39
SIRI PENGAJIAN TAFSIR SURAH AN-NABA( ) USTAZ AHMAD ADNAN BIN FADZIL WAWASAN UMMAH ENTERPRISE

surah an naba

  • Upload
    beebee

  • View
    284

  • Download
    12

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tafsir surah an naba'

Citation preview

Page 1: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR

SURAH AN-NABA’

( )

USTAZ AHMAD ADNAN BIN FADZIL

WAWASAN UMMAH ENTERPRISE

Page 2: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 2

SIRI PENGAJIAN TAFSIR SURAH AN-NABA’ Oleh: Ahmad Adnan Bin Fadzil © Wawasan Ummah Enterprise Semua hak cipta adalah terpelihara. Sebarang bahagian di dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara tanpa izin penulis atau penerbit. Terbitan pertama: Oktober 2006 Diterbitkan oleh: Wawasan Ummah Enterprise, No. 12, Jalan Teja 1, Taman Teja, 06010 Changloon, Kedah. Tel/Faxs: 04-9249021 (email; [email protected])

Page 3: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 3

Page 4: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 4

KANDUNGAN BERKENALAN DENGAN SURAH 5 TERJEMAHAN DAN TAFSIRAN Polemik orang-orang Musyrikin tentang kiamat 9 Tanda-tanda kekuasaan Allah 10 Cerita tentang kiamat 17 Tiupan Sangkakala 18 Fenomena alam ketika berlaku kiamat 19 Suasana di dalam Neraka 21 Punca azab Neraka 23 Ahli Syurga 24 Syurga; anugerah Tuhan 27 Di akhirat; segala kehebatan milik Allah 29 Syafaat di Akhirat 30 Mengambil iktibar untuk kembali ke jalan Allah 31 Azab yang hampir 32 RENUNGAN DARI SURAH AN-NABA’ 35 (Nukilan Syeikh Muhammad al-Ghazali) Rujukan dan bacaan 39

Page 5: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 5

BERKENALAN DENGAN SURAH 1. Surah ini adalah surah Makkiyah, iaitu surah yang diturunkan di Mekah. Dinamakan an-Naba‟ (yang bermaksud berita) kerana surah ini memuatkan berita penting tentang kiamat, kebangkitan semula dan perhimpunan (di Mahsyar). Fokus surah ialah untuk menanamkan aqidah tentang hari akhirat merangkumi berlakunya kiamat, kebangkitan semula selepas mati, syurga dan neraka. 2. Surah dimulakan dengan menceritakan keraguan dan polemic yang sengaja ditimbulkan oleh orang-orang musyrikin Mekah yang meragui kebenaran wahyu yang diterima Nabi Muhammad s.a.w. dari Allah termasuk yang menceritakan tentang peristiwa besar kiamat dan kebangkitan semula.

“Tentang berita apakah mereka saling bertanya? Tentang berita yang besar. Iaitu berita yang mana mereka berselisihan tentang (kebenaran)nya” (an-Naba‟; 1-3) 2. Kemudian Allah membentangkan tanda-tanda kekuasaanNya yang dapat dilihat dengan jelas oleh manusia di alam ini. Tujuan Allah ialah supaya manusia –khususnya orang-orang yang masih kafir dan musyrik- berfikir setelah memerhati ciptaan Allah itu; apakah Tuhan yang menciptakan alam ini tidak mampu memusnahkannya dan kemudian membangkitkan kembali sebahagian makhlukNya yang Ia kehendaki?

“Bukankah kami yang menciptakan bumi menjadi hamparan, Dan (menjadikan) gunung ganang menjadi pasak, Dan Kami menjadikan sekelian kamu berpasang-pasang, Dan Kami menjadikan tidur kamu kerehatan”. (an-Naba‟: 6-9) 3. Kemudian Allah menjelaskan bahawa hari kiamat (yang diberi nama hari pemutus) sama ada ada manusia mempercayainya atau tidak, tarikh berlakunya telahpun ditetapkan waktunya oleh Allah. Kiamat itu akan

Page 6: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 6

bermula dengan tiupan sangkakala, diikuti dengan kebangkitan semula dan perarakan ke mahsyar. Allah juga menceritakan sebahagian fenomena yang berlaku kepada alam di saat berlakunya kiamat iaitulah langit akan terbelah dan gunung-ganang akan hancur lebur.

“Sesungguhnya hari pemutus itu, ianya telah ditentukan waktunya, Iaitu hari dilakukan tiupan pada sangkakala, lalu kamu sekelian datang kumpulan demi kumpulan”. (an-Naba‟: 17-18) 3. Kemudian menyusul pula ayat-ayat yang menceritakan tentang azab neraka. Dijelaskan untuk siapa neraka diciptakan, berapa lama mereka akan tinggal di dalamnya dan digambarkan sebahagian azab neraka yang amat mengerikan dan cukup menghina.

Sesungguhnya neraka jahannam itu, ianya adalah tempat mengintai, Tempat untuk orang-orang yang melampau. Mereka tinggal di dalamnya zaman berzaman (tanpa penghujung)”. (an-Naba‟: 17-23) 4. Diikuti pula dengan menceritakan tentang syurga yang penuh dengan kemewahan dan keseronokan, tempat yang disediakan Allah untuk hamba-hambaNya yang bertakwa. Al-Quran dalam dakwahnya sentiasa menggabungkan uslub tarhib (memberi ancaman) dan targhib (memberi dorongan) dalam usaha mengajak manusia kepada kebaikan. Kerana itu penceritaan tentang azab neraka di gandingkan dengan penceritaan tentang nikmat syurga.

Page 7: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 7

“Sesungguhnya untuk orang-orang bertakwa dikurniakan kejayaan dan keselamatan, Iaitu taman-taman dan anggur-anggur, Dan wanita-wanita perawan yang sebaya, Serta gelas-gelas arak yang dipenuhi”. (an-Naba‟: 31-34) 5. Sebelum berakhirnya surah, Allah menyebutkan tentang syafaat di akhirat. Di akhirat, tidak ada yang dapat bercakap di hadapan Allah –termasuk untuk memberi atau memohon syafaat- melainkan orang-orang yang diberi keizinan oleh Allah. Begitu juga, tidak ada syafaat yang dapat diberikan melainkan kepada orang diredhai Allah.

“Hari ketika ruh (yakni Jibril) dan para malaikat berdiri dengan berbaris-baris. Mereka tidak bercakap kecuali siapa yang diberi izin kepadanya oleh Tuhan yang memberi rahmat (yakni Allah) dan dia hanya mengucapkan yang benar sahaja” (an-Naba‟; 38). 5. Di akhir surah, Allah menyerahkan kepada manusia untuk menentukan sikap mereka sama ada hendak menerima seruan Allah atau menolaknya setelah hujjah-hujjah dibentangkan oleh Allah. Yang pastinya, hari kiamat itu tetap akan berlaku. Ia bukan semakin menjauhi manusia, sebaliknya semakin mendekati mereka. Bila berlakunya kiamat, manusia akan melihat kembali amalan mereka di dunia. Pada saat itu orang kafir akan tersentak, lalu –dengan nada menyesal- mulut mereka berkata; “Alangkah baiknya jika aku menjadi tanah”.

