T3 Analisis Penyata Kewangan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Analisis Penyata Kewangan

Citation preview

BAHAGIAN KEWANGAN: ANALISIS PENYATA KEWANGAN

KEWANGAN:topik 3ANALISIS PENYATA KEWANGANT. ShanmugamJabatan Pengajian PerdaganganIPG KP TeknikAnalisis Penyata KewanganObjektif :memahami maksud analisis penyata kewangan.mengenalpasti kepentingan analisis kewangan.membezakan analisis perbandingan dengan analisis nisbah. mengira dan menginterpretasi nisbah-nisbah kecairan, pengurusan aset, laveraj,keberuntungan dan nilai pasaran.Menganalisis arah aliran , keraan rentas dan Du Pont.mengenalpasti batasan atau limitasi analisis penyata kewangan

Kandungan TopikPengenalanPenyata kewangan sesebuah firma berguna kepada kumpulan pengguna dan pihak-pihak yang berkepentingan untuk menilai prestasi firma tersebut.

Pengguna-pengguna penyata kewangan biasanya terdiri daripada :pihak dalaman (pihak pengurusan, Kesatuan Sekerja), pihak luaran syarikat (pemegang syer dan bon, bakal pelabur, syarikat kewangan dll)Maklumat Penyata KewanganMatlamat penyata kewangan adalah untuk memberi gambaran sebenar mengenai kedudukan kewangan sesebuah syarikat termasuklah kedudukan kewangan semasa, prestasi masa lampau dan prospek masa hadapan.

Oleh kerana itulah, laporan penyata kewangan hendaklah menuruti konvensyen pendedahan penuh (full disclosure) yang telah ditetapkan dalam Financial Reporting Standards (FRS) oleh Malaysian Accounting Standards Board (MASB).

FRS telah menetapkan maklumat-maklumat minimum yang perlu dilaporkan dalam Penyata Tahunan sesebuah syarikat.Sumber Penyata KewanganSumber utama maklumat yang digunakan untuk membuat analisis termasuklah :Penyata pendapatanKunci kira-kiraPenyata aliran tunaiNota kepada penyata kewanganKaedah perakaunan yang digunakanKeputusan-keputusan kewangan yang telah dibuatLaporan juruauditData kewangan untuk tahun sebelumnya untuk perbandingan

Analisis KewanganAnalisis kewangan mempunyai tiga objektif asas iaitu:Penilaian keadaan kewangan pada masa lepas dan pada masa kini;Diagnosis kelemahan dan kekuatuan firma; danRamalan arah aliran keadaan kewangan pada masa depanKaedah Analisis Penyata Kewangan

Dua kaedah yang biasa digunakan untuk menganalisis penyata kewangan ialah Analisis Nisbah dan Analisis Perbandingan .

ANALISIS NISBAHAnalisis nisbah digunakan untuk menunjukkan hubungan antara satu kuantiti dengan kuantiti yang lain.

Hubungan ditunjukkan dalam bentuk peratus, kadar atau nisbah.

Analisis nisbah boleh dibahagikan kepada:Nisbah KecairanNisbah Pengurusan AsetNisbah LaverajNisbah KeberuntunganNisbah Nilai Pasaran

Kaedah Analisis Penyata Kewangan

ANALISIS PERBANDINGANAnalisis perbandingan dibuat berdasarkan kepada 3 asas iaitu :

Asas Intera Syarikat - data-data dalam syarikat itu sendiri dibandingkan dengan item-item yang serupa tetapi dalam tahun yang berlainan.

Asas Antara Syarikat - item-item dibandingkan antara satu syarikat dengan syarikat yang lain dalam tahun yang sama sama ada syarikat itu merupakan syarikat subsidari dalam satu syarikat induk atau syarikat yang sama industrinya tetapi secara individu

Asas Purata Industri - perbandingan dibuat dengan purata industri di mana syarikat itu beroperasi. Contoh Syarikat A (syarikat barangan elektrik) dibanding dengan angka industri dari pelbagai syarikat pengeluar barangan elektrik.

Kaedah Analisis Penyata Kewangan (Analisis Perbandingan)Dua jenis analisis perbandingan adalah secara menegak dan secara melintang.

