Upload
heath-wilson
View
1.231
Download
90
Embed Size (px)
Citation preview
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
1/33
SINOPSIS NOVEL SAUDAGAR BESAR DARI KUALA
LUMPUR
BAB 1
Bab ini mceritakan latar blkang hbungan pniagaan En Mahammad,pengarh urusan Firma Serba
Dagang Internasional,ank syarikat Tan Enterprise dgn Datuk Tan.DT sgt mengagumi kblehan
dan khebtan EM sbgai seorg ank mlayu dlm mnguruskan pniagaannya.Mahani mpersilakan DT
ke pjbt EM smntara mnanti kdtangan EM.Wlaupn menunggu org bknlah kbiasaan bgnya sbgai
seorg pngarah,nmun dgn rkn kongsinya EM,DT snggp btlak ansur dmi kpntingan
pniagaannya.Di dlm pjbt EM,DT bgitu kgum dgn plihan prabot & kmudhan komunikasimden.Nmun, yg lbh mngagumkan DT ialah bkat EM dlm phubngan dgn plbgai org yg
dprlukannya.Stersnya DT mlihat gmbr arwah Orang Kaya Indera Datuk Idris bin Muhammad
Saman,ayh kpd EM.ktokohan gmbr tsbt mnyebabkan rsa ingn thu DT tntng sejrah
EM.Nmun,hsrat DT btangguh apbila EM ingn mbincngkan dhlu soal pniagaan.Brita tntng
kjyaan EM mdp tender mbkalkan lada hitam ke Jerman slma 7thn mngagumkan lg DT pd EM
sbgai seorg audgar melayu yg beribawa.Stlah DT pergi,EM memnggil setiausahanya,Mahani utk
mngmbil pesanan.EM sbnrnya bangga dgn Mahani yg sopan,cekap,sederhana &jelita.Wlau
bgaimnapn EM sedr bhwa Mahani ialah ank shbtnya,oleh itu dia mhu setiausahanya itu
memanglnya pakcik utk mngelakkan sbrang perasaan tdk baik pd dirinya.
BAB 2
Melalui sbuah lporan yg dbcanya,DT mngetahui bhwa Orang Kaya Indera Datuk Idris bin
Muhammad Saman bin Bendahara Muda,adalah org besr wlyah yg ptama bkongsi bniaga dgn
org2 Cina dlm prusahaan mlombong bijih timah.Menurut lporan tsbt,keluarga EM mewrisi
gelran Orang Kaya Indera yg suatu ms dhulu sgt bkuasa di daerah Tualang.Orang Kaya Indera
Datuk Muhammad Saman iaiu dtk kpd EM mrupakan saudgr bijih timah yg kaya-raya.Tetapi
stlah beliau mninggal dunia,perusahaan perlombongan itu tpksa dhentikan apabila tdpt campur
tngan kongsi2 gelap.Kemudian phak kerajaan tlh mbuka kmbali kwsan plombongan tsbt dgn
mbnrkan sebuah syarikat dr Australia mengusahanya.Slps perang,lombong tsbt dkndalikan smula
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
2/33
oleh Datuk Idris iaitu ayh kpd EM scra bkongsi dgn org cina ttp akhirnya pniagaan itu tpksa
ditutup jua.Usaha mlombong itu tdk dterukan krn ank sulung keluarga itu iaitu Phulu Mahmud
tdk mpunyai inisiatif mngusahakannya.DT juga bcadang mdpt pkenan Sultan & strusnya mlantik
EM mngmbil alih glaran Orang Kaya Indera di daerah Tualang yg tlh dwarisi keluarga itu sejk
sekian lama.DT memikrkan keuntungan yg bakal dperolehnya skiranya EM dianugerahi glran
Orang Kaya Indera & mjdi penguasa di daerah Tualang.Walau bgaimanapn,Dtin Tan sbliknya
msih meraguinya khebtan org2 mlayu dlm pniagaan.Nmun DT menegskn bhwa kehdran org
mlayu dlm dunia pniagaan sdh lma ttp tlh dptskn dpd tradisinya olh Inggeris yg ingn mjajah TM
& bkonsi dgn org2 cina utk mengaut keuntungn dpd hasil bumi negeri ini.Oleh itu,DT kmbli
mjalinkn pkongsian pniagaan dgn org2 melayu spt EM agr kedudukn mreka trs tjalin.Dtin Tan
yg bgn lwt pd esk hrinya merasa kesunyian krn kedua-dua org anknya tdk ada dsmpingnya.Ank
bngsunya,Lily sedng bljr di UM dlm thun ptama & tinggl di arma.Mnalaka ank sulungnya
Robert 23thn,sedng mlnjutkn peljrnnya di London dlm bdang Kejuruteraan Lombong.
BAB 3
Ali tkang kbn di rmh EM mnyerahkan spcuk srt kpd Cik Puan Tipah iaitu isteri EM yg
dkaguminya.Cik Puan Timah yg menerima srt tsbt thu bhawa srt dr kmpung suaminya itu tntu
shj mbwa brita mengenai hal ehwal keluarga di kg.Kehdran srt itu mnyebbkan Cik Puan Tipah
tkenang kmbli pmulaan khidpan dgn EM shingga dia mjdi tumpuan dlm keluarga suaminya yg
bsr kini.Srt tsbt yg dtls oleh ank buah suaminya ,Jahid iaitu ank Phulu Mahmud,mberithu hal
tntng kenyataan pgawai ptanian daerh bkenaan bsesuaian tnh mereka utk tnaman orkid.Jahid
juga mnyaakn perihal ayhnya Phulu Mahmud yg smkin tmkkan wang & mnyangka ayhnya bniat
mjual tnh pusaka mereka.Selesai mbca srt tsbt Cik Puan Tipah tringat pkmbangan srt2 ank
sulungnya,Rahim yg sdng mnuntut di luar ngara yg kerap mnulis tntng kmerosotan moral mnusia
kini.Keplngan ank bongsunya,Ana(Rohana), 16 thn mnyebbkan Cik Puan Tipah mlupakan soal
srt dpd Jahid itu.Di sblh ptg.Mahani stiausaha EM dtg mlawat keluarga Cik Puan Tipah.Kehran
Mahani sgt dsenangi oleh Cik Puan Tipah yg tpikat dgn kesopanan & bui bhsanya.
BAB 4
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
3/33
Bab ini mcertakan ltr blakang dri & keluarga Mahani iaitu ank kpd Tan Sri Syed Aris.Mahani
sbnrnya ank kpd Tan Sri Syed Aris dgn isteri ptamanya Sharifah Naimah yg meninggal dunia
ketika melahirkan Mahani.Stahun slps itu,ats nshat ayhnya(walid),Syed Aris tlh mengahwini adk
kp Sharifah Naimah iaiu Sharifah Muinah walaupn pd awlnya mereka x dpt mnerimanya ttp
krn patuh pd perinth walid mereka bsetuju akhirnya.Kini,Mahani sdh berusia 21 thn & spt thn2
yg lalu mereka merayakan hari jadinya.Nmun stiap kalinya menymbt hri jdi Mahani,Puan
Sri Sharifah Muinah & Tan Sri Syed Aris akn tkenang kmbli pkahwinan mereka.Syarifah
Muinah juga memikrkan soal jdoh Mahani.Dia merasakan pergaulan rpt Mahani dgn Jahid
adalah 1 keserasian di smping pnerimaan keluarga Jahid pd ank gadisnya itu.Persoalan
pkahwinan ini mnimbulkan pula psoalan tntng kufu.Pd mlm itu,Mahani juga memikirkan tntng
pkembangan drinya terutama psahabatannya dgn Rahim,Robert serta kini,Jahid.
BAB 5
Pekan Tualang tlh bsiap sedia mnyambut kdatangan Sultan yg akn mlawat kg itu smpena hari
kputeraan bgnda.Perayaan smbtan itu akn diadakan selama 2 hari.Penghulu Mahmud yg
sblmnya ingn mjual bhgian tnh pusaka keluarganya gn kerjasama Tauke Chan & Yang
Berhormat Muhd Yusuf,tlh bbelah bg memandngkan wjudnya pnentangan pd ank2nya sndr iaitu
Jahid & Jamilah.Phulu Mahmud kini berasa kgum dgn pmikiran anknya,Jahid yg snggp
mptahankan tnh pusaka tsbt walaupn anknya itu sbnrnya tdk bsekolh tinggi.Hal ini juga mjd 1
kekesalan bg Phulu Mahmud krn tk mbrikan pdidikan yg lbh baik kpd Jahid & Jamilah.Phulu
Mahmud juga berasa kesal thdp Yang Berhormat Muhd Yusuf yg seolah-olah mcuba
mpengaruhinya utk mjual harta org mlayu demi mdptkan keuntungan peribai.Nmun ia lbh
mnyesali skapnya yg mdh dpengaruhi oleh wang & kekayaan.Hal ini juga mnyebbkan Phulu
Mahmud mlupakan niatnya utk memohn gelran Orang Kaya Indera dpd Sultan.EM dtg ke rmh
abgnya utk mngatakan hasrat isterinya mbuka laang orkid.Phulu Mahmud brasa tkilan krn kwsan
itulah yg tlh dibncangkan bsama Tauke Chan & Yang bhormat Muhd yusuf utk mbangunkan
kwsan rmh murah.EM btemu dgn seorg kwn lama yg mceritakan kpdnya tntang masyarkat kg yg
mih lagi hidp lm kemiskinan.Kg tsbt jauh ketinggalan dpd pbangunan & kemudhan
asas.Pduduknya pula tdk mampu berusaha kearah itu krn hnya bgantung pd pkerjaan tradisi.
BAB 6
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
4/33
Sudin,seorg broker& wkil kpd Yang Berhormat Muhd Yusuf bsma pmandunya,Sarip meninjau-
ninjau kwsan tnh milik keluarga Phulu Mahmud.Di smping itu,Sudin ingin bjumpa dgn Ali yg
sdang mengetahui pbersihan tnh utk mbuka ldang orkid yg akn diusahakan oleh Cik Puan
Tipah.sblm plang ke rest house sudin & sarip bhenti rehat di Jeram Medang.sudin mdpt tahu
bhwa tnh mlik keluarga Phulu Mahmud tlalu luas sehingga dpt menampung kewujudan
pkampungan kcl.pnduduk kg yg tdk mpunyai tnh tpksa ddk menumpng di tnh tsbt & tdk kurang
juga bkerja dgn Phulu Mahmud.sudin sbnrnya mpunyai tgs pnting iaitu mbantu Yang Berhormat
Muhd Yusuf mjlnkn suatu projek pbangunan utk mdirikan rumah murah bg pnduduk kg,khasnya
mereka yg duduk menumpang di ats tnh keluarga Phulu Mahmud.projek tsbt adalh ats usaha
sama dgn Tauke Chan sbgai pemodal utama dgn mlibtkan tnh di Jeram Medang milik keluarga
Phulu Mahmud.
