Upload
truongkhuong
View
226
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
TAHAP PENGUASAAN TOPIK `LINES AND ANGLES` DALAM
KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN MATEMATIK DI UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA
SITI HAJAR BINTI RAMZAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: TAHAP PENGUASAAN TOPIK `LINES AND ANGLES` DALAM
KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN MATEMATIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
SAYA: SITI HAJAR BINTI RAMZAN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
Disahkan oleh
____________________________________ _________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: POS 26, KM. 3, PRT. KEROMA, TUAN. HJ MEOR IBRAHIM JLN. TEMENGGONG AHMAD, BIN KAMARUDDIN84000 MUAR, JOHOR. Nama Penyelia TARIKH: TARIKH:
SULIT
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TIDAK TERHAD
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
TAHAP PENGUASAAN TOPIK `LINES AND ANGLES` DALAM
KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN MATEMATIK DI UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA
SITI HAJAR BINTI RAMZAN
Tesis ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(MATEMATIK)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2008
ii
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik).”
Tandatangan:
Nama Penyelia : TN HJ. MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDIN
Tarikh:
iii
”Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali ringkasan dan petikan
yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan:
Nama Penulis: SITI HAJAR BINTI RAMZAN
Tarikh :
iv
DEDIKASI
Teristimewa buat mak dan abah,
Encik Ramzan Bin Taib dan Puan Puziah Bte Ismail,
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah banyak memberi dorongan dan sokongan sejak
kaki ini mula melangkah ke alam persekolahan sehinggalah sekarang…
sudi berkongsi susah senang walau apa jua terjadi…
Buat semua ahli keluarga,
Terima kasih di atas segalanya…
Buat teman,
Rakan-rakan seperjuangan…Nurul Huda, Norwahida, Jacinta, Natasha dan Hasriani
Pengorbanan anda adalah besar sepanjang penulisan dan ketika menjalani kehidupanku di UTM ini...
Dan kepada semua rakan dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung...
Terima kasih, semoga jasa anda diberkati Allah S.W.T...
v
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia, taufiq dan
hidayahNya, penulisan ini dapat disiapkan akhirnya. Selawat dan salam ke atas nabi
junjungan Rasulullah S.A.W yang membawa rahmat ke seluruh alam.
Setinggi penghargaan yang tidak terhingga khas kepada Tuan Hj. Meor
Ibrahim Bin Kamarudin yang telah banyak memberi tunjuk ajar, menasihat,
menyemak, memberi cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu sepanjang tempoh
projek ini dijalankan.
Jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak
menyumbangkan bantuan dari segi moral dan material. Tidak lupa juga kepada para
pelajar pendidikan Matematik tahun empat di Universiti Teknologi Malaysia, terima
kasih di atas kerjasama yang diberikan.
Ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat sama
ada secara langsung atau tidak dalam menyiapkan kajian ini termasuk yang telah
memberi dorongan, sokongan dan kekuatan dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda
ini dengan jayanya. Dengan kerjasama semua, maka kajian ini dapat berjalan dengan
lancar dan dapat disiapkan dengan sempurna. Semoga Allah S.W.T membalas segala
jasa baik kalian.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti corak kesilapan pelajar dalam
pembelajaran topik `Lines and Angles` Tingkatan Satu dan Tiga. Antara aspek
kemahiran dan konsep dalam topik `Lines and Angles` dikaji terdiri daripada
mendefinisi sudut, mengenalpasti jenis-jenis sudut, mengenalpasti jenis-jenis garisan,
sudut pada garis lurus, sudut pada satu titik dan penyelesaian soalan masalah. Kajian
telah dijalankan ke atas 59 responden yang terdiri daripada pelajar Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan Matematik(Kimia)-4SPM dan pelajar Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan Matematik(Komputer)-4SPT tahun empat di Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai. Satu set soalan matematik berkaitan tajuk `Lines and
Angles` yang terdiri daripada 19 item merangkumi semua aspek yang dikaji menjadi
instrumen untuk mengumpulkan data. Data dikumpulkan dan dianalisis secara
kualitatif serta pemerhatian dijalankan terhadap corak kesilapan yang dilakukan oleh
responden. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden menghadapi masalah dalam
semua aspek kemahiran dan konsep dalam topik `Lines and Angles` dikaji. Bagi
mengatasi masalah yang dihadapi, beberapa cadangan tindakan pemulihan
dikemukakan. Antaranya ialah pembaikan proses penyampaian guru yang perlu
memberi perhatian lebih kepada penanaman definisi istilah matematik dan menggilap
tahap penguasaan Bahasa Inggeris responden.