Page 8: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 8

“Sesungguhnya Kami telah ingatkan kamu tentang azab yang hampir, iaitu hari di mana setiap orang akan memerhati apa yang telah dilakukannya dan orang kafir berkata; „Alangkah baiknya jika aku menjadi tanah‟”. (an-Naba‟: 40)

Page 9: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 9

TERJEMAHAN DAN TAFSIRAN Polemik orang-orang Musyrikin tentang kiamat Allah SWT memulakan surah ini dengan menempelak orang-orang Musyrikin yang masih mempersoalkan tentang kiamat kerana mereka masih tidak mempercayainya. Firman Allah;

Terjemahan; (1) Tentang perkara apakah mereka saling bertanya (sesama mereka)? Tafsiran; Allah bertanya; persoalan apakah yang masih diperbahaskan

oleh orang-orang musyrikin yang engkar itu? Perkataan “عّى” asalnya

ialah gabungan “ٍع” (tentang) dan “يا” (apa), kemudian diidghamkan mim ke dalam nun dan dihazaf/dibuang alif pada ma yang merupakan huruf istifham (huruf pertanyaan). Pertanyaan Allah di sini bukan untuk mendapat jawapan, akan tetapi untuk menyedarkan mereka bahawa persoalan yang mereka cetuskan itu merupakan suatu isu besar yang bukan sebarangan. Sebenarnya orang-orang musyrikin mereka saling bertanya sesama mereka perihal kiamat dan kebangkitan semula, namun mereka bercakap dengan nada menolak dan memperolok. Maka untuk memberi kesedaran kepada mereka bahawa apa yang mereka tolak dan perolok-olokkan itu merupakan perkara besar, bukan perkara main-main, maka didatangkan dengan gaya bahasa pertanyaan.

Terjemahan;

(2) Tentang berita yang besar. (3) Iaitu berita yang mana mereka berselisihan tentang (kebenaran)nya. Tafsiran; yakni mereka bertanya dan berbahas tentang suatu berita besar yang mana sesama mereka masih berbelah-bagi; ada yang ragu-ragu benarkah ia akan berlaku?, dan ada yang menolaknya terus. Menurut kebanyakan ulamak tafsir, berita besar dalam ayat di atas merujuk kepada kiamat dan kebangkitan semula di akhirat. Namun ada pula ulamak berpandangan lain; iaitu ia merujuk kepada al-Quran, yakni

Page 10: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 10

orang-orang musyrikin masih berbahas dan mempersoalkan tentang kebenaran al-Quran; apakah ia benar wahyu Allah?. Menurut Imam Ibnu Kathit; makna pertamalah yang lebih jelas jika dilihat kepada ayat-ayat berikutnya.

Terjemahan; (4) Sekali-kali jangan demikian! Kelak mereka akan mengetahui (kebenarannya). (5) Kemudian, sekali-kali jangan demikian! Kelak mereka akan mengetahui (kebenarannya)”. Tafsiran; Allah menegur dan mengancam mereka; “janganlah mereka masih mempertikai berita besar itu”. Hendaklah mereka berhenti dari berpolemik tentangnya kerana mereka akan mengetahui jua akhirnya apabila mereka melihatnya sendiri secara realiti dan melihat akibat sikap mereka memperolok-olokkannya. Kemudian Allah mengulangi sekali sekali lagi teguran bagi menguatkan lagi tegahan dan ancaman terhadap mereka; “Kemudian, sekali-kali jangan demikian! Kelak mereka akan mengetahui (kebenarannya)”. Tanda-tanda kekuasaan Allah Berikutnya Allah membentangkan tanda-tanda kekuasaanNya untuk menjadi bahan renungan bagi manusia yang masih tidak mempercayai kiamat dan kebangkitan semula. Allah ingin mereka berfikir; apakah Tuhan yang telah mencipta segala makhluk-makhluk yang hebat di alam ini (bumi, gunung-ganang, matahari, bulan, bintang-bintang, planet dan sebagainya) tidak mampu memusnahkannya apabila tiba masanya dan kemudian membangkitkan semula sebahagian makhlukNya untuk dihisab dan dihitung amalan-amalan mereka? Firman Allah;

Page 11: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 11

Terjemahan; (6) Bukankah Kami yang menjadikan bumi sebagai hamparan,1 (7) Dan (menjadikan) gunung-ganang sebagai pasak, (8) Dan Kami menjadikan kamu sekelian berpasang-pasangan (lelaki dan perempuan), (9) Dan Kami menjadikan tidur kamu sebagai masa berehat,2 (10) Dan Kami menjadikan malam (menutupi) umpama pakaian, (11) Dan Kami menjadikan siang sebagai masa mencari kehidupan, (12) Dan Kami binakan di atas kamu tujuh (lapis langit) yang kukuh rapi, (13) Dan Kami menjadikan pelita yang menyala-nyala3 (iaitu matahari), (14) Dan Kami menurunkan dari awan-awan4 air yang mencurah-curah5, (15) Untuk kami keluarkan dengannya (yakni dengan air hujan itu) biji-bijian dan tumbuhan-tumbuhan, (16) Dan kebun-kebun yang (pokok-pokoknya tumbuh) rapat-rapat dan berlapis-lapis”.6

1 Menurut Tafsir al-Jalalain; perkataan “يهادا” bermaksud; “فراشا كانًهذ” (hamparan

seperti tempat tidur). Menurut Imam Ibnu Kathir; “يهادا” bermaksud; bumi ini

dijadikan Allah dalam keadaan terbentang untuk makhluk-makhluknya,

dimudahkan untuk mereka (berjalan dan berulang-alik di atasnya) dengan

keadaannya yang tetap dan stabil. (Lihat; surah an-Naba‟, ayat 6). 2 Menurut Tafsir al-Jalalain; perkataan “سثاذا” bermaksud; “راحح نألتذاٌ تقطع األعًال”

(kerehatan bagi badan dengan memutuskan kerja-kerja). (Lihat; surah al-Furqan,

ayat 47 dan surah an-Naba‟, ayat 9). 3 Berkata ulamak-ulamak ahli Tafsir; perkataan al-Wahhaj bermaksud; suatu yang

terbakar yang menghasilkan cahaya yang sangat terang, bernyala dengan marak dan meluap-luap kerana terlalu panas. (Sofwah at-Tafasir). 4 Perkataan “انًعصراخ” bermaksud; awan-awan yang telah berat yang tiba masa untuk

menggugurkan air. (Lihat; Shafwah al-Tafasir dan al-Jalalain). Sebenarnya para ulamak Tafsir berikhtilaf tentang makna al-Mu‟shirat. Makna tadi (yakni awan) diutarakan oleh sebahagian ulamak dan dipilih oleh Imam Ibnu Jarir dan Ibnu Kathir. Pandangan lain menyebutkan; maknanya ialah angin (ar-riyah), yakni angin yang menurunkan hujan dari awan. (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir, surah an-Naba‟, ayat 14). 5 Perkataan “ثجاجا” bermaksud “يُصثا يرراتعا” (yang turun dengan mencurah-curah,

terus-menerus tanpa henti). (Tafsir Ibnu Kathir). 6 Perkataan “أنفافا” (jamak kepada “نفيف” (yang rapat)) bermaksud; “ انرف تعضها تثعض

-lihat; al) (rapat-rapat antara satu sama lain kerana banyaknya pokok) ”نكثرج انشجر

Mufradat, Imam ar-Raghib al-Asfahani). Berkata Imam Ibnu Kathir; maksudnya

Page 12: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 12

Tafsiran; di dalam ayat-ayat di atas, ada sembilan tanda/bukti kekuasaan Allah yang dibentangkan; 1. Bumi yang dijadikan terhampar, mudah untuk manusia berjalan dan berulang-alik di atasnya dan menjalani kehidupan; bercucuk tanam, berniaga dan sebagainya. Siapakah yang menciptakannya kalau bukan Allah?

