Topik 8 Penghubungkaitan (1)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

free untuk semua

Citation preview

  • 5/24/2018 Topik 8 Penghubungkaitan (1)

    1/18

    PENGENALAN

    Seni merupakan satu cabang yang berharga dan merupakan salah satu carauntuk berkomunikasi yang amat tinggi nilainya. Penghubungkaitan dan pautandi dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan program-program antaradisiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia berperanan

    sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu melahirkanpembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapatmembentuk supaya setiap insan itu akan terus dihormati; menggalakkan sikapkepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberioleh guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dankemahiran serta dapat merangsang setiap pelajar untuk mencapaikecemerlangan dari segala sudut baik akademik mahu pun kokurikulum. Iasecara tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains danteknologi, kajian sosial, bahasa dan fizikal dan pembangunan sosial, meletakkankeseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan yang sebenar. Setiap pelajar

    TTooppiikk

    Penghubungkaitan

    88

    3. Menjelakan tentang tujuan penghubungkaitan dan kaitannyadengan berbagai aspek pengajaran dan pembelajaran;

    4. Menyatakan peranan penghubungkaitan dalam pengajaran danpembelajaran; dan

    5. Menyatakan peranan motivasi sebagai alat untuk pengajaranembela aran.

    2. Menyatakan kelebihan penghubungkaitan dalam pengajaran danpembelajaran;

    1. Memahami pengertian penghubungkaitan;

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    HASIL PEMBELAJARAN

  • 5/24/2018 Topik 8 Penghubungkaitan (1)

    2/18

    TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN 153

    berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai bentukwalau pun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomiyang berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual

    memainkan peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan danpembangunan minda pelajar.

    PENGHUBUNGKAITAN8.1

    Setiap insan yang hidup tidak boleh hidup bersendirian tanpa adanya rakan, iaakan sentiasa mencuba untuk berinteraksi atau mencari idea-idea baru untukmenyelesaikan segala masalah yang dihadapinya. Kebiasaannya masalah ituakan diselesaikan dengan pembagai cara. Untuk itu ia akan mencubamengenalpasti masalah, langkah-langkah membaik pulih atau penambahbaikan

    masalah yang dihadapi dan seterusnya akan membuat kesimpulan samaadamasalah itu telah diselesaikan atau sebaliknya.

    8.1.1 Pengertian Penghubungkaitan Semua Benda

    Penghubungkaitan bilik darjah boleh diibaratkan seolah-olah seperti sepasangtangan dengan jejarinya yang dianggap sebagai pelajar, manakala ibu jari sebagaigurunya Semua jejari pelajar ini dibolehkan bergerak dan berfungsi dengan

    bebas tanpa had mahu pun sekatan untuk meneroka seberapa banyak mungkin

    idea-idea yang baru yang boleh didapati dipersekitarannya, sementara ibu jariberperanan sebagai penyokong, pembimbing dan pembantu. Walau punseseorang itu tidak mempunyai ibu jari, tetapi ia masih lagi boleh bergerak, akantetapi pergerakannya itu akan menghadapi masalah untuk membantumenggenggam sesuatu benda dengan erat. Pada masa inilah ibu jari (guru)kehadapan untuk membantu jari jemari mengenggam sesuatu objek atau darisatu sudut pandangan guru pelajar pemahaman sesuatu idea atau konsep. Jari

    jemari ini akan tetap bekerjasama untuk mencapai tugasan yang diberi. Untukitu prinsip perpaduan adalah penting. Ini adalah disebabkan penghubungkaitanmerupakan satu cara untuk menyelesaikan masalah dan ia sentiasa berkaitan

    rapat antara satu sama lain tanpa ada yang menimbulkan masalah.

    8.1.2 Kelebihan Penghubungkaitan

    Apabila keperluan asas, manusia untuk kesepaduan kepunyaan dankepercayaan dilengkapi, barulah dapat kita mulakan pengajaran danpembelajaran. Sebagai guru, kita perlulah membantu sekolah untukmewujudkan pengalaman-pengalaman umum yang akan melahirkan perasaanpenghubungkaitan.

