20
TAHAP PERLAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DI KALANGAN GURU BIOLOGI SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CHONG SHIAU LI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PERLAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS · PDF fileAdakah guru-guru Biologi di sekolah telah melaksanakan KPS ... Soal selidik telah ... telah menyenaraikan 10 objektif. Secara umum,

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TAHAP PERLAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS · PDF fileAdakah guru-guru Biologi di sekolah telah melaksanakan KPS ... Soal selidik telah ... telah menyenaraikan 10 objektif. Secara umum,

TAHAP PERLAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DI KALANGAN

GURU BIOLOGI SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CHONG SHIAU LI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP PERLAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS · PDF fileAdakah guru-guru Biologi di sekolah telah melaksanakan KPS ... Soal selidik telah ... telah menyenaraikan 10 objektif. Secara umum,

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Biologi)”.

Tandatangan : ................................................................

Nama Penyelia I : PM DR. ABU HASSAN BIN KASSIM

Tarikh : ................................................................

Page 3: TAHAP PERLAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS · PDF fileAdakah guru-guru Biologi di sekolah telah melaksanakan KPS ... Soal selidik telah ... telah menyenaraikan 10 objektif. Secara umum,

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: TAHAP PERLAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DI KALANGAN GURU BIOLOGI SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

Saya CHONG SHIAU LI (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: LOT 5830, JLN STUTONG, PM DR. ABU HASSAN BIN KASSIM STAMPIN RESETT. SCHEME, Nama Penyelia 93350 KUCHING, SARAWAK. Tarikh: Tarikh: ________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 4: TAHAP PERLAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS · PDF fileAdakah guru-guru Biologi di sekolah telah melaksanakan KPS ... Soal selidik telah ... telah menyenaraikan 10 objektif. Secara umum,

TAHAP PELAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DI KALANGAN GURU

BIOLOGI SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CHONG SHIAU LI

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

Page 5: TAHAP PERLAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS · PDF fileAdakah guru-guru Biologi di sekolah telah melaksanakan KPS ... Soal selidik telah ... telah menyenaraikan 10 objektif. Secara umum,

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ..................................

Nama Penulis : CHONG SHIAU LI

Tarikh : ...................................

Page 6: TAHAP PERLAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS · PDF fileAdakah guru-guru Biologi di sekolah telah melaksanakan KPS ... Soal selidik telah ... telah menyenaraikan 10 objektif. Secara umum,

iii

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Profesor Madya

Dr. Abu Hassan bin Kassim selaku pensyarah pembimbing projek ini, di atas segala

bimbingan, tunjuk ajar, dorongan dan galakkan serta teguran yang membina sejak dari

awal kajian ini dirancang sehinggalah projek ini dapat disempurnakan. Segala ilmu dan

pengalaman yang dicurahkan akan dikenangi dan jadi panduan dalam menempuh hari-

hari mendatang.

Penghargaan juga diberikan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri

Johor, di atas kebenaran bagi menjalankan kajian ini. Ribuan terima kasih juga kepada

Pengetua, guru-guru Biologi dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung

atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

Page 7: TAHAP PERLAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS · PDF fileAdakah guru-guru Biologi di sekolah telah melaksanakan KPS ... Soal selidik telah ... telah menyenaraikan 10 objektif. Secara umum,

iv

ABSTRAK

Sistem pendidikan di Malaysia adalah bersifat dinamik dan sentiasa disesuaikan

dengan perkembangan dan keperluan terkini. Mata pelajaran Biologi KBSM yang

disemak semula pada tahun 2001 memberi penekanan terhadap pemerolehan

pengetahuan Biologi, menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran proses sains (KPS).

Penguasaan KPS adalah penting bagi membantu pelajar berfikir secara progresif, proaktif

dan inovatif untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian. Persoalannya:

Adakah guru-guru Biologi di sekolah telah melaksanakan KPS sebagaimana yang

dihasratkan oleh kurikulum Biologi KBSM? Justeru, kajian ini bertujuan meninjau

sejauh manakah perlaksanaan KPS oleh guru Biologi semasa proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah menengah sekitar daerah Johor Bahru. Aspek yang dikaji dalam

kajian ini melibatkan penyediaan peluang, kesediaan guru untuk membimbing serta

penggunaan KPS untuk menyelesaikan masalah. Jenis KPS yang terlibat ialah kemahiran

membuat hipotesis, kemahiran membuat inferens, kemahiran mengawal pemboleh ubah

dan kemahiran mentafsir maklumat. Seramai 162 orang pelajar dari empat buah sekolah

