Upload
jean-chan
View
51
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JUN 2011
FOLIO PENDIDIKAN MUZIK 1
NAMA : YEAP QIAN YU
NO. KAD PENGENALAN : 930504 – 66 – 5032
UNIT : PENDIDIKAN PRASEKOLAH 2
MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN MUZIK 1
KOD MATA PELAJARAN : MU3311P4
PENSYARAH : ENCIK MOHAMMAD RAMIZ BIN OMAR
ENCIK KHIR ANNUAR
TARIKH HANTAR : 13 SEPTEMBER 2012
HALAMAN PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan tiap – tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ____________________
Nama Penulis : YEAP QIAN YU
Tarikh :
PENGHARGAAN
Saya, Yeap Qian Yu, pelajar dari Pendidikan Prasekolah 2, Program Persediaan
Ijazah Sarjana Perguruan (PPISMP) ingin mengambil peluang keemasan ini untuk
merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pelbagai pihak
yang telah banyak memberi bantuan, sokongan, galakan, tunjuk ajar dan sebagainya
sehingga saya menyiapkan folio Pendidikan Muzik tersebut.
Pertama sekali inginkan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
saya iaitu Encik Ramiz dan Encik Khir. Mereka telah memberi taklimat yang begitu jelas bagi
saya sebelum memulakan kerja kursus tersebut. Mereka juga selalu membimbing dan
memberi panduan kepada saya tanpa berasa jemu semasa saya menghadapi sebarang
masalah dalam menyiapkan folio tersebut.
Selain itu, penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Pusat Sumber
Kampus Sultan Mizan dan pekerjanya kerana telah membekalkan banyak buku rujukan
kepada saya untuk merujuk dan dapatlah saya mengumpul informasi atau maklumat yang
penting dan berguna untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang
selalu berkongsi idea dan berbincang bersama-sama sepanjang saya menjalankan tugasan
ini. Mereka telah memperbanyakkan idea dan kefahaman saya untuk membuat kerja kursus
ini.
Tidak juga lupakan saya merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya
yang telah banyak memberi bantuan kepada saya iaitu dari segi kewangan agar
membolehkan saya membeli alat-alat bertulis dan sebagainya untuk menyiapkan folio ini.
Mereka juga sering memberi galakan dan dorongan kepada saya agar kami mempunyai
keyakinan untuk menghasilkan folio tersebut tanpa berputus asa apabila menghadapi
halangan.
Akhir sekali, sekali lagi saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan kerja kursus ini. Sekian, terima
kasih.
MUZIK SINKRETIK
Muzik sinkretik diamalkan oleh budaya Bandar dan budaya desa. Muzik ini
merupakan gabungan muzik rakyat dan klasik. Di samping itu, muzik sinkretik juga
menggabungkan unsur – unsur asli daripada muzik rakyat dan klasik dengan unsur
– unsur luar seperti muzik Arab, India, Cina, Portugal dan lain – lain negara barat.
Biasanya muzik sinkretik terdiri daripada muzik tarian dan muzik vocal. Ia juga
bersifat fleksibel dari segi perubahan dan penyerapan unsur-unsur seperti alat
muzik, melodi, tekstur, skel, tema dan bahasa senikata. Cara persembahan pula
berasal dari pelbagai sumber seperti rentak zapin, inang, masri, joget, muzik
dondang sayang, ghazal dan keroncong.
1) KERONCONG
Keroncong merupakan nama dari instrumen muzik sejenis ukulele dan juga
sebagai nama dari jenis musik khas Indonesia yang menggunakan instrumen muzik
keroncong, seruling, dan seorang penyanyi wanita.
Ahli muzik mempersembahkan keroncong.
Sejarah Keroncong Di Indonesia
Menurut Erant Heins ( dalam Harmunah, 1987 : 7 ) sebelum abad XVI,
datanglah kapal - kapal Portugis ke kepulauan ini. Mereka mengadakan
perhubungan perdagangan hampir diseluruh pelosok Indonesia dan
mengembangkan agama katolik. Perdagangan Portugis ini hanya menggunakan
kapal-kapal, tetapi menimbulkan perbudakan-perbudakan ( hamba ). Dan akhirnya
meninggalkan bekas di Afrika India, Sri Lanka, Malaya (Malaysia ) yang dikenali
dengan istilah Indo Portugis dan disebut pula dengan istilah “Portugis Hitam”. Orang-
orang hitam ini merupakan keluarga baru yang disebut Mahardika dalam bahasa
Sanskrit.
