, Amoi comel dah datang.

Aisyah : Hey Rama, namanya Ting Ting La.

Rama : Oh Sorry.. Hai Ting Ting

Faiz : Hai Ting Ting, saya sangka kamu dah tak datang.

Ting Ting : Hai Faiz, hampir tak kenal dah. Dah potong rambut fesyen kamu tu.

Aisyah : Budak ini potongkan rambutnya yang dah sepuluh tahun tak potong semata- mata untuk kamu tau Ting Ting.

Ting Ting : Yak e…

Aisyah : Jom, jemputlah makan.

Page 5: Script Rukun Negara malaysia

Semasa mereka sedang menjamu selera, tiba-tiba kedengaran siren kereta polis dan pesan daripada Ketua Polis Negeri.

“Ini adalah pesanan kecemasan. DIminta semua orang berada di dalam rumah dan jangan keluar dari rumah sehingga diberitahu. Sila pastikan semua pintu dikunci dengan baik”

Rama : OMG, Rasanya yang ini berkaitan dengan rusuhan pagi tadi.

Aisyah : Yala

Kamal : Aisyah, kan saya dah cakap jangan jemput orang cian ini.

Aisyah : Dia tu kawan saya lah!

Rama : Sorry, I pergi dulu.

Kamal : Tahu tak rusuhan pagi tadi semuanya gara-gara orang cina

Aisyah : Apa? Kamu pun terlibat dalam rusuhan tu? Faiz, bawa Ting Ting balik sekarang.

Kamal : Faiz, Kenapa awak nak tolong orang cina ini? Kita sebagai orang melayu kena berganding bahu hapuskan orang cina daripada tanah kita.

Faiz : Kamal, janganlah kamu cakap macam tu. Kenapa awak menyertai rusuhan tu? Kita sebagai generasi muda sepatunya menegakkan keamanan dan bukannya membinasa negara kita dengan rusuhan. Semua hal boleh dibawa berbincang.

Kamal : Ah, saya tak peduli? Saya tak suka orang cina itu hal saya.

Aisyah : Faiz, bawa Ting Ting balik sekarang juga!

Aisyah : Kamal, janganlah buat benda-benda yang tidak berfaedah tu. Kita sepatutnya bersatu

Kamal : Hey Aisyah kamu tahu tak, banyak orang kita terkorban dalam rusuhan pagi tadi. Itu semua gara-gara orang cina.

Aisyah : Tapi perkara macam ni kita sebagai genarasi masa depan haruslah mengelakkan pekara ni daripada berlaku. Kita sepatutnya jadi

peace maker.

Kamal : Ah… Jangan nak berceramah dengan saya. Saya tak ada masa untuk dengar.

Page 6: Script Rukun Negara malaysia

Babak 5

Bila Faiz tersedar, dia terkejut melihat Ting Ting yang telah terlantar di jalan raya dengan pisau di perutnya yang berlumuran dengan darah.

Babak 6: (Di Hospital)

Bapa Ting Ting :Doktor, macam mana dengan keadaan anak saya?

Doktor : Maafkan kami Tuan. Anak tuan tidak dapat diselamatkan

Babak 7

Selepas kejadian tersebut, Kamal telah diberkas dan ditahan oleh anggota polis kerana membunuh Ting Ting. Sewaktu di lokap, ibunya telah datang membawa sepucuk surat dan menyuruh Kamal membacanya. Ternyata isi kandungan dalam surat tersebut adalah takdir yang telah tertulis antara dirinya dan Ting Ting.

Kandungan surat:

“ Kepada Siti Bt Johari,

Setelah sekian lama akhirnya saya berkesempatan untuk mendapat alamat rumah Puan Siti. Kami sekeluarga telah berpindah ke KL hasrat utama saya sebenarnya untuk menolong Ting Ting yang juga merupakan anak perempuan sebenar Puan untuk mengenali ibu sebenarnya. Tapi hasrat saya tidak kesampaian. Ting Ting telah meninggal dunia ditikam oleh seorang lelaki yang selepas disiasat baru saya tahu yang pembunuhnya sebenarnya abang kembar Ting Ting. Adakah ini jodoh namanya? Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi saya sekeluarga untuk mempunyai anak perempuan yang telah menjadi periang rumah tangga kami. Dan maafkan kami kerana tidak dapat menjaganya dan melindungi dia pada masa yang sepatutnya. Sekian.

Kamal berasa terkejut lalu menangis.

Kamal : Adik ku…

Mak kamal turut menangis.

Page 7: Script Rukun Negara malaysia

SMK SULTAN ABDUL JALIL, KLUANG

SKRIP DRAMA

”PREJUDISNYA HARAPAN: SUATU PERJUANGAN”

TARIKH : 12 OGOS 2014

HARI : SELASA

TEMPAT : SM TUN PERAK, MUAR

S.A.J PRODUCTION

Page 8: Script Rukun Negara malaysia