“Dia lah (Allah) yang menjadikan bumi bagi kamu mudah, maka berjalanlah di serata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah) kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan semula” (al-Mulk; 15) 2. Gunung-ganang yang dijadikan sebagai pasak atau tumang-tumang7 bagi bumi untuk meneguhkannya supaya ia tidak bergoyang sebagaimana teguhnya rumah dengan adanya tumang-tumangnya.8 Siapakah yang menjadikan gunung-ganang yang begitu besar itu jika bukan Allah? 3. Manusia yang dijadikan berpasangan (lelaki dan perempuan) juga menunjukkan kekuasaan Allah kerana dengan berpasangan itu manusia dapat berkonsi hidup (dengan berkahwin), berkasih-sayang, mengecapi nikmat dan melahirkan zuriat supaya dengan itu keturunan manusia tidak akan putus di atas muka bumi ini. Firman Allah di dalam ayat yang lain;

ialah “يجرًعح” (yang berhimpun pokok-pokok di dalamnya) sebagaimana firman

Allah di dalam surah yang lain (yakni surah ar-Ra‟du, ayat 4). 7 Tumang; pancang untuk menyangga sesuatu (Kamus Dewan, DBP)

8 Berkata pengarang kitab at-Tashil; “Allah meumpamakan gunung-ganang dengan

tumang-tumang/pasak-pasak kerana gunung-ganang memegang bumi dari bergoyang sama seperti peranan tumang atau pasak”. (Sofwah al-Tafasir)

Page 13: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 13

“Dan di antara tanda-tanda (kekuasaanNya) ialah Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (kebesaran Alah) bagi orang-orang yang berfikir” (ar-Rum; 21). 4. Tidur; Allah mentakdirkan adanya masa tidur dalam kehidupan manusia untuk kerehatan badan mereka. Dengan tidur, manusia dapat berhenti dari kesibukan-kesibukan dan bebas dari bebanan kerja di siang hari. Di dalam hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Tidur adalah saudara mati dan tidak akan mati ahli syurga” (HR Imam al-Baihaqi, at-Thabrani dan al-Bazzar dari Jabir r.a.. Menurut Ibnu Hajar; para perawi hadis ini adalah soheh. Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 9325) Jika manusia mengambil iktibar dari tidur, tidak menjadi keberatan untuk mereka mempercayai kebangkitan semula selepas mati. Sebagaimana orang yang tidur akan bangun apabila tiba masanya, maka orang yang mati juga tidak mustahil untuk bangun semula bila tiba masanya yang ditetapkan Allah iaitu apabila berlakunya tiupan sangkakala kedua. 5. Malam; di antara kebesaran Allah ialah Ia menjadikan malam ibarat pakaian di mana kegelapannya menutupi kita dari pandangan mata orang lain ssebagaimana pakaian menutupi badan kita dari dilihat orang lain. 6. Siang pula dijadikan Allah untuk manusia mencari keperluan hidup. Menurut Ibnu Kathir; “Allah menjadikan siang bercahaya dan terang benderang untuk membolehkan manusia bergerak dan berurusan iaitu berulang-alik bagi mencari keperluan hidup, memperolehi pendapatan, berurus-niaga dan sebagainya”. Firman Allah di dalam surah yang lain;

Page 14: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 14

“Dan Dia lah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian, dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki” (al-Furqan; 47).

“Dia lah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya perubahan malam dan siang itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu mendengar (keterangan-keterangan tersebut dan mengambil pelajaran darinya)” (Yunus; 67). 7. Di antara tanda kekuasaan Allah yang paling besar ialah kejadian langit. Allah menjadikan di atas manusia tujuh lapis langit yang rapi, kukuh dan menakjubkan, yang tidak terkesan dengan masa dan zaman yang berlalu panjang. Firman Allah di dalam surah lain;

“Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara”. (al-Anbiyak: 32)

“Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya”. (az-Dzariyat: 47)

Page 15: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 15

“Tuhan yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah yang maha pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. (Jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandanganmu. Dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? Kemudian ulangilah pandanganmu berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia)” (al-Mulk; 3-4) 8. Di antara tanda kebesaran Allah yang dapat dilihat oleh manusia ialah matahari. Allah menjadikan matahari bersinar terang dan menyala-nyala (wahhajan). Fungsi matahari bukan sekadar menjadi penyuluh bumi, tetapui juga ia membekalkan tenaga kepada tumbuh-tumbuhan di bumi. Tanpa matahari tidak akan ada kehidupan di atas muka bumi ini sebagaimana di sahkan oleh kajian sains hari ini. Cahaya matahari sama penting dengan air bagi kelansungan hidup di bumi.

“Maha berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit tempat-tempat peredaran bintang dan menjadikan padanya matahari (sirajan) serta bulan yang menerangi. Dan Dia lah juga yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya), atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya)” (al-Furqan; 61-62).

Page 16: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 16

“Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat. Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang)” (Nuh: 15-16). 9. Di antara tanda kebesaran Allah untuk renungan manusia ialah awan. Dari awan Allah menurunkan air hujan yang mencurah-curah. Dengan air hujan itu, Allah menerbitkan bermacam jenis biji-bijian dan tumbuhan yang tumbuh di atas muka-bumi untuk menjadi makanan bagi manusia dan juga binatang-binatang. Dan dengan air hujan itu juga Allah tumbuhkan kebun-kebun yang mempunyai pokok-pokok yang kelihatan rapat-rapat dan berlapis-lapis kerana dahan-dahannya yang rendang dan berdekatan antara satu sama lain.

“Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya” (ar-Ra‟du; 4). Begitulah Allah telah membentangkan sembilan bukti kekuasaanNya. Bukti-bukti ini menunjukkan tidak mustahil akan berlakunya kiamat dan kebangkitan semula dengan ketentuan Allah. Tuhan yang berkuasa menciptakan semua itu, sudah tentu Ia juga mampu memusnahkannya dan kemudian menghidupkan kembali makhlukNya yang telah mati untuk dihisab dan diberi pembalasan.

Page 17: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 17

Cerita tentang kiamat Setelah meyakinkan manusia tentang kebenaran kiamat dengan membentangkan tanda-tanda kekuasaanNya, di dalam ayat-ayat berikutnya Allah menceritakan kepada manusia apa sebenarnya kiamat, apa yang akan berlaku kepada alam ketika terjadinya kiamat dan apa kesudahan manusia selepas berlakunya kiamat. Allah memulakan dengan menjelaskan bahawa tarikh kiamat itu telah pun ada di dalam ilmu Allah, hanya menunggu masa untuk berlaku;

Terjemahan; (17) Sesungguhnya hari kiamat itu telah ditentukan waktunya. Tafsiran; hari kiamat telah ditentukan Allah bila akan berlakunya di dalam Ilmu dan Qadha‟Nya. Berlakunya hari tersebut tidak akan berganjak dari masa yang ditentukan itu sama ada ke depan atau ke belakang. Firman Allah;

“Sesungguhnya pada kejadian tersebut ada tanda (untuk iktibar) bagi orang yang takutkan azab akhirat, iaitu hari dihimpunkan manusia padanya dan hari tersebut dihadiri oleh sekalian makhluk. Kami tidak menundanya kecuali sampai waktu yang ditentukan”. (Hud: 103-104) Di dalam ayat di atas, Allah memanggil kiamat dengan nama Yaumul-Fasl

