11
1.0 Pengenalan Terdapat banyak kepentingan dari segi budaya dan iklim sekolah yang boleh kita dapati. Budaya dan iklim sekolah yang positif boleh memainkan peranan yang penting dalam kesihatan, perkembangan emosi serta kemajuan akademik serta kokurikulum murid-murid. Peranan budaya dan iklim yang positif jika diamalkan secara tidak langsung, ia dapat memberikan sumbangan yang besar terhadap perhubungan interpersonal, di dalam kawasan sekolah tersebut. Oleh itu, sebagai seorang pendidik kepada murid-murid yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum, guru hendaklah mengetahui tindakan yang harus diambil untuk iklim dan budaya sekolah yang kondusif dan mesra budaya. 1.1 Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif Sebagai seorang pendidik guru perlu mempunyai kesedaran kepentingan tentang hubungan yang harmonis antara murid-murid pelbagai kaum akan mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif. Guru perlu merancang penyusunan meja murid-murid yang dapat melibatkan dan menggabungkan semua kaum dalam bilik darjah. Bagi menyelesaikan konflik yang timbul sesama murid dalam bilik darjah terutamanya yang melibatkan perkauman, guru perlu bersedia dan mempunyai kaedah dan idea bagi mengatasi segera mengelakkan masalah tersebut menjadi lebih besar. Dengan kaedah ini, mereka dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama di sepanjang sesi persekolahan tanpa mengira kaum dan jantina. Oleh sebab itu, guru hendak menerapkan nilai-nilai merentasi kurikulum di dalam setiap mata pelajaran bagi muridmurid melakukan aktiviti mata pelajaran bersama dengan kawan-kawan daripada pelbagai kaum. Penekanan nilai-nilai positif dan moral pada setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran mampu membentuk dan mencorakkan peribadi murid-murid dalam menghadapi masa akan datang. 1.2 Membina hubungan dan interaksi antara pelbagai kaum dalam bilik darjah. Semasa menyediakan Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran, guru hendak merancang aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan komunikasi dua hala iaitu interaksi guru dan murid serta interaksi murid dengan murid. Komunikasi merupakan medium dan saluran yang baik untuk menghubungkan individu dengan individu lain. Guru mestilah berupaya menyusun dan merangka pelbagai aktiviti yang melibatkan penyertaan semua murid. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira peluang yang sama rata kepada setiap ahli kumpulan. Hal ini bermaksud setiap kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengambil peranan penting untuk menjayakan tugasan yang diberi. Mengikut Shamsul Amri Baharuddin (2007), 1

SOALAN A & B.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SOALAN A & B.docx

1.0 Pengenalan

Terdapat banyak kepentingan dari segi budaya dan iklim sekolah yang boleh kita

dapati. Budaya dan iklim sekolah yang positif boleh memainkan peranan yang penting

dalam kesihatan, perkembangan emosi serta kemajuan akademik serta kokurikulum murid-

murid. Peranan budaya dan iklim yang positif jika diamalkan secara tidak langsung, ia dapat

memberikan sumbangan yang besar terhadap perhubungan interpersonal, di dalam

kawasan sekolah tersebut. Oleh itu, sebagai seorang pendidik kepada murid-murid yang

terdiri daripada berbagai-bagai kaum, guru hendaklah mengetahui tindakan yang harus

diambil untuk iklim dan budaya sekolah yang kondusif dan mesra budaya.

1.1 Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif

Sebagai seorang pendidik guru perlu mempunyai kesedaran kepentingan tentang

hubungan yang harmonis antara murid-murid pelbagai kaum akan mewujudkan suasana

bilik darjah yang kondusif. Guru perlu merancang penyusunan meja murid-murid yang dapat

melibatkan dan menggabungkan semua kaum dalam bilik darjah. Bagi menyelesaikan

konflik yang timbul sesama murid dalam bilik darjah terutamanya yang melibatkan

perkauman, guru perlu bersedia dan mempunyai kaedah dan idea bagi mengatasi segera

mengelakkan masalah tersebut menjadi lebih besar. Dengan kaedah ini, mereka dapat

melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama di sepanjang sesi persekolahan tanpa mengira

kaum dan jantina. Oleh sebab itu, guru hendak menerapkan nilai-nilai merentasi kurikulum di

dalam setiap mata pelajaran bagi muridmurid melakukan aktiviti mata pelajaran bersama

dengan kawan-kawan daripada pelbagai kaum. Penekanan nilai-nilai positif dan moral pada

setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran mampu membentuk dan mencorakkan

peribadi murid-murid dalam menghadapi masa akan datang.

