4
Refleksi Stail J Chan Sing Ying K8 Dengan mengikuti subjek Kurikuulum Pedagogi Pendidikan Jasmani, saya dapat pelajari pelbagai stail pembelejaran dan pengajaran. Faedah yang saya dapati ini boleh saya pratikkan dalam pengajaran sebagai seorang bakal guru pada masa hadapan. Stail yang telah saya terpilih adalah stail J iaitu stail pembelajaran penggerak diri. Stail ini adalah berpusatkan murid dengan sepenuhnya, manakala guru adalah sebagai pembimbing atau dikenali sebagai pemantau sepanjang proses pembelajaran murid. Dalam stail ini, murid akan diberikan autonomi yang sepenuhnya untuk mengambil alih tugasan guru. Murid akan memilih tajuk, berbincang, merancang , menjalankan aktiviti serta menilaikan diri pada akhir sesi pembelajaran. Stail ini adalah hanya boleh diaplikasikan pada kelas yang lebih aktif, berdisplin, bertanggungjawab dan juga bijaksana. Kerana stail ini memerlukan kerjasama antara murid dalam kelas serta kepimpinan bagi menjalankan aktiviti pembelajaran dengan lancar. Sebagai seorang guru harus mempertimbangkan kebolehan murid sebelum mengaplikasikannya supaya tidak sesi pembelajaran tidak akan gagal. Dalam pengajaran mikro, saya seorang saja melaksanakan pengajaran mikro. Dalam stail J, persediaan awal murid harus dimulakan pada minggu yang sebelum. Dalam keadaan sebenar, guru harus berikan satu tajuk , contohnya kemahiran pergerakan ataupun rekreasi pada tahun 5 bagi kelas. Dan murid-murid mula mencari maklumat dan merancang aktiviti dalam tempoh satu minggu atau tempoh yang diberi. Oleh kerana saya tidak diberi masa yang panjang, saya hanya memberikan murid (rakan sekelas) 5 minit untuk berbincang apa aktiviti yang mereka hendak buat. Ini merupakan persediaan awal yang guru harus 1

stail J

Embed Size (px)

DESCRIPTION

stail J penggerak diri

Citation preview

Page 1: stail J

Refleksi Stail J Chan Sing Ying K8

Dengan mengikuti subjek Kurikuulum Pedagogi Pendidikan Jasmani, saya dapat pelajari

pelbagai stail pembelejaran dan pengajaran. Faedah yang saya dapati ini boleh saya pratikkan

dalam pengajaran sebagai seorang bakal guru pada masa hadapan. Stail yang telah saya

terpilih adalah stail J iaitu stail pembelajaran penggerak diri. Stail ini adalah berpusatkan murid

dengan sepenuhnya, manakala guru adalah sebagai pembimbing atau dikenali sebagai

pemantau sepanjang proses pembelajaran murid.

Dalam stail ini, murid akan diberikan autonomi yang sepenuhnya untuk mengambil alih

tugasan guru. Murid akan memilih tajuk, berbincang, merancang , menjalankan aktiviti serta

menilaikan diri pada akhir sesi pembelajaran. Stail ini adalah hanya boleh diaplikasikan pada

kelas yang lebih aktif, berdisplin, bertanggungjawab dan juga bijaksana. Kerana stail ini

memerlukan kerjasama antara murid dalam kelas serta kepimpinan bagi menjalankan aktiviti

pembelajaran dengan lancar. Sebagai seorang guru harus mempertimbangkan kebolehan

murid sebelum mengaplikasikannya supaya tidak sesi pembelajaran tidak akan gagal.

Dalam pengajaran mikro, saya seorang saja melaksanakan pengajaran mikro. Dalam

stail J, persediaan awal murid harus dimulakan pada minggu yang sebelum. Dalam keadaan

sebenar, guru harus berikan satu tajuk , contohnya kemahiran pergerakan ataupun rekreasi

pada tahun 5 bagi kelas. Dan murid-murid mula mencari maklumat dan merancang aktiviti

dalam tempoh satu minggu atau tempoh yang diberi. Oleh kerana saya tidak diberi masa yang

panjang, saya hanya memberikan murid (rakan sekelas) 5 minit untuk berbincang apa aktiviti

yang mereka hendak buat. Ini merupakan persediaan awal yang guru harus memberikan

arahan yang jelas sebelum murid bermula. Seterusnya, guru juga hendak mengingatkan murid

supaya murid menyediakan borang kriteria penilaian atau senarai semak sebelum kelas itu

bermula. Tetapi dalam keadaan mikro, saya berikan murid (rakan sekelas) 5 minit untuk

menentukan aktiviti, persediaan alatan dan boring kriteria. Dalam set pra impak, boleh

dirumuskan, iaitu guru harus memberikan tempoh bagi murid membuat persediaan awal

sebelum aktiviti pembelajaran mula. Semua kerja persediaan adalah diuruskan oleh murid

sendiri.