Dalam masa lampau di Eropah, orang-orang memandang bangsa Indoneisa
itu sebagai bangsa yang rendah darjatnya dan yang hanya mewarisi tabiat-tabiat
tidak baik dari orang tuanya. Pendapat ini ditentang oleh ahli (pakar) dan bukti
menyatakan bahawa orang yang berdarah campuran pada umumnya ulung dalam
berbagai ilmu, jadi termasuklah orang yang berdarjat tinggi. Pandangan yang salah
seperti di atas itulah yang mungkin mempengaruhi tabiat para ahli, sehingga mereka
hanya timbul niat untuk menyelidiki apa yang dipandang asli sahaja, dan nyatalah
bahwa muzik keroncong kerana sejarahnya diketepikan oleh para ahli muzikologi
serta para ahli sejarah muzik ( Tobing dalam Harmunah, 1987: 8 )
Pada tahun 1511 bangsa Portugis di bawah pimpinan Alfonso d’ Albuquerque
merebut Melaka yang waktu itu dipimpin oleh Sultan Alaudin Syah. Setelah 11 tahun
berada di Melaka, maka pada tahun 1522 pedagang-pedagang Portugis melanjutkan
perjalanannya ke Ternate dan Ambon dan telah singgah dibeberapa pulau. Kerana
datang dari jauh mereka kesepian disebabkan berpisah dari ahli keluarganya. Untuk
mengisi kesepian tersebut mereka membawa alat muzik ukulele iaitu seperti gitar
kecil.. Bunyi yang keluar dari alat tersebut dan nyanyian merdu yang didendangkan
oleh pedagang Portugis tersebut terasa asing dan aneh kedengarannya oleh orang-
orang peribumi Nusantara, kerana orang peribumi biasa mendengar notasi
pentatonik pelog dan slendro sedangkan saat itu yang mereka dengarkan notasi
diatonik.
Berbekalkan hanya alat muzik ukulele yang dimulai dari muzik soliter
(dimainkan seorang diri), maka berabad –abad kemudian tumbuhlah menjadi muzik
keroncong yang kita kenali sekarang. Bermain alat muzik seorang menimbulkan
kebosanan, sehingga mereka mulai bermain dengan kawan-kawannya dengan
menambah alat muzik yang lain seperti tempurung kelapa, kentung bambu, rebana
dan lain-lain. Dengan demikian alat muzik keroncong tidak wujud seperti yang ada
sekarang tetapi memerlukan waktu atau evolusi yang sangat panjang.
Dari riwayat singkat tersebut, kita tidak memungkiri bahawa ada unsur muzik
kerocong yang berasal dari luar ialah alat muziknya , tetapi bentuk muziknya (muzik
keroncong) bukanlah bentuk muzik asing melainkan benar-benar hasil karya nenek
moyang kita sendiri. Adapun terjadi adaptasi terhadap bau muzik yang datang dari
luar justeru merupakan kreativiti nenek moyang kita yang patut kita hargai.
Sejarah Keroncong Di Malaysia
Seni muzik keroncong mulai masuk ke Malaysia sekitar awal abad ini atau
tepatnya sekitar tahun 1940. Muzik keroncong dibawa masuk ke negara ini oleh
masyarakat orang-orang Jawa yang merantau ke daerah ini untuk berdagang,
mencari pekerjaan dan sebagainya.. Para pendatang yang merupakan berbagai
bangsa dan kaum ini kebanyakannya terus menetap dan bermastautin di sini secara
tidak disedari. Sebagaimana yang berlaku, ramai pekerja itu yang membawa
keluarga mereka dan memulakan kehidupan baru di negara yang baru. Seperti
kebanyakan para pendatang asing, selain mereka mencari nafkah, mereka juga
membawa kesenian mereka. Seperti pendatang dari Sumatera Barat misalnya,
mereka membawa kesenian caklempong, demikian juga pendatang dari Jawa.
Pendatang dari Jawa membawa kesenian mereka berupa gamelan, wayang kulit,
barongan, kuda kepang, ketoprak, silat dan juga keroncong.
