SDP : Topik 8 - Penghubungkaitan

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/30/2019 SDP : Topik 8 - Penghubungkaitan

    1/16

    131OUM

    TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

    TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

    PENGENALAN

    Seni merupakan satu cabang yang berharga dan merupakan salah satu cara untukberkomunikasi yang amat tinggi nilainya. Penghubungkaitan dan pautan di dalam matapelajaran ini boleh disamakan dengan program-program antara disiplin-disiplin yangterdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia berperanan sebagai satu strategi dankaedah pendidikan untuk membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yangmenyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat membentuk supaya setiap insan itu akan terusdihormati; menggalakkan sikap kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankantugasan yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktivitidan kemahiran serta dapat merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangandari segala sudut baik akademik mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akanmengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa danfizikal dan pembangunan sosial, meletakkan keseluruhan kurikulum kedalam kontekskehidupan yang sebenar. Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskanpendidikan yang pelbagai bentuk walau pun mereka datang dari pelbagai latar belakangdan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk ituseni visual memainkan peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan danpembangunan minda pelajar.

    OBJEKTIF

    Pada akhir topik ini, anda akan dapat:1. memahami pengertian penghubungkaitan;

    2. menyatakan kelebihan penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran;

    3. menjelakan tentang tujuan penghubungkaitan dan kaitannya dengan bebrbagai

    aspek pengajaran dan pembelajaran;

    4. menyatakan peranan penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran;

    dan

    5. menyatakan peranan motivasi sebagai alat untuk pengajaran pembelajaran.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 8 - Penghubungkaitan

    2/16

    132OUM

    TOPIK 8PENGHUBUNGKAITAN

    PETA MINDA

    8.1 PENGENALAN

    Setiap insan yang hidup tidak boleh hidup bersendirian tanpa adanya rakan, ia akansentiasa mencuba untuk berinteraksi atau mencari idea-idea baru untuk menyelesaikansegala masalah yang dihadapinya. Kebiasaannya masalah itu akan diselesaikan denganpembagai cara. Untuk itu ia akan mencuba mengenalpasti masalah, langkah-langkah

    membaik pulih atau penambahbaikan masalah yang dihadapi dan seterusnya akanmembuat kesimpulan samaada masalah itu telah diselesaikan atau sebaliknya.

    Pengertian Penghubungkaitan Semua Benda

    Penghubungkaitan bilik darjah boleh diibaratkan seolah-olah seperti sepasang tangandengan jejarinya yang dianggap sebagai pelajar, manakala ibu jari sebagai gurunyaSemua jejari pelajar ini dibolehkan bergerak dan berfungsi dengan bebas tanpa had mahupun sekatan untuk meneroka seberapa banyak mungkin idea-idea yang baru yang bolehdidapati dipersekitarannya, sementara ibu jari berperanan sebagai penyokong,pembimbing dan pembantu. Walau pun seseorang itu tidak mempunyai ibu jari, tetapi ia

    masih lagi boleh bergerak, akan tetapi pergerakannya itu akan menghadapi masalahuntuk membantu menggenggam sesuatu benda dengan erat. Pada masa inilah ibu jari

  • 7/30/2019 SDP : Topik 8 - Penghubungkaitan

    3/16

    133OUM

    TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

    (guru) kehadapan untuk membantu jari jemari mengenggam sesuatu objek atau dari satusudut pandangan guru pelajar pemahaman sesuatu idea atau konsep. Jari jemari ini akantetap bekerjasama untuk mencapai tugasan yang diberi. Untuk itu prinsip perpaduan

    adalah penting. Ini adalah disebabkan penghubungkaitan merupakan satu cara untukmenyelesaikan masalah dan ia sentiasa berkaitan rapat antara satu sama lain tanpa adayang menimbulkan masalah.

    Kelebihan Penghubungkaitan

    Apabila keperluan asas, manusia untuk kesepaduan kepunyaan dan kepercayaandilengkapi, barulah dapat kita mulakan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai guru, kitaperlulah membantu sekolah untuk mewujudkan pengalaman-pengalaman umum yangakan melahirkan perasaan penghubungkaitan.

    Keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara penghubungkaitan ialahbergantung kepada tujuh criteria asas yang boleh dihuraikan seperti

    (a) Mempunyai Semangat Saling Bergantung:-Untuk itu setiap pelajar perlulah mempercaya antara satu sama lain bahawa merekaperlu mempunyai semangat saling bergantung ke arah mencapai prestasi yangcemerlang bukan sahaja bagi diri sendiri malahan bagi semua anggota dalamkumpulannya.

    (b) Kemahiran Sosial yang Penting untuk Berkomunikasi:Pelajar perlu mempunyai kemahiran sosialisasi yang baik dengan tidak meniraagama, bangsa, jantina dan budaya. Berkongsi kemahiran kepimpinan, membina

    kepercayaan diantara satu sama lain dan menguruskan konflik.(c) Kesedaran akuntabiliti individu setiap anggota dalam kumpulan akan sedar

    tanggungjawabnya terhadap prestasi semua anggotanya.

    (d) Penilaian kumpulan dijalankan dari semasa kesemasa untuk memastikan kelancaranaktiviti.

    (e) Perkara-perkara kecil yang terpencil dan terasing tetapi penting dapat digabungkandalam proses pembelajaran.

    (f) Dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam sesuatu prosespembelajaran pelajar.

    (g) Menyerapkan pengetahuan serta kemahiran dan aktiviti yang tidak dapat wujudsebagai satu mata pelajaran.

    Latihan 8.1

    Apakah tujuan penghubungkaitan dalam proses pengajaran danpembelajaran?

  • 7/30/2019 SDP : Topik 8 - Penghubungkaitan

    4/16

    134OUM

    TOPIK 8PENGHUBUNGKAITAN

    8.1.3 Tujuan Penghubungkaitan dalam Berbagai Aspek Pengajaran danPembelajaran

    Tujuan Penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran;

    (a) Penghubungkaitan Merupakan Satu Jaringan yang Saling Berkait antara SatuSama LainUntuk meningkatkan tahap kefahaman sesuatu mata pelajaran maka satu jaringanyang khusus perlu diadakan terutamanya dari segi penghubungkaitan kemahiran-kemahiran pada setiap mata pelajaran.

    Rajah 8.1: Penghubungkaitan antara mata pelajaran

    (b) Memudahkan Pelajar untuk MengingatDengan mengguna konsep penghubungkaitkan ini pelajar akan lebih mudah untukmengingatkan sesuatu mata pelajaran. Untuk itu konsep yang terdapat di dalamkemahiran berfikir boleh diaplikasikan seperti penggunaan pengurusan grafik.

    Rajah 8.2: Contoh pengurusan grafik untuk, memudahkan pelajar mengingat

    (c) Melatih Minda Pelajar Supaya Sentiasa Kreatif dan AktifDengan adanya penghubungkaitan minda pelajar akan digerakan secara aktif, danakan bertindak lebih kreatif.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 8 - Penghubungkaitan

    5/16

    135OUM

    TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

    (d) Pembelajaran BerkesanSesuatu pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan apabilapendekatan penghubungkaitan dilaksanakan berdasarkan aspek-aspek berikut:

    x Pengajaran lebih terancang dengan disusun rapi dengan penetapan objektif, isipelajaran, strategi, kaedah-kaedah yang jelas serta penggunaan bahan-bahanpembelajaran yang relevan

    x Kepelbagaian kaedah digunakan kerana pelajarnya adalah kepelbagaianindividu yang berbeza antara satu dengan lain seperti tahap mental, fizikal,emosi dan sebagainya.

    x Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar adalah fokusutamanya.

    x Aktiviti serta isi pelajaran adalah bersifat kontekstual iaitu ada hubung kaitdengan kehidupan harian.

    x Berlaku aktiviti pembelajaran yang menerapkan nilai-nilai secara menerentasikurikulum

    8.2 PENGHUBUNGKAITAN SENI VISUAL, MUZIK DANPERGERAKAN DENGAN MATA PELAJARAN LAIN

    Penghubungkaitan di antara mata pelajaran lain dengan mata pelajaran seni visual, muzikdan pergerakan dapat dihuraikan seperti berikut;

    Rajah 8.3: Penghubungkaitan antara seni visual, muzik dan pergerakan

    Berdasarkan huraian di atas dapat disimpulkan bahawa muzik, seni visual dan pergerakandapat dihubungkaitkan dengan matapelajaran lain. Iaitu dengan berdasarkan kepadapelbagai disiplin ilmu yang terdapat didalamnya.