  • 5/24/2018 Topik 8 Penghubungkaitan (1)

    3/18

    TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN154

    Keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secarapenghubungkaitan ialah bergantung kepada tujuh kriteria asas yang bolehdihuraikan seperti:

    (a) Mempunyai Semangat Saling BergantungUntuk itu setiap pelajar perlulah mempercayai antara satu sama lain

    bahawa mereka perlu mempunyai semangat saling bergantung ke arahmencapai prestasi yang cemerlang bukan sahaja bagi diri sendiri malahan

    bagi semua anggota dalam kumpulannya.

    (b) Kem ahiran Sosial yang Penting untuk Berkom unikasi:Pelajar perlu mempunyai kemahiran sosialisasi yang baik dengan tidakmengira agama, bangsa, jantina dan budaya. Berkongsi kemahirankepimpinan, membina kepercayaan di antara satu sama lain dan

    menguruskan konflik.(c) Kesedaran akauntabiliti individu setiap anggota dalam kumpulan akan

    sedar tanggungjawabnya terhadap prestasi semua anggotanya.

    (d) Penilaian kumpulan dijalankan dari semasa kesemasa untuk memastikankelancaran aktiviti.

    (e) Perkara-perkara kecil yang terpencil dan terasing tetapi penting dapatdigabungkan dalam proses pembelajaran.

    (f) Dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam sesuatuproses pembelajaran pelajar.

    (g) Menyerapkan pengetahuan serta kemahiran dan aktiviti yang tidak dapatwujud sebagai satu mata pelajaran.

    AKTIVITI 8.1

    Apakah tujuan penghubungkaitan dalam proses pengajaran danpembelajaran?

  • 5/24/2018 Topik 8 Penghubungkaitan (1)

    4/18

    TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN 155

    8.1.3 Tujuan Penghubungkaitan dalam Berbagai AspekPengajaran dan Pembelajaran

    Tujuan Penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah sepertiberikut:

    (a) Penghubungkaitan Merupakan Satu Jaringan yang Saling Berkait antaraSatu Sama LainUntuk meningkatkan tahap kefahaman sesuatu mata pelajaran maka satu

    jaringan yang khusus perlu diadakan terutamanya dari segipenghubungkaitan kemahiran-kemahiran pada setiap mata pelajaran.Contohnya seperti pada Rajah 8.1.

    Rajah 8.1:Penghubungkaitan antara mata pelajaran(b) Mem udahkan Pelajar untuk Mengingat

    Dengan menggunakan konsep penghubungkaitkan ini pelajar akan lebihmudah untuk mengingatkan sesuatu mata pelajaran. Untuk itu konsepyang terdapat di dalam kemahiran berfikir boleh diaplikasikan sepertipenggunaan pengurusan grafik. (lihat Rajah 8.2).

    Rajah 8.2:Contoh pengurusan grafik untuk memudahkan pelajar mengingat

  • 5/24/2018 Topik 8 Penghubungkaitan (1)

    5/18

    TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN156

    (c) Melatih M inda Pelajar Supaya Sentiasa Kreatif dan A ktifDengan adanya penghubungkaitan minda pelajar akan digerakkan secaraaktif, dan akan bertindak lebih kreatif.

    (d) Pembelajaran BerkesanSesuatu pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan apabilapendekatan penghubungkaitan dilaksanakan berdasarkan aspek-aspek

    berikut:

    Pengajaran lebih terancang dengan disusun rapi dengan penetapanobjektif, isi pelajaran, strategi, kaedah-kaedah yang jelas sertapenggunaan bahan-bahan pembelajaran yang relevan.

    Kepelbagaian kaedah digunakan kerana pelajarnya adalah

    kepelbagaian individu yang berbeza antara satu dengan lain sepertitahap mental, fizikal, emosi dan sebagainya.

    Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar adalahfokus utamanya.

    Aktiviti serta isi pelajaran adalah bersifat kontekstual iaitu ada hubungkait dengan kehidupan harian.

    Berlaku aktiviti pembelajaran yang menerapkan nilai-nilai secaramenerentasi kurikulum.