Daerah-daerah yang banyak kegiatan-kegiatan seni tradisi Jawa seperti
gamelan, barongan, silat dan keroncong ini adalah pastinya daerah yang banyak
didatangi masyarakat Jawa seperti di negeri Johor, Perak, Selangor dan juga Pulau
Pinang. Di daerah-daerah ini terutama di negeri Johor masih boleh kita jumpai
persembahan-persembahan keroncong. Pada mulanya lagu-lagu yang dinyanyikan
adalah lagu-lagu dari Indonesia tetapi lama kelamaan setelah perang dunia kedua
ada pencipta tempatan yang mencipta lagu keroncong bercorak melayu seperti
P.Ramlee Zubir Said, Johan Bahar dan banyak lagi.
Fungsi Keroncong
a) Fungsi Pendidikan
Karya seni dalam bentuk lagu-lagu keroncong merupakan salah satu media penting
untuk pendidikan informal bagi masyarakat. Nilai-nilai pendidikan dapat diperoleh
melalui lirik atau syair yang tertuang dalam lagu. Masyarakat dapat memahami
ajaran agama, budi pekerti dan ajaran lainnya yang berguna dalam meningkatkan
eksistensinya.
b) Fungsi Hiburan
Muzik atau lagu merupakan salah satu jenis bentuk konsumsi bagi kebutuhan batin
manusia yang tergolong kebutuhan sekunder. Ketika mereka mengalami
ketegangan atau kejenuhan setelah menyelesaikan suatu pekerjaan, atau sedang
mengalami masalah, dengan mendengarkan muzik merupakan salah satu upaya
untuk melepaskan ketegangan. Muzik merupakan salah satu hiburan yang cukup
mudah untuk didapatkan baik melalui radio, television, MP3, mahupun telefon bimbit.
c) Fungsi Ekonomi
Sebelum menjadi sebuah hasil komoditas, musik keroncong hanyalah sebagai karya
seni yang berfungsi sebagai penyegar rohani atau hiburan di kala sedang
beristirahat. Namun, keberadaannya kini telah beralih fungsi, disamping berfungsi
hiburan juga berfungsi ekonomi. Hal ini berkat hasil sentuhan teknologi modern yang
merupakan hasil budaya popular sehingga menjadikan lagu-lagu tersebut mulai
memperlihatkan eksistensinya melalui bentuk penyajian. Berbagai bentuk
komodifikasi diciptakan untuk mengemas lagu-lagu tersebut agar dikenal dan
popular di masyarakat. Kemasan dalam bentuk kaset dan VCD ternyata mendapat
sambutan hangat dari masyarakat, terutama bagi penggemar lagu-lagu keroncong.
Larisnya peredaran kaset dan VCD tidak saja menguntungkan bagi pemilik modal
iaitu studio rakam, tetapi penyanyi, pemuzik dan pencipta lagu juga merasakan ikut
mendapatkan keuntungan dari segi materi.
d) Fungsi sosial
Fungsi sosial dalam kesenian dapat dilihat dari isi yang terdapat pada suatu bentuk
kesenian yang bertujuan untuk mempengaruhi masyarakat atau penonton agar bisa
berbuat sosial terhadap lingkungan sekitarnya. Fungsi sosial dalam muzik
keroncong, biasa dilihat dari peranan lagu-lagu keroncong yang dinyanyikan untuk
kepentingan sosial dalam masyarakat seperti misalnya dalam kegiatan syukuran,
acara pernikahan dengan tujuan untuk menghibur para undangan yang menghadiri
acara tersebut.
Alat Muzik
Alat-alat muzik yang lazim digunakan terdiri daripada 7 jenis alat yang kesemuanya
berasal dari Eropah. Alat itu ialah :
Biola
Flute
Gitar
Cuk (Alat Asalnya Ukulele)
Cak (Banjo atau Mandolin)
Cello
Double Bass
Kesinambungan alat-alat ini sangat penting kerana ia saling memerlukan antara satu
sama lain. Setiap alat akan memainkan rentak masing-masing kerana setiap alat
mempunyai peranan masing-masing.
a) Biola
Alat muzik berdawai empat ini dimainkan dengan cara digesek dengan alat
penggeseknya yang khas. Sebutan umum untuk alat ini ialah biola. Violin dan Viola
mempunyai sedikit perbedaan. Viola lebih besar daripada violin dan bunyi viola lebih
besar. Violin digunakan dalam muzik keroncong sebagai alat melodi.
b) Flute
Sejenis alat muzik tipu. Flute menghasilkan bunyi yan lembut sehingga sesuai
dengan muzik keroncong.
c) Cuk
Alat-alat muzik keroncong asli terdiri dari Biola, Flute, Cuk (ukulele), Cak, Gitar, Cello, Double Bass.
