16
PENGENALAN Dewasa ini, penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat kota di Malaysia semakin berkurangan. Kebanyakan mereka bertutur dalam bahasa Melayu rojak yang bercampur dengan bahasa Inggeris menyebabkan bahasa Melayu tidak dituturkan dengan cara yang betul. Buku Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu diterbitkan bertujuan untuk memantapkan keupayaan bahasa Melayu sebagai wahana komunikasi dalam segala aspek kehidupan. Usaha pemartabatan bahasa Melayu melalui penggayaan korpus ini haruslah bersifat tuntas mencakupi ejaan, sebutan, perbendaharaan kata, tatabahasa dan laras bahasa melalui aktiviti penyelidikan dan pengembangan dengan berlandaskan teori linguistik semasa. Keupayaan sesuatu bahasa menjadi bahasa komunikasi apabila semua masyarakatnya menuturkan dan menggunakan bahasa ibundanya dalam sebarang situasi dan membuktikan mereka mencintai bahasanya. Jika sesuatu bangsa menggunakan bahasa ibunda masing-masing, pastinya setiap bahasa mampu menjadi bahasa komunikasi yang mantap dan berkesan. Ungkapan “bahasa jiwa bangsa” melambangkan rapatnya hubungan antara bangsa Melayu dengan bahasanya. Bahasa melambangkan kekuatan sesuatu bangsa. Buku ini dibahagikan kepada empat bahagian. Pembudayaan Bahasa dan Pembentukan Bangsa (pertama), Pembudayaan Bahasa Melayu Melalui Wahana Tulisan dan Penerbitan (kedua), Pembudayaan Bahasa Melayu dalam Pendidikan (ketiga), dan Pembudayaan Bahasa Melayu dalam Penulisan Kreatif (keempat). Buku ini turut memuatkan makalah beberapa orang ahli bahasa tersohor negara. Antara penulis yang terlibat termasuklah Awang Sariyan, Amat Juhari Moain, Arba’ie Sujud, Samsina Abd. Rahman dan beberapa orang pengkaji bahasa dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Buku ini terhasil daripada Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu yang dianjurkan oleh Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM bersama-sama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, serta Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (kini Kementerian Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan).

SEJARAH PT3.docx

Embed Size (px)

Citation preview

PENGENALANDewasa ini, penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat kota di Malaysia semakin berkurangan. Kebanyakan mereka bertutur dalam bahasa Melayu rojak yang bercampur dengan bahasa Inggeris menyebabkan bahasa Melayu tidak dituturkan dengan cara yang betul. Buku Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu diterbitkan bertujuan untuk memantapkan keupayaan bahasa Melayu sebagai wahana komunikasi dalam segala aspek kehidupan.Usaha pemartabatan bahasa Melayu melalui penggayaan korpus ini haruslah bersifat tuntas mencakupi ejaan, sebutan, perbendaharaan kata, tatabahasa dan laras bahasa melalui aktiviti penyelidikan dan pengembangan dengan berlandaskan teori linguistik semasa. Keupayaan sesuatu bahasa menjadi bahasa komunikasi apabila semua masyarakatnya menuturkan dan menggunakan bahasa ibundanya dalam sebarang situasi dan membuktikan mereka mencintai bahasanya. Jika sesuatu bangsa menggunakan bahasa ibunda masing-masing, pastinya setiap bahasa mampu menjadi bahasa komunikasi yang mantap dan berkesan. Ungkapan bahasa jiwa bangsa melambangkan rapatnya hubungan antara bangsa Melayu dengan bahasanya. Bahasa melambangkan kekuatan sesuatu bangsa.Buku ini dibahagikan kepada empat bahagian. Pembudayaan Bahasa dan Pembentukan Bangsa (pertama), Pembudayaan Bahasa Melayu Melalui Wahana Tulisan dan Penerbitan (kedua), Pembudayaan Bahasa Melayu dalam Pendidikan (ketiga), dan Pembudayaan Bahasa Melayu dalam Penulisan Kreatif (keempat). Buku ini turut memuatkan makalah beberapa orang ahli bahasa tersohor negara. Antara penulis yang terlibat termasuklah Awang Sariyan, Amat Juhari Moain, Arbaie Sujud, Samsina Abd. Rahman dan beberapa orang pengkaji bahasa dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Buku ini terhasil daripada Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu yang dianjurkan oleh Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM bersama-sama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, serta Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (kini Kementerian Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan).Awang Sariyan membincangkan pembudayaan bahasa dan pembentukan rupa bangsa. Antara isu yang dibincangkan termasuklah isu pembudayaan bahasa Melayu dari sudut taraf dan mutu bahasa Melayu yang mengalami kemerosotan kerana terdapat pelbagai tantangan dan halangan, seperti penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran, undang-undang, penyiaran dan pendidikan yang kian mengecil. Selain itu, Awang Sariyan turut memaparkan pembudayaan bahasa Melayu dalam aspek penggunaannya dalam pelbagai ranah yang mendasari pembentukan jati diri Melayu yang perlu dibudayakan.Paramasivam pula memaparkan bentuk alih kod dalam pertuturan berbahasa Melayu dalam kalangan pelajar Tamil. Secara umumnya, terdapat dua golongan penutur bahasa Tamil yang menunjukkan perbezaan dari aspek pertuturan. Yang pertama, kumpulan penutur yang mempunyai latar belakang dan menerima pendidikan Tamil secara formal. Kumpulan kedua pula merupakan penutur yang menerima pendidikan secara tidak formal yang lebih terdedah kepada pengaruh bahasa pertuturan yang lain, terutamanya bahasa Melayu sehingga berlaku percampuran bahasa yang lebih ketara kerana berlaku pembudayaan bahasa Melayu dalam komunikasi harian mereka. Dalam kajian yang dijalankan oleh Normaliza Abd. Rahim et al. membuktikan wujudnya bahasa Melayu bercorak eksklusif dalam teks pelajar (kajian ke atas pelajar UPM) yang tidak menunjukkan pemupukan jati diri Melayu.Bahagian dua yang mengkaji pembudayaan bahasa Melayu melalui wahana tulisan dan penerbitan memulakan kajian dengan sejarah budaya tulisan dalam bahasa Melayu oleh Amat Juhari Moain. Beliau mengkaji sejarah budaya tulisan bahasa Melayu sejak zaman protosejarah bangsa Melayu hingga kini, yang merangkumi tulisan dalam tamadun Melayu, budaya tulisan melalui tulisan Jawi dan budaya tulisan dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan Rumi. Budaya tulisan dalam bahasa Melayu berkembang dengan begitu pesat setelah menggunakan tulisan Rumi. Perkembangan ini disebabkan oleh budaya dan tamadun Melayu yang menerima pengaruh moden dari barat dan perkembangan sains dan teknologi moden yang kuat menerjah bangsa, budaya dan tamadun Melayu. Perkembangan ini terhenti dan mengecil apabila berlakunya perubahan peranan bahasa Melayu dalam pembelajaran bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah di negara kita.Banyak pengkaji berminat untuk menjalankan kajian pembudayaan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan. Dalam buku ini, ditampilkan kajian Arbaie Sujud iftal. yang mengkaji pembudayaan bahasa Melayu secara umum dari perspektif pengajaran dan pembelajaran yang dibincangkan di bahagian tiga. Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat bahawa pembudayaan bahasa amat perlu dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah supaya pelajar dapat menguasai kecekapan berbahasa, malah turut melibatkan aspek luarannya. Pembelajaran sesuatu bahasa itu tidak akan berkesan sekiranya aspek luarannya, seperti budaya berbahasa tidak diberikan tumpuan. Selain itu, kesopanan berbahasa juga diberikan tumpuan dalam kajian ini bagi mendedahkan pelajar tentang peri pentingnya budaya dan kesopanan dalam berbahasa. Pelajar turut diminta supaya sentiasa berhati-hati apabila menyatakan sesuatu agar tidak menggunakan bahasa yang kasar dan biadab. Dalam konteks pendidikan, tujuan ini boleh dicapai melalui penggunaan pendekatan, kaedah, teknik, aktiviti, bahan pengajaran serta sistem penilaian yang sesuai.Vijayaletchumy a/p Subramaniam pula mengkaji kepentingan aspek neurologi dalam pembelajaran bahasa. Neurologi merupakan satu daripada cabang ilmu linguistik yang mencakupi neurolinguistik. Perkara utama dalam kajian ini ialah kerjasama