( yang bermaksud hari keputusan atau hari pemisahan. Hari (يىو انفصمkeputusan kerana pada hari itu Allah menjalankan keputusanNya kepada sekelian makhlukNya di mana segala amalan mereka akan dihisab dan kemudiannya ditentukan balasannya; jika baik akan dibalas baik, jika buruk buruklah balasannya. Hari pemisahan pula kerana pada hari ini Allah akan memisahkan antara manusia-manusia; memisahkan antara golongan yang akan mendapat kebahagiaan dan golongan yang akan sengsara akibat dari amalan masing-masing di dunia.9

9 Sofwah at-Tafasir dan Tafsir al-Qasimi.

Page 18: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 18

Tiupan sangkakala10

Terjemahan; (18) Iaitu hari dilakukan tiupan pada sangkakala,11 lalu kamu sekelian datang kumpulan demi kumpulan (ke Mahsyar).12 Tafsiran; Bila tiba hari yang telah ditetapkan untuk kiamat itu, malaikat Israfil –pada hari itu- akan melakukan tiupan sangkakala. Tiupan akan dilakukan dua kali. Tiupan pertama mematikan sekelian makhluk di langit dan di bumi kecuali orang-orang yang dikehendaki Allah. Tiupan kedua pula membangkitkan semula sekelian manusia dari kubur-kubur mereka dengan dikembalikan ruh-ruh kepada jasadnya masing-masing. Kedua-dua tiupan tersebut disebut oleh Allah di dalam firmanNya;

“Dan ditiuplah sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya). Kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (keputusan masing-masing)” (az-Zumar; 68) Setelah bangkit dari kubur, semua manusia akan bergerak secara berkumpulan –yakni kumpulan demi kumpulan- menuju ke mahsyar (padang perhimpunan) untuk menghadapi hisab dan pembalasan. Menurut Imam Ibnu Jarir;13 setiap umat akan menuju ke Mahsyar bersama Rasul masing-masing sebagaimana firman Allah;

10

Trompet (Kamus Dewan). 11

Perkataan “انصىر” bermaksud “ Lihat; al-Jalalian, surah) .”انقرٌ انُفخح األونى أو انثاَيح

al-Mu‟minun, ayat 101). 12

Perkataan “أفىاجا” menurut Imam Mujahid bermaksud “زيرا زيرا” (kumpulan

demi kumpulan). (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir). 13

Lihat; Tafsir Ibnu Kathir.

Page 19: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 19

“(Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imam mereka (yakni dengan Nabi mereka –lihat; Tafsir al-Jalalain); kemudian sesiapa diberikan bukunya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita), dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amal mereka) sedikitpun” (al-Isra‟; 71).

Di dalam hadis yang disampaikan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; “Jarak di antara dua tiupan adalah 40”. Orang-orang yang mendengar hadis itu dari Abu Hurairah mereka bertanya; “Wahai Abu Hurairah, adakah 40 hari?”. Ia menjawab; “Aku tidak tahu”. Mereka bertanya lagi; “Adakah 40 tahun”. Ia menjawab; “Aku tidak tahu”. Mereka bertanya lagi; “Adakah 40 bulan”. Ia menjawab; “Aku tidak tahu”. Kemudian beliau menyambung sabda Nabi; “Seluruh badan manusia akan musnah melainkan „ajbu az-zanabnya di mana dari „ajbu az-zanab itu akan dicipta kembali makhluk. Kemudian Allah akan menurunkan air dari langit, lalu apabila disirami air itu, manusia-manusia akan tumbuh (hidup kembali) umpama tumbuhnya pohon-pohon kecil/sayuran” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Fenomena alam ketika berlaku kiamat Berikutnya Allah menggambarkan kepada kita sebahagian dari fenomena alam yang bakal berlaku apabila tercetusnya kiamat;

Terjemahan; (19) Dan langit dibuka (dipecahkan), lalu ia menjadi berpintu-pintu. (20) Dan digerakkan gunung-ganang, lalu menjadilah ia fatamorgana. Tafsiran; Bila berlaku kiamat, langit akan pecah dan terbelah dari segala arahnya hingga kelihatan padanya rekahan-rekahan dan lorong-lorong umpama pintu-pintu pada dinding. Ini adalah salah satu perkara menggerunkan yang berlaku di hari tersebut sebagaimana firman Allah;

Page 20: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 20

“Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak”. (ar-Rahman: 37)

“Apabila langit terbelah”. (al-Insyiqaq: 1) Gunung-ganang pada hari itu diruntuhkan dan dicabut dari tempat-tempatnya sehingga orang yang melihat kepadanya ia seolah-olah nampak sesuatu, padahal tidak ada apa-apa pun. Ia seolah-olah seperti fatamorgana; orang melihatnya menyangka ia air, namun hakikatnya bukan air. Berkata Imam at-Tabari; gunung-ganang pada hari kiamat itu setelah diruntuhkan, menjadilah ia debu-debu yang berhamburan/berterbangan pada pandangan mata manusia, sama seperti fatamorgana yang disangka air oleh orang yang melihatnya, namun hakikatnya ia hanyalah debu. Di dalam surah yang lain, gambaran yang lebih jelas diberikan Allah;

“Apabila berlaku hari kiamat itu, tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat). (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan. Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, lalu menjadilah ia debu yang bertebaran” (al-Waqi‟ah; 1-6)

Page 21: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 21

“Dan mereka (yang kafir) bertanya kepadamu (wahai Muhammad) dari hal gunung-ganang; maka jawablah: „Tuhanku akan menghancurkannya menjadi debu ditiup angin. Lalu ia membiarkan tapak gunung-gunung itu (di bumi) rata lagi licin‟. Engkau tidak akan melihat pada tapaknya itu tempat yang rendah atau yang tinggi” (Thaha; 105-107)

“Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata; dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka”. (al-Kahfi; 47) Suasana di dalam neraka Di alam akhirat –iaitu alam setelah berlakunya kiamat-, kehidupan manusia akan berakhir di dua destinasi iaitu syurga atau neraka. Syurga adalah tempat kediaman yang penuh dengan nikmat. Neraka pula di kelilingi dengan azab sengsara. Di dalam ayat-ayat berikutnya Allah menceritakan keadaan di dalam syurga dan neraka. Allah memulakan dengan menceritakan tetang neraka;

Terjemahan; (21) Sesungguhnya neraka jahannam itu, ianya adalah tempat mengintai.14 Tafsiran; maksudnya; neraka jahanam menunggu dan mengintai tetamu-tetamunya dari orang-orang kafir, umpama seorang manusia menunggu dan mengintai-ngintai seorang musuhnya untuk menyerangnya pada ketika ia alpa/lalai. Berkata ahli Tafsir; al-Mirshad ialah tempat di mana seseorang itu menunggu dan mengintai musuh.

14

Kalimah “يرصادا” bermaksud “راصذج أو يرصذج ” iaitulah tempat mengendap atau

mengintai. (al-Jalalain). Rashada dalam bahasa Arab bermaksud; memerhati,

mengecam. Mirshadan menurut Kamus al-Marbawi; pasukan pengendap, tempat

mengendap, melihat dan mengintai.

Page 22: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 22

Neraka jahannam menunggu dan mengintai musuh-musuh Allah untuk menyiksa mereka dengan apinya yang amat panas. Ia mengawasi dan memerhati sesiapa dari kalangan orang-orang kafir yang melintasinya, lalu menyambarnya kepadanya (yakni memungutnya masuk ke dalam neraka). Berkata Imam al-Hasan dan Qatadah tatkala mentafsir ayat di atas; tidak ada ada sesiapapun yang dapat memasuki syurga melainkan ia mesti melalui neraka. Jika ia dapat melepasi neraka itu, akan selamatlah ia. Jika tidak, akan terpenjaralah ia dalam neraka itu. Berkata Sufyan as-Sauri; akan merentangi neraka itu tiga jambatan. (Tafsir Ibnu Kathir).

