14
[email protected] 1 ANALISIS AYAT BAHASA MELAYU 1.0 PENDAHULUAN Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum- hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam sesuatu ayat. Sintaksis berasal daripada perkataan Yunani, iaitu „Sun‟ yang bererti ´dengan´ dan tattein yang bererti „menempatkan kata-kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat´. Kata suntattein ini kemudian menjadi istilah syntaxis dalam bahasa Belanda dan syntax dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, binaan, atau konstruksi ayat (Nik Safiah Karim et al.,1993:317). Bagi Abdullah Hassan (1980:164), sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar. 2.0 TUJUAN 2.1 Menganalisis binaan dan jenis ayat. 2.2 Membuat perbandingan dalam binaan ayat dalam jenis ayat dari segi subjenis masing-masing.

SISTAKSIS_ANALISIS_TEKS

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nota pengajaran bahasa melayu

Citation preview

  • [email protected]

    1

    ANALISIS AYAT BAHASA MELAYU

    1.0 PENDAHULUAN

    Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau

    konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-

    hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam sesuatu ayat.

    Sintaksis berasal daripada perkataan Yunani, iaitu Sun yang bererti dengan dan

    tattein yang bererti menempatkan kata-kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok

    kata atau ayat. Kata suntattein ini kemudian menjadi istilah syntaxis dalam bahasa Belanda

    dan syntax dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa sintaksis

    ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, binaan, atau

    konstruksi ayat (Nik Safiah Karim et al.,1993:317). Bagi Abdullah Hassan (1980:164),

    sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan

    kata disusun menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar.

    2.0 TUJUAN

    2.1 Menganalisis binaan dan jenis ayat.

    2.2 Membuat perbandingan dalam binaan ayat dalam jenis ayat dari segi subjenis

    masing-masing.

  • [email protected]

    2

    3.0 BIDANG

    Kajian ini melibatkan aspek analisis sintaksis iaitu jenis binaan dan jenis ayat dan

    subjenis masing-masing. Jenis teks yang dipilih merupakan tema sosial dan isu terkini

    mengenai pergaulan bebas dalam kalangan remaja.

    4.0 BAHAN

    Bahan yang diambil bertajuk Budaya Rave Cemar Minda Muda Mudi yang

    diketengahkan oleh Ali Rustam Kassim dan bahan ini ditulis pada 03.03.2014. Bahan

    ini diperolehi daripada Http://Www.Sinarharian.Com.My/Budaya-Rave-Cemar-

    Minda-Muda-Mudi-1.261512. Tumpuan dan sasaran bahan ini ialah kepada pembaca

    yang tahu berbahasa Melayu dan khususnya kepada pembaca yang ingin mendalami

    isu semasa yang berlaku di Malaysia.

    5.0 KAEDAH

    Kajian ini bersandarkan kepada kaedah kuantitatif yang melibatkan analisis bilangan

    unsur dan peratusan. Bahan diperolehi daripada Sinar Harian Online. Setiap ayat

    daripada teks ini akan dianalisis sepenuhnya dalam Lampiran 1 dan teks penuh akan

    dilampirkan pada Lampiran 2. Analisis melibatkan empat jadual iaitu jadual analisis

    keseluruhan Jadual Ayat Tunggal, Ayat Majmuk dan Ayat Tunggal, Analisis Ayat

    Tunggal, Analisis Ayat Majmuk dan Analisis Jenis Ayat. Setiap perincian jenis, sub-

    jenis dan peratusan akan dilakukan.

  • [email protected]

    3

    6.0 KONSEP

    6.1 Ayat

    Ayat merupakan tahap tertinggi dalam penulisan dan komunikasi bahasa

    Melayu. Ayat juga mempunyai susunan yang mempunyai hujung dan pangkal

    ayat yang boleh difahami oleh pembaca atau pendengar kerana ia merupakan

    kumpulan perkataan yang telah sempurna maksud. Sementara itu, ayat tidak

    semestinya terdiri dari ayat yang panjang tetapi ayat boleh terdiri dengan hanya

    dua patah perkataan sahaja asalkan ia dapat difahami dan mestilah mempunyai

    subjek dan predikat.