menengah di daerah Johor Baru, telah dilibatkan dalam kajian. Pemilihan sekolah –

sekolah tersebut adalah secara rawak mudah menggunakan kaedah loteri. Soal selidik

telah digunakan sebagai instrument kajian bagi mendapatkan data berkaitan dengan

kajian ini. Data mentah yang diperoleh dianalisis dengan mengira kekerapan dan

peratusan menggunakan perisian komputer SPSS 11.0 for Window. Seterusnya,

kekerapan tertinggi (mod) bagi setiap item ditentukan. Dapatan kajian mendapati

perlaksanaan KPS pada keseluruhannya di tahap sederhana. Hasil kajian menunjukkan

guru Biologi kurang memberi peluang, membimbing pelajar serta menggunakan KPS

untuk menyelesaikan masalah harian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Beberapa kekangan, implikasi dan cadangan kajian telah dikemukakan untuk kajian yang

seterusnya.

Page 8: TAHAP PERLAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS · PDF fileAdakah guru-guru Biologi di sekolah telah melaksanakan KPS ... Soal selidik telah ... telah menyenaraikan 10 objektif. Secara umum,

v

ABSTRACT

The educational system in Malaysia is dynamic and being suited to the

development and requirements. Biology curriculum in KBSM was being reviced in year

2001 in order to emphasize on the way to obtain knowledge in Biology and Science

Process Skills. The development of Science Process skills is vital for the students to

think progressive, proactive and innovative ways to solve the problems in daily life. The

question is, did the Biology teachers carry out Science Process Skills in school as

proclaimed by Biology curriculum in KBSM? So, this study aims to find how good is

Science Process Skills being carried out among the Biology teachers in the secondary

schools of Johore Bahru. The aspects include chances availability, teacher’s preparation

to instruct and readiness to use Science Process Skills as a solution in problem solving.

Science Process Skills in this study consists of skills in formulating hypothesis, inferring,

controlling variables and interpreting data. The respondents of this study had been

chosen from four secondary schools in Johore Bahru that consist of 162 students. The

schools that used as the population for the study were being selected randomly.

Questionnaires are used to collect the data concerning this study. The raw data had been

analyzed by counting on the frequency and percentage by using the software SPSS 11.0

for window. Thus, the mode for each item was being determined. The result of the

research show that Science Process Skills was being carried out is in the moderate level.

Besides that, the results show that Biology teachers gave less opportinity and guiding

their pupils to solve problems by using Science Process Skills. Some implications and

findings are suggested. Limitations are cited and some suggestions for further research

are being put forward.

Page 9: TAHAP PERLAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS · PDF fileAdakah guru-guru Biologi di sekolah telah melaksanakan KPS ... Soal selidik telah ... telah menyenaraikan 10 objektif. Secara umum,

vi

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

KANDUNGAN vi

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

SENARAI JADUAL x

SENARAI LAMPIRAN xi

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Kepentingan Kajian 7

1.6 Skop Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 9

Page 10: TAHAP PERLAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS · PDF fileAdakah guru-guru Biologi di sekolah telah melaksanakan KPS ... Soal selidik telah ... telah menyenaraikan 10 objektif. Secara umum,

vii

1.8 Definisi Kajian 9

1.8.1 Kemahiran Proses Sains 9

1.8.2 Kemahiran Membuat Inferens 11

1.8.3 Kemahiran Membuat Hipotesis 11

1.8.4 Kemahiran Mentafsir Maklumat 12

1.8.5 Kemahiran Mengawal

Pemboleh Ubah 12

BAB II SOROTAN KAJIAN 13

2.1 Pendahuluan 13

2.2 Kemahiran Proses Sains (KPS) Dan

KBSM 13

2.3 Peranan Guru Dalam Perlaksanaan

Kemahiran Proses Sains 15

2.3.1 Penyediaan Peluang bagi

Pelajar Menguasai KPS 16

2.3.2 Kesediaan Guru Membimbing

Pelajar Menguasai KPS 17

2.3.3 Penggunaan KPS Untuk

Menyelesaikan Masalah

Harian 17

2.4 Perlaksanaan KPS Di Kalangan

Guru-Guru 18

2.5 Pencapaian Pelajar Dalam KPS 19

Page 11: TAHAP PERLAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS · PDF fileAdakah guru-guru Biologi di sekolah telah melaksanakan KPS ... Soal selidik telah ... telah menyenaraikan 10 objektif. Secara umum,