vii
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify the patterns of errors made by students
in the topic of Lines and Angles. This study focused on defining the angles,
identification of lines and angles, identification of angles on a straight line,
identification of angles at a point and problems solving. 59 respondents from
Bachelor of Science with Education (Mathematics-Chemistry) course, 4SPM and the
Bachelor of Science with Education (Mathematics-Computer) course, 4SPT were
chosen as the sample of this study. A set questionnaire consists of 19 items on all
aspects above was used as the instrument of collecting the data. Data were collected
and analyzed qualitatively. Patterns of errors made by the respondents were observed
manually based on their solution. The finding of this study shows that the
respondents face some difficulties in all aspects of Lines and Angles. Several ideas
and suggestions were forwarded such as reconstructing the process of delivering the
contents by focusing more on the definitions of mathematical terms and improve the
English language of the respondents.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
HALAMAN JUDUL i
PENGESAHAN PENYELIA ii
HALAMAN PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
ix
1.8 Definisi Istilah 8
1.8.1 Diagnosis 9
1.8.2 Kesalahan Lazim 9
1.8.3 Mengenalpasti 9
1.8.4 `Lines and Angles` 10
1.8.5 Masalah 10
1.8.6 Konsep 10
1.9 Penutup 11
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Konsep Tajuk `Lines and Angles` 13
Tingkatan Satu
2.3 Masalah Pembelajaran dalam Tajuk 17
`Lines and Angles`
2.4 Diagnostik Kesalahan Matematik 22
2.5 Penguasaan Bahasa Inggeris 26
2.6 Strategi Pemulihan dan Pengayaan 28
2.7 Penutup 32
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 33
3.2 Reka Bentuk Kajian 33
3.3 Kajian Rintis 34
3.4 Lokasi Kajian 35
3.5 Populasi dan Sampel Kajian 36
3.6 Instrumen Kajian 37
3.6.1 Soalan Ujian Diagnosis 37
3.7 Analisis Data 38
3.7.1 Analisis Soalan Ujian 39
x
Diagnosis Matematik
3.7.1.1 Analisis Tahap 39
Kefahaman
3.7.1.2 Analisis 39
Kesalahan Lazim
Yang Dilakukan
3.8 Penutup 41
BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN
4.1 Pengenalan 42
4.2 Analisis Data 43
4.2.1 Latar Belakang 43
Responden
4.2.2 Tahap Penguasaan 44
Responden dalam Topik
`Lines and Angles`
4.2.2.1 Aspek Simbol 47
Sudut
4.2.2.2 Aspek Definisi 48
Sudut
4.2.2.3 Aspek Unit Sudut 49
4.2.2.4 Aspek Melukis 50
Sudut
4.2.2.5 Aspek Jenis-jenis 52
Sudut
4.2.2.6 Aspek Jenis-jenis 58
Garisan
4.2.2.7 Aspek Sudut Pada 62
Garis Lurus
4.2.2.8 Aspek Sudut Pada 64
Satu Titik
xi
4.2.2.9 Aspek Soalan 65
Penyelesaian
Masalah
4.3 Penutup 71
BAB 5 KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 72
5.2 Kesimpulan Dapatan 72
5.3 Implikasi Kajian 73
5.3.1 Masalah Pelajar Dalam 74
Simbol, Definisi, Unit, dan
Melukis Sudut.