Merupakan alat muzik berdawai empat. Cuk adalah alat utama untuk muzik
keroncong.
d) Cak
Alat muzik berdawai empat ini berpasangan dengan cuk (ukulele) dan digunakan
dalam muzik keroncong untuk meningkatkan irama.
e) Gitar
Alat muzik berdawai enam ini digunakan dalam muzik keroncong. Biasanya
dipergunakan gitar akustik.
f) Cello
Sebenarnya cello dimainkan dengan cara digesek. Tetapi dalam muzik keroncong,
alat muzik berdawai empat ini dimainkan denganc ara dipetik seperti gitar.
g) Double Bass
Merupakan alat terbesar dalam keluarga biola dan mula terkenal pada awal kurun
ke-16 yang mempunyai empat dawai. Dalam orchestra simfoni alat ini dimainkan
dengan cara digesek. Tetapi dalam muzik keroncong dimainkan dengan cara dipetik
dan hanya tiga dawai sahaja yang dipakai, iaitu G, D, A.
Ragam Irama Pada Musik Keroncong
a) Irama Tunggal/ Engkel
Jenis ini pada umumnya digunakan pada lagu keroncong. Dipakai pada bagian bait
– bait awal lagu/ irama awal sebelum koda.
b) Irama Ganda/Doubel
Jenis ini merupakan tingkat 2 atau 2 kali dari cara pukulan engkel dan biasanya
dipakai pada bagian bait – bait kedua/ irama kedua setelah koda hingga lagu
selesai.
c) Irama Petik
Jenis ini biasanya dipakai pada bait awal – awal lagu keroncong yang ditandai
dengan petikan alat – alat petik misalnya biola dan gitar. Yang digunakan untuk
memainkan melodi.
d) Irama Cakapur
Menyesuaikan dari karakter lagu yang akan dimainkan.
Jenis – Jenis Muzik Keroncong
a) Keroncong Asli
Keroncong asli hanya menggunakan 28 bar sahaja iaitu tidak termasuk intro dan
terdiri dari 3 bahagian. Pada permulaan lagu hanya satu atau dua alat solo sahaja
dimainkan dan ianya menggunakan tempo bebas. Penutup lagu ataupun dipanggil
koda, ianya sama sahaja dengan permulaan iaitu menggunakan satu atau dua alat
solo sahaja. Manakala pada bar ke 8 dan 9 ianya mempunyai selingan. Muzik
keroncong asli tidak diulang dan menggunakan 'key major'.
b) Keroncong Langgam
Muzik keroncong langgam mempunyai bentuknya tersendiri. Jumlah bar yang
terdapat dalam keroncong langgan ialah 32 bar tidak termasuk permulaan dan
penutup. Ianya menggunakan tanda masa 4/4, manakala bentuk atau form
keroncong langgam ialah A A B A. Ianya berbeza dengan keroncong asli dari segi
menggunakan alat semasa permulaan. Keroncong langgam tidak dimulai dengan
alat solo dan tidak mempunyai bridge. Keroncong langgam menggunakan tanda
nada major atau minor.
c) Stambul
Stambul juga dikategorikan dalam jenis-jenis ciptaan. Terdapat 2 jenis stambul iaitu
stambul satu dan dua. Jumlah bar yang digunakan oleh stambul satu ialah 16 bar
dan menggunakan tanda masa 4/4. Lagu stambul satu tidak begitu terkenal kerana
lagunya pendek dan biasanya tidak meninggalkan kesan. Stambul satu
menggunakan form A B. Intro dan penutup adalah bebas. Stambul satu dimainkan
dengan tempo yang sederhana dan berbunyi sedih. Stambul dua pula hampir sama
dengan stambul satu tetapi jumlah barnya adalah 16x2 iaitu 16 bar pertama di ulang.
Stambul dua menggunakan tanda masa 4/4 dan bentuk formnya A B. Senikatanya
berupa rangkap pantun, ada juga yang tidak menggunakan patun sebagai senikata.
Ianya bebas menggunakan alat solo atau suara tanpa iringan muzik.
d) Keroncong Ekstra
Keroncong ekstra adalah lagu-lagu yang diadaptasikan daripada lagu-lagu
tradisional atau rakyat yang sudah ada. Ianya bersifat riang dan jenaka. Keroncong
ekstra sangat terpengaruh oleh bentuk-bentuk lagu tradisional. Ianya tidak
mempunyai bentuk tertentu pada jumlah bar atau rangkapnya oleh kerana lagu asal
boleh diambil dari mana-mana sahaja.