antara dua ahli, iaitu ahli bahasa (linguistik) dan ahli neurologi. Neurologi ialah aspek kajian saintifik tentang sistem saraf manusia dan kesannya terhadap pembelajaran bahasa. Terdapat empat bahagian yang perlu dikaji, iaitu autonomi sistem saraf pusat, beberapa aspek berkaitan bahasa dengan otak, fungsi yang dijalankan oleh setiap serebrum, dan satu gangguan otak yang memberikan kesan kepada sesuatu bahasa serta terhadap ekspresi dan kefahaman secara am. Jika berlaku masalah neurologi dalam otak manusia, maka gangguan bahasa akan terjadi. Gangguan bahasa boleh ditandai atau dikesan daripada tahap pemahaman, penghasilan (verbal) atau penggunaan bahasa yang rendah oleh seseorang individu. Namun begitu, terdapat juga individu yang mengalami masalah gangguan bahasa yang mempunyai daya tanggapan yang luar biasa sehingga mempengaruhi pendengaran, pembacaan, penulisan, pertuturan, malah matematik. Pelajar yang menghadapi masalah ini selalunya akan dicap sebagai malas atau gagal memberikan tumpuan oleh guru yang kurang arif tentang aspek neurologi.Anzarudin Ahmad dan Muhammad Saiful Haq Hussin pula mengkaji tentang pembudayaan bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak atau murid prasekolah. Proses pemerolehan dan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak merupakan perkara yang kompleks dan amat menakjubkan. Hal ini dapat dilihat daripada dua paradigma, iaitu Mentalisme dan Behaviorisme. Dalam kajian ini, pengkaji mengenal pasti perbezaan dan persamaan yang wujud dalam aspek bahasa, seperti sintaksis, morfem, semantik, dan kosa kata yang digunakan oleh kanak-kanak prasekolah yang datang daripada latar belakang keluarga yang berbeza semasa mereka bercerita. Faktor persekitaran yang melatari kanak-kanak juga dikenal pasti sebagai faktor yang mempengaruhi persamaan dan perbezaan antara mereka.Siti Hamin Stapa dan Abdul Hameed Abdul Majid, sarjana Bahasa Melayu turut mengkaji penggunaan bahasa kedua atau bahasa asing dalam pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah. Pengkaji ini melakukan kajian dari sudut penggunaan bahasa pertama dalam pengajaran penulisan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar yang lemah bahasa tersebut. Hasil kajian membuktikan bahawa tidak salah menggunakan bahasa Melayu dalam pengajaran penulisan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar yang lemah penguasaannya dalam bahasa Inggeris. Pelajar bukan hamba kepada bahasa pertama mereka dalam mempelajari bahasa kedua tetapi gunakanlah bahasa pertama dengan bijak pada situasi yang perlu berpandukan pertimbangan yang wajar.Bahagian keempat buku ini mengumpulkan hasil kajian tentang keindahan berbahasa melalui beberapa kajian penggunaan bahasa Melayu dalam penulisan kreatif. Washima Che Dan dan Noritah Omar menunjukkan penerapan bahasa Melayu sebagai pembentukan jati diri melalui kesusasteraan. Samsina Abd. Rahman mengkaji pembudayaan bahasa Melayu melalui genre puisi, manakala Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi et al. membincangkan corak penyataan lisan dan bukan lisan dalam novel Putera Gunung Tahan dari perspektif budaya Melayu.Secara keseluruhannya, buku Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ini memberikan banyak maklumat yang boleh dimanfaatkan untuk pemerkasaan bahasa Melayu. Dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu di persada antarabangsa, aspek pembudayaan bahasa Melayu dalam kehidupan wajar diutamakan dalam kalangan masyarakat yang merangkumi aspek pendidikan, penulisan karya kreatif, ataupun aktiviti sosial yang dapat meningkatkan keyakinan khalayak kebangsaan dan antarabangsa.Buku ini membantu menyerlahkan kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan komunikasi pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta dapat menghapuskan sikap ragu-ragu sesetengah pengguna bahasa terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan komunikasi. Buku ini amat bermanfaat kepada semua pencinta bahasa khususnya pelajar dan penyelidik di institusi pengajian tinggi. Penerbitan buku ini dapat menanamkan sikap cinta dan bangga terhadap bahasa kebangsaan sebagai jati diri negara. Siapa kata bahasa Melayu tidak mampu menjadi bahasa ilmu dan komunikasi? Sejarah telah membuktikannya dan kita sebagai warga dan penuturnya bertanggungjawab untuk mengembalikan martabat bahasa Melayu di mata dunia#http://dwnbahasa.dbp.my/?p=92

