3
Seminar Perlaksanaan Bahasa Malaysia (1983: Universiti Sains Malaysia): Suatu ulasan oleh Ibrahim bin Ismail* Abstract: At this Seminar, four major themes related to the implementation of Bahasa Malaysia as the medium of instruction of all first year courses in all institutions of higher learning, beginning with the 7983/84 session, were identified and discussed at length. These were: 7. Programmes that have been arranged to teach in Bahasa Malaysia; 2. The proficiency of teaching staff; 3. Terminologies; and 4. The need for text books and other reference books in Bahasa Malaysia. Seminar bertemakan 'Menilai Perlaksanaan Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pengantar di Institusi Pengajian Tinggi' ini dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Malaysia, Universiti Sains Malaysia pada 4 dan 5 Februari 1983 di kampus USM. YB Datuk Dr Sulaiman Haji Daud, Menteri Pelajaran Malaysia telah merasmikannya. Sebanyak sepuluh kertaskerja dibentangkan dalam seminar ini (satu daripadanya secara lisan). Tujuh buah disediakan oleh tenaga pengajar Univer- siti, satu oleh wakil Dewan Bahasa dan Pustaka, dan dua ditulis oleh pelajar. Perbincangan keseluruhan- nya berkisar pada empat tema utama, iaitu: Rancangan yang telah teratur untuk perlaksa- naan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengan- tar dalam tahun pertama bagi semua kursus pada sessi 1983/84. Kefasihan tenaga pengajar dalam Bahasa Malaysia. Masalah peristilahan. Kekurangan buku-buku teks dan rujukan lain dalam Bahasa Malaysia. Kita sedia maklum bahawa pelajar-pelajar yang akan masuk institusi-institusi pengajian tinggi tem- patan terus daripada sekolah-sekolah pada sesi 1983/84 adalah mereka yang telah mengorak lang- kah dengan menerima pelajaran mereka dalam Ba- hasa Malaysia sejak di Darjah Satu pada tahun 1970. Selama tigabelas tahun di bangku sekolah, mereka telah menguasai Bahasa Malaysia, dan kini sampailah masanya untuk menimba ilmu di peringkat Univer- siti dalam Bahasa Malaysia. Hakikat ini ternyata dan disedari oleh semua penulis kertaskerja. Dengan ke- 1. 2. 3. 4. sedaran ini maka apa yang dibicarakan selarna dua hari berseminar ialah persediaan di institusi-institusi pengajian tinggi untuk melaksanakan penggunaan Bahasa Malaysia sepenuhnya untuk kuliah, tutorial, tugasan dan peperiksaan. Institusi-institusi pengajian tinggi tempatan tidak menunggu-nunggu sehingga 1983. Secara berpering- kat banyak kursus telah pun dikendalikan sepenuh- nya dalam Bahasa Malaysia, khususnya dalam bi- dang pengajian kemanusiaan dan sains sosial, Kursus-kursus sains, kejuruteraan dan perubatan terkebelakang sedikit kerana beberapa sebab ter- tentu yang secara am dapat dilihat di bawah. Pelajar-pelajar siap sedia untuk mengikuti kuliah dan tutorial; menulis esei dan tugasan; dan meng- hadapi peperiksaan dalam Bahasa Malaysia. Bagai- mana pula bagi pihak tenaga pengajar. Selain dari mewajibkan kelulusan pada peringkat SPM dalam Bahasa Malaysia, institusi-institusi pengajian tinggi menjalankan berbagai kursus intensif bahasa untuk mempertingkatkan kefasihan tenaga pengajar. Ke- rumitan yang tetap akan dihadapi ialah apabila te- naga pengajar asing diambil atau dijemput untuk mengendalikan kursus-kursus yang khusus. Usaha-usaha untuk menjadikan Bahasa Malaysia suatu bahasa yang boleh menyampaikan fikiran dan konsep-konsep saintifik telah lama dijalankan. Teraju utama dalam perkara ini dipikul oleh Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah berikhtiar menubuh- kan berpuluhan jawatankuasa istilah dalam semua bidang ilmu. Institusi-institusi pengajian tinggi juga *Pustakawan Koleksi Kebangsaan, Perpustakaan Universiti Malaya. 14

