13
NAMA:MUHAMMAD SYAZWAN HADI BIN MURAD KELAS:2 CEMERLANG GURU PEMBIMBING:PN. UMIKALTHUM BT. NORDIN

Syazwan hadi persahabatan

  • Upload
    umimckk

  • View
    524

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Syazwan hadi persahabatan

NAMA:MUHAMMAD SYAZWAN HADI BIN MURAD

KELAS:2 CEMERLANG

GURU PEMBIMBING:PN. UMIKALTHUM BT. NORDIN

Page 2: Syazwan hadi persahabatan

Puisi karya Mohd. Amran Daud berjudul seringkas perkataan tunggal "Persahabatan"

dimuatkan dalam antologi Gema Sepi Gadis Genius, muka surat 20 - 21. Sajak empat

rangkap itu turut dipisahkan dengan angka roman I, II, III dan IV. Tema "Persahabatan"

ialah perpaduan antara kaum mudah terjalin dalam kalangan kanak-kanak.

Rangkap I menggambarkan kanak-kanak perempuan Melayu, rangkap II kanak-kanak

perempuan Cina, dan rangkap III kanak-kanak perempuan India. Pengenalan keturunan

setiap kanak-kanak perempuan itu digambarkan menerusi pakaian tradisi kaum yang

mereka pakai. Rangkap IV ialah pandangan penyajak tentang dunia kanak-kanak yang

tidak menghiraukan segala perbezaan sesama mereka untuk membentuk perpaduan.

PENGENALAN

Page 3: Syazwan hadi persahabatan

I

Seorang kanak-kanak

berbaju kurung nampak cantik

berlesung pipit beralis lentik

bermain-main riang, bermain keseorangan

pada wajahnya meriak gembira

pada bibirnya menguntum ceria

berderai ketawa mengocak suasana.

Kanak-kanak perempuan Melayu dapat dikenal pasti menerusi pakaian baju kurung, selain gadis cilik itu

memiliki lesung pipit (garis yang terbentuk di pipi apabila tersenyum), serta alis matanya lentik. Pada

mulanya si kanak-kanak perempuan Melayu itu bermain sendirian (keseorangan). Sebagai kanak-kanak,

hanya gambaran kegembiraan yang menghiasi riak wajahnya, bibirnya yang menguntum senyum penuh

ceria, dan dia ketawa berderai-derai (melantunkan ketawanya bersahaja) memecah suasana (menarik

perhatian orang lain - kanak-kanak lain dan pemuisi).

ULASAN RANGKAP DEMI

RANGKAP

Page 4: Syazwan hadi persahabatan

II

Seorang kanak-kanakberpakaian ceongsam bertocang duabergincu pipi tampak ceriatiba-tiba datang menerpa bertegur sapa

menghulur senyum dan ketawa manjapada wajahnya menyerlah kerianganmereka bermain alang-kepalangberkejar-kejaran tanpa halangan.

Kanak-kanak perempuan Cina pula menyarung ceongsam, pakaiantradisi kaumnya. Rambutnya dirias bertocang dua, di samping

bergincu pipi. Si gadis cilik Cina kemudian menyertai si gadis cilikMelayu bermain dengan bebas riang tanpa halangan. Mereka sama-

sama bertegur sapa, senyum, ketawa manja, berwajah riang danbermain alang-kepalang (hingga puas).

ULASAN RANGKAP DEMI

RENGKAP

Page 5: Syazwan hadi persahabatan

III

Seorang kanak-kanakbersari bergelang kakibertindik hidung menguntum serimelihat saja telatah manjasi comel berdua, bermain, dan tertawadirinya bagai digamit bermain bersamamengongsi kemesraanmenterjemah makna kejiranan.

Kanak-kanak perempuan India mengenakan pakaian tradisi sari dan bergelang kaki, selain bertindik hidung bagi menaikkan seriwajah. Pada mulanya dia hanya melihat sahaja kanak-kanakperempuan Melayu dan Cina bermain dan tertawa bersama-sama. Akhirnya, dia tidak dapat menahan diri untuk turut sertaberkongsi kemesraan sebagai tanda semangat berjiran.