FAKTORMengapakah Bahasa Melayu Dipilih Sebagai Bahasa Kebangsaan?Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi. Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan diplomatik.Dalam Kitab Sejarah Melayu menyebutkan bagaimana para pedagang bertungkus lumus mempelajari Bahasa Melayu dan menguasainya bagi memudahkan mereka berurusan dengan pemimpin dan masyarakat setempat yang telah lama menggunakan bahasa itu.Dalam konteks hubungan antarabangsa surat-surat rasmi dan dokumen perjanjian turut menggunakan Bahasa Melayu bertulis jawi. Ini membuktikan bahasa Melayu dapat difahami oleh pelbagai kaum termasuk pihak British. Kalau mereka tidak mengerti pun ada munsyi atau guru Bahasa Melayu yang akan mengajar mereka.Begitu juga dokumen-dokumen lain seperti undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu telah menggunakan Bahasa Melayu dengan tulisan Jawi sebagai medium. Semua ini membuktikan kepada kita betapa Bahasa Melayu pernah mencapai tahap yang tertinggi dan diguna sehingga ke peringkat antarabangsa.Memandangkan Bahasa Melayu telah diguna sekian lama sebagai bahasa rasmi dan basahan, sebagai bahasa komunikasi dan persuratan maka Bahasa Melayu telah dipersetujui dan disepakati bersama oleh pemimpin pelbagai kaum di negara ini agar menjadi bahasa kebangsaan bagi persekutuan Malaysia yang merdeka pada tahun 1957.Malahan permuafakatan pelbagai kaum itu dirakamkan dalam bentuk dokumen tertinggi dan luhur iaitu Perlembagaan Negara sepertimana yang termuat dalam Perkara 152, para 1 sebagai bahasa bagi persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia yang merdeka.Maka sejak itu Bahasa Melayu berkembang luas penggunaannya termasuk menjadi bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan menjadi bahasa rasmi di semua agensi kerajaan termasuk di mahkamah.Jelas sekali Bahasa Melayu telah diiktiraf oleh semua kaum sebagai bahasa utama dan dapat digunakan bersama untuk mencapai matlamat perpaduan.Bagaimanakah Bahasa Melayu Boleh Berfungsi Secara Berterusan sebagai Bahasa perpaduan?Indahnya Bahasa Melayu, begitu halus sehingga menusuk kalbu. Daripada banyak faktor, bahasa muncul sebagai faktor yang dominan dan daripada begitu banyak bahasa, Bahasa Melayu yang terpilih sebagai bahasa kebangsaan dan seterusnya menjadi wahana perpaduan masyarakat majmuk di negara MalaysiaMelihat kepada pengiktirafan yang diberi kepada Bahasa Melayu tentunya Bahasa Melayu memiliki keistimewaan tersendiri sehingga berupaya mengangkat bahasa ini sebagaiTeras Perpaduan Bangsa MalaysiaMaka dalam tulisan ini saya ingin membuktikan kepada pembaca mengapa dan bagaimana Bahasa Melayu mampu menjadi teras atau tunjang kepada perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.Di akhirnya pula saya akan menuliskan beberapa ancaman ke atas Bahasa Melayu dalam kedudukannya untuk bertahan sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan.Secara konseptualBahasa Melayu Teras Perpaduan Bangsa Malaysiabolehlah didefinisikan sebagai bahasa utama yang menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa perantaraan berupaya menjadi tunjang atau nadi kepada penyatuan pelbagai kaum di negara ini.Bahasa Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah Bahasa Melayu yang digunakan secara bersama dan meluas. Bahasa melayu bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa basahan, namun bahasa rasmi dan tidak rasmi.Bahasa ini bukan sahaja dijadikan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan universiti tetapi penggunaannya menjangkau ke peringkat antarabangsa. Buktinya DS Mohd Najib telah bertutur dalam