Analisis menegak menganalisis komponen atau item dalam penyata pendapatan dan kunci kira-kira menggunakan peratusan yang relatif.Bermaksud , setiap item dibandingkan dengan satu item asas dalam penyata pendapatan Contohnya jualan bersih dan dalam kunci kira-kira item dibandingkan dengan jumlah aset bersih.

Analisis melintang (analisis arah aliran) perbandingan data-data laporan kewangan dibuat dengan menggunakan satu tahun tertentu sebagai tahun asas perbandingan. Contohnya, peratus pulangan atas jualan tahun 2002 dan tahun 2003 dibandingkan dengan peratus tahun2001 yang dijadikan tahun asas perbandingan

Contoh Penyata KewanganSYARIKAT HATI LURUS SDN BHDPENYATA PENDAPATAN BAGI TAHUN BERAKHIR2011(RM 000)2012(RM 000)JualanKos Barang Dijual8 700(4 410)10 000(6 000)UNTUNG KASAR4 2904 000Perbelanjaan AmPerbelanjaan Susutnilai(2 460)( 470)(1 600)( 500)(KEUNTUNGAN SEBELUM CUKAI & FAEDAH)1 3601 900Perbelanjaan Faedah(200)(400)(KEUNTUNGAN SEBELUM CUKAI)1 1601 500Cukai (28%)(325)(420)UNTUNG BERSIH8251 080Contoh Penyata KewanganSYARIKAT HATI LURUS SDN BHDKUNCI KIRA-KIRA PADA2011(RM 000)2012(RM 000)ASET BUKAN SEMASA 4 5005 700ASET SEMASATunaiAkaun Belum TerimaInventori1 4002 9003 2001 4003 0503 350(JUMLAH ASET)12 00013 650EKUITI3 3004 050LIABILITI BUKAN SEMASA6 2006 700LIABILITI SEMASAAkaun Belum BayarAkaun Terakru2 1004002 350550(JUMLAH LIABILITI & EKUITI)12 00013 650ANALISIS NISBAH1.NISBAH KECAIRANNisbah kecairan mengukur kemampuan jangka pendek sesebuah syarikat untuk membayar hutang atau obligasi-obligasi mereka yang sudah cukup tempoh dan untuk memenuhi keperluan tunai yang tidak dijangka. Dari segi prinsipnya, nisbah yang melebihi 1.00 disifatkan sebagai kemampuan memenuhi liabiliti semasanya

Dua jenis nisbah yang digunakan dalam analisi nisbah kecairan adalah :Nisbah SemasaNisbah Cepat (Aset Cair)

Analisis Nisbah: Nisbah Kecairan1.1 NISBAH SEMASA:Nisbah semasa juga disebut sebagai Nisbah Modal Kerjamenunjukkan hubungan antara aset semasa dengan liabiliti semasa.ia digunakan untuk menilai kecairan syarikat atau kemampuan syarikat untuk membayar hutang jangka pendek (semua liabiliti semasanya)

Nisbah semasa dikira dengan membandingkan semua aset semasa dengan liabiliti semasaAset semasa merupakan aset yang mudah direalis dalam tunai dan pemegangan aset ini boleh sejauh mana sebuah perniagaan boleh menjelaskan liabiliti semasanyaSecara rumusnya:Nisbah Semasa = (Aset Semasa) (Liabiliti Semasa)

FirmaIndustriAnalisis2011

RM7 500RM2 500= 3.00 kali2.5 kali

Thn 2011 utk setiap RM1 LS, firma dpt menyandarkan RM3 ASThn 2012 nisbah semasa merosot ttp firma masih dpat menyandarkan RM2.75 AS utk setiap RM1 LSNisbah firma melebihi paras nisbah industri untuk thn 2011 dan 20122012

RM7 950RM2 900= 2.74 kali2.4 kali

Analisis Nisbah: Nisbah Kecairan1.2 NISBAH CEPAT:Nisbah cepat juga disebut sebagai Nisbah Ujian Asidmenunjukkan kemampuan syarikat yang sebenar dalam memeuhi liabiliti semasa. tanpa bergantung kepada jualan inventoriInventori tidak dimasukkan kerana mempunyai tahap kecairan yang terendah berbanding dengan aset semasa yang lain