    8.2.1 Menghubungkait Pengetahuan dalam Berbagai Mata Pelajaran

    Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah

    berfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu proses ini akan berbentuk satu

  • 7/30/2019 SDP : Topik 8 - Penghubungkaitan

    6/16

    136OUM

    TOPIK 8PENGHUBUNGKAITAN

    lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk mencapaisatu matlamat.

    Rajah 8.4: Menghubungkait pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran

    8.2.2 Menghubungkait Kemahiran dalam Berbagai Mata Pelajaran

    Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan dapatmengubung kait sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar.

    8.2.3 Hasil Pembelajaran

    Hasil pembelajaran boleh diertikan sebagai matlamat pembelajaran atau objektif yangperlu diperolehi secara eksplisit dan implisit. Hasil pembelajaran akibat daripadapenghubungkaitan itu akan membuatkan sesuatu pembelajaran itu akan menjadi lebihefektif.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 8 - Penghubungkaitan

    7/16

    137OUM

    TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

    Jadual 8.1: Contoh Sedutan Ringkasan Mengajar Pendidikan Seni Visual

    Tahun : 4 jingga

    Bilangan pelajar : 28 orang

    Umur : 10 tahun

    Tarikh/ Hari : 15/05/2006 (Isnin)

    Masa : 11.00 12.00 tgh

    Pelajaran : Seni Visual

    Perkara : Membentuk dan membuat binaan.

    Tajuk : Binaan berbagai-bagai bentuk dan penggunaan ruang.

    : 1. membuat bentuk-bentuk dari kertas

    2. menyusun bentuk-bentuk

    Penggabung jalinanKemahiran

    3. menggunting

    Pengetahuan sedia ada : Pelajar pernah melihat susunan bentuk-bentuk tiga matra samaada melalui pameran atau televisyen

    : Pada akhir pelajaran pelajar akan dapat:

    1. menggunting dan melipat kertas untuk membuat bentuk-bentuk tiga matra.

    2. menyusun bentuk-bentuk untuk mencipta satu binaan dengankemas dan menarik

    Objektif Eksplisit

    3. menimbulkan sikap kerjasama untuk menghasilkan ciptaanantara rakan sedarjah

    Objektif Implisit : Menikmati hasil karya sebagai hiasan daripada bentuk- bentuktiga matra.

    Latihan 8.2

    Nyatakan peranan guru dalam melaksanakan satu pengajaran yang berkesan?

    8.3 PERANAN GURU DALAM PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN

    Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran danpembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi

  • 7/30/2019 SDP : Topik 8 - Penghubungkaitan

    8/16

    138OUM

    TOPIK 8PENGHUBUNGKAITAN

    lebih sistematik. Untuk itu beberapa persoalan perlulah dijawab sebelum membuatsesuatu perancangan.

    (i) Mengapakah pelajar bosan?

    (ii) Mengapakan sesetengah bahan yang disampaikan tidak relevan kepada mereka?

    (iii) Bagaimanakah saya sebagai guru dapat menyampaikan bahan-bahan yangmemenuhi keperluan pelajar?

    (iv) Apakah peranan saya dalam mengendalikan pengajaran berkesan?

    (v) Apakah strategi yang boleh mendorong dan menimbulkan minat pelajar untukbelajar?

    (vi) Bagaimanakah saya dapat merancang pengajaran saya dengan baik?

    (vii) Apakah aktiviti-aktiviti yang perlu diadakan agar pendekatan pengajaranpembelajaran saya berpusatkan pelajar?

    Berdasarkan persoalan yang diatas didapati bahawa proses pengajaran adalah sesuatuyang kompleks kerana ia merangkumi pelbagai perkara, fungsi dan kemahiran yang salingberhubungkaitan dan hendaklah bertindak serentak agar dapat memperlohi kejayaan.Untuk itu satu pengajaran yang menarik serta berkesan merupakan pengajaranpengajaran yang boleh menghasilkan pembelajaran pelajar sebagaimana yangdikehendaki oleh masyarakat.

    Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, carapenyampaian dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minatpelajar. Berdasarkan model pendekatan sistematik dibawah terdapat penghubungkaitanpengajaran yang hendak dijalankan.

