2
SOSIO-POLITIK MASA DEPAN NEGARA. Ucapan ini disampaikan oleh Dr Chandra Muzaffar di “Himpunan Barisan 1 Malaysia” yang berlangsung di Dewan Merdeka PWTC pada 24 November 2012 Ringkasan Dari segi sosio-politiknya, Malaysia jauh lebih baik daripada kebanyakan negara-negara lain. Apa buktinya? 1) Dapat mengekalkan sistem politik dimana rakyat menentukan masa depan negara selama 55 tahun. 2) Kerajaan yang memerintah adalah kerajaan sivil atau kerajaan awam, bermakna militer tidak terlibat dalam sistem pemerintahan. 3) Proses memilih wakil rakyat di peringkat Persekutuan mahupun peringkat negeri pada keseluruhannya adalah adil. Dalam setiap pilihanraya pembangkang memperolehi sekurang-kurangnya 35% daripada undi. Beberapa negeri dikuasai pembangkang sejak pilihanraya pertama pada 1959. Di negeri Kelantan umpamanya, PAS dapat terus memerintah tanpa gangguan selepas PRU 11 pada 2004 walaupun pada satu ketika majoritinya dalam Dewan Undangan hanya satu kerusi! 4) Politik negara diuruskan tanpa keganasan dan kekerasan. Peralihan kuasa diperingkat tertinggi eksekutif --- iaitu dari Perdana Menteri ke Perdana Menteri --- berlangsung secara aman. Dalam parti induk negara, iaitu UMNO, peralihan kuasa dari presiden ke presiden juga berlangsung mengikut lunas-lunas kesopanan dan kesusilaan. 5) Prinsip akauntabiliti wujud dalam beberapa aspek pemerintahan dan pentadbiran. Selain daripada pilihanraya dan perbahasaan Dewan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, pembentangan dan perbahasaan Bajet tahunan, pembentangan dan perbincangan laporan Ketua Audit dan peranan yang dimainkan oleh sistem kehakiman, media, pembangkang dan NGO juga membantu proses akauntabiliti. 6) Dasar luar Malaysia yang lebih mengutamakan keadilan, keamanan, perikemanusiaan dan kesederhanaan membolehkan Malaysia mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatannya, dan pada masa yang sama, menjalinkan hubungan mesra dengan jiran-jiranya . 7) Perubahan-perubahan yang dilakukan dari masa ke semasa memperkukuhkan sistem sosio-politik Malaysia. Sebagai contoh ISA dan Ordinan-Ordinan Darurat dimansuhkan; Akta Kolej dan Kolej Universiti dipinda untuk memperluaskan skop penyertaan pelajar dalam gelanggang politik; dan Akta Penerbitan dipinda untuk mempertingkatkan kebebasan bersuara. Begitu juga, sistem dan proses pilihanraya diperbaiki. Perubahan-perubahan yang berterusan adalah tanda sosio-politik yang matang. 8) Satu lagi tanda sosio-politik yang matang dan maju adalah dokumen-dokumen nasional yang terus digunapakai demi kesejahteraan rakyat seperti Perlembagaan

Sosiopolitik Masa Depan Negara

  • Upload
    mink

  • View
    21

  • Download
    7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sosiopolitik

Citation preview

  • SOSIO-POLITIK MASA DEPAN NEGARA.

    Ucapan ini disampaikan oleh Dr Chandra Muzaffar di Himpunan Barisan 1 Malaysia

    yang berlangsung di Dewan Merdeka PWTC pada 24 November 2012

    Ringkasan

    Dari segi sosio-politiknya, Malaysia jauh lebih baik daripada kebanyakan negara-negara lain.

    Apa buktinya?

    1) Dapat mengekalkan sistem politik dimana rakyat menentukan masa depan negara

    selama 55 tahun.

    2) Kerajaan yang memerintah adalah kerajaan sivil atau kerajaan awam, bermakna

    militer tidak terlibat dalam sistem pemerintahan.