Nisbah semasa dikira dengan membandingkan semua aset semasa kecuali Inventori dengan liabiliti semasaSecara rumusnya:Nisbah Cepat = (Aset Semasa - Inventori) (Liabiliti Semasa)

FirmaIndustriAnalisis2011

(RM7500 -3200)RM2500= 1.72 kali1.80 kali

Thn 2011 firma dpt memenuhi setiap RM1 LS yg dituntut tanpa bergantung kpd inventori dgn Aset Cepat sebynk RM1.70.Thn 2012 keupayaan firma telah merosot ttp masih dpt memenuhi tuntutan setiap RM1 LS dgn RM1.60 Aset CepatNisbah firma rendah dari paras nisbah industri untuk thn 2011 dan 20122012

(RM7950-3350)RM2 900= 1.59 kali1.75 kali

ANALISIS NISBAH2. NISBAH PENGURUSAN ASETNisbah Pengurusan Aset mengukur Keberkesanan dan kecekapan syarikat dalam mengurus aset syarikat Pengurusan yang berkesan dan cekap menjamin pengeluaran atau keuntungan syarikat yang setimpal dengan jumlah aset yang dimiliki

Nisbah-nisbah utama dalam kumpulan ini adalah :Nisbah Pusing Ganti Aset TetapNisbah Pusing Ganti Jumlah AsetNisbah Pusing Ganti InventoriTempoh Pungutan Purata

Analisis Nisbah: Nisbah Pengurusan Aset2.1 NISBAH PUSING GANTI ASET TETAP:Nisbah Pusing Ganti Aset TetapMengukur kecekapan sesebuah syarikat menggunakan aset-aset tetap dalam menghasilkan jualan/pendapatanIaitu untuk setiap RM1 Aset Tetap, berapakah jualan dalam RM dijanakan

Nisbah ini dikira dengan membandingkan Jualan dan Aset TetapSecara rumusnya:Nisbah P/Ganti Aset = (Jualan) Tetap (Aset Tetap)

Analisis : Nisbah yang rendah mungkin menandakan pelaburan AT terlalu banyak berbanding dengan jualan yang dihasilkan.

FirmaIndustriAnalisis2011

RM8700RM4500= 1.93 kali2.00 kaliThn 2011 firma dpt menjanakan Jualan sebyk RM1.93 bagi setiap RM1 AT yang dimilikinya.Thn 2012 bagi setiap RM1 AT, firma dpt menjankan RM1.75 Jualan dan walaupun nisbah ini tlh merosot ttp masih > RM1 ATNisbah firma rendah dari paras nisbah industri untuk thn 2011 dan 20122012

RM10000RM 5700= 1.75 kali2.05 kaliAnalisis Nisbah: Nisbah Pengurusan Aset2.2 NISBAH PUSING GANTI JUMLAH ASET :Nisbah Pusing Ganti Jumlah AsetNisbah ini menggambarkan kecekapan relatif syarikat dalam mengeksploitasi sumber asetnya bagi memperleh hasil atau jualan. Iaitu untuk setiap RM1 Jumlah Aset, berapakah Jualan dalam RM dijanakan

Nisbah ini dikira dengan membandingkan Jualan dan Jumlah AsetSecara rumusnya:Nisbah P/Ganti = (Jualan) . Jumlah Aset (Jumlah Aset)

Analisis : Semakin tinggi nisbah ini maka semakin cekap syarikat menggunakan asetnya dan nisbah dilihat sebagai ukuran perbandingan ant kecekapan pengurusan operasi dengan kecekapan pengurusan kewangan.

FirmaIndustriAnalisis2011

RM8700RM12000= 0.73 kali1.80 kaliThn 2011 & 2012 nisbah yg sama diperolehi utk kedua-dua thn iaitu Jualan firma adalah 0.73 kali lebih dari sumber asetnya.Walaupun jualan meningkat ttp jum. Aset juga meningkat .Nisbah firma rendah dari nisbah industri pihak pengurusan harus menigkatkan tahap pengurusan aset utk bersaing dgn firma lain.2012

RM10000RM13650= 0.73 kali1.85 kaliAnalisis Nisbah: Nisbah Pengurusan Aset2.3 NISBAH PUSING GANTI INVENTORI :Nisbah Pusing Ganti InventoriNisbah ini menggambarkan bilangan kali dalam setahun, inventori dpt dijual dan diganti semula.Nisbah ini bergantung kepada jenis perniagaan yang diceburi oleh firma

Nisbah ini dikira dengan membandingkan Jualan dan InventoriSecara rumusnya:Nisbah P/Ganti = (Jualan) atau Kos Barang Dijual Inventori (Inventori) Inventori Purata

Analisis : Nisbah inventori yang tinggi adalah lebih baik kerana ia menunjukkan pergerakan inventori yang cepat dan kos pegangan inventori adalah rendah.