Bab 7
Pertemuan Sudin dan Sarip dengan Yang Berhormat Muhd. Yusuf adalah untuk melaporkan
maklumat yang diperoleh mereka sewaktu ke Jeram Medang tempoh hari. Yang Berhormat
Muhd. Yusof tidak berpuas hati dengan kenyataan mereka bahawa tanah di Jeram Medang itu
akan digunakan untuk tanaman orkid yang akan diusahakan oleh Cik Puan Tipah kerana berita
itu telah pun diketahui olehnya. Sudin mengetahui motif Yang Berhormat Muhd. Yusuf yang
sebenarnya. Projek perumahan rumah murah yang ingin diusahakan untuk penduduk kampung
itu sebenarnya adalah untuk kekuatan politiknya di wilayah Tualang. Manakala Tauke Chan
ingin menambahkan kekayaan. Disamping itu, bagi tujuan dirinya sendiri pula, Sudin berhasrat
untuk mendapat pertolongan daripada Yang Berhormat Muhd. Yusuf untuk melunaskan hutang-
hutangnya yang banyak. Kini tugas Sudin hanya mencari jalan bagaimana untuk menghadapi
keluarga Penghulu Mahmud kerana projek perumahan itu melibatkan tanah pusaka keluarga
tersebut. Yang Berhormat Muhd. Yusuf mengharapkan kelancaran dan kejayaan projek
perumahan itu kerana hal ini akan menentukan kelangsungan politiknya dalam pilihanraya akan
datang dan seterusnya akan menjaminnya terus berkuasa di Tualang. Namun, Yang Berhormat
Muhd. Yusuf berasa gusar kerana ada tanda-tanda usaha tanaman orkid itu akan menjadi
penghalang kepada projek perumahan tersebut. Selanjutnya, Sudin mencadangkan kepada Yang
Berhormat Muhd. Yusuf agar menggunakan taktik menghasut orang kampung yang menduduki
tanah Penghulu Mahmud untuk menuntut hak milik mereka. Walau bagaimanapun, Yang
Berhormat Muhd. Yusuf kurang bersetuju.
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
5/33
Bab 8
Mesyuarat Pengarah Firma Dagang International yang turut dihadiri oleh Tan Sri Syed Aris
sebagai Pengarah Eksekutif telah membincangkan projek pembukaan ladang lada hitam di Johor.
Dalam mesyuarat itu, EM mengingatkan Tan Sri Syed Aris supaya tidak menyamakan falsafah
perdagangan dengan falsafah politik dan perkauman. Seterusnya, pertemuan EM dengan Yang
Berhormat Muhd. Yusuf telah menyelesaikan dilema dan perasaan buruk sangka selama ini.
Kedua-dua mereka mempunyai niat yang berbeza dalam hal pembangunan tanah di daerah
Tualang tetapi mempunyai persamaan untuk membangunkan kawasan tersebut disamping
memajukan penduduk di daerah tersebut. Yang Berhormat Muhd. Yusuf menerangkan kepada
EM keinginannya memajukan penduduk wilayah Tualang. Secara kebetulan Tauke Chan ingin
memberi kerjasama mendirikan rumah-rumah murah tersebut dengan syarat dibenarkan pula
membina rumah teres dua tingkat untuk orang-orang Cina yang duduk menyewa di Pekan
Tualang. Penghulu Mahmud pula bersetuju untuk menjual sebahagian daripada tanah pusaka
keluarganya di Jeram Medang untuk tujuan itu. Pada awalnya, Yang Berhormat Muhd. Yusuf
menyangka bahawa EM cuba menjadi penghalang kepada rancangannya kerana projek tersebut
hendak dilaksanakan diatas tanah yang sekarang ini sedang diusahakan ladang orkid milik isteri
EM. Dalam pertemuan itu, EM pula ingin mencari kepastian tentang sangkaan Penghulu
Mahmud, iaitu abangnya tentang niat jahat Yang Berhormat Muhd. Yusuf membangunkan
wilayah Tualang. Pada hakikatnya, Yang Berhormat Muhd. Yusuf mengambil kesempatan atas
kesediaan Tauke Chan membiayai projek perumahan tersebut. Persefahaman yang wujud antara
Yang Berhormat Muhd. Yusuf dan EM telah membuka lembaran baru bagi kedua-dua untuk
membangunkan perniagaan dan era politik masing-masing.
Bab 9
Kehadiran Mahani ke bilik pejabat EM disedarinya melalui minyak wangi Mahani tetapi dia
berpura-pura tidak menyedari akan kehadiran setiausahanya itu. EM sebenarnya ingin tahu
daripada Mahani tentang surat berbentuk peribadi daripada Rahim, anaknya yang dialamatkan
kepada pengarah urusan. EM cuba menduga Mahani berkenaan surat tersebut tetapi Mahani
berpura-pura tidak mengetahui akan kandungan surat itu walaupun sebenarnya dia telah
membacanya. Walau bagaimanapun, EM meminta Mahani membaca surat itu dan memberikan
pendapatnya tentang kandungan surat tersebut pada keesokkan hari. Sementara itu, EM pula
memikirkan tentang keganjilan surat-surat daripada anaknya, Rahim, sejak kebelakangan ini
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
6/33
yang sering menyindir orang kaya dan meruntuhkan moral manusia kini. Walau bagaimanapun,
sebagai ayah, dia menyarankan Rahim menumpunkan perhatian kepada pelajaran dulu.
Bab 10
Mahani berada dalam keadaan bingung, resah, dan serba salah. Pelbagai persoalan muncul di
mindanya. Kenapakah dia dulu teringin sekali menjadi setiausaha? Adakah tubuhnya masa cantik
setelah berusia 30 tahun? Apakah sudah tiba saatnya dia mempunyai kekasih? Bagaimanakah
perasaannya terhadap Rahim, Robert, Jahid, dan EM? Sebelum itu, niat Mahani untuk menjadi
setiausaha ditentang oleh ayahnya, Tan Sri Syed Aris. Setelah tamat kursus, Mahani terpaksa
menganggur selama enam bulan sebelum menjadi setiausaha kepada EM setelah Mary setiausaha
EM yang amat terkenal, cekap, dan cantik, berhenti kerja. Mahani amat gembira dan
melaksanakan tugas-tugasnya dengan baik. Secara diam-diam, Mahani mula tertarik dengan
ketokohan majikanny. EM seakan menyedari keadaan tersebut lalu mewujudkan suasana
kekeluargaan dengan meminta Mahani memanggilnya pak cik. Walaupun hatinya hampa, tetapi
diaakhirnya mengerti tujuan EM itu. Sepanjang malam itu, Mahani sukar untuk tidur. Surat
Rahim dari London yang ditujukan kepada ayahnya iaitu EM yang juga menyentuh tentang
dirinya turut mengganggu fikirannya. Mahani juga memikirkan tentang hubungan dan
perasaannya pada Rahim juga kehadiran Jahid kini, sehingga dia tertidur dan bermimpikan
tentang Rahim, Robert serta Jahid. Pagi itu, Mahani menunggu walidnya untuk mendapatkan
pandangan tentang surat Rahim tersebut. Namun, walidnya telah pergi dulu bertemu dengan EM.
Keganjilan surat Rahim itu juga menjadi tanda tanya kepada Syarifah Muinah. Syarifah
Muinah ingin mengetahui pendapat anaknya Mahani tentang EM dan bentuk hubungan dengan
majikannya itu. Mahani memberi tahu bahawa sikap EM padanya sebagai seorang ayah.
Seterusnya Syarifah Muinah menasihati anaknya agar tidak mempunyai apa-apa perasaan
kepada EM. Nasihat ini menyebabkan Mahani memikirkan kembali perasaannya yang
sebenarnya dan kedudukan dirinya. Seterusnya dia tidak dapat memberikan pendapat apabila
menerima panggilan telefon daripada walidnya yang kini sedang menunggunya di pejabat
bersama EM.
Bab 11
Sudin pulang ke kampungnya setelah 15 tahun membawa diri kerana kecewa dengan kekasihnya,
Gayah yang berkahwin dengan lelaki lain. Ibu bapanya tidak berani melamar Gayah disebabkan
keluarganya dikatakan telah menderhaka kepada keluarga kekasihnya dahulu. Sudin singgah di
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
7/33
kedai Pak Salim, sahabat ayahnya sejak kecil dan cuba mencari maklumat mengapa ayahnya
terlalu marah terhadapnya. Sudin bertanya-tanya apakah kesalahannya, hinggakan anak-anak
muda di kampungnya juga seakan-akan menjauhkan diri daripadanya. Sudin amat kecewa
dengan keadaan tersebut dan berhasrat untuk berhijrah semula ke Kuala Lumpur. Pak Salim
menasihatinya agar tinggal di kampung memandangkan kedua-dua ibu bapanya sudah tua dan
berharap dia dapat mengembalikan kesejahteraan kampung. Sudin sedar dia sudah banyak
melukakan hati ibu bapanya. Ayahnya, Imam Saad seorang yang dihormati di Kampung Pulai.
Sudin tidak warak seperti ayahnya. Dia berkahwin dan bercerai tanpa memberitahu ibu bapanya.
Dia pernah melakukan perkara-perkara yang salah di sisi agama selama dia menghuni kota Kuala
Lumpur, menjadi pemabuk, menjadi broker yang menjualkan banyak tanah orang kampung
bahkan pernah menjual politik untuk mendapat kepercayaan daripada orang-orang politik sepert
Yang Berhormat Muhd. Yusuf. Namun, akhirnya dia sedar tentang kesilapan diri. Justeru, timbul
kekuatan dalam dirinya untuk berhadapan dengan ayahnya. Dia percaya ibu bapanya masih
sayang kepadanya. Dia harus membuktikan bahawa dia bukan jahat. Dia bertekad untuk
membangunkan kampung mereka.