1.2 Membina hubungan dan interaksi antara pelbagai kaum dalam bilik darjah.

Semasa menyediakan Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran, guru hendak

merancang aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan komunikasi dua

hala iaitu interaksi guru dan murid serta interaksi murid dengan murid. Komunikasi

merupakan medium dan saluran yang baik untuk menghubungkan individu dengan individu

lain. Guru mestilah berupaya menyusun dan merangka pelbagai aktiviti yang melibatkan

penyertaan semua murid. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira

peluang yang sama rata kepada setiap ahli kumpulan. Hal ini bermaksud setiap kumpulan

yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengambil peranan penting untuk menjayakan

tugasan yang diberi. Mengikut Shamsul Amri Baharuddin (2007), Prejudis berlaku dalam

bentuk pandangan negatif yang tersemat dalam hati seseorang yang berbeza kelompok

1

Page 2: SOALAN A & B.docx

etnik terhadap kelompok etnik lain. Bagi menggelakkan situasi ini semasa pengajaran dan

pembelajaran, guru harus mengadakan aktiviti yang efektif yang melibatkan semua murid

yang pelbagai kaum. Bagi mewujudkan iklim dan budaya sekolah yang kodusif dan mesra

budaya, guru hendaklah mengambil beberapa langkah yang efektif untuk menghakiskan

prejudis antara murid yang berbeza dan menghapuskan prejudis dengan menerapkan nilai-

nilai murni dan baik sangka antara murid dalam bilik darjah.

1.3 Mengenalpasti Gaya Pembelajaran Murid

Gaya pembelajaran murid haruslah dikenalpasti bagi mengetahui kecenderungan

mereka. Guru haruslah mengesan gaya pembelajaran mereka dengan mentadbir ujian untuk

membantu murid mengenalpasti jenis pelajar. Dengan adanya pengetahuan tentang gaya,

cara ini amat bersesuaian untuk memastikan kesesuaian gaya pembelajaran murid dengan

strategi dan kaedah pengajaran guru. Pengetahuan terhadap gaya pembelajaran amatlah

penting dan guru hendaklah memahami gaya pembelajaran setiap murid dalam kelas. Hal

ini kerana,dapat membantu guru memahami perkembangan dan penguasaan murid-murid

terhadap pengajaran dan pembelajaran yang di sampaikan. Setiap murid mempunyai gaya

pembelajaran yang tersendiri atau seseorang murid mungkin mempunyai lebih daripada

satu gaya pembelajaran. Oleh itu, selepas mengenal pasti gaya pembelajaran masing-

masing, guru perlulah membahagikan murid-murid dalam kumpulan yang homogen bagi

membolehkan pengajaran dan pembelajaran berfungsi secara efektif. Dengan merancang

aktiviti mengikut gaya pembelajaran murid, guru dapat menarik perhatian murid dan

melibatkan murid secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Apabila murid

melibatkan dirinya secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran, murid akan berasa

seronok untuk belajar dan juga mereka akan berasa mempunyai iklim dan budaya sekolah

yang kondusif oleh aktiviti pembelajaranya mengikut kebolehan dan gaya pembelajaran

mereka.

1.4 Mengenalpasti Perbezaan Antara Pelajar

Usaha yang seterusnya boleh melakukan bagi membentuk iklim dan budaya sekolah

yang kondusif adalah mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas yang berkaitan dengan kebudayaan pelajar-pelajar. Murid-murid zaman ini dating

sekolah untuk belajar dengan keperluan yang berbeza dan daripada pelbagai latar belakang

sosial. Walaupun kepelbagaian latar belakang sosial ini dapat dianggap sebagai satu aset,

namun moral kebudayaan individu, pantang larang dan tradisi boleh mempertingkatkan

pernyertaan pelajar dalam perbincangan bilik darjah yang memungkinkan buah fikiran

seseorang individu itu digalakkan , dikongsi bersama, dicabar ataupun diceroboh. Terdapat

juga beberapa keadaan yang boleh mnyebabkan murid-murid untuk terjebak di antara

2

Page 3: SOALAN A & B.docx

budaya sekolah yang sedia ada dengan budaya dirumah sendiri. Mengikut pandangan

tokoh-tokoh, Paul dan David (2003), Apabila wujud konflik antara dua budaya ini, pelajar

sering kalinya akan terlibat dalam pergelutan mental yang boleh menjejaskan keupayaan

mereka untuk mengambil bahagian dalam aktiviti atau interaksi bilik darjah secara bebas

(Paul dan David, 2003). Oleh itu, sebagai seorang pendidik, guru harus mengenal pasti

tentang keadaan murid-muridnya dari segi mental secara mendalam sebelum memulakan

sesi pengajaran. Hal ini demikian kerana, dengan kaedah ini murid-murid dan guru akan

berasa kondusif semasa sesi pengajaran pembelajaran, oleh sebab mereka telah mengenali

antara satu sama lain.