    Rajah 8.5: Pengajaran - model pendekatan sistematik

  • 7/30/2019 SDP : Topik 8 - Penghubungkaitan

    9/16

    139OUM

    TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

    8.3.1 Motivasi, Fasilitasi, Penyampaian Pengukuhan, Pelanjutan,Penglibatan

    (a) MotivasiMotivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkan minatuntuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini.Motivasi dapat dibahagikan kepada dua, iaitu;

    (i) Motivasi ekstrinsikPenggunaan insentif yang dirangsangkan dari luar

    (ii) Motivasi intrinsikDidorong oleh keinginan yang terbit dari dalam diri individu itu sendiri yangselalunya tidak dipengaruhi sebarang insentif luaran.

    Motivasi ekstrinsik merupakan sebgai pendorong untuk menggerakkan individu-

    individu menuju kepada kejayaan. Motivasi jenis ini terdapat dalam pelbagai bentuk.Tedapat kelemahan motivasi jenis ini ialah ia mempunyai kecenderunganmempengaruhi tumpuan seseorang individu itu lebih kepada ganjaran daripadatumpuan kepada usaha mempelajari, melaksanakan dan memperbaiki prestasi atautugas yang diberikan.

    Pelajar akan berasa terangsang apabila menyedari adanya sesuatu yang menarikyang bakal diperolehi. Tanpa dipaksa pelajar akan melakukan apa sahaja mengikutkehendak program itu.

    Dalam Seni dalam pendidikan motivasi boleh diklasifikasikan kepada tiga aspekmotivasi.

    x Motivasi dan hubungannya dengan minat

    x Motivasi dan hubungannya dengan keputusan

    x otivasi dan hubungannya dengan pertandingan.

    (b) FasilitasiPelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam segalaaktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Denganmelibatkan diri secara aktif ianya secara tidak langsung dpat mempertingkatkankonsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan dankepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

    Kesemuanya ini terbentuk hasil dari penglibatan secara total dengan interaksi yangaktif ibu bapa, guru disekolah, rakan sebaya dan masyarakat serta pengalaman danpenyesuaian diri dengan persekitarannya.

    Untuk itu sekolah perlu disediakan dengan kemudahan-kemudahan yangmembolehkan pelajar untuk belajar dengan lebih selesa tanpa ada sebaranggangguan serta serba kekurangan.

    x Bilik yang selesa

    x Terdapat peredaran cahaya dan udara yang sesuai

    x Bahan dan peralatan yang mencukupi

  • 7/30/2019 SDP : Topik 8 - Penghubungkaitan

    10/16

    140OUM

    TOPIK 8PENGHUBUNGKAITAN

    x Kakitangan pembantu yang terlatih.

    x Bilik yang dapat merangsang minda pelajar

    (c) Penyampaian PengukuhanPengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supayaakan menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatandalam tingkahlaku yang positif.

    Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi pelbagaipengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itumenarik dan mencabar mereka.

    Terdapat pelbagai teknik yang digunakan oleh guru untuk membantu pelajar supayapengukuhan pada setiap mata pelajaran itu dilaksankana. Antaranya;

    (i) Bahan pembelajaran yang menarik minat pelajarBahan pembelajaran perlulah yang menarik minat pelajar serta mesrapengguna. Guru perlu membantu pelajar untuk menggunakan bahan-bahanyang diguna pakai. Pastikan juga bahan-bahan pembelajaran adalahmencukupi.

    (ii) Mempelbagaikan pendekatan dan strategi pengajaranTedapat pelbagai pendekatan dan strategi pengajaran antaranya ialah,

    x perbincangan,

    x tunjuk cara,

    x penyelesaian masalah

    x simulasi

    x projek

    x bermain

    (iii) Penggunaan media (cetak dan elekronik)Media cetak seperti,

    x Kertas edaran,

    x Pamplet

    x Akhbar

    x Majalah,

    x Risalah,

    x Komik, dan sebagainya

    (iv) Media elektronik

    x Radio

    x Video

    x Televisyen

    x Bahan pelajaran dihasilkan oleh komputer.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 8 - Penghubungkaitan

    11/16

    141OUM

    TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

    8.3.2 Meta Kognisi, Refleksi, Pembelajaran Bestari

    (a) Meta Kognisi

    Merupakan aktiviti mental yang digunakan untuk memantau, mengawal danmerancang untuk penyelesaian masalah, kefahaman, ingatan dan proses kognitifyang lain. Borich dan Tombari pula menyatakan bahawa meta kognisi merupakansatu cara individu menggunakan strategi kognitif untuk mencari dan mengumpulmaklumat dan tahu bila dan dimana untuk menggunakan stratetgi kognitif tersebut.