Bab 12
Kepulangan Sudin pada mulanya disambut dingin oleh ibunya, Mak Minah kerana ketika itu
ibunya sedang memasak untuk makan tengahari. Sementara menunggu makanan tengahari,
Sudin dan ibunya bersama-sama memakan roti canai yang telah dibeli oleh Sudin. Sudin
difahamkan bahawa ayahnya, Imam Saad akan balik selepas Zohor. Sambil makan, Sudin
bertanya kepada ibunya tentang Gayah. Ibunya seakan-akan tidak percaya dengan pertanyaan
Sudin kerana menyangka Sudin lebih tahu ke mana Gayah pergi. Sudin amat terkejut apabila
mengetahui bahawa kononnya dialah yang menjadi menyebab Gayah lari dari kampung. Kini,
dia sudah mendapat jawapan mengapa ayahnya begitu marah terhadapnya. Imam Saad bergegas
balik setelah diminta oleh Mak Minah. Pada mulanya, timbul ketegangan apabila Imam Saad
bertanya tentang khabar angin yang didengarnya bahawa anaknya, Sudin yang menyuruh Gayah
lari dari rumah dan berjanji akan mencari kerja di Kuala Lumpur nanti, tetapi Sudin
menyangkalnya dan tidak menafikan bahawa dia memang mempunyai hati terhadap Gayah sejak
dahulu lagi. Sudi juga mempersoalkan mengapakah ibu dan ayahnya begitu yakin tidak diterima
oleh keluarga Gayah sedangkan mereka berlumpun mencuba untuk merisik. Akhirnya, Imam
Saad menceritakan bahawa bukan mereka tidak mahu meminang Gayah, tetapi keturunan mereka
iaitu daripada moyangnya Lebai Maali, seorang ahli agama dan dihormati dikatakan telah
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
8/33
menderhaka kepada Orangkaya Datuk Indera Mat Saman, keturunan kekasihnya apabila tidak
membenarkan orang kampung menuntut bela orangkaya tersebut. Walau bagaimanapun, Imam
Saad tidak melarang sekiranya Sudin berkahwin dengan Gayah setelah mereka sama-sama
menjanda dan menduda hampir sepuluh tahun, tetapi perkahwinan tersebut biarlah dengan
kerelaan keluarga Penghulu Mahmud serta dapat menghapuskan permusuhan dan dendam
terhadap keluarga mereka. Baginya perkahwinan mestilah menghubungkan silaturrahim, bukan
merenggangkan.
BAB 13
Yang Berhormat Muhd. Yusuf dan Jahid telah melawat Sudin di hospital kerana terlibat dalam satu
kemalangan pukul curi.Sudin mengetahui bahawa kemalangan yang dialaminya adalah angkara Mat
Akil dan kawan-kawannya yang menjadi samseng di Kampung Pulai.Mereka berguru dengan
Pendekar Omar iaitu seorang guru silat dari kedah yang telah membuka gelanggang persilatan di
Kuala.Pendekar Omar selalu mencabar orang-orang yang dijumpainya terutamanya orang2 yang
bergiat dalam Persatuan Pemuda.
Sudin juga mengesyaki bahawa Mat Akil lah yang telah memfitnahnya,kononnya dia telah
melarikan Gayah kerana dia tahu Mat Akil juga menaruh hati pada Gayah .Ini terbukti pabila setiap
kali Gayah berada di Pekan Tualang atau Pekan Kuala,Mat Akil dan kawan-kawannyajuga ada di
situ.Namun Begitu ,Sudin tidak mahu melaporkan kejadian kemalangan tersebut kepada polis
kerana dia tidak mempunyai bukti yang kukuh.
Sudin juga hairan,apabila YB MY bersama Jahid yang datang melawatnya bukan bersama Tauke
Chan .Tauke Chan telah bersetuju dan memberinya wang kempen untuk dia memulakan
rancangannya menghasut penduduk yang menumpang di tanah Tuk Penghulu Mahmud supaya
memberontak meminta hak milik .Dia juga hampir berjaya memujuk TPM supaya menjualkan
tanahnya di Jeram Medang kepada Tauke Chan.Namun, kehadiran Jahid bersama YB MY
menimbul perasaan was-was pada Sudin tentang rancangan mereka dahulu bersama TC.
Walau bgaimanapun,Sudin sedar mungkin YB MY telah dipujuk oleh Encik Muhammad melalui
Jahid.Sudin mengandaikannya kerana dia tahu sikap YB MY yang bijak mempergunakan orang lain
untuk kepentingan diri dan politiknya sahaja.
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
9/33
BAB 14
En.Muhammad Bin Idris melakukan sembahyang sunat syukur dan sunat tahajjud memohon
petunjuk dan hidayat ,taufik dan bimbingan untuk kejayaan usahanya mengendalikan Syarikat
Lombong Lembah Tualang yang baru ditubuhkan.Dia juga cuba membuang prasangka buruk
terhadap En.Tan yang tiba-tiba ingin menjadi Pengarah Urusan Perusahaan Lombong tersebut.
Berdasarkan pelan perusahaan Lmbong yang akan di usahakannya itu ,melibatkan satu kawasan
yang luas,iaitu sepanjang Sungai Tualang.Kebanyakannya hutan kecil tetapi termasuk juga
Kampung Pulai yang mengandungi kira-kira 150 buah rumah,sedikit sawah,dan kebun getah.Akan
tetapi,dia mengalami dilema,tersepit antara rasa kemanusiaan dan prinsip untuk menjayakan
rancangannya.Bagi memastikan kejayaan perusahaan lombong tersebut ,dia terpaksa mencari jalan
supaya dapat membeli beberapa kawasan tanah penduduk kampung dan bagaimana memujuk
penduduk kampung agar berpindah ke rancangan FELDA yang di usahakan oleh YB MY.
Akhirnya,dia mendapat satu jalan iaitu dengan mengambil hati penduduk Kampung Pulai
.Pengisytiharaan pelantikan abangnya,Penghulu Mahmud menyandang gelaran Datuk Orang Kaya
Indera oleh Duli Yang Maha Mulia yang akan di jalankan di Kampung Pulai,akan menjadi satu
penghormatan dan kemegahan kepada penduduk kampung dan seterusnya dapat dipujuk untuk
berpindah.
BAB 15
Mat Akil ke Kuala Lumpur untuk mencari Gayah.Dia akan meminta bantuan kawannya,Kasim yang
sedang bekerja di Kuala Lumpur.Kasim adalah anak saudara En.Muhammad .Dia teringat peristiwa
dia bersama Kasim sewaktu bekerja sebagai penjaga kereta di Kuala Lumpur dahulu,tetapi dia
tertangkap dan dipenjarakan selama 3 hari.Selepas itu,dia kembali semula ke kampung.
Mat Akil berasa puas kerana berjaya menyekat langkah Sudin yang menjadi saingannya
untuk mendapatkan Gayah.Sudin yang
dicederakannya masih menerima rawatan di hospital.Dia amat yakin Sudin tidak akan diterima oleh
keluarga Gayah lagi kerana seluruh penduduk kampung percaya Sudin bukanlah orang baik.
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
10/33
MA teringat sahabatnya, Minah yang diperkenalkannya kepada Mr. Wong .Oleh itu, dia bercadang
untuk menemui minah dan Mr. Wong untuk mengharapkan sedikit hiburan.Dia kemudian bertemu
dengan Ali ,seorang atendan pemungut sewa letak kereta, dan Ali memberi tahu bahawa Kasim
sudah berhenti berkerja. Ali kemudian membawa dia kerumahnya untuk bertemu dengan Atan yang
tahu di mana Kasim bekerja sekarang.Melalui Atan dia mengetahui bahawa Kasim kini bekerja
drebar kereta kepada seorang orang besar Melayu.
Esoknya, sebelum sempat MA bertemu dengan Kasim untuk menabur fitnah tentang Sudin,dia
terlihat Sudin bersama Jahid turun dari kereta yang dipandu oleh Kasim.Namun,dia meneruskan
hasrat untuk bertemu kawan lamanya itu .Daripada Kasim , dia mendapat tahu bahawa kawannya
itu sudah dua bulan bekerja dengan pak sunyu iaitu Encik Muhammad setelah drebar lamanya ,Ali
dilantik menguruskan kebun orkit Mak Sunyu di Jeram Medang.
BAB 16
Dalam kepala Mat Akil masih terbayang kembali kejadian di KL dua bulan yang lalu .Dia terkejut
dan amat kecewa apabila mengetahui Sudin sudah bekerja dengan En.Muhammad .MA tidak dapat
menerima hakikat bahawa Sudin berjaya juga berkhawin dengan Gayah yang dikatakan lari dari
rumah tetapi sebenarnya pergi ke rumah En.Muhammad, Pak Sunyu di KL.Justeru, MA cuba
menggagalkan perkhawinan Sudin dengan mengupah seorang (budak) untuk membocorkan tayar
bas yang akan dinaiki oleh rombongan sudin ke Kuala Lumpur.tetapi budak tersebut hanya
melepaskan angin tayar sahaja.
Kegagalan rancangan itu menyebabkan seorang daripada kawannya mencadangkan agar mereka
membuat huru-hara di Kampung Pulai,iaitu dengan membakar kedai Pak Salim.Mat Akil tidak
bersetuju kerana Pak Salim bukan musuh mereka.
Kemarahan Mat Akil terhadap Sudin bertambah apabila Pak Alangnya sendiri memuji-muji tentang
kebaikan Sudin.Oleh itu,dia merasakan punca kecelakaanya sejak kecil sampai dewasa disebabkanoleh Sudin yang telah menjadi saingannya sejak kecil.
Petang itu,ketika kawan-kawannya sedang tidur,MA balik kerumah mencuri duit tabung Mak
Alangnya dan menceroboh rumah Imam Saad.Lantas dia membuang najis di atas cadar tilam
pengantin di bilik pengantin.
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
11/33
BAB 17
Rumah Besar kepunyaan En.Muhammad meriah dan penuh gemerlapan. Semua keluarga
En.Muhammad jauh dan dekat berkumpul untuk memeriahkan upacara pernikahan Sudin dan
Gayah.YB MY lah yang telah mencadangkan agar Gayah dikahwinkan dengan Sudin.En.M
menerima cadangan tersebut kerana melalui perkahwinan tersebut memudahkan lagi strateginya
untuk memenangi hati orang kampung terutamanya mereka yang berpengaruhi di Kampung
Pulai.Dia juga berharap kesan-kesan persengketaan keluarganya dengan keluarga Imam Saad
akan terpadam.Strategi ini sebenarnya telah di atur sejak awal lagi apabila YB MY dan Jahid datang
melawat Sudin ketika di Hospital untuk memperlihatkan tanda-tanda awal penerimaan keluarga
Penghulu Mahmud terhadap keluarga Imam Saad.