Bahasa Melayu sepenuhnya di sebuah Universiti di China semasa lawatan beliau ke sana baru-baru ini.Ini bererti Bahasa Melayu yang dimaksudkan ialah bahasa Melayu yang standard dan mengikut struktur bahasa Melayu baku dan mempunyai sistem yang sama untuk semua.Slanga atau loghat mungkin sesuai untuk orang Melayu di negeri-negeri tertentu, tetapi apabila bertutur dengan bangsa Melayu dari kawasan atau negeri yang lain dan dengan orang bukan Melayu, Bahasa Melayu yang standard wajar digunakan. Inilah bahasa yang diajar dan digunakan di sekolah, dalam buku teks, buku-buku dan majalah serta dalam dokumen rasmi yang lain.Selain itu, Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan utama mempunyai masa depan yang cerah kerana Bahasa Melayu bersikap terbuka kepada bahasa lain. Kita sedar sesuatu bahasa yang terlalu rigid, terpencil dan statik tidak akan mampu mengadaptasikan dirinya dengan perubahan semasa.Dunia semakin berkembang, masyakaratnya semakin maju dan berpengetahuan, maka begitulah juga halnya dengan bahasa Melayu Sejak dahulu Bahasa Melayu dilihat mempunyai tahap keterbukaan dan toleransi yang begitu tinggi,kepada kemasukan isitilah-istilah baru dan kata asing.Dinamika bahasa ini amat diperlukan untuk memastikan Bahasa Melayu tidak terkubur seperti yang berlaku kepada bahasa Sanskerta.Sayugia diingat dalam keghairahan kita hendak mempertahankan Bahasa Melayu jangan sampai bahasa ini menerima nasib yang sama seperti dinossours yang akhirnya pupus kerana gagal untuk menyesuaikan dirinya dengan perubahan semasa dan persekitaran.Maka menyedari hakikat itu DBP telah memainkan peranan yang begitu aktif untuk membentuk dan menyelaraskan istilah-istilah baru dalam pelbagai bidang pengetahuan seperti sains dan teknologi, undang-undang, pendidikan, perbankan, komputer dan internet.Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia diperkukuhkan apabila kehadirannya tidak pernah disangsikan oleh kaum-kaum lain.Sebabnya Bahasa Melayu tidak dianggap sebagai ancaman kepada mana-mana pihak dan kehadirannya tidak akan menyebabkan bahasa ibunda kaum masing-masing akan menerima nasib malang.Rahsia Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan hingga kini ialah kerana jaminan yang diberikan dalam perlembagaan Malaysia yang telah menyebutkan bahawa bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan.Keadaan ini menjadikan Bahasa Melayu akan terus dihormati dan tidak akan disaingi oleh bahasa-bahasa lain.GerakanCintailah Bahasa Kitayang dilancarkan pada 11 Disember 1987 membuktikan betapa seriusnya pihak kerajaan dalam mengangkat martabat bahasa ini sebagai bahasa komunikasi utama pelbagai kaum. Sejak itu banyak kegiatan kebahasaan turut melibatkan pelbagai kaum.Buktinya yang jelas ialah dengan adanya pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis (PBSUB) bagi SRJKC dan SRJKT dan pidato bahasa Melayu antarabangsa. Ini membuktikan bahasa Melayu menjadi bahasa yang boleh dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa sahaja.Pemilihan Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsan dan bahasa perpaduanm melonjakkan bahasa ini sebagai satu identiti bagi masyarakat majmuk sehingga mampu menjadi model perpaduan dunia melalui penggunaan satu bahasaAncamanPerubahan dunia semakin pantas dan kemajuan dunia semakin cepat. Persekitaran lokal tiba-tiba sahaja bertukar kepada glokal dan akhirnya menuju global. Bumi yang dulunya terpecah kepada begitu banyak kampung yang tak berhubung, kini menjadi sebuah kampung besar tanpa sempadan.Bahasa Melayu turut menerima cabaran apabila golongan remaja hari ini lebih berminat menggunakan istilah dan gaya bahasa sendiri yang dikatakan lebih pantas dan ringkas. Ini terbukti apabila munculnya teknologi komunikasi terkini seperti sistem pesanan ringkas, mms, mel elektronik dan chating.Kata-kata yang panjang telah diringkaskan dan istilah-istilah baru tercipta. Surat yang dianggap ketinggalan dan lambat telah digantikan dengan mel elketronik, menelefon telah