viii

BAB III METODOLOGI KAJIAN 21

3.1 Pendahuluan 21

3.2 Reka Bentuk Kajian 21

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 22

3.4 Instrumen Kajian 23

3.5 Prosedur Kajian 24

3.6 Kajian Rintis 25

3.7 Kaedah Analisis Data 26

BAB IV ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN HASIL 28

4.1 Pendahuluan 28

4.2 Analisis Data 28

4.2.1 Latar Belakang Responden 29

4.2.2 Maklum Balas Responden Terhadap

Aspek Kajian 30

4.3 Perbincangan Hasil 32

4.3.1 Latar Belakang Responden 32

4.3.2 Aspek Kajian 32

4.3.2.1 Penyediaan Peluang Bagi

Pelajar Menguasai KPS 33

4.3.2.2 Kesediaan Guru Membimbing

Pelajar Menguasai KPS 34

4.3.2.3 Penggunaan KPS Untuk

Menyelesaikan Masalah

Harian 35

Page 12: TAHAP PERLAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS · PDF fileAdakah guru-guru Biologi di sekolah telah melaksanakan KPS ... Soal selidik telah ... telah menyenaraikan 10 objektif. Secara umum,

ix

BAB V KESIMPULAN, IMPLIKASI KAJIAN DAN

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN 36

5.1 Pendahuluan 36

5.2 Rumusan 36

5.3 Implikasi Kajian 37

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 38

RUJUKAN 39

Page 13: TAHAP PERLAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS · PDF fileAdakah guru-guru Biologi di sekolah telah melaksanakan KPS ... Soal selidik telah ... telah menyenaraikan 10 objektif. Secara umum,

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan item bagi setiap aspek kajian 23

3.2 Tahap penilaian berdasarkan peratus 27

4.1 Taburan kekerapan latar belakang responden 29

4.2 Taburan perspektif responden terhadap perlaksanaan

KPS dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi

KBSM mengikut kekerapan (dan peratusan) 31

Page 14: TAHAP PERLAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS · PDF fileAdakah guru-guru Biologi di sekolah telah melaksanakan KPS ... Soal selidik telah ... telah menyenaraikan 10 objektif. Secara umum,

xi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Instrumen kajian (Soal selidik) 45

B Surat pengesahan dari Fakulti Pendidikan 54

C Surat kebenaran menjalankan kajian dari EPRD-KPM 55

D Surat kebenaran menjalankan kajian dari JPN 56

E Analisis lengkap lima skala 57

Page 15: TAHAP PERLAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS · PDF fileAdakah guru-guru Biologi di sekolah telah melaksanakan KPS ... Soal selidik telah ... telah menyenaraikan 10 objektif. Secara umum,

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Negara Malaysia sedang pesat berkembang, bercita-cita dan berwawasan untuk

menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Sebagai negara yang sedang melangkah

ke arah status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang berilmu

saintifik dan progresif. Bagi merealisasikan wawasan 2020, pendidikan sains telah

memainkan peranan yang penting bagi melahirkan warga negara berfikiran kritis, kreatif,

berketerampilan serta mengamalkan budaya sains dan teknologi.

Biologi merupakan satu bidang keilmuan dinamik yang mengkaji tentang

kehidupan, persekitaran dan interaksi antara kehidupan dengan persekitaran.

Perkembangan dalam bidang Biologi yang begitu pesat terutama dalam bidang bio

teknologi, kejuruteraan genetik dan teknologi makanan telah memberikan sumbangan

terhadap bidang perubatan, pertanian dan perindustrian. Oleh itu, warga negara Malaysia

perlu menguasai ilmu Biologi supaya turut memberikan sumbangan untuk mencapai

wawasan 2020.

Page 16: TAHAP PERLAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS · PDF fileAdakah guru-guru Biologi di sekolah telah melaksanakan KPS ... Soal selidik telah ... telah menyenaraikan 10 objektif. Secara umum,

2

Mata pelajaran Biologi KBSM merupakan mata pelajaran elektif di peringkat

sekolah menengah atas. Kandungan sukatan pelajaran Biologi KBSM merangkumi

kajian tentang sel, proses fisiologi, variasi dan ekosistem. Selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan, mata pelajaran ini bertujuan melahirkan pelajar yang

mempunyai pengetahuan dalam bidang Biologi, kemahiran saintifik, kemahiran berfikir

serta mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman ini berlandaskan sikap

saintifik dan nilai murni (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).