ULASAN RANGKAP DEMI

RANGKAP

Page 6: Syazwan hadi persahabatan

IV

Ah, kanak-kanakbiar berlainan agamabiar berlainan bangsamereka saling bersalamandan berpeluk mesratanpa menghiraukan adat dan budaya;membina keakraban tanpa curigamembentuk perpaduan tanpa prasangkabersatu hati membentuk jati dirike arah wawasan lebih bererti!

Begitulah keistimewaan kanak-kanak walaupun berlainan agama dan berlainan bangsa, merekasaling bersalaman dan berpeluk mesra. Adat dan budaya yang berbeza bukanlah penghalanguntuk mereka menjadi akrab dan memupuk perpaduan. Tanpa perasaan curiga atau prasangka, mereka bersatu hati membentuk jati diri menuju wawasan yang sebenar.

ULASAN RANGKAP DEMI RANGKAP

Page 7: Syazwan hadi persahabatan

PERPADUAN ANTARA KAUM IALAH TERAS UNTUK MENCAPAI PERPADUAN DI MALAYSIA

TEMA

PERSOALAN

KESERONOKAN KANAK-KANAK YANG SEDANG BERMAIN-MAINKANAK-KANAK TIDAK MENGENAL ERTI PERKAUMANPEMUPUKAN PERPADUAN HENDAKLAH DISEMAI SEJAK KECILPERPADUAN AKAN MENJAMIN KEAMANANKecintaan terhadap pakaian tradisi kaumPermainan sebagai cara memupuk perpaduan

Page 8: Syazwan hadi persahabatan

PATRIOTIK

Sajak ini terdiri daripada empat rangkap

Jumlah baris adalah bebas.

Contohnya:

Rangkap 1 – ada tujuh baris.

Rangkap 2 – ada lapan baris.

Rangkap 3 – ada lapan baris.

Rangkap 4 – ada sepuluh baris.

Jumlah perkataan antara tiga hingga enam patah kata sebaris.

Jumlah suku kata antara lima hingga lima belas suku kata sebaris

Contohnya:seorang kanak-kanak (3 patah kata/7suku kata)

Sajak ini berbentuk bebas.

NADA

BENTUK

Page 9: Syazwan hadi persahabatan

UNSUR-UNSUR BUNYI

RIMA AKHIRNYA BEBAS

CONTOHNYA:RANGKAP 1:abbcddd

RANGKAP 2:abbbbcdc

RANGKAP 3:abbcccdd

RANGKAP 4:abbcbbbbdd

ASONANSI

CONTOHNYA:berlesung pipit beralis

lentik (R1,B3)(PERULANGAN VOKAL i)

ALITERASI

CONTOHNYA:

biar berlainan bangsa

(R4,B3)(PERULANGAN KONSONAN b)

Page 10: Syazwan hadi persahabatan

GAYA BAHASA

GAYA BAHASA CONTOH

PERSONIFIKASI Bergincu pipi tampak ceria (R2,B3)

SIMILE Dirinya bagai digamit bermain bersama(R3,B6)

RESPONSI Membina keakraban tanpa curiga

membentuk perpaduan tanpa prasangka (R4,B7 – 8)

ANAFORA Biar berlainan agama

biar berlainan bangsa (R4,B2 – 3)

SINKOPE Melihat saja telatah manja (R3,B4)

KATA GANDA Seorang kanak-kanak (R1,B1)

REPETISI Frasa Seorang kanak-kanak diulang pada baris pertama bagi

rangkap pertama,kedua dan ketiga

Page 11: Syazwan hadi persahabatan

NILAI

HORMAT-

MENGHORMATI

CONTOHNYA:

TIGA ORANG

KANAK-KANAK

ITU SALING

BERSALAMAN

KASIH SAYANG

CONTOHNYA:TIGA

ORANG KANAK-

KANAK ITU

BERPELUK

MESRA TANPA

MENGHIRAUKAN

PERBEZAAN

ADAT DAN

BUDAYA MEREKA

Page 12: Syazwan hadi persahabatan

Kita hendaklah mengutamakan perpaduan

Kita hendaklah mencintai pakaian tradisi kaum masing-masing

Kita hendaklah menjauhi perasaan curiga / prasangka

Kita hendaklah mencontohi persahabatan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berlainan agama / bangsa

Kita hendaklah menggalakkan permainan yang memupuk perpaduan kaum

Masyarakat perlulah bersatu-padu antara satu samalain bagi menjayakan wawasan negara.

PENGAJARAN

Page 13: Syazwan hadi persahabatan