5.3.2 Masalah Pelajar Dalam 74
Jenis-jenis Sudut
5.3.3 Masalah Pelajar Dalam 75
Jenis-jenis Garisan
5.3.4 Masalah Pelajar Dalam 76
Sudut Pada Garis Lurus
5.3.5 Masalah Pelajar Dalam 76
Sudut Pada Satu Titik
5.3.6 Masalah Pelajar Dalam 76
Soalan Penyelesaian Masalah
5.4 Cadangan 77
5.5 Cadangan Kajian Akan Datang 79
5.6 Penutup 80
RUJUKAN 81
LAMPIRAN 86
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan sampel kajian mengikut kursus 36
3.2 Spesifikasi soalan Ujian Diagnosis 38
3.3 Jadual pengkelasan tahap penguasaan berdasarkan 39
skor markah betul
4.1 Pengkelasan latar belakang responden berdasarkan 43
jantina dan Gred PMR
4.2 Pengkelasan tahap penguasaan berdasarkan skor 44
betul
4.3 Analisis kesilapan secara keseluruhan 45
4.4 Analisis kesalahan lazim yang dilakukan 47
4.5 Contoh salah aplikasi bagi penamaan sudut 47
4.6 Analisis kesalahan lazim yang dilakukan 48
4.7 Contoh salah aplikasi bagi mendefinisi sudut 49
4.8 Analisis kesalahan lazim yang dilakukan 49
4.9 Contoh salah aplikasi bagi unit sudut 50
4.10 Analisis kesalahan lazim yang dilakukan 50
4.11 Contoh salah aplikasi bagi melukis sudut 51
4.12 Analisis kesalahan lazim yang dilakukan 52
4.13 Contoh salah aplikasi bagi jenis-jenis sudut 54
4.14 Analisis kesalahan lazim yang dilakukan 58
4.15 Contoh salah aplikasi bagi jenis-jenis garisan 60
4.16 Analisis kesalahan lazim yang dilakukan 62
xiii
4.17 Contoh salah aplikasi bagi sudut pada garis lurus 63
4.18 Analisis kesalahan lazim yang dilakukan 64
4.19 Contoh salah aplikasi bagi sudut pada satu titik 65
4.20 Analisis kesalahan lazim yang dilakukan 65
4.21 Contoh salah aplikasi bagi soalan penyelesaian 67
masalah
xiv
SENARAI SINGKATAN
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR Kurikulumm Bersepadu Sekolah Rendah
PPK Pusat Perkembangan Kurikulum
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
ICT - Information Centre Technology
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SPT - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik-
Komputer)
SPM - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik-
Kimia)
SPC - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia-
Matematik)
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
KP - Kesilapan pemahaman
KM - Kesilapan tafsir maklumat
KF - Miskonsepsi fakta
KT - Kesilapan transformasi
KC - Kesilapan cuai
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Set Soalan Ujian Diagnosis 86
B Borang Pengesahan Ujian Diagnosis 98
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara
(Falsafah Pendidikan Kebangsaan).
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan satu kurikulum matematik
sekolah menengah digubal yang bertujuan untuk membentuk individu yang
berpemikiran matematik dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan
matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan
harian bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2001).
2
Peranan matematik dalam kemajuan tamadun hari ini memang tidak dapat
dinafikan lagi. Aplikasi matematik ke dalam pelbagai bidang sains dan teknologi
telah mendatangkan suatu pembaharuan dan perubahan yang besar kepada dunia.
Matematik boleh dikatakan kunci kepada peluang pekerjaan dan kerjaya di mana
kebolehan menyelesaikan masalah dalam matematik adalah mustahak sebagai asas
pendemokrasian dalam era teknologi terkini (Mazlan, 2002). Yang terkini, pemilihan
Dr. Sheikh Muzaffar Shah sebagai angkasawan Malaysia yang pertama merupakan
satu contoh dimana Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah melahirkan satu generasi
yang mampu membawa impak besar kepada negara. Ilmu matematik merupakan
bidang yang luas dan meliputi semua aspek kehidupan. Tidak salah jika dikatakan
bahawa kehidupan seharian manusia semuanya berkisarkan aplikasi matematik.
Devis dan Hersh (1981, dalam Zaimas, 1999) menyatakan bahawa matematik gunaan
secara automatik merentas disiplin ilmu yang lain. Matematik sentiasa diamalkan
dalam setiap bidang kehidupan termasuklah sains semulajadi, sains sosial,
perniagaan dan sebagainya.
Perkembangan pembelajaran matematik adalah meliputi perolehan
pengetahuan tentang pembinaan idea, pemilihan konsep dan fakta, perlaksanaan
prosedur, kemahiran mengira dan kemahiran menyelesaikan masalah. Pelajaran
matematik merupakan pembelajaran yang menguji kecerdasan seseorang itu berfikir
untuk menyelesaikan masalah dengan kepintaran yang dibantu oleh daya ingatan
terhadap konsep, fakta dan prosedur dalam ilmu matematik. Selari dengan kemajuan
sains dan teknologi, pelbagai alat canggih direka dan dicipta bagi menyelesaikan
masalah matematik. Namun jika diletakkan alat canggih itu didepan mata berserta
satu soalan matematik yang mudah, soalan matematik tersebut tidak akan dapat
diselesaikan tanpa pemahaman konsep dan formula yang dikehendaki. Jelas dapat
dilihat bahawa penggunaan alat elektronik hanya mampu memudahkan dan
memendekkan cara pengiraan bagi mendapatkan jawapan. Mustahil bagi seseorang
yang tidak mengenali formula matematik dapat menyelesaikan satu soalan matematik
hanya menggunakan sebuah alat elektronik yang canggih.