    Meta kognisi dikenali juga sebagai "berfikir tentang berfikir bila mana apabila kitaberfikir tentang berfikir, kita sebenarnya sedang menguruskan apa yang kita perludifikirkan. Pengetahuan meta kognisi ini dapat dibahagikan kepada tiga jenispengetahuan. Ketiga-tiga pengetahuan ini penting untuk menggalakkan pelajar dapatmembuat meta kognisi. Pengetahuan tersebut adalah seperti:

    x

    Pengetahuan personalPengetahuan tentang kekuatan dan kelemahan diri. Contohnya, individu tahu dialebih suka membaca pelajaran pada waktu pagi daripada waktu malam.

    x Pengetahuan tugasPengetahuan tentang variasi cara tersendiri dalam melaksanakan tugas.Contohnya cara menyelesaikan masalah matematik berlainan daripada caramembuat karangan.

    x Pengetahuan strategiPengetahuan tentang strategi tertentu yang lebih berkesan daripada strategi laindalam menyelesaikan sesuatu masalah.

    (b) RefleksiRefleksi bermaksud sesuatu proses seseorang yang berusaha untuk mengingat danmerenung kembali aktiviti pendidikan yang telah difikirkan atau dialaminya,menganalisis dan menilai kesanya, termasuk juga memikirkan cara untukmemperbaiki dan merancang dengan membuat pengubahsuaian supaya dapatdigunakan dengan lebih efektif.

    Proses refleksi merangkumi 6 peringkat iaitu:

  • 7/30/2019 SDP : Topik 8 - Penghubungkaitan

    12/16

    142OUM

    TOPIK 8PENGHUBUNGKAITAN

    Rajah 8.6: 6 peringkat proses refleksi

    Berdasarkan rajah di atas, proses refleksi bermula daripada peringkat,

    x KefahamanMerupakan cetusan asas untuk mengenalpasti dan menjelaskan isu, fenomenadan masalah pedagogi.

    x Tranformasi

    Pada peringkat transformasi pula merupakan peringkat untuk merancangmembuat tindakan seterusnya iaitu dengan mengambil kira segala faktor yangdiperlukan.

    x PelaksanaanPada peringkat ini guru akan melaksanakan apa yang telah dirancang, mengujiatau mengkaji segala aspek dengan menggunakan. Instrument yang telahditetapkan.

    x PenilaianPelaksanaan ini berterusan sehingga keperingkat penilaian. Iaitu akan menilaisegala tindakan yang telah diambil

  • 7/30/2019 SDP : Topik 8 - Penghubungkaitan

    13/16

    143OUM

    TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

    x RefleksiMembuat segala refleksi iaitu mengingat dan merenung kembali segala aktivitiyang telah dialaminya, menganalisa dan menilai kesannya serta memikirkan

    cara untuk membaikinya untuk digunakan pada masa depan.

    x Kefahaman baruMembuat satu perancangan pengubahsuaian, peningkatan atau membuattindakan susulan dan menjadi cetusan idea yang asas untuk membuat satutransformasi yang baru dan tindakan-tindakan yang berikutnya hingga menjadisatu bentuk lingkaran secara terus menerus demi mempertingkatkan ilmupengetahuan, pengalaman dan kemahiran pedagogi seseorang pendidik.

    (c) Pembelajaran BestariBestari bermaksud cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan dan berbudipekerti yang baik. Untuk itu pembelajaran bestari ialah pembelajaran yang

    membolehkan seseorang pelajar menjadi cerdas dan pandai, berpendidikan, berilmupengetahuan yang tinggi dan akan mempunyai budi pekerti yang baik.