Terjemahan; (22) Tempat kembali bagi orang-orang yang melampaui batas. (23) Mereka tinggal di dalamnya zaman demi zaman (tanpa penghujung)”.15 Tafsiran; api neraka itu merupakan tempat kembali dan kediaman bagi golongan taghut, iaitu golongan pelampau yang engkar dan menentang para Rasul. Mereka tinggal di dalamnya dalam tempoh masa yang berlarutan tanpa ada penghujungnya. Berkata Imam al-Qurtubi; mereka tinggal di dalam Neraka selama ada zaman-zaman dan ia tidak akan habis. Setiap kali berlalu satu zaman, akan datang pula tempoh zaman yang lain kerana zaman-zaman akhirat tidak ada penghujung baginya. Berkata Imam ar-Rabi‟ dan Qatadah; zaman-zaman (di dalam neraka) itu tidak akan berlalu dan tidak akan terputus. Apabila tamat satu zaman, akan menyusul pula zaman yang lain. Diceritakan bahawa; lama bagi satu zaman ialah 80 tahun, satu tahun 360 hari dan satu hari menyamai 1000 tahun mengikut hitungan dunia.

15

Kalimah “أحقاتا” adalah jamak kepada “حقة” yang bermaksud “ٌانًذج يٍ انسيا” (satu

tempoh dari zaman). Kalimah ahqaban itu dapat kita terjemahkan; “zaman-

berzaman”. Berkata Imam Qatadah; ia tidak akan putus (yakni tidak berkesudahan).

Setiap kali berlalu satu tempoh zaman, akan menyusul pula selepasnya satu tempoh

zaman yang lain. Diceritakan kepada kami bahawa; lama bagi satu tempoh zaman

.itu ialah 80 tahun. (Tafsir Ibnu Kathir) (انحقة)

Page 23: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 23

Terjemahan; (24) Mereka tidak akan merasai di dalam neraka itu kesejukan dan minuman. (25) Melainkan air panas mendidih dan cairan nanah. (26) Sebagai balasan yang setimpal. Tafsiran; ahli-ahli nereka, mereka tidak akan merasai di dalam neraka itu kesejukan yang dapat meredakan kepanasan api neraka dan begitu juga mereka tidak akan mengecapi sebarang minuman yang dapat menghilangkan dahaga mereka selama mereka di dalamnya. Hanya yang diberikan kepada mereka ialah air yang sangat panas dan nanah yang mengalir dari kulit ahli neraka. Menurut Imam ar-Rabi‟ bin Anas; “al-Hamim bermaksud air panas yang sampai kemuncak kepanasannya. Al-Ghasaq pula maksudnya; air/minuman yang dihimpun dari nanah ahli neraka, peluh, air mata dan luka merka” (Tafsir Ibnu Kathir). Allah menghukum mereka sebegitu rupa sebagai balasan yang setimpal dengan amalan-amalan jahat/buruk yang mereka lakukan di dunia dulu. Punca azab neraka

Terjemahan; (27) Sesungguhnya mereka dahulunya adalah orang-orang yang tidak mengharapkan adanya hisab. (28) Dan mereka mendustai ayat-ayat Kami dengan sungguh-sungguh. (29) Dan segala perkara telah Kami hitungnya dengan menulisnya. Tafsiran; yakni semasa di dunia dulu mereka tidak mempercayai adanya negeri akhirat di mana di negeri itu mereka akan dihisab dan dibalas oleh Allah terhadap segala amalan mereka. Selain itu, mereka juga menolak

Page 24: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 24

ayat-ayat Allah yang menunjuk kepada kebangkitan, malah menolak keseluruhan ayat al-Quran dengan mereka bersungguh-sungguh mendustainya (yakni menganggapnya bohong, tipu dan dusta). Mereka tidak menyedari bahawa segala amalan/perbuatan dan sikap hamba diketahui oleh Allah dan Ia mencatatnya serta akan membalasi mereka berdasarkan amalan/perbuatan yang mereka lakukan itu; jika baik akan dibalas baik dan jika buruk akan dibalas buruk.

Terjemahan; (30) Maka kamu rasailah. Sekali-kali Kami tidak akan menambah kepadamu melainkan azab semata-mata. Tafsiran; rasakanlah wahai orang-orang kafir. Kami tidak akan menambah untukmu tatkala kamu meminta pertolongan melainkan azab melebihi azab yang sedang kamu terima. Berkata ahli Tafsir; tidak ada di dalam al-Quran ayat paling keras berkenaan ahli neraka melebihi ayat ini. Setipa kali mereka memohon pertolongan untuk diringankan dari suatu azab, mereka ditambah dengan azab yang lebih hebat lagi. Ahli syurga Setelah menceritakan tentang azab neraka, ayat-ayat berikutnya menyentuh pula tentang syurga dan kenikmatan yang dikecapi oleh penghuni syurga. Firman Allah;

Terjemahan; (31) Sesungguhnya untuk orang-orang bertakwa (dikurniakan untuk mereka) tempat kejayaan dan kemenangan.16 Tafsiran; orang-orang beriman dan baik iaitu yang mentaati Tuhan mereka di dunia, untuk mereka Allah kurniakan tempat kemenangan

16

Perkataan “يفازا” bermaksud; “ ” iaitu; tempat kejayaan di dalam

Syurga. (al-Jalalain dan al-Mufradat, al-Asbahani).

Page 25: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 25

dan kejayaan di dalam syurga-syurgaNya yang penuh nikmat serta mereka dibebaskan dari azab neraka jahim.

Terjemahan; (32) Iaitu taman-taman dan buah-buah anggur. Tafsiran; yakni kebun-kebun yang cantik dan menarik di mana di dalamnya terdapat pokok-pokok dan bunga-bungaan serta pohon-pohon anggur yang baik serta bermacam-macam yang semuanya amat menyelerakan jiwa untuk menikmatinya.

Terjemahan; (33) Dan wanita-wanita perawan17 yang sebaya. Tafsiran; iaitu wanita-wanita yang masih gadis, montok buah-buah dada mereka, sebaya umur-umur mereka. Allah berfirman di dalam surah al-Waqiah;

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Semuanya itu disediakan) bagi golongan kanan” (al-Waqi‟ah; 34-37).

17

Perkataan “كىاعة” menurut Tafsir al-Jalalain adalah jamak kepada “كاعة” yang

bermaksud; “ٍجىاري ذكعثد ثذيه” (bidadari-bidadari yang montok buah dadanya).