FirmaIndustriAnalisis2011

RM8700RM3200= 2.72 kali3.30 kaliThn 2011 & 2012 firma telah menjual dan menggantikan inventori sebyk 2.72 kali dlm 2011 dan hampir 3 kali dlm 2012.Walau bagaimanapun, nisbah firm rendah berbanding dgn nisbah industri menunjukkan jualan firma kurang laris atau firma menyimpan terlalu byk inventori yg merugikan kadar jualan dan kos penyimpanan yg tinggi.2012

RM10000RM3350= 2.99 kali3.40 kaliAnalisis Nisbah: Nisbah Pengurusan Aset2.4 NISBAH TEMPOH KUTIPAN PURATA:Nisbah Tempoh Kutipan PurataNisbah ini menunjukkan tempoh purata yg diambil oleh firma utk mengutip akaun belum terima (Penghutang dari jualan kredit).

Nisbah ini dikira dengan membandingkan Akaun Belum Terima dan Purata Jualan SehariSecara rumusnya:Nisbah Tempoh = (Akaun Belum Terima)Kutipan Purata (Purata Jualan Sehari)

Analisis : Nisbah yg rendah dianggap baik - menunjukkan firma berjaya mengutip hutangnya dlm jangka masa pendek. membantu firma dgn kecairan tunai utk operasinya

FirmaIndustriAnalisis2011

RM2900 x 360RM8700= 120 hari60 hariThn 2011 & 2012 firma mengambil selama 120 hari dlm thn 2011 dan 110 hari dlm than 2012 utk mengutip hutangnya. Walaupun tempoh kutipan purata utk thn 2012 tlh berkurang ttp nisbah ini jauh lebih tinggi dari nisbah industri iaitu selama 60 hari.Jika berterusan, keadaan ini akan menimbulkan masalah kecairan.2012

RM2050 x 360RM10000= 110 hari60 hariANALISIS NISBAH3. NISBAH LEVERAJNisbah Keberuntungan mengukur Keupayaan syarikat dalam memenuhi obligasinya kepada mereka yang memberi pinjaman & keberkesanan pihak pengurusan menguruskan modal pinjaman syarikat.Leveraj wujud apabila syarikat menggunakan hutang/pinjaman sebagai salah satu sumber pembiayaan aset atau projeknya.Syarikat terpaksa membayar pinjaman berserta dengan faedah (yang tetap dan tidak berubah). Jika syarikat bergantung kepada untung jualan utk menjelaskan faedah, maka syarikat mungkin menghadapi kesulitan ketika kegawatan ekonomi.Semakin banyak hutang, semakin tinggi risiko syarikat tidak dapat menjelaskan faedah pinjaman ketika kegawatan ekonomi.

Nisbah-nisbah utama dalam kumpulan ini adalah :Nisbah HutangNisbah Hutang / EkuitiNisbah Perlindungan Faedah

Analisis Nisbah: Nisbah Leveraj3.1 NISBAH HUTANGNisbah HutangNisbah ini mengukur sejauhmana aset frima dibiayai melalui hutangNisbah ini akan menunjukkan berapa peratus modal hutang yg digunakan bagi membiayai jumlah aset syarikat.

Nisbah ini dikira dengan membandingkan Jumlah Hutang (LS + LBS) dan Jumlah Aset (AS + ABS)Secara rumusnya:Nisbah Hutang = (Jumlah Hutang) (Jumlah Aset)

Analisis : Semakin tinggi peratus modal hutang, maka semakin besar syarikat dibebani oleh belanja kewangan (bayaran faedah). Lebih rendah, lebih baik kpd pemiutang krn akan menerima lebih byk perlindungan jika firma dibubarkan dan aset dijual utk membayar pemiutang.