    Untuk melaksanakan pembelajaran bestari yang berjaya beberapa pendekatan telahdilaksanakan oleh kementerian pelajaran. Antaranya:

    (i) Sekolah BestariMewujudkan sekolah bestari supaya dapat membina pelajar menjadi seorangyang cerdas dan pandai menggunakan teknologi-teknologi terkini dalam aktivitipembelajaran mereka. Manakala matlamat pembentukannya ialah untukmenjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan yangbertaraf dunia dan boleh melahirkan generasi yang mampu untuk menghadapi

    segala cabaran-cabaran Wawasan 2020.

    (ii) Penggunaan KomputerKomputer memainkan alat pembelajaran yang penting, utama untukmemperolehi segala maklumat dan ilmu pengetahuan. Untuk itu computer akandigunakan secara meluas di dalam segala aktiviti pembelajaran, pentadbirandan membuat penilaian. Manakala buku teks hanya digunakan sebagai bahanrujukan sahaja.

    (iii) Peranan GuruPeranan guru menjadi lebih luas iaitu bukan sahaja berperanan sebagaipengajar sebaliknya guru juga akan berperanan sebagai seorang pemudahcara,

    penasihat, fasilitator, model sesuatu bentuk pengajaran dan pembelajaran. Guruperlulah mahir menggunakan alat bantuan mengajar tekini terutamanyakomputer dan pelbagai alat multimedia yang lain.

    (iv) Peranan Pentadbir

    x Pentadbir perlu menyediakan makmal teknologi maklumat supayamemudahkan guru dan pelajar mencari bahan-bahan yang bekaitandengan alat audio visual.

    x Menyediakan makmal computer supaya mudah bagi pelajar mengaksesbahan-bahan pembelajaran melalui internet, membuat e-mail dan lain-lain

    lagi

  • 7/30/2019 SDP : Topik 8 - Penghubungkaitan

    14/16

    144OUM

    TOPIK 8PENGHUBUNGKAITAN

    x Bilik guru dilengkapi dengan prasarana pengurusan maklumat dan sumber,e-mail, dan database.

    x Pejabat pentadbiran pula akan dilengkapi dengan data base untukpengurusan guru, pelajar dan inventori, sumber serta pengedaranmaklumat dan notis.

    x Memudahkan pihak sekolah berinteraksi dan berkomunikasi dengan cepatdan pantas dengan Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negerdan Kementerian Pelajaran melalui Jaringan (network)

    Untuk meralisasikan matlamat pembelajaran bestari ini tercapai dengan jayanya.Kementerian Pelajaran perlulah membuat tindakan segera dengan menggalakkan gurusupaya bersedia untuk memperlengkapkan diri mereka dengan kemudahan-kemudahanteknologi maklumat terkini seperti penggunaan computer.

    Tindakan yang perlu diambil oleh guru ialah:

    (a) Peka Terhadap Persekitaran Sekolah

    (b) Meningkatkan Pengetahuan Kerja/TugasGuru perlu mempertingkatkan pengetahuan tentang tugas dan kerja yang telahdiamanahkan kepadanya dengan menghadiri kursus-kursus dalam perkhidmatan,melanjutkan pelajaran, menghadiri kursus-kursus jangka pendek.

    Tugas utama guru adalah untuk budaya ilmu dikalangan pelajar. Nilai-nilai budayailmu yang hendak dipupuk dalam diri pelajar disekolah ialah budaya membaca,budaya belajar, budaya berfikir, budaya berwacana, budaya menulis dan budayaberkarya.

    (c) Meningkatkan Hubungan InterpersonalHubungan interpersonal dijalinkan melalui komunikasi. Tujuannya berkomunkasiadalah untuk menyampaikan khabar, berita, mesej, pendapat atau maklumat kepadapendengar.

    Pelajar juga digalakkan untuk mempertingkatkan hubungan interpersonal denganrakan, pelajar-pelajar, serta ibu bapa mereka.