    6.2 Ayat Dasar

    Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua

    ayat lain dalam sesuatu bahasa. daripada ayat dasar, akan melahirkan ayat

    terbitan pula. Ayat ini menjadi asas kepada kepada kata terbitan yang tidak

    terbilang banyaknya dalam disiplin bahasa. Dalam disiplin bahasa Melayu,

    semua ayat yang panjang mahupun pendek, ayat majmuk, ayat tunggal, ayat

    songsang mahupun ayat biasa semestinya dapat dikembalikan dalam bentuk

    dasar. Ayat ini juga dikenali juga dikenali sebagai ayat mudah dan ayat inti.

    6.3 Ayat Tunggal

    Ayat Tunggal merupakan ayat yang mengandungi 1 subjek dan satu predikat.

  • [email protected]

    4

    6.4 Jenis Ayat

    a) Jenis Ayat Penyata

    Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.

    Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.

    b) Jenis Ayat Tanya

    Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.

    Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara,

    tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.

    c) Jenis Ayat Perintah

    Bertujuan untuk menimbulkan tindak balas daripada orang kedua.Umumnya

    tindak balas dapat diperolehi melalui suruhan, larangan, silaan dan

    permintaan. Untuk tujuan suruhan, larangan, silaan dan permintaan, maka ayat

    perintah menggunakan kata perintah seperti jangan, usah, sila, jemput, minta,

    tolongdan sebagainya. Ayat perintah terbahagi kepada:

    a. Ayat Suruhan

    b.Ayat Permintaan

    c.Ayat Larangan

    d.Ayat Silaan

    d) Jenis Ayat Seruan

    Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan,

    dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya. Ayat seruan diakhiri dengan tanda

    seru (!).

  • [email protected]

    5

    7.0 ANALISIS

    Isu yang diketengahkan oleh Ali Rustam Kassim merupakan isu terkini yang baru

    melanda kepada anak muda di negara kita. Pengkaji urut membuat analisis bagi setiap

    ayat yang terdapat didalam teks. Skop analisis kajian melibatkan Ayat Tunggal, Ayat

    Majmuk dan Jenis Ayat. Hasil dapatan telah dilampirkan pada Lampiran 1 termasuk

    peratusannya.

    Analisis pertama yang dikaji ialah Ayat Tunggal. Terdapat 4 sub dalam Ayat Tunggal

    iaitu Ayat Tunggal FN+FN, Ayat Tunggal FN+FK, Ayat Tunggal FN+FA dan Ayat

    Tunggal FN+FS. Dapatan kajian menunjukkan hanya terdapat satu jenis Ayat

    Tunggal iaitu sebanyak 2.3 peratus sahaja. Perkara ini jelas menunjukkan pengarang

    jarang menggunakan Ayat Tunggal dalam penulisan beliau. Contoh penggunaan Ayat

    Tunggal ialah:

    Bil Ayat

    11 Dilengkapi dengan MDMA, Syurga Kelab Ibiza menjadi tumpuan.

  • [email protected]

    6

    Analisis kedua merujuk kepada penggunaan Ayat Majmuk. Skop yang dikaji ialah Ayat

    Majmuk Gabungan, Ayat Majmuk Pancangan Relatif, Ayat Majmuk Pancangan Komplemen,

    Ayat Majmuk Pancangan Keterangan dan Ayat Majmuk Campuran. Analisis mendapati

    penulis menggunakan Ayat Majmuk Gabungan sebanyak 11 ayat (25%), Ayat Majmuk

    Pancangan Relatif sebanyak 1 ayat (2.3%), Ayat Majmuk Pancangan Keterangan sebanyak 5

    ayat (11.5%). Selain itu, sebanyak 22 ayat atau 50% penggunaan Ayat Majmuk Campuran

    didalam teks yang dikaji. Dibawah merupakan contoh Ayat Majmuk Gabungan:

    Bil. Ayat

    4 Ramai akan berkata, Malaysia harus menidakkan pandangan saya ini, tetapi dalam

    proses asimilasi dengan budaya dunia dan cyber nyata di Amerika Syarikat (AS);

    ciri-ciri adab diberi perhatian.