digantikan dengan SMS dan MMS.Bagi saya ini satu perkembangan yang menkjubkan sekaligus menunjukan bahasa Melayu sentiasa berupaya menyesuaikan dirinya dengan keperluan semasa. Minat anak muda daripada pelbagai bangsa menggunakan bahasa ini menjadikan bahasa Melayu akan terus berkembang sebagai alat perpaduan utama. Cuma terpulanglah kepada Kementerian pelajaran dan DBP untuk menyelaraskan semua ini.Akhirnya marilah kita menyahut cabaran 1Malaysia cetusan ide YAB DS Mohd Najib Tun Abdul Razak. Gagasan ini bukan sahaja mengajak kita berkongsi sebuah negara, iaitu Malaysia tetapi juga berkongsi satu bahasa, iaitu Bahasa Melayu yang telah terbukti mampu menjadi teras Perpaduan Bangsa Malaysia.#https://pppnukm.wordpress.com/bahasa-kebangsaan/

KEPENTINGANEntah mengapa sehingga lebih lima puluh tahun merdeka, istilah bahasa Melayu masih dipolemikkan sejak dahulu sehingga kini dengan nama bahasa Malaysia. Bagi sesetengah orang perkara ini kecil dan remeh. Tidak perlu diperbesar. Malangnya jika betul remeh dan kecil sahaja hal ini, makanya tak perlulah kita bersusah payah dan beria-ria untuk menegakkan penggunaan istilah bahasa Malaysia yang sebenarnya tidak betul dan lain maksudnya. Misalnya mengapa kita tidak sebut begini yang pastinya lucu memartabatkan bahasa Malaysia (nama negara), memperkukuh bahasa England (juga nama negara). Orang berbangsa Amerika, Australia, New Zealand dan lain-lain tidak pun mengambil kisah untuk menukar bahasa English tersebut kepada nama bahasa Amerika, Australia, New Zealand, India, Korea, Jepun atau Filipina. Walau di ceruk mana sekalipun itulah sahaja namanya, Inggeris atau English. Begitu juga halnya dengan orang di utara England atau Scotland yang sekalipun kedengaran juga berasa kurang selesa dengan orang Inggeris di England. Martabat bahasa Melayu sepatutnya dijaga daripada sekecil-kecil perkara termasuk nama, sehinggalah kepada hal yang lebih besar berkaitan dengan pengisiannya, pembakuan sebutan, tatabahasa, istilah dan laras bidang ilmu. Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 merupakan punca kuasa utama usaha memperkasa bahasa Melayu di Malaysia. Apabila bahasa Melayu diisytiharkan dalam Perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu (atau kemudiannya Malaysia) itu bererti bahasa Melayu sudah berubah taraf dan fungsi sebagai bahasa kebangsaan BANGSA Melayu kepada bahasa kebangsaan NEGARA Malaysia. Peranan atau fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara merentas sempadan dan kepentingan etnik; fungsinya ialah sebagai alat pembangunan negara, bukan semata-semata sebagai alat pembangunan dan kepentingan bangsa Melayu sahaja. Fungsinya juga tidak hanya bersifat simbolik atau sebagai alat perpaduan kaum sahaja tetapi bersifat instrumental atau functional, pragmatik dan developmental (Razaleigh Hamzah, 2007:11). Bermula daripada nama bahasa yang sah lagi sahih iaitu bahasa Melayu maka sebagai asas dan dasar, nama tersebut juga perlu diperkasakan dan digunakan di samping hal-hal lain. Bahasa Melayu diabsahkan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia. Bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan sebenarnya bukan nama gantian bagi bahasa Melayu tetapi taraf dan peranan yang diberi kepada bahasa Melayu. Contoh mudahnya katakanlah ada seorang individu yang namanya Ali. Beliau berjawatan sebagai Pengurus Besar sebuah syarikat. Ali itu namanya dan Pengurus Besar itu jawatan atau peranannya walaupun memanglah Ali dan Pengurus Besar itu orang yang sama. Justeru bahasa Melayu itu namanya dan bahasa rasmi, bahasa kebangsaan itu peranan atau taraf yang diberi kepada bahasa Melayu di negara ini. Istilah kebangsaan bukan berkaitan dengan semangat nasionalisme Melayu sahaja tetapi berkaitan dengan kepentingan dan perpaduan negara. Justeru bahasa Melayu wajib digunakan dalam setiap majlis atau acara rasmi seperti mesyuarat, taklimat, kursus, segala urusan bertulis atau surat-menyurat (khususnya dalam negara), hebahan atau pengumuman