Seminar Perlaksanaan Bahasa Malaysia (1983 ...Pelajar-pelajar siap sedia untuk mengikuti kuliah dan tutorial; menulis esei dan tugasan; dan meng-hadapi peperiksaan dalam Bahasa Malaysia

  • Upload
    others

  • View
    9

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • Seminar Perlaksanaan Bahasa Malaysia(1983: Universiti Sains Malaysia): Suatu ulasan

    olehIbrahim bin Ismail*

    Abstract: At this Seminar, four major themes related to the implementation of BahasaMalaysia as the medium of instruction of all first year courses in all institutions of higherlearning, beginning with the 7983/84 session, were identified and discussed at length.These were: 7. Programmes that have been arranged to teach in Bahasa Malaysia; 2. Theproficiency of teaching staff; 3. Terminologies; and 4. The need for text books and otherreference books in Bahasa Malaysia.

    Seminar bertemakan 'Menilai Perlaksanaan BahasaMalaysia Sebagai Bahasa Pengantar di InstitusiPengajian Tinggi' ini dianjurkan oleh PersatuanBahasa Malaysia, Universiti Sains Malaysia pada 4dan 5 Februari 1983 di kampus USM. YB Datuk DrSulaiman Haji Daud, Menteri Pelajaran Malaysiatelah merasmikannya.

    Sebanyak sepuluh kertaskerja dibentangkandalam seminar ini (satu daripadanya secara lisan).Tujuh buah disediakan oleh tenaga pengajar Univer-siti, satu oleh wakil Dewan Bahasa dan Pustaka, dandua ditulis oleh pelajar. Perbincangan keseluruhan-nya berkisar pada empat tema utama, iaitu:

    Rancangan yang telah teratur untuk perlaksa-naan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengan-tar dalam tahun pertama bagi semua kursuspada sessi 1983/84.Kefasihan tenaga pengajar dalam BahasaMalaysia.Masalah peristilahan.Kekurangan buku-buku teks dan rujukan laindalam Bahasa Malaysia.

    Kita sedia maklum bahawa pelajar-pelajar yangakan masuk institusi-institusi pengajian tinggi tem-patan terus daripada sekolah-sekolah pada sesi1983/84 adalah mereka yang telah mengorak lang-kah dengan menerima pelajaran mereka dalam Ba-hasa Malaysia sejak di Darjah Satu pada tahun 1970.Selama tigabelas tahun di bangku sekolah, merekatelah menguasai Bahasa Malaysia, dan kini sampailahmasanya untuk menimba ilmu di peringkat Univer-siti dalam Bahasa Malaysia. Hakikat ini ternyata dandisedari oleh semua penulis kertaskerja. Dengan ke-

    1 .

    2.

    3.4.

    sedaran ini maka apa yang dibicarakan selarna duahari berseminar ialah persediaan di institusi-institusipengajian tinggi untuk melaksanakan penggunaanBahasa Malaysia sepenuhnya untuk kuliah, tutorial,tugasan dan peperiksaan.

    Institusi-institusi pengajian tinggi tempatan tidakmenunggu-nunggu sehingga 1983. Secara berpering-kat banyak kursus telah pun dikendalikan sepenuh-nya dalam Bahasa Malaysia, khususnya dalam bi-dang pengajian kemanusiaan dan sains sosial,Kursus-kursus sains, kejuruteraan dan perubatanterkebelakang sedikit kerana beberapa sebab ter-tentu yang secara am dapat dilihat di bawah.

    Pelajar-pelajar siap sedia untuk mengikuti kuliahdan tutorial; menulis esei dan tugasan; dan meng-hadapi peperiksaan dalam Bahasa Malaysia. Bagai-mana pula bagi pihak tenaga pengajar. Selain darimewajibkan kelulusan pada peringkat SPM dalamBahasa Malaysia, institusi-institusi pengajian tinggimenjalankan berbagai kursus intensif bahasa untukmempertingkatkan kefasihan tenaga pengajar. Ke-rumitan yang tetap akan dihadapi ialah apabila te-naga pengajar asing diambil atau dijemput untukmengendalikan kursus-kursus yang khusus.