Dalam Kamus Marbawi; “كعة انثذي” bermakna; “naik besar itu susu (yakni buah

dada)”. Dalam Tafsir Ibnu Kathir, dijelas makna “كىاعة” sebagai; “ ٌَىاهذ يعُىٌ أ

wanita-wanita yang buah dada mereka montok tidak) ”ثذيهٍ َىاهذ نى يرذنيٍ ألَهٍ أتكار

labuh kerana mereka masih muda gadis). Perkataan “أذراتا” pula bermaksud “ ٍعهى س

.iaitu; yang berumur sebaya (al-Jalalain) ” واحذ جًع ذرب تكسر انراء وسكىٌ انراء

Page 26: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 26

Terjemahan; (34) Dan gelas-gelas arak18 yang dipenuhi.19 Tafsiran; yakni gelas-gelas berisi arak yang penuh dan jernih. Firman Allah di dalam beberapa ayat yang lain tentang arak di dalam syurga;

“Diedarkan kepada mereka gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir” (as-Shaffat; 45)

“Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang bertaqwa (ialah seperti berikut): di dalam syurga itu terdapat sungai-sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan sungai-sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta sungai-sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga sungai-sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari

18

Perkataan “كأش” bermaksud; “اإِلَاء فيه َشراب، وال يقال نها كأش إاَل إرا كاٌ فيهًا َشراب”

(bekas yang berisi minuman. Tidak dinamakan ka’sun kecuali di dalamnya ada

minuman” (an-Nihayah (Imam Ibnu Atsir), Mukhtar as-Shihah dan al-Mufradat). 19

Perkataan “دهاقا”, menurut Ibnu „Abbas bermaksud; “يًهىءج يرراتعح” (yang penuh

secara berterusan, tanpa putus), menurut Qatadah dan Ibnu Zaid; bermaksud “ انًألي

,(yang jenis dan suci) ”صافيح“ ;menurut Ikrimah ,(yang berisi penuh) ”انًررعح

menurut Imam Mujahid; bermaksud “انًرراتعح” (yang berterusan, tidak pernah putus).

Page 27: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 27

air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)!” (Muhammad 15).

Terjemahan; (35) Mereka tidak mendengar di dalamnya sebarang ucapan lagha dan ucapan dusta. Tafsiran; ahli-ahli syurga tidak akan mendengar di dalam syurga sebarang ucapan kosong/sia-sia yang tidak berfaedah, begitu juga kata-kata dusta kerana syurga adalah negeri yang selamat dan aman damai. Segala yang ada di dalamnya semuanya selamat dari sebarang kebatilan dan kecacatan sebagaimana firman Allah di dalam surah yang lain;

“Mereka di dalam syurga itu (kerana melahirkan kemesraan antara satu dengan yang lain) berebut-rebut mengambil gelas yang berisi arak. Tidak ada ucapan sia-sia (yang mereka ucapkan) di dalam syurga itu dan tidak ada juga pelakuan dosa (dengan kerana meminum arak itu, tidak seperti yang biasa berlaku kepada peminum arak di dunia)” (at-Tur; 23).20 Syurga; anugerah Tuhan

Terjemahan; (36) (Nikmat syurga itu adalah) sebagai balasan dari Tuhan kamu dengan pemberian/kurniaan yang secukupnya. Tafsiran; Nikmat-nikmat syurga tadi adalah balasan dan pemberian dari Allah yang terbit dari limpahan anugerahNya, kasih-sayang serta rahmatNya. Pemberian itu tidak kurang sedikitpun, malah diberikan

semaksimanya. Menurut Imam Ibnu Kathir; perkataan “حساتا” (yang

secukupnya) dalam ayat di atas bermaksud “ iaitu ”كافيا وافيا سانًا كثيرا

20

Terjemahan berdasarkan Tafsir Ibnu Kathir.

Page 28: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 28

yang mencukupi, yang sempurna, yang selamat (dari kekurangan) dan yang banyak (yakni melimpah-ruah). Balasan Allah kepada ahli syurga tidaklah sekadar setimpal dengan amalan mereka, akan tetapi digandakan hingga berlipat kali ganda. Ini sebagaimana firman Allah di dalam ayat yang lain;

“Bagi orang-orang yang melakukan kebaikan (yakni beriman dan beramal soleh), untuk mereka balasan baik (di dalam syurga) dan tambahan dari itu.21 Wajah-wajah mereka (berseri-seri) tidak diselaputi debu serta kehinaan.22 Mereka itulah ahli-ahli syurga di mana mereka akan kekal di dalamnya ” (Yunus; 26).

21

Berkata Imam Ibnu Kathir; Allah memberitahu (di dalam ayat ini) bahawa bagi

orang-orang yang melakukan amalan kebaikan di dunia iaitu dengan beriman dan

beramal soleh, bagi mereka balasan yang baik di akhirat sebagaimana firman

Allah (ar-Rahman; 60); “ٌهم جساء اإلحساٌ إال اإلحسا”( Bukankah tidak ada balasan

bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?). Ungkapan Allah

bermaksud; gandaan pahala bagi amalan-amalan (dan tambahan) ”وزيادج“

merangkumi nikmat yang diberikan kepada mereka di dalam syurga iaitu istana-

istana, bidadari-bidadari dan keredhaanNya terhadap mereka dan juga nikmat lain

yang disembunyikan, yang menggembirakan hati; paling besar dan paling tinggi

ialah melihat wajah Allah yang mulia. Nikmat dapat melihat Allah itu adalah

kurniaan tambahan yang paling hebat dari segala nikmat yang diberikan kepada

mereka di mana mereka berhak mendapat nikmat-nikmat itu bukan kerana amalan

mereka, tetapi kerana kurniaan Allah dan rahmatNya.

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Jarir dari Abu

Musa r.a.; Rasulullah s.a.w. bersabda;

إٌ انّهه وعذكى انحسُى- تصىخ يسًع أونهى وآخرهى - يا أهم انجُح : إٌ انّهه يثعث يىو انقيايح يُاديًا يُادي

وزيادج، فانحسُى انجُح، وانسيادج انُظر إنى وجه انرحًٍ عَس وجَم

“Sesungguhnya Allah mengutuskan pada hari kiamat seorang penyeru yang akan

menyeru –dengan suara yang kuat dapat didengari oleh sekelian mereka-; wahai

sekelian ahli syurga! Sesungguhnya Allah telah menjanjikan untuk kamu semua al-

Husna (balasan baik) dan tambahan. Al-Husna ialah syurga dan tambahan ialah

melihat kepada wajahNya yang maha pengasih”. 22

Firman Allah di dalam surah yang lain;

“Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan

mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan

Page 29: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 29

Adapun balasan Allah untuk ahli neraka, maka ia setimpal dengan amalan kejahatan yang mereka lakukan sebagaimana firman Allah dalam ayat yang kita huraikan sebelum ini;

“Sebagai balasan yang setimpal” (an-Naba‟; 26). Di akhirat; segala kehebatan milik Allah

Terjemahan; (37) Iaitu Tuhan bagi segala langit dan bumi serta makhluk yang ada di antara keduanya, Tuhan yang memberi rahmat. Mereka tidak akan mampu (untuk melafazkan) sebarang ucapan di hadapanNya.

Tafsiran; Ayat di atas menegaskan kebesaran dan keagungan Allah di mana Dialah Tuhan yang mencipta dan memelihara alam ini merangkumi sekelian langit dan bumi serta makhluk yang ada di antaranya, Tuhan yang maha rahman (pemberi rahmat) di mana rahmatNya melimpahi segenap makhlukNya. Di hari kiamat, tidak ada siapa pun yang mampu bercakap di hadapan Allah tanpa izinNya. Semuanya takut, gerun dan terpegun dengan kebesaranNya.23 Menurut sebahagian ulamak; maksud ayat tersebut ialah; Allah tidak memberi milik/hak kepada manusia di akhirat untuk bercakap tentang pahala dan pembalasan kerana Dia sendiri akan menentukannya sendirian (tanpa campur tangan sesiapa).24

kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di

hati)” (al-Insan; 11).

23

Sofwah at-Tafasir, al-Jalalain, Ibnu Kathir. 24

Tafsir al-Qasimi.