FirmaIndustriAnalisis2011

RM8700 x 100RM12000= 72.5%45%Thn 2011 72.5% aset firma dibiayai oleh hutang dan peratus ini berkurang dalam thn 2012 dgn hanya 70.3%Bermaksud bagi setiap RM1 Jum. Aset, firma masih berhutang lebih dpd RM0.70 utk kedua-dua tahun.Nisbah ini lebih tinggi dengan nisbah industri utk 2011 dan 2012.2012

RM9600 x 100RM13650= 70.32%45%Analisis Nisbah: Nisbah Leveraj3.2 NISBAH HUTANG / EKUITINisbah Hutang / EkuitiNisbah ini mengukur pembiayaan aset yang datang daripada hutang dan ekuiti (dana pemegang saham)Nisbah yang melebihi 1.00 dianggap berisiko tinggi kepada pelabur kerana syarikat berhutang terlalu besarNisbah yang tinggi juga bermaksud pemiutang terdedah kepada kemungkinan syarikat tidak mampu membayar semula hutang ketika pembubaran syarikat.

Nisbah ini dikira dengan membandingkan Jumlah Hutang (LS + LBS) dan Ekuiti Pemegang Saham (Dana pemegang saham)Secara rumusnya:Nisbah Hutang / Ekuiti = (Jumlah Hutang) (Ekuiti Pemegang Saham)

Analisis : Nisbah yang tinggi menandakan leveraj kewangan yang tinggi, sementara nisbah yang rendah menunjukkan pelaburan yang besar daripada pemilik syarikat (melalui dana pemegang saham) FirmaIndustriAnalisis2011

RM6200R3300= 1.88 kali0.8 kaliThn 2011 Modal hutang firma adalah 1.88 kali lebih besar dpd modal ekuiti ttp hanya 1.65 kali dlm tahun 2012. Nisbah ini lebih tinggi dengan nisbah industri utk 2011 dan 2012.Bermakna kedudukan para pemegang saham terancam dgn kemungkinan tidak menerima div dll. Pemiutang blm pasti terjamin menerima faedah dan wang pokok (prinsipal)Ada usaha firma utk mengurangan nisbah ini dlm thn 20122012

RM6700RM4050= 1.65 kali0.85 kaliAnalisis Nisbah: Nisbah Leveraj3.3 NISBAH PERLINDUNGAN FAEDAHNisbah Perlindungan FaedahNisbah ini mengukur keupayaan firma dalam memenuhi pembiayaan faedah hutang dgn menggunakan keuntungan sebelum cukai dan faedah (EBIT Earning Before Interest & Taxation)Nisbah ini akan menunjukkan berapa peratus modal hutang yg digunakan bagi membiayai jumlah aset syarikat.Nisbah ini dikira dengan membandingkan EBIT dan Belanja FaedahSecara rumusnya:Nisbah Perlindungan = (EBIT) . Faedah (Belanja Faedah)

Analisis : Semakin tinggi nisbah ini, dianggap baik kerana firma mempunyai cukup EBIT bagi membayar faedah ke atas pinjaman yang diterima.

FirmaIndustriAnalisis2011

RM1360RM200= 6.8 kali6.8 kaliThn 2011 EBIT adalah 6.8 kali lebih besar dpd belanja faedah (bel. Kewangan) ttp merosot kpd 4.75 kali dlm tahun 2012.Bermaksud firma tidak mempunyai masalah memenuhi tuntutan faedah ke atas modal hutangnya utk kedua-dua tahunNisbah ini sama dgn nisbah industri dlm thn 2011 ttp jauh lebih rendah dlm tahun 2012.2012

RM1900RM400= 4.75 kali6.5 kaliANALISIS NISBAH4. NISBAH KEBERUNTUNGANNisbah Keberuntungan mengukur Keberkesanan dan kecekapan syarikat dalam menjana keuntunganPersoalan yang akan dianalisa adalah bagi setiap RM1 Jualan dan setiap RM1 yang dilaburkan dalam Aset berapakah keuntungan yang dijanakan/dihasilkan.