Penekanan terhadap penggunaan kemahiran saintifik meliputi kemahiran proses

sains dan kemahiran manipulatif. Penguasaan kemahiran manipulatif melibatkan pelajar

dalam mengendalikan spesimen, radas makmal dan bahan kimia dengan teknik yang

betul dan selamat. Bagi mempertingkatkan penguasaan kemahiran proses sains (KPS),

pelajar akan dilibatkan dengan kemahiran mengenai pasti masalah, membuat hipotesis,

merancang dan menjalankan kajian, mentafsir data dan maklumat,membuat inferens dan

keputusan. Penguasaan KPS adalah penting bagi membantu pelajar mempertingkatkan

kemahiran dalam mengendalikan maklumat dan menyelesaikan masalah (Burns et

al.,1985). Penguasaan KPS juga membantu mereka menjadi masyarakat yang boleh

berfikir secara progresif, proaktif dan inovatif untuk menyelesaikan masalah dalam

kehidupan harian (Ishak et al., 1998).

Page 17: TAHAP PERLAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS · PDF fileAdakah guru-guru Biologi di sekolah telah melaksanakan KPS ... Soal selidik telah ... telah menyenaraikan 10 objektif. Secara umum,

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Sistem pendidikan di Malaysia adalah bersifat dinamik dan sentiasa disesuaikan

dengan perkembangan dan keperluan terkini. Dalam masa tempoh empat dekad

kebelakangan ini, kurikulum sekolah menengah di Malaysia telah mengalami beberapa

perubahan. Kurikulum tradisi yang terlalu mementingkan penyampaian fakta atau isi

kandungan telah digantikan dengan pendekatan “moden” yang menyarankan kaedah

pembelajaran sains melalui pendekatan inkuiri terpimpin pada 70-an (Abu Hassan, 1999).

Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum sekolah telah

mengalami perubahan yang menyeluruh dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menegah (KBSM) pada tahun 1989. Pendidikan sains KBSM telah memberi

penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh, pemupukan nilai

murni serta penguasaan kemahiran saintifik. Walau bagaimanapun, penyemakan telah

dijalankan ke atas KBSM pada tahun 2001. Penyemakan tersebut bertujuan untuk

memantapkan lagi Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan menyediakan warga negara menghadap cabaran pendidikan abad 21

serta membantu merealisasikan wawasan 2020 (Pusat perkembangan kurikulum, 2001).

KBSM yang disemak semula telah dilaksanakan di seluruh Malaysia pada tahun 2002.

Kurikulum sains KBSM yang baru memberi penekanan terhadap tiga aspek utama iaitu

pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik dan penerapan sikap saintifik.

Unsur-unsur utama dalam kurikulum sains ini diintegrasikan melalui pembelajaran

berfikrah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).

Sukatan Biologi KBSM yang disemak semula telah menyenaraikan 10 objektif.

Secara umum, objektif Biologi KBSM adalah untuk membolehkan pelajar memperoleh

pengetahuan Biologi, menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik serta mampu

Page 18: TAHAP PERLAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS · PDF fileAdakah guru-guru Biologi di sekolah telah melaksanakan KPS ... Soal selidik telah ... telah menyenaraikan 10 objektif. Secara umum,

4

mengaplikasikannya secara analitis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah dan

membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan harian.

Sebagaimana yang telah dibincang, kemahiran saintifik terdiri daripada

kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains. Kemahiran proses sains merupakan

satu proses mental yang menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis dan

sistematik (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Pada tahun 1999, penilaian prestasi

pelajar khususnya melibatkan kemahiran saintifik telah dijalankan melalui perlaksanaan

PEKA. Melalui PEKA, kesemua aspek yang melibatkan kemahiran proses sains,

kemahiran manipulatif serta nilai murni pelajar akan dinilai secara formatif. Walau

bagaimanapun, perlaksanaan PEKA telah dimansuhkan dan digantikan dengan ujian

amali bertulis (kertas 3) bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2002.

Melalui ujian amali bertulis tersebut, pelajar akan dinilai secara formatif yang melibatkan

12 aspek kemahiran proses sains dan 8 aspek kemahiran manipulatif. Pada tahun 2003,

PEKA yang dimansuhkan telah diwujudkan semula. Maka, penguasaan kemahiran

saintifik di kalangan pelajar akan dinilai melalui perlaksanaan PEKA di samping

menduduki ujian amali bertulis.

Perubahan-perubahan yang berlaku dari kurikulum tradisi kepada KBSM telah

mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran dan sekali gus membawa perubahan

kepada tugas dan peranan guru. Selain daripada penerapan konsep sains, guru juga tidak

boleh mengetepikan penerapan pengetahuan tentang kemahiran proses sains kepada

pelajar (Sukor, 2000). Bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan,

pelajar bukan sahaja belajar/diajar unsur intelektual semata, malah perlu di dedah kepada

penggunaan konsep sains dan konsep kemahiran proses sains dalam kehidupan harian

(Junaidah, 2003).