    AKTIVITI 8.2

    PENGHUBUNGKAITAN SENI VISUAL,MUZIK DAN PERGERAKAN DENGANMATA PELAJARAN LAIN

    8.2

    1. Apakah penghubungkaitan?

    3. Jelaskan peranan guru untuk mempertingkatkanpenghubungkaitan.

    2. Nyatakan faedah penghubungkaitan dengan pelbagaimatapelajaran.

    Penghubungkaitan di antara mata pelajaran lain dengan mata pelajaran senivisual, muzik dan pergerakan dapat dihuraikan seperti berikut di dalam Rajah 8.3:

  • 5/24/2018 Topik 8 Penghubungkaitan (1)

    6/18

    TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN 157

    MSP: Muzik,Seni,Pergerakan

    Rajah 8.3:Penghubungkaitan antara seni visual, muzik dan pergerakanBerdasarkan huraian di atas dapat disimpulkan bahawa muzik, seni visual danpergerakan dapat dihubungkaitkan dengan matapelajaran lain, iaitu dengan

    berdasarkan kepada pelbagai disiplin ilmu yang terdapat didalamnya.

    8.2.1 Menghubungkait Pengetahuan dalam BerbagaiMata Pelajaran

    Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalahberfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu proses ini akan berbentuk

    satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkaituntuk mencapai satu matlamat. (rujuk Rajah 8.4)

    Rajah 8.4:Menghubungkait pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran

  • 5/24/2018 Topik 8 Penghubungkaitan (1)

    7/18

    TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN158

    8.2.2 Menghubungkait Kemahiran dalam BerbagaiMata Pelajaran

    Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaranakan dapat mengubungkaitkan sesuatu yang dipelajari dengan keadaankehidupan yang sebenar.

    8.2.3 Hasil Pembelajaran

    Hasil pembelajaran boleh diertikan sebagai matlamat pembelajaran atau objektifyang perlu diperolehi secara eksplisit dan implisit. Hasil pembelajaran akibatdaripada penghubungkaitan itu membuatkan sesuatu pembelajaran itu akan

    menjadi lebih efektif. (Contoh seperti di Jadual 8.1).

    Jadual 8.1:Contoh Sedutan Ringkasan Mengajar Pendidikan Seni VisualTahun : 4 jingga

    Bilangan pelajar : 28 orang

    Umur : 10 tahun

    Tarikh/ Hari : 15/05/2006 (Isnin)

    Masa : 11.00 12.00 tgh

    Pelajaran : Seni Visual

    Perkara : Membentuk dan membuat binaan.

    Tajuk : Binaan berbagai-bagai bentuk dan penggunaan ruang.

    : 1. membuat bentuk-bentuk dari kertas

    2. menyusun bentuk-bentuk

    Penggabung jalinanKemahiran

    3. menggunting

    Pengetahuan sedia ada : Pelajar pernah melihat susunan bentuk-bentuk tiga matrasama ada melalui pameran atau televisyen

    : Pada akhir pelajaran pelajar akan dapat:

    1. menggunting dan melipat kertas untuk membuatbentuk- bentuk tiga matra

    2. menyusun bentuk-bentuk untuk mencipta satubinaan dengan kemas dan menarik

    Objektif Eksplisit

    3. menimbulkan sikap kerjasama untuk menghasilkanciptaan antara rakan sedarjah

    Objektif Implisit : Menikmati hasil karya sebagai hiasan daripada bentuk-bentuk tiga matra.

  • 5/24/2018 Topik 8 Penghubungkaitan (1)

    8/18

    TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN 159

    AKTIVITI 8.3

    PERANAN GURU DALAM PENGAJARANDAN PEMBELAJARAN

    8.3

    Nyatakan peranan guru dalam melaksanakan satu pengajaran yangberkesan?

    Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran danpembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran

    menjadi lebih sistematik. Untuk itu beberapa persoalan perlulah dijawabsebelum membuat sesuatu perancangan.

    (i) Mengapakah pelajar bosan?

    (ii) Mengapakan sesetengah bahan yang disampaikan tidak relevan kepadamereka?

    (iii) Bagaimanakah saya sebagai guru dapat menyampaikan bahan-bahan yangmemenuhi keperluan pelajar?

    (iv) Apakah peranan saya dalam mengendalikan pengajaran berkesan?

    (v) Apakah strategi yang boleh mendorong dan menimbulkan minat pelajaruntuk belajar?

    (vi) Bagaimanakah saya dapat merancang pengajaran saya dengan baik?

    (vii) Apakah aktiviti-aktiviti yang perlu diadakan agar pendekatan pengajaranpembelajaran saya berpusatkan pelajar?