    Usaha-usaha untuk menjadikan Bahasa Malaysiasuatu bahasa yang boleh menyampaikan fikiran dankonsep-konsep saintifik telah lama dijalankan.Teraju utama dalam perkara ini dipikul oleh DewanBahasa dan Pustaka yang telah berikhtiar menubuh-kan berpuluhan jawatankuasa istilah dalam semuabidang ilmu. Institusi-institusi pengajian tinggi juga

    *Pustakawan Koleksi Kebangsaan, Perpustakaan UniversitiMalaya.

    14

  • menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa sedemi-kian. J awatankuasa-jawatankuasa tersebut diang-gotai oleh pakar-pakar perkara dan bahasa yangsama-sama membentuk beribuan istilah. Sejak kera-jaan Malaysia dan Indonesia bersetuju pada satusistem ejaan Rumi yang sama, sebuah badan dengannama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia diwujudkanyang bermesyuarat dua kali setahun. Di mesyuarat-mesyuaratnya istilah-istilah telah diseragamkan. Pe-nerbitan istilah-istilah telah diusahakan dalam ben-tuk ecLi awal, edisi stensilan dan akhir-akhir iniedisi muktamad dalam berbagai bidang telah di-terbitkan. Apa yang diharapkan lalah supaya semuapihak - pengajar, pelajar, penulis dan orangramai -menggunakan istilah-istilah ini sehingga istilah-istilahtersebut tidak asing kepada telinga kita lama-kelamaan.

    Pengajian di peringkat Universiti amat bergan-tung pada bacaan luas. J ika pelajar-pelajar hanyamenggunakan sebuah buku teks untuk satu rnata-pelajaran di sekolah, di Universiti pula mereka perlumerujuk kepada lebih daripada sebuah buku, malahsetengah-setengah kursus mewajibkan rujukan kepa-da berpuluhan bahan baik berbentuk buku ataumakalah. Dalam hubungan ini kita maklum bahawakebanyakan buku-buku berbahasa Malaysia yang di-terbitkan oleh penerbit-penerbit tempatan ialahdalam bidang sastera tulen, iaitu novel, cerpen,sajak, puisi dan kajian-kajian mengenai sejarah ke-susasteraan dan tatabahasa. Keadaan ini timbulkerana pa.saran bagi buku-buku seperti ini amat laris.Tetapi buku-buku berbahasa Malaysia dalam bidang-bidang lain juga amat penting. Bagi setengah-setengah kursus popular, pasaran bagi buku-bukudalam bidang itu terjamin dengan adanya beratusanpelajar yang memerlukan buku-buku tersebut diinstitusi pengajian tinggi tempatan. Tetapi bagikursus-kursus yang tidak ramai jumlah pelajarnyapenerbitan buku-buku dalam bidang tersebut adalahsuatu pertaruhan dan penerbit-penerbit tidak bolehdisalahkan jika mereka tidak menceburkan diridalamnya. Di sinilah pihak berkuasa perlu mengusa-hakan penerbitan buku-buku seperti ini tanpamengambil kira keuntungan, atau memberikan sub-sidi kepada penerbit swasta untuk menerbitkannyakerana kos pengeluaran bagi edisi-edisi kecil tinggidan harga sesuatu naskhah mungkin di luar kemam-puan para pelajar.

    Sebelum sesebuah buku diterbit, ia perlu di-karang. Bagi buku-buku ilmiah ia bukan sahaja per-

    lukan kepakaran ilmu tetapi juga keupayaan untukmenyampaikan ilmu itu dalam bahasa persuratanyang baik. Suatu jalan singkat untuk menghasilkanbanyak lagi buku-buku ilmiah ialah melalui penter-jemahan. Kerja penterjemahan bukanlah semudahyang dianggap. la perlukan pengetahuan baik dalarnbahasa asal buku yang akan diterjemahkan; penge-tahuan ilmu supaya tidak lari daripada konsep danmaksud pengarangnya; dan pengetahuan BahasaMalaysia yang baik untuk menyampaikan isi kan-dungan buku, Dalam bidang penerbitan buku-bukuterjemahan, Dewan Bahasa dan Pustaka memainkanperanan besar sepertimana dapat kita perhatikandaripada jumlah buku yang diterbitkan dalamtahun-tahun kebelakangan ini.