Nisbah-nisbah utama dalam kumpulan ini adalah :Nisbah Margin Untung BersihNisbah Pulangan Atas Aset (ROA)Nisbah Pulangan Ekuiti

Analisis Nisbah: Nisbah Keberuntungan4.1 NISBAH MARGIN UNTUNG BERSIHNisbah Margin Untung BersihMenunjukkan peratus untung selepas cukai kepada jualan tahunan firma iaitu keuntungan yang diperoleh daripada setiap RM1 Jualan.Mengukur keupayaan syarikat dari segi mengurus dan mengawal perbelanjaan firma.

Nisbah ini dikira dengan membandingkan Pendapatan Bersih (UB) dan JualanSecara rumusnya:Nisbah Margin = Pendapatan Bersih . Untung Bersih Jualan

Analisis : Semakin tinggi nisbah ini, semakin baik kerana firma dpt menguruskan perbelanjaannya secara efisien utk meningkatkan keuntungannya.

FirmaIndustriAnalisis2011

RM835RM8 700= 9.6%14%Thn 2011 nisbah margin UB adalah 9.6% iaitu utk setiap RM1 Jualan, UB firma adalah 9.6 sen shj.Thn 2012 nisbah ini meningkat kpd 10.8%Perbandingan dgn nisbah industri menunjukkan nisbah firma rendah dan menunjukkan pengurusan dan kawalan belanja firma lemah2012

RM1 080RM10 000= 10.8%14%Analisis Nisbah: Nisbah Keberuntungan4.2 NISBAH PULANGAN ATAS ASET (ROA RETURNS ON ASSET)Nisbah Pulangan Atas Aset (atau Pulangan Atas Pelaburan)Menunjukkan keberkesanan sesebuah firma dalam mengurus asetnya bagi menjana keuntungan.Mengukur pengurusan aset firma dari segi kawalan perbelanjaan pelaburan ke atas aset tidak menjejaskan keuntungan firma

Nisbah ini dikira dengan membandingkan Pendapatan Bersih (UB) dan Jumlah Aset (ABS + AS)Secara rumusnya:Nisbah Pulangan = Pendapatan Bersih . Aset Jumlah Aset

Analisis : Semakin tinggi nisbah ini, semakin baik kerana memberi pulangan kepada pemegang saham yang baik

FirmaIndustriAnalisis2011

RM835RM12 000= 6.96%13%Thn 2011 & 2012 kadar pulangan atas aset adalah 6.96% dan 7.91%. Menunjukkan utk setiap RM1 pemilikan aset, firma menghasilkan hampir 7 sen (2011) dan 8 sen (2012) kepada para pelaburKeupayaan firma memberi pulangan kpd pelabur meningkat ttp jauh lebih rendah dpd nisbah industri. Firma harus membaiki pengurusan asetnya dalam menjana jualan dan keuntungan.2012

RM1 080RM13 650= 7.91%14%Analisis Nisbah: Nisbah Keberuntungan4.3 NISBAH PULANGAN EKUITINisbah Pulangan Atas EkuitiMenunjukkan keberkesanan sesebuah firma menjana keuntungan kepada pemegang syer firma.

Nisbah ini dikira dengan membandingkan Pendapatan Bersih (UB) dan Jumlah Ekuiti (Modal Syer + Keuntungan Tertahan)Secara rumusnya:Nisbah Pulangan = Pendapatan Bersih . Ekuiti Jumlah Ekuiti

Analisis : Semakin tinggi nisbah ini, maka firma telah menjana keuntungan yang cukup utk diagih-agihkan kepada pemegang syer firma.

FirmaIndustriAnalisis2011

RM835RM3 300= 25.3%30%Thn 2011 & 2012 kadar pulangan atas ekuiti adalah 25.3% dan 26.7%. Menunjukkan utk setiap RM1 modal saham yang disalurkan oleh para pemegang syer, firma menghasilkan hampir 25 sen (2011) dan 27 sen (2012) kepada para pelaburKeupayaan firma memberi pulangan kpd pelabur meningkat ttp rendah sedikit dpd nisbah industri. Walaupun firma mempunyai modal hutang yang lebih daripada modal ekuitinya, ttp firma masih memberi kadar pulangan yang baik.2012