    Berdasarkan persoalan yang diatas didapati bahawa proses pengajaran adalahsesuatu yang kompleks kerana ia merangkumi pelbagai perkara, fungsi dankemahiran yang saling berhubungkaitan dan hendaklah bertindak serentak agar

    dapat memperlohi kejayaan. Untuk itu satu pengajaran yang menarik sertaberkesan merupakan pengajaran yang boleh menghasilkan pembelajaran pelajarsebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat.

    Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, carapenyampaian dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada sertaminat pelajar. Berdasarkan model pendekatan sistematik pada Rajah 8.5 di

    bawah terdapat penghubungkaitan pengajaran yang hendak dijalankan.

  • 5/24/2018 Topik 8 Penghubungkaitan (1)

    9/18

    TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN160

    Rajah 8.5:Pengajaran - model pendekatan sistematik

    8.3.1 Motivasi, Fasilitasi, Penyampaian Pengukuhan,Pelanjutan, Penglibatan

    (a) MotivasiMotivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkanminat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan prestasi dalam carayang diingini. Motivasi dapat dibahagikan kepada dua, iaitu;

    (i) Motivasi ekstrinsikPenggunaan insentif yang dirangsangkan dari luar

    (ii) Motivasi intrinsikDidorong oleh keinginan yang terbit dari dalam diri individu itusendiri yang selalunya tidak dipengaruhi sebarang insentif luaran.

    Motivasi ekstrinsik merupakan sebagai pendorong untukmenggerakkan individu-individu menuju kepada kejayaan. Motivasi

    jenis ini terdapat dalam pelbagai bentuk. Tedapat kelemahan motivasijenis ini ialah ia mempunyai kecenderungan mempengaruhi tumpuanseseorang individu itu lebih kepada ganjaran daripada tumpuan

  • 5/24/2018 Topik 8 Penghubungkaitan (1)

    10/18

    TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN 161

    kepada usaha mempelajari, melaksanakan dan memperbaiki prestasiatau tugas yang diberikan.

    Pelajar akan berasa terangsang apabila menyedari adanya sesuatuyang menarik yang bakal diperolehi. Tanpa dipaksa pelajar akanmelakukan apa sahaja mengikut kehendak program itu.

    Dalam Seni dalam pendidikan motivasi boleh diklasifikasikan kepadatiga aspek motivasi:

    Motivasi dan hubungannya dengan minat.

    Motivasi dan hubungannya dengan keputusan.

    Motivasi dan hubungannya dengan pertandingan.

    (b) FasilitasiPelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnyadalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarangpengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidaklangsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuatpenilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dankelemahan diri sendiri.

    Kesemuanya ini terbentuk hasil dari penglibatan secara total dengan

    interaksi yang aktif ibu bapa, guru disekolah, rakan sebaya dan masyarakatserta pengalaman dan penyesuaian diri dengan persekitarannya.

    Untuk itu sekolah perlu disediakan dengan kemudahan-kemudahan yangmembolehkan pelajar untuk belajar dengan lebih selesa tanpa ada sebaranggangguan serta serba kekurangan.

    (i) Bilik yang selesa

    (ii) Terdapat peredaran cahaya dan udara yang sesuai

    (iii) Bahan dan peralatan yang mencukupi

    (iv) Kakitangan pembantu yang terlatih.

    (v) Bilik yang dapat merangsang minda pelajar

    (c) Penyampaian Pengukuhan Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajarsupaya akan menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atauterdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif.

  • 5/24/2018 Topik 8 Penghubungkaitan (1)

    11/18

    TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN162

    Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehipelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yangdirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.

    Terdapat pelbagai teknik yang digunakan oleh guru untuk membantupelajar supaya pengukuhan pada setiap mata pelajaran itu dilaksanakan.Antaranya:

    (i) Bahan pem belajaran yang m enarik minat pelajarBahan pembelajaran perlulah yang menarik minat pelajar serta mesrapengguna. Guru perlu membantu pelajar untuk menggunakan bahan-

    bahan yang diguna pakai. Pastikan juga bahan-bahan pembelajaranadalah mencukupi.