2) GHAZAL
Sejarah
Perkataan ‘ghazal’ dipercayai berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud
‘bahasa kasih’. Ia dikatakan sejenis puisi yang popular pada zaman Jahilliah untuk
masyarakat Arab. Menurut kajian, ghazal yang datang dari Parsi ini dikatakan
sebagai sejenis nyanyian dalam kalangan pemuda yang sedang bercinta.
Berdasarkan buku ‘Rangkaian Rubait’ yang dihasilkan oleh Prof Dr. Syed Naquib al-
Attas, ghazal dikatakan sebagai sejenis seni yang iramanya mirip 22 kepada irama
di dalam Rubaiyat yang dinamakan ‘Hajat’. Kebiasaannya, ghazal mempunyai 20
atau 40 baris(10 atau 12 bait). Bentuk ghazal dikatakan menyerupai Qasidah dan
pengisiannya adalah tentang tasawuf dan nilai kasih sayang.
Muzik ghazal adalah seni yang datang dari Tanah Arab sekitar abad ke- 18.
Raja- raja Bani Umaiyah dihiburkan oleh penyanyi Ghazal dari Parsi dan Greek yang
dibawa ke Tanah Arab. Dari tanah Arab, ia dikembangkan ke Parsi, Turki, India
(Hindustan), termasuk Johor (Malaysia). Kesenian ini juga bersoalkan tentang
pemujaan terhadap raja, negara keramat dan lain- lain.
Di Johor(Malaysia), Dato’ Bentara Luar(Mohd. Salleh Perang) merupakan
tokoh yang menyemarakkan lagi muzik ghazal ini. Hal ini kerana, seni ini akan
diperkenalkan olehnya kemana sahaja dia pergi. Secara ringkasnya, susul ghazal
datang ke Malaysia adalah dari Tanah Arab, Parsi (dimainkan di istana), India (di
istana dan ubahsuai), Riau-Lingga, Teluk Belanga (istana, tidak diubah), Tanjung
Puteri (di istana dan sedikit diubahsuai), Batu Pahat (dimainkan di rumah penghulu
dan ketua kampung dan berlaku pengubahsuaian) dan daerah – daerah lain di
Johor.
Di Johor, Dato’ Bentara Luar (Mohd Salleh Perang) telah membuka Batu
Pahat pada tahun 1893 dan beliau juga telah menubuhkan Wayang Bangsawan.
Wayang ini merupakan sejenis hiburan yang berbentuk nyanyian lagu- lagu Melayu.
Alatan yang digunakan adalah seperti gambus, biola, harmonium, tabla atau
dol(gendang). Pada tahun 1900, ghazal mula dipelajari oleh anak- anak Melayu
Johor yang dimana gurunya adalah berketurunan India bernama ‘Alpa’ iaitu seorang
ustaz. Lagu- lagu yang dimainkan adalah lagu Parsi dan Hindustan tulen. 23
Rentak ghazal pula adalah daripada ‘langam’ iaitu rentak hindustan tetapi
disesuaikan dengan jiwa masyarakat Melayu. Alatan asalnya adalah sharinggi, sitar,
harmonium dan tabla serta kemudiannya sitar digantikan dengan gambus dan
sharinggi ditukar kepada gitar. Lama- kelamaan, alatan ini diperbanyakkan dengan
penambahan alatan seperti biola, kecapi Jepun atau mendolin. Pada masa itu,
secara kebetulannya, alatan seperti mendolin dan biola ini pandai dimainkan oleh
orang Melayu.
Tidak lupa juga kepada Pendeta Ghazal Melayu Johor iaitu Pak Lomak(Musa
bin Yusof) yang menceburkan diri dalam bermain harmonium, tabla dan menyanyi
syair bahasa Parsi dan Hindustan. Selain itu juga, beliau telah mula belajar lagu-
lagu Melayu dengan Encik Besar bin Md. Salleh. Pak Lomak telah memasukkan
lagu- lagu ini dengan laram- laram(stail) Parsi. Kesannya, lagu- lagu ini bertambah
baik dan sesuai dengan penggemar permainan atau kesenian ghazal Melayu. Beliau
pula telah mempelajari gitar dan menyesuaikan alat ini ke dalam permainan ghazal.
Akhirnya, telah ramai yang mendekati seni ghazal.