    6 Dadah dan muzik berkembang bersama-sama selama beberapa tahun.

    24 Orang yang menghadiri parti sambutan hangat biasanya mengambil kuantiti besar

    alkohol dan dadah.

    25 Garis pemisah di antara konsert, parti dan konsert rave sering kabur.

    26 Tetapi jika anda bertanya kepada mereka yang pernah menghadirinya pasti akan

    mendapat penerangan yang agak konsisten.

    29

    Dadah yang dijumpai termasuk ganja, asid, GHB, ketamin, cendawan dan yang

    paling popular, Ecstasy, atau X.

    34 Dadah membuat muzik lebih baik dan begitu juga sebaliknya.

    40 Muzik budaya DJ juga berteraskan arak, dadah dan pil mengkhayalkan.

    37 Festival Future Music Asia March 2014 menyaksikan peristiwa yang meragut nyawa

    penonton yang didapati mengalami overdose arak dan dadah rekreasi.

  • [email protected]

    7

    Selain itu, terdapat 5 Ayat Majmuk Pancangan Keterangan iaitu:

    Bil. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

    5 Untuk memahami kenapa harus negara kita mengharamkan konsert EDM dan

    rave, haruslah kita mendalami pengertian dan konsepnya.

    11 Dilengkapi dengan MDMA, Syurga Kelab Ibiza menjadi tumpuan.

    14 Elemen penuh kerahsiaan parti memberikannya status underground dalam

    kalangan pengunjung konsert.

    22 'Kejutan budaya' adalah istilah paling sesuai untuk menggambarkan parti

    sebiasanya berlangsung selama 5 hingga 10 jam atau lebih lama lagi.

    42 Tambah pula lagi dengan menggalakkan amalan minuman keras sambil

    berhibur di medan awam yang terbuka.

    Didapati sebanyak 22 ayat atau 50% penggunaan Ayat Majmuk Campuran terdapat

    didalam teks yang dikaji. Contoh penggunaan Ayat Majmuk Campuran ialah:

    Bil. Ayat Majmuk Campuran

    1 Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dengan perkembangan muda mudi

    masa kini, saya hairan kenapa dibenarkan berlangsungnya konsert parti rave

    berkonsepkan konsert terbuka dengan persembahan utama ialah DJ

    memutarkan lagu untuk pesta tarian sambil di selang seli dengan persembahan

    artis yang melibatkan budaya muzik house dan techno yang membawa budaya

    arak, dadah dan pergaulan bebas.

    2 Juga bukankah pengharaman promosi di tempat awam terbuka diharamkan

    kepada jenama minuman keras?

    7 Selain daripada muzik electronica-berkhayal dan menari tanpa batas, konsert

    rave dan EDM biasanya dikaitkan dengan pesta Asid House di mana

    pengunjung mengambil dadah Psychedelic semi-sintetik dipanggil asid

    Lysergic diethylamide, biasanya dirujuk sebagai Asid.

    8 Menjelang musim panas tahun 1985, kerajaan AS mengklasifikasikan dadah

    MDMA sebagai barangan Kawalan Bahan- Jadual 1 yakni bahan yang

  • [email protected]

    8

    berpotensi tinggi untuk penyalahgunaan.Dadah yang mulanya digelar Adam

    kini bertukar menjadi Ecstasy.

    9 Menjelang lewat 80-an, istilah "rave"- yang berasal dari Perancis,

    menunjukkan tanda-tanda kecelaruan dan Ecstasy menyemarakkan satu

    budaya dadah dan muzik.

    12 Party rave bermula secara eksklusif anjuran kelab-kelab Eropah pada 1980-an

    dan selalunya secara bersembunyi, lewat malam ke hening pagi bagi

    memastikan gangguan minimum daripada pegawai undang-undang.

    13 Tempat dan lokasi parti adalah menjadi rahsia dan maklumat akan dikawal

    dengan rapi yang mana hanya jemputan dan rakan-rakan terdekat akan

    diberitahu hanya beberapa jam sebelum bermula bagi melindungi daripada

    kehadiran pelawat yang tidak diingini.

    15 Selepas itu, satu budaya baru rave muzik menular apabila remaja mula

    meminati muzik rave dan acara yang sebelum ini beroperasi secara

    underground mendapat perhatian penaja besar lalu konsert rave

    dikomersialkan secara meluas.