    (ii) Mem pelbagaikan pendekatan dan strategi pengajaranTedapat pelbagai pendekatan dan strategi pengajaran antaranya ialah:

    perbincangan

    tunjuk cara

    penyelesaian masalah

    simulasi

    projek

    bermain

    (iii) Penggunaan media cetak dan elekronik)Media cetak seperti:

    Kertas edaran

    Pamplet

    Akhbar

    Majalah Risalah

    Komik, dan sebagainya.

    (iv) Mediaelektronik pula adalah Radio

    Video

  • 5/24/2018 Topik 8 Penghubungkaitan (1)

    12/18

    TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN 163

    Televisyen

    Bahan pelajaran dihasilkan oleh komputer.

    8.3.2 Meta Kognisi, Refleksi, Pembelajaran Bestari

    (a) Meta KognisiMerupakan aktiviti mental yang digunakan untuk memantau, mengawaldan merancang untuk penyelesaian masalah, kefahaman, ingatan danproses kognitif yang lain. Borich dan Tombari pula menyatakan bahawameta kognisi merupakan satu cara individu menggunakan strategi kognitifuntuk mencari dan mengumpul maklumat dan tahu bila dan di manauntuk menggunakan stratetgi kognitif tersebut.

    Meta kognisi dikenali juga sebagai "berfikir tentang berfikir bila manaapabila kita berfikir tentang berfikir, kita sebenarnya sedang menguruskanapa yang kita perlu difikirkan. Pengetahuan meta kognisi ini dapatdibahagikan kepada tiga jenis pengetahuan. Ketiga-tiga pengetahuan inipenting untuk menggalakkan pelajar dapat membuat meta kognisi.Pengetahuan tersebut adalah seperti:

    (i) Pengetahuan personalPengetahuan tentang kekuatan dan kelemahan diri. Contohnya,individu tahu dia lebih suka membaca pelajaran pada waktu pagi

    daripada waktu malam.

    (ii) Pengetahuan tugasPengetahuan tentang variasi cara tersendiri dalam melaksanakantugas. Contohnya cara menyelesaikan masalah matematik berlainandaripada cara membuat karangan.

    (iii) Pengetahuan strategiPengetahuan tentang strategi tertentu yang lebih berkesan daripadastrategi lain dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

    (b) RefleksiRefleksi bermaksud sesuatu proses seseorang yang berusaha untukmengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah difikirkanatau dialaminya, menganalisis dan menilai kesanya, termasuk jugamemikirkan cara untuk memperbaiki dan merancang dengan membuatpengubahsuaian supaya dapat digunakan dengan lebih efektif.

  • 5/24/2018 Topik 8 Penghubungkaitan (1)

    13/18

    TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN164

    Proses refleksi merangkumi enam peringkat seperti pada Rajah 8.6 berikut:

    Rajah 8.6:Enam peringkat proses refleksiBerdasarkan rajah di atas, proses refleksi bermula daripada peringkat:

    (i) KefahamanMerupakan cetusan asas untuk mengenalpasti dan menjelaskan isu,fenomena dan masalah pedagogi.

    (ii) TranformasiPada peringkat transformasi pula merupakan peringkat untukmerancang membuat tindakan seterusnya iaitu dengan mengambilkira segala faktor yang diperlukan.

  • 5/24/2018 Topik 8 Penghubungkaitan (1)

    14/18

    TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN 165

    (iii) PelaksanaanPada peringkat ini guru akan melaksanakan apa yang telah dirancang,menguji atau mengkaji segala aspek dengan menggunakan instrumen

    yang telah ditetapkan.(iv) Penilaian

    Pelaksanaan ini berterusan sehingga ke peringkat penilaian, iaituakan menilai segala tindakan yang telah diambil

    (v) RefleksiMembuat segala refleksi iaitu mengingat dan merenung kembalisegala aktiviti yang telah dialaminya, menganalisa dan menilaikesannya serta memikirkan cara untuk membaikinya untukdigunakan pada masa depan.

    (vi) KefahamanbaruMembuat satu perancangan pengubahsuaian, peningkatan ataumembuat tindakan susulan dan menjadi cetusan idea yang asas untukmembuat satu transformasi yang baru dan tindakan-tindakan yang

    berikutnya hingga menjadi satu bentuk lingkaran secara terusmenerus demi mempertingkatkan ilmu pengetahuan, pengalamandan kemahiran pedagogi seseorang pendidik.