3
Walaupun bagaimanapun, pencapaian dan minat pelajar terhadap mata
pelajaran Matematik tidak begitu menggalakkan (Mazlan, 2002). Persepsi pelajar
terhadap matapelajaran matematik sebagai satu subjek yang sukar masih tidak dapat
ditangani. Pelbagai perubahan dalam dunia pendidikan termasuklah dari segi corak
pendekatan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, penggunaan teknologi
komputer dan kalkulator, penerapan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis,
pembelajaran masteri dan perubahan bahasa Sains dan Matematik belum mampu
mengikis persepsi pelajar terhadap matapelajaran matematik. Maka, disinilah tugas
berat seorang pendidik dalam memastikan anak didiknya yang terdiri daripada
pelbagai ragam menerima ilmu matematik yang disampaikan dengan jelas dan tepat
disamping menerapkan pembelajaran sepanjang hayat.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kandungan matematik KBSM merupakan satu kontinum daripada Tingkatan
Satu hingga ke Tingkatan Lima yang diolah mengikut tiga bidang yang saling berkait
iaitu Nombor, Bentuk dan Ruang, dan Perkaitan. Skop pengetahuan dan kemahiran
bagi suatu tajuk disusun mengikut hierarki dan hubungkait di antara tajuk-tajuk.
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum ini menegaskan pembinaan
konsep dan penguasaan kemahiran dengan menyeluruh dan mengambil kira aspek
penyelesaian masalah, penaakulan, komunikasi dalam matematik dan membuat
perkaitan Sharifah Maimunah (2001, dalam Noraini, 2007).
Sukatan Pelajaran Tingkatan Satu untuk topik `Lines and Angles` ini terdiri
daripada cara-cara melukis dan mengukur sudut, jenis-jenis sudut, sudut pada satu
garis lurus, sudut pada satu titik, dan ciri-ciri garisan selari, garisan serenjang dan
garisan bersilang. Kemahiran melukis dan mengukur sudut yang perlu dikuasai
pelajar adalah hanya menggunakan pembaris dan protaktor. Manakala konsep asas
yang perlu dikuasai dalam topik ini termasuklah empat jenis sudut dan julat setiap
4
sudut tersebut, ciri-ciri sudut yang terbentuk pada satu garis lurus dan pada satu titik,
dan ciri-ciri sudut yang terbentuk daripada garisan selari, garisan serenjang dan
garisan bersilang. Dalam sukatan pelajaran Tingkatan Tiga untuk topik `Lines and
Angles` ini pula terdiri daripada ciri-ciri sudut yang terbentuk apabila satu garis
melintang pada dua atau lebih garisan selari. Terdapat tiga jenis sudut iaitu sudut
sejajar, sudut selang-seli, sudut bertentangan dan sudut pedalaman.
Lomas (1979, dalam Zaimas, 1999) menyatakan kebanyakan pelajar
menggunakan masa yang lebih untuk menyelesaikan masalah matematik
dibandingkan dengan matapelajaran lain. Terdapat tahap-tahap kesukaran tertentu
yang menggagalkan proses penyelesaian masalah. Tahap-tahap kesukaran tersebut
berhirarki dan bermula dari peringkat mengamati, memahami, mempelajari dan
memproses maklumat matematik secara tersendiri (Malik, 1999).
Seringkali pelajar menghadapi masalah dengan soalan permasalahan
matematik apabila melibatkan keupayaan pelajar mentafsir maklumat secara visual
dan spatial. Pelajar tidak dapat mengaplikasikan maklumat daripada simbol-simbol
matematik kepada bentuk ayat mudah, dan ini mengakibatkan kesilapan pelajar
dalam memilih teorem dan formula yang tepat dalam menyelesaikan soalan tersebut.
Penggunaan gambarajah yang banyak dalam topik `Lines and Angles` ini merupakan
masalah pokok kepada pelajar dalam menyelesaikan soalan permasalahan.
Penggunaan `Lines and Angles` tidak terhad dalam matapelajaran matematik sahaja
malah juga dalam matapelajaran fizik, sains, biologi dan sebagainya. Kelemahan
pelajar di peringkat awal akan menghalang pelajar menguasai peringkat kemahiran
yang lebih tinggi. Kelemahan pembelajaran ini termasuklah kesilapan pengiraan
sistematik, kesilapan pengiraan arithmetik atau kesilapan akibat kecuaian.
