6
EMBARGO : Hanya boleh diterbit atau disebarkan pada jam 1200, Rabu, 15 November 2017 JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA SIARAN AKHBAR STATISTIK KANAK-KANAK, MALAYSIA, 2017 PENGENALAN Statistik Kanak-kanak, Malaysia, 2017 memaparkan statistik kanak-kanak1 terpilih sebagai asas pengukuran kualiti hidup dan kesejahteraan kanak-kanak di peringkat nasional dan negeri. Penyusunan statistik dalam penerbitan ini meliputi empat bidang utama iaitu penduduk, kesihatan, pendidikan dan perlindungan kanak-kanak. Statistik diperoleh daripada sumber sekunder melibatkan pelbagai agensi kerajaan. A) PENDUDUK Pada 2017, komposisi kanak-kanak bawah umur 18 tahun adalah 29.4 peratus iaitu 9.4 juta orang daripada jumlah penduduk 32.0 juta orang. Dari segi jantina, bilangan kanak-kanak lelaki (4.9 juta orang) lebih ramai daripada kanak-kanak perempuan (4.6 juta orang). Sementara itu, komposisi bagi kanak-kanak yang berusia bawah umur 5 tahun adalah 8.2 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Bilangan kanak-kanak lelaki (1.4 juta orang) lebih ramai daripada kanak-kanak perempuan (1.3 juta orang). Jadual 1: Penduduk mengikut kumpulan umur dan jantina, Malaysia, 2016 dan 2017 e

Statistik Kanak-Kanak, Malaysia, 2017 - DOSM

  • Upload
    others

  • View
    7

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Statistik Kanak-Kanak, Malaysia, 2017 - DOSM

EMBARGO : Hanya boleh diterbit atau disebarkan pada jam 1200, Rabu, 15 November 2017

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA  

SIARAN AKHBAR

STATISTIK KANAK-KANAK, MALAYSIA, 2017

PENGENALAN

Statistik Kanak-kanak, Malaysia, 2017 memaparkan statistik kanak-kanak1 terpilih sebagai asas pengukuran kualiti hidup dan kesejahteraan kanak-kanak di peringkat nasional dan negeri. Penyusunan statistik dalam penerbitan ini meliputi empat bidang utama iaitu penduduk, kesihatan, pendidikan dan perlindungan kanak-kanak. Statistik diperoleh daripada sumber sekunder melibatkan pelbagai agensi kerajaan.

 

A)   PENDUDUK

Pada 2017, komposisi kanak-kanak bawah umur 18 tahun adalah 29.4 peratus iaitu 9.4 juta orang daripada jumlah penduduk 32.0 juta orang. Dari segi jantina, bilangan kanak-kanak lelaki (4.9 juta orang) lebih ramai daripada kanak-kanak perempuan(4.6 juta orang).

Sementara itu, komposisi bagi kanak-kanak yang berusia bawah umur 5 tahun adalah 8.2 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Bilangan kanak-kanak lelaki (1.4 juta orang) lebih ramai daripada kanak-kanak perempuan (1.3 juta orang).

 

Jadual 1: Penduduk mengikut kumpulan umur dan jantina, Malaysia, 2016 dan 2017e

 

Page 2: Statistik Kanak-Kanak, Malaysia, 2017 - DOSM

Pada 2017, W.P. Putrajaya merekodkan peratusan tertinggi kanak-kanak berumur bawah 18 tahun iaitu 42.6 peratus. Ini diikuti oleh Kelantan (36.7%) dan Terengganu (36.5%). Manakala, Pulau Pinang merekodkan peratusan terendah kanak-kanak berumur bawah 18 tahun iaitu 24.1 peratus. 

 

Carta 1: Kanak-kanak (bawah 18 tahun) mengikut negeri, Malaysia, 2017e

 

Page 3: Statistik Kanak-Kanak, Malaysia, 2017 - DOSM

B)   PENDIDIKAN

Pada 2016, murid di prasekolah mencatatkan peningkatan 2,171 orang berbanding tahun sebelumnya daripada 198,574 orang (2015) kepada 200,745 orang (2016). Trend sebaliknya ditunjukkan bagi peringkat rendah dan menengah rendah iaitu masing-masing berkurang 239 orang dan 42,235 orang. Dalam kalangan murid menengah atas pula, bertambah 19,103 orang daripada 781,472 orang (2015) kepada 800,575 orang (2016).

 

Carta 2: Murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan mengikut peringkat pendidikan, Malaysia, 2015 dan 2016

Bilangan murid di tadika swasta, sekolah rendah swasta dan sekolah menengah swasta menunjukkan peningkatan pada 2016 masing-masing kepada 332,641, 36,899 dan 109,865 orang. 

 

Carta 3: Murid di sekolah swasta mengikut peringkat pendidikan, Malaysia, 2015 dan 2016

Page 4: Statistik Kanak-Kanak, Malaysia, 2017 - DOSM

 

Page 5: Statistik Kanak-Kanak, Malaysia, 2017 - DOSM

 

Page 6: Statistik Kanak-Kanak, Malaysia, 2017 - DOSM

Maklumat terperinci mengenai laporan ini boleh diakses melalui aplikasi eStatistik di laman web Jabatan Perangkaan Malaysia, www.dosm.gov.my.

 

Dikeluarkan Oleh:

PEJABAT KETUA PERANGKAWAN MALAYSIAJABATAN PERANGKAAN MALAYSIA15 November 2017 

Pegawai dihubungi:Ho Mei KeiPegawai Perhubungan AwamBahagian Korporat & Khidmat PenggunaJabatan Perangkaan MalaysiaTel : +603-8885 7942Faks : +603-8888 9248Emel : mkho[at]stats.gov.my