1.5 Meningkatkan Teknologi, Infrastruktur dan Perkakasan di Sekolah.

Kenyataan dari Ismail dan Subki, (2010) ada menyatakan adalah penting bagi

memastikan agar infrastruktur, perkakasan dan perisian mencukupi diberi kepada setiap

sekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan

bandar.dalam program pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar akan

dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan. Murid-muridnya

suka melihat dan berada dalam suasan yang indah dan menarik. Suasana seperti ini dapat

memberi suasana yang aman tenteram dan mudah untuk menjalankan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran. Susunan fizikal juga mempunyai fungsi yang bersama dengan seperti

yang dinyatakan di atas. Murid-murid pastinya akan lebih gemar dengan suasana yang

versatile dan cukup untuk menimbulkan suasana minat belajar berbanding dengan suasana

yang bukan hanya semata-mata meja kerusi dan papan tulis. Sebagai contoh para guru dan

murid-murid bekerjasama untuk mewujudkan suasana yang fleksibel dan lebih kondusif

tidak terhad kepada suasana bilik darjah semata-mata. Mengikut kata Nurul (2008),

mewujudkan mini perpustakaan, komputer dan internet di dalam kelas. Menggunakan LCD

dan sebagainya. Ini semua pastinya akan menarik minat murid-murid untuk belajar dan

sangat sesuai dengan pembelajaran era terkini

1.6 Kesimpulan

Kesimpulanya, budaya sekolah dan iklim sekolah adalah dua bentuk yang saling

berkaitan. Iklim sekolah lebih merujuk kepada kesan persekitaran sekolah ke atas pelajar

manakala, budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja dalam

satu kumpulan. Maka jelaslah di sini bahawa iklim sekolah serta budaya

sekolah  memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana

pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Sebagai seorang pendidik yang

bertanggungjawab, guru-guru hendaklah menyedari tentang kepentingan iklim dan budaya

sekolah yang kondusif dan mesra budaya, dan kaedah atau caranya mewujudkan kedua-

3

Page 4: SOALAN A & B.docx

dua aspek tersebut di dalam bilik darjah dan juga di kawasan sekolahnya bagi menjayakan

pencapaian akademik murid-muridnya yang terlibat daripada berbagai-bagai kaum di negara

kita.

4

Page 5: SOALAN A & B.docx

1.0 Pengenalan

Pada 31 julai 2001 yang lalu, Majlis Penasihat Pembangunan Masyarakat Orang Asli

(MPKPMOA) telah bermesyuarat dan bersetuju akan cadangan dasar dan strategi bagi

pembangunan pendidikan Orang Asli dan meminta Jabata Hal Ehwal Orang Asli (JHEPOA)

bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan pelan tindakan ini. Mengikut

penyataan di atas, kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk memajukkan taraf

pendidikan orang asli di negara kita. Bagi mencapai matlamat kerajaan, pendidik juga perlu

bersedia dan mempunyai kemahiran untuk mengajar murid-murid yang perkauman orang

asli dengan mengikut taraf kebolehan pembelajaran mereka. Oleh ithu, guru perlu

munggunakan beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan

menempatkan murid orang Asli dan Peribumi.

1.1 Kaedah Drama

Menurut Rahmah Bujang dan Azlin Hamdon (2006), aktiviti bercerita,berlagu, gerak

tari atau lakonan pendek (sketsa) yang merangkumi seni persembahan membolehkan

murid-murid yang melakukannya menguji pencapaian intelek, emosi dan nilai hidup mereka.

Selain itu, murid-murid juga dapat meluahkan pernyataan perasaan seperti marah, kasih,

suka dan duka selain dapat memperlihatkan kreativitinya. Ciri-ciri sedemikian semangnya

dapat dieksploitasikan melalui aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan

pembelajaran teknik drama. Murid-murid akan diberi peluang untuk mengembangkan

potensi diri melalui medium seni persembahan. Melalui aktiviti simulasi, main peranan,

pentomin dan improvisasi, murid boleh melakukan aktiviti mengikut daya kreativiti masing-

masing. Dalam suatu kajian yang telah dibuat oleh Ghazali Bin Ismail (2014), beliau telah

mengadakan satu aktiviti yang meminta murid yang perkauman orang Asli atau Peribumi

menghayati watak seorang posmen. Ternyata beberapa orang yang dipilih untuk

melakonkan aksi sebagai seorang posmen, berjaya menghayatinya dengan baik.