Seterusnya, adalah set impak. Saya tidak memberikan ruang yang sepenuhnya kepada

murid (rakan sekelas) untuk menyerlahkan bakat mereka dalam aktiviti. Demi menjimatkan

masa, saya telah memberikan beberapa aktiviti untuk dipilih oleh murid (rakan sekelas). Saya

juga telah menyediakan alatan-alatan bagi murid. Seharusnya, mereka diberi masa untuk

berbincang ataupun bincang sebelum sesi ini, dan mereka pergi mendapatkan alatan sendiri.

1

Page 2: stail J

Refleksi Stail J Chan Sing Ying K8

Guru hanya menjadi pemantau atau pembimbing sepangjang proses pembelejaran murid.

Murid boleh meminta tolong daripada guru untuk menyelesaikan masalah. Contohnya, murid

tidak erti cara menjaring bola keranjang yang betul. Guru boleh menunjukkan lakuan yang betul

sekiranya murid tanya. Ini merupakan satu cara murid belajar, iaitu murid minta guru

menggunakan stail A dalam pengajaran. Murid adalah berhak untuk memilih gaya pembelajaran

sendiri dalam stail pembelajaran penggerak diri. Guru tidak boleh menghalang keputusan

mereka, malah guru harus memberikan keyakinan, dorongan kepada murid bagi murid

mengatasi masalah dengan kebolehan diri. Ini dapat mencungkil bakat murid secara tidak

langsung.

Murid turut menjalankan ujikaji dalam set impak. Murid sepatutnya menjalankan aktiviti

contohnya melatih imbangan T dengan memegang bola gimnastik dengan satu tangan. Murid

perlu melatih kemahiran tersebut dengan lakuan yang betul. Oleh kerana itu, rakan sekelas

perlu mengingatkan rakan bahawa lakuan tersebut adalah betul atau salah. Beginilah caranya

untuk belajar sesama rakan yang berusaha untuk mendapatkan kejayaan. Murid perlu banyak

berkomunikasi dan memberi pendapat. Sekiranya keputusan ditentukan, murid harus mengikut

caran tersebut kerana itu merupakan keputusan semua murid. Ini dapat melatih murid

menghormati antara satu sama lain. Dalam pengajaran mikro, rakan sekelas dapat melakukan

aktiviti dengan lancar tanpa pimpinan guru. Rakan juga memberi komitmen yang tinggi kepada

ketua kelas yang dilantik pada waktu itu, iaitu Lee Hoay Chyi.

Dalam pengajaran mikro set impak, rakan sekelas saya telah membuat penilaian

dengan melantik satu orang wakil bagi setiap stesyen aktiviti. Ini merupakan langkah yang baik

kerana penilaian dibuat dengan cara yang betul. Rakan membuat penilaian dengan mengisi

boring kriteria. Setiap murid dapat diuji dari satu stesyen ke stesyen lain. Pada set pasca impak,

murid harus duduk dan berbincang apa kelemahan dan kekuatan sendiri. Selain itu sama ada

aktiviti dalam jangka masa ini dapat mencapai matlamat pembelajaran. Murid juga akan

bincang cara untuk mempertingkatkan atau memperbaiki pada masa hadapan. Guru boleh

memberi sepatah dua kata untuk memberi komen dan mengakhiri waktu pengajaran tersebut.

Stail pembelajaran penggerak diri sememangnya semua diuruskan oleh murid. Jadi

murid harus berusaha untuk menjayakan tugasan yang diberi oleh guru. Semua bergantung

kepada initiatif murid untuk melakukan perbuatan. Sebagai guru, cuma boleh mendorong dan

memberi komen sekiranya perlu.

2