Fungsi Ghazal
a) Sarana Mengungkapkan Emosi
Muzik mempunyi kekuatan sebagai sarana untuk mengungkapkan perasaan atau
emosi pendengarnya. Pendengar muzik seolah-seolah mempunyai hubungan yang
kuat dengan lagu yang sedang didengarkan, baik secara muzikal mahupun dari lirik
lagu tersebut. Meskipun demikian, pandangan atau perasaan setiap orang yang
mendengar suatu muzik berbeza-beza. Dalam pandangan psikologi umum, emosi
merupakan respon yang khusus yang berorientasi untuk merespon pelaku. Emosi
muncul sebagai resopn atau reaksi personal terhadap sebuah situasi. Emosi tertentu
dapat muncul ketika seseorang mendengarkan muzik Melayu Ghazal. Kita akan
secara langsung dan tanpa sedar merespon muzik tersebut ketika mendengarkanny
dan mengatakan muzik tersebut bagus.
b) Sebagai Hiburan
Musik selalu menjadi sarana hiburan bagi sebagian besar orang. Begitu pula dengan
musik tradisionalghazal yang dapat menjadi sarana hiburan bagi masyarakat,
misalnya ketika menyambut tamu atau sebagai hiburan dalam acara-acara tertentu.
c) Kenikmatan Estetis
Kenikmatan estetis juga terkandung dalam musik Melayu ghazal, meskipun
pandangan antara satu orang dengan yang lain tentunya tidak sama. Namun, secara
umum nilai estetis dalam sebuah karya seni dapat diakui secara bersama-sama.
Fungsi kenikmatan estetis dalam musik ghazal sangat jelas dan berlaku bagi semua
orang.
d) Sarana Komunikasi
Menurut Asri (2008:39), musik dapat digunakan untuk berkomunikasi dalam
hubungannya dengan Tuhan (hablum minallah) dan manusia (hablum minannas).
Musik sebagai sarana berkomunikasi dengan Tuhan dapat dirasakan pada waktu
para pemain memahami dan menghayati syair dan lagu yang dibawakan. Semakin
banyak pemain menguasai nilai dan ajaran dalam syair, semakin tinggi pula
ketundukannya kepada Tuhan. Musik ghazal dapat menjadi sarana yang dijadikan
sebagai alat untuk berkomunikasi dengan Tuhan.
Alat Muzik
a) Peti Harmoniun
Iatu sejenis alat muzik yang berasal dari India.Peti Harmonium digunakan sebagai
alat mengeluarkan melodi dalam lagu-lagu ghazal.
b) Gambus
Sejenis alat muzik yang berasal dari nereri Arab, juga di kenali dengan sebutan Od.
Alat ini menggantikan alat muzik sitar dari India. Alat muzik ini juga perlu ada dalam
permainan muzik ghazal Johor.
c) Biola/ Violin
Violin biasa di sebut biola. Sebenarnya biola lebih besar sedikit daripada violin.Biola
tidak sesuai bagi permainan muzik ghazal tetapi violin lebih sesuai. Alat ini berasal
dari Barat, Jepun dan Negeri China. Alat ini di gantikan dengan alat muzik sharinggi
India.
d) Maruas
Maruas adalah gendang kecil yang di gunakkan untuk muzik zapin.
e) Tabla
Sepasang gendang kecil yang berasal dari India, yang kecil di namakan Din dan
yang besar di namakan Bam. Alat ini penting bagi memainkan rentak dan juga
tempo.
f) Gitar
Sejenis alat muzik dari negeri Barat.Alat ini juga perlu ada bagi memainkan melodi
dan rentak muzik ghazal Johor.
g) Tamborin
Sejenis alat muzik perkusi yang manggantikan alat keroncongan (India). Alat ini
digunakan sebagai alat rentak dan tempo.
h) Marakas
Sejenis alat muzik perkusi yang perlu ada dalam muzik ghazal Johor. Alat ini juga
berperanan sebagai alat tempo dan rentak.
Perbezaan Antara Ghazal Johor dan Ghazal Parti
Ghazal Johor Ghazal Parti
Banyak membawakan lagu-lagu Melayu asli seperti Sri Mersing, Siti Payung, Patah hati dan Seri Banang.
Lagu
Membawa lagu-lagu berirama padang pasir seperti lagu alabaladi, anawintal Wahdina, Ahbabinna, Wai Ya, ya Gamil, Istak na ya Albi, Ah-Yazid dan Ifrah Ya Albi.