Sebahagian daripada mereka juga menyatakan perasaan simpati terhadap nasib yang

menimpa seorang posmen yang dikejar anjing semasa menghantar surat di sebuah rumah.

Walaupun diungkapkan dalam bahasa lisan yang ringkas, tetapi ternyata mereka telah

berkemampuan mengaplikasikan kemahiran berfifkir secara kritis dan kreatif di dalam bilik

darjah.

1.2 Kaedah Penggunaan Lagu Atau Alat Muzik

Kebanyakan murid-murid yang perkauman orang Asli dan Peribumi menghadapi

kesukaran dalam menguasai 3M. Hubungan antara pemikiran dengan pergerakan mata

agak lambat berikutan wujudnya gangguan yang menjejaskan fokus mereka terhadap

5

Page 6: SOALAN A & B.docx

pembelajaran. Bagi mengurangkan masalah ini dan menarik perhatian murid-murid terhadap

pengajaran dan pembelajaran, guru hendak menggunakan alat-alat muzik dan lagu-lagu

rakyat. Kaedah ini disifatkan antara kaedah sesuai untuk meningkatkan penguasaan

kemahiran asas tersebut di kalangan murid-murid yang perkauman orang Asli dan peribumi.

Hal ini kerana, kebiasannya murid-murid yang perkauman orang Asli dan peribumi amat

peka terhadap deria pendengaran. Oleh itu, alat-alat muzik adalah antara Alat Bantu

Mengajar (ABM) yang sesuai diguna oleh guru-guru bagi menarik tumpuan murid-murid

yang perkauman orang Asli dan Peribumi. Malah, banyak kajian luar negara membuktikan

penggunaan alat muzik mengikut etnik atau budaya berjaya membangunkan kemahiran 3M

di kalangan murid-murid sekolah. 

1.3 Kaedah Bermain

Mengikut pandangan Gill (2010), anak-anak yang perkauman orang Asli atau

Peribumi menyukai pendidikan yang tidak formal khasnya yang menawarkan kebebasan

dengan melakukan aktiviti yang lebih mencabar dengan alam sekeliling. Mengikut

pernyataan beliau, murid-murid yang perkauman orang Asli dan Peribumi memerlukan

kaedah pengajaran dan pebelajaran yang membuatkan mereka bergerak secara aktif

dengan menggunakan lokomotor dan bukan lokomotor. Oleh sebab itu, guru memerlukan

kemahiran menggunakan kaedah bermain bagi mengajar murid-murid yang perkauman

orang Asli ataupun Peribumi. Kaedah permainan dianggap sebagai salah satu strategi

instruksional yang efektif dalam pembelajaran terutamanya bagi kanak-kanak serta usaha

untuk menyelesaikan sesuatu tugasan pembelajaran. Ini kerana pengajaran yang

menggunakan kaedah permainan sebagai medium pengajaran akan menjadikan kanak-

kanak belajar dengan cepat dan mereka akan lebih seronok. Di samping itu, bermain juga

dapat mengelahkan rasa bosan dan menghilangkan rasat takut murid-murid terhadap mata

pelajaran yang diajar.

1.4 Teori Maslow

Teori Maslow menekankan bahawa bagi meningkatkan focus, menstabilkan emosi

murid-murid yang perkauman orang Asli dan Peribumi dan teras kepada sebab dan kenapa

mereka perlu belajar, guru perlu mementingkan keperluan fisiologi. Kebiasannya murid-

murid yang perkauman orang Asli dan Peribumi, mempunyai rasa rendah diri dan malu

untuk bergaul dengan persekitaraan dan masyarakat lain dan menyukai hanya bergaul

dengan persekitaraan dan masyarakat sendiri sahaja. Dengan memenuhi peringkat

keperluan asas, guru dapat mendedahkan murid-murid yang perkauman orang Asli dan

Peribumi dengan aktiviti pengajaran pembelajaran yang berbeza dengan masyarakat dan

persekitaran mereka. Murid-murid yang perkauman orang Asli dan Peribumi juga akan

6

Page 7: SOALAN A & B.docx

berasa selamat sekiranya guru bersikap toleransi terhadap mereka dan membolehkan

mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap proses pembelajaran.