Page 30: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 30

Syafaat di akhirat

Terjemahan; (37) Hari ketika ruh (yakni Jibril) dan para malaikat berdiri dengan berbaris-baris. Mereka tidak bercakap kecuali siapa yang diberi izin kepadanya oleh Tuhan yang memberi rahmat (yakni Allah) dan dia hanya mengucapkan yang benar sahaja. Tafsiran; pada hari kiamat yang menggerunkan itu, malaikat Jibril dan semua malaikat yang lain akan berdiri dalam keadaan berbaris serta tunduk. Tidak ada seorang pun dari mereka yang bercakap kecuali orang yang diizinkan oleh Allah untuk bercakap dan dia tidak menyebutkan kecuali yang benar. Firman Allah di dalam ayat yang lain;

“(Pada) masa datangnya (hari kiamat itu), tiadalah seorangpun dapat berkata-kata melainkan dengan izin Allah. Maka di antara mereka ada yang celaka, dan ada pula yang berbahagia” (Hud; 105) Di dalam hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Tidak bercakap pada hari itu (yakni hari kiamat) kecuali para Rasul. Doa/seruan mereka pada hari tersebut ialah; Ya Allah! Selamatkanlah, Selamatkanlah” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Menurut ulamak, bercakap yang dimaksudkan oleh ayat -yang kita tafsirkan di atas- ialah; bercakap dalam urusan syafaat (yakni bercakap

Page 31: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 31

untuk memberi/memohon syafaat untuk orang lain).25 Berkata as-Sowi; jika para malaikat yang merupakan makhluk terbaik dan terhampir dengan Allah tidak berdaya untuk memberi syafaat kecuali dengan izin Allah, maka orang lain lebih-lebih lagilah.

Maksud “صىاتا” ialah “حقا”, iaitu; perkataan yang benar dan hak,

antaranya ialah ucapan “ 26.(Tiada Tuhan melainkan Allah) ”ال إنه إال اهلل

Ada ulamak berpendapat; perkataan “صىاتا” (yang hak/benar) itu mempunyai kaitan dengan syafaat yang disebut sebelumnya, iaitu orang yang diberi izin oleh Allah untuk bertutur/bercakap (bagi memberi syafaat) itu, ia tidak bercakap untuk memberi syafaat kecuali kepada orang yang benar/hak iaitu orang yang diredhai Allah. Dalam pengertian yang lain; ia sekali-kali tidak akan memohon syafaat untuk orang yang tidak diredhai/tidak disukai Allah.27 Ini sebagaimana yang ditegaskan Allah di dalam firmanNya yang lain;

“Mereka tidak memohon syafaat melainkan bagi sesiapa yang diredhai Allah” (al-Anbiyak; 28). Berdasarkan ayat di atas, hak untuk memberi syafaat di akhirat bergantung kepada dua syarat;28 1. Orang yang hendak bercakap untuk memberi syafaat ia terlebih dahulu telah mendapat keizinan dari Allah. 2. Ia tidak boleh bercakap sewenang-wenangnya. Ia hanya boleh bercakap yang hak, iaitu memohon syafaat bagi orang yang berhak sahaja iaitu orang yang diredhai Allah. Mengambil iktibar untuk kembali kepada jalan Allah

Terjemahan; (39) Hari tersebut adalah hari yang benar (akan berlaku). Maka sesiapa menghendaki, ia akan mengambil jalan kembali kepada Tuhannya”.

25

Tafsir al-Qasimi. 26

Ibnu Kathir. 27

Tafsir al-Qasimi. 28

Tafsir al-Qasimi.

Page 32: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 32

Tafsiran; yakni hari kiamat dan hari akhirat yang diceritakan tadi pasti berlaku dan akan menjadi realiti tanpa dapat diragui lagi. Maka sesiapa yang mahu, bolehlah ia mengambil jalan untuk kembali kepada Tuhannya; beriman kepada Allah dan beramal-soleh sebagai persediaan untuk bertemu Allah di akhirat. Ayat ini merupakan dorongan dan motivasi kepada manusia untuk beramal sebaik mungkin di dunia sebagai bekalan ke akhirat. Allah telah menjelaskan segala kebenaran kepada manusia. Terserahlah kepada mereka sama ada hendak menerimanya atau menolaknya. Firman Allah;

“Katakanlah (wahai Muhammad): „Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa mahu hendaklah ia beriman dan sesiapa mahu biarlah dia tetap kufur‟” (al-Kahfi; 29) . Azab yang hampir Di hujung surah, Allah memperingatkan manusia bahawa azab di hari akhirat itu (bagi orang yang engkar kepada Allah) tidaklah semakin jauh dari mereka tetapi semakin hampir;

Terjemahan; (40) Sesungguhnya Kami memperingatkan kamu tentang azab (di hari) yang hampir, iaitu hari di mana seseorang itu akan melihat kembali apa yang pernah dilakukan oleh kedua tangannya, dan (di ketika itu) orang kafir akan berkata; „Alangkah baiknya jika aku adalah tanah‟. Tafsiran; ayat di atas ditujukan Allah kepada orang-orang kafir Quraiysh yang masih meragui kiamat dan akhirat. Hendaklah kamu sedari bahawa hari kamu akan diazab itu adalah hampir (jika kamu terus berdegil tidak mahu beriman kepada Allah dan menerima agamaNya). Menurut ulamak tafsir; azab akhirat dinamakan „azab yang hampir‟ kerana setiap perkara yang semakin datang kepada kita (yakni semakin hari semakin dekat kita dengannya), maka ia adalah hampir.

Page 33: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 33

Apabila tiba di hari akhirat, semua manusia -tanpa terkecuali sesiapa pun- akan melihat kembali segala perbuatan yang pernah ia lakukan di dunia dulu sama ada yang baik atau yang buruk. Hal ini berlaku tatkala berhadapan dengan buku cacatan masing-masing sebagaimana yang diceritakan Allah di dalam firmanNya;

“Dan dibentangkan buku-buku (cacatan amalan), lalu kamu akan melihat orang-orang berdosa merasa takut (melihat) apa yang tertulis di dalamnya dan mereka berkata: „Aduhai binasalah kami. Kitab apakah ini! Tidak ada yang kecil maupun yang besar melainkan semua dihitungnya!‟. Mereka dapati semua yang pernah mereka lakukan ada (tertulis di dalamnya). Dan Tuhanmu tidaklah menzalimi sesiapa pun”. (al-Kahfi: 49)

“Pada hari itu manusia akan diberitahu akan apa yang telah ia lakukan dan apa yang telah ia tinggalkan” (al-Qiyamah; 13) Apabila telah melihat dengan mata-kepala sendiri akan azab Allah dan memerhati amalan-amalan kejahatan (yang menunggu masa untuk dihitung dan dibalas), maka timbullah ketakutan dalam hati orang-orang kafir. Mereka yang dahulunya semasa di dunia tidak pernah percaya hari akhirat, tetapi hari ini mereka tidak berupaya menafikannya lagi kerana ia telah benar-benar berlaku. Maka tidak ada jalan lagi untuk meredakan ketakutan itu melainkan dengan berangan-angan; “Alangkah baiknya jika aku di dunia dulu adalah tanah, pastinya aku hari ini tidak akan dihisab dan dibalas”. Menurut sebahagian ulamak; ucapan itu terbit mulut mereka tatkala mereka melihat Allah mengadili binatang-binatang di hari kiamat di mana Ia menghimpunkan semua haiwan dan binatang yang pernah hidup di dunia dulu, kemudian diberi peluang kepada binatang yang

Page 34: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 34

teraniaya untuk membalas binatang yang menganiayainya. Selepas itu Allah akan berkata kepada semua binatang; “Jadilah kamu semua tanah”, maka semuanya menjadi tanah. Maka orang kafir tatkala melihat kesudahan binatang itu, mereka pun menyimpan harapan di dalam hati mereka; “Alangkah baiknya jika aku juga berakhir sebagai tanah seperti mana binatang-binatang itu, tidaklah aku akan diazab berterusan di dalam neraka”.