Dalam majlis tersebut,En.M sengaja memperlihatkan keramahan dan kemesraan yang berlebih-
lebihan terutama terhadap Imam Saad dan Tuk Empat Dahlan walaupun dia sedar bahawa dia
seperti sedang berlakon. Walau bagaimanapun,dia tidak berniat jahat apabila ingin memiliki tanah
orang Kg.Pulai untuk dilombongkan kerana mereka akan diberi pampasan yang setimpal serta
bantuan.
BAB 18
Sudin menerima jawatan penting iaitu sebagai Pegawai Perhubungan Raya dalam Syarikat
Lombong Lembah Tualang.Tugasnya bermula dengan menjadi pengerusi untuk menguruskan dan
menyelenggarakan perayaan menyambut lawatan Duli Yang Maha Mulia Sultan ke Kampung Pulai
untuk mengisytiharkan perlantikan Penghulu Mahmud menyandang gelaran Datuk Orang kaya
Indera.Sebenarnya pengurusan dan penyelenggaraan perayaan sambutan itu di laksanakan di
bawah arahan pengerusi Syarikat Lombong Lembah Tualang.Oleh itu,Pegawai Dearah telah
bersetuju supaya Jawatankuasa Kemajuan Kampung melantik beberapa orang daripada PenghuluMahmud terlibat dalam Jawatankuasa Perayaan tersebut.
Sudin di lantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perayaan oleh Jawatankuasa Kemajuan
Kampung yang di pengerusikan oleh Tuk Empat Dhlan.Jahid menjadi Setiausaha, Pak Salim pula
bertindak sebagai Bendahari yang juga Bendahari Jawatankuasa Kemajuan Kampung,Tuk Empat
Dahlan dan Imam Saad sebagai penasihat,semantara Tuan Pegawai Dearah sendiri sebagai
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
12/33
penaum.Jamalu ddin pula di lantik sebagai salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa.Nama Mat
Akil dan kawan-kawannya juga telah di masukkan kedalam senarai Ahli Jawatankuasa Kecil
perayaan atas nasihat Encik Mohammad dan ayahnya dengan tujuan ingin memikat hati dan tidak
terus menyisihkan mereka selain Sudin sendiri bertujuan untuk menjatuhkan Mat Akil.Penghinaan
MA terhadap keluarganya dengan menajisi cadar pengantin tidak dapat dimaafkan .Di samping itu
,Sudin juga sedar bahawa Mat Akil juga mempunyai hak tanahnya di Kampung Pulai dan juga anak
saudaranya kepada anak Tuk Empat Dahlanyang berpengaruh.Oleh itu,hati MA perlu di tawan untuk
tidak menimbulkan punca persengketaan dan seterusnya menyukarkan rancangan Pak Sunya,iaitu
EN.M.
Untuk memudahkan kerjanya,Sudin membuka pejabatnya dengan menyewa sebuah bilik di
sebuah rumah kedai di Pekan Tualang sebagai wakil YB MY.Sudin juga sedar setelah berumah
tangga ,dia harus mula merancang tentang masa depannya.Untuk itu,dia mesti Berjaya memenangi
hati penduduk Kampung Pulai dan memastikan kejayaan Syarikat Lombong Lembah Tualang.
BAB 19
Mahani kembali berutus surat dengan Rahim sejak peristiwa surat bersejarah itu.Rahim juga
mengutus surat kembali kepada Mahani tetapi lebih menyentuh rancangan ayahnya yang ingin
melombong kg .Pulai .Justeru,Rahim dalam surat-suratnya membantah rancangan ayahnya yang
hendak membeli tanah di Kampung Pulai dan menghalau orang kampung.Dia beranggapan
bahawa penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang oleh ayahnya itu satu penganiayaan
kepada penduduk Kampung Pulai.
Surat Rahim juga meninggalkan persoalan kepada Mahani.Justeru untuk mengetahui perkara
sebenarnya sebelum Rahim pulang dan berkonfrontasi dengan ayah ,dia bercadang untuk
mengetahui perkara sebenarnya daripada Jahid sendiri tentang keadaan sebenarnya Projek
Syarikat Lombomng Lembah Tualang itu.
BAB 20
Sudin yang tiba di kedai Pak Salim dengan segulung risalah telah dapat meredakan Mat Akil dan
kawan-kawannya serta Kemat Jerangkung daripada pergaduhan yang berpunca daripada khabar-
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
13/33
khabar angina tentang perpindahan mereka ke rancangan FELDA.Sudin menyuruh Mat Akil dan
kawan-kawannya mengedarkan setiap risalah kepada semua penduduk kampung yang meminta
seluruh orang kampung hadir sebelum sembahyang jumaat untuk mendengar penerangan tentang
perpindahan mereka ke rancangan FELDA.
Walau bagaimanapun,penduduk kampung belum mengetahui bahawa kampung mereka akan di
lombongkan kerana mereka hanya di beritahu tentang perpindahan mereka ke tanah rancangan
FELDA dengan tujuan untuk mengubah taraf hidu mereka yang rata-ratanya hidup dalam keadaan
miskin.Namun begitu,Sudin yang diberi tanggungjawab untuk memujuk hati penduduk kampung
sedar bahawa dia harus memastikan seluruh penduduk kampung bersetuju untuk berpindah
.Selepas semuanya bersetuju , barulah Syarikat Perlombongan Lembah Tualang diberitahu sebagai
syarikat yang akan membantu membeli tanah mereka dan memberikan sagu hati kepada mereka
yang tidak mempunyai tanah.
BAB 21
Suasana meriah dan riuh rendah di Surau Kampung Pulai yang akan menyambut kedatangan YB
MY untuk menerangkan tentang rancangan perpindahan mereka ke rancangan FELDA. Akan tetapi
, kehadiran EN.Muhammad dan Orang Kaya Datuk Indera Mahmud mengejutkan Sudin
kerana kehadiran merek tidak diberitahukan kepadanya .
YB MY memberi ucapan yang hanya menyentuh kebijaksanaan dan kemurahan hati
En,Muhammad.En.Muhammad pula memberikan ucapan yang juga memuji usaha YB MY
menaikkan taraf hidup penduduk Kampung Pulai.Seterusnya,keluarganya bersetuju memberikan
sagu hati kepada mereka yang mengerjakan tanah keluarganya serta dia sedang berusaha dengan
sebuah syarikat untuk membeli tanah penduduk kampung dan memberikan sagu hati kepada
mereka yang tidak mempunyai tanah.
Ucapan Pak Sunya itu melegakan Sudin yang pada mulanya agak kecewa dengan ucapan YBkerana tidak menerangkan kedudukan tanah-tanah dan mereka yang akan berpindah ke
rancangan menguruskan hal berkaitan dengan tanah-tanah orang kampung pulai.
Encik Muhammad kemudiannya berjumpa dengan sudin,meminta menantu saudaranya itu
memujuk ayahnya,Imam Saad menerima pelawaan menjadi imam di pekan tualang dan
menggalakkan Tuk Empat dahlan memohon jawatan penghulu di Pekan Tualang.
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
14/33
BAB 22
Encik Muhammad dalam pejalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kampung Pulai hairan degan
Datuk Tan yang tidak setuju dengan cadangannya untuk berkerjasama dengan sebuah syarikat
Inggeris dalam syarikat Lombong Lembah Tualang .
En.Muhammad juga terus mengatur strategi untuk memudahkan rancangannya memindahkan
orang-orang kampung dengan cara yang halus agar tidak wujud sebarang punca penentangan
yang mungkin akan maeyukarkan atau menggagalkan rancangannya. Oleh itu , dia cuba
mamberikan tumpuan kepada mereka yang berpengaruh seperti Tuk Empat Dahlan ,Imam Saad
,dan Pak Salim agar tidak timbul sebarang ketidakpuasan hati daripada mereka. Oleh itu , tugas
untuk memujuk mereka telah diberikan kepada Sudin .
Di rumah ,En.Muhammad menerima sepucuk surat daripada anaknya,Rahim .
BAB 23
Sani,sahabat Sudin meminta bantuannya untuk meyakinkan pihak finance agar dia dapat
membuat pinjaman untuk membeli kereta dan dicagarkan kepada seorang saudagar untuk
menampung hutang yang lain.Akan tetapi,rancangan itu tidak di setujui oleh Sudin kerana
memgikut pelagamannya sebagai broker,pekerjaan Sani itu tidak akan melepas kan dirinya terus
daripada bebanan hutang.Oleh itu ,Sudin memcadangkan agar sahabatnya itu berhenti daripada
mengadi broker dan dia akan membantunya.
Sudin kemudian berjumpa dengan Pak Sunya untuk membincangkan perkara Sani yang
merupakan anak Imam Pekan Kuala yang memang ada dalam muslihat mereka untuk dibersarakan
agar tempat kosong itu dapat diganti oleh Imam Pekan Tualang dan seterusnya Imam Saad dapat
mengisi kekosongan Imam Pekan Tualang .
Muslihat Sudin ialah menawarkan Sani satu perjanjian hutang cagaran gerai tanah ayahnya diPekan Kuala dan mencari pekerjaan tetap untuknya.Tetapi Pak Sunyu pula mencadangkan agar
perjanjian itu diubah hanya dengan membuat perjanjian berhutang dengan jaminan YB MY agar
muslihat mereka tidak terbongkar.
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
15/33
BAB 24
Sementara itu, Jahid dan Mahani berbincang tenteng Rahim yang akan pulang dari England dan
ditawarkan bekerja di Syarikat Lombong Lembah Tualang . Namun sebaliknya, setahu Mahani
,Rahim membantah rancangan ayahnya membeli tanah Kampung Pulai untuk tujuan perlombongan
. Dia beranggapan kerja ayahnya itu adalah satu penganiayaan terhadap orang Kampung
Pulai,tetapi perkara ini tidak diceritakan kepada Jahid.
Sebaliknya ,perbualan dengan Jahid itu digunakan oleh Mahani untuk mencungkil rahsia
penerimaan penduduk Kampung Pulai tentang rancangan melombong tanah kampung mereka
yang mungkin dapat diberitahu kepada Rahim nanti .Walaubagaimanapun ,Mahani masih keliru
untuk meletakkan kedudukannya untuk menyokong tindakan Rahim atau En.Muhammad.
BAB 25
Mahani telah di beritahu bahawa rombongan daripada keluarga Datuk Indera Mahmud berhasrat
hendak meminangnya .Berita itu menyebabkan Mahani terkejut dan resah kerana dia tidak pasti
sama ada Rahim atau Jahid yang akan meminangnya.Setelah di jelaskan bahawa yang akan
meminangnya ialah Rahim ,Mahani tetap resah apabila tidak pasti pula adakah dia mencintai
Rahim dan begitu juga dengan Rahim.