1.5 Kaedah Penggunaan ICT

Menurut kajian yang pernah dijalankan oleh Laurillard (1994), beliau menyatakan

bahawa terdapat hubungan yang jelas berkaitan penilaian tentang impak penggunaan

teknologi dalam pendidikan dan pencapaian murid-murid. Beliau membuat kesimpulannya

bahawa, konteks penggunaan ICT itu sendiri yang akan menentukan impak dalam

pembelajaran. Kebiasannya, murid-murid bersuka dengan persekitaran yang ceria,

mewarna-warni dan bercahaya. Penggunaan ICT semasa pengajaran dan pembelajaran,

dapat meningkatkan motivasi murid-murid yang perkauman orang Asli dan Peribumi untuk

belajar dengan lebih efektif lantas membentuk sikap mereka agar lebih bebas dan berdikari

semasa pengajaran dan pembelajaran (Tiu,Reimann & Freebody, 2008). Dengan

menggunakan kemahiran dan kaedah ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dapat

menghasilkan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang mengandungi animinasi, berwarna-warni,

bercahaya dan ceria. Aspek-aspek tersebut mempunyai keupayaan untuk menarik perhatian

murid-murid yang perkauman orang Asli dan Peribumi semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Dengan kaedah ini, murid-murid perkauman orang Asli dan Peribumi akan

melibatkan dirinya secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

1.6 Kesimpulan

Sebagai kesimpulanya, sebagai seorang pendidik guru-guru perlu mementingkan

pencapaian akademik murid-murid yang perkauman orang Asli dan Peribumi tanpa mengira

kelemahan dan ketarafan kehidupan mereka. Guru-guru juga perlu sentiasa bersedia dan

mempunyai kemahiran bagi mengatasi cabaran-cabaran yang akan menghadapinya

semasa mendidik murid-murid yang perkauman orang Asli dan Peribumi. Sebagai seorang

pendidik, kita haruslah memberi pembelajaran yang sama taraf kepada semua masyarakat

dengan menggunakan berbagai-bagai kaedah pengajaran dengan mengikut kebolehan dan

budaya kemasyarakatan murid-murid

7

Page 8: SOALAN A & B.docx

BUKU :

Sharifah Alawiyah Alsagoff (1983). ” Ilmu Pendidikan Pedagogi”. Kuala Lumpur: Heinmann

Asia.

Anita hj abu hassan , Noryani Md Yusof Phd , Husni Hj Jazam ( 2015 ) . “ budaya dan

pembelajaran”. Selangor : Pelangi professional Publishing Sdn. Bhd.

Ahmad, Abdul Razaq&MohdJelas, Zalizan. 2009. “Masyarakat Orang Asli. Perspektif

Pendidikan dan Sosiobudaya”. Bangi:UKM.

Atan Long. 1976. “Psikologi Pendidikan”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

LAMAN WEB

Ahmad Zamri. (2012, September 24). BMM 3105 AHMAD ZAMRI: PERBEZAAN

PEMULIHAN KELAS BIASA DENGAN KELAS PEMULIHAN KHAS. Retrieved

from http://bmm3105ahmadzamrihamid5311.blogspot.my/2012/09/perbezaan-kelas-

pemulihan-biasa-dengan.html

Nur Fazihan Faiz Kamaruzaman. (2013, May 15). Budaya sekolah. Retrieved from

http://www.slideshare.net/nurfazihanfaizkamaruzaman/budaya-sekolah-21197380

Priya Siva. (2015, September 12). Bilik Darjah Mesra Budaya - Documents. Retrieved from

http://documents.tips/documents/bilik-darjah-mesra-budaya-55f45bf37c199.html

TAN, B. (2013, February 14). b.tan: PENGURUSAN BILIK DARJAH: SATU KAJIAN

LITERATUR RINGKAS. Retrieved from

http://mohdborhanjamaluddin.blogspot.my/2013/02/pengurusan-bilik-darjah-satu-

kajian.html

8

Page 9: SOALAN A & B.docx

JURNAL

Ghazali Bin Ismail, & Mohamad Hanifah Bin Moideen. (2010). Teknik Drama Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Tinjauan Terhadap Sikap Dan Minat

Murid Orang Asli Di Sekitar Negeri Pahang. Tinjauan Terhadap Sikap Dan Minat

Murid Orang Asli Di Sekitar Negeri Pahang, 17.

Haslinda Bt Tahir Shah, Zanaton Bt Iksan, & Lilia Halim. (2015). Kaedah Bermain Dalam

Meningkatkan Minat Murid Orang Asli Terhadap Sains.INTERNATIONAL!

CONFERENCE!ON!LANGUAGE,!EDUCATION,!AND!INNOVATION!, 11.

Nurul Farhana Binti Jumaat. (2010). ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG

ASLI DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH. Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia, 81.

9