    (c) Pembelajaran BestariBestari bermaksud cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan dan berbudi

    pekerti yang baik. Untuk itu pembelajaran bestari ialah pembelajaran yangmembolehkan seseorang pelajar menjadi cerdas dan pandai, berpendidikan,

    berilmu pengetahuan yang tinggi dan akan mempunyai budi pekerti yang baik.

    Untuk melaksanakan pembelajaran bestari yang berjaya beberapa pendekatantelah dilaksanakan oleh kementerian pelajaran. Antaranya:

    (i) Sekolah BestariMewujudkan sekolah bestari supaya dapat membina pelajar menjadiseorang yang cerdas dan pandai menggunakan teknologi-teknologi terkini

    dalam aktiviti pembelajaran mereka. Manakala matlamatpembentukannya ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusatkecemerlangan pendidikan yang bertaraf dunia dan boleh melahirkangenerasi yang mampu untuk menghadapi segala cabaran-cabaranWawasan 2020.

    (ii) Penggunaan Kompu terKomputer memainkan alat pembelajaran yang penting, utama untukmemperolehi segala maklumat dan ilmu pengetahuan. Untuk itucomputer akan digunakan secara meluas di dalam segala aktiviti

  • 5/24/2018 Topik 8 Penghubungkaitan (1)

    15/18

    TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN166

    pembelajaran, pentadbiran dan membuat penilaian. Manakala buku tekshanya digunakan sebagai bahan rujukan sahaja.

    (iii) Peranan GuruPeranan guru menjadi lebih luas iaitu bukan sahaja berperanansebagai pengajar sebaliknya guru juga akan berperanan sebagaiseorang pemudahcara, penasihat, fasilitator, model sesuatu bentukpengajaran dan pembelajaran. Guru perlulah mahir menggunakanalat bantuan mengajar tekini terutamanya komputer dan pelbagai alatmultimedia yang lain.

    (iv) Peranan Pentadbir Pentadbir perlu menyediakan makmal teknologi maklumat

    supaya memudahkan guru dan pelajar mencari bahan-bahan yangberkaitan dengan alat audio visual.

    Menyediakan makmal computer supaya mudah bagi pelajarmengakses bahan-bahan pembelajaran melalui internet, membuate-mail dan lain-lain lagi.

    Bilik guru dilengkapi dengan prasarana pengurusan maklumatdan sumber, e-mail, dan database.

    Pejabat pentadbiran pula akan dilengkapi dengan database untukpengurusan guru, pelajar dan inventori, sumber serta pengedaranmaklumat dan notis.

    Memudahkan pihak sekolah berinteraksi dan berkomunikasidengan cepat dan pantas dengan Pejabat Pelajaran Daerah,

    Jabatan Pelajaran Neger dan Kementerian Pelajaran melaluiJaringan (network).

    Untuk meralisasikan matlamat pembelajaran bestari ini tercapai dengan jayanya.Kementerian Pelajaran perlulah membuat tindakan segera denganmenggalakkan guru supaya bersedia untuk memperlengkapkan diri mereka

    dengan kemudahan-kemudahan teknologi maklumat terkini seperti penggunaancomputer.

    Tindakan yang perlu diambil oleh guru ialah:

    (a) Peka Terhadap Persekitaran Sekolah(b) Meningkatkan Pengetahuan Kerja/Tugas

    Guru perlu mempertingkatkan pengetahuan tentang tugas dan kerja yangtelah diamanahkan kepadanya dengan menghadiri kursus-kursus dalam

  • 5/24/2018 Topik 8 Penghubungkaitan (1)

    16/18

    TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN 167

    perkhidmatan, melanjutkan pelajaran, menghadiri kursus-kursus jangkapendek.

    Tugas utama guru adalah untuk budaya ilmu dikalangan pelajar. Nilai-nilai budaya ilmu yang hendak dipupuk dalam diri pelajar disekolah ialah

    budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir, budaya berwacana,budaya menulis dan budaya berkarya.

    (c) Meningkatkan Hu bungan InterpersonalHubungan interpersonal dijalinkan melalui komunikasi. Tujuannya

    berkomunkasi adalah untuk menyampaikan khabar, berita, mesej,pendapat atau maklumat kepada pendengar.