    Dari segi penerbitan buku-buku asal dalamBahasa Malaysia, ada dua cara untuk rnenghasilkan-nya. Pertama ialah, nota-nota kuliah para tenagapengajar dicetak secara stensilan sebagai suatu ran-cangan percubaan. lanya boleh diperbaiki dan di-terbitkan kelak sebagai buku. Kedua ialah denganmenerbitkan karya-karya pelajar-pelajar sendiri se-perti latihan-Iatihan ilmiah atau esei-esei panjangmereka yang bermutu. Begitu juga dengan tesis-tesissarjana dan kedoktoran. Dalam hubungan ini kenya-taan Naib-Canselor USM di upacara perasmian Se-minar bahawa Universiti tersebut sedia memberikancuti bergaji penuh selama enam bulan kepada te agapengajarnya yang sanggup menulis atau menterje-mahkan buku-buku ilmiah amat memerangsanghn.

    Perpustakaan-perpustakaan institusi pengajiantinggi di Malaysia memperolehi banyak buku-bukuyang diterbitkan di Indonesia, baik karya-karya asalmahupun yang diterjemahkan. Perusahaan perceta-kan di Indonesia telah banyak maju dalam masa se-puluh tahun kebelakangan ini. Buku-buku tersebutbermutu tinggi dari segi rupa dan kandungan dengansisipan-sisipan ralat yang makin lama makin kurangkerana perhatian serius para penerbit kepada hasilusaha mereka. Tetapi mungkin ramai di Malaysiabelum begitu mahir atau fasih dengan gaya bahasaBahasa Indonesia. Saya rasa keadaan yang samarnungkin dialami oleh orang-orang Indonesia yangmembaca buku-buku dalam Bahasa Malaysia!

    Jawatankuasa Pembentukan Rumusan Seminarini telah membentangkan beberapa usul. Usul-usultersebut telah dibincang dengan hangat dan versimuktamad akan diedarkan oleh Jawatankuasa Penge-lola Seminar dalam sedikit masa lagi. Buat semen-tara itu, satu usul yang diterima baik dan yang se-

    15

  • harus diberi perhatian serius ialah pengurniaananugerah penghargaan kepada buku-buku ilmiahyang bermutu tinggi dalam Bahasa Malaysia. J ikasekian lama anugerah-anugerah diberikan kepadakarya-karya sastera tulen, maka sampailah masanyauntuk menghargai usaha dan jasa mereka yang mem-perkayakan khazanah ilmu dalam bahasa kebangsa-an kita.

    Kertaskerja-kertaskerja yang dibentangkan1. Dasar dan perlaksanaan Bahasa Malaysia di

    Institusi Pengajian Tinggi: satu tinjauan umumoleh Abdullah Hassan.

    2. Perlaksanaan dan kemampuan Bahasa Malay-sia sebagai bahasa pengantar dalam bidang ke-juruteraan oleh Wan Abu Bakar Wan Abas danTengku Mohd. Azzman Shariffadeen.

    3. Perlaksanaan dan kemampuan Bahasa Malay-sia sebagai bahasa pengantar dalam bidangsains tulen, disampaikan secara lisan oleh Prof.Madya Dr. Shaharir Mohamad lain dari UKM.

    4. Perlaksanaan dan kemampuan Bahasa Malay-sia sebagai bahasa pengantar dalam bidangsains perubatan oleh Mohd. Roslani Abd.Majid.

    5. Perlaksanaan dan kemampuan Bahasa Malay-sia sebagai bahasa pengantar dalam bidangundang-undang oleh Ahilemah Joned.

    6. Perlaksanaan dan kemampuan Bahasa Malay-sia sebagai bahasa pengantar dalam bidangsastera oleh Amir Hussin Hj. Baharuddin.

    7. Pembinaan dan ketepatan bahasa serta pener-bitan buku dalam Bahasa Malsyia oleh Sha'ariAbdullah.

    8. Perlaksanaan dan kemampuan Bahasa Malay-sia sebagai bahasa pengantar dalam bidangsains gunaan oleh Mohd. Muslim Mohd.Yusoff.

    9. Dasar dan perlaksanaan Bahasa Malaysia da-lam bidang sains - persepsi mahasiswa olehMuhamad Sobri Othman.

    10. Dasar bahasa dan perlaksanaannya di Univer-siti Sains Malaysia - persepsi mahasiswa olehAbu Kassim Mohamad.

    Semua kertaskerja ini (kecuaf nombor 3) dan be-berapa lampiran lain, boleh dirujuk di BahagianKoleksi Kebangsaan.

    16