Lantaran itu ,dia telah meminta Walid dan uminya memberi tempoh 24 jam untuk dia memberikan
jawapannya.Suasana itu menyebabkan uminya,Syarifah Muinah gelisah tetapi sebaliknya ayahnya
yakin bahawa anak perempuan tunggalnya itu dapat membuat keputusan yang matang.
Bab 26
Suasana rumah Tan Sri Syed Aris terang-benderang bermandikan cahaya kerana waktu selepas
isyak nanti akan diadakan kenduri menerima pinangan daripada Encik Muhammad. Pertunangan
antara Rahim dan Mahani akan diisytiharkan. Mahani tidak mahu majlis pertunangannya diadakansecara besar-besaran. Begitu juga dengan majlis perkahwinan dan Mahani telah membantah
cadangan ibunya yang hendak mengadakan majlis besar-besaran. Mahani bersetuju dengan
pinangan tersebut setelah mendapat jawapan telegram daripada Rahim dengan tiga patah
perkataan sahaja iaitu " I LOVE YOU ". Empat hari selepas telegram itu, Mahani telah menerima
sepucuk surat ekpress daripada Rahim menyatakan perjuangannya menentang Tauke Besar
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
16/33
MUHAMMAD Bin datuk Indera Idris iaitu bapanya dan konco-konconya. Mahani terseret sama untuk
merealisasikan perjuangan bakal suaminya itu tetapi tidak menjadi penderhaka kepada orang
tuanya itu
Upacara pertunangannya berjalan dengan lancar dan teratur. Encik Muhammad telah memberi
cuti selama seminggu kepada Mahani. Pada keesokkannya selepas makan, Mahani ke rumah Datuk
Tan. Ada sesuatu yang hendak diketahuinya daripada Datin Tan. Datin Tan merupakan salah
seorang pengarah Syarikat Lombong Lembah Tualang dan sudah tentu banyak tahu hal syarikat
tersebut. Mungkin ada maklumat yang berguna untuk diselitkan dalam surat yang akan dituliskannya
kepada Rahim malam nanti.
Bab 27
EncikMuhammad bersyukur kerana usahanya menyatukan Rahim dan Mahani telah berjaya. Dia
juga terkejut dengan kandungan surat terakhiryang diterima daripada Rahim yang mempunyai
pemikiran yang agak ganjil. Dia sedar bahawa Rahim tidak tahu hakikat hidupdan harus belajar
banyak lagitentang teori-teori pembangunan ekonomi. Oleh itu, Encik Muhammad tidak hairan
punca Rahim belum menjawab surat rasmi daripada Datuk Tan yang menawarkan kerja sebagai
Pegawai Pengurus Dagang Syarikat Lombong Lembah Tualang.
Sudin menghubungi Encik Muhammad dan dia diminta oleh Encik Muhammad menunggunya di
sebuah restoran dan membawa Jahid bersama. Pada masa yang sama Yang Berhormat Muhd
Yusuf juga in gin berjumpa dengan Encik Muhammad. Encik Muhammad menjangka mereka tentu
berhadapan dengan masalah orang Kampung Pulai. Ketika itu, fikirannya terganggu. Kalau memang
masalah yang sama tidaklah berat benar untuk diselesaikan tetapi kalau masalah mereka berlainan,
tentu panjang ceritanya. Dua masalah memerlukan dua tindakan. Makin banyak tindakan makin
rumit dan makin sukar jadinya nanti.
Bab 28
Perkahwinan Rahim dan Mahani telah disepakati oleh kedua-dua belah pihak dan akan
dilangsungkan pada akhir bulan September. Encik Muhammad berasa lega kerana tempoh tersebut
memberi kesempatan kepadanya menyelesaikan perkara yang baru berbangit di Tualang sebelum
Rahim pulang.
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
17/33
Sudin dan Jahid melaporkan kejadian menjahanamkan ladang orkid Cik Puan Tipah di
Jeram Medang. Yang Berhormat Muhd Yusuf pula melaporkan kejadian perkelahian hebat di Pekan
Kuala. Antara yang terlibat ialah Ali, pengelola ladang orkid Cik Puan Tipah. Kedua-dua kejadian itu
berlaku kejadian itu berlaku serentak dan melibatkan Ali.
Kejadian itu dikaitkan dengan beberapa sebab iaitu yang pertama, Pendekar Omar yang
berkelahi dengan Ali yang menjadi penyokong kuat bagi sebuah parti manakala Ali pula menjadi
orang kuat pemuda parti di Pekan Tualang. Kedua, ada hubungannyadengan kegiatan kempen
minta bersarakan imam tua di Pekan Kuala dan menaikkan Imam Saad menjadi imam di Pekan
Tualang.
Encik Muhammad meminta peguam syarikatnya, Shahril supaya membela Ali dalam kedua-
dua kes tersebut. Dia meminta peguamnya menyaman pihak yang membinasakan ladang orkid
itu.dan mengelakkan perkara itu dikaitkan dengan soal-soal politik. Selain itu, Shahril diminta
menjalankan penyiasatan yang menyuruh terhadap kes punca itu. Dia juga telah meminya Yang
Berhormat memberikan kerjasama kepada peguamnya
Bab 29
Mahni memikirkan sikap Rahim yang masih berkeras kepala dengan ayahnya dan dia tahu
harapan Encik Muhammad dan Cik Puan Tipah agar dia dapat melembutkan Rahim. Kesedaran
Mahani terhadap nasib penduduk Kampung Pulai semakin terasa apabila dia berkunjung ke
kampung itu sabtu lalu. Dia berpendapat penduduk Kampung Pulai memang patut diberi
pertolongan untuk memajukankehidupan mereka.
Encik Muhammad menjalankan temu duga untuk memilih pekerja baru untuk menampung
urusannya yang semakin bertambah banyak semenjak menjadi Pengerusi Syarikat Lombong
Lembah Tualang yang baru ditubuhkan. Dua orang yang dipilih iaitu Saadiah, bakal menjadi kerani
dan Azliah, memegang jawatan penolong setiausaha kerana mempuyai diploma kesetiusahaan.
Cik Puan Tipah dan peguamnya diminta datang ke pejabat bertemu Encik Muhammad
berbincang berhubung dengan masalah ladang orkid di Jeram Medang. Orang lain tidak dibenarkan
menganggu perbincangan mereka. Situasi itu menimbulkan tanda tanda tanya kepada Mahani.
Siapakah yang sebenarnya yang mengkhianati kebun orkid Cik Puan Tipah. Pada fikirannya sebab
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
18/33
itu bukan datang daripada Encik Muhammad atau Cik Puan Tipah kerana orang Kampung Pekan
Tualang semuanya menghormati keluarga Datuk Indera.
Setelah perbincangan itu selesai dan peguam itu balik. Encik Muhammad mengajak Mahani
makan di luar bersama dia dan Cik Puan Tipah.
Bab 30
ENcik Muhammad, isterinya dan Mahani telah singgah makan di restoran. Encik Muhammad
selalu membawa tetamunya makan tengahari di situdan dia juga ada syer 20%dalam restoran itu.
Mereka telah memesan steak dan air limau. Semsa makan Encik Muhammad mengambil
kesempatan bercakap tenteang Rahim dan berharap Mahani dapat "menjinakkan " sifat
pembangkang yang ada dalam jiwa Rahim itu. Encik Muhammad menganggap Rahim dan Mahani
anak melayu yang dibesarkan dalam kalangan masyarakat melayu tetapi dia bukan orang melayu
yang tulen kemelayuannya. Rahim dan Mahani merupakan anak kota, anak masyarakat
cosmopolitan yang tidak mengerti akan masyarakat melayu. Bagi Encik Muhammad, masyarakat
melayu sampai ke hari ini masih bukan masyarakat kota, bukan masyarakat industri dan dagang.
Mahani menceritakan antara perkara yang dibinangkan dengan Rahim dalam surat-surat
mereka ialah tentang anak. Rahim juga belum mahu menerima tawaran Syarikat Lombong Lembah
Tualang untuk menjadi Pegawai Pengurusan Dagang dan Perusahaan kerana menganggap syarikat
itu kelak akan menganiayai orang Kampung Pulai. Syarikat Lombong Lembah Tualang pula
bukanlah bergantung kepada Rahim dan kegiatan itu perlu untuk pembangunan ekonomi orang
melayu. Syarikat itu akan tetap membeli tanah orang kampung Pulai dan kalau Rahim berkeras
menetang kemungkinannya Rahim akan diketepikan begitu saja.
Bab 31
Sani telah menetap di kampung kelahirannya, Pekan Kuala. Ayahnya telah berhenti daripada
menjadi imam kerana dia telah bersetuju menetap di situ. Dia juga telah ditawarkan oleh Yang
Berhormat Muhd Yusuf untuk menjadi wakilnya di beberapa buah kampunghingga ke wilayah Pekan
Tualang menggantikan Sudin yang akan menumpukan pekerjaannya sebagai pegawai perhubungan
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
19/33
dalam Syarikat Encik Muhammad. Pada awalnya dia ragu-ragu untuk menerima jawatan tersebut
tetapi setelah menerima nasihat daripada Sudin, fikirannya berubah.
Sani juga ingin membalas budi Yang Berhormat Muhd Yusuf kerana membatalkan aduan
orang ramai terhadap ayahnya dan berjaya memujuk ayahnya supaya berhenti dengan sukarela.
Yang Berhormat juga telah menjamin pinjaman wang dengan Encik Muhammad kepadanyha tanpa
dikenakan bunga.
Sani mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat bahawa ayahnya itu selalu sakit dan
telah dinasihati oleh doktor supaya memohon bersara.Ksihatan ayahnya itu menganggu tugasnya
sebagai imam dan sering menimbulkan masalah kepada orang kampung. Oleh itu, Imam Saad akan
dilantik menjadi imam dan ditempatkan di Pekan Tualang manakala penduduknya akan dipindahkan
ke sebuah rancangan FELDA.
Bab 32
Sudin terpaksa berhadapan dengan sikap Pak Salim yang membantah rancangan
perpindahannya ke rancangan FELDA. Sudin cuba memujuk Pak Salim supaya kembali kepada
persetujuan yang diberikannya seminggu yang lalu tetapi gagal. Sudin kemudiannya beredar ke
kedai Pak Salim dan meminta supaya memberitahu perubahan tempat perjumpaan bersama
Penolong Pegawai Daerah dan Pegawai Felda setelah Pak Salim tidak membenarkan kedainya
dijadikan tmpat perjumpaan tersebut.