    16 Dari 2008 dan 2011 muzik techno dan EDM berjaya menjadi sebuah trend

    muzik baru kegilaan remaja dengan DJ mendapat sambutan dan status

    sehangat artis pop dan rock.

    17 Ia benar-benar menjadi kegilaan para penggemar muzik di antara akhir tahun

    2010 dan awal tahun 2011 apabila konsert rave berubah wajah menjadi

    Festival.

    19 Kegunaan secara meluas dadah designer, lokasi persembahan yang kecil dan

    kelam, bilik chill yang mana remaja boleh menenangkan kehangatan

    berpesta tetapi selalunya disalahgunakan untuk perbuatan seks rambang.

    20 Pemilik kelab dan penganjur di negara barat tampil untuk menggalakkan

    penggunaan ubat-ubatan - terutamanya MDMA.

    21 Mereka menyediakan air botol dan minuman sukan untuk menguruskan

    hyperthermia dan dehidrasi; termasuk puting untuk mengelakkan gigi

    terkancing dan inhaler hidung menthol, lampu kimia, dan kayu neon cahaya

    untuk meningkatkan kesan mengambil MDMA.

  • [email protected]

    9

    27 Menurut dari mereka yang hadir , pengalaman termasuk merasai rangsangan

    cahaya yang berkelip dengan degupan rentak tekno muzik elektronik , DJ dan

    dadah.

    28 Jumlah dadah tidak sentiasa dikenali , tetapi menjadi suatu fakta ciri konsert

    parti Rave yang ianya satu pra syarat untuk pengalaman yang amat

    merangsang secara maksima.

    30 Ada yang jenis hallucinogenics , seperti ketamin dan Ecstasy yang kesan ini

    dipertingkatkan dengan lampu berkelip.

    31 Walaupun ramai peserta yang tidak mengambil dadah atau arak ,tetapi konsert

    rave bagi mereka membawa kepada aspek kerohanian berpaksikan dadah dan

    muzik.

    35 Bayangkanlah juga muda-mudi kita penuh penghayatan sambil di kelilingi

    oleh arak dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang sudah pasti

    menimbulkan rangsangan sesama mereka.

    39 Apakah kerana hiburan ianya dibenarkan lalu membelakangi dan mengabaikan

    lunas asas sebuah negara Islam malah mana-mana jua amalan ajaran agama

    yang menentang budaya hidup negatif sedemikian?

    41 Tidak cukupkah kerajaan membenarkan kelab-kelab malam dan disko (yakni

    tempat tertutup) menjadi medan hiburan penggemar muzik dan kini diberi

    kebenaran untuk di anjurkan di khalayak umum?

    44 Inginkah pihak yang meluluskan konsert terbuka ini menjadi pencetus budaya

    tidak sihat dalam kalangan muda-mudi generasi 1 Malaysia yang akan datang?

  • [email protected]

    10

    Analisis Jenis Ayat (JA) yang meliputi Jenis Ayat Penyata, Jenis Ayat Tanya, Jenis Ayat

    Perintah dan Jenis Ayat Seruan. Didapati bahawa, sebanyak 29 ayat menggunakan Jenis Ayat

    Penyata. Penulis tidak menggunakan sebarang Ayat Tanya, Ayat Perintah dan Ayat Seruan.

    Contoh Jenis Ayat yang menggunakan Ayat Penyata ialah:

    Bil Ayat Penyata

    1 Sebenarnya sejak zaman kegemilangan Plato hingga pengkritik Anthony

    Giddens, sastera adalah lambang kekuatan keilmuan sesebuah bangsa.

    2 Sastera sentiasa berkembang sejajar dengan zaman malah tidak memusuhi

    kemajuan dan permodenan.

    3 Pada masa yang sama sastera terus menjadi pengisi pemikiran masyarakatnya.

    4 Sekiranya diperhalusi lagi, salah satu genre dalam sastera iaitu puisi dalam

    konteks kontemporari telah berkembang sejajar dengan penemuan kerangka

    ilmu-ilmu sosial ataupun kebudayaan yang baharu.