rasmi seperti iklan jawatan dan seumpamanya melalui media elektronik dan media cetak, pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan peringkat rendah, menengah (Tingkatan Enam dan Matrikulasi) dan pengajian tinggi.Nama bahasa MelayuMerujuk negara kita yang majmuk ini, secara dasarnya tidak ada sesiapapun yang berhak untuk membenci mana-mana bahasa pun yang dituturkan di negara ini. Misalnya, kita sebagai rakyat satu Malaysia khasnya tidak berhak membenci bahasa Mandarin kerana namanya bahasa Mandarin atau kerana bahasa Mandarin itu dituturkan oleh bangsa Tionghua atau Cina. Kita juga tidak berhak membenci bahasa Tamil kerana namanya bahasa Tamil atau kerana bahasa Tamil dituturkan oleh bangsa India dan kita tidak boleh membenci bahasa Inggeris kerana namanya Inggeris atau English atau kerana orang Inggeris pernah menjajah kita. Seterusnya rakyat Malaysia tidak berhak membenci bahasa Melayu kerana namanya bahasa Melayu atau kerana penutur jati bahasa Melayu berbangsa Melayu. Tentunya tidak waras jika kita meminta bahasa Mandarin atau Tamil ditukar namanya barulah kita tidak membenci atau akan berminat untuk mempelajari bahasa tersebut. Begitu juga tidak waras untuk kita membenci bahasa Melayu yang telah termaktub sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini. Kita perlu sedar akan konsep menuntut ilmu yang banyak adalah baik dan meningkatkan taraf atau darjat kita termasuk jika kita belajar bahasa yang banyak (bahasa apa pun) dan bukan sebaliknya. Justeru tidak waras dan tidak munasabah sama sekali, bahasa Melayu perlu ditukar kepada nama lain atau disebut dengan nama lain dengan harapan setelah bertukar nama barulah tidak dibenci, disayangi, dipelajari dan digunakan serta dapat menjadi bahasa perpaduan semua bangsa di Malaysia. Kita tidak harus emosional dan perlu bersikap profesional dalam hal ini dan menerima hakikat sesuatu itu berlandaskan ilmu dan kebenaran. Dengan sikap tersebut dan keterbukaan akan membantu kita ke arah menjiwai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia yang juga turut menjadi bahasa pengucapan kelima terbesar di dunia. (disesuaikan daripada kertas kerja yang dibentang semasa Konvensyen Munsyi Dewan (DBP) Memperkasa Bahasa Melayu di Sektor Swasta: Satu Tinjauan Selepas 50 Tahun Merdeka, pada 18-21 April 2008 di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur)

KEPENTINGAN

Entah mengapa sehingga lebih lima puluh tahun merdeka, istilah bahasa Melayu masih dipolemikkan sejak dahulu sehingga kini dengan nama bahasa Malaysia. Bagi sesetengah orang perkara ini kecil dan remeh. Tidak perlu diperbesar. Malangnya jika betul remeh dan kecil sahaja hal ini, makanya tak perlulah kita bersusah payah dan beria-ria untuk menegakkan penggunaan istilah bahasa Malaysia yang sebenarnya tidak betul dan lain maksudnya. Misalnya mengapa kita tidak sebut begini yang pastinya lucu memartabatkan bahasa Malaysia (nama negara), memperkukuh bahasa England (juga nama negara). Orang berbangsa Amerika, Australia, New Zealand dan lain-lain tidak pun mengambil kisah untuk menukar bahasa English tersebut kepada nama bahasa Amerika, Australia, New Zealand, India, Korea, Jepun atau Filipina. Walau di ceruk mana sekalipun itulah sahaja namanya, Inggeris atau English. Begitu juga halnya dengan orang di utara England atau Scotland yang sekalipun kedengaran juga berasa kurang selesa dengan orang Inggeris di England. Martabat bahasa Melayu sepatutnya dijaga daripada sekecil-kecil perkara termasuk nama, sehinggalah kepada hal yang lebih besar berkaitan dengan pengisiannya, pembakuan sebutan, tatabahasa, istilah dan laras bidang ilmu. Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 merupakan punca kuasa utama usaha memperkasa bahasa Melayu di Malaysia. Apabila bahasa Melayu diisytiharkan dalam Perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu (atau kemudiannya Malaysia) itu bererti bahasa Melayu sudah berubah taraf dan fungsi sebagai bahasa kebangsaan BANGSA Melayu kepada bahasa kebangsaan NEGARA Malaysia. Peranan atau fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara merentas sempadan dan kepentingan etnik; fungsinya ialah sebagai alat pembangunan negara, bukan semata-semata sebagai alat pembangunan dan kepentingan bangsa Melayu sahaja. Fungsinya juga tidak hanya bersifat simbolik atau sebagai alat perpaduan kaum sahaja tetapi bersifat instrumental atau functional, pragmatik dan developmental (Razaleigh Hamzah, 2007:11). Bermula daripada nama bahasa yang sah lagi sahih iaitu bahasa Melayu maka sebagai asas dan dasar, nama tersebut juga perlu diperkasakan dan digunakan di samping hal-hal lain. Bahasa Melayu diabsahkan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia. Bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan sebenarnya bukan nama gantian bagi bahasa Melayu tetapi taraf dan peranan yang diberi kepada bahasa Melayu. Contoh mudahnya katakanlah ada seorang individu yang namanya Ali. Beliau berjawatan sebagai Pengurus Besar sebuah syarikat. Ali itu namanya dan Pengurus Besar itu jawatan atau peranannya walaupun memanglah Ali dan Pengurus Besar itu orang yang sama. Justeru bahasa Melayu itu namanya dan bahasa rasmi, bahasa kebangsaan itu peranan atau taraf yang diberi kepada bahasa Melayu di negara ini. Istilah kebangsaan bukan berkaitan dengan semangat nasionalisme Melayu sahaja tetapi berkaitan dengan kepentingan dan perpaduan negara. Justeru bahasa Melayu wajib digunakan dalam setiap majlis atau acara rasmi seperti mesyuarat, taklimat, kursus, segala urusan bertulis atau surat-menyurat (khususnya dalam negara), hebahan atau pengumuman rasmi seperti iklan jawatan dan seumpamanya melalui media elektronik dan media cetak, pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan peringkat rendah, menengah (Tingkatan Enam dan Matrikulasi) dan pengajian tinggi.Nama bahasa MelayuMerujuk negara kita yang majmuk ini, secara dasarnya tidak ada sesiapapun yang berhak untuk membenci mana-mana bahasa pun yang dituturkan di negara ini. Misalnya, kita sebagai rakyat satu Malaysia khasnya tidak berhak membenci bahasa Mandarin kerana namanya bahasa Mandarin atau kerana bahasa Mandarin itu dituturkan oleh bangsa Tionghua atau Cina. Kita juga tidak berhak membenci bahasa Tamil kerana namanya bahasa Tamil atau kerana bahasa Tamil dituturkan oleh bangsa India dan kita tidak boleh membenci bahasa Inggeris kerana namanya Inggeris atau English atau kerana orang Inggeris pernah menjajah kita. Seterusnya rakyat Malaysia tidak berhak membenci bahasa Melayu kerana namanya bahasa Melayu atau kerana penutur jati bahasa Melayu berbangsa Melayu. Tentunya tidak waras jika kita meminta bahasa Mandarin atau Tamil ditukar namanya barulah kita tidak membenci atau akan berminat untuk mempelajari bahasa tersebut. Begitu juga tidak waras untuk kita membenci bahasa Melayu yang telah termaktub sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini. Kita perlu sedar akan konsep menuntut ilmu yang banyak adalah baik dan meningkatkan taraf atau darjat kita termasuk jika kita belajar bahasa yang banyak (bahasa apa pun) dan bukan sebaliknya. Justeru tidak waras dan tidak munasabah sama sekali, bahasa Melayu perlu ditukar kepada nama lain atau disebut dengan nama lain dengan harapan setelah bertukar nama barulah tidak dibenci, disayangi, dipelajari dan digunakan serta dapat menjadi bahasa perpaduan semua bangsa di Malaysia. Kita tidak harus emosional dan perlu bersikap profesional dalam hal ini dan menerima hakikat sesuatu itu berlandaskan ilmu dan kebenaran. Dengan sikap tersebut dan keterbukaan akan membantu kita ke arah menjiwai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia yang juga turut menjadi bahasa pengucapan kelima terbesar di dunia. (disesuaikan daripada kertas kerja yang dibentang semasa Konvensyen Munsyi Dewan (DBP) Memperkasa Bahasa Melayu di Sektor Swasta: Satu Tinjauan Selepas 50 Tahun Merdeka, pada 18-21 April 2008 di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur)

CABARAN