Page 19: TAHAP PERLAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS · PDF fileAdakah guru-guru Biologi di sekolah telah melaksanakan KPS ... Soal selidik telah ... telah menyenaraikan 10 objektif. Secara umum,

5

Meskipun pendidikan sains KBSM telah menggariskan penekanan terhadap

kemahiran proses sains tetapi terdapat percanggahan sistem pendidikan yang diamalkan

dengan yang dirancang (Junaidah, 2003). Guru sebagai pelaksana kurikulum memainkan

peranan yang penting untuk mengajar dan menerapkan kemahiran proses sains bagi

memastikan pelajar menguasai kemahiran tersebut sepenuhnya. Walau bagaimanapun,

kajian telah menunjukkan ramai di kalangan guru yang kurang menekankan kemahiran

proses sains (KPS) dalam pengajaran dan pembelajaran (Pusat Perkembangan

Kurikulum, 1990). Di samping itu, kebanyakan kajian di peringkat sekolah juga

menunjukkan pencapaian KPS pelajar masih pada tahap yang lemah (misalnya Sulaiman,

1999; Mohamed Sallleh, 2000; Sanariah, 2000). Perlaksanaan kurikulum di sekolah

didapati tidak menumpukan kepada perkembangan pemikiran secara kreatif dan kritis,

rasional, logik serta penguasaan KPS (Awang Had, 1993). Kaedah pengajaran yang

diamalkan oleh kebanyakan guru ialah secara “chalk and talk” yang bertumpu kepada

penyampaian fakta-fakta dalam buku teks (Chen, 1982; Marimuthu et al., 1990, Mohd

Najib, 1993). Guru terikat dengan silabus dan pelajar dididik dengan tujuan untuk

menduduki peperiksaan semata-mata. Maka, pelajar yang terikat dengan kaedah

pengajaran tradisi melalui hafalan dan mengingat kembali fakta tidak berpeluang untuk

meningkatkan kemahiran saintifik serta tidak mampu berfikir secara kreatif (Mohd Najib,

1995).

Terdapat bukti menunjukkan bahawa ramai guru yang lebih suka memberikan

tunjuk cara dari melibatkan pelajar dalam kelas amali. Jika pelajar dilibatkan pun hanya

bertindak bagi membina kemahiran manipulatif mengikut resipi makmal yang disediakan

dan bukan ke arah meningkatkan KPS (Byrne, 1990). Pengajaran dan pembelajaran oleh

guru yang tidak menekankan penguasaan KPS telah menyebabkan pelajar lemah dalam

kefahaman dan penguasaan KPS (Sanariah, 2000). Di samping itu, hasil kajian juga

melaporkan bahawa penguasaan KPS di kalangan pelajar yang masih lagi terbatas

merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pencapaian pelajar lemah dalam sains

(Loo, 2000).

Page 20: TAHAP PERLAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS · PDF fileAdakah guru-guru Biologi di sekolah telah melaksanakan KPS ... Soal selidik telah ... telah menyenaraikan 10 objektif. Secara umum,

6

KPS yang diberikan penekanan dalam kebanyakan proses pengajaran dan

pembelajaran masih tertumpu kepada kemahiran peringkat rendah seperti kemahiran

pemerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor (Chin dan Tan, 2001). KPS

di tahap yang lebih tinggi seperti kemahiran menggunakan ruang dan masa, mentafsir

maklumat, membuat inferens, membuat hipotesis, mengawal pemboleh ubah, mendefinisi

secara operasi dan mengeksperimen masih belum menjadi amalan dan budaya dalam

pengajaran sains.

1.3 Penyataan Masalah

Sebagaimana yang dibincangkan, pelajar masih lemah dalam KPS dan pengajaran

guru didapati tidak menekankan KPS, terutama KPS di tahap yang lebih tinggi.

Berdasarkan senario di atas, wujud beberapa persoalan dalam perlaksanaan KPS semasa

proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Biologi KBSM iaitu:

i. Adakah guru memberi peluang kepada pelajar bagi menguasai kemahiran

membuat hipotesis, inferens dan mengawal pemboleh ubah sebelum

eksperimen dijalankan?

ii. Adakah guru memberi peluang kepada pelajar bagi menguasai kemahiran

mentafsir data daripada maklumat yang dikumpulkan di akhir eksperimen?

iii. Adakah guru sedia membimbing pelajar menguasai KPS semasa proses

pengajaran dan pembelajaran?

iv. Adakah guru melatih pelajar menggunakan KPS untuk menyelesaikan

masalah harian?