Semasa dalam perjalanan ke Pekan Tualang, Sudin telah menumpangkan Mat Akil dan
kawan-kawannya. Sudin mendapat tahu punca yang menyebabkan Pak Salim meradang. Pak Salim
kecewa kerana Tuk Empat Dahlan dapat menjadi penghulu dan dapat rumah di Pekan Tualang
tanpa perlu mengikut ke rancangan FELDA manakala Imam SAAd pula dilantik sebagai imam
kerajaan dan dapat tanah ganti tanah wakaf surau itu di Pekan Tualang. Tinggal dia seorang sahaja
orang tua yang terpaksa ikut anaknya ke FELDA.
Sudin ke rumah Datuk Indera Mahmud untuk berjumpa dengan Yang Berhormat Muhd Yusuf
dan Encik Muhammad. Mereka sedang rancak berbincang tentang rancangan memindahkan
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
20/33
penduduk Kampung Pulai ke FELDA. Sudin melaporkan tentang masalah yang dihadapinya dengan
Pak Salim. Yang Berhormat Muhd Yusuf akan bertemu dengan Pak Salim dan berjanji untuk
mendapatkannya sebuah tapak kedai sebagai jalan penyelesaian.
Bab 33
Pengumuman kewujudan Syarikat Lombong Lembah Tualang untuk membeli tanah orang
kampung oleh Encik Muhammad telah mendapat tentangan daripada Jamaludin dan pemuda
berjubah. Mereka beranggapan tujuannya semata-mata untuk mengusir penduduk Kampung Pulai.
Di samping itu, pembinaan hotel peranginan di Jeram Medang akan membawa kepada masalah
judi, arak dan zina ke daerah itu. Peristiwa ini merupakan tamparan yang hebat kepada Encik
Muhammad.
Yang Berhormat Muhd Yusuf dan Sani telah berjaya memujuk Pak Salim menjual dan
berpindah ke FELDA. Pak Salim juga dijanjikan untuk mendapat kemudahan rumah kedai di
rancangan itu kelak. Dia juga telah berjanji memastikan anaknya, Jamaludin tidak akan membantah
rancangan itu lagi. Yang Berhormat Muhd Yusuf telah mencadangkan supaya kunjungan Penolong
Pegawai Daerah ditangguhkan tetapi tidak dipersetujui oleh Encik Muhammad.
Encik Muhammad telah mendapat laporan daripada peguamnya berhubung dengan
pergaduhan di Pekan kuala dan pengkhianatan di kebun orkid Jeram Medang. Dia kemudiannya
keluar untuk bertemu dengan Datuk Tan berbincang berhubung dengan perkara tersebut. Dalam
hatinya, Encik Muhammad tetap bertekad bahawa operasi prlombongan Kampung Pulai serta
operasi pemindahan orang Kampung Pulaike rancangan FELDA tidak boleh dihalangi oleh anasir-
anasir fanatik.
Bab 34
Semasa pertemuan dengan Datuk Tan timbul cerita tentang Mary iaitu bekas setiausaha
Encik Muhammad yang datang berjumpa dengan Datuk Tan untuk mencari pekerjaan. Encik
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
21/33
Muhammad tidsk lagi berminat untuk mengambil tahu tentang Mary kerana menganggap hal-hal
dahulu telah berlalu dan yang perlu dihadapi ialah urusan Syarikat Lombong Lembah Tualang.
Encik Muhammad menunjukkan laporan peguamnya kepada Datuk Tan dan membuat
kesimpulan bahawa anak-anak muda yang melakukan perbuatan jahat itu sebenarnya diupah untuk
berbuat demikian oleh seseorang dan dia sedang mencari motif orang tersebut berbuat demikian.
Encik Muhammad mengesyaki Tauke Chan terlibat kerana ingin membalas dendam kepadanya
kerana telah mengagalkan rancangannya mahu berkongsi dengan abangnya mendirikan
perumahan di Pekan Tualang. Datuk Tan tidak bersetuju dengan pendapat itu kerana dia tahu
Tauke Chan tidak berani berbuat demikian. Datuk Tan pula mencadangkan supaya peguam itu
meneruskan siasatan.
Datuk Tan percaya sekiranya Kampung Pulai tidak dibeli operasi perlombongan dapat
diteruskan tetapi Encik Muhammad pula memikirkan nasib dan masa depan Kampung Pulai yang
akan dikelilingi tasik dan timbunan pasir bekas lombong. Oleh sebab itulah, dia mahu membela
nasib orang Kampung Pulai.
Bab 35
Mat Akil telah menerima upah daripada Sudin dan diingatkan supaya sentiasa memerhatikan
gelagat Jamaludin dan lebai Maarup. Mat Akil ke kedai Pak Salim mencari Lebai Maarup kerana
berani menuduh rancangan Encik Muhammad mendirikan hotel peranginan di Jeram Medang
debagai satu usaha ke arah maksiat. Mat Akil kemudiannya mengajak rakan-rakannya itu balik ke
pondok. Di pertengahan jalan, mereka terserempak dengan Mak Ngah dan Milah. Jamilah
merupakan anak murid Lebai Maarup.
Setibanya di pondok, Mat Akil membahagi-bahagikan wang upahan yang diberikan oleh
Sudin. Mat Akil masih bercerita tentang kegagalannya untuk memikat Gayah dan meminta maaf
kepada rakan-rakannya kerana tidak dapat membeli barang-barang yang mereka pesan dahulu ke
bandar mencari Gayah. Mereka juga sedar dengan perubahan yang berlaku antara mereka dengan
Sudin kerana sebelum ini pernah berlaku permusuhan.
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
22/33
Mereka berpisah dan berjanji akan berjumpa di tempat yang sama esok. Mat Akil terus ke
rumah Sudin dan itulah kali kedua dia ke rumah Sudin. Kali pertama dahulu dia telah dihalau oleh
Mak Minah. Dia sedar mak Minah dan Imam Saad sukar untuk memaafkannya tetapi kini dia bekerja
menolong Sudin sambil mendapat pula kesenangan mencari wang. Sekiranya Tuk Empat Dahlan
menjadi penghulu dia sendiri akan menjadi anak saudara penghulu. Mat Akil juga tidak menyangka
kedatangannya itu disambut baik tidak seperti dahulu.
Bab 36
Mat akil menyampaikan maklumat tentang Lebai Maarup kepada Sudin tetapi maklumat
yang disampaikan seringkali berubah-ubah. Lebai Maarup dikatakan ejen sebuah parti politik dan
asalnya anak Kampung Pulaitetapi telah lama meninggalkan kampung mengikut ibu bapa
berbendang ke Kuala Selangor, Tanjung Karang. Dia juga telah mengarahkan kawan-kawannya
memukul Lebai Maarup dan tentang Jamaludin pula dia berharap Pak Salim sendiri akan
menyelesaikan hal anaknya itu.
Mat Akil menasihati Pak Salim supaya meminta pertolongan Sudin untuk mendapat bantuan
membuka kedai di Pekan tualang atau Pekan Kuala. Man membawa berita tentang Lebai Maarup
yang diserang dan diminta berhenti mengacau anak bini orang. Mat Akil menyuruh Man pergi
mengaji dengan Lebai yang mengajar dua kali seminggu di Balai Raya Khas untuk budak-budak
muda dan membuat laporan kepada Imam Saad kononnya Lebai itu mengamalkan ilmu sesat.
Pak Salim telah bertemu Sudin untuk meminta pertolongan menangani masalah anaknya,
Jamaludin. Sudin berjanji akan menyelesaikannya. Sudin, MAt Akil dan kawan-kawannya ke Pekan
Tualang. Sudin sudah menyediakan laporan kepada Encik Muhammad tentang orang-orang
Kampung Pulai seperti juga orang di tempat lain ingin mengecap kesenangan dan kemewahan
hidup moden. Mat Akil dan kawan-kawannya berhasrat untuk joli di bandar apabila ibu dan ayah
mereka jual tanah. Sudin dan Gayah pula akan kembali ke Kuala Lumpur kerana tidak sesuai
menjadi peneroka. Oleh itu, dia akan berusaha menyelesaikan urusan pembelian tanah itu dengan
segera seperti kehendak Encik Muhammad.
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
23/33
Bab 37
Sudin tidak mempercayai laporan yang dibuat oleh Mat Akil kerana ayahnya sendiri melihat
kegigihan Lebai Maarup yang berani mencuba menarik kembali orang-orang muda ke jalan yang
benar. Lebai Maarup dikatakan ejen sebuah parti politik dan mungkin akan menjadi dalam pilihan
raya beberapa tahun lagi. MMat Akil juga akan mencederakan Lebai Maarup buat kali kedua supaya
meninggalkan Kampung Pulai. Sudin berusaha memerangkap Mat Akil dan membalas dendam
terhadapnya. Dia menghubungi Mat Jerangkung untuk menjadi saksi terhadap jenayah yang
dilakukan oleh mat Akil.
Sani melaporkan bahawa sikap Jamaludin dan Lebai Maarup menentang pembelian tanah
Kampung Pulai tidak ada kena mengena dengan politik Yang Berhormat Muhd Yusuf. Dia juga
mendapat tahu bahawa Pendekar Omar telah diupah oleh Tauke Chan untuk memukul pekerja-
pekerja kebun orkid dan memusnahkan kebun-kebun orkid tersebut melalui drebar Tauke Chan.
Sudin teringatkan keluhan ayahnya tentang akhlak orang muda di kampung itu yang telah
runtuh dan orang tua kini yang mengejar kebendaan dan kemewahan. Imam Saad tidak berjaya lagi
membetulkan keadaan dan mengharapkan orang seperti Lebai Maarup untuk menjalankan tugas
tersebut.
Jahid telah menyiapkan senarai nama orang-orang yang tidak bertanah dan menumpang di
tanah keluarga Datuk Mahmud supaya menyenangkan kerja Encik Muhammad. Sudin telah
mengambil keputusan untuk membawa Gayah ke Kuala Lumpur. Dia mengerti benar betapa
curangnya muslihat-muslihat yang dilakukan oleh Encik Muhammad tetapi dia tidak mampu
menentang kerana telah termakan budi termasuklah usaha mengahwinkannya dengan Gayah.
Sudin sedar sekiranya dia berjaya nanti dia akan mengikuti jejak langkah Encik Muhammad
dalam dunia dagang dan perusahaan dan kemungkinan dia akan mewarisi tipu muslihat yang tidak
jujur atau menjadi saudagar pertama yang bersifat jujur.