Page 35: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 35

RENUNGAN DARI SURAH AN-NABA’ (Syeikh Muhammad al-Ghazali) Menjadi hak bagi mana-mana kaum yang didatangi oleh seorang yang mengakui Nabi untuk mereka mengkaji ucapan dan keperibadiannya, kemudian membuat keputusan sama ada menyokong atau menentangnya. Kita berhak mempersoalkan; apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad? Sesungguhnya beliau memberitahu kita bahawa Allah itu benar dan beliau memperincikan segala dalil kewujudan Allah dan kesempurnaanNya dalam bentuk yang tidak pernah diceritakan sebelumnya; bahawa Dia adalah esa, setiap yang ada di langit dan di bumi semuanya adalah makhlukNya tanpa kecuali sama ada malaikat, jin atau manusia; dan bahawa pertemuan dengan Allah adalah pasti untuk dihisab setiap mukallaf (akan segala amalan mereka). “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!”. (al-Zalzalah: 7-8) Tidak ada sebab untuk saya menolak Nabi Muhammad. Jika ada orang lain yang datang membawa suatu yang lebih baik dari apa yang dibawa oleh Muhammad, nescaya saya akan mengikutnya (namun hakikatnya tidak ada, kerana itu tidak ada sebab untuk kita meninggalkan Nabi Muhammad dan mengikuti orang lain-pent.). Surah an-Naba‟ berkata kepada orang-orang Musyrikin; Apa sebabnya seruan Muhammad masih tidak memuaskan hati kamu? (hingga kamu masih tidak beriman dengannya-pent.) Apakah kamu tidak merenung ciptaan Allah di langit dan bumi? (untuk menjadi bukti kebenaran kata-kata Muhammad-pent.)

Bukankah Kami yang menjadikan bumi sebagai hamparan.

Dan (menjadikan) gunung-ganang sebagai pasak.

Page 36: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 36

Dan Kami menjadikan kamu sekelian berpasang-pasangan (lelaki dan perempuan). (an-Naba‟: 6-8) Kita hari ini hidup dalam kurun 14 Hijrah dan penghujung kurun 20 Masihi. Kita telah mewarisi bermacam-macam risalah (ajaran) agama terdahulu, maka menjadi hak kita untuk membuat perbandingan dan menentukan mana yang terbaik. Demi kebenaran aku ingin menegaskan; “Aku apabila berhadapan dengan turas (ilmu tinggalan) Nabi Muhammad iaitu al-Kitab dan as-Sunnah, selamanya aku tidak akan mendahulukan sesiapapun ke atasnya” atau dengan ungkapan lain yang lebih jujur; “Aku mempercayai beliau tatkala beliau berkata; bahawa risalah(ajaran)nya merupakan jelmaan kepada wahyu terdahulu dan wahyu terakhir dan bahawa segala ajaran yang berlawanan dengan ajarannya semuanya hanyalah sangkaan-sangkaan manusia belaka, bukan wahyu dari langit. “Apa yang dikatakan kepadamu (wahai Muhammad dari celaan-celaan golongan yang ingkar, tidak lain) hanyalah seperti yang pernah dikatakan kepada rasul-rasul yang terdahuhu daripadamu” (Fussilat: 43). Dengan maksud yang lain; Sebenarnya aku, tatkala aku mengikuti Muhammad, aku bukan sahaja mengikuti beliau, tetapi juga mengikuti Musa, Isa, Nuh dan Ibrahim”. Surah an-Naba‟ ini terkandung di dalamnya empat fasal tersendiri; Fasal Pertama; pensifatan tentang alam dan manusia, iaitu bermula dari awal surah hingga firman Allah;

Fasal Kedua; pensifatan secara ringkas tentang hari hisab/perhitungan;

Page 37: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 37

Al-Quran memperbanyakkan sebutan tentang kiamat untuk menghadapi kecintaan kepada kenikmatan dunia yang segera yang kerap menguasai tabi‟at manusia. Fasal Ketiga; pensifatan tentang balasan yang menanti orang-orang berdosa.

Fasal Keempat; pensifatan tentang nikmat yang menanti orang-orang beriman lagi soleh.

Balasan maknawi (yakni yang hari ini hanya dapat difahami, belum dapat dilihat dengan mata-pent.) memang suatu kebenaran. Wajah-wajah orang beriman akan menjadi ceria (di dalam syurga) tatkala mereka bersama kumpulan-kumpulan para Malaikat bertasbih memuji Allah dan melafazkan dengan mulut-mulut mereka akan keagunganNya. Wajah yang ceria itu disempurnakan lagi kenikmatannya dengan mereka berada di dalam taman-taman yang cantik serta bergemerlapan bersama dengan teman-teman sebaya yang memberi kemesraan. Setelah pensifatan tentang nikmat yang mengasyikkan itu, surah ini berkata kepada orang-orang mempunyai akal;

“Hari tersebut adalah hari yang benar (akan berlaku). Maka sesiapa menghendaki, ia akan mengambil jalan kembali kepada Tuhannya”. Sesiapa mencari bekalan dengan bertakwa (kepada Allah), berjayalah ia. Sesiapa yang hidup dengan menjadi orang yang dilalaikan di dunia ini dan mengadap Allah dengan tangan kosong (tanpa amalan) nescaya dia akan menyesal setelah berlalu masanya (yakni berlalu masa untuk penyesalan kerana di akhirat penyesalan sudah tidak berguna lagi-pent.).

Page 38: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 38

Di penamat surah ini (setelah selesai merenungnya-pent.), kita ingin berkata kepada orang yang masih mempersoalkan tentang Muhammad; “Apakah yang kamu perolehi tentang peribadi Muhammad dari keterangan ini?” (Di mana cacat-cela beliau hingga kamu masih enggan beriman dengannya?-pent.). Adakah kecelaannya hanya kerana beliau seorang yang berkobar-kobar semangatnya dalam dakwah kepada Allah, atau kerana beliau seorang yang cekal menentang golongan penyebar fitnah (tentang agama) dan golongan yang melampau?

*واهلل أعهى تانصىاب*

Selesai ditulis pada 11 Syawal 1429 bersamaan 11 Oktober 2008, jam 8.00 pagi. Semoga Allah memberkati tulisan ini dan mengurniakan

pahala dan keampunan untuk penulisnya.

Page 39: surah an naba

SIRI PENGAJIAN TAFSIR (SURAH AN-NABA’)

WAWASAN UMMAH Page 39

RUJUKAN DAN BACAAN 1. Sofwah at-Tafasir, Syeikh Muhammad Ali as-Sobuni. 2. Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir, Ahmad bin Sya‟ban bin Ahmad & Muhammad bin Ubadi bin Abdil-Halim. 3. Tafsir al-Qasimi (Mahasin at-Takwil), Syeikh Jamaluddin al-Qasimi. 4. Nahwa Tafsir Maudhu‟ie Li Suwari al-Quran al-Karim, Syeikh Muhammad al-Ghazali.