    Ciri-ciri sifat guru yang positif ialah:

    x Mempunyai sifat yang positif dan mempunyai pandangan

    x Berperibadi baik - tidak ego, sombong dan menunjuk-nunjuk.

    x Mempunyai kefahaman tentang pertumbuhan dan perkembangan pelajar

    x Mempunyai keadaan fizikal, mental dan kerohanian yang sempurna

    x Sabar, ramah, tidak mudah jemu, pandai menarik hati pelajar

    x Sensitive terhadap sikap dan tindak tanduk orang lain

    x Ada keyakinan diri sendiri terhadap tugas yang diberi

    x Peka terhadap persekitaran

    x Bertolak ansur dan bertimbang rasa

    x Dapat menyimpan rahsia orang lain.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 8 - Penghubungkaitan

    15/16

    145OUM

    TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN

    (d) Membuat Refleksi Melalui Penyelidikan TindakanMembuat refleksi melalui penyelidikan tindakan dapat membantu danmempertingkatkan tahap pengajaran serta pembelajaran guru serta dapat membuat

    pengubahsuaian dan membaiki kaedah, teknik serta rancangan mengajar supayadapat pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

    (e) Merebut Peluang Pendidikan TerbukaGuru perlu merebut peluang yang sedia ada untuk mempertingkatkan tahapakademiknya kerana pemerolehan ilmu tidak hanya tehad di sekolah sahajamalahan kini telah merentasi sempadan Negara. Kerana ia bukan sahaja bolehdidapati dengan mudah tetapi memerlukan pengorbanan tinggi guru untukmemerolehi ilmu.

    Terdapat pelbagai bentuk jenis Pendidikan Terbuka yang dikelolakan oleh kerajaan,badan berkanun atau swasta antaranya ialah Pendidikan Jarak Jauh, PendidikanUniversiti Virtual dan Pendidikan Universiti Terbuka. Malaysia, menjelang tahun 2000

    telah berjaya menubuhkan sebuah Universiti Terbuka (UNITEM/OUM) dan sebuahuniversiti virtual (UNITAR) yang menggunakan teknologi terkini seperti video-conferencing, internet untuk tujuan kuliah.

    RUMUSAN

    Topik ini menegaskan tentang kepentingan penghubungkaitan pada setiap mata pelajarandalam pengajaran dan pembelajaran serta dapat memahami pengertian, tujuan danperanan penghubungkaitan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolahDiharapakan dengan menggunakan penghubungkaitan dapat membina atau membentuksahsiah, emosi, jasmani dan fizikal pelajar supaya menjadi masyarakat yang berpekertimulia.

    GLOSARI

    Bestari Bermaksud cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan danberbudi pekerti yang baik.

    Refleksi Bermaksud sesuatu proses seseorang yang berusaha untukmengingat dan merenung kembali.

    Pengukuhan Merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supayaakan menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atauterdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif.

    Meta kognisi Merupakan aktiviti mental yang digunakan untuk memantau,mengawal dan merancang untuk penyelesaian masalah, kefahaman,ingatan dan proses kognitif yang lain.

    Motivasi Seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuktujuan membuatkan pelajar menunjukkan prestasi dalam cara yangdiingini.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 8 - Penghubungkaitan

    16/16

    146OUM

    TOPIK 8PENGHUBUNGKAITAN

    UJIAN 1

    1. Apakah itu refleksi?

    2. Huraikan dengan nyata enam pringkat refleksi didalam pengajaran dan pembelajarpelajar?

    UJIAN 2

    1. Apakah penghubungkaitan?

    2. Nyatakan faedah penghubungkaitan dengan pelbagai matapelajaran.

    3. Jelaskan peranan guru untuk mempertingkatkan penghubungkaitan.

    RUJUKAN

    Amabile, T. M (1987). The motivation to be creative. In S.G. Isaksen (Ed,) Frontiers ofCreativity Research, pp 223-254

    Ayob, S. (1992). Pergerakan kreatif dan pendidikan. Petaling Jaya, Flo Enterprise Sdn.Bhd.

    Beetlestone, F. (1998). Creative children, imaginative teacher. Buckingham: Open

    University Press.

    Choksy, L., (1991). Teaching music effectively In the elementary school. Prentice NewJersey: Hall Inc.

    Choksy, L., Abramson, R. M., Gillespie A. E. & Woods, D. (1986). Teaching music in the20th Century. Englewood Cliffs, U.S.A.

    Gallahue, D. A. (1982). Developmental movement experiences for young children.New York: Wiley.

    Pautz, M. P (1988). Creating the need for music inservices. Design for Arts in Education,

    89 (3), 28-30.

    Swanwick, K., & Tillman, J. (1986). The sequence of musical development: A study ofchildrens composition. British Journal of Music Education, 3, 305-339.