    5 Gagasan daripada aktiviti-aktiviti kesusasteraan kotemporari turut

    mempengaruhi pemikiran para ilmuwan, aspek stilistik dalam sastera untuk

    menemukan format ideal persembahan karya.

    6 Begitu juga dalam konteks sastera Melayu, genre puisi merupakan warisan teras

    hati budi orang Melayu yang penuh kesantunan dan nilai-nilai luhur.

    7 Pengaruh daripada puisi tradisional seperti nazam, seloka, syair dan gurindam

    menggabungkan antara estetika bahasa dan ketinggian nilai-nilai budi serta

    kesantunan orang Melayu.

    8 Pengertian paling mudah ialah budi mewakili perasaan, kesedaran, keyakinan

    dan dorongan manakala budi pula ialah akal atau daya fikir yang memahami

    untuk memahami sesuatu.

    9 Sesuatu yang konkrit atau abstrak, yang praktikal ataupun teoritikal.

    10 Ketinggian nilai cerapan terhadap unsur-unsur tersebut membolehkan karya-

    karya sastera Melayu tradisional mempunyai falsafah serta keupayaan akal budi

    yang memukau.

  • [email protected]

    11

    11 Acara Kata Suara: Puisi Suara Alternatif Dunia yang dianjurkan oleh RA Fine

    Arts di Solaris, Dutamas, Kuala Lumpur minggu lalu membuktikan puisi sebagai

    suara penyair melontarkan pemikiran dan sudut pandangan kritis terhadap isu

    sosial, budaya dan politik dunia.

    12 Acara yang dianjurkan sempena Hari Puisi Dunia itu menemukan seniman

    daripada pelbagai bidang; penyair, pelukis, pemuzik dan penyanyi lagu-lagu

    puisi.

    13 Walaupun acara berteraskan puisi ini kecil dan sederhana tetapi yang

    membanggakan apabila mendapat sokongan daripada penyair dan sasterawan

    mapan yang menunjangi kesusasteraan Melayu negara ini.

    14 Acara yang sederhana tanpa disuntik elemen spektakular seperti konsert hiburan

    tetapi tetap memagut perhatian. Ini adalah acara ilmu yang digerakkan secara

    santai tetapi bukan untuk bersantai-santai.

    15 Walaupun tidak ada artis popular seperti sesetengah acara deklamasi puisi, acara

    petang Sabtu itu memberikan suatu yang menarik, puisi-puisi yang

    dideklamasikan juga keluar jauh daripada bentuk atau pun gaya konvensional.

    16 Ini satu acara puisi yang wajar dipuji kerana pemusatannya kepada puisi dan

    mengangkat kalangan penyair dan sasterawan yang menyuarakan suara fikir

    mereka.

    17 Ini cukup terbukti dengan puisi tradisional juga walaupun mengandungi unsur-

    unsur imaginatif atau fantasi, namun ia tetap rasional kerana disokong oleh

    pengetahuan yang luas penyairnya.

    18 Maka boleh disimpulkan bahawa penyair berjaya menemukan satu kaedah dalam

    puisi-puisi mereka untuk menyebarkar nilai akar dan budi tanpa mengetepikan

    aspek estetika.

    19 Sesuai dengan nilai-nilai dalam Islam, keindahan sentiasa berada pada tahap

    tertinggi. Pandangan-pandangan itulah yang terus dipegang kukuh dalam puisi-

    puisi tradisional Melayu.

    20 Keberadaan puisi-puisi Melayu lama sesunggunya sesuatu yang unik. Ia sama

    sekali berbeza dengan mana-mana karya klasik di seluruh dunia.

    21 Bagi pengarah R A Fine Arts, Raja Ahmad Aminullah, puisi bukan sahaja

    menyajikan persembahan yang baik malah mempunyai nasihat dan pengisian

    yang bermakna terutamanya luahan oleh penyairnya.

  • [email protected]

    12

    22 Beliau percaya bahawa setiap penyair mempunyai pemikiran dan suara-suara ini

    mempunyai maknanya yang besar.

    25 Beliau berharap semua pihak melihat dan mendengar sisi karya sastera

    terutamanya puisi ini kerana ia bukan sahaja sebagai penyambung warisan kita

    namun ada sesuatu yang ingin diluahkan oleh setiap penyair.