    Pelajar juga digalakkan untuk mempertingkatkan hubungan interpersonaldengan rakan, pelajar-pelajar, serta ibu bapa mereka.

    Ciri-ciri sifat guru yang positif ialah:

    Mempunyai sifat yang positif dan mempunyai pandangan

    Berperibadi baik - tidak ego, sombong dan menunjuk-nunjuk

    Mempunyai kefahaman tentang pertumbuhan dan perkembanganpelajar

    Mempunyai keadaan fizikal, mental dan kerohanian yang sempurna

    Sabar, ramah, tidak mudah jemu, pandai menarik hati pelajar

    Sensitive terhadap sikap dan tindak tanduk orang lain

    Ada keyakinan diri sendiri terhadap tugas yang diberi

    Peka terhadap persekitaran

    Bertolak ansur dan bertimbang rasa

    Dapat menyimpan rahsia orang lain.

    (d) Mem buat Refleksi Melalui Penyelidikan TindakanMembuat refleksi melalui penyelidikan tindakan dapat membantu danmempertingkatkan tahap pengajaran serta pembelajaran guru serta dapatmembuat pengubahsuaian dan membaiki kaedah, teknik serta rancanganmengajar supaya dapat pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih

    berkesan.

  • 5/24/2018 Topik 8 Penghubungkaitan (1)

    17/18

    TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN168

    (e) Merebut Peluang Pendidikan TerbukaGuru perlu merebut peluang yang sedia ada untuk mempertingkatkantahap akademiknya kerana pemerolehan ilmu tidak hanya tehad di sekolah

    sahaja malahan kini telah merentasi sempadan negara. Kerana ia bukansahaja boleh didapati dengan mudah tetapi memerlukan pengorbanantinggi guru untuk memperolehi ilmu.

    Terdapat pelbagai bentuk jenis Pendidikan Terbuka yang dikelolakan olehkerajaan, badan berkanun atau swasta antaranya ialah Pendidikan Jarak

    Jauh, Pendidikan Universiti Virtual dan Pendidikan Universiti Terbuka.Malaysia, menjelang tahun 2000 telah berjaya menubuhkan sebuahUniversiti Terbuka (UNITEM/OUM) dan sebuah universiti virtual(UNITAR) yang menggunakan teknologi terkini seperti video-

    conferencing, internet untuk tujuan kuliah.

    1. Apakah itu refleksi?

    2. Huraikan dengan nyata enam pringkat refleksi didalampengajaran dan pembelajar pelajar?

    SEMAK KENDIRI 8.1

    Topik ini menegaskan tentang kepentingan penghubungkaitan pada setiapmata pelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran serta dapat memahamipengertian, tujuan dan peranan penghubungkaitan dalam aktiviti pengajarandan pembelajaran di sekolah.

    Diharapakan dengan menggunakan penghubungkaitan dapat membina ataumembentuk sahsiah, emosi, jasmani dan fizikal pelajar supaya menjadimasyarakat yang berpekerti mulia.

    Bestari

    Meta kognisi

    Motivasi

    Pengukuhan

    Refleksi

  • 5/24/2018 Topik 8 Penghubungkaitan (1)

    18/18

    TOPIK 8 PENGHUBUNGKAITAN 169

    Amabile, T. M (1987). The motivation to be creative. In S.G. Isaksen (Ed,)Frontiers of Creativity Research, pp 223-254.

    Ayob, S. (1992). Pergerakan kreatif dan pendidikan. Petaling Jaya, Flo EnterpriseSdn. Bhd.

    Beetlestone, F. (1998). Creative children, imaginative teacher. Buckingham: OpenUniversity Press.

    Choksy, L. (1991). Teaching music effectively In the elementary school. PrenticeNew Jersey: Hall Inc.

    Choksy, L., Abramson, R. M., Gillespie A. E., & Woods, D. (1986). Teachingmusic in the 20th Century. Englewood Cliffs, U.S.A.

    Gallahue, D. A. (1982). Developmental movement experiences for youngchildren.

    New York: Wiley.

    Pautz, M. P. (1988). Creating the need for music inservices. Design for Arts inEducation,89 (3), 28-30.

    Swanwick, K., & Tillman, J. (1986). The sequence of musical development: A study ofchildrens composition. British Journal of Music Education, 3, 305-339.