Seterusnya, masalah ini akan menjejaskan prestasi pekerjaan pelajar pada masa akan
datang yang akan bergelar seorang pendidik.
”Para pendidik seharusnya mengenalpasti punca-punca kemerosotan
pencapaian sekolah kebangsaan dan harus bertindak untuk
5
mengatasinya. Mereka juga seharusnya sanggup menerima punca
sebenar walaupun ia mendedahkan kesilapan yang lepas.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, The Star, 2 September 2001)
Memandangkan pelajar pendidikan matematik tahun empat di UTM
merupakan pelajar tahun akhir yang bakal bergelar seorang pendidik, maka usaha-
usaha pemulihan perlulah diambil bagi mengelakkan masalah ini berlanjutan dan
mendatangkan kesukaran kepada pelajar semasa menjalankan tanggungjawab
sebagai seorang pendidik.
1.3 Pernyataan Masalah
Matematik kini merupakan subjek penting di sekolah dan juga di pusat
pengajian tinggi.
“ Matematik bukan saja satu mata pelajaran yang dipelajari di
sekolah tetapi asasnya boleh diperkembangkan kepada bidang
professional seperti perakaunan, pelaburan, perniagaan, dan
keusahawanan.”
( Tun Dr. Mahathir Mohamad, Berita Harian, 20 Oktober 1998)
Tajuk `Lines and Angles` dalam sukatan pembelajaran matematik Tingkatan
Satu dan Tiga merupakan antara pengetahuan asas dalam matematik yang sering
diaplikasikan kepada beberapa matapelajaran lain. Kesukaran pelajar dalam
memahami dan mengaplikasikan konsep `Lines and Angles` seharusnya diberi
perhatian agar para pelajar tidak menghadapi masalah dalam matapelajaran
seterusnya. Pelbagai langkah pemulihan dan penggayaan perlulah diatur bagi
mengelakkan prestasi pelajar menurun dan menyebabkan pelajar hilang minat
6
terhadap matapelajaran matematik. Maka kajian ini mengambil satu pendekatan
diagnosis bagi mengenalpasti tahap penguasaan pelajar pendidikan matematik di
UTM dalam tajuk `Lines and Angles`.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa objektif iaitu:
a) Menentukan tahap penguasaan konsep `Lines and Angles` pelajar
pendidikan matematik di UTM.
b) Mengenalpasti kesalahan lazim yang dilakukan oleh pelajar
pendidikan matematik di UTM dalam tajuk `Lines and Angles`.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan iaitu :
a) Apakah tahap penguasaan pelajar pendidikan matematik di UTM
dalam tajuk `Lines and Angles`?
b) Apakah kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan oleh pelajar
pendidikan matematik di UTM dalam tajuk `Lines and Angles`?
7
1.6 Kepentingan Kajian
Cox (1975, dalam Shahrina, 2006) mendapati bahawa tanpa pengajaran
pemulihan kesilapan sistematik akan berterusan bagi tempoh masa yang panjang.
Beliau menyatakan bahawa 23.0% daripada pelajar-pelajar yang melakukan
kesilapan sistematik akan terus melakukan kesilapan yang sama dan serupa pada
masa-masa yang berikutnya.
Analisis pengagihan soalan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dari tahun
2000 hingga 2007 menunjukkan bahawa terdapat soalan dari tajuk `Lines and
Angles` dalam kertas Matematik Satu. Oleh yang demikian, soalan dari tajuk `Lines
and Angles` menjadi soalan wajib bagi pelajar. Ini menunjukkan penekanan tajuk
`Lines and Angles` adalah dititikberatkan dalam silibus Pembelajaran Matematik
Menengah Rendah.
Kajian ini dilakukan dengan menggunakan pendekatan diagnosis bagi
mengenalpasti masalah pembelajaran pelajar dalam tajuk `Lines and Angles`.
Kesalahan-kesalahan lazim dan langkah-langkah penyelesaian pelajar dianalisis
untuk mengenalpasti masalah-masalah pelajar dalam tajuk `Lines and Angles` dan
seterusnya mencadangkan beberapa langkah pemulihan dan penggayaan bagi
mengatasi masalah-masalah tersebut. Pendekatan pemulihan bertujuan membantu
para pelajar yang mengalami masalah pembelajaran dan mendalami bidang
kesukaran mereka. Manakala pendekatan pengayaan kebiasaannya dapat membantu
pelajar yang mengalami masalah lambat faham atau lebih dikenali sebagai `slow
learner`. Selain itu langkah pemulihan dan pengayaan ini membolehkan para guru
mencuba pelbagai pendekatan baru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi
mengelakkan kesilapan berulang yang dilakukan pelajar. Maklum balas dari kajian
ini juga dapat mengenalpasti bagaimana seseorang pelajar itu mentafsirkan sesuatu
masalah dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut.