RM1 080RM4 050= 26.7%30%ANALISIS NISBAH5. NISBAH NILAI PASARANNisbah Nilai Pasaran mengukur Pandangan para pelabur terhadap keberkesanan pengurusan syarikat secara menyeluruhJika pandangan para pelaburPositif maka reaksi mereka akan meningkatkan harga sahamNegatif harga saham akan menjunam jatuh (pelabur akan menjual saham-saham yang dimiliki)

Nisbah-nisbah utama dalam kumpulan ini adalah :Nisbah Harga Perolehan (P/E)Nisbah Pasaran Kepada Buku (M/B)

Analisis Nisbah: Nisbah Nilai Pasaran5.1 NISBAH HARGA PEROLEHAN (P/E)Nisbah Harga Perolehan (Price-Equity Ratio)Menunjukkan jumlah RM yang sanggup dibayar oleh pelabur bagai setiap RM keuntungan yang dilaporkan oleh firma. Cth: Jika keuntungan yg dilaporkan oleh firma adalah RM1 setiap saham & harga pasaran saham adalah RM5 sesaham, maka para pelabur sanggup membayar 5 kali ganda bagi setiap RM keuntungan.

Nisbah ini dikira dengan membandingkan Hg Pasaran Saham dan Pendapatan Bersih sesahamSecara rumusnya:Nisbah Harga = Harga Pasaran Saham . Perolehan (P/E) (Pendapatan Bersih/Jum. Saham Diterbitkan)

Analisis : Semakin tinggi nisbah ini, maka semakin tinggi kesanggupan pelabur setiap RM keuntungan

FirmaIndustriAnalisis2011

RM35(RM835 000/330 000 saham)= 13.8 kali13.5 kaliJika diandaikan harga pasaran saham adalah RM35 utk thn 2011 dan 2012 manakala harga setiap saham yang diterbitkan adalah RM10, maka jum saham yang diterbitkan adalah 330 000 (RM3 300 000/RM10) unit dlm thn 2011 dan 405 000 unit thn 2012.Nis PE utk thn 2011 dan 2012 adalah 13.8 kali dan 13.1 kali masing-masing dan hampir sama dgn nisbah industri.2012

RM35(RM1 080 000/405 000 saham)= 13.1 kali13.5 kaliAnalisis Nisbah: Nisbah Nilai Pasaran5.2 NISBAH PASARAN KEPADA BUKU (M/B)Nisbah Pasaran kpd Buku (Market-to-Book Ratio)Nisbah ini membuat perbandingan harga pasaran saham dengan nilai buku saham (harga asal terbitan)

Nisbah ini dikira dengan membandingkan Hg Pasaran Saham dan Hg Buku (hg asal) sesahamSecara rumusnya:Nisbah Pasaran = Harga Pasaran Sesaham . Buku (M/B) Nilai Buku Sesaham

Analisis : Semakin tinggi nisbah ini, maka para pelabur mempunyai persepsi positif terhadap pengurusan firma

FirmaAnalisis2011

RM35RM10= 3.5 Jika diandaikan harga pasaran saham adalah RM35 & RM 37 utk thn 2011 dan 2012 manakala harga setiap saham yang diterbitkan adalah RM10, maka jum saham yang diterbitkan adalah 330 000 (RM3 300 000/RM10) unit dlm thn 2011 dan 405 000 unit thn 2012.Nis MB utk thn 2011 dan 2012 adalah 3.5 kali & 3.7 kali masing-masing dan menunjukkan persepsi yang semakin positif dikalangan pelabur2012

RM37RM10= 3.7ANALISIS KEWANGAN5. Analisis KewanganNisbah Pengurusan Aset mengukur Keberkesanan dan kecekapan syarikat dalam mengurus aset syarikat Pengurusan yang berkesan dan cekap menjamin pengeluaran atau keuntungan syarikat yang setimpal dengan jumlah aset yang dimiliki

Analisis-analisis utama dalam kumpulan ini adalah :Analisis Arah AliranAnalisis Keratan RentasAnalisis Du Pont

Analisis Arah Aliran (Trend Analysis)Analisis arah aliran (trend analysis) juga dikenali juga sebagai analisis siri masa (time-series analysis).