Bab 38
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
24/33
Pada pagi minggu itu, Encik Muhammad berada di dalam bilik kerja di rumahnya dan tidak
mahu diganggu. Dia mendapat tahu perkembangan terbaru di Kampung Pulai dan membatalkan
rancangannya ke kampung itu esok. Soal jamaludin ingin mendapatkan sebuah kedai di Pekan
Tualang bukanlah merupakan masalah yang besar baginya tetapi dia agak kecewa dengan
kemunculan Lebai Maarup yang mengeruhkan suasana.
Bab 39
Imam Saad mengadu kepada anaknya, Sudin bahawa Lebai Maarup dipukul orang pada
malam tadi. Lebai Maarup tahu siapa yang memukulnya tetapi dia tidak ada bukti. Hanya secara
batin sahaja dia dapat mengagak orang yang telah memukulnya itu. Lebai Maarup mahu
menegakkan keadilan dan ingin melihat pembalasan yang setimpal dilakukan. Walau
bagaimanapun, Lebai Maarup tidak mahu membawa perkara itu kepada polis kerana tidak ada
bukti.
Lebai Maarup telah meminta orang kampung ke balai raya pada pukul sembilan pagi kerana
ingin membongkarkan kes yang menimpa dirinya. Dia menerangkan punca yang menyebabkan dia
dipukul orang dan dia tidak akan melawan sekiranya dipukul lagi kerana dia tetap tidak akan
berhenti menyampaikan kebenaran, seruan Allah dan Rasul-Nya.
Sudin di jemput hadir sama dalam perjumpaan itu. Sebekum perjumpaan itu berlangsung dia
perlu berjumpa dengan Mat Akil dan kemat Jerangkung.Ini merupakan peluang terbaik untuk
membalas dendam terhadap Mat Akil. Dia kemudiannya ke Peka Kuala bertemu Yang Berhormat
Muhd Yusufuntuk bersama-sama bertemu Encik Muhammad di Kuala Lumpur.
Sudin juga dapat merasakan kekecewaan ayahnya tentang kemerosotan iman orang
Kampung Pulai dan Lebai Maarup yang cuba menyedarkan mereka pula telah dipukul. Dia berazam
untuk membantu ayahnya dan Lebai Maarup tetapi dia tidak akan menentang Encik Muhammad.
Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, yang Berhormat Muhd Yusuf meluahkan perasaan tidak
senangnya terhadap Lebai Maarup. Dia tidak mahu Lebai Maarup membangkitkan lagi apa yang
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
25/33
diucapkan kepada Encik Muhammad di masjid dahulu.Lebai Maarup baginya merupakan orang-
orang fanatik yang tidak pernah tahu selain daripada mengaji.Walau bagaimanapun,Sudin hanya
mendiamkan diri kerana tidak mahu rancangannya diketahui oleh sesiapapun.
Bab 40
Lepas subuh Lebai Maarup,Imam Saad,Bilal Endut dan Kemat Jerangkung tidak balik
kerana hujan lebat.Imam Saad cuba mencungkil rahsia peristiwa yang menimpa Lebai Maarup
tetapi dia enggan memberitahunya kerana ingin membongkarkannya dalam majlis perjumpaan di
balairaya nanti
Pagi itu di kedai Pak Salim menjadi tumpuan umum kerana mereka singgah dahulu minum
kopi dan berbual sebelum ke balairaya termasuklah Mat Akil dan kawan-kawannya.Orang Kampung
Pulai telah berkumpul di balairaya termasuklah dua orang luar yang tidak dikenali.Setelah Tok
Empat Dahlan berucap,Lebai Maarup memulakan ucapannya dengan salam, tahmid dan
selawat.Ketika Lebai Maarup cuba nmeneruskan ucapannya,Mat Akil dan kawan-kawannya telah
menganggu perjalanan majlis tersebut.
Mat Akil menuduh Lebai Maarup menyusahkan orang kampung dan berlaku kurang ajar
menuduh Encik Muhammad.Selain itu,Lebai Maarup dituduh menganggu anak bini orang.Lebai
Maarup menhadapi tuduhan tersebut dengan tenang dan dapat menjawab pertuduhan yang
dilemparkan ke atasnya.
Man tidak dapat menahan kesabaran lalu membaling batu tepat mengenai muka Lebai
Maarup.Suasana menjadi haru biru apabila Mat Akil pula cuba menikam Lebai Maarup tetapi
sempat dielak oleh Lebai Maarup dan terkena bahunya sahaja.Kemat Jerangkung berjaya
menangkap Mat Akil.Dua orang yang tidak dikenali itu sebenarnya anggota polis dan telah berjaya
menangkap kawan-kawan Mat Akil yang lain.
Bab 41
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
26/33
Setelah penat bekerja Encik Muhammad berehat di halaman rumahnya bersama Cik Puan
Tipah.Dia berasa lapar kerana masih belum bersarapan sepanjang hari.Cik Puan Tipah menyuruh
Mak Enon menghidangkan ikan baung gulai tempoyak kepada suaminya itu di luar rumah.Encik
Muhammad bercadang mengadakan kenduri dan menjemput Lebai Maarup membaca doa.Setelah
itu dia berbincang dengan Sudin dan Yang Berhormat Muhd Yusuf pada masa yang sesuai.
Bab 42
Lebai Maarup telah cedera parah dan dibawa ke hospital.Mereka yang menyaksikan
peristiwa itu diminta ke balai untuk memberi keterangan dan mungkin dipanggil menjadi saksi dalam
perbicaraan nanti.Sudin bertemu Yang Berhormat Muhd Yusuf di balai polis dan akan ke Kuala
Lumpur untuk menyampaikan berita tersebut kepada Encik Muhammad.
Sudin menjenguk Mat Akil dan kawan-kawannya di dalam lokap dan berjanji akan
mencarikan peguam untuk mereka.Walau bagaimanapun,hati Sudin puas kerana dia telah berjaya
membalas dendam terhadap Mat Akil.
Tok Empat Dahlan memohon maaf kepada Bilal Endut di atas perbuatan anak saudaranya
itu terhadap Lebai Maarup.Sudin bersyukur kerana kejadian itu tidak menimbulkan persengketaan
pula antara golongan tua di kampung itu.Imam Saad pula amat mengharap Lebai Maarup akan
menyertai rancangan FELDA untuk menjadi pemimpin agama kerana Lebai Maarup masih
muda,ada ilmu dan ada kemahuan untuk berkhidamat kerana Allah.
Bab 43
Encik Muhammad dan isterinya Cik Puan Tipah mengadakan jamuan makan malam
bersama Yang Berhormat Muhd Yusuf,Datuk Indera Mahmud,Sudin,Datuk Tan dan Datin Tan serta
Tan Sri Syed Aris dan Puan Sri Syarifah Mu'inah,Mahani danb peguamnya Shahril.Encik
Muhammad amat gembira kerana Lebai Maarup akan menjual tanah pusaka ayahnya dan
menyertai rancangan FELDA.iTan Sri Syed Aris pula menceritakan tentang Ladang Lada
Muhammad dan Tan yang akan dibuka secara rasmi.
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
27/33
Dalam majlis tersebut,Sudin berusaha merapati Mahani untuk mencungkil rahsia tentang
Rahim.Mahani menceritakan tentang kepulangan Rahim seminggu lagi dan tidak mahu
mengadakan majlis kenduri perkahwinan mereka secara besar-besaran.Sudin merasakan
langkahnya merapatkan diri denagan Mahani sudah berhasil dan selepas ini tidak sukar lagi
untuknya bercakap dengan Mahani mengenai Rahim.
Sebelum pulang,Sudin menerima arahan dari Encik Muhammad supaya berbincang dengan
peguam Shahril untuk membela Mat Akil dan kawan-kawannya itu tanpa memperlihatkan
perhubungannya dengan Mat Akil dalam kes tersebut.
Bab 44
Pegawai Daerah dan Pegawai FELDA datang ke balairaya Kampung Pulai untuk
memberikan penerangan tentang penempatan orang kampung itu ke rancangan FELDA.Turut
hadirv dalam majlis tersebut ialah Yang Berhormat Muhd Yusuf,Sani,Jahid dan Sudin.Ketika
memberikan ucapan,Sudin memuji kepimpinan Yang Berhormat Muhd Yusuf,sikap bertimbang rasa
dan baik hati Datuk Indera Mahmud serta keluarganya dan kemurahan hati Encik Muhd selaku
Pengerusi Syarikat Lombong Lembah Tualang.
Yang Berhormat Muhd Yusuf yang membuka jalan untuk orang kampung menyertai
rancangan FELDA.Datuk Indera Mahmud pula bersetuju memberi saguhati serta ganti rugi kepada
orang kampung yang menumpang di dalam tanah keluarganya.Manakala Encik Muhammad akan
membeli tanah orang kampung dengan harga yang tinggi.
Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur,Sudin singgah menjenguk Lebai Maarup di hospital dan
tidak lupa membincangkan tentang kedudukan tanah pusaka ayah Lebai Maarup itu.Dia mendapat
tahu bahawa Lebai Maarup berkelulusan SPM dan Sudin berjanji akan melawat Lebai Maarup pada
sebelah petang.
Sudin ke pejabat Encik Muhammad dan membincangkan tentang masalah Mat Akil dan
kawan-kawanya itu dengan peguam Shahril danurusan pembelian tanah orang Kampung
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
28/33
Pulai.Encik Muhammad juga diberitahu oleh Sudin bahawa tanah pusaka Lebai Maarup masih lagi
nama ayahnya.
Bab 45
Sudin pulang ke rumah setelah sehari suntuk menjalankan tugasnya.Dia dapat merasakan
perubahan ayahnya,Imam Saad setelah dilantik menjadi Imam Pekan Tualang.Ayahnya kini menjadi
seorang pendiam.Sudin teringatkan kata-kata Lebai Maarup yang meninggalkan kesan yang
mendalam di hatinya.Lebai Maarup tidak akan berhenti mengajak orang bertakwa kepada Allah.
Pada malam itu,Sudin tidak dapat tidur lena kerana fikirannya terganggu.Dia teringatkan
pertemuannya dengan Mahani dan cerita tentang Encik Muhammad akan berusaha menyedarkan
Rahim tentang cara dia bekerja kerana Rahim antara penghalang hasratnya itu.
Setelah bersarapan pagi,Sudin keluar untuk menyelesaikan urusan dengan Jahid dan
Sani.Kemudian dia ke pejabat menunggu telefon daripada peguam Shahril.Selain itu,dia akan ke
hospital melawat Lebai Maarup.Sudin juga menjangkakan mungkin ada di antara tanah di Kampung
Pulai tidak dapat dibeli dan mengharapkan kepulangan Rahim nanti akan dapat mengubah ayahnya
itu.