8
Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat dalam bidang pendidikan
terutamanya kepada bakal guru Matematik. Disebabkan kekangan masa, dapatan
kajian ini hanya akan mengumpul maklumat tentang tahap penguasaan konsep `Lines
and Angles` dalam kalangan pelajar pendidikan matematik tahun empat di UTM.
Setelah usaha-usaha pemulihan dan pengayaan dilaksanakan, diharap prestasi bakal-
bakal guru dari UTM dapat ditingkatkan.
1.7 Batasan Kajian
Beberapa batasan kajian telah ditetapkan iaitu:
a) Kajian ini hanya melibatkan para pelajar pendidikan matematik di
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai sahaja.
b) Kajian ini melibatkan ujian diagnosis untuk mengenalpasti
kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan oleh pelajar pendidikan
matematik.
c) Kesimpulan kajian ini tidak dapat mentafsirkan pemahaman para
pelajar di Malaysia dan kejayaan kajian ini bergantung kepada
kerjasama sampel yang dipilih dan pihak-pihak yang berkaitan.
1.8 Definisi Istilah
Kajian ini menumpukan beberapa definisi istilah bagi membolehkan kajian
dijalankan dengan lebih tepat dan jelas.
9
1.8.1 Diagnosis
Kamus Dewan edisi ketiga (2003) mentakrifkan diagnosis sebagai perbuatan
mengenalpasti sesuatu penyakit daripada tanda dan gejalanya. Dalam koteks
pendidikan, diagnosis boleh dinyatakan sebagai usaha mencari alasan-alasan
mengapa para pelajar melakukan kesilapan atau menghadapi kesukaran dengan
meneliti serta mengenalpasti pola kesalahan yang mereka lakukan.
1.8.2 Kesalahan Lazim
Kesalahan lazim dalam konteks kajian ini bermaksud jenis-jenis kesilapan
yang sering dilakukan oleh pelajar dalam menjawab soalan-soalan dalam topik
`Lines and Angles`.
1.8.3 Mengenalpasti
Mengenalpasti membawa maksud mengetahui atau mengecam dengan
sebenar sehingga dapat menyatakan dengan pasti sesuatu perkara itu berdasarkan
fakta-fakta atau statistik yang diperolehi.
10
1.8.4 `Lines and Angles`
`Lines and Angles` merupakan salah satu topik dalam sukatan pelajaran
matematik Tingkatan Satu dan Tiga. Topik ini membincangkan cara-cara melukis
dan mengukur sudut, jenis-jenis sudut, sudut pada garis lurus, sudut pada satu titik,
ciri-ciri garisan selari, garisan serenjang dan garisan bersilang, dan ciri-ciri sudut
sejajar, sudut selang-seli dan sudut dalaman.
1.8.5 Masalah
Masalah diklasifikasikan sebagai satu situasi sama ada bersifat kuantitatif
atau sebaliknya yang dihadapi oleh pelajar atau sekumpulan pelajar yang
memerlukan penyelesaian tetapi pelajar tersebut tidak mengetahui sebarang kaedah
atau cara jelas untuk menghasilkanpenyelesaian tersebut.
1.8.6 Konsep
Konsep dalam kajian ini merujuk kepada kemahiran dan perkara-perkara asas
dalam tajuk `Lines and Angles` yang perlu dikuasai oleh pelajar.
11
1.9 Penutup
Oleh kerana pelajar pendidikan matematik tahun empat di UTM merupakan
pelajar tahun akhir dan bakal bergelar seoarang pendidik, maka masalah penguasaan
isi matapelajaran dalam tajuk `Lines and Angles` ini perlulah dititikberatkan. Melalui
kajian ini tahap penguasaan pelajar pendidikan matematik tahun empat di UTM
dalam tajuk `Lines and Angles` dapat dikenalpasti.
Sehubungan dengan itu, hasil kajian ini akan digunakan dalam
mengemukakan beberapa langkah pemulihan dan penyelesaian kepada bakal-bakal
guru yang menghadapi masalah dalam tajuk `Lines and Angles`.