    26 Pada acara petang itu, persembahan penyair Rona Sinar cukup menarik perhatian

    apabila mendukung anaknya yang kurang upaya menggambarkan perasaan

    seorang bapa dalam memperjuangkan perjalanan hidup anaknya.

    27 Dalam puisinya, Rona Sinar tidak sesekali menyalahkan takdir namun bersyukur

    kerana Tuhan masih memberi kepercayaan kepadanya untuk terus menjaga dan

    mendidik anak kesayangannya itu.

    28 Selain itu tokoh korporat Datuk Johan Jaaffar tidak ketinggalan

    mendeklamasikan puisinya memeriahkan acara petang itu.

    29

    Johan antara generasi seniman di Kuala Lumpur yang dibesarkan oleh kumpulan

    Anak Alam bersama beberapa penyair lagi antaranya Siti Zainon Ismail dan

    Mustapha Haji Ibrahim.

    30 Anggota kumpulan Kopratasa, Sani Sudin menyanyikan lagu puisi. Sebenarnya

    Sani Sudin bermula sebagai seorang penyair yang mempopularkan acara

    membaca puisi di bawah tiang lampu di Pasar Budaya Kuala Lumpur.

    31 Sani adalah seniman jalanan tetapi pemikiran kritisnya membuktikan beliau

    banyak belajar daripada alam dan persekitaran.

    32 Dalam pada itu, persembahan puisi berbahasa Jawa oleh Dr. Ibrahim Gafar

    mempunyai keunikan tersendiri, tambahan pula lengkap berpakaian tradisional

    silat Jawa, Ibrahim juga ada pandangannya yang tersendiri.

    34 Antara penyair lain yang turut menjayakan acara itu ialah Yassin Salleh, Dr.

    Zakaria Ali, Siti Zainon Ismail dan Mustapa Hj. Ibrahim, Siti Raihani Mohd.

    Said, Farez Karim, Tan Sei Hon dan Rozan Azen.

  • [email protected]

    13

    8.0 PENUTUP

    Berdasarkan analisis yang dilakukan, didapati penulis menggunakan satu Ayat

    Tunggal FN+FN. Ayat Majmuk yang paling banyak terdapat didalam teks ialah Ayat

    Majmuk Campuran (79%) dan penulis tidak memasukkan Ayat Majmuk Pancangan

    Komplemen di dalam teks beliau. Rumusan analisis Jenis Ayat pula menunjukkan Ayat

    Penyata merupakan ayat yang mendominasi teks dan penulis tidak menggunakan Ayat Tanya,

    Ayat Perintah mahupun Ayat Seruan. Kelebihan yang didapati berdasarkan teks yang ditulis

    oleh Rasdan Ahmad ialah penulis menggunakan kosa kata Bahasa Melayu yang agak tinggi

    dan jarang digunakan seperti kontemporari, stilistik, estetika dan elemen spektakular.

    Dicadangkan kajian lanjutan dibuat sama ada dengan menambahkan kepelbagaian genre

    penulisan bagi memberikan variasi pada penulisan.

  • [email protected]

    14

    9.0 BIBLIOGRAFI

    Abdullah Hassan. 2002. Tatabahasa Bahasa Melayu: Morfologi dan Sintaksis Untuk Guru

    dan Pelajar. Bentong: PTS Publications.

    Abdullah Hassan. 2006. Morfologi. PTS Professional.

    Maslida Yusof, 2006b. Struktur Leksikal dalam Sintaksis dan Semantik: Kajian Terhadap

    Kata Kerja dan Preposisi Bahasa Melayu. Tesis PHD. Bangi: Universiti Kebangsaan

    Malaysia.

    Nik Safiah Karim et al. 1987. Tatabahasa Dewan Jilid I, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Nik Safiah Karim et. al. 1995. Tatabahasa Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Jenis-jenis_ayat_bahasa_Melayu.

    Http://Www.Sinarharian.Com.My/Budaya-Rave-Cemar-Minda-Muda-Mudi-1.261512

    Ramli Md Salleh et al .1997. Kamus Linguistik. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.