Penyanyi menyanyi secara duduk/tiada lawak. Cara Persembahan
Penyanyi menyanyi secara berdiri atau ada lawak.
Ada 7 alat muzik iaitu peti harmonium, tabela / tabla, violin, gambus, gitar, tamborin dan marakas.
Alat Muzik
Ada 8 alat muzik iaitu gambus, akordian, violin, seruling flut, bongo, marakas, tamborin dan double bass.
3) BORIA
Sejarah
Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala,
iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein r.a oleh Muawiyah bin Abi Suffian.
Kematian Saidina Hussein r.a yang penuh tragik itu diperingati oleh kaum Syiah
dengan mengadakan upacara perkabungan tahunan khusus pada 10hb Muharam di
perkuburannya. Upacara ini dikenali sebagai takziya. Dalam upacara ini lakonan
dibuat untuk memperingati peristiwa yang menyayat hati itu. Seseorang penyair
akan mendendangkan syair-syair mengisahkan Saidina Hussein r.a dikepung
musuh. Bekalan air dan makanan disekat unuk melemahkan Saidina HUssein r.a.
Apabila dendangan syair sampai ke episod pembunuhan Saidina Hussein r.a,
pengikut-pengikut Syiah ini akan meratap sambil menjerit dan memukul-mukul
badan dengan sekuat hati sehingga berdarah. Kaum syiah menganggap perbuatan
ini sebagai satu jalan untuk menebus dosa mereka kerana membiarkan Saidina
Hussein r.a menemui ajalnya di tangan tentera-tentera Muawiyah bin Ali Suffian.
Untuk acara akhir pula, mereka mengadakan satu perarakan yang membawa
lambang tangan berwarna merah serta bendera-bendera di sekitar kawasan
perkuburan Saidina Hussein r.a.
Acara tahunan ini mengalami perubahan sedikit demi sedikit dari semasa ke
semasa. Syair-syair yang didendangkan tidak lagi berlegar di sekitar pembunuhan
Saidina Hussein r.a malah telah diselang selikan dengan peristiwa-peristiwa yang
terdapat dalam kitab Taurat, Injil serta cerita rakyat dari timur. Para pengikut mulai
berlakon agar dendangan syair menjadi lebih realistik. Mereka akan melakonkan
babak-babak tertentu sejajar dengan syair yang didendangkan dalam persebahan.
Apabila gerakan Syiah bertukar menjadi pertubuhan yang berbau politik,
teater ini dijadikan tempat mereka mencari pengaruh. Sambuan hebat didapati di
merata tempat setiap kali diadakan persembahan. Kebiasaanya golongan kaya
akan membiayai persembahan serta mengedarkan minuman secara percuma untuk
menarik perhatian orang ramai untuk datang menonton. Oleh itu, dikatakan teater
ini berkembang selari dengan dengan perkembangan fahaman Syiah. Di mana-
mana sahaja terdapatnya kaum Syiah teater ini pasti wujud. Maka berkembanglah
teater ini ke Parsi, India dan seterusnya menjalar masuk ke Semenanjung Malaysia.
Asal Usul Perkataan Boria
Ramai yang sering tertanya-tanya daripada mana timbulnya perkataan boria
itu sendiri. Sesetengah sarjana berpendapat bahawa perkataan boria diambil dari
perkataan Hindustan yang membawa maksud 'tikar'. Perkataan ini timbul kerana
kumpulan boria ketika itu menggunakan pakaian yang diperbuat daripada tikar untuk
menggambarkan kesengsaraan Saidina Hussein r.a di Karbala.
Selain itu, ada juga yang berpendapat perkataan boria berasal dari perkataan
'borai'. Borai dikatakan berasal dari bahasa Hindustan yang membawa maksud gila
atau sasau. Ini disebabkan oleh kelakuan pemain serta pakaian mereka semasa
persembahan seperti orang gila.
Satu lagi pendapat yang mengatakan bahawa boria berasal dari perkataan
Bori. Bori adalah satu kaum yang berasal dari Gujerat, India. Mereka berpindah
serta menetap di Pulau Pinang dan kaum inilah yang dikatakan memulakan
permainan boria di Pulau Pinang. Pendapat lain ada mengatakan bahawa nama
boria lahir hasil dari gabungan bori dan ria, maka terjadilah boria.
Cara Persembahan
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Rahmah Bujang (1987), persembahan boria
lazimnya terdiri daripada dua persembahan cerita yang berasingan. Tema atau
cerita persembahan pertama dihubungkaitkan dengan tujuan persembahan itu,
maka tema persembahan kedua adalah lebih umum lagi. Sesebuah persembahan
dibahagikan kepada dua segmen iaitu:
1) Cerita Lucu Atau Lawak Jenaka
Bahagian lawak jenaka biasanya dilakonkan oleh 10 hingga 14 orang pelakon. Jenis
peranan ( role types) dalam bahagian ini terdiri daripada beberapa orang biasa dari
kamoung dan seorang penghulu atau pegawai profesional seperti doktor atau
pegawai kerajaan. Tema cerita dikisahkan secara lawak jenaka dan komedi slapstik
dengan dialog yang diimprovisasikan. Lazimnya sebuah pancaragam menghasilkan
muzik instumental untuk mengiringi cerita dan membunyikan kesan bunyi apabila
diperlukan.
2) Bahagian Lagu Vokal Dan Tarian
Bahagian yang kedua dalam persembahan boria terdiri daripada lagu vokal dan
tarian yang berulang-ulang. Bahagian ini dimainkan oleh korus dan seorang
penyanyi, iaitu seramai 30-40 peserta. Peserta korus juga menari dan mereka ini
digelar kelasi atau sailor, sementara penyanyi solo atau ketua penyanyi dikenali
sebagai tukang karang. Tukang karang ini berdiri di pentas di hadapan mikrofon,
manakala korus/penari berdiri berbaris-berbaris di belakang tukang karang.
Bahagian kedua persembahan boria ini bermula dengan muzik instrumental oleh
pancaragam yang menghasilkan lagu tertentu yang berasaskan irama dan rentak
cha-cha, rhumba atau arian popular Barat yang lain. Serentak dengan muzik
insrumental ini tukang karang menyanyikan senikata rangkap pertama. Rangkap ini
berstruktur 4 baris senikata dengan skema rima tertentu yang tetap misalnya
rangkap pertama dengan skema a,a,a,a dan rangkap kedua dengan skema b,b,b,b
dan seterusnya. Misalnya:
BORIA TERKENAL DI PULAU MUTIARA
KINI DIKENALI DI SELURUH NEGARA
IRAMANYA CERIA RIANG GEMBIRA
BORIA OMARA MEMBUKA ACARA
AKHIR KATA KAMI BERPESAN
BORIA BUKAN SEKADAR HIASAN
SENI BUDAYA SEBUAH BINGKISAN
BORIA OMARA MENYAMBUNG WARISAN
Rangkap yang dinyanyikan oleh tukang karang diiringi oleh pancaragam dan pada
waktu yang sama korus/penari mula bergerak dengan langkah-langkah tarian
tertentu. Korus/penari biasanya akan bergerak serentak. Apabila tukang karang
selesai menyanyikan rangkap pertama, korus akan mengulangi senikata dan melodi
rangkap itu sambil menari mengikut rentak lagu. Selepas itu, tukang karang akan
menyanyi rangkap kedua pula sementara korus terus menari. Tukang karang dan
korus berselang-seli begini sehingga 12 -20 rangkap dinyanyikan. Tema senikata
semua rangkap bertumpu kepada tema utama cerita persembahan boria itu.
Alat Muzik
Persembahan cerita dan lagu vokal serta tarian dalam teater boria diiringi
oleh pancaragam yang biasanya duduk di bahagian belakang pentas. Ensembel ini
biasanya terdiri daripada berbagai-bagai alat muzik kerana peralatan muzik yang
digunakan dalam setiap persemabahan boria ini tidak bersifat khusus. Hal ini
kerana aspek yang dipentingkan ialah keupayaan para pemuzik untuk mengiringi
nyanyian tukang karang. Lantaran itulah kadang-kadang alat muzik yang digunakan
hanyalah gendnag dan violin sahaja. Walau bagaimanapun, seandainya lebih
banyak alat muzik yang dapat digunakan semakin baiklah persembahan tersebut.
Namun begitu, pada masa dahulu alat muzik yang sering digunakan adalah seperti
violin, gambus, marwas, tabla, akordion, gendang, simbal dan harmonika.
Sejak kebelakangan ini, pelbagai alat muzik moden dari Barat turut digunakan
dalam setiap persembahan boria ini seperti gitar elektrik yang menghasilkan melodi
dan irama, set dram Barat, tamborin dan kibord elektrik.
Akordion Harmonika Gambus
Tabla Simbal Gitar Elektrik