Bab 46
Seluruh ahli keluarga Datuk Indera Mahmud berkumpul di rumahnya untuk menghadiri
mesyuarat pembahagian sebahagian daripada harta keluarga Datuk Indera yang akan dibeli oleh
Syarikat Lombong Lembah Tualang seperti yang diiklankan dalam akhbar oleh peguam yang
menguruskan hal ehwal harta Datuk Mahmud. Mesyuarat dipimpin oleh peguam dan dibantu oleh
Tuan Kadi Wilayah Tualang yang bertanggungjawab membahagikan harta di kampung itu mengikut
faraid.
Selepas selepas penerangan peguam, majlis diserahkan kepada Datuk Indera Mahmud dan
Encik Muhammad. Sikap Encik Muhammad menjadi marah apabila melihat ahli keluarganya tidak
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
29/33
menghormati Datuk Indera Mahmud ketika dia sedang berucap. Encik Muhammad mewakili Datuk
Indera Mahmud meminta persetujuan ahli keluarganya mengenai pembahagian harta di Kampung
Pulai dan syarikatnya akan menawarkan harga yang tinggi untuk membeli tanah-tanah tersebut.
Enci Muhammad dikejutkan dengan pertanyaan Muhammad Alif Bin Abdul Karim waris
nombor sembilan yang mahu melabur dalam Syarikat Lombong Lembah Tualang dengan jumlah
harga tanah bahagian masing-masingdimasukkan sebagai saham. Pada awalnya Encik Muhammad
cuba memperlekehkan Muhammad Alif tetapi terkedu apabila mengetahui Muhammad Alif seorang
pensyarah di Universiti Malaya dan berkelulusan Sarjana Ekonomi dari London School Of
Economics, London.
Lepas zuhur, Encik Muhammad dengan Sudin ke Kampung Pulai untuk menziarahi Lebai
Maarup yang baru keluar dari hospital. Pertemuan itu diadakan di surau dan turut hadir ialah Imam
Saad dan Bilal Endut.
Lebai Maarup memang berhajat menemui Encik Muhammad bagi menerangkan hajatnya
untuk mewakafkan tanah pusakanya itu untuk keperluan agama. Encik Muhammad tidak bersetuju
dengan cadangan Lebai Maarup itu. Lebai Maarup tetap dengan pendiriannya itu kerana sebuah
surau diperlukan oleh pekerja-pekerja lombong dan setelah 15 tahun apabila perlombongan itu
selesai, bekas lombong itu dibangunkan juga dan memerlukan sebuah surau atau sebuah masjid
atau sekolah agama.
Encik Muhammad terpaksa mengalah dan akan cuba memikirkan cadangan Lebai Maarup
itu. Sudin dapat membayangkan kegembiraan wajah ayahnya kerana Encik Muhammad terpaksa
akur dengan keputusan Lebai Maarup itu.
Bab 47
Encik Muhammad balik ke Kuala Lumpur tanpa membawa Sudin bersamanya. Dia
mengarahkan Sudin membereskan urusan tanah dengan Lebai Maarup. Sudin juga akur dengan
cara Lebai maarup mengemukakan gagasannya kepada Encik Muhammad amat baik dan amat
munasabah. Encik Muhammad tidak dapat tunduk dengan cadangan Lebai Maarup kerana dia
seorang yang ego dan selalunya berjaya dalam tugasnya.
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
30/33
Lebai Maarup menasihati Sudin supaya bertenang dan sabar dengan sikap Encik
Muhammad kerana dua tiga hari nanti Allah akan melembutkan hatinya dan menenangkannya.
Sudin kembali ke pejabatnya pada keesokkan hari untuk menunggu telefon daripada
peguam Shahril. Sudin juga berhajat untuk menyertakan tanah wakaf ayahnya dalam gagasan Lebai
Maarup itu. Dia kemudian telah menerima panggilan telefon daripada Mahani bertanyakan peristiwa
yang berlaku di Pekan Tualang semalam yang menyebabkan Encik Muhammad cuti secara tiba-tiba
dan semua urusannya dibatalkan.
Sudin pula ingin bertemu dengan Mahani untuk berbincang tentang Rahim. Sudin
menceritakan tentang peristiwa yang berlaku di PekanTualang antara Encik Muhammad dan Lebai
Maarup. Sudin mengemukakan satu teori supaya Rahim mengikut kehendak ayahnya bekerja
dengan Syarikat Lombong Lembah Tualang.
Mahani bersetuju dengan teori Sudin kerana dia sendir sedang memikirkan jalan hendak
menolong Rahim memahami ayahnya dan dalam masa yang sama menolong Encik Muhammad
memahami anaknya. Dengan teori itu, Rahim tidak akan kalah kepada ayahnya itu. Walau
bagaimanapun,tidak akan menang seluruhnya.
Sebelum menunggu Rahim balik, Sudin menelefon peguam Shahril supaya menangguhkan
kedatangannya ke Pekan Tualang hingga minggu depan. Dia mengharapkan kepulangan
Rahimmembuka jalan yang memudahkan segalanya urusannya.
Bab 48
Mahani menuggu kedatangan Rahim di lapangan terbang. Perjumpaannya dengan Sudin
kelmarin membuka langkah baru untuk merapatkan jurang antara Rahim dengan ayahnya. Rahim
pulang bersama Robert dan mereka tidak memberitahu kepulangan mereka kepada ibu bapa
masing-masing.
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
31/33
Mahani mengajak mereka ke restoran untuk berbincang dan menerangkan rancangan itu.
Rahim bersetuju dan mengharapkan rancangan itu benar-benar boleh memberi kesan kepada
ketamakan ayahnya itu. Robert juga menasihati Rahim supaya bersetuju dengan rancangan
tersebut dan tidak menentang rancangan ayahnya itu. Rahim memberi syarat kepada Mahani
sekiranya rancangan tersebut berjaya mereka akan tinggal di kompleks dalam kampung yang
ditinggalkan itu.
Bab 49
Ana menerima panggilan daripada Rahim dan berlari memberitahu kepulangan abangnya
kepada ibunya, Cik Puan Tipah. Cik Puan Tipah menyampaikan berita gembira itu kepada suaminya
yang berada di bilik kerja. Mereka pergi ke lapangan terbang dan bertemu Datuk Tan dan Datin Tan
yang juga datang menjemput Robert.
Dalam perjalanan pulang mereka di hiburkan dengan gelagat Ana. Walau bagaimanapun,
Encik Muhammad kelihatan masih sugul ekoran peristiwa Lebai Maarup dua hari lepas. Sampai di
rumah, semua menghadap hidangan the yang disediakan oleh Mak Enon kecuali Encik Muhammad
yang terus ke dalam bilik kerjanya.
Mak Enon menghantar teh untuk Encik Muhammad dan diminta oleh tuannya itu untuk
memanggil Cik Puan Tipah masuk. Cik Puan Tipah kemudiannya memanggil Rahim masuk bertemu
dengan ayahnya itu. Dia dan Ana tidak dibenarkan mencampuri urusan mereka berdua didalam bilik
itu.
Cik Puan Tipah amat risau dengan Rahim dan suaminya yang berada dalam bilik itu. Dia
khuatir akan berlaku pertengkaran antara anak dan ayah kerana melihat karenah suaminya
semenjak dua hari lepas dan melihat kepada nada surat-surat Rahim selama ini. Akhirnya apabila
duara yang menusuk keluar dari bilik itu bertambah keras, dia masuk tetapi terbuka sahaja pintu dia
melihat kedua-duanya sedang gelak ketawa.
Rahim dan ayahnya ketawa mengenai cerita Robert yang ingin menjadi sami. Cik Puan
Tipah masih tidak berpuas hati dan ingin mendapatkan penjelasan daripada Rahim dan suaminya.
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
32/33
Rahim memohon beredar untuk mengemaskan barang-barangnya. Encik Muhammad menerangkan
kepada isterinya bahawa Rahim telah pun bersetuju untuk menerima jawatan yang ditawarkan oleh
Datuk Tan sebagai Pengerusi Pengurusan Lombong Lembah Tualang.
Bab 50
Rahim membahagi-bahagikan hadiah kepada ahli keluarganya termasuklah Mak Enon.
Selepas itu dia beredar ke rumah Mahani seperti yang dijanjikan di lapangan terbang tadi. Rahim
memberitahu Mahani bahawa rancangan mereka telah berjaya. Satu kompleks akan didirikan yang
mengandungi pejabat, bangsal pekerja, surau dan lain-lain. Dia juga memberitahu tentang
persetujuan untuk menerima tawaran menjadi Pegawai Pengurusan Pentadbiran dsan akan tinggal
di kompleks tersebut seperti yang dirancangkan bersama.
Tan Sri Syed Aris hairan dengan perubahan keputusan yang dibuat oleh Encik Muhammad.
Dia juga tidak menyukai Lebai Maarup dan menganggapImam Saad lebih alim daripada Lebai
Maarup kerana tuanya dan pengalamannya. Pendapat itu disanggah oleh Rahim.
Walau bagaimanapun, Rahim teragak-agak untuk berbahas dengan bakal mentuanya itu
kerana tidak mahu menjadi seperti ayahnya petang tadi yang bertukar menjadi marah.
Rahim menceritakan kepada Tan Sri Syed Aris peristiwa perbahasannya dengan ayahnya
petang tadi yang berhubung dengan perlombogan di Kampung Pulai, Rahim membandingkan
kebajikan yang dilakukan oleh ayahnya hanya untuk kepentingannya sedangkan kebajikan yang
dilakukan oleh Lebai Maarup dan Imam Saad merupakan kebajikan suruhan agama kerana
pengabdian kepada Allah untuk kebaikan manusia di dunia dan di akhirat.
Tan Sri Syed Aris bersyukur kerana Encik Muhammad telah disedarkan oleh Rahim tentang
kesan pembangunan ekonomi kepadfa orang melayu dan berharap Rahim akan dapat bekerjasama
dengan Lebai Maarup.
Setelah Tan Sri Syed Aris beredar, Rahim dan mahani menganggap kemenangan Imam
Saad yang ikhlas dan sabar. Mereka menghabiskan sisa malam di setee panjang dan Rahim
7/28/2019 Sinopsis Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
33/33
mengalungkan seutas kalung platinum bermedialion kecil dengan sebiji permata berlian halus ke
leher Mahani