    3) Proses memilih wakil rakyat di peringkat Persekutuan mahupun peringkat negeri

    pada keseluruhannya adalah adil. Dalam setiap pilihanraya pembangkang

    memperolehi sekurang-kurangnya 35% daripada undi. Beberapa negeri dikuasai

    pembangkang sejak pilihanraya pertama pada 1959. Di negeri Kelantan umpamanya,

    PAS dapat terus memerintah tanpa gangguan selepas PRU 11 pada 2004 walaupun

    pada satu ketika majoritinya dalam Dewan Undangan hanya satu kerusi!

    4) Politik negara diuruskan tanpa keganasan dan kekerasan. Peralihan kuasa

    diperingkat tertinggi eksekutif --- iaitu dari Perdana Menteri ke Perdana Menteri ---

    berlangsung secara aman. Dalam parti induk negara, iaitu UMNO, peralihan kuasa

    dari presiden ke presiden juga berlangsung mengikut lunas-lunas kesopanan dan

    kesusilaan.

    5) Prinsip akauntabiliti wujud dalam beberapa aspek pemerintahan dan pentadbiran.

    Selain daripada pilihanraya dan perbahasaan Dewan Parlimen dan Dewan Undangan

    Negeri, pembentangan dan perbahasaan Bajet tahunan, pembentangan dan

    perbincangan laporan Ketua Audit dan peranan yang dimainkan oleh sistem

    kehakiman, media, pembangkang dan NGO juga membantu proses akauntabiliti.

    6) Dasar luar Malaysia yang lebih mengutamakan keadilan, keamanan,

    perikemanusiaan dan kesederhanaan membolehkan Malaysia mempertahankan

    kemerdekaan dan kedaulatannya, dan pada masa yang sama, menjalinkan hubungan

    mesra dengan jiran-jiranya .

    7) Perubahan-perubahan yang dilakukan dari masa ke semasa memperkukuhkan

    sistem sosio-politik Malaysia. Sebagai contoh ISA dan Ordinan-Ordinan Darurat

    dimansuhkan; Akta Kolej dan Kolej Universiti dipinda untuk memperluaskan skop

    penyertaan pelajar dalam gelanggang politik; dan Akta Penerbitan dipinda untuk

    mempertingkatkan kebebasan bersuara. Begitu juga, sistem dan proses pilihanraya

    diperbaiki. Perubahan-perubahan yang berterusan adalah tanda sosio-politik yang

    matang.

    8) Satu lagi tanda sosio-politik yang matang dan maju adalah dokumen-dokumen

    nasional yang terus digunapakai demi kesejahteraan rakyat seperti Perlembagaan

  • Negara, Rukunegara, dan Wawasan 2020. 1Malaysia merupakan kesinambungan

    kepada dokumen-dokumen nasional yang disebut tadi.

    Kejayaan negara dalam beberapa aspek sosio-politik tidak bermakna bahawa kita bebas

    daripada cabaran.

    Antara cabaran-cabaran yang kita menghadapi adalah seperti berikut.

    1) Rasuah, khususnya, rasuah elit masih wujud --- walau pun kerajaan telah mengambil

    beberapa langkah untuk mengatasinya.

    2) Sebahagian besar daripada pelaku politik semasa lebih mementingkan diri sendiri

    atau pun parti sendiri daripada negara.

    3) Begitu juga, pelaku-pelaku politik tertentu lebih cenderung pada politik perkauman

    daripada politik nasional. Mereka kurang peka pada hasrat dan harapan kaum lain.

    4) Dalam beberapa tahun kebelakangan ini diskusi politik berubah menjadi lebih kasar

    dan kesat. Politik juga jauh lebih agresif dari dahulu.

    5) Bagi parti-parti tertentu politik matlamat menghalalkan cara telah menjadi suatu

    kelaziman. Bagi mereka kuasa adalah segala-galanya.

    Kita harus mengatasi cabaran-cabaran ini demi kesejahteraan masa depan negara kita.

    Apakah caranya? Pendidikan politik boleh memain peranannya. Begitu juga dengan contoh

    yang sihat daripada pemimpin-pemimpin parti-parti politik.

    Tetapi peranan rakyatlah yang paling penting dan berkesan. Dalam Pilihanraya 13, rakyat

    harus menolak sama sekali parti-parti politik dan pelaku-pelaku politik yang dari segi

    tingkahlaku mereka merosakkan sosio-politik negara kita.

    Dr. Chandra Muzaffar, Pengerusi, Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan 1Malaysia. 20 November 2012.