KAEDAH ANALISIS:Perbandingan antara nisbah tahun semasa dengan nisbah tahun-tahun sebelumnya dibuat. Analisis dapat menunjukkan arah aliran (trend) firma dari aspek kewangan, keberuntungan, jualan, pulangan atas aset dll

Contoh:

Semakin baik dari tahun tahun ke tahun. Pengurus hendaklah memperbaiki keadaan berdasarkan polisis kewangan sedia ada atau mengekalkan polisi sedia ada. Tahun20092010201120122013Nis. Pulangan atas Aset-2.8%-1.4%0.5%1.5%2.72%Analisis D(Cross Sectional Analysis)Analisis keratan rentas (cross sectional analysis) dikenali juga sebagai analisis perbandingan (comparative analysis) yang digunakan untuk membandingkan prestasi sesuatu firma dikalangan firma-firma lain dalam industri yang sama.

KAEDAH ANALISIS:Perbandingan antara nisbah tahun semasa dengan nisbah firma-firma yang lain dalam industri yang sama.Analisis dapat menunjukkan kedudukan firma dari segi sesuatu aspek seperti keberuntungan, pusinganti dll untuk suatu tahun tertentu.

Contoh:

Analisis Industri Pulangan atas Aset menunjukkan firma A dan C mempunyai Pul. Atas Aset melebihi purata industri.

Walau bagaimanapun, Pul.Atas Aset yang dicapai oleh firma C juah lebih tinggi dan menunjukkan kecekapan firma ini dalam pengurusan keseluruhan aset

FirmaPul.Atas AsetA2.27%B1.03%C4.35%D0.96%Purata Industri2.15%Analisis Du Pont (Du Pont Analysis)Dalam analisis Du Pont, nisbah yang dianggap terpenting di kalangan penganalisis dan pelabur adalah NISBAH PULANGAN EKUITI (ROE).

Ini kerana nisbah pulangan ekuiti menunjukkan pulangan yang dapat dihasilkan oleh satu-satu syarikat kepada pemilik syarikat (pemegang saham). Antara aspek-aspek yang memberi kesan kepada ke atas nisbah ROE ialah:- Pengawalan perbelanjaan syarikat Pengurusan aset-aset syarikat Pengurusan leveraj hutang syarikat

LIMITASI ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Walaupun analisis penyata kewangan banyak memberi menfaat kepada pihak-pihak berkepentingan sama ada luaran atau dalaman, analisis ini juga mempunyai beberapa kekangan atau kelemahan. Antaranya :apabila perbandingan dibuat antara satu firma dengan satu firma yang lain, pastinya setiap firma mempunyai perbezaan dari segi penggunaan pelbagai kaedah untuk menilai serta mempersembahkan item-item dalam penyata kewangan. Misalnya untuk penilaian inventori, ada syarikat menggunakan kaedah MDKD dan ada yang menggunakan kaedah MKKD menyebabkan nilai inventori akhir tidak dapat dbandingkan dengan tepat.

2. data penyata kewangan yang digunakan sebagai asas pengiraan dinyatakan pada nilai kos sejarah dan bukannya pada nilai semasa. Ini bermakna keputusan yang akan dibuat untuk tindakan pada masa akan datang adalah berdasarkan kepada prestasi lepas.LIMITASI ANALISIS PENYATA KEWANGANpenyata kewangan mengandungi banyak data yang diperoleh melalui anggaran contohnya peruntukan hutang ragu dan susutnilai. Ini mengakibatkan pengiraan menjadi tidak tepat.

4. bagi syarikat yang mempunyai pelbagai subsidiari pastinya setiap subsidiari menjalankan perniagaan yang berbeza dengan syarikat lain. Oleh itu nisbah seperti pusing ganti inventori adalah tidak selaras.

5. masalah kemanusiaan juga membataskan pemilihan nilai-nilai untuk dianalisis dan penilaian dalam membuat keputusan pastinya tidak sama.LIMITASI ANALISIS PENYATA KEWANGAN6. kesan perubahan harga juga memberi kesan ke atas penilaian analisis.

7. firma yang berlainan akan mempunyai pola pemilikan aset yang berbeza walaupun dalam industri yang sama, contohnya syarikat yang menyewa bangunan dan memiliki bangunan sendiri. Nilai aset juga mungkin tidak dapat dibandingkan sekiranya sebuah syarikat itu telah membuat penilaian semula aset pada tahun tersebut tetapi syarikat yang dibandingkan belum membuat